23 July 2012

Hanya BN yang mampu mencetuskan kekecohan jika kalah PRU

Selalu saya terfikir yang negara perlu memulakan ‘facet’ yang baru dalam politiknya kerana dengan isu perkauman yang sedang digendang oleh pihak pemerintah sekarang ini amat merbahaya untuk kestabilan dan keselamatan negara. Pihak BN tidak mahu menerima hakikat dan semangat demokrasi dan kekalahan dalam pilihanraya merupakan satu perkara yang mereka tidak dapat hendak terima sedangkan itulah perkara yang biasa yang berlaku di dalam mana-mana negara demokrasi.

Nampaknya cita-cita negara untuk mendapatkan sebuah negara yang mencapai ‘national unity’ tidak mungkin tercapai sampai bila-bila selagi BN masih memainkan isu perkauman yang terlalu besar. Isu perkauman ini tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila kerana itu pun isu yang digunakan oleh pihak BN terutamanya UMNO untuk meneruskan cengkaman terhadap pemikiran rakyat kerana tamakkan kuasa.

UMNO tidak mahu menerima hakikat bahawa untuk memperbaiki diri, mereka harus dan wajib menerima yang mereka juga mesti melalui zaman dan waktu sebagai pembangkang. UMNO harus menerima yang waktu duduk di kerusi pembangkang itu merupakan waktu yang terbaik untuk memperbaiki diri.

Perasaan saya begitu mendidih apabila pimpinan UMNO membuat andaian yang negara akan menghadapi zaman kekecohan jika PR memerintah. Saya tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan rasionalnya terhadap andaian itu. Pihak pembangkang khususnya DAP tidak pernah membuat andaian yang merbahaya ini tetapi hanya UMNO sahaja yang membuat andaian ini semata-mata untuk menakut-nakutkan orang ramai dan memberikan sokongan terhadap parti yang sudah memerintah selama lebih lima dekad itu.

Sebenarnya pihak pembangkang telah menerima kekalahan setiap pilihanraya dan tidak pernah membuat kekacauan. Kita telah mengadakan pilihanraya sebanyak 12 kali dalam sejarah negara merdeka kita. Mengingatkan peristiwa 13 Mei itu merupakan kerja menakut-nakutkan rakyat untuk membuat pilihan secara bebas dan jika berlaku kekecohan ia akan hanya dilakukan oleh pihak BN dan bukannya dari pihak PR.

Jangan mengungkit cerita lama tentang peristiwa berdarah itu kerana ramai di antara mereka yang membesarkan isu ini belum pun lahir lagi atau masih dalam buaian semasa itu yang di antara mereka sudah menjadi Menteri-Menteri Besar dan Menteri-Menteri dalam kerajaan sekarang. Contohnya Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri kita yang tidak semenggah itu masih bermain dengan tali seluar lagi.

Pada tahun 1969 itu adalah pilihanraya yang berkeputusan seperti pilihanraya 2008 dalam mana BN atau pun Perikatan semasa itu hampir-hampir tidak dapat membentuk kerajaan. Di sini kita lihat kekecohan hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah kerana BN akan melakukan segala-gala perkara buruk untuk membawa negara ke arah kekecohan dan mengambil keadaan itu secara ‘expedient’ untuk mengisytiharkan darurat seperti yang berlaku semasa itu.

Perayaan kemenangan parti Gerakan yang pertama kali menyertai pilihanraya sebagai pembangkang semasa itu diambil kesempatan secara halus oleh pimpinan BN atau Perikatan semasa itu untuk mencetuskan situasi yang membolehkan darurat diisytiharkan. Setakat itu sahaja yang saya mahu sebutkan untuk menafikan yang kekecohan itu dilakukan oleh pembangkang. Bagi orang-orang lama ia tidak perlu disebut-sebut lagi kerana jika disebut ia seperti ‘menepuk air di dulang’ seperti apa yang dikatakan oleh perbilangan kita orang Melayu.

Saya tidak berminat untuk membuat kenyataan yang sangat dibimbangi oleh semua pihak ini tetapi cukup sekadar menyatakan yang 13 Mei sengaja dicetuskan secara sistematik oleh pihak yang sedang hampir kalah dengan menggunakan perayaan dan perhimpunan kemenangan pilihanraya itu sebagai ‘immediate cause’ kepada peristiwa berdarah itu.

Semasa itu perhimpunan dan perayaan kemenangan adalah bebas, tidak seperti sekarang. Pihak pembangkang tidak dapat mengadakan ceramah-ceramah semudah dahulu dengan adanya bermacam-macam akta yang digubal untuk kepentingan politik pihak pemerintah sahaja.

Oleh yang demikian kita harus berfikiran yang menyejukkan dan bukannya mempunyai pemikiran yang boleh memanaskan keadaan. Peristiwa 13 Mei itu membuktikan yang keadaan kekecohan itu akan hanya berlaku jika pihak yang memerintah mengalami kekalahan atau hampir kepada kekalahan. Di dalam pilihanraya-pilihanraya yang lain tidak ada kekecohan kerana BN menang dalam angka yang memudahkan mereka meneruskan pembentukan kerajaan.

Dalam situasi sekarang BN merasakan kali ini merupakan kali yang terakhir mereka mendapat mandat, bukan kerana rakyat sengaja hendak menolak mereka tetapi terpaksa melakukan penolakan itu kerana UMNO sudah tidak lagi menjadi parti yang bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat dan negara.

Oleh itu pihak UMNO dan pimpinannyalah yang sepatutnya memujuk hati mereka sendiri supaya tidak melakukan kerja seperti pada tahun 1969 itu jika mereka mengalami kekalahan dalam PRU yang akan datang. UMNO dan pimpinan patut memujuk hati dan jiwa masing-masing supaya menerima hakikat bahawa apa yang hidup akhirnya akan mati kerana segala makhluk bersifat baharu itu wajib menghadapi kematian. Begitu jugalah UMNO, mesti menerima hakikat jika sampai waktu dikalahkan, terimalah dengan penuh ‘gentleman’.

BN tahu yang kali ini PAS, DAP dan PKR akan mendapat mandat (insyaallah) maka itulah sebabnya isu perkauman kembali subur dalam politik sekarang ini. Perlu diingat di alam gabungan PR, tidak ada satu parti pun yang bersifat perkauman.

Rakyat tidak mahu lagi cerita-cerita perkauman seperti isu Melayu-Melayu yang didendangkan oleh UMNO untuk mendapatkan sokongan, tetapi Melayu tidak ke mana juga….asyik tertipu oleh retorik pimpinan bangsanya sendiri. Melayu tidak habis-habis tertipu sepanjang hayatnya.

Oleh itu saya impikan negara kita kembali bermula di pangkal jalan dengan cara yang baharu untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu ‘perpaduan national’. Tidak ada seorang pun dalam kepimpinan hari ini boleh melakukannya kerana kesemua di antara mereka itu sudah hilang segala ‘plot’ untuk mentadbir negara.

Kita perlu mencari agar timbul seorang ‘Mandela’ dalam negara kita untuk membuat penyusunan kembali siasah dan politik negara untuk menjamin ‘perpaduan national’ itu. Mereka yang perlu diberikan tanggungjawab itu ialah mereka-mereka yang berpengalaman luas yang ‘senior’ untuk duduk dan berbincang bab masa depan negara.

Isu ini isu serius dan tidak boleh ditangguh-tanguhkan lagi. Kita hendak tinggalkan politik berpuak-puak yang tidak ada hadnya seperti sekarang ini kerana yang akan menerima celakanya adalah generasi kita yang akan datang.

21 comments:

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Pihak UMNO/BN sedang kerja 'overtime' dengan andaian kekecohan yang akan berlaku jika PR memenangi PR13. Mereka sedar bahawa hanya 'fear factor' sahaja yang dapat mengekalkan kuasa mereka. Jadi, tak hairanlah jika mereka jadi 'sore losers' yang menimbulkan kekecohan bila kalah dalam PR13 yang akan datang.

Salam. Observer.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

NGO rancang tangkapan awam dalam pilihan raya

Anonymous said...

Kita tau bahawa akan ada pemimpin yg tidak akan dpt menerima kekalahan..tapi..siapa di belakang mereka..tokey tokey judi?? bissnesman yg korup??..siasat hingga ke akar umbi..jika tidak..pimai pimai tang tu...

Anonymous said...

Assalam AA dan bloggers,

Kita semua dapat merasakan satu pergerakan massa kearah perubahan menyeluruh secara evolusi dan bukannya revolusi.

Di antara institusi yang ditolak rakyat dan berada di penghujung nyawa ialah;

1. UMNO/BN

2. Politik perkauman

3. Institusi beraja

Bila pupusnya sistem yang menindas itu akan wujud vacuum dan cuma islam jalan penyelesaiannya.

Surrogate

Anonymous said...

Salam sejahtera Tuan AA.

Dahulu lain sekarang lain. apa yang nak ditakutkan kepada UMNO ini lagi... orang bawahan mereka seperti penyangak upahan sahaja. Tak ada wang tak jalan kerja maka kalau kalah PRU13 nanti, PM yang baru dilantik dari kalangan PR perlu pandai mengambil hati kebanyakan rakyat contohnya mengumumkan penurunan harga minyak RON 95, penurunan tarif elektrik, penurunan harga beras dan barangan keperluan harian, pemberian bonus khas dan yang lebih rakyat mahu dengar adalah mengheret ke mahkamah para pemimpin celaka UMNO yang sekian lama menyalah gunakan kuasa dan mengamalkan rasuah. Kalau nak jadi rusuhan pun apa yang nak dirisaukan, pastinya rakyat akan membakar atau memusnahkan harta, rumah, kereta atau keluarga serta kroni para pemimpin berperangai haramjadah atau menteri-menteri celaka yang korupsi sahaja, manakala pemimpin yang baik dan disayangi rakyat akan dilindungi dan dihormati oleh sekalian rakyat. Hanya rakyat yang betul-betul bodoh dan banggang sahaja yang masih mahu mempertahankan para pemimpin yang telah sekian lama menindas dan menghisap darah mereka dan ibu bapa mereka, manakala mereka hanya berpuashati kerana dapat minum seteguk dari air stoking para pemimpin korupsi lagi haramjadah ini. Selamat berpuasa dan dirahmati Allah kepada muslimin dan muslimat manakala pergi mampus dan celakalah kepada para pemimpin yang zalim dan korupsi lagi penyangak.

lokman said...

Bila PR menang, semua org jgn keluar, biar UMNO meroyan tgh jln, jgn layan.
Ajilian.

Anonymous said...

Sebaik sahaja Allah takdirkan PR menang dlm pru 13 nanti semua rakyat Jangan terpengaruh dengan provokasi yg bolih menyebabkan huruhara. Rakyat Kena lebih matang dari pemimpin terutamanya pemimpin umno makin hari makin bangap terutama bila cakap soal perpaduan. Jabatan perpaduan ujud tapi tak Ada program yg mnunjukkan sebagai lead agensi dlm isu perpadan.

Anonymous said...

AA..
Yang tuan kutuk dan kritik selalunya pemimpin umno start tang Mahathir sampai la pemimpin ler nii.. Tp nampaknya entri terbaru ni tuan sudah kutuk pemimpin yg tuan selalu jadikan contoh mcm mana umno leader skarang patut buat... Bukan ka 13 mei tu zaman Tunku, zaman Tun Razak dan zaman Datuk Harun? Bukan ka semua pemimpin ni selalu jd teladan idealism tuan?

Adlan Noh said...

Dr.Mahathir pernah membuat statement serupa dalam berita 8.oomlm TV3 semasa sokongan kepada BN meruncing akibat kebangkitan reformasi Anwar Ibrahim. Beliau berkata sekiranya pembangkang menang dlm pilihanraya, huruhara akan tercetus. Justeru terus saya membuat analogi begini: dua pasukan bola, M & P, selalu berlawan sengit di stadium. Setiap kali jugalah pasukan P kalah. Setelah bertahun-tahun menghadapi kekalahan, Pasukan P menang kali ni. Tiba2 timbul riot. Persoalan saya, mengikut akal logik, adakah pasukan yang menang ini akan timbulkan huru-hara setelah menang buat kali pertamanya? Adakah Pasukan P amat tidak berpuas hati apabila meraih kemenangan? Kan pelik tu??? Dr.Mahathir & seangkatan dgnnya WAJIB dikenakan tindakan undang2 dibawah AKTA HASUTAN.

Anonymous said...

Jika pakatan rakyat menang pru 13..akan berlaku perjanjian misteri..antara pemimpin bee end dan pemimpin pakatan...soal samada tindakan undang undang patut dilaksanakan atau tidak..dan kemungkinan akan berlaku rasuah dlm nisbah yg besar..

Jika terdapat pemimpin pakatan rakyat yg terlibat..mereka mengkhianat perjuangan rakyat..

Anonymous said...

Salam,

Lucu sangat fikiran puak UMNO ni.

Dalam zaman moden demokrasi abad ke21 untuk negara maju (tidak termasuk timur tengah dan Korea Utara), sungguh melucukan mereka sering bicara soal keganasan komunis dan entah apa-apa.

Yang paling penting kita harap pekerja awan harus bersikap netrual dan jangan nampak sangat berat sebelah (sektor awam semua rakyat punya, bukan parti tertentu). Tapi saya harap pekerja sektor awam mempunyai daya fikir yang tajam dan lebih berani untuk bertindak dalam keadaan yang adil dan saksama. Amanah adalah-dari RAKYAT.

Ada berlaku rusuhan selepas parti Demokrat menang di USA? di UK? di Australia?

Sangat memalukan apabila politik sebahagian negara Islam bersifat kuku besi, sehingglah terjadinya REVOLUSI di Mesir dll.

Janganlah kerana tamak kuasa, pemimpin menggunakan istilah "gangguan pihak Luar" sebagai alasan yang saya hendak muntah mendengarnya.

Anonymous said...

Kalah menang asam garam dalam semuabidang jadi tak perlu dibimbangkan dan biarkan rakyat putuskan kerana rakyat dah matang dah celik. Yang menang perlu laksanakan segalu aku janji termasuk membersihkan segala yang pengotor,penipu,perasuah untuk dapatkan harta rakyat yang diambil secara tak bermoral.Orang suruhan tu bolih digunakan semula olih pemerentah baru untuk buat tugas yang sama kerana kiblat mereka ialah material.Sekarang kita dah nampak yang sibuk dan mengelabah hanya dua orang saja sedangkan yang lain dah bersedia untuk mengemaskan apa2 yang patu sebab itulah mereka itu membisu. Sekarang dah jelas yang penyokong umno dah berani main selamat iaitu buat diam kerana mereka memang tahu siapa yang mengambil kesempatan dari pemerentahan dibawah satu parti selama 54 tahun itu.

Anonymous said...

Surrogate,
Bila pupusnya sistem yang menindas spt berikut :

1. UMNO/BN

2. Politik perkauman

3. Institusi beraja ( rakyat masih belum cukup matang untuk menyedari
golongan elit ini sebenarnya ingin diagong-agongkan. Sebab itulah Roaming Beyond The Fence diwujudkan untuk mementapkan kedudukan mereka, termasuklah dirinya - bakal memimpin pula. Cuba ikut pemikiran penulis ruangan ini. Irrelevant, bongkak secara intrinsik, tak sedar cara hidup mewah mereka sangat berlainan dpd Tunku. Tunku digunakan semata- mata untuk mencapai agenda mereka.

Apa lagi ada bekas pemimpin wanita negeri sembilan sering beri kursus" protokol " pada golongan muda, tatatertib menghormati mereka "
Britain pun tidak sampai
tahap desperaso - sebabnya Royalty mereka seharusnya bekerja kuat setiap masa untuk memberi bantuan kewangan serta sokongan EQ pada beribu- ribu organisasi yang memerlukannya. Seandainya tidak, rakyat Britain yang cukup matang akan menolak " relevance " golongan ini.

Mungkinkah saudara baca the Star? Saya beli the Star semata-mata untuk menyokong beribu mereka yang diberi peluang pekerjaan, ramai penulis yang rasional, mempunyai pemikiran intelek serta empathetic terhadap rakyat. Banyak projek kerja sukarela dilaksanakan untuk membantu gologan miskin di seluruh negara, hampir setiap hari. Itulah yang sangat diberkatiNya.

Institusi raja boleh dipermainkan untuk menyatu Melayu, sepertimana digunakan sekarang untuk menyemai ketakutan secara berleluasa di forum umum. Cuba ke sana pulak, selepas berkongsi pendapat di sini.

Institusi raja akan pupus dengan sendirinya melalui cara hidup mereka, keangkuhan mereka termasuklah anak-pinak mereka. Kecuali mereka ubah 180 darjah, untuk menjadi relevan seperti Sultan Selangor serta Raja Nazrin yang tidak boros, bersikap rendah diri, berintelek, pengasih serta adil.

Jadi institusi raja akan jadi relevant dengan perubahan mereka secara 200 persen, paling kurang 100 persen. Terima kasih.

Anonymous said...

Malaysia adalah negara melayu pada awal nya dan islam adalah terasnya...sikap pemimpin umno ug tidak bermaruah..asas dan terasnya terhakis sedikIt demi sedikit.. bangsa melayu dan islam terpaksa membayar harga yg mahal akibat perbuatan pemimpin umno yg mengkhianat bangsa sendiri..

Anonymous said...

QD, tidur dlm dapur senang untuk sahur ? Berniat nak puasa penuh ?
Dapat 1K sehari ? budak 2 tak pa lah 1 RM sehari . Yg hairan ada anak
org kaya dapat RM50 - 100 sehari ( ? ) Lari dari tujuan sebenarnya,
terbawa sehinggalah dewasa. Jgnlah marah, tak nak kawan kita org kah ? Selamat Berpuasa QD. Jgnlah marah.

Mass. idaman Wa.

Anonymous said...

Tuan,

THE MALAYSIAN GOVERNMENT UNDER BN RULE IS CLEARLY CHEATING & ROBBING THE RAKYAT. A good research report by Dutch firm Profundo on Felda IPO.

Anonymous said...

Kalau lah kali ini UMNO buat kecoh
mereka akan menyesal tidak sudah!

Kali ini satu umat akan menentang mereka!

MIC dan MCA serta Gerakan akan ambil beg dan lari keluar dari negara ini!

Mereka sedar kali ini orang Islam menentang UMNO bukan orang bukan islam atau bangsa lain!

Saya harap bapak bapak yang masih hidup nasihati lah bangsa melayu UMNO supaya jangan jadi BODOH, berperang sesama sendiri, nak jadi macam SOMALIA!

Sebaba berpolitik membunuh sesama saudara islam sendiri, satu bangsa dan satu puak!

Kalau dah kalah terima lah haikikat itu dah suratan takdir. anda tidak perlu fikir dan tidak JAHAT!

ALLAH swt akan sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan bertakwa kepadanya!

Kuasa & Takdir nya tidak siapa boleh halang atau ubah!

Dia yang mengetahui segalanya yg nyata dan ghaib, didunia ini atau diakhirat disana!

Anonymous said...

25 July 2012 16:18:00.

Jutaan terima kasih diucapkan pada Pak ke atas sahutan ini. Elok " indon serta rakyat nescafe segera " disekat serta diberi khutbah mengenai hukuman ALLAH jika mereka terlibat. Apa yg dihantar melalui smses kpd mereka ? Renunglah wahai rakyat sekalian. Eloklah sedar, hindari segala kejahatan dari berlaku.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, salam Ramadhan dan selamat berpuasa, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, agak terlewat mengikuti isu ini; juga terima kasih di atas kesudian kalian membenarkan saya berkongsi pandangan.

Memang benar; kalah menang, sebahagian daripada asam garam hidup. Juga, kerana hanya Allah Yang Maha Segala, yang mencipta, yang kekal abadi selama-lamanya; makhluq, semuanya fana. Tapi, itulah yang patut kita labelkan kepada para pengkhianat ini dengan label yang diutarakan sendiri oleh pemimpin mereka: "HARAM JADAH!". Justeru, cukuplah dengan sejarah yang saudara sebutkan; kami, insha Allah, telah faham dengan jelas apa yang dimaksudkan. Cuma, kepada rakan kita yang mempersoalkan, tragedi 13 Mei 1969 itu berlaku ketika era pemerintahan siapa, pada hemat saya, persoalan itu sebenarnya telahpun dijawab. Oleh itu, elok kiranya anda mengkaji sejarah sedalam mungkin, sekurang-kurangnya meneliti punca sebenar di sebalik tragedi itu sebelum anda berterusan, dengan izin, menyokong para pengkhianat ini yang akan menyebabkan anda menyesal tak sudah. Bukankah daripada fakta itu sahaja, jelas sekali menunjukkan yang UMNO-lah, punca segala masalah tersebut? Sudahlah begitu, yang bercerita tentang ini, bukankah mantan ahli UMNO yang memang dah masak dengan isi kandungan luar dan dalam jemaah kebangsaan itu?

Dengan ini, bersamalah kita menghijrahkan "mind-set" kita dan mengenepikan segala prejudis dan buruk sangka tanpa alasan dan bukti sahih akan keburukannya. Akhir kata, insafilah, sesungguhnya setiap umat dan bangsa itu, berasal daripada keturunan yang sama; hanya mereka yang mulia di sisi-Nya ialah mereka yang bertaqwa, bukannya bangsa, harta dan kuasa.

Terima kasih dan salam jihad.

tebing tinggi said...

Setakat nie, ! cam nea ya ! ,tak penah kelih pulak dema dok buat lagu gitu.
Rasanya dok gitu dema tak main.

Adlan Noh said...

Saya AMAT MENUNGGU saat-saat durjana2 UMNO/BN ni mengamok cetuskan huru-hara. Dlm keadaan skrg pon mereka tidak disokong rakyat jelata. Ini kan pulak apabila dh jatoh tersungkur. Apabila keadaan dh mula stabil dari huru-hara, saya doakan si pengkhianat2 negara dibawa ke muka pengadilan. Bagi saya, pengkhianat negara tiada hukuman lain melainkan dijatuhkan hukuman BUNUH saja.