Berbagai-bagai analisis yang kita
dengar berhubung dengan keputusan pilihanraya yang akan datang ini. Banyak
pihak yang membuat analisis ini secara formal atau secara rambang berdasarkan
kepada ‘mood’ yang berada di bawah ini. Saya tidak membuat apa-apa analisis
secara formal tetapi saya tahu PR akan menawan mandat rakyat kali ini. Lain-lain
perkataan ianya adalah pertukaran
kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat.
Pertukaran ini tidak boleh dianggap ganjil kerana mana-mana kerajaan akan bertukar akhirnya jika kita
memilih demokrasi sebagai cara pentadbiran negara. Negara yang tidak demokratik
pun mesti mengalami pertukaran kerajaan tetapi negara-negara seperti ini
selalunya berhadapan dengan keadaan huru-hara sebelum pertukaran itu dapat
dilakukan.
Di negara-negara Arab demokrasi
tidak wujud dan kebanyakan negara rantau itu dikuasai oleh ‘absolute monarchy’ yang autokratik. Tetapi dengan
berlakunya ‘Arab Spring’ baru-baru ini di beberapa buah negara rantau itu,
terbukti bahawa kerajaan tetap bertukar walaupun cara mana sekali sesebuah negara
itu diperintah. Memang ‘natural’ yang segala-galanya akan berubah dan tidak ada
yang kekal. Perubahan merupakan fenomena yang tidak dapat kita elakkan di dalam
dunia ini.
Begitu juga di negara kita...perubahan itu nampaknya sudah tidak dapat dielakkan lagi. Kita tidak boleh
menganggap yang apa yang berlaku di tempat dan negara lain tidak akan berlaku
di negara kita. Bermacam-macam analisis sedang kita dengar di mana-mana. Ada yang mengatakan bahawa
BN akan menang dalam PRU ini tetapi kemenangannya amat tipis, lebih tipis daripada
apa yang dicapai oleh Pak Lah pada tahun 2008 yang lalu.
Sesetengahnya pula berpendapat bahawa
PR akan berjaya mendapat mandat dari rakyat dengan majoriti yang tipis. Walau
apa pun pandangan banyak pihak lain saya tetap merasakan bahawa BN kali ini akan
direhatkan oleh rakyat untuk mengambil masa memperbaiki 'penyakit-penyakit
terminal' yang dihadapi oleh ‘coalition’ itu setidak-tidaknya selama tempoh lima
tahun.
Kali ini rakyat pula yang akan
membetulkan segala kesilapan dan kesalahan kerajaan yang memerintah hari ini.
Rakyat telah sedar bahawa jika mereka (rakyat) tidak melakukan sesuatu untuk
kepentingan rakyat dan negara mereka (rakyat) khuatir yang negara kita akan
mengalami apa yang dialami oleh banyak negara yang hancur lebur kerana kelalaian
semua pihak untuk menjaga negara mereka dengan baik dan bertanggungjawab.
Rakyat mahu kembalikan negara
‘back to basic’. Rakyat mahukan mereka (rakyat) diberikan keamanan dan kesenangan
berfikir. Rakyat mahukan tiada lagi kegiatan tidak bertanggungjawab pemerintah
berlaku dengan sewenang-wenangnya di
hadapan mata mereka kerana itu semua menyemakkan pandangan dan kehidupan mereka.
Rakyat yang sudah lama bersabar dengan tingkah dan laku UMNO Baru serta BN
sejak hampir tiga dekad yang lalu sudah hilang kesabaran dan mereka telah
membayangkan dengan jelas yang kali ini adalah giliran mereka untuk membetulkan
keadaan buruk ini.
Rakyat tidak mahu lagi mereka
dipecah dan diperintah oleh BN lagi. Mereka mahu bersatu tetapi bersatu di luar
BN khususnya UMNO Baru. Rakyat sudah tidak lagi mahu mendengar hujah-hujah UMNO
Baru untuk meminta rakyat mengekalkan mereka kerana mereka sudah jemu dengan
hujah yang sama sejak puluhan yang lalu. Setiap kali pilihanraya sampai UMNO Baru
selalu memainkan isu perkauman dan UMNO Baru merasakan jika ada perpecahan
di antara kaum, itulah kesempatan bagi mereka (UMNO) Baru untuk mengambil
kesempatan menyatukan rakyat khususnya orang Melayu untuk terus mendokong
mereka tanpa had.
Sudah terbenam dalam benak
pimpinan UMNO Baru yang orang Melayu khususnya boleh ditakut-takutkan dengan
isu perkauman dan UMNO Baru tidak putus-putus mahu mengekalkan perasaan takut
orang Melayu untuk menghadapi kehidupan masa depan tanpa UMNO Baru. Mereka diyakinkan yang ‘there is no life’
after UMNO Baru. UMNO Barulah segala-galanya. UMNO Barulah yang berhak untuk
menentukan baik buruk kehidupan orang Melayu dan UMNO Barulah yang menjadi
penentu selamat atau tidaknya kehidupan orang Melayu.
Kuasa politik yang dipegang oleh
UMNO Baru dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni pimpinan dan
yang amat menyakitkan hati rakyat ramai ialah keputusan parti dan pimpinan
ditentukan oleh ‘seekor dua’ kroni yang berada di sekiling pucuk pimpinan
negara. Sementara mengaut segala kekayaan negara, mereka memberikan cebisan
kepada rakyat yang dibiarkan berada di dalam budaya menadah tangan memohon
ikhsan dari pemimpin yang mereka (rakyat) berikan mandat itu.
Rakyat digula-gulakan dengan
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, maka beraturlah rakyat di tengah panas terik matahari untuk mendapatkan
tempias daripada kekayaan kroni-kroni ini. Dengan RM500 itu dapatlah rakyat
membasahkan tekak untuk beberapa hari, tetapi oleh kerana kekeringan tekak
rakyat sejak beberapa lama itu jumlah yang sejemput itu ibarat menyiram secawan
air di padang
pasir yang kering kontang sahaja.
Lepas ini pula akan dikeluarkan
sedikit lagi bantuan BR1M ini dan ini sajalah caranya UMNO Baru untuk
mempertahankan kuasa…beli, beli dan membeli sokongan. UMNO Baru sentiasa
membeli perasaan rakyat, dan jiwa orang ramai. Bagi UMNO Baru pimpinan Najib
ini cara yang paling mudah tanpa menggunakan pemikiran, ialah dengan membeli
perasaan rakyat. Apabila duit yang sejemput itu rakyat dileterkan supaya
menggunakan wang itu dengan berhemah dan berwasatiyah.
Dalam ramai-ramai manusia di negara
ini adakah Najib orangnya yang betul untuk menasihatkan orang lain untuk
berbelanja secara wasatiyah? Kalau Tok Guru Nik Aziz yang bercakap tentang
wasatiyah ini, boleh juga diterima. Tetapi Najib yang telah membelanjakan wang
rakyat untuk kegunaan beliau sendiri yang berjumlah berbillion-billion ringgit
itu tidak layak untuk bercakap tentang berbelanja secara wasatiyah itu.
Bagi Najib kita semua mesti
berbelanja secara wasatiyah tetapi beliau membelanjakan wang rakyat seperti
wang ibu bapa beliau sahaja…tanpa malu dan silu. Beliau tidak sedar bahawa rakyat
sedang memerhatikan tingkah beliau setiap waktu dan masa.
UMNO Baru sedar bahawa rakyat sudah
jemu dengan kehadirannya sekarang. Dalam keadaan keadaan ini UMNO Baru dan
pimpinan sudah hilang segala punca untuk meyakinkan rakyat sekali lagi. Apabila
seorang pimpinan kehilangan punca maka segala tindakan mereka tidak akan lagi
tepat dan betul. Seseorang yang dalam kegelisahan akan selalunya kehilangan
punca dan hidayah.
Kalau pun mereka terjumpa dengan ‘formula’ yang baik, masa tidak mengizinkan lagi kerana untuk meyakinkan rakyat ia
memakan masa yang panjang. Itu sebabnya kita membaca setiap hari, banyak kali
pemimpin-pemimpin bercakap bercanggahan di antara satu dengan lain dan ini
membuatkan rakyat bertambah keliru. Hidup dalam keadaan was-was adalah tegahan
agama kita…bagaimanakah UMNO Baru untuk meminta rakyat ramai untuk menyokong
mereka tanpa was-was sedangkan mereka sendiri dalam keadaan was-was
dalam semua keputusan penting terus-terusan.
Segala tindakan pimpinan adalah
dalam keadaan was-was sentiasa dan itu jugalah yang membuatkan mereka
(pimpinan) sentiasa ‘flip-flop’ dalam banyak keputusan penting yang mereka
ambil.
“In actuality UMNO Baru leaders
have lost all plots to manage the nation,” kata seorang pemimpin UMNO Baru itu
sendiri dalam pertemuannya dengan saya baru-baru ini.
“Bro, I appreciate your courage
and your intelligibility of thought by joining DAP,” katanya kepada saya serius.
AA,
ReplyDeleteIt's well said and we shall just do that bro.
You are very inspiring writer and I am addicted to your writing and opinion.
cheers.
Ali Ibrahim senawang
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
ReplyDeletePertama, jutaan ampun maaf, agak lama kita tak bermesra. Namun begitu, saya akan tetap mengikuti kalau tak semua pun, setidak-tidaknya artikel-artikel terkini saudara. Juga, syabas dan terima kasih di atas artikel terbaru ini.
Memang benar, rakyat dah hilang sabar, tau? Mana tak benarnya seperti yang saudara katakan: seandainya PRU ini masih jadi bahan teka-teki, bukankah boleh mengganggu, umpamanya, urusan haji para jemaah haji kita? Sedangkan ketika Hj. Najib yang tak boleh pakai ni nak pergi haji, bukan main senang bin mudah? Dah lepas tu, apa jadi dengan haji dia tu kalau sampai bleh gadai aqidah dengan maksiat dan mempersendakan Allah SWT pada kehadiran-kehadirannya di tempat-tempat dan aturcara-aturcara keagamaan yang jauh menyimpang dan meraikan sekalian wanita yang mendeah aurat? Wasatiyah apa namanya tu? Sebab itulah saya berpandangan secara terus-terang, semua ni tak lain dan tak bukan gara-gara dakyah mentor mereka, mamak yang lagi bengap tu ... ya, kan?
Justeru, tak hairan bila saban waktu kenyataan sesama mereka turut "flip-flop" kerana majoriti pemimpin atasan mereka ini, akhlaknya pun dah hancur. Yakinlah, rakan-rakan sekalian, segala yang berlaku di persekitaran kita kini adalah ulang-tayang sejarah jenayah dan kezaliman mereka yang angkuh akan ketentuan Allah SWT dik dahagakan khamar dan khinzir yang kelhatan lazat dan sedap ... Menutup bicara, bersamalah kita sebagai Muslim Mu'min mengusahakan diri agar kita akhirnya mampu berhijrah walau hanya tukar pangkah di atas kertas, bukan dengan jet pejuang, dan kepada semua warga pencinta keamanan, ketepikanlah segala macam "racism" tajaan para penjenayah UBN in demi kebaikan bersama. Tepuk dada, tanyalah iman (Muslimin & Muslimat) serta aqal (warga Malaysia yang cinta serta dahagakan keamanan abadi).
Terima kasih dan selamat berjuang. I love you all.
Saudara AA,
ReplyDeleteNajib tak perlu was-was atau ragu-ragu lagi. Just bring the GE13 on, and the next thing you know is that he will be shipped out!
Salam.
Observer.
Rakyat malaysia sekarang telah tekad hati untuk melihat perubahan kepimpinan negara dari bn ke Pakatan Rakyat..
ReplyDeleteCuma kesedaran pemimpin pr semasa berkempen nnti yg harus diambil berat..jgn jadi seperti kesilapan tunku razalie yg memakai tengkolok berlambangkn salib semasa berkempen disabah berulang..kerana memudahkan utusex memutar belit isu..
Seperti di selangor,roniie liew dan teresa kok harus diketepikan atau berdiam diri saja..kerana mereka adalah beban kepada pakatan di selangor..
Masalah untuk melakukan perubahan dlm pru nnti perlu di fokuskan di kg kg dimana pengundi yg berumur 60 tahun keatas..yg masa segar dlm ingatan dgn peristiwa 13 mei 1969..
Diharap pru 13 nnti tidak akan akan berlaku peristiwa 13 mei 1969 yg akan membawa penubuhan mageran..kemenangan pakatan rakyat terbatal dgn sendirinya..
Parti yg berasas cina hendaklah muhasabah diri kedudukan mereka didlm malaysia..jgn lah melampau batas dlm memohon sesuatu untuk kebaikan pada bangsa sendiri..
Ini kerana kesuluruhan bangsa melayu dimalaysia sanggup berputih mata dari melihat tertubuh singapura kedua di tanah melayu..
Saudara Aspan
ReplyDeleteSaya sangat tertarik orang Melayu mampu berbanyak pegangan politik tetapi hanya berpegang kepada satu aqidah.
Maka syabas Saudara AA kerana telah menjadi anggota DAP. Saya sungguh mengalu-alukan ramai lagi orang Melayu menjadi ahli DAP kerana boleh dan telah tertarik dengan konsep Malaysian Malaysia yang dijadikan momokan UMNO sekian lama.
Bagi saya the more correctly Islamic Malaysia than UMNO's Islamic Malaysia kini telah jadi impian saya, maka saya lebih tercenderung dan rasa lunak kepada cara dan matlamat perjuangan PAS .
Walaubagaimanapun saya berharap orang Politik Melayu akan berpegang kuat kepada prinsip masing-masing mereka tetapi akan dan boleh seterusnya berkerjasama atas dasar bersama tanpa ada dan berkepentingan diri. Tidak macam sekarang kepimpinan UMNO kerana terlampau berkepentingan diri hanya mahukan berkerjasama bukan atas dasar equal partnership tetapi atas UMNO berhak kerana dia adalah partner yang lebih dominan.
Sangat-sangat diharapkan UMNO akan terhilangan kedominannya mulai PRU 13. Ketika itu orang Melayu dalam UMNO akan juga boleh dibawa berpakatan untuk berusahama-sama untuk kepentingan orang Melayu mencapai kesaksamaan dan keadilan.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteDari segi mood dan sokongan, dapat dirasakan jelas Pakatan Rakyat akan mendapat mandat mengambil alih kerajaan BN. (InsyaAllah).
Tapi saya rasa itu tidak mudah kerana kemenangan bukan atas dasar sokongan sahaja tetapi pengiraan kertas undi.
Maka bersiap sedialah untuk menerima kenyataan yang kita semua akan ditipu.
Kepada saudara Aspan,
ReplyDeleteSaya sungguh hormat (respect) saudara kerana membuat pilihan untuk menyertai party DAP yang berprinsip telus, bersih, adil dan sanggup menolong kaum yang miskin tanpa mengira bangsa.
Bukti yang jelas ialah bagaimana DAP nenolong bumi contractor di PP supaya berdikari dan menyumbang tabung islam yang lebih jika berbanding dengan BN. LGE dipenjara disebabkan menolong anak melayu yang tidak bernasib baik.
Sifat baik yang ada pada DAP juga memberi ketakutan atau kebimbangan kepada orang yang sentiasa tidak berkerja kuat untuk menjadi kaya atau memerlukan “Free lunch” untuk memdapatkan contracts, AP…dan lain-lain.
Petanyaan, adakah orang melayu di Malaysia tidak boleh terima cabaran, keadilan atau masih memerlukan “free lunch to survive” setelah 50 tahun?
Untuk menghapuskan cronies kaya raya berterusan dan perompak yang ada sekarang. Malayu tidak memerlukan “Keistimewaan” yang hanya memberi faedah kpd cronies Umno dan dikehenki menukar pemikiran mereka supaya dapat menolong golongan yang miskin (kebanyakan melayu) untuk maju ke hadapan.
Anak Melayu perlu cabaran yang sama dan adil seperti kaum lain untuk mendapat “penghormatan” (be respected by others) yang telah lenyap selama 30 tahun yang lalu atau berterusan menjadi hamba kepada cronies bn dan akhirnya akan bankraptkan Negara.
Setiap Billionair/jutawan yang dihasilkan oleh Mamak selama 22 tahun akan memiskinkan jutaan melayu di Malaysia melalui rompakan yang berlesen dengan mengunakan “ Previlage” atau “hak keistimewaan” untuk mendapatkan contracts, AP kereta, bernas, Toll, TM, TNB, IPP, gula, Proton…etc.
Kita berharap melayu yang join DAP untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk faedah peribadi.
Perubahan diperlukan untuk mengetahui siapa (I) pembunuh (sabrini, Kugan, Teoh BH, Altantuya) (ii) perompak dana wang negara(NFC, Sub-marine commission, cronies Mamak) dan lain-lain lagi.
Lakukan tanpa was was....Pertama kali disahkan HALAL olih JAKIM.Buatlah apa yang patut asalkan UMporNO HARAM JADAH tumbang.
ReplyDeleteAs usual cantik headlines Tuan Double A. Kali ni macam iklan ubat gigi Zaitun - Gunakan tanpa was-was.
ReplyDeleteMudah untuk tukar tooth-paste, tapi tukar kerajaan, sorry my man.
Tak nak jadi macam demo Arab Spring. Egypt for example. Yeah the Muslim brother-hood took over. But the military is still in charge. Their tenure will be short-lived when another elections is held for a new constitution and a new Parliament.
Mubarak was right when he said it's either me or the beards.
Yes my dears, looks like Egypt will have another oppressive regime.
Many who took part in the Tahrir Square sit-in are now regretting the failed revolution.
So it is in Libya, Yemen and other countries in the Middle-East.
And we will be doing just that if we elect Pakatan.
That is why Bashar is guarding jealously his regime. Replacing so-called devil with another devil.
Kalau nak pilih Nu-war as PM, baik tak yah.
Failed as DPM and Education and Finance Minister.
Dulu ambik RM33 billion. Nanti terbang pulak RM66 billion duit kita pergi kat Cayman Islands pulak(tukar venure lor).
Kita nak tahu juga siapa DPM dia (Azmin, hahaha), Finance Minister, Education Minister etc.
Easanya PAS cuma dapat Islamic Affairs Minister and DAP Infrastructure Minister.
Kalau bukan Nuar-bolehlah juga cuba try undi Pakatan, bak kata oghang kaeh.
Salam AA dan bloggers,
ReplyDeleteKepada mat songsang,
Tak yah la ko risau pasal lineup cabinet PR bila menang PRU13 nanti.
Yang kita semua pasti, siapa pun dilantik tidak akan menjadi sekurap (corrupt) UMNO/BN.
Surrogate
Berkali kali sudah pilihanraya berlangsung. Setiap kali pilihanraya, janji2 baru ditabur. Setiap kali pilihanraya UMNO BN yang telah memenanginya.
ReplyDeleteAnda sudah berapa kali mengundi?. Apakah setiap kali UMNO BN diberi kemenangan, setiap kali itu juga taraf hidup anda bertambah dab berganda peningkatannya?. Anda lebih kaya?. Anda lebih selesa? Hidup anda mencukupi segalanya tanpa bebanan hutang?
Kalau dah dua tiga kali lebih undi anda diberi kepada UMNO BN tapi hidup anda masih diselubungi hutang dan tetap terhimpit oleh bebanan kos sara diri dan keluarga..kenapa mahu kekalkan UMNO BN lagi?. Kenapa perlu terus memperbodohkan diri hanya kerana janji2 yang dipernaharui setiap 5 tahun sekali.
Anda harus berjiwa besar dan berani. Kalau amanah yang anda berikan selama ini tidak mampu ditunaikan UMNO BN, rasional apa parti UMNO BN ini perlu abda kekalkan. Setiap kali GE dimenagi UMNO BN...hidup anda tidak banyak berubah malah kian sempit. Anda bermegah dengan bangunan hebat dan projek raksaksa yang bukan anda mendapat menafaat secara langsung wal hal pemimpin2 dan kroni mereka bertambah kaya dan mewah hasil komisyen dan projek2 tersebut.
Maka anda harus berani buat perubahan. Lakukan penghijrahan untuk masa depan yang lebih baik. Kenapa perlu terus kekal ditahap lama sedangkan pilihan lebih baik telah ada. Sedang Rasulullah melakukan penghijrahan, kenapa tidak dengan anda?.
Beri peluang pada diri sendiri untuk kehidupan dan masa depan yang lebih baik kerana UMNO BN telah gagal melakukannya walau pun mandat telah diberi rakyat dan anda berkali kali sudah. Kini giliran kita berhijrah, memmebri mandat kepada PR sekurang2nya untuk mereka ini buktikan kemampuan mereka.
Kalau dalam serba kekurangan dan dibawah tekanan kerajaan pusat, PR mampu melakukan yang terbaik di Selangor, Penang dan negeri2 pakatan lain ( ini diakui oleh Audit Negara ) bayangkanlah kalau tampuk pemerintahan dan perbendaharaan negara ditangan mereka. Banyak perubahan khususnya taraf hidup rakyat akan dapat ditingkatkan berkali ganda. Jadi..di GE 13 nanti....berikan giliran buat PR membuktikannya dan kita sama sama nilaikan untuk 5 tahun berikutnya.
Persetankan dengan gembar gembur UMNO BN kerana terbukti lebih 50 tahun mereka berkuasa, kebajikan rakyat kebanyakan tidak terbela melainkan kroni dan mereka yang terdekat dengan pimpinan atasan saja yang meraih banyak laba. Sama sama kita bertekad untuk berHIJRAH pada GE 13 nanti.
Tuan AA,
ReplyDelete- Pertukaran parti untuk mentadbir kerajaan adalah suatu yang sangat ganjil/janggal kepada puak umno.Ini bukannya disebabkan terlalu lama berkuasa tapi disebabkan oleh jenayah politik lampau/terkini yang telah mereka lakukan.
- Jika hari esok mereka ini kalah, lusa bukan lagi masanya untuk mereka memikirkan kesilapan,kekurangan,mencari sebab kenapa tidak mendapat mandat dari rakyat dan mengatur strategi mengambil balik mandat rakyat tapi masanya untuk memikirkan macam mana hendak melepaskan tengkuk masing-masing.
- Rakyat sudah faham iaitu tidak sah kalau parti umno tidak memainkan fitnah,menipu,sentimen bangsa,agama,intitusi raja,politik wang dan sewaktu dengannya.Memang keterlaluan tindakan puak umno sehinggakan media massa dijadikan barua tunggangan untuk menakut-nakutkan rakyat.
- Secara ringkasnya, parti umno ini kalau ada pun dipersada politik negara tidak dapat juga membawa untung malah beroleh kerugian kepada bangsa melayu dan bangsa bukan melayu(stok mandian darah umprono).Memberi sokongan kita ibaratkan bersengkongkol dengan penyelewengan mereka sahaja.
- Orang/pemimpin yang was-was itu hanyalah orang/pemimpin yang punyai skandal dan menjadi liabiliti kepada kejatuhan dirinya sendiri
salam
-scorpeneterbang-
Tuan Aspan,
ReplyDelete"Mood" rakyat dan situasi politik semasa jelas berbeza dengan tahun tahun sebelumnya. 2008 cuma menunjukkan sedikit perubahan sokongan rakyat terhadap pembangkang. Namun keputusan GE 12 dimana pembangkang memenangi 5 negeri ( termasuk Perak yang dirampas semula oleh UMNO BN secara tidak beretika ) adalah diluar dugaan pimpinan pembangkang (PR) sendiri.
Namun jika diperhati apa yang sedang berlaku hari ini, tampak ketara ppembangkang atau PR mendapat sokongan majoriti rakyat. Jika GE 13 dijalankan kelak dan bilangan kerusi parlimen mahu pun DUN pembangkang tidak lebih baik dari pencapaian GE 12, pastinya ada yang tidak kena dengan perjalanan pilihanraya itu sendiri.
Kerana menjangkakan UMNO BN bakal kecundang nanti, maka Mahathir membuat kenyataan dan tuduhan konon pembangkang akan merusuh jika PR kalah. Kenapa cuma sekarang Mahathir kata begitu dan tidak pada semua GE sebelumnya?. Sebabnya ialah UMNO BN dari segi logiknya bakal kecundang. Laporan risikan yang Mahathir terima menggerunkan dia. Atas sebab itu Mahathir menuduh PR akan merusuh jika kalah dalam GE 13 kerana ada sesuatu yang besar sedang dirancang oleh Mahathir dan UMNO BN bagi memastikan keputusan GE 13 nanti tetap memihak kepada UMNO BN.
Pemimpin PR perlu memandang serius perkara ini dan tidak harus berdiam diri. Kenyataan Mahathir itu tersirat maksud yang sangat dalam. Tuntutan BERSIH yang tidak dilayani adalah antara faktur untuk UMNO BN selewengkan keputusan GE. Adalah tiba masanya pimpinan PR mencari alternatif lain bagi menyokong tuntutan BERSIH yang nampaknya tidak ada tanda2 akan dilayan oleh SPR mahu pun UMNO BN. Jika ini gagal ditangani, PR tidak mungkin mampu memenangi GE 13. Jika PR gagal lakukan yang terbaik sebelum GE 13 ini...hari hari esok tidak mungkin menjanjikan yang lebih baik.
Buat warga Malaysia...berilah peluang pada diri anda sendiri untuk mempunyai pemerintah alternatif yang lebih baik. Menganggap UMNO BN terbaik adalah suatu yang salah kerana anda tidak pernah memberi peluang kepada pihak lain untuk membuktyikan bahawa mereka lebih baik. Dalam dunia perniagaan...MONOPOLI pun bukan suatu yang baik dan memenafaatkan orang ramai. Begitu juga dalam politik dan sahsiah...jika anda membiarkan UMNO BN MEMONOPOLI segalanya...maka kesombongan dan sifat bongkak parti ini akan bertambah malah pemimpin mereka bebas melakukan apa saja sekali pun terang2 salah seperti mana yang kita saksikan selama ini. Bila rakyat membiarkan satu parti memonopoli semuanya..inilah padahnya!
Mahu mengajar UMNO BN lebih menjadi parti bertanggung jawab?. Pastikan UMNO BN tumbang dalam GE 13 agar mereka dapat muhasabah diri. Memenangkan PR dalam GE 13 bukan untuk selamanya sebaliknya untuk tempoh ujian. Jika PR mampu melakukan lebih baik dari apa yang UMNO BN Berikan selama ini, untuk apa UMNO BN diberi mandat lagi kecuali UMNO BN benar2 berubah dan menjadi lebih bertanggung jawab.
Laungan UMNO BN agar rakyat Malaysia jangan menanggung resiko dengan menyokong PR usah dipedulikan. Rujuk fakta lapuran Audit Negara untuk melihat kebenarannya. UMNO BN dengan segala kuasa dan sumber kekayaan negara ditangan mereka sepatutnya lebih mendapat pujian Audit Negara berbanding PR yang memiliki sumber kekayaan dan kuasa yang terbatas. Anihnya..dalam serba kekurangan itu...PR mampu memberi yang lebih baik berbanding UMNO BN.
Nak menyokong lagi parti perasuah dan samseng begini?????.
DEBAT SAIFUDDIN (Umno) Vs SALAHUDDIN (Pas) PART 1
ReplyDeleteDEBAT SAIFUDDIN (Umno) Vs SALAHUDDIN (Pas) PART 2
Wassatiyah or Whats Up Sathia? For whatever excuse people may give, UMNO adalah mudharat besar yang harus dihapuskan. Kalau rasa DSAI tak layak jadi PM dia merupakan mudharat kecil. Begitu juga dengan lain-lain seperti saki-baki geng UG ke, geng-geng PKR Sgor yang mula nak jadi hyena ke, semua itu mudharat kecil yang bakal dicantas oleh rakyat juga.
ReplyDeleteSurrogate,
ReplyDeleteI agree with you bro. The worse of Pakatan Rakyat will be lot better than the best of BN.
Cheers
We only want a fair and clean election
ReplyDeleteI can't bear waiting to see the first Malaysian experience of regime change.
ReplyDeletemalik sahab
"pr" will head to "putrajaya", if international watchdog are involve. tanpa kemasukkan diaorang, we can only dream.
ReplyDeletethey lost 3 states in the last election. "bn" did not expected it to happened. this coming election, it will get dirtier and uglier.
salam...
In tandem with Edward Said's books, it will make a completion to read Jimmy Carter's books, the 39th President of the United States ( 1977–1981 ) :
ReplyDeletei. Palestine: Peace Not Apartheid (2007)
ii. Our Endangered Values: America's Moral Crisis ( 2005 )
But be forewarned you might weep, but not alone in the stillness of an evening !
Jimmy Carter to monitor our GE 13 ? The Carter Center was involved in overseeing Egypt Election. The waiting for the coming election is tediously slow.
Wish i could write a little more, but these days gotta to hit the road by the LRT and rapid bus, real early, occasionally even take a cab ! Just to catch forty winks by not driving.
Take care bros, Cheers.