Mencapai matlamat perjuangan
sememangnya susah dan terpaksa menghadapi pahit maungnya dengan tabah dan sabar
yang maksima. Mencari kebaikan akan berhadapan dengan halangan yang rintangannya kadangkala kita rasakan tidak akan
tercapai. Tetapi usaha ini terpaksa juga diteruskan kerana dalam keadaan yang
mendesak mesti ada pihak yang berani dan sanggup berkorban dan menghadapinya
walaupun ianya berhadapan dengan berbagai-bagai
risiko yang tidak ramai sanggup
menghadapinya.
Apa sebenarnya yang membuatkan ada
pihak yang sanggup melakukan usaha untuk kebaikan ini? Jika tercapai akhirnya
matlamat yang dicari itu, siapakah yang akan menikmatinya? Apakah sebenarnya
kepuasan kepada siapa yang berjuang itu? Sebelum itu persoalannya apakah yang
menjadi penyebab seseorang atau kumpulan itu sanggup berjuang sambil menghadapi
segala rintangan yang bukan kecil itu?
Bagi kita rakyat di Malaysia
sekarang ini, perjuangan yang berada di hadapan sekali ialah perjuangan untuk
mengembalikan negara kepada landasan yang sebenar dan hakiki itu. Perjuangan
setengah pihak sekarang ialah untuk menjaga negara kita yang dianugerahi
kekayaan yang melempah-ruah untuk rakyatnya diuruskan dengan baik dan sempurna.
Keadaan negara sekarang berada di dalam keadaan yang paling menyayat hati kepada
sesiapa yang berfikir dan sayangkan negara ini.
Kebanyakan kemerdekaan dan tamadun
sesebuah negara dan ‘empire’ yang tertulis di dalam sejarah dunia ini ialah kerana
isu rasuah yang besar-besar. Rasuah merupakan isu yang tidak ada tolok
bandingnya kerana rasuah itu boleh menjahanamkan seluruh sistem ampuh sesebuah
negara dan jajahan itu.
Negara kita sekarang sedang
berada dalam keadaan yang sama semasa ‘Empire Rome’ ketika tamadunnya
hendak runtuh dan berkecai dahulu. Begitu juga semasa kekuasaan Uthmaniah
dahulu dan banyak lagi contoh-contoh yang sama berlaku di dalam negara dan tamadun
yang telah hilang dimamah sejarah.
Di antara dua puluh enam ‘dynasty
China’, dinasti Qing merupakan dinasti yang terakhir yang menghadapi keadaan
yang sama sehinggakan dinasti itu jatuh bergelimpangan dengan “people’s power”
pada 1910 dahulu dan akhirnya dinasti yang kuat dan kukuh itu telah jatuh dengan
penolakan rakyat. Semua tamadun ini merupakan tamadun yang kuat yang tidak ada siapa yang menyangka tatkala itu yang
mereka akan jatuh tersembam oleh kehendak rakyat.
UMNO Baru dan BN juga sedang
berada di dalam keadaan yang sama, dalam mana kekuasaan yang telah mereka
perolehi selama lebih lima
dekad itu nampaknya sudah menunjukkan tanda-tanda akan jatuh. Segala dalil dan
petanda kejatuhan yang kita lihat sekarang ini dialami oleh rakyat negara kita hampir sama dengan apa yang dialami oleh
rakyat ‘empire’ dan negara yang saya sebutkan tadi.
Di antaranya rasuah yang tidak
terkawal lagi, kuasa diperguna dengan salah dan ketidakadilan dilakukan
terhadap mereka yang berusaha untuk memperbaikinya. Memfitnah dan menggunakan
institusi kerajaan sebagai egen kebobrokkan mereka menjadi perkara biasa. Yang benar menjadi salah dan yang salah
dijadikan perkara benar.
Inilah yang berlaku apabila kuasa
yang dipegang itu berada di dalam tangan dalam tempoh yang terlalu lama. Gerakan
yang sama juga sedang dilakukan oleh rakyat negara ini. Reaksi kepada yang
berkuasa kita sekarang juga sama dengan pemimpin-pemimpin negara dan ‘empire’
yang telah hilang ditelan sejarah itu. Yang berkuasa selalunya akan hilang
hidayah untuk mentadbir secara baik dan sesuai dengan kehendak dan keperluan
rakyat semasa
Apa yang perlu kita semua lakukan
ialah untuk menunjukkan perbezaan di antara kumpulan reformis dan yang sedang
berkuasa. Itu sebabnya saya selalu menulis supaya pendukung perubahan melalui Pakatan
Rakyat kali ini perlu dilakukan dengan penuh berhemah dan demokratik. Pihak PR tidak boleh respons dengan tindak
tanduk kasar pihak BN dan inilah dia sebenarnya dugaan bagi pihak-pihak yang
inginkan perubahan.
Kita mesti ingat yang pihak
berkuasa sekarang sedang dalam keadaan ‘desperate’ maka kerja-kerja kasar dan kata-kata yang
kotor yang keluar dari mulut pimpinan kerajaan sekarang merupakan perkara yang ‘normal’
yang lazim dilakukan oleh pihak yang akan jatuh tersungkur. Berbohong adalah sifat mustahil bagi Allah swt
dan Tuhan Semesta Alam ini akan memberikan hidayah kepada pihak yang sabar dan
istiqomah dalam perjuangannya.
Kejayaan akan hanya didapati oleh
mereka yang berusaha, bersabar dan istiqomah dalam perjuangannya. Tidak ada
pihak yang sabar itu yang tidak berjaya akhirnya. Percayalah tentang kehendak
‘nature’ ini dan kita hanya menunggu sambil berusaha keras untuk mencapai apa-apa matlamat yang baik itu.
Kepayahan dan kesusahan itu
memang pakaian mereka yang berjuang. Perjuangan yang baik itu tidak ada yang
mudah dan senang, begitu jugalah kita dalam usaha untuk membina negara untuk
kemajuan yang hakiki. Media massa yang digunakan oleh pihak pemerintah secara
tidak adil itu telah menjemukan rakyat sebenarnya. Apa yang harus dilakukan
oleh mereka yang bertentangan dengan kuasa yang zalim kini ialah dengan
memberikan penerangan yang sehabis baik dan jujur tentang isu-isu yang
berbangkit di pihak pemerintah pada hari ini.
Apabila rakyat mendapat maklumat
yang sebenarnya tidak ada kuasa yang boleh mengalihkan pandangan rakyat dari
pemerintah kepada pihak yang bertentangan. Kejayaan akhirnya akan tercapai dan
persoalan siapa yang akan menikmati dari kejayaan ini mudah untuk dibayangkan.
Kejayaan usaha pihak yang hendak
mengambilalih mandat ini akan memberikan kebaikan kepada rakyat yang sedang
hidup dalam kongkongan pemerintah yang memerintah tanpa hidayah ini. Rakyat
ramai akan berpeluang untuk bersama hidup dalam harmonis tanpa isu-isu rasis
yang diperkayakan oleh UMNO Baru yang 'desperate' ini.
Rakyat akan berpeluang untuk tidak
lagi mendengar slogan-slogan kosong yang sekarang dipergunakan oleh pihak
pemerintah untuk mengelirukan rakyat. Rakyat juga mempunyai harapan untuk
menyekat pengaliran wang negara secara haram seperti yang berlaku sekarang yang
jumlahnya melebihi RM1.3 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu.
Mungkin juga rakyat tidak akan
mendengar kejadian memelihara lembu dengan belanja RM179 juta untuk
mengeluarkan hanya seribu ekor lembu sahaja. Rakyat juga tidak mahu lagi
mendengar pemimpin miskin yang mampu membina rumah dan mahligai yang berharga
puluhan juta ringgit.
Dengan peralihan kuasa kita
berharap tidak akan ada lagi isteri-isteri pemimpin yang lebih 'kuah dari sudu'
atau seperti 'kera mendapat bunga' dengan membelanjakan wang rakyat yang
jumlahnya amat besar dan tidak dapat dikira.
Jika berlaku peralihan kita
berharap tidak ada lagi pemimpin yang berbelanja dengan sewenang-wenangnya wang
rakyat seperti apa yang berlaku hari ini. Hari ini pemimpin-pemimpin besar
tidak malu-malu membelanjakan wang rakyat dengan pembaziran di hadapan mata
rakyat yang bertungkus lumus membina sumber kewangan negara kita. Tetapi dalam
masa yang sama mereka menyeru rakyat berbelanja secara berwasatiyah kononnya.
Tetapi seperti yang saya katakan
tadi jalan untuk menuju ke arah kebajikan ini amat sukar tetapi insyaallah kita
akan berjaya akhirnya. Tanda-tandanya semakin jelas kita lihat.
Bersabarlah dan teruskan usaha…
Insyaallah perjuangan kita tidak akan sia-sia.
salam tuan aspan..boleh tukar bloglist...
ReplyDeletehttp://www.kachipemas.blogspot.com/2012/06/fulamakk-gambar-bestjom-berbasikal.html
As Salam Tuan AA.
ReplyDeleteKebodohan yang diwarisi kepada bangsa Melayu dapat kita lihat dari perangai dan sifat munafik para pemimpin mereka yang dilantik dari kalangan individu yang tiada integriti dan terlalu rendah nilai agamanya seperti mana situasi kini. Yang menjadi persoalannya, bagaimana sebuah negara yang majoriti penduduknya dari kalangan Melayu yang tentunya beragama Islam dapat menerima dan redha akan sifat korupsi dari kalangan pemimpin mereka yang tidak langsung mempunyai atau mengamalkan sifat atau ciri-ciri sebagai seorang Islam (memfitnah, merasuah dan membunuh), malah jauh lebih teruk dari kaum kafir yang dikatakan sentiasa ingin menjatuhkan Islam. Rasanya sikap taksub kepada bangsa dan terlalu lama ditipu oleh media pemerintah adalah jawapan yang paling tepat buat masa ini.
AA, memang kita perlu bersabar. Bersabar itu sememangnya dituntut oleh setiap agama. Masalahnya semakin kita bersabar semakin melampau gerak laku mereka. UMNO telah hilang arah kiblatnya. Maka seboleh bolehnya, Insyaallah kita kebumikan nya selepas ini.
ReplyDelete-AnakPodehGhombau-
Tun Dr Mahathir publicly admits it - he's afraid.
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteSekiranya pemimpin pakatan rakyat mengamalkan nasihat tuan ini makanya kemenangan adalah pasti. Majoriti rakyat mengundi BN bukan atas sebab fanatik tetapi itulah pilihan terbaik pada masa itu. Menuduh tanpa bukti, mencaci pemimpin lawan, menabur janji kosong, mencipta slogan2 retorik ni semua game UMNO. Jika PR amalkan game2 ini makanya rakyat akan tetap mengundi BN kerana BN lebih pintar dan mahir dengan game ini. Berbezalah dari UMNO.
Mendiang lim goh tong..sejak berapa tahun lepas telah tau akan kekalahan bn,psl tu telah di bina kasino di spore..
ReplyDeleteSkrg ananda krisnan pula,vincent tan telah beli kelab bola sepak di england...apabila tokey tokey judi sedang mula membawa duit keluar dari malaysia...tanda tanda kekalahan bn telah jelas...
tokey tokey judi ni kan sahabat baek mahadey..
pakatan rakyat mesti mewujudkan task force untuk mentanggani kemungkinan berlaku nya penipuan oleh bn pada pilihanraya nnti..
ReplyDeleteselain pemberian ic pada pendatang asing,kemungkinan juga bn menggunakan banduan,penagih dadah di pusat serenti,akan wujud nnti kumpulan seperti al-maunah (utk menakutkan pengundi cina) dan sebagainya..
Tidak susah untuk mengetaui strategi bn,kerana mahadey yg akan mainkan peranan utama,seperti operasi lalang..
Lagi bagus pilihanraya nnti di pantau oleh wakil PBB..supaya dpt berlaku dengan adil
Sdr AA,
ReplyDeleteUMNO baru itulah ungkapan semasa tuan di dalam S46.
Tahniah kerana terus memperjuangkan kemungkaran, malangnya tuan berjuang bersama anwar ibrahim, ini mencurigakan.
Kemana Pas? dg pelbagai isu songsang yang mereka bawa. DAP pula sangat anti-Melayu.
Jangan tuan lepaskan Gog Maggog sudahlah..
If good people are careless, evil will triumph...
Jgn jd umpama mendengar guruh di langit air dalam tempayan dibuang.
ReplyDeleteempire rom, uthmaniah, dinasti cina & kerajaan besar yg lain dijatuhkan oleh puak2 'inner circle'? bolehkah kita harap 'decision makers' dlm pkr yg mana mereka adalah inner circle masa dlm umno baru dulu akan membuat pembaharuan? takdak orang lain ka? ada ka calon2 presiden yg kalah bertanding (contoh di u.s.a.) masih nak jadi calon lagi?
ReplyDelete