18 April 2011

Siapa bersalah - kita kah atau orang lain?...bhg 1

Utusan Malaysia menyarankan supaya jangan dipedulikan kaum Cina kerana tidak menyokong BN dalam mana-mana pilihanraya akhir-akhir ini. Betul kah dan bijakkah saranan itu? Apa kah yang boleh kita dapat dengan menyarankan seruan yang bersifat perkauman itu? Kalau kita tidak mendapat penghormatan dari kaum Cina, apakah kesilapan kita sebenarnya? Sudahkah kita kaji dan melakukan ‘soul searching’ kenapa keadaan sebegini berlaku?

Kalau dahulu kaum Cina memberikan kita sokongan yang sangat kuat kenapa sekarang mereka tidak lagi memberikan dukongan seperti yang pernah mereka berikan mereka dahulu? Adakah itu kesilapan mereka atau kesilapan itu datangnya dari kita sendiri? ‘There must be a cause for a cause’. Mesti ada sebab yang besar kenapa kita sudah kehilangan sokongan dari mereka.

Ugutan dari Utusan baru-baru ini bukannya perkara baru. UMNO sendiri sewaktu keadaan lemah menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan kembali orang Melayu. Kalau saya kaji dari komen yang saya dapati melalui blog saya ini, saya banyak mendapat komen rasis yang datangnya dari penyokong BN, seolah-olah negara ini hanya orang Melayu yang punya.

Jika dahulu Cina mengakui yang orang Melayu merupakan kaum pribumi yang mesti dibantu semasa DEB dahulu kenapa sekarang mereka sudah tidak lagi menghayatinya? Kalau dahulu kaum Cina mengakui yang meningkatkan penyertaan Bumiputra di dalam bidang ‘commerce’ dan ‘industry’ merupakan tanggungjawab bersama untuk mempastikan kita mencapai ‘natinal unity’ kenapa mereka tidak lagi mempunyai semangat itu?

Elok kita buat olahan bagaimana semasa pemerintahan 3 PM negara yang pertama dahulu kesatuan di antara kaum lebih baik dari keadaan selepas itu. Kita tidak boleh hanya menjerit dan memaki mana-mana pihak tanpa mengambil tanggungjawab terhadap sebahagian dari kesalahan atau kesilapan itu. Ini adalah isu keyakinan terhadap kepimpinan dan negara yang pada asasnya adalah kepimpinan Melayu.

Asas penubuhan Perikatan dan selepas itu BN semua parti yang mewakili semua kaum berada di dalam komponen itu. Asasnya adalah untuk dipertanggungjawabkan kepada parti-parti yang mewakili kaum-kaum itu untuk menarik sokongan terhadap BN melalui sokongan kaum mereka terhadap parti mereka. Kaum Cina mempunyai MCA dan Gerakan di dalamnya da India diwkili oleh MIC. BN Sarawak kaum Cina diwakili oleh SUPP dan Bumiputra Sarawak diwakili oeh PBB.

Di anatara kaum-kaum Bumiputra Sarawak dulu ada PBDS yang mewakili kaum Dayak dan ada parti-parti yang mewakili kaum Iban dan sebagainya. Malah semua kaum diwakii di dalam komponen BN itu dan itulah kekuatan yang di alami oleh BN selama ini dan komponen itu menjadi komponen yang kuat.

Tetapi oleh kerana kelalaian pimpinan BN terutamanya parti yang menunjangi BN itu, iaitu UMNO (Melayu) itu sudah sampai ketahap kufur nikmat yang tidak dapat disorokan lagi maka secara beransur-ansur keyakinan rakyat berbilang kaum terhadap UMNO, MCA dan PBB dan yang lain mula terhakis.

Kekuatan BN semasa dulu adalah di dasarkan kepada kejujuran dan ketelusan untuk menjaga rakyat yang berbilang kaum dan inginkan pembelaan itu. Rakyat tidak mempersoalkan tentang keluhuran komponen itu diwujudkan dan rakyat faham bahawa semua pemimpin semasa itu merupakan pemimpin yang menumpukan kepada pembangunan rakyat dan negara bersama dengan niat untuk mencapai penyatuan kaum yang berbagai.

Kerajaan BN dan rakyat faham dan berkeyakinan terhadap kepimpinan semua ketua-ketua parti dan pemimpin-pemimpin ini tidak banyak dipersoalkan oleh ahli-ahli yang menganggotainya.

Apabila semangat untuk menumpukan sepenuhnya kepada rakyat sudah terhakis maka rakyat pun merasakan mereka sudah tidak lagi menjadi penting kepada kerajaan dan pimpinan yang ada. Segaka dasar-dasar yang cantik-cantik tinggal sebagai dasar sahaja tanpa perlaksanaan yang betul. Segala keputusan yang penting-penting hanya dibuat secara unilateral oleh pihak yang memerintah dan meminta rakyat menerimanya bulat-bulat.

Segala keluhan rakyat tidak sampai kepengetahuan pucuk pimpinan kerana pimpinan yang di peringkat pertengahan tidak ada kepimpinan dan takut untuk menyuarakannya kepada pimpina yang tertinggi. Sejak 3 dekad yang lalu kerajaan hanya memusatkan pembangunan fisikal yang tidak banyak memberikan keuntungan secara direct kepada rakyat yang ramai. Pimpinan berpendirian yang pembangunan negara (nation building) itu hanya pembangunan fisikal dan ekonomi semata-mata.

Kita lupa yang pembangunan fisikal itu hanyalah merupakan sebahagian kecil dari ‘ingredient’ untuk pembangunan negara (nation building) itu. Itulah kita dapati sekarang ini yang pembangunan yang ‘lop-sided’ ini telah membawa padah kepada negara terutamanya terhadap matlamat utama kita, iaitu pencapaian penyatuan rakyat dan kaum itu tadi.

Pimpinan kita telah mengambil kebaikan dan sifat ‘senang berunding’ rakyat berbilang kaum ini sebagai kelemahan rakyat yang boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka. Perasaan tidak senang hati ini bukan sahaja di alami oleh orang Cina tetapi juga di alami oleh orang-orang Melayu.

Orang Cina merasakan parti mereka MCA dan Gerakkan di Semenanjung ini tidak lagi sebuah parti yang baik kerana terlalu banyak perkara-perkara yang tidak menyenangkan mereka. Meeka pun berpecah belah di antara mereka. Tetapi oleh kerana orang Cina ini merupaka satu kaum yang realistic dan praktikal maka mereka bertindak untuk bersatu di luar MCA dan Gerakkan dan mereka memilih untuk bersatu di dalam DAP.

Orng Melayu pula merasakan UMNO sudah tidak lagi seperti UMNO yang dahulu maka mereka bertindak untuk bersatu di luar UMNO dan memilih PAS dan sebahagiannya menyertai PKR. Ramai di kalangan orang Melayu merasakan amat susahuntuk bersatu di dalam UMNO kerana tidak tahan dengan budaya baru anutan pimpinan UMNO dan setengah ahli-ahlinya.

Mereka menganggap UMNO tidak lagi parti nationalis yang menyebabkan mereka menyertainya dahulu, tetapi UMNO sudah menjadi parti kapitalis yang seolah-olah parti untuk ‘the rich and the famous’ semata-mata. UMNO sudah dipersepsikan oleh rakyat sebagai parti taukey-taukey sahaja….tidak ada lagi kemelayuan dan semangat nationalis di dalamnya.

Sekarang ini dari segi teknikalnya UMNO sudah mati kerana di cawangan-cawangan parti ini tidak ada lagi kegiatan kepartian yang berjalan. Jika di peringkat akar umbi sudah tidak berfungsi dan seolah-olah sudah mati bagaimana ianya boleh menyuburkan dan merendangkan pohonnya? Kita perlu ingat cawangan-cawangan UMNO sekarang ini tidak ada langsung kegiatan untuk menunjukan kehaziran mereka kepada rakyat ramai. Bagaimanakah mereka hendak menjalankan tugas dengan baik di peti-peti undi semasa pilihanraya nanti?

Sebaleknya rakyat lebih nampak kehaziran parti-parti pembangkang yang tidak putus-putus mendekati rakyat di kampong-kampong. Tetapi kita sentiasa mengambil sikap negatif. Apabila rakyat lebih hampir dengan parti-parti lawan kita kita mula menuduh kita difitnah dan sebagainya dan tidak pula senang hati dengan sokongan parti lawan. Pemimpin-pemimpin di cawangan-cawangan merasakan sokongan di dalam pilihanraya itu hanya untuk UMNO dan BN sahaja dan parti-parti lain tidak berhak untuk mendapatkan sokongan itu.

Pemimpin-pemimpin UMNO di Bahagaian-Bahagian dan cawangan-cawangan hanya perlu memeluk tubuh dan mendapat sokongan rakyat secara otomatik…betulkah cara itu?

(bersambung)……………….

10 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Memang betul, salah Melayu, salah ibu bapa yang melahirkan orang Melayu, sebab tu Nik
Aziz menyesal lahir sebagai Melayu.

Melayu itu bukan sahaja dibodohkan oleh kaum lain tetapi Melayu dibodoh dan disalahkan oleh orang Melayu sendiri.

Apabila ada orang Melayu membodohkan kaum lain maka muncullah pembelanya terdiri dari orang Melayu.

Siapa agaknya si bangsat itu?

Anonymous said...

Sikap perkauman adalah dari mereka yg tidak prihatin sejarah..
Mereka lupa bahawa Negara China melindungi Empayar Melaka siap kahwinkan Puteri Hang Li Poh dgn Sutan Mansur Syah utk mengeratkan hubungan kedua Empayar sehingga Siam pun x berani nk jentik Melaka..
Memang Melayu mudah lupa..
Kini org2 Melayu yg buta sejarah ni x ambil Port pun dgn Slogan 1 Malaysi,bersikap hipokrit membenci org2 Cina padahal beli topup pun kt kdai Cina,service kereta,beli jubin,simen,smpai renovation rumah pun guna khidmat org2 Cina..
sy x faham dgn sikap org2 Melayu..
Entah apa yg dirungutkan,sedangkan diri sendiri yg malas,duduk kedai smpai x igt nk solat,yg muda layan Karaoke dgn Amoi2 cun..
Melayu x sedar bahawa populasi org2 Islam di China lbh ramai dari rakyat Malaysia malah sejarah Islam di China lbh tua dari umur Islam di Malaysia..
Kadangkala sy jd lucu dgn sikap bangsa sy sendiri sehingga serba salah bila rakan2 cina sy persoal perkara ini kpd sy..
Pd sy kenyataan Utusan itu berbau politik,hanya utk kelangsungan Umno ttp Parti Melayu ini yg enggan berubah..
Maka jgn salahkan kaum lain krn kita sendiri yg x tau jaga dan urus negara sehingga menjejaskan kestabilan ekonomi,sosial,ketelusan dlm melaksanakan dasar,agihan perbelanjaan tidak sampai kpd golongan sasaran,semua ini rungutan2 yg bukan baru sehingga ke tahap meluat utk diulang2,dh smpai tahap mahu saja dipanggil x paham bahasa..
Ini penyakit org2 yg enggan menerima kenyataan bahawa semua org punya kebebasan memilih,maka jgn dipersoal pilihan mereka krn pilihan mereka itu tanda mereka telah melaksanakan tanggungjawab kpd demokrasi..
Suka atau tidak sepatutnya perkara ini dianalisis,dibuat kajian tindakan dan melaksanakan tidakan Strategis,utk memperbaiki kelemahan krn peralihan undi beerti ada yg tidak kena dgn pelaksanaan dasar2 kita,cara permainan politik kita,adakah ia mendidik rakyat menjadi cerdik atau melahirkan masyarakat yg sukakan provokasi dan melayan emosi yg nyata dimain2kan menjelang proses pilihanraya,kemudian semua media mengendurkan permainan Mind control mereka..
Rakyat kini sudah pandai membuat analisis,lbh kritikal dan tidak menelan bulat2 cerita Media krn mereka ada pilihan altenatif utk melahirkan pemikiran seimbang dari melayan cerita2 provokasi media arus perdana..
Ini yg Umno sendiri tidak sedar..
Sepatutnya apabila Tun Mahthir melancarkan kempen kesedaran IT,UMNO sudah ada method pemikiran global,strategis dan sihat utk Demokrasi yg lbh matang,krn bg sy apabila kg2 berubah menjadi bandar baru,bandar Satelit,Bandar Pendidikan maka pemikiran politik usang akan berlalu dan UMNO akan merasa kesan ini secara TOTAL jika mereka masih mahu bermain dgn Keris dan pantun..
Sedarlah bahawa UMNO mesti berubah utk kebaikan bukan menjadi landak yg akhirnya duri2nya akan dicabut apabila ia sudah ditembak pemburu krn masih mahu tinggal di dlm gua..
Inilah kenyataan yg akan menimpa UMNO..Ianya pasti,cuma masanya sahaja yg belum ditentukan..

Anonymous said...

Katakanlah saya ni pemuda Kampung. Katakanlah saya telah jatuh hati dengan anak si Aspan, si Leha. Macam-macam cara saya gunakan untuk memikat Leha dan juga Aspan.

Kalau musim durian, durian terbaik saya akan berikan pada Leha. Kalau saya menjala, ikan lampan kegemaran Leha saya akan berikan. Buat permulaan Leha membalas juga budi yang saya tabur. Kadang-kadang dikirimkan kuih koci pada saya.Alangkah gembiranya saya ketika itu, dunia macam saya yang punya.

Satu hari seorang pemuda bandar datang ke kampung, orang gelar Kamarul BMW .

Dengar kata orang, dia ni orang korporat, bawa kereta pun ada klas, BMW .Dia hensem, bijak berkata-kata, hormat pada orang tua dan juga pandai pulak bagi ceramah agama.Dialah idaman ramai gadis samada di kampung ataupun dibandar.

Saya lihat perubahan si Leha sejak si Kamarul BMW ni datang.Saya dah ada persaingan nampaknya. Si Leha pulak dah mula kurang memberi perhatian kepada saya. Kalau dulu dapatlah saya kuih koci, sekarang ni tidak lagi.

Melihatkan persaingan, saya cuba pula membaiki diri saya.Saya tayangkan motor kapcai baru hasil jualan getah, kot-kot Leha akan tertarik, hampa saya.Kalau dulu senyuman senang pulak dilemparkan oleh si Leha, sekarang saya terima cebikan pula dari si Leha, maklumlah Leha dah ada orang yang lebih baik dari saya.

Dah dua tahun saya mencuba, akhirnya saya sedar kalau hidung ni tak mancung, tak payahlah pipi tersorong-sorong.Saya sedar dan lupakan si Leha dan mengorat pula Peah selemo (kecik-kecik dulu asyik selsema saje sampai namapun melekat). Alhamdulilah, dah berkahwinpun dengan si Peah selemo dan perkahwinan kami bahagia dan dikurniakan 3 anak, tak lama lagi dapat pula anak kembar.

Kat orang Cina , macam tulah. Kalau dah puas kita meminang dan tak berbalas, tak perlulah pipi tu tersorong-sorong.

Macam-macam dah dibuat, kerakyatan dah diberi dengan senang, hak agama, hak berpolitik , hak sekolah sendiri, hak berbahasa sendiri semua dah kita beri,biasiswa pun telah diberi dan kita telah diajar oelh pemimpin UMNO untuk memilih Cina ni dari memilih pemimpin Melayu, dan kalau kalah pun diberi senator dan jawatan dalam kabinet. Kalau semuanya masih tak berbalas perlukah kita tunggu lagi.Mungkin, adalah lebih produktif untuk melamar pulak bangsa yang lain selain Cina.Fikirkanlah!

Anonymous said...

sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah....fikirkan la.....banyak peluang diberi....masih tak belajar...

Anonymous said...

Macam-macam jenis pandangan... faktor utamanya kenapa orang cina tidak sokongan kita tapi kita ungkit benda yang telah kita bagi. Apa yang telah kita bagi pada orang Cina ?

Kalau ikut sejarah pembentukan Malaysia ini, tanpa Cina orang Melayu tidak boleh tadbir negeri kerana kemampuan orang melayu terhad.

Saya bersetuju dengan Saudara Aspan... mengapa nak marahkan bangsa Cina tidak menyokong kerajaan BN ? Cuba lihat diri sendiri dalam cermin.

Apakah pemerintahan BN selama ini menambah baik kehidupan rakyat atau terus menekan dengan pelbagai sekatan, cukai dan kenaikan harga barang ?

Bagaimana orang Cina boleh menyokong kerajaan BN sedangkan mereka melihat setiap hari kerajaan menayangkan cerita lucah menzalimi Anuar Ibrahim dengan fitnah yang diada-adakan ?

Bagaimana orang Cina akan terus menyokong kerajaan BN sedangkan dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud tidak disiasat tapi Teoh Beng Hock disiasat sampai mati ?

Jika nak diterangkan kelemahan kerajaan BN, tidak cukup ruang komen ini.

Anonymous said...

kluangman, jangan tunjuk handal. Tak tau lagi siapa yang bangsat.

pemerhati

Anonymous said...

Salah satu melayu yang bodoh lg bangsat adalah kluangman

Anonymous said...

Adakah UMNO nak buat post mortem kenapa undi dari kaum cina makin kurang..tepuk dada tanya selera...

Biasa orang akan cakap, jangan tanya apa yg negara bagi pada kita, tapi tanya apa yang kita bagi pada negara..dalam konteks ni, kita mesti akan tanya apa yg orang cina dah bagi kat kita...mesti akan ada jawapan, orang cina xtau dek untung, xmengenang budi dll...adakah pemimpin yg DIPILIH OLEH RAKYAT tu tau MENGENANG BUDI, TAHU DEK UNTUNG..fikirkan lah..mungkin xsemua pemimpin macam ni, tapi dalam keadaan dan situasi sekarang ni, macam hampir tiada yg macam ni..mesti ada yg marah dengan kenyataan ni, tapi realitinya, hanya orang yg berkenaan saja yg tau..orang kawasan tertentu yg tahu, sama ada YB mereka buat kerja atau MAKAN GAJI BUTA..

akuein

Anonymous said...

cakap je pandai tapi habuk pun tarak...

Anonymous said...

Salam Tuan,

Tulisan Tuan sungguh berterus terang dan iklas. Kepada pemimpin dan bakal pemimpin muhasabah lah tentang kelemahan dan kesilapan kita sebelum kita menyalahkan orang lain. Jangan dimusuhi pengkeritik kita dan jangan hanyut oleh pujian penyokong berkepentingan. Tanya lah diri sendiri sejauhmana ketelusan kita dalam memimpin anak bangsa kita. Retorik sudah tidak boleh dipakai lagi dan tidak membantu menyelesaikan masalah. Dalam perbincangan terlalu beremosi juga tidak membantu menyelesaikan masalah sehingga memangil orang lain tak sehaluan pendapat dengan panggilan kurang baik. Kalau kita boleh panggil orang lain macam itu,orang juga boleh memanggil kita gelaran yang sama atau lebih teruk lagi. Tidak akan ada kesudahannya.

Bagi saya merosotnya kekuatan politik melayu adalah sebab kita sendiri kerana berpecah dan tidak bersatu.(contoh 1987 dan 1998) 'Bargaining power' kita jadi rendah dan terpaksa melayan tuntutan2 yang sebelumnya dianggap tidak patut, demi untuk menjaga hati dan mengharap sokongan mereka. Disamping itu juga lain2 faktor juga menyumbang mengurangkan sokongan rakyat dan non bumi seperti kurang nya penekanan mengamalkan 'good governance' dlm pentadbiran.

Dalam senario politik melayu pula ,Kenapa pemimpin melayu yang berlainan parti tidak ada langsung niat dan inisiatif untuk berbincang dan bersatu sebagaimana Tun Razak lakukan dahulu.

Ambil lah contoh kepimpinan TAR, Tun Razak dan Tun Husain. Dizaman mereka kalau nak dibandingkan ,lagi banyak masalah dan ancaman luar dan dalam seperti menuntut kemerdekaan. penyatuan kaum2, ancaman komunis, konfrantasi ,masalah jurang ekonomi antara kaum, dan terakhir peristiwa 13mei. Ia dapat ditangani dengan baik atas keiklasan dan ketajaman otak mereka merancang dan berfikir.

Jangan lupa renungkan lah juga supaya memberi keinsafan kepada kita, bagaimana besarnya pengorbanan dan jasa pemimpin terdahulu sehingga dapat memasukan peruntukan2 penting dlm perlembagaan Per 3,32,38.41,152 dan 153 dan lain2 diketika orang melayu dalam keadaan sangat daif dan lemah.

Renungkan dan muhasabah diri lah wahai pemimpin2 melayu dan rakyat sekelian dan bersatu lah dan jagalah amanah peninggalan mereka hasil dari perjuangan mereka melalui gerakan politik UMNO yang dimulakan oleh Dato' On disamping lain2 persatuan melayu. Jika ada masalah baiki lah dari dalam bersama2 . Semuanya perlu keiklasan dan jiwa yang besar dengan mengaku kelemahan kita sebagaimana yang ditulis oleh Tuan Aspan diatas. Wassalam