Isu persaraan Anwar sekarang
menjadi isu yang panas. Sebagaimana yang dijangkakan, Mahathirlah yang akan
memberikan reaksi yang paling awal terhadap pengumuman persaraan Anwar jika PR
gagal mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mahathir
memberikan reaksi secara sinis yang pengumuman Anwar itu hanyalah sebagai
helah pilihanraya sahaja.
Sebenarnya itulah yang
dikehendaki oleh Mahathir tetapi beliau memberikan reaksi sebegini kerana
beliau (Mahathir) mahukan kepastian yang kata-kata Anwar itu merupakan satu
kenyataan yang benar, berhenti jika PR kalah mengambilalih kerajaan. Saya rasa
sememangnya Anwar perlu berhenti jika gagal mengambilalih Putrajaya itu. Tetapi
Mahathir memberikan reaksi dengan menyamakan sikap beliau kepada Anwar.
Di Selayang semalam Anwar berkata
yang Mahathir terlalu takut beliau (Anwar)
akan merampas harta yang keluarga beliau telah ambil secara tidak betul
dan bermoral dari rakyat selama ini dan itu sememangnya menjadi persepsi rakyat
juga. Anwar menjawab dengan bertanya apa yang beliau (Mahathir) takutkan kerana
yang dihina selama ini adalah beliau sendiri. Yang dipenjarakan adalah beliau
dan ditumbuk serta ditelanjangkan adalah beliau.
Saya tidak tahu samada Anwar
benar-benar serius untuk bersara tetapi apa yang beliau katakan itu adalah
baik kerana semestinya beliau mesti bersara jika PR tidak berjaya mengambilalih Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Itulah semangat
demokrasi sebenarnya.
Tetapi Mahathir
pula memikirkan yang Anwar akan melakukan perkara yang sama seperti beliau
(Mahathir) lakukan acapkali selama ini. Mahathir berfikir yang Anwar adalah
seorang pendendam seperti beliau juga jika mendapat kuasa. Anwar berkata yang
beliau bukannya marah kepada Dr Mahathir tetapi beliau (Anwar) tidak bersetuju
kerana rakyat tertindas oleh UMNO terutamanya oleh Dr Mahathir secara
sistematik.
Bagi saya apa
yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat wajar diberi sambutan dan
ambil janji-janji itu secara positif. Kita tidak boleh menjadi defensif
keterlaluan seperti yang diambil oleh pemimpin-pemimpin BN. Janji Pakatan untuk
memberikan pendidikan percuma kepada rakyat itu wajar diterima secara positif
kerana itu bukannya perkara yang mustahil untuk dijayakan oleh PR jika
memerintah negara ini. Kita tidak boleh bersikap negatif semata-mata kerana BN
tidak mampu atau tidak mahu melaksanakannya.
Tuduhan Najib,
Muhyiddin, Mahathir dan BN yang negara akan bankrap jika rakyat diberikan
pendidikan percuma itu hanya menunjukkan kedhaifan pimpinan BN dalam isu ini,
kerana banyak negara di dunia ini memberikan pendidikan percuma kepada rakyat
mereka. Jika BN tidak mampu untuk
melaksanakannya tidak mengapa. Biar PR yang melaksanakannya. Berikan mandat itu
kepada PR buat lima tahun yang akan datang.
Dalam isu
pendidikan percuma ini kita mesti memberikan mandat kepada yang berjanji dan
mampu melaksanakannya. BN tidak boleh mengambil sikap jika mereka(BN) tidak
mampu melakukannya maka orang lain pun tidak mampu seperti mereka (BN).
Pemimpin UMNO/BN mesti mengakui yang kemampuan seseorang yang dianugerah Tuhan
itu memangnya berlainan tahapnya dengan seseorang yang lain. Itu adalah
kenyataan yang ditunjukkan oleh ‘nature’ dan UMNO tidak boleh membawa rakyat
berfikir seperti mereka (BN).
Contoh dan
bukti yang kemampuan seseorang itu berbeza diantara satu dengan lain itu mudah
kita lihat. Mirzan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang besar
tetapi beliau kurang kemampuan sehinggakan Mirzan terpaksa menggunakan wang
rakyat hampir RM2 billion pada penghujung tahun sembilan puluhan dahulu untuk
menyelamatkan perniagaan beliau (Mirzan).
Mirzanlah salah
seorang yang telah mendapatkan subsidi terbesar dari rakyat untuk mengapung dan
menutupi ketidak mampuan beliau dalam bidang perniagaan. Rakyat terpaksa
menanggung kerugian anak pemimpin tersohor negara ini. Begitu jugalah dalam isu pengambilalihan Exxon Mobil oleh anak Mahathir yang sama. Exxon Mobil diambilalih dengan pengaruh keluarganya dengan harga yang terlalu rendah dari harga
pasarannya dan ini merupakan elemen subsidi yang sangar besar.
Subsidi ini
ditambah pula dengan menggunakan pengaruh keluarga nya lagi dengan memaksa
pihak MAS yang sedang tenat itu untuk mendapatkan bahan bakar bagi syarikat penerbangan
itu dari syarikat Exxon Mobil ini yang sekarang diberi nama baru, Petron.
Oleh itu rakyat
begitu jemu dengan tanggungan yang diberikan terhadap mereka. Rakyat yang
tertindas tidak henti-henti dipaksa memberikan subsidi dan menanggung semua kehendak
anak-anak Mahathir dan anak-anak pemimpin yang lain. Di sebaliknya pula
kerajaan begitu tidak ikhlas untuk meneruskan pemberian susidi untuk kehidupan
rakyat yang ramai kerana segala peruntukan subsidi itu diambil oleh keluarga
pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sekarang ini.
Jika rakyat
menolak BN kali ini, itu sememangnya satu tindakan yang sudah menjadi kewajipan
untuk mereka lakukan. Rakyat sudah tidak tertanggung lagi dengan kerenah
keluarga-keluarga yang menjadi penghisap darah mereka ini. Jika Pakatan berkuasa,
apa yang saya secara peribadi inginkan, ialah untuk memperkuatkan sistem dan
tidak payah berdendam-dendam. Jika kita melakukan dendaman kesumat saya rasa
hampir kesemua pimpinan yang ada pada hari ini yang telah bersara terpaksa
menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka dalam penjara dan kem-kem tahanan.
Oleh itu
memperkuatkan sistem yang betul dan mudah dilakukan sepatutnya menjadi agenda
utama jika PR mengambilalih kuasa kerajaan negara kita. Biarkan sistem itu
yang mentadbir negara kita. Jika seseorang pemimpin itu terlanggar sistem itu
maka pemimpin itu harus menerima akibatnya. Sistem itu yang akan menentukan
siapa yang akan menghadapi rakyat dan undang-undang.
Seorang Perdana
Menteri yang mengambilalih kerajaan negara nanti jangan porak perandakan
sistem seperti yang dilakukan oleh Mahathir dahulu. Mahathir dahulu tidak
sesuai dengan sistem yang biasa. Beliau melanggar semua sistem demokrasi dan
sistem yang digunakan beliau ialah sistem peribadi beliau sahaja. Sistem-sistem
kehakiman, perundangan, kepolisisan dan yang lain-lain semuanya dipecahkan oleh
beliau dan yang mengambilalih sistem-sistem tersebut ialah sistem
Mahathir…’tepuk dada tanya selera’
Sekarang ini
apa yang ditakuti oleh Mahathir ialah sistem yang beliau bentuk itu akan
memakan diri beliau sendiri. Mahathir lupa yang pihak yang mahu mangambilalih
kerajaan ini bertujuan untuk membina kembali semua sistem yang telah
dirobohkannya semasa beliau memerintah selama 22 tahun dahulu..
Saya rasa satu
lagi perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan baru nanti ialah menubuh ‘Truth
Commission’. We want to know the whole truth.
37 comments:
mamak madey ni ingat semua orang macam dia kot !
Kelakarlah Pak Aspan kita ni.Tak pernah kami dengar yang PR ini boleh menawan Putrajaya.Apa masih mempercayai Anuwar dan menolak negarawan negara ? Biar betul Pak.Jangan berminpi di siang hari .Biar saya bentangkan kenapa PR tidak layak memerintah sebagai kerajaan.Che nak habaq sikit sikit dulu noh...
1) Dalam PR tidak ada parti dominan.PR harus dapat 112 kerusi dari 222 .PAS bertanding 67 kerusi menang hanya 23 .Mengundi PAS dan PKR bermakna menyerahkan kuasa politikMelayu kepada bangsa lain.Dalam BN, UMNO adalsh tunjang di segenap peringkat.
2),PKR adalah bukan parti melayu lagi malah ramai yang tinggalkan PKR terutama pemimpin2 tinggi mereka.Mereka bertanding 97 kerusi dan menang 31 kerusi MP ada 2008.Kali ini PKR diramalkan kalah teruk kecuali mereka sanggup berkompromi dengan PAS dan DAP.kerusi mereka akan dimenangi winnable UMNO candidate.
3)Hanya UMNO yang mampu memelihara kuasa politik melayu dan tidak PAS dan PKR.Walaupun PAS di Perak dahulu punyai MB mereka tetspi kuada politik adalah ditangsn DAP.Akhirnya alhamdulillah ramai yang tinggalkan PR.Kenapa ?
4) Konsep perjuangan DAP adalah kesamarataan.Samarata dalam semua aspek ugama, bahasa, budaya,ekonomi dan sosial .Ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia yang menetapkan keistimewaan agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan orang Melayu yang berdasarkan sejarah negara ini yang di perintah rsja raja melayu berabad abad lagi.
Cukup dahulu buat kali ini .Insyarsllah, akan disambong lagi.Terima kasih tuan.
Scorpion.
As Salam Tuan AA.
Berhenti sahajalah Anwar. Bangsa kamu ni dah memang tak boleh dibela. Biarkan mereka menjadi barua dan hamba selamanya oleh golongan elit yang kerjanya hari-hari menipu dan merompak rakyat. Ada yang tua-tua nak mampus pun dah anggap UMNO ini sebagai Tuhan mereka. Ada yang pertengahan pun otak letak di kepala lutut seperti namanya "Scorpion" tu. Golongan Melayu tolol ni tak perlu dibela, biarkan mereka lenyap seperti bangsa Monggol(Cina) yang pernah gemilang suatu masa dahulu. Hidup tak makan babi dan tak minum arak pun otak biul juga dan susah nak terima kebenaran dan keadilan. Patutlah selepas dijajah Portugis dan British, maka dijajah pula oleh Mamak Kutty dan bangsa sendiri yang berotak British.... Mampus engkaulah Melayu di bawah UMNO ni.
Saudara Aspan Alias
Saya ingin memperbetulkan fakta bekalan bahan bakar ExxonMobil (Petron) kepada MAS.
Utk pengetahuan saudara, ExxonMobil telah membekekalkan bahan api kepada MAS sejak zaman awal 70-an lagi. Dan kontrak ini berterusan apabila Petron mengambil alih operasi perniagaan ExxonMobil di Malaysia. Ia tidak ada kena mengena dengan pengaruh politik. Malah, kontrak yang ada sekarang adalah berdasarkan nilai komersial dan segala 'negotiation' dilakukan oleh rakyat biasa seperti kamu!
Mengapa saudara kata MAS terpaksa? Mungkin saudara boleh perjelaskan?
Saya agak kecewa dengan penulisan saudara terutama mengenai pembekalan bahan api Petron-MAS kerana ia tidak mengikut fakta yang betul. Saya agak risau kalau penulisan lain saudara pun mungkin tidak berpandukan fakta yang tepat kerana selama ini saya mengikuti penulisan saudara dan hampir mempercayai 100%.
Nampaknya saya terpkasa meragui segala 'input' saudara selepas ini.
Kepada semua,
Saya tidak dapat membuat 'moderation'terhadap komen-komen anda kerana saya akan ke Kota Bharu sekejap lagi untuk berceramah disana malam ini.
Saya akan melakukannya setelah saya kembali besok hari.
Terima kasih
Apa-apa pon kata-kata Anuar ,kerperchayaan dah hilang ,jalagi memperchayai janji-janjinya.
Madey sekarang gila meroyan..hairan mengapa dia tidak bahagia di hujung usia..
Adakah kerana anak lelaki menjadi tokey arak..anak lelaki tidak berwibawa untuk menjadi pemimpin no 1 ( mukhriz)..anak perempuan yg tidak mempunyai pandangan yg berbeza..
Atau Tun hasmah tidak mempunyai rambut seak mula bekhawen..Konfius skrg sape yg pm malaysia..madey or najib??
Najib x ade kaliber untuk menjadi pm jika terpaksa tunduk dengan madey..dan akan dikenang sebagai pm bee end yg paling teruk/buruk prestasi..lebih buruk dari segala pm malaysia..menjadi pm yg tidak diberi mandat oleh rakyat..Paklah lebih bagus dari najib...
Scorpion,
Apa bukti UMNO Baru sebuah parti melayu. Ketua UMNO Baru Bahagian Penampang, Sabah bernama JOHN AMBROSE. Dia ni bumiputra bukan melayu dan bukan Islam.
Kalau UMNO Baru parti melayu dah tentu JOHN AMBROSE ini tidak diterima menjadi ahli. Apatah lagi menjadi Ketua Bahagian.
Beberapa bulan lepas dilaporkan, sebuah perkampungan siam di Kedah telah menubuhkan sebuah cawangan UMNO Baru di kampong mereka. Mengapa boleh jadi begini. Kalaulah geng siam ni berugama Islam, tetapi mereka tidak boleh diterima menjadi ahli UMNO Baru kerana UMNO Baru adalah parti melayu?
Sekarang mana yang kelakar? PKR sebuah parti berbilang bangsa ( bukan parti melayu) atau UMNO Baru yang mengaku parti melayu dan Islam tetapi mempunyai ahli yang terdiri dari bukan melayu dan bukan Islam?
mat pendang
Keturunan seeorang ditentukan oleh keturunan bapa..bapa mahadir bukan org melayu..jadi mahadir bukan melayu..kerana bapa dia bukan melayu..kerana tu selama 22 tahun pentadbiran mahadir banyak merugikan melayu..malay dilema..ckp ckp perkauman oleh mahadir selama ini adalah omong omong kosong..helah politik..kerana mahadir bukan melayu..
Pada zaman tahun 40an-70 an..semangat bangsa sendiri dikalangan melayu adalah tebal..dengan adat adat yg di junjung..adalah pelik bin hairan mahadir yg diketaui yg dia bukan melayu tulen mendapat tempat dlm politik bangsa melayu sehingga menjadi pm selama 22 tahun..
Agenda siapakah..pengaruh/lobi sape yg mahadir guna untuk masuk dlm kelompok pempinan melayu..pengharaman umno oleh mahadir bukti jelas mahadir telah cuba untuk melumpuhkan jati diri bangsa melayu..semangat/roh melayu dlm umno dikuburkan oleh mahadir..yg mgkin merasa hati kerana dihinakan apabila dahulu..beliau dikatakan bukan bangsa melayu atas faktor keturunan bapa beliau...psl itu mahadir mengatakan org melayu mudah lupa...
Anwar ibrahim adalah penyelamat jati/roh bangsa melayu suapaya lebih kenal islam..pemimpin umno yg lain telah buta hati..buta mata akibat dosa rasuah/penyelewengan yg dilakukan..
Saya sgt setuju dgn perenggan ke3 tulisan Scorpion itu.Hanya Umno yang mampu memperbodoh dan memeras org melayu yg tetap bodoh.Perjuangan DAP berkenaan kesamarataan sosial budaya dan ekonomi sambil mengiktiraf Islam sebagai Agama Rasmi tidak bertentangan dgn Perlembagaan sebenarnya..Scorpion dah pernah tengok dan baca perlembagaan Negara?Kalau dasar dan Perlembagaan DAP bertentangan dengan Perlembagaan Negara dah lama DAP dharamkan..kan kah ISLAM mementingkan kesamarataan....
Salam IMalaysia
Tun M amat arif dengan trick Anwar. Begitu juga Tuan AA yang sangat tau perangai dia.
Rakyat Makaysiapun kenal sangat dengan dia yang tak pernah cakap serupa bikin.
Take orang yang percaya kenyataannya itu. Cuma Din Merican dan kawan-kawan yang kesian amat denganya dan suruh bagi last chance kepadanya jadi PM.
In the first place, kalau Pakatan menang, Ustaz Hadi or Sakmongkol or Aspan yang jadi PM.
Anwar's perennial ambition is to be PM even for a day. Hingga tongkat ke dagupun dia akan tunggu.
Kenyataannya itu cuma nak raih simpati pengundi. Tun M tahu sangat sebab tu dia cabar Anwar resign sekarang.
Saya setuju amat dengan pandangan Scorpion. Toksahlah Nu-War menghabiskan masa bermimpi jadi PM sebab Pakatan tak akan menang.
Anwar akan berbuat segala taktik termasuk create huru-hara bila BN sekali lagi menang dengan mandat lebih besar.
PR ada manifesto sendiri. Justru, manifesto ini perlu dipatuhi jika ingin menjayakan hasrat memerintah negara. Jika tidak, lebih baik berpecah sahaja seperti dahulu dan bawa haluan masing-masing. Namun, dapat dilihat di sini, PR menunjukkan integrasi yang baik dan cemerlang. Kefahaman dan kejituan dalam penghayatan manifesto PR adalah amat penting. Seiring dengan itu, manifesto parti-parti komponen hendaklah dikoordinasikan dengan manifesto PR. Jika ini wujud saya percaya dan yakin PR akan berjaya memenuhi hasrat mereka untuk memerintah negara dengan penuh keikhlsan dan untuk rakyat bukan tembolok masing-masing. Yang pentig juga sistem pemerintahan dan kepimpinan negara bersih dan adil kepada semua. Ingat! pemimpin dipilih oleh rakyat. Mengapa mesti sia-siakan dan perdayakan harapan mereka.
Saudara ASPAN DI STUDIO UTTV ..
http://www.ustream.tv/channel/uttv-live-streaming
Saya kira sekiranya PR menerajui kepimpinan negara kita, make amat perlu kes2 penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan/rakyat, dll, disiasat secepat mungkin. Perkara begini perlu diambil berat dan tegas - bukan atas dasar berdendam, tetapi atas dasar menegakkan undang2. Sekiranya siasatan dijalankan dgn telus, adil & saksama, tiada siapa boleh & berhak mempertikaikannya. Ini kerana kesalahan2 yg dilakukan bukan kecil. Ia membawa impak yg besar dan mendalam ke atas untung-rugi rakyat. Bagi saya, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, saya lihat bahawa ini adalah satu kaedah halus untuk PR pula yg bakal mewarisi sifat2 tamak haloba akan harta rakyat. Justeru, datang PRU14, pangkah saya adalah UMNO - CONFIRM.
Salam Pak Aspan & Bloggers,
Education, quality education breaks every rakyat free from the shackles of poverty and slavery. As a new and accountable government to be elected in, Restore to every Malaysian this basic rights to dignity, to learn skills, to be employable, to eradicate poverty, social ills.
The unemployed graduates must be truthful, what really had happened in the colleges and universities ? What are any five factors which made them unemployable ? What are five of their own weaknesses ? Ponder, ponder, reflect , be self- critical, undo certain techniques and improve, improve, guide others and likewise. i underwent through all this during university days and even career now.
What could have happened if there had been a high ratio of excellent educators, lecturers of all races, intake of all rounder students of all races ? What is the percentage of outstanding mature foreign students dominating the first class honors roll in comparison to our Malay students ? Be truthful.And move to vote PK / ABU, otherwise the youths will totally lose out.
Educated, civil youths and the aging population interlink and complement each other. Pak Aspan and the whole new team of competent leaders will work from there, with support from everyone of us here, giving workable solutions.
Pak Aspan is absolutely right to remind PK , “ Janji Pakatan untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat itu wajar diterima seccara positif “
It is mandatory that education should be free for all, up to college level as our nation has much natural resources if managed in the highest competence and integrity. And foreigners must pay more fees if the quality of tertiary education is upgraded swifty.
I think it ( basic ,living skills, technical ) university education should be free and it should be written on our constitution for the future generations and improve on the quality of education across the board, diagonally and vertically, increase competent male teachers who have true passion to teach science and math at secondary schools work together with the female teachers.
In Oman both girls and boys receive equality of quality education in all fields. And they are really smart, with the nicest behavior toward their parents, amazed how intelligent they can engage in public discourse humbly.. really like the way the Omani youths speak in low tone; modern and really nice on public transportaion and places. And they treat other races of visitors and employees really nice as well. That's their martabat.
Our youths must acquire such skills, and not to be shiok-ed with this that artis", kahwin cerai berai lifestyle. At that rate who wants to get married.
Bring in common hardworking rakyat , stayed meaningfully married sampai grow graciously senior together couples to relate, to encourage youths in own neighborhood, in light chats, open homes to them with lite refreshments, nice music instead.
Oman was the first nation to respond to China’s flood victims generously some time back. The Omani government takes care of every of its subject from the cradle to the grave. Please do check it out to verify. And we want a similar government. I know as my foster family is Omani.
In the right direction, educated and civil Malaysian youths and adults will not only bring tremendous transformation in this nation, but amazing benefits to other developed nations as well, this will come to pass.
So no worries, orang Cina, India, orangasli pandai will rampas periuk nasi kita. Kalau dah pandai Melayu,Cina serta India masing2 mampu berdikari, termasuklah berbakti semula untuk masyarakt & negara. Macam sajak hebat Uncle Lawrence.
Tak usahlah ditipu lagi oleh pemimpin2 yang ada agenda.Terima kasih.
ape yg bangang sgt komen kt ats..xpi skolah ke ape..rezeki 2 dtg dri Allah,bkn drp Barisan Nasional..naek la pkr @ pas skalipun jd krjaan pusat..klau mereka x mnjalankan tugas dgn baek,kita tukar blik dan perkara trsebut akan berulang smpai bila2..biar depa tau kuasa rakyat..think outside the box la,jgn jd kolot..dh naek muak dh dgn isu bangsa..hg org islam melayu,dok tkot klau cina naek jd pemerintah kita akan ditindas..Allah swt ada,mtk dgn DIA
Ayat paling bangang pencacai tegar umno " mengundi Pas & Pkr bermakna menyerah kuasa Melayu pada bangsa asing".. Aku lebih rela serah kuasa pada bangsa lain asal Islam dan adil daripada pemimpin umnooo nama je Melayu Islam tapi perangai mengalahkan lanun...
MatBangi
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Syabas dan terima kasih jutaan kali di atas analisa ini. Teruskanlah menyatakan yang benar meskipun masih kedapatan para penyokong tegar regim tua ini yang masih ingin menegakkan tiang yang dah nak tercabut benar ni, meskipun daripada rakan-rakan pengunjung kita sendiri. Justeru, pada ulasan ini, izinkan saya untuk bertanyakan beberapa soalan yang mesti diberi perhatian serius saudara yang berkenaan, namun ia tidak semestinya dijawab pada ruangan ini:
Adakah saudara yang beriya mempertikai ketidakstabilan PR ini, Tuhan Pencipta sekalian makhluq? Adakah saudara kiranya seorang Muslim Mu'min, boleh "synchronize" segala macam yang saudara perkatakan ini dengan sekalian macam niat, kalimah dan amalan solat yang saudara lakukan setiap hari? Adakah saudara, barangkali, juga termasuk golongan yang disubsidi jemaah yang saudara sokong ni sehingga tergamak benar melemparkan penghinaan sebegitu rupa tanpa terlebih dahulu menyiasat dari semua sudut? Tidakkah saudara melihat dengan pandangan seluasnya akan nasib majoriti golongan terpinggir serta akibat buruknya, sedangkan kepimpinan semasa yang saudara sokong ini tak habis-habis mahu hidup kekal lama lagi abadi sehingga sanggup menelanjangkan lawan sebegitu aib lagi keji? Sekali lagi, adakah mereka yang terang-terangan menolak Islam sebagai sumber hukum, dan mengenepikan sama sekali unsur kesaksamaan dan keadilan sejagat masyarakat majmuk itu yang saudara masih ingin pertahankan; dengan ertikata lain, sanggupkah saudara berketuakan golongan murtad lagi pelampau?
Apapun, jutaan ampun maaf dipohon seandainya segala persoalan yang saya kemukakan ini menyinggung mana-mana pihak. Namun, seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, niat saya, hanya berkongsi pandangan agar kita sekalian setidak-tidaknya dapat meminimakan keterlanjuran percaturan hidup ini. Justeru, marilah kita bersama memperolehi sumber maklumat yang lebih sahih, khasnya di era IT ini dan tidak begitu sentimen dalam mempertahan atau menyokong sebarang jemaah atau kumpulan, termasuk kepimpinan. Akhirnya, bersamalah kita insafi, bahawa, kewajipan taat itu, hatta kepada ibubapa sekalipun, tertakluk kepada syarat, bahawa, ketaatan yang total bulat hanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Semoga penjelasan ini mampu difahami dan bermanfaat buat kita, khasnya kepada diri saya sendiri, insha Allah.
Terima kasih.
Salam Sdr Aspan,
Alhamdulillah jika benar apa yang ditulis. Sekurang2nya ada logiknya,kesedarannya,kebenaran dan ada akalnya.
Kita makhluk nie yang bermula akan berakhir, yang muda akan tua,yang hidup akan mati.
Banyak yang disarankan oleh PR telah dan sedang dilaksanakan oleh bn/umno, spt bantuan kepada gulungan yang berhak walaupun dengan menggunakan wang rakyat.
Minyakpun buat kebelakangan nie telah mula turun(walau pun berdikit2)
PTPTN pun mula dah buat kerja sikit2 dengan menyemak pelajar2 yang cemerlang dikecualikan membayar balik pinjaman, tapi kena pastikan mereka ini menyumbang tenaga pd negara.
Pesara tentera duduk tak duduk dapat merasa, hasil cuitan Mat Sabu( terima kasen Mat Sabu). Kalau tak kerana gatal mulut Mat Sabu saya rasa mereka ini tak akan merasa kerana mereka yang memerintah sekarang nie bukan ada idea sangat nak jaga rakyat kerana duduk memikir yangmana boleh dapat lepas nie.
Buat isue orang2 tua yang dulu buat silap masa berkuasa biarlah masa menentukan, biarlah orang2 yang ambil alih nanti memikirkannya. Yangmana berasa salah sangat tu biarlah mereka memikir sampai mati, masalah yang mereka buat jangan kita duduk kusut kepala memikirkannya. Harap perkara ini menjadi pengajaran kpd mereka yang berkuasa sekarang agar insaf dan membetulkan tindaktanduk yang dilakukan dan ditegur oleh rakyat. Jangan maseh berfikir seperti orang bodoh sombong dan hanya berubah selepas kehilangan kuasam kerana ia akan membuang masa rakyat mendengar sesalan yang akan dicerita kelak.
Berubahlah sepertimana kehendak majoriti setelah ditolak Pak Turut.
Tak rugi kita mengakui kesilapan kita daripada setiap hari bertempik2 sana-sini sehingga berbuih mulut menafikan isue2 yang dibangkit oleh rakyat yang terang2 ada buktinya.
Mungkin mulut berbuih ini adalah satu pertunjuk kita tidak bercakap benar, Innalillah Wainnalillahirajiun.
Negara ini kaya, kepada yang memerintah sekarang cukup2lah mengaut habuan untuk diri, keluarga,dan kroni2. Insaflah, tadbirlah dengan amanah aagar hidup rakyat tidak sengsara.
Kepada mereka yang maseh hendak menegakkan benang basah, bersemukalah jangan membincangkan masalah peribadi dikhalayak ramai, tak manis kerana kamu semua dah tua2, pernah menjadi pemimpin rakyat dan negara, kalau tak boleh juag lebih baiklah diam.
Kepada anak2, keluarga, kroni yang ingin berubah adalah lebih manis jika laba yang diterima dikembalikan kepada rakyat dan negara.Insaflah.
Saya sebagai rakyat biasa berdoa agar Allah SBT memberi pertunjuk kepada yang sedang berkuasa atau yang akan menerima kuasa.
Salam to all,
We may fan that hatred for this man Dr Mahathir our ex-premier.He is the recipient of the 2012 Rafik Hariri UN-Habitat Memorial Award as a recognition of his leadership,statesmanship and good governance. Selected out of 13 other bominations worldwide.
"The per capita income in Mslaysia during his time increased eight timed.The model of thinking to get out of problems and crisis and Mslaysia considerable economic progress was remarkable " said the Jury Chairman Mervatt Tallawy and UN-Habitat scientific adviser Professor Banji.
The award is given to individuals; organisations or institutions anywhere in the world for significant accomplishments in areas of: Leadership,statemenship and good governance.Further,it is recognised that he significantly influenced other developing countries to show how it is possible to develop rapidly in a very short time.
Now, in my view he desreved the recognition.We cannot take that away from him no matter how much you may not like him, a true STATEMAN.!! Congratulations Tun.
@Kampong man- A secret admirer.
Aspan, Amuraria ni satu-satunya yang Mahataik anggap Melayu bodoh. Kalau dia tau kira, dalam Parlimen sekarang ada lebih 5 wakil AP Melayu dpd pernah ada sebelum ini.
scopion tak payah buat komen bodoh kau la..pastikan kau dapat projek dari tawkey2 lembu kau,jangan jadi pencacai murahan dengan komen2 bodoh kau dari sumber utusex,tv123 yg sentiasa MELEMBUKAN MELAYU!!!!
Pak Pan,
Pertama, saya sunggun heran dgan perangai umno/bn ne; mereka selalu terial "Malaysia Boleh...Malaysia Boleh" dengan bangga dan ujub sekali - tetapi apabila sesuatu perkara yang berkaitan dengan kebaikan atau kebajikan rakyat, - golongan ne bertempik " Tak Boleh, mengarut dsb.
Lebih memalukan mereka menghina golongan lain yang berkemampuan melaksanakan perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.
Pada saya, kalau puak ne berkempen... rakyat jawap pulak "Boleh Blah..."
Kedua, jika benar la apa yang Pak Pan katakan - Madey ne adalah pengkhianat bangsa dan negara.
hujah saya - Madey preseden petronas betul...mengapa mengujudkan perkara yang merugikan petronas seperti yang Pak Pan jelaskan. Jangan pulak dia kata "tak de kuasa mengawal mirzan" atau "mengujudkan persaingan yang sehat". Madey akan memberi seribu alasan.
Hakikatnya tindakan mereka ini merugikan petronas.
Saya tak tau kalau prinsip Madey mengujudkan persaingan perkara sihat. Saya nak tanya juga menyaingi politik dan perniagaan beliau juga perkara yang sihat???
Dari sini kita boleh faham;
a. Madey adalah seorang yang berlidah bercabang.
b. Madey melakukan pecah amanah kerana memberi laluan pihak lain melemahkan petronas.
c. Madey tidak jujur dalam mengagihkan kekayaan Negara - dengan tindakan2 yang memberi keuntungan besar kepada ahli keluarganya.
d. Madey seorang yang sangat takut kepada kekalahan dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai hajatnya.
e. Madey patut dibicarakan.
lain2 tu tuan2 sambung sendiri ye...
gua dah naik muak dgn Madey ne.
betul la kata org.. kalau hati dak terkatup.. usia panjang pun tak kenal diri sendiri.
Salam AA dan bloggers,
Apakah persamaan antara Hitler, Saddam Hussein dan Firaun?
Negarawan @ Statesman.
Che Det?
Dewa dari kayangan yang boleh berjalan atas air.
Tak boleh ditegur.
Kata2nya adalah hukum/undang2.
'Absolute power corrupt absolutely'
Surrogate
Saya menyokong penuh Anuar terus bersara terus dari sekarang kerana beliau adalah liabiliti bagi PR memenangi Putrajaya.Beliau tidak layak menjadi PM.Biarlah Najib meneruskan perjuangan bagi memenuhi theori RAHMAN .
Berjayanya FGVH dengan harga yang melepasi IPO yang sangat baik kinisatu lagi tanda penerimaan warga Felda bagi UMNO/ BN yang diramalkan berjaya mempertahankan Putrajaya dengan prestasi lebih baik dari PRU 12 saya kira.
9 July 2012 00:13:00
kamu nampak alim di luar, tapi pandai pula maki hamun org yg menulis, secara ikhlas ditulis dari hati serta otak ? adakah agama ajar kamu mencarut bangang - tandanya kamu miskin dgn ilmu sebenarnya. Teruskan maki hamun nampaknya macam mafia- tiada perbedaan !!!
Free education adalah mengarut beb.Lihat apa yang terjadi di UNISEL.Kerajaan Selangor gagal memberi pelajaram percuma.Ini baru UNISEL kalau semua universiti pelajaran tinggi macam mana ? Janji pilihanraya dulu harus di kotakan dulu.
mamat teksi
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, mencelah lagi untuk ke sekian kali. Saya teruja benar dengan beberapa ulasan yang ada pro dan kontra; masing-masing punya hujjah. Apapun, seperti yang telah saya perjelaskan sebelum ini, memang Mahathir, dari segi kemajuan fizikal, ada beberapa sumbangan besarnya kepada negara. Namun begitu, kita harus akur, bahawa, sejarah tidak pernah menipu; cuma kitalah yang gemar memutar-belitkan sejarah.
Sebagai perbandingan, berapa banyakkah tamadun dan empayar besar dunia sejak zaman dahulu gah dengan pembangunan fizikal dan materialnya yang kedapatan masih banyak lagi yang kita sebagai umat terakhir ini tak mampu tandingi, akhirnya hancur lebur, sama ada meninggalkan kesan atau bekas, atau lenyap sama sekali? Adakah segala kehancuran itu diingi oleh mereka? uga, mengapa manusia saling berperang walhal mereka adalah daripada keturunan yang sama? Malah, gejala perang ini juga melibatkan mereka yang dikatakan sealiran atau seagama, kan? Mengapa? Mengapa dan kenapa semua ini terjadi? Salah Penciptakah?
Justeru, saya tetap berpendirian bahawa segalanya ini adalah angkara keangkuhan kita, manusia, dalam menerima kebenaran dan petunjuk-Nya, sekurang-kurangnya kebenaran dan keadilan sejagat. Oleh itu, bagi saya, sebanyak manapun jasa Mahathir dan UBN yang kita ini, rakyat, balik-balik diminta dan di"paksa" pangkah mereka demi rasa syukur dan terima kasih, marilah, duhai rakan-rakan sekalian, kita insafi, bahawa, kita dikurniai aqal dan potensi kebijaksanaan dalam timbang-tara. Sebab itulah, saya tetap berpendirian, jangan sesekali kita taksub melampau terhadap yang kita sayangi seandainya landasannya telah nyata terkeluar daripada prinsip-prinsip perjuangan seperti yang saya sebutkan tadi. Ingatlah, kalau nak ikut macam tu, Nabi Ibrahim AS sudah pasti tak akan sanggup korbankan anaknya sebagaimana yang Baginda lihat dalam mimpi tiga malamnya berturut-turut, dan Nabi Ismail AS juga pasti tak mahu dirinya dikorbankan, kan? Apatah lagi dengan jemaah kepimpinan negara yang ada sekarang ni ... Elok sekali mereka kini diketepikan, pertamanya, sebagai hak kita, ibarat jualan barangan yang tak elok kualitinya atau perkhidmatan yang tak bagus, kita sebagai rakyat, sebagai pelanggan atau pembeli, bukankah kita berhak tolak? Kedua, sebagai skim muhasabah diri, sebagaimana mereka kini sibuk menawarkan skim itu dan ini, sedang kepentingan kita, rakyat, masih dicantas berterusan. Akhirnya, marilah kita memperluaskan pandangan seluas mungkin dan menerima semua ini dengan positif kerana yaqinlah, segala ketentuan-Nya dijamin tak sia-sia.
Terima kasih dan salam jihad.
Melayu cerdik berjaya di Penang, cuma melayu lanun je yang meroyan di Penang..
Tuan Aspan,
Penubuhan Truth Commission ini akan jadi sama sahaja dengan suruhanjaya diraja. Cukup cukuplah, jangan terikut ikut rentak pemerintah sekarang ini. Segala macam ayat ayat retorik ini harap dihentikan lah.
Undang undang sedia ada sudah cukup memadai. Namun sesuatu yang kita perlu ingat bahawa penyelewangan2 yang tuan maksudkan ini bukan nya dilakukan oleh orang sembarangan. mana mungkin orang ini meninggalkan bekas. Undang2 dunia yang berlandaskan bukti nyata dan saksi yang berwibawa tidak akan berjaya menyabitkan orang orang ini. Jika parti dokongan tuan berjaya nanti, jangan buang masa dan wang rakyat untuk tubuh suranjaya tetapi teruskan bekerja untuk rakyat.
Kita serahkan perbuatan orang orang ini untuk Allah berikan balasannya. Terlepas di dunia bukan satu malapetaka untuk kita.
Sdr Aspan & guests,
.... a moment away from the intensity of politics. Enjoy !
http://www.youtube.com/watchBrainCrain-Nothern Lights
Merci.
Kempen mahadir untuk membantu bee end lebih ke arah untuk menimbulkan sengketa antara kaum di malaysia..
Apa yang bangang nya..sejak zaman mahadir hingga ke najib,semua tempat yg menjadi pejabat/bangunan/tanah aatau harta benda kerajaan yg penjawat awamnya melayu telah diroboh/dipindahkan/diambil alih syarikat untuk di majukan menjadi harta pihak swasta..
Seperti istana negara,kem batu kantomen,kem sungai besi airport dipindahkan dan akan datang bukit bintang plaza..
Jika sentimen perkauman ditiup oleh mahadir dan cuba untuk mencetuskan seperti peristiwa 13 mei..kemanakah org melayu nk berlindung dan hendak menyelamatkan diri jika tidak terdapat bangunan atau harta milik melayu atau kerajaan untuk berselindung..
Pasal tu semua pemimpin ameno bodoh..mengkhianat kepada bangsa melayu..hanya memikirkan diri sendiri..
Kalo berlaku pergaduhan kaum..biar saja mahadir,mukhriz,hisyamuddin,kj,chua soi lek (porn star) yen yen pr australia,sharizat yg keluar bergaduh..rakyat malaysia tengok dan ketawakan saja mangkuk hayun ne...
Salam YB Sdr Aspan & wonderful guests,
You might want to first link to :
http://www.youtube.com/watchButterflyWaltzbyBrainCrain
Then open another new tab
http://www.youtube.com/listenTheSoundofRainw/omusic
The rain sound is optional, i prefer it original
Then play both simultaneously.
Truly inspiring, but could be difficult to remain composed
Enjoy .... when the mind gets a little saturated.
Tuan AA,
- Kenapa perlu ada petron jika keberadaanya dalam industri minyak negara akan merugikan petronas sebenarnya ??? Adakah Suatu hari nanti rakyat tetap bersyukur seperti sekarang kerana apabila petronas yang sudah dilingkupkan/muflis dan akan diambil alih oleh anak mamak kutty.Sekurang-kurangnya petronas masih juga dimiliki oleh 'seseorang berbangsa yang melayu' (anak mamak kutty).
- Mamak kutty sangat pakar dan bijak pandai dalam memainkan sentimen melayu sambil menyalurkan kekayaan negara kepada keluarganya sendiri/kroni.
- Pada pendapat saya Mamak kutty dan umno barunya itu adalah seperti Dedalu, selagi belum mati pokok yang ditumpang selagi itulah dedalu akan menguasai pokok yang ditumpang.
- Ironinya pula pokok tumpangan sangat tidak mampu mempertahankan dirinya daripada dedalu yang sangat memudaratkan pokok yang ditumpang.
- Mungkin pada prinsipnya tumbuhan tumpang yang akan mati dan tumbuhan penumpang yang akan hidup itu tumbuhan juga dan tiada kedapatan salah dalam perkara ini.
salam A.B.U
-scorpeneterbang-
Tak lama lagi dah mulalah puasa,for once, loyalists will not misplace their filiality to whoever.
Di sini, dengan ikhlasnya, saya mengucapkan, Selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadan kepada Pak Aspan, Dato Sak serta semua bloggers & pengunjung muslimin & muslimat di Malaysia
serta di overseas. Jgn lupa jemput kawan - kawan Cina serta India kita ke rumah bila raya nanti.
Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. “Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara.” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.
“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak.” Sambungnya lagi.
Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.
Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.
Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga merupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.
Asslammualaikum,
Saya sokong Pak Aspan.... siapa yang dok cerita melayu melayu melayu tu dia tak paham tuhan jadikan manusia ni dari satu keturunan. nabi adam a.s. so jangan lah asyik nak main isu bangsa ni orang dah muak......
yang penting sekarang Islam for All... dan tanggungjawab kita sebagai yang mojoriti nya islam untuk menjaga kesucian islam dan berdakwah kepada yang belum lagi islam... dan tanggungjawab kita juga untuk memberi keadilan kepada semua sama ada islam atau yang belum islam....
For me race is does not matter anymore... yang penting adalah maruah kita sebagai seorang muslim yang diberi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah...
Allahuakhbar....
Post a Comment