Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Ukin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan bahawa Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.
Di Sarawak pula ADUN Meluan Wong Judat semalam juga mengisytiharkan dirinya keluar dari BN. Beliau merupakan Naib Presiden kepada Parti Demokratik Progressive Sarawak (SPDP) telah keluar dari BN kerana hilang keyakinan kepada pimpinan BN sekarang ini.
BN kian hari kian malang dan segala petunjuk
politik menggambarkan yang BN sudah sampai masa untuk diketepikan oleh rakyat. BN di Sabah sudah tidak lagi ada keupayaan untuk diperbaiki kerana pertelingkahan
di antara parti-parti di dalam BN Sabah bukannya kecil. Krisis keyakinan
terhadap Ketua Menteri yang merupakan pengerusi BN Sabah
menambah lagi kegentingan BN dan beliau juga merupakan 'liability' kepada UMNO
dan BN Sabah.
Banyak pihak yang mengatakan bahawa
sebanyak 12 kerusi parlimen di Sabah akan kecundang dalam pilihanraya yang akan
datang ini dan jika benar berlaku ia merupakan penambahan sebanyak 11 kerusi
daripada satu yang sedia ada untuk pembangkang. Apa pun orang hendak kata Sabah sudah tidak lagi bertahan untuk menjadi ‘fixed
deposit’ bagi BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Setiap parti dalam komponen BN di
Sabah dan di Semenanjung sedang menghadapi masalah dan segala masalah ‘intra-party’
ini ditambah pula dengan masalah ‘inter-party’ yang kian meruncing. Kita perlu ingat di Semenanjung BN
akan hanya tinggal saki baki UMNO sahaja selepas PRU ini kerana komponen
terbesarnya MCA akan menghadapi kekalahan yang menyeluruh. Dalam pada itu
Gerakan sudah tidak relevan lagi dan MIC dijangka akan kalah dalam semua
kerusi yang mereka tandingi.
Oleh itu saya tidak dapat hendak
‘comprehend’ apa yang dikatakan oleh Najib di Melaka baru-baru ini yang BN akan
menang di semua negeri dan BN akan menang dengan aggregate 14-0. Cakap-cakap
itu menggelikan hati ramai pemerhati politik negara ini. Tetapi tidak
mengapalah. Najib bukan kali itu sahaja yang bercakap tidak berasas dan itu
sememangnya dilakukan beliau acap kali akhir-akhir ini.
Perkembangan terakhir di Sabah ini menambah keyakinan setengah pihak yang Najib
dan seluruh kepimpinan beliau sedang menghadapi krisis keyakinan yang tersangat
berat. Keadaan ini merupakan situasi yang belum pernah lagi dialami oleh BN
sejak memerintah selama lebih dari lima
dekad ini.
Maka keyakinan sesetengah pihak
yang mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri BN yang terakhir nampaknya
semakin hampir menjadi kenyataan.
14 PAKATAN RAKYAT
ReplyDelete0 UMNO/BN
Sure PM Najid menteri terakhir (RAHMAN)
Dari~Langrumba
sy sokong!!!
ReplyDeletekalau begitu yakin kenapa tak bubar parlimen.
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteSaya berpendapat bahawa PR silap jika menggunakan strategi perlompatan MP BN khususnya UMNO untuk menakluk sabah. Ini akan menimbulkan perbalahan kerana MP yg melompat ini pasti dijanjikann kerusi utk ditandingi yang membawa maksud bahawa ahli yg setia bersama PR selama ini akan terpaksa dikorbankan demi MP melompat ini. Yang lebih menjadi mimpi ngeri adalah apakah jaminan MP ini tidak melompat balik ke UMNO? Belajar belajarlah dari sejarah oahit adun UMNO perak dulu tu. Dalam hal penerimaan wakil rakyat melompat ini saya menghormati pandangan Karpal singh.
Isu utama di Sabah adalah perjanjian 20 perkara yang sudah lama dituntut. Persekitaran panas politik malaysia ini merupakan satu rahmat buat sabah. Saya yakin selepas keputusan pilihanraya diketahui dan jika undi MP sabah menjadi penentu, maka mana mana parti (BN atau PR) yang bersedia menguatkuasakan perkara 20 itu, maka parti itu yang akan menerima undi sabah. Jika sebaliknya berlaku, maka MP sabah ini akan melompat ke parti pemerintah (BN atau PR) dan isu 20 perkara itu akan dibawa ke pilihanraya akan datang. Pengundi sabah ini sama sahaja dengan majoriti pengundi yang lain iaitu hanya mementingkan keperluan/kebajikan diri/kelompok sendiri sahaja. Inilah keistimewaan (?) demokrasi.
Saudara AA dan bloggers
ReplyDeleteBak kata orang putih "The writings are on the wall", and it is as clear as crystal that BN will meet its Waterloo come the 13th GE.
Salam .
Observer
Zaman skrg ialah zaman merit. Harap PR bila memerintah nt, buat undang2 yang PM msia hanya boleh menjawat hanya 2 penggal sahaja. Sy kira perkara itu pasti dpt elakkan sedikit sebanyak walaupun bukan semua salah guna kuasa,rasuah, x kompeten, x merit seseorang PM .
ReplyDeleteJika 2 penggal sahaja, pasti sistem ini dpt musnahkan penyakit kroni dan projek. Dan ini merupakan peluang kpd rakyat msia utk menjadi PM yg berkhidmat untuk rakyat dgn merit,amanah dan pintar dlm ekonomi.
Seronok ngk pemilihan presiden amerika di mana hanya rakyat biasa juga boleh menjadi presiden asalkan pintar, amanah dan kaliber dlm servis kpd rakyat. Anda boleh lakukan perubahan dgn impian bahawa semua rakyat berpeluang jd PM tanpa melalui keturunan.
Walaupun pidah ke tahun depan ke atau tidak, kalau dah nak kalah kalah jugak le!
ReplyDeleteTidak boleh lari dari suratan takdir!
Sama macam mati jugak,,tidak boleh elak walaupun lari ke BULAN!
Nak lari ke mana lagi ini semua allah punya hak!
Don't underestimate our " Lu Tolong Gua, Gua Tolong Lu" PM.
ReplyDeleteHe could be the last BN PM and longest serving in our country!
nampak gaya..last BN PM
ReplyDeletecherio