Petang tadi saya ke PJ Old Town
menghantar seorang rakan membeli sesuatu di sana. Saya berjalan di kaki lima kedai-kedai di sebelah belakang bandar
itu dan saya telah terjumpa satu kedai yang masih menggunakan dacing lama yang
masih menggunakan sukatan kati dan tahil. Dacing yang saya maksudkan itu ialah
dacing yang menjadi simbol Barisan Nasional (BN).
Sudah begitu lama saya tidak
menengok dacing lama ini dan saya bertanya kepada kedai itu bagaimana dia
membuat perkiraan harga barang kerana sukatannya sudah tidak dipakai lagi
sekarang. Sekarang semua orang menggunakan sukatan kilogram dan gram, bukan
lagi tahil dan kati. Saya pun tidak pasti samada anak-anak muda di bawah tiga
puluhan tahu apa dia tahil dan kati itu kerana sukatan itu sudah lama kita
tinggalkan.
Dacing itu tidak dipakai oleh sesiapa lagi termasuklah pekedai-pekedai runcit di mana-mana. Dacing ini hanya
masih dipakai oleh BN untuk dijadikan simbol parti itu. Agaknya itulah yang menyebabkan BN tidak
begitu mendapat perhatian rakyat kerana baik dari simbol dan cara mereka
berfikir sudah begitu ketinggalan zaman.
Agaknya itulah sebabnya kenapa BN
sudah tidak begitu mendapat sokongan kerana dacing itu sudah tidak lagi dipakai
oleh orang ramai. Mungkin BN terpaksa menggantikan simbol baru kerana simbol
dacing sekarang ini adalah satu simbol yang tidak lagi dipakai oleh masyarakat.
Mungkin itulah juga sebabnya
kenapa pihak BN bercakap, berfikir dan bertindak berlainan yang tidak
‘compatible’ dengan masyarakat sekarang ini. Orang sudah bercakap pasal
kilogram dan gram, mereka (BN) masih bercakap tentang kati dan tahil.
Sudah jarang-jarang sangat orang
menggunakan dacing itu. Jika ada yang hendak menjual dacing itu, mungkin saya
beli untuk dijadikan hiasan ruang tamu di rumah sahaja.
Maksud saya dacing itu hanya
boleh dijadikan sebagai salah satu daripada barang perhiasan di rumah sahaja.
Pak Pan,
ReplyDeleteDacing seperti biasanya mudah curi timbang. Tu sebab mereka berkenan dengan lambang ne. Inilah cara mereka menyembelih rakyat.
Dacing simbol BN memang tinggi sebelah yang menggambarkan ketidakadilan tetapi baru sekarang ini terbukti yang tinggi tu untuknya dan yang rendah untuk bukan kroni termasuk rakyat biasa.Selagi dacing itu dianggap sebagai simbolnya selagi itulah yang BN tidak adil,tidak telus dimana pada setiap masa bertekad untuk diselarikan dengan simbolnya.Mereka tak akan ubah simbol itu dan hanya pakatan rakyat sahaja bolih lenyapkan simbol tersebut melalui PRU 13.
ReplyDeleteAn efficient and reliable weighing scale would have the following criteria :
ReplyDelete- specially designed to meet the specifications of the electorates
- managed and well maintained by expertise at rakyat’s disposal
- keeps accurate data, facts and figures for checks and balances irrespective of location :
in ground zero,kampong,pockets of the cities and urban areas
- fair and honest, highly dependable,functional to all users
- won the deal through just, fair and transparent open tender and
- recognized by local market and abroad as it has credibility and the
highest benchmarks.
Salam AA dan bloggers,
ReplyDeleteLambang dacing BN boleh digantikan dengan kapal selam.
Surrogate
Alat timbangan jenis ini harus di serahkan kepada kurator muzium negara untuk dipamerkan kpd khalayak ramai ja. Alat ini tak berguna langsung di era kemajuan komputer ni. Begitulah juga dgn puak2 yg menggunapakai alat ini - harus diketepikan buat selam-lamanya kerana ketidakrelevannya & ketidaksesuaiannya dgn zaman moden ini. KITA KUBURKAN SAJA.
ReplyDeletePak Aspan
ReplyDeleteDacing ni kalu dulu2 buat timbang getah.Ingat setengah2 tu makan mata dacing, dari dulu2 lagi yang guna dacing ni tak betul.Kami sukan Bule sejok mata memandang.
Rakyat mesti menukar kerajaan BN yg sedia ada. Sekiranya tidak diubah, hutang negara akan bertambah runcing mengakibatkan kos hidup yg bertambah tinggi. Salahguna kuasa,rasuah & polisi yg utamakan segelintir elit BN, kemudian barulah rakyat tak akan dapat dihentikan. Kaum Kerabat & Kroni2 BN Sdn Bhd juga memonopoli hampir kesemua perniagaan/ekonomi di Msia, menjadikan rakyat hanyalah sebagai alat utk mereka eksploit menjayakan rancangan mengkayakan mereka utk 7 keturunan mereka!!!
ReplyDeleteThe root of the many problems we are facing today were the products of UMNO/BN systematically corrupting the many principles of true democracy, which is the rock foundation for any nation to develop healthily and prospers uninterruptedly. The whole system and the current Msian leaders are rotten to the core and there's no two ways about it. Kick BN out of Putrajaya is the only choice & solution we have now !!!
ReplyDeleteBN masih mengamalkan politk tahun 80an,iaitu masih lagi mengguna isu2 bangsa,agama komunis, yahudi & terkini bahan2 lucah. Terserlah kebodohan & kebudak-budakan BN berpolitik.Politik era kini ialah: Idea2 bernas, fakta2 & maklumat2 tepat, beradu akal & berdebat. Bukannya berselindung dibalik agensi2 awam & media massa utama berpropaganda & memutarbelit segala isu.
ReplyDeleteDari mana dtg semua kemewahan Menteri2+Kaum Kerabat+Kroni2 BN kalau bukannya dimulakan dgn rasuah!!!.??? Asal mereka bukan dari keluarga jutawan. Tuan Guru Nik Aziz sudah menjadi Menteri Besar melebihi dua puluh tahun tetapi tidak pula semewah mereka.
ReplyDeleteTuan AA,
ReplyDelete'LEMBU'
- Kalau dacing sudah tidak relevan digunakan sebagai lambang parti umno bn, bolehlah mereka memilih untuk menggunakan lambang lembu untuk menraih kembali sokongan dari rakyat.
- Menggunakan lambang Lembu sangat sesuai/tepat dan melambangkan kejayaan umno bn berjaya menipu rakyat yang telah diperbodohkan dari dulu hingga sekarang.
- Lembu juga melambangkan kepentingan seseorang menteri sangat penting melebihi kepentingan keseluruhan majoriti rakyat.
Salam perubahan A.B.U
-scorpeneterbang-
mmg betul2 haram jadah perangai syabas dacing umno/apco nih..
ReplyDeletesyabas dacing nak jadikan isu air selangor sebagai alat politik murahan..
bengong ke dacing2 umno/apco nih..suka main air aje? air adalah keperluan wajib setiap manusia..bukannya alat politik parti dacing yg bengkrap moral spt umno/apco nih..
rakyat selangor bukannya bodoh dgn permainan politik dacing terdesak umno/apco ini..
rakyat malaysia semua sudah tahu dgn permainan kotor dacing umno/apco dan kroninya semasa mengambil alih projek bekalan air selangor dulu..
inilah salah satu projek dacing penswastaan umno/apco yg penuh dgn penipuan dan hanya utk menguntungkan kroni mereka semata-mata..
ternyata syabas dacing gagal menjalankan tanggungjawab mereke mengikut perjanjian konsesi air selangor kerana gagal membekalkan air terawat yg mencukupi..sedangkan semua 7 empangan di selangor dipenuhi dgn air...
rakyat selangor akan bangkit menentang syabas dacing dn umno/apco secara habis-habisan jika ugutan catuan utk mensabotaj kerajaan PKR selangor oleh syabas dacing ini diteruskan oleh mereka..
tak cukup ke mendera rakyat kelantan? kini nak dera rakyat selangor pulak..
sah hati dacing umno/apco nih busuk sampai ke usus!
Alahai..
ReplyDeleteSekarang bukan zaman batu dan orang tidak menyembah batu lagi. Tetapi sebodoh2 penyembah batu (yang tidak boleh berbuat apa2 kpd penyembahnya) tidak seHINA golongan yang menyembah manusia yang mengkianati mereka.
Saya faham kenapa golongan Melayu atasan menyokong UMNO, tetapi yg bawahan penyokong tegar UMNO itu tak ubah seperti golongan penyembah lahanat yang rela diperintah oleh bangsanya sendiri (yang jelas MENOLAK), daripada bangsa lain yg mengAMAL, nilai2 mulia sejagat yang selari dgn nilai2 Islam yg mereka sendiri anuti.
~ Melayu Atasan @ Loud Despair ;-]
Alamak salah bilik pulak....ingatkan BN, PR pulak..hehehe..
ReplyDeleteDacing berhantu....tanam dan sembayangkan...doa ia tak kembali.
ReplyDeleteBro,
ReplyDeleteDont lah Buang dacing lama tu !
Jual je kapada Nallakarupan scrap metal dealer untuk recycle.
ABU ABU ABU
rajan
Tuan AA
ReplyDeleteKalau umno/BN lingkup kali ini adalah disebabkan kebijaksanaan pemimpin2nya mengatur politik peribadi dari polituk parti.Jangan salahkan org lain...
dacing ada lah 1 keluarga cacing..gua cukup meluat betul dengar perkataan dacing ni..rasa nak termuntah jer
ReplyDeleteAda lagi dacing digunakan, Tuan AA.
ReplyDeletePergi saja ke kedai ubat dan kedai runcit dan pasar di tempat kecik especially.
Banyak rumah Melayu ada menyimpan neraca sebagai showpiece dalam cabinet display mereka.
Neraca represents justice and fairness which will never go out of style.
So is BN which will be relevant forever more.
Salm Pak Aspan,
ReplyDeleteCould i suggest that DAP, PK, ABU -
TS Khalid, DAP inviting Pak Aspan & Sak; Izzah, Nizar, etc and their respective supporters, for buka puasa, perhaps, could initiate inviting orphans and old folks of fellow Malaysians to build the bridge of compassionate spirit, and enjoy the yummy food, with meaningful gifts to bring home as well.
UMNO has never done it and will never be able to do it ! Why not ? Terima kasih.
Dacing lambang penipuan.penindasan,pilih kroni,ketidakadilan,penindasan,pembohongan,ketidakikhlasan dan bukannya adil.
ReplyDelete