Inilah keadaan di Stadium Alor Setar semalam. |
Himpunan anjuran PAS ini sangat
berjaya kerana orang ramai sudah memenuhi stadium dari pukul 4 ptg semalam. Orang
ramai bukan sahaja telah memenuhi semua tempat duduk Stadium Alor Setar itu
tetapi juga meliputi padang
stadium tersebut dan juga di luar stadium. Ramainya peserta himpunan ini
menunjukkan bahawa rakyat serius dalam perjuangan untuk menuju ke Putrajaya dan
sambutan itu sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar akan kemahuan rakyat
keseluruhannya.
Kejayaan ini amat membanggakan
kerana mereka datang dengan sukarela dari seluruh negara tanpa dibayar tambang
atau tempat penginapan dan tidak pula diberikan kemudahan perkhidmatan ribuan
bas percuma seperti yang dilakukan oleh UMNO. Bayangkan jika UMNO menganjurkan
perhimpunan tanpa wang, topi dan T-shirt serta tempat penginapan tidak akan ada
siapa pun yang akan hadir kerana pergerakan UMNO dan ahlinya memerlukan
tolakan dengan wang ringgit.
Jika UMNO hendak megadakan
perhimpunan sebesar ini secara ‘conservative’nya ia akan memakan belanja
sekurang-kurangnya RM15 juta. Itulah sebabnya saya dan ramai yang lain selalu
berkata UMNO (baru) tinggal sejarah sahaja setelah wujud sejak 24 tahun yang
lepas.
Kalaulah begini keadaannya saya
tidak nampak bagaimana UMNO boleh bertahan di seluruh negara dan apatah lagi
untuk kembali mengambil alih kerajaan Kedah itu. UMNO tidak berani untuk
menunjukkan kepada media keadaan himpunan sejuta belia yang baru berlalu itu.
Kementerian Belia dan Sukan telah berbelanja puluhan juta ringgit untuk membawa
artis-artis dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan kehadiran yang
sejemput itu.
Enam puluh peratus daripada ratusan
ribu yang hadir itu adalah dari golongan muda mudi, kelompok terbesar di antara
rakyat negara ini. Himpunan ini merupakan pemaparan manifestasi sebenar rakyat
di negara ini. Mereka mahukan perubahan. Untuk kemajuan masa depan kita perlukan
perubahan. Mereka mahu menolak kerajaan rasuah melalui peti undi dalam
pilihanraya yang akan datang. Itu sahaja.
Jika dinilai daripada keadaan tekanan
terhadap kerajaan hari ini tidak salah jika kita cadangkan supaya UMNO
mengangkat bendera putih sahaja dan menyerahkan sahaja pentadbiran kerajaan kita
kepada pihak alternatif kali ini.
Kita tengok sahajalah, apa yang
UMNO perlu buat selain dari mengaku kalah sahaja. UMNO sudah tidak boleh
berbuat apa-apa lagi sebenarnya. Hanya yang tinggal pada UMNO ialah ego dan keras
kepala mereka sahaja.
Bagaimana pula reaksi Rais Yatim
kali ini berhubung dengan jumlah peserta perhimpunan ini. Agak-agak Dato' Seri, jumlah kehadiran perhimpunan hijau ini sampai tak 2,000 orang? Kita hendak
bertanya kepada Dato' Seri, kerana dalam ramai-ramai rakyat di negara ini hanya
Dato' Seri sahaja yang pandai mengira. Kita semua ini semuanya buta, tuli dan
bodoh-bodoh belaka.
Tetapi gambar-gambar ini dengan
sendirinya memberitahu Rais Yatim jumlah sebenarnya kehadiran peserta
Himpunan Hijau ke Putrajaya itu. Dato' Rais, kigho boto-boto.
Bang Aspan,
ReplyDeleteMala tadi DSAI berceramah di Bahau kehadiran amat membanggakan saya amat yakin selepas PRU 13 N>Sembilan adalah diantara negeri yang akan mengubur dan mentalkinkan UMNO.
KZ Bahau
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ReplyDeleteCabaran paling penting ialah menghadapi masalah senarai pengundi yang masih kotor, iaitu antara yang terpenting dalam lapan tuntutan Bersih. Masalah ini mesti diselesaikan segera oleh SPR. Ini tanggungjawabnya yang utama jika mahu dianggap sebagai badan bebas.
Himpunan Hijau Ke Puterajaya ini adalah sebuah harapan, namun yang jauh lebih penting ialah pengisian harapan itu. Pada pendapat saya pendukung PAS sangat sedar akan perjuangan untuk memenuhi harapan ini.
Ia mesti dibuktikan bahawa harapan itu mampu direalisasikan, justru pemegang kuasa Putrajaya bukan sebuah kuasa mutlak yang sifatnya kekal abad, tetapi ia boleh bertukar ganti dalam pilihan raya yang bersih dan adil.
Yang memilik kuasa mutlak dan abadi hanyalah Allah s.w.t.
Oleh itu pendukung PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi tugas yang sangat berat dan mencabar untuk mengambil alih kuasa yang ada dalam tangan Umno/BN melalui pilihan raya bersih dan adil. Memang bukan mudah untuk menjayakan tugas ini justru Umno/BN sudah berkuasa selama lebih setengah abad. Namun tidak mustahil ia boleh dilakukan.
Saya percaya, dengan pengalaman PAS yang panjang dalam arena politik dan gerakan Islam, istiqamah dan pengrbanan tinggi yang telah dtunjukkan oleh pendukungnya selama ini, cita-cita itu, dengan izin Allah s.w.t. boleh direalisasikan.
Himpunan Hijau Ke Putrajaya adalah wahana perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan Islam. Semoga doa dan munajat pendukung PAS itu akan diterima Allah s.w.t. dengan penuh redha-Nya.
Abdul Shukur Harun
setuju.....sememangnya UMNO akan berkubur j
ReplyDeleteTakbir, Allahuakbar!!!
ReplyDeletePerlu diingat kemenangan belum dicapai lagi. Jangan leka dan gah dengan ilusi kejayaan yang dipamerkan melalui himpunan-himpunan besar saperti himpunan hijau ini.
ReplyDeleteKejayaan menghimpun 100,000 rakyat hanyalah permulaan sahaja dan kita masih jauh lagi ke penamatnya.
InyaAllah berjaya jika istiqamah.
Muaz
Abg Aspan, ambo setuju benar dgn analisa bahawa UMNO sudah berkubur, yg tinggal hanya keras kepala dan ego mereka. InsyaAllah dgn asbab usha keras dan kesedaran rakyat, Allah bakal izinkan PR mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas PRU13. Allah Hu Akbar.
ReplyDeletebuat rosak padang.
ReplyDeleteGitu lah sifat dan sikap pimpinan UMNO/BN. Walapun jelas & terang di depan mata, tetap mengatakan sesuatu yg bertentangan. Pemikiran rakyat nun jauh ke depan. Malangnya mentaliti, kaedah pemikiran dan persepsi pimpinan UMNO/BN masih ketinggalan 40/50 tahun kebelakang walaupon infrastruktur yg dibawa mereka setanding negara maju. Infrastruktur maju, pemikiran pimpinan mundur & terkekang dek tempurung kelapa.
ReplyDeleteAnon 12:07,
ReplyDeletePdg rosak senang repair. negara rosak buruk padahnya.
negara rosak terpaksa tukar kerajaan macam sekarang ni.
beduk, pekan
Ayahanda Aspan,
ReplyDeleteKenapa Tun Mahathir masih tidak sedar bahawa UMNO jadi lemah adalah kerana atas tindakan beliau sendiri?
Beliau begitu mudah lupa bahawa tindakan beliau sendiri yang menyerang Tun Abdullah tanpa mempedulikan kesan terhadap UMNO sendiri telah banyak merosakkan dan melumpuhkan UMNO.
Kelemahan UMNO sebenarnya berpunca dari pentadbiran Tun Mahahtir dan persengketaan beliau dengan Ku Li kemudian dengan Anwar Ibrahim. Persengketaan tersebut telah mengheret UMNO ke dalam kancah peperangan dan kini UMNO lemah kerana perpaduan Melayu telah berpecah dari dalam UMNO dan di luar UMNO.
Tun Abdullah dan Datuk Najib terpaksa mewarisi masalah yang dilakukan oleh Tun Mahahtir sendiri dalam UMNO sehinggakan tidak dapat melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri kerana campur tangan Tun Mahathir sampai sekarang.
Pak Aspan,
ReplyDeleteSaya baru balik bercuti dari pantai timur.
Saya heran bagaimana Kelantan boleh membina sebuah masjid Cina dengan seni bina yang unik hanya dengan kos sebanyak 10 juta ringgit.
Padahal kos pembinaaan masjid kristal di Terengganu menelan sebanyak RM 250 juta. Walhal kos pembinaan masjid besi di Putrajaya pula menelan kos sebanyak 180 juta ringgit.
Adakah pentadbiran Kelantan lebih cermat dari segi pembangunan?
Anon 12.07
ReplyDeleteTypical UMNO... Tak nampak2. Nampak padang je.....
Rahim
Amacam budak QD, anak ku. Seramai perhimpunan belia 2 juta yang aok pergi? Atau seramai perhimpunan Birthday Umno yang aok juga pergi?
ReplyDeletePok Mat kampong aok
Najib nampak bangang mila nk pakai lagi pemimpin tua bangka..mahadey..yg jelas menyalahkan paklah..
ReplyDeleteMahadey mati kempunan nak tengok muhriz jadi menteri besar kedah sebelum pm..jika org kedah sayangkan PAS..
TANGKAP JE MAHADEY..DAN BICARAKAN DIMAHKAMAH ATAS KESALAHAN SELAMA MENJADI DIKTATOR SELAMA 22 TAHUN..
ReplyDeleteKEBANYAAKAN PEMIMPIN DUNIA YG MEMERINTAH SELAMA MAHADIR TELAH MENERIMA AKIBAT SAMADA DIBICARA KAN ATAU DIBUNUH SEPERTI GADAFI,SADAM HUSIN..
TAK KAN MAHADIR TERLEPAS..DIA MESTI BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEMUA PENYELEWENGGAN PEMIMPIN BN,PEGAWAI KANAN KERAJAAN DAN AHLI PERNIAGAAN YG MENIPU WANG RAKYAT..
@pok mat kampung aok
ReplyDeleteQD sibuk tolong rais kira peserta...kali ni pakai theorem phitagoras mungkin..
-anon-
Keapada Anon 12:07 mangkuk
ReplyDeleteSaya setuju kepada kata2 Anon 12:14
repair aje tapi kalau maruah dan akidah rosak apa nak jadi, anon 12:07 buat lah beringat sadikit ahli parti munafik macam UMNO ini mereka ini adalah dari muka yang kulit nye tebal macam kulit babi pasal itulah mereka tak tau malu.
Saya faham kebencian anda semua kepada UMNO kerana anda mahukan PR berkuasa.Persoalannya
ReplyDelete1) kenapa dibiaran UMNO meneraju negara selama lebih 55 tahun berterusan.?
2) Kenapa undi PAS di parlimen kerusi yang terkecil.
3) Kenapa serpihan Semangat 46 ramai kembali ke pangkuan UMNO termasok Ku Li .Rais Yatim, Marina Yusof dan ramai lagi.
4) Saya tidak bermasaalah dengsn PAS sekira benar mahu perkembangkan syiar Islam.
5) Apa salahkah perpaduan ummah antara kita melayu islam di semarakan dan kita perbaiki dan perbetulkan kesalahan2 sekira ada.Apa yang terjadi adalah perpecahan ummah orang melayu islam di negara mereka sendiri.
Dinoscots
Tuan Aspan,
ReplyDeletePerlu minta Dr. Rais Yatim untuk bilang jumlah sebenar perhimpunan tersebut...
Kiraan beliau lebih tepat.
Tuan AA
ReplyDelete1.Sepatutnya penganjur menjemput para veteran senaman bontot yang (sangat memalukan pesara dan yang sedang berkhidmad dalam tentera)untuk membuat persembahan badut bodoh.dia orang ini bukannya dibayar pun, free atas kebodohan mereka sendiri tidak seperti artis kpop yang dibawa khas dari korea.
2.Diharap pak amah yatim piatu dapat memberi jumlah orang yang hadir mengikut teknik yang digunakan sebelum ini.
3.Makamah perancis sedang menunggu Mr.Altantuya memberi keterangan.Jika dia benar apa hendak ditakut kepada proses keadilan.
-scorpeneterbang-
rais yatim cakap super impose..bodoh punya menteri
ReplyDeleteInsa'Allah yang benar akan dimenangi Allah nanti, manakala yang bathil akan hilang tengelam di dalam lautan kebenaran...kita semua mengharapkan yang terbaik untuk kita dan generasi yang akan datang...ameen
ReplyDeleteSaya tidak benci UMNO.
ReplyDeleteSaya hanya mahu mempertahan dan menegakkan kebenaran ajaran Islam. Ini adalah kewajipan yang diperintahkan oleh Allah.
Firman Allah: “Wahai orang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Surah Muhammad, ayat 7.
Dinoscots,
ReplyDeletePihak yang kini berkuasa tidak pandai mentadbir. Setelah lebih setengah abad memerintah, perpaduan negara masih menjadi persoalan rakyat.
Penyelewengan dan ketirisan banyak berlaku malah rasuah bertambah. Bahkan, pengeluaran kad pengenalan Mykad kepada warga asing semakin meningkat. Pengkhianatan sebegini sangat merisaukan rakyat.
Pihak yang berkuasa hanya pandai menipu untuk berkuasa sebab negara sangat kaya. Sebab itu rakyat telah berhimpun sebanyak 3 kali untuk meminta pilihanraya yang telus, bersih dan adil.
Hakikatnya, Islam masih gagal disemarakan oleh pihak yang berkuasa. Setelah setengah abad memerintah, pihak berkuasa masih gagal memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan.
Maka, rakyat terutama Melayu yang telah begitu lama bersabar dan bertolak-ansur kini sedang bangkit menuntut perubahan politik melalui Pakatan Rakyat.
Aspan, orang nogori ekau anak yatim kato ada 10,232 kopalo jo.
ReplyDeleteQD,mu ni kat mana?Ku ada satu permintaan untuk QD,tolong Rais sibodoh tu kira berapa ramai yang berkumpul kat Stadium Bukit Jalil dan berapa ramai yang ada kat Alor Setar.
ReplyDeleteSaya rasa sibodoh tu kata mungkin hanya seramai 10 ribu orang saja,dan Bukit Jalil 1 juta.Hahahah sibodoh tu lucu sangat,kalau boleh suruh member you orang kampung kira bersama.
Rakyat khususnya orang Melayu telah hilang kepercayaan terhadap UMNO untuk membela nasib bangsanya lagi.
ReplyDeleteMengapa UMNO perlu menyalahkan bangsa lain padahal kuasa dipegang selama 50 tahun?
Bagaimana UMNO boleh menyakinkan masa depan orang Melayu sedangkan budaya kronism adalah cara pimpinan UMNO?
Mengapa hanya segelintir orang Melayu sahaja yang mendapat manfaat daripada UMNO sedangkan ramai yang sokong UMNO?
Kesabaran orang Melayu selama setengah abad adalah terlalu lama kerana orang Melayu akan jauh ketinggalan dari segi pemikiran dan ekonomi dalam dunia IT yang begitu pantas berubah dan moden ini.
Orang Melayu tidak mahu memerhatikan bangsa-bangsa lain maju ke hadapan dan kini sudah muak dengan penipuan UMNO yang hanya memberikan harapan palsu.
Kini orang Melayu ingin berjuang dengan bersatu padu sebagai satu Pakatan Rakyat dan bukan lagi di bawah payung pemimpin-pemimpin UMNO lagi.
Ramai PR memilih menyalahkan Mahathir sebagai jalan singkat membenci UMNO.Soalan saya :
ReplyDelete1). Kenapa dari dahulu lagi UMNO tetap menjadi pilihan orang Melayu ? dan kemenangan BN sangat hebat 2004 ? Hanya 2008 tsunami politik ini berlaku.
2) Apa benar kelemahan UMNO akan berterusan atau hanya harapan PR sahaja ?
3) Apa kata sekira saya katakan UMNO akan lebih berjaya hasil dari kelemahan PKR sekarang .
4) Adakah PR masih mahukan DSAI bakal PM sekira PR berjaya ?
Harap dapat saudara disini memberi jawapan.Tetima kasih.
dinoscots
Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya sentiasa menghormati parti PAS. Perhimpunan ini menunjukkan kekuatan sebenar parti tersebut. Ianya berlaku dengan aman dan dipenuhi dengan pengisian yg padu. Disiplin mereka amat utuh.
Saya sentiasa berdoa bahawa PAS akan menjadi peneraju sebenar PR bukan seperti yg terjadi sekarang. Namun kita juga kena faham akan situasi sekarang yg menyebabkan PAS masih memerlukan anwar. InsyAllah, lagi 2 pilihanraya dgn generasi baru PR yg ditunjangi oleh PAS akan berjaya memerintah Malaysia atau sekurang kurangnya menghasilkan sistem 2 parti spt yg diamalkan di UK & US.
Sekali lagi, salute saya utk saudara saudara saya yg berjuang di dalam wadah PAS. Semoga kejayaan perhimpunan aman ini boleh mengelakkan kemudaratan demontrasi jalanan seperti bersih tempohari.
Kahkahkah. Had a good time laughing at Nizar, the motor-mouth on TV3 tonight.
ReplyDeleteDia cakap PAS tak akan menang di Kedah dan lain-lain kawasan di negara ini.
Ha tulah. Cakap tak berfikir. Dah tersasul. Dia tak sedarpun dia cakap macam itu. If not, dah tentu dia minta maaf.
Atau adakah Allah nak lidah dia cakap macam tu sebagai petunjuk PAS/Pakatan memang akan kalah.
An omen of PKR's defeat in the GE. Hahaha.
Pak Aspan,
ReplyDeleteLaporan dari sumber risikan tentera yang boleh dipercayai kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO BN menyebut bahawa parti UMNO BN bakal tumbang dalam GE 13 nanti.
Pembangkang PR harus lebih berwaspada kerana UMNO BN kini umpama sibelang yang terluka, akan lakukan apa saja asal dapat selamatkan diri. Peningkatan tindakan samseng UMNO BN dipercayai ada kaitan dengan laporan ini.
Saya juga yakin pemimpin UMNO BN sekarang ini akan lakukan apa saja tindakan dan polisi2 untuk meninggalkan beban kepada PR. PR bakal mewarisi negara yang sangat bermasalah.
saudara dinoscots,
ReplyDelete-Menyalahkan Mahafiraun 'BUKANLAH JALAN SINGKAT UNTUK MEMBENCI UMNO'kerana 22 tahun rakyat menyaksikan kepimpinan mahafiraun.Janganlah saudara pandang sebelah mata sahaja,ramai lagi orang UMNO sendiri benci Maha firaun tapi apa boleh buat mereka pun 'cari makan'.
-Melayu memilih UMNO dari dulu??Hanya tuhan dan mahafiraun saja yang tahu apa yang berlaku apabila dewan di "blackout"kan.
-Wawasan 2020 hendak menjadi negara maju adalah sesuatu yang sangat mustahil sekarang, saya rasa wawasan anak nya jadi PM lagi masuk akal dengan apa yang dia buat kepada PM selepas dia/campurtangan dalam semua perkara oleh mahafiraun(mudah lupa bahawa dia sudah pencen).
-scorpeneterbang-
Kisah penglibatan PM Najib dengan kes komisyen Scorpene dan kematian Altantuya tidak saja diperkatakan majoriti rakyat di Malaysia malah juga di luar negara oleh akhbar akhbar utama serta diulas dalam blog blog.
ReplyDeleteKalau dulu pemimpin UMNO BN boleh menggunakan alasan bahawa berita berita akhbar dan penulis blog luar negara tidak boleh dipercayai kerana mempunyai niat buruk terhadap Malaysia, barangkali alasan ini masih boleh kita terima. Dan barangkali atas alasan yang sama juga maka akhbar dan media Malaysia tidak langsung mahu mengulas dan melaporkan berita tentang kes ini.
Tapi bila kes Scorpene serta kaitan kematian Altantuya mula disebut di mahkamah Perancis melibatkan Baginda dan PM Malaysia, Najib, apakah kita masih ingin menganggap berita dan kes ini tidak benar?. Lebih pelik ialah kes yang ternyata begitu berat ini langsung tidak mendapat perhatian media dan akhbar utama di Malaysia sedangkan butir butir perbicaraan adalah datangnya dari sebuah mahkamah dan boleh dipertanggung jawabkan.
Sebaliknya berita berita dan laporan tidak berintegriti dari para blogger picisan Malaysia yang tidak bermoral dan amat disangsikan boleh pula dijadikan bahan sandaran dan kitab rujukan oleh pemerintah dan permimpin UMNO BN yang menguasai negara serta diterbitkan secara meluas di media dan akhbar utama negara. Media elektronik langsung menjadi bisu untuk mengulas dan menyentuh isu berat yang melibatkan PM Malaysia, Najib dan pembantu utamanya Baginda.
Hakikatnya bila samseng, pembunuh, perasuah, pembelit dan pemfitnah menguasai teraju kekuasaan negara, inilah padahnya. Bekas KPN Tan Sri Musa pernah menyuarakan bahawa polis dan pemimpin politik Malaysia telah melindungi kegiatan samseng. Pihak ini sebenarnya saling lindung melindungi untuk terus menguasai kekayaan dan kekuasaan di negara kita Malaysia.
Rakyat Malaysia tidak wajar lagi terus memberi sokongan kepada pemerintah sekarang khususnya parti UMNO BN kerana sebenarnya mereka ini adalah pemimpin Barisan Najis. Wajib setiap rakyat Malaysia yang sayangkan negara melakukan sesuatu agar kumpulan pemimpin ini serta parti UMNO BN tumbang dan tidak lagi berada dipuncak kuasa. Jika ini gagal dilakukan pada GE 13..Malaysia dan kita sebagai rakyat kebanyakan akan lebih sengsara. Fikrkanlah masa depan anak anak dan warisan kita kalau pun tidak untuk diri sendiri. Sanggupkah anda biarkan anak anak mewarisi sebuah kerajaan yang tidak menjanjikan masa depan buat mereka melainkan slogan kosong semata2. Jangan zalimi warisan dan keturunan anda sendiri jika anda mahu roh anda aman saat di alam barzah nanti.
Kebenaran cuma dapat ditegakkan jika sebuah kerajaan baru yang adil dan lebih berteraskan kebajikan dan agama mengambil tempat. Hanya kerajaan baru dapat memberi keadilan baik kepada rakyat mahu pun kepada PM dan pemimpin2 yang bermasalah ini. Selagi UMNO BN menguasai tampuk pemerintahan, selama itu perbicaraan dan kehakiman tidak dapat berfungsi sewajarnya.
Ingatlah...pemimpin ini juga yang memesan kita rakyat kebanyakan berjimat dalam berbagai perkara hatta makanan harian sekali pun (setiap kali harga meningkat), tapi diketika yang sama anak isteri mereka berterusan berbelanja maha mewah tanpa segan silu. Manusia kah mereka ini atau setan berwajah manusia???
Kisah penglibatan PM Najib dengan kes komisyen Scorpene dan kematian Altantuya tidak saja diperkatakan majoriti rakyat di Malaysia malah juga di luar negara oleh akhbar akhbar utama serta diulas dalam blog blog.
ReplyDeleteKalau dulu pemimpin UMNO BN boleh menggunakan alasan bahawa berita berita akhbar dan penulis blog luar negara tidak boleh dipercayai kerana mempunyai niat buruk terhadap Malaysia, barangkali alasan ini masih boleh kita terima. Dan barangkali atas alasan yang sama juga maka akhbar dan media Malaysia tidak langsung mahu mengulas dan melaporkan berita tentang kes ini.
Tapi bila kes Scorpene serta kaitan kematian Altantuya mula disebut di mahkamah Perancis melibatkan Baginda dan PM Malaysia, Najib, apakah kita masih ingin menganggap berita dan kes ini tidak benar?. Lebih pelik ialah kes yang ternyata begitu berat ini langsung tidak mendapat perhatian media dan akhbar utama di Malaysia sedangkan butir butir perbicaraan adalah datangnya dari sebuah mahkamah dan boleh dipertanggung jawabkan.
Sebaliknya berita berita dan laporan tidak berintegriti dari para blogger picisan Malaysia yang tidak bermoral dan amat disangsikan boleh pula dijadikan bahan sandaran dan kitab rujukan oleh pemerintah dan permimpin UMNO BN yang menguasai negara serta diterbitkan secara meluas di media dan akhbar utama negara. Media elektronik langsung menjadi bisu untuk mengulas dan menyentuh isu berat yang melibatkan PM Malaysia, Najib dan pembantu utamanya Baginda.
Hakikatnya bila samseng, pembunuh, perasuah, pembelit dan pemfitnah menguasai teraju kekuasaan negara, inilah padahnya. Bekas KPN Tan Sri Musa pernah menyuarakan bahawa polis dan pemimpin politik Malaysia telah melindungi kegiatan samseng. Pihak ini sebenarnya saling lindung melindungi untuk terus menguasai kekayaan dan kekuasaan di negara kita Malaysia.
Rakyat Malaysia tidak wajar lagi terus memberi sokongan kepada pemerintah sekarang khususnya parti UMNO BN kerana sebenarnya mereka ini adalah pemimpin Barisan Najis. Wajib setiap rakyat Malaysia yang sayangkan negara melakukan sesuatu agar kumpulan pemimpin ini serta parti UMNO BN tumbang dan tidak lagi berada dipuncak kuasa. Jika ini gagal dilakukan pada GE 13..Malaysia dan kita sebagai rakyat kebanyakan akan lebih sengsara. Fikrkanlah masa depan anak anak dan warisan kita kalau pun tidak untuk diri sendiri. Sanggupkah anda biarkan anak anak mewarisi sebuah kerajaan yang tidak menjanjikan masa depan buat mereka melainkan slogan kosong semata2. Jangan zalimi warisan dan keturunan anda sendiri jika anda mahu roh anda aman saat di alam barzah nanti.
Kebenaran cuma dapat ditegakkan jika sebuah kerajaan baru yang adil dan lebih berteraskan kebajikan dan agama mengambil tempat. Hanya kerajaan baru dapat memberi keadilan baik kepada rakyat mahu pun kepada PM dan pemimpin2 yang bermasalah ini. Selagi UMNO BN menguasai tampuk pemerintahan, selama itu perbicaraan dan kehakiman tidak dapat berfungsi sewajarnya.
Ingatlah...pemimpin ini juga yang memesan kita rakyat kebanyakan berjimat dalam berbagai perkara hatta makanan harian sekali pun (setiap kali harga meningkat), tapi diketika yang sama anak isteri mereka berterusan berbelanja maha mewah tanpa segan silu. Manusia kah mereka ini atau setan berwajah manusia???
Dalia Mogahed: The attitudes that sparked Arab Spring
ReplyDeletehttp://www.ted.com/talks/dalia_mogahed_the_attitudes_that_sparked_arab_spring.html
Sdr Aspan,
ReplyDeleteNajib kini beransur ansur berubah rupa menjadi biawak, biawak hidup kepada parti UMNO BN dan biawak hidup kepada rakyat Malaysia. Najib adalah liability tidak saja kepada UMNO BN malah kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sejak 50 tahun lebih sebelumnya seorang PM dikaitkan dengan pembunuhan sebegini.
PM Najib ini jugalah dan pemimpin UMNO BN yang sama jugalah yang mendesak dan menuduh ketua Parti Pembangkang Anwar Ibrahim takut ke mahkamah dan sengaja menangguh nagguh kes. Penyokong parti UMNO BN yang sama ini jugalah yang memperlekehkan Anwar menangguh nangguhkan kes perbicaraannya di mahkamah. Tetapi PM, pemimpin UMNO BN ini serta penyokong2 ini juga tiba2 menjadi buta dan tuli, kebaculan dan kedayusan Najib mau pun Mahathir untuk hadir ke mahkamah langsung tidak terlihat oleh mereka ini atau kerana hati mereka2 ini terlalu hitam, berkarat dan langsung tidak mendapat hidayah Allah, melainkan hanya sarat dengan perasan tamak, kepentingan diri dan busuk hati.
Mohon Allah membongkar segalanya dan melaksana hukuman Nya untuk teladan umat akan datang. Selamatkanlah negara ku ini ya Allah..hanya Kamu Maha Besar Lagi Maha Adil !
QD,
ReplyDeleteko nak bersilat pe lak, silat pukut ke..
o pocot... silat jilet je la..
Salam semua,
ReplyDeleteBanyak soalan saya masih belum dapat jawapan berfakta.
Ibni Ismail masih mengharapapkan DSAI menerajui negara ini malah melihat PAS/PR masih belum boleh memerintah dan rakyat majority masih memilih kesenambongan UMNO/BN.Sebagai kata Tunku Aziz PR belum lagi kukuh dan tidak bersedia untuk menjadi kerajaan pilihan rakyat buat masa ini.
Scorpeneterbang masih menyalahkan ' blackout ' walaupun PR berjaya di banyak negeri dan menyalahkan ' Mahafiraun ' yang tidak disenangi pembangkang, itu kita faham kerana mereka dipihak yang tidak sehaluan.
PR perlu saorang ketua dan bukan DSAI yang bermasaalah.Saya tidak berminat memanjangkannya kerana apa yang pernah saya katakan pendedahan adalah dari rakan rakan karib beliau sendiri yang meninggalkan perjuangan peribadi beliau.
Tahniah pada PAS dan UMNO menganjurkan perhimpunan aman masing masing dengan message tertentu dengan baik di stadium dan tidak berdemonstrasi dijalanan kerana ini bukan nilai dan budaya kita orang timur/ Malaysia.Terima kasih.
dinoscots
Tak lebih dari 70,000 maksimum. Ramai juga golongan yang sesat dan khawarij yang hadir rupanya. Semoga apa yang didoakan oleh Nizar dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Insyaallah.
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteNampaknya org Islam di Malaysia lebih nak berpecah dan memberi peluang kpd kafir untuk memerintah.
Teruskan...Melayu sekarang fikir dia bangsa yang bijaksana sedangkan sebalik dari segi realiti. Nak mentadbir sebuah syarikat pun tak boleh, dibelit Cina dan India. Bijaksan ke macam ni?
Fikir2kan lah, jgn ikut nafsu.tak kira PAS ke UMNO
ai say QD rupa - rupanya sembunyi, ingat lah karam dengan scorpene.
ReplyDeleteTuan Aspan,
Syabas Kedahans dah sedar, eloklah transfer himpunan untuk mengundi PAS/ PK, tak lama lagi, rakyat biasa bolehlah kecapi pembangunan yang meaningful serta sustainable tanpa kronism aka M & M & M.
Masih ada lagi orang percaya kt Buletin Utama ye? Haha. Terang2 Buletin Utama hanya mengambil beberapa saat daripada ucapan penuh Nizar.
ReplyDeleteKemudian buat berita palsu yang kononnya Nizar cakap PAS tak akan menang di Kedah.
Utk pengetahuan, Nizar cakap adalah.. "PAS tak akan menang di Kedah, KALAU UMNO MASIH DIBIARKAN BERKUASA DAN TIDAK TUNDUK PADA 8 TUNTUTAN BERSIH 3.0. Maka mari kita hapuskan UMNO!"
Maaf ye saudara, Pakatan Rakyat ni sebenarnya tidaklah sempurna sangat. Tapi itu je pilihan yang kita ada sekarang. Sebab meluat dengan sikap ego, gangsterisme dan angkuh ahli UMNO!
Dinoscots,
ReplyDeletePi mengaji ugama bagi cantek sikit.
Daulatkan agama, bangsa akan terdaulat bersama.
Tak perlu pikiaq semata2 bangsa.
Allah tak tanya esok hang melayu ka cina.
Allah tanya hang buat apa utk agama?
musuh utama orang melayu dan umno ialah pemimpin umno kerana segala kegagalan dan porak peranda adalah berpunca dari pemimpin umno jadi untuk selamatkan semua ini umno itu wajib ditumbangkan .Ahli umno tak ada masaalah untuk join mana2 parti kerana mereka itu mahukan negara yang aman sejahtera .Yang mengelabah ialah segala pemimpin umno dan pemimpin kerajaan yang telah mengambil kesempatan atas jawatan mereka.Tugas utama pemerentah baru nanti ialah untuk dapatkan semula setiap sen yang diselewengkan .Jangan lepaskan dan pasti negara akan balik positif .
ReplyDeletemusuh utama orang melayu dan umno ialah pemimpin umno kerana segala kegagalan dan porak peranda adalah berpunca dari pemimpin umno jadi untuk selamatkan semua ini umno itu wajib ditumbangkan .Ahli umno tak ada masaalah untuk join mana2 parti kerana mereka itu mahukan negara yang aman sejahtera .Yang mengelabah ialah segala pemimpin umno dan pemimpin kerajaan yang telah mengambil kesempatan atas jawatan mereka.Tugas utama pemerentah baru nanti ialah untuk dapatkan semula setiap sen yang diselewengkan .Jangan lepaskan dan pasti negara akan balik positif .
ReplyDelete@Dinoscots
ReplyDelete1) kenapa dibiaran UMNO meneraju negara selama lebih 55 tahun berterusan.?
-siapa yang biarkan?dari dulu tiada satu pon gerakan pembangkang yg bersetuju umno perintah malaysia..
2) Kenapa undi PAS di parlimen kerusi yang terkecil.
-kecil atau besar kalau tidak mempengaruhi parlimen yg dipegang..adakah PAS parti yang satu2nya memperjuangkan islam mahupon keadilan di parlimen?
3) Kenapa serpihan Semangat 46 ramai kembali ke pangkuan UMNO termasok Ku Li .Rais Yatim, Marina Yusof dan ramai lagi
-anda perlu bertanya in personal kenapa nama2 yg anda sebut ini kembali kepada umno...boleh fitnah jika dijawab..
4) Saya tidak bermasaalah dengsn PAS sekira benar mahu perkembangkan syiar Islam
-sejak dari wujudnya PAS hingga kini, tujuan bagi mengembangkan syiar islam di msia xpernah lari....anda ragu?
5) Apa salahkah perpaduan ummah antara kita melayu islam di semarakan dan kita perbaiki dan perbetulkan kesalahan2 sekira ada.Apa yang terjadi adalah perpecahan ummah orang melayu islam di negara mereka sendiri.
- hampir 55 tahun kita merdeka...perlu atau tidak PAS menunggu lagi utk diperbetulkan melayu islam dibawah umno?tidak terlalu lamakah masa yang umno ambil utk berubah? Tidakkah anda sedar bahawa perpecahan ini dimulakan oleh umno..??kerana mereka tamak kuasa...
ikut kira frama by frame, tak sampai 15,000 orang.
ReplyDeleteSaudara dinoscot,
ReplyDelete-Buat apa dengar cakap tunku aziz tu.Dulu-dulu orang yang dalam umno sendiri pun tidak percaya tanah melayu ini boleh menubuhkan negara merdeka bebas dari penjajah kerana pada pendapat mereka hendak buat jarum sendiri pun tidak pandai.
-Apa nak heran,Mamak sendiri membudayakan sikap menyalahkan orang lain seperti yang dia lakukan kepada pak lah.Dia sendiri keluar parti dan sekarang dia hendak setiap ahli umno setia kepada parti.Apa yang dia mahu sebenarnya??...anaknya jadi PM.Dia selesa dengan PM yang banyak skandal kot...sama-sama simpan pekung didada.
-Memang ketua penting dalam semua perkara.Sebuah keluarga perlu ketuanya,inikan sebuah parti politik atau sesebuah negara.Jadi apa masaalahnya DSAI pada pandangan anda.Kalau sudah ada keputusan mahkamah bahawa DSAI tidak bersalah,apa lagi masaalah DSAI pada pendapat anda.
salam
-scorpeneterbang-
Adakah amalan berpandukan alquran dan hadis boleh bercampur dengaan amalan demokrasi?dari mana islam datang?dari mana datangnya demokrasi?adakah dlm islam wujud demokrasi?adakah demokrasi wujud dlm islam?tempangkah politik dalam islam jika umatnya menolak amalan konsep demokrasi?adakah 2 cara iaitu hidup amalan demokrasi boleh bercampur gaul dengan islam sedangkan islam dari allah dan demokrasi dari manusia? Hanya allah yang tahu..hanya allah maha pemberi hidayah..
ReplyDelete