19 July 2012

Ambil keputusan yang bijak untuk mengelak malapetaka menimpa

Setiap hari kita mendengar malapetaka berlaku di banyak tempat dan negara di seluruh dunia. Malapetaka yang ‘natural’ seperti banjir dan bah besar telah meragut nyawa ribuan umat manusia. Di Amerika Syarikat malapetaka puting beliung berlaku acapkali dan telah membunuh banyak nyawa dan harta benda negara itu.

Tsunami di lautan India pada 2006 yang lalu telah memusnahkan banyak tempat dan telah membunuh lebih kurang 2 juta manusia. Negara kita juga tidak terlepas dari ancaman yang amat mengerikan itu. Sehingga hari ini usaha masih dilakukan untuk memulihkan kawasan-kawasan yang ditimpa malapetaka tsunami itu.

Itu malapetaka yang ‘natural’ dan susah untuk dielakkan. Malapetaka juga boleh berlaku dalam bentuk dan keadaan yang lain. Di negara kita, setakat ini kita masih belum mengalami malapetaka seperti yang disebut tadi. Tetapi kita juga sedang menghadapi malapetaka dalam bentuk yang lain.

Malapetaka yang kita hadapi lebih besar harganya. Jika tsunami yang berlaku pada tahun 2006 itu telah mendatangkan kerugian yang beratus ribu juta ringgit nilainya, mala[etaka yang terbit dari rasuah dan salah guna kuasa kerajaan kita hari ini memungkinkan kita membayar harga malapetaka yang lebih tinggi lagi.

Malapeta politik dan ekonmi yang berlaku di negara kita telah mendatangkan kerugian yang jauh lebih besar dari tsunami itu. Sejak sepuluh tahun yang lalu wang negara kita yang diperolehi secara haram berjumlah RM1.3 trillion telah mengalir keluar dan jumlah ini jauh lebih besar dari kos memulihkan kerosakan hasil dari malapetaka tsunami dahulu.

Jumlah itu belum lagi dicampurkan dengan jumlah wang rakyat yang digunakan untuk menyelamatkan perniagaan anak saorang Perdana Menteri dan rasuah-rasuah yang mega-mega yang dilakukan oleh pimpinan kita. Negara kita yang telah dan sedang melaksanakan projek infrastuktor yang mega-mega itu telah dan sedang di iringi oleh kegiatan rasuah yang juga dalam kategori mega-mega.

Walaupun sejarah dan hakikatnya perkara-perkara seperti ini akhirnya akan menghancurkan negara dan tamaddun kita, kegiatan ini masih berlaku dengan meluas seolah-olah pimpinan kita mahukan negara kita hancur suatu hari nanti. Tidak ada siapa yang menolak hakikat yang rasuah itu akan menghancurkan negara dan generasi kita yang akan datang, namun perkara itu masih juga dilakukan oleh mereka yang berkuasa.

Maka tidak salah jika mereka (pimpinan) melakukan perkara yang kotor itu untuk menghancurkan negara kita ini. Jika mereka tidak mahu melihat negara kita hancur, masakan mereka masih begitu ketagih dengan wang rasuah yang besar-besar itu.

Pimpinan yang ada pada hari ini sebenarnya memang tidak boleh lagi menyelamatkan UMNO itu kerana ‘conduct’ mereka yang sangat buruk. Malahan mereka berkeras untuk memenangkan UMNO itu kerana mereka mengharapkan UMNO itu yang menyelamatkan mereka. UMNO hanya diperguna untuk meyelamatkan mereka dari ‘retribution’ yang bakal mereka hadapi jika BN tewas dalam PRU yang akan datang. Isu ini merupakan isu ‘life and death’ untuk barisan kepimpinan UMNO dan BN pada hari ini.

Bagi UMNO usaha mengalahkan mereka oleh barisan alternatif itu adalah usaha pengkhianatan tetapi mereka tidak mahu menerima kenyataan yang mereka (UMNO) lah yang sebenarnya yang menjadi pengkhianatan terhadap negara dan segala institusi yang mengawal sebuah negara demokrasi seperti kita ini.

UMNO sudah berhenti memperjuangkan orang Melayu dan rakyat. Parti itu sekarang hanya menumpukan usahanya untuk memenangkan UMNO kerana UMNO sahajalah yang boleh memberikan perlindungan terhadap kerja buruk dan hina yang telah mereka lakukan sekian lama. UMNO bukan lagi parti yang melindungi rakyat yang ramai dan parti itu hanyalah memperjuangkan memberikan perlindungan kepada pemimpin-pemimpin yang telah menyeleweng selama ini.

UMNO tidak mahu menerima hakikat yang PR itu digerakkan oleh rakyat sedangkan UMNO itu digerakkan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan kuasa yang masih berbaki ditangan mereka sekarang ini. UMNO sekarang ibarat duduk dihujung tanduk: pada bila-bila masa sahaja ia akan jatuh terhempas.

Tetapi jika UMNO jatuh terhempas, adakah kejadian itu suatu kejadian yang ganjil? Jawabnya TIDAK. Itu merupakan satu dari perkara biasa yang terjadi di dalam sesebuah negara demokrasi seperti yang berlaku di mana-mana negara maju dalam mana pertukaran pemerintahan itu ada lah perkara yang amat biasa.

Jika UMNO kali ini diletakkan di pihak pembangkang setidak-tidaknya parti itu boleh melakukan introspeksi terhadap mereka sendiri dan kembali berkuasa dalam pilihanraya-pilihanraya yang akan datang jika mereka melakukan transformasi yang benar-benar.

Tetapi masalahnya, seperti yang saya katakan beberapa kali UMNO itu ibarat ayam daging yang sudah biasa dengan suapan dan makan yang diberi tanpa berusaha. UMNO tidak seperti PAS dan DAP yang saya anggap seperti ayam kampung yang mampu untuk menyelia kehidupan mereka sendiri.

Ayam daging, jika dikeluarkan dari reban, ayam itu akan mati terus kerana tidak pandai mencari makanan sendiri. UMNO perlu melakukan transformasi besar terutamanya dari sikap dan persepsi terhadap kehidupan dengan cara yang betul.

Itulah sebabnya PAS, DAP dan PKR mesti bersedia untuk menjadi pewaris kepada mandat dari rakyat dan berhati-hati apabila menjadi pemerintah kerana rakyat jelas nampaknya sedang cenderung untuk memberikan peluang kepada PR untuk mengambilalih kerajaan setidak-tidak sampai ke pilihanraya yang berikutnya (PRU ke 14).

Tidak ada apa yang ganjilnya jika kali ini adalah giliran PR pula untuk mentadbir Putrajaya itu. Ini negara demokrasi dan rakyat berhak untuk melakukan apa-apa yang mereka rasakan perlu untuk dilakukan.

Peralihan kali ini perlu berlaku untuk mengelakkan malapetaka yang kian hari kian hampir jika BN terus diberikan mandat oleh rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

Abang Aspan,

I apologize for we have not spoken to one another for quite sometime. I supposed that congratulations will have to be in order first for your exit from the "sick party" to a party that stands for what you believe.

I appreciate your writings that you have been writing for these many months. As everyday goes I am absolutely sick and angry of that organization that has been spoiling the country for almost 3 decades yet begging for people to give them mandate and to save them. It's as if a person (people) that has been sodomized yet willing to give consent to be sodomized over and over again.

As a working person, I am angry that my EPF retirement money is being used for some wild financing schemes and at the same time, I do not have the chance to buy a new car at the actual price, but instead had to pay double (with protectionist costs added) compared to getting the same car in other countries.

Whenever I drive back from work, I have to pass by the UMNO building. Every night, their messages keep showing up on the projectors surrounding the building. It's as if they are trying to show off and as well as telling the people that they are the only ones that can run the country and no one else. I feel irked by these propaganda messages that to some extent I feel like wanting to insult idiots.

It's true that a change of government is necessary in this case. I am ready to take the risk but I must point out that I am more peeved at people who are unwilling to take the risk of change.

I looked at those Felda people who came to Platinum Park for the FELDA opening on the 7th. I looked at youths who came for the 1M4U last Sunday. The Najib 1M4U banner painted the impression of "I am God" thing. I keep wondering whether will these example of people do merely believe in those propaganda crap that they would blindly follow it? I asked myself whether have they really calculated the cost of still following the same party that has bullied us for almost dozens of years?

Sadly I do not know of what way for these people to change except for themselves. But I am sure that it takes one disaster for them to wake up until that time it will be too late.

Melvin

Adlan Noh said...

One good thing about natural disasters is that neighbouring & rich countries will come running to help us out, knowing that the lost in property damages runs in millions or even billions. Unfortunately, a country's wealth lost through corruption will never be recovered through foreign financial aids. As a matter of fact, we will be the laughing stock for being too blind and too stupid to see the obvious catastrophy coming up our way.

Unknown said...

Assalamu'alaikum dan salam Ramadhan Al-Mubarak, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Jutaan terima kasih di atas tadzkirah ini. Saya sebutkan dengan kalimah "tadzkirah" itu ialah kerana segala fakta yang dikemukakan sememangnya berpijak di atas landasan agama, atau sekurang-kurangnya, fitrah aqal manusia yang benar-benar waras yang dijana potensinya sepenuhnya, bukan seperti golongan yang saudara dan rakan-rakan sebutkan.

Justeru, saya menyokong 100 % kenyataan ini, kerana, antara lain, dengan perangai keji puak-puak munafiq sebeginilah maruah Islam tercalar sama sekali, kan? Bayangkan, hanya kerana taksub membuta-tuli kepada pemimpin yang juga penjenayah (dalam kategori masing-masing), bukan sekadar malapetaka berupa bencana alam yang kita saksikan; malah, semakin masa berlalu, bencana keruntuhan akhlak, penindasan terhadap para pejuang kebenaran termasuk tahanan ISA tanpa bicara, budaya fitnah dan lucah yang tersebar dik beroleh restu elit-elit atasan, satu-persatu khazanah rakyat termasuk bumiputera digadai boros kerana mau poket penuh, malah terkadang sanggup gadai sekali nyawa rakyat! ... Panjang rasanya nak disenaraikan. Justeru, apa kata, kita ambil hak kita bila mereka beri, tetapi, bila pangkah, buanglah dacing lapuk seperti yang saudara gambarkan tu, OK tak?

Terima kasih dan salam jihad.