Penerbangan Malaysia (MAS) yang
dalam kesusahan meneruskan operasinya kerana kerugian yang berganda-ganda sejak
syarikat penerbangan itu di ambilalih oleh Tajuddin Ramli. Kerugian berada
dalam angka yang berbillion-billion ringgit dan sejak itu berbagai-bagai usaha
telah dilakukan oleh pihak kerajaan yang kadang kala adalah usaha yang
diibaratkan seperti tikus memperbaiki labu.
Apa yang dihadapi oleh
syarikat-syarikat yang berstatus ‘public companies by guarantee’ ini,
operasinya tidak dapat dilakukan mengikut kehendak dan keperluan ‘professionalism’
dalam pengurusannya.
Ini adalah disebabkan
syarikat-syarikat seperti ini selalu di ganggu oleh elemen politik oleh pihak
yang berpengaruh dalam negara. Syarikat-syarikat seperti ini selalu diambil
kesempatan oleh keluarga yang berpengaruh untuk kepentingan mereka semata-mata
tanpa mengira kepentingan pemegang saham terbesarnya iaitu rakyat
keseluruhannya.
Siapa pun tidak dapat
‘comprehend’ bagaimana MAS sekarang dipaksa untuk menanda tangani perjanjian
dengan Petron (dulunya Esso Mobil) yang sekarang di kuasai oleh seorang ahli
keluarga Dr Mahathir untuk membeli bahan bakarnya dari syarikat Petron ini.
Bukankah kita mempunyai syarikat petroleum kita sendiri. Petronas?
Pakatan Rakyat telah meminta
Putrajaya memberikan keterangan lengkap kenapa sebuah syarikat yang penting
untuk negara sekarang dikuasai oleh keluarga Dr Mahathir itu? Sehingga sekarang Putrajaya masih belum memberikan jawapan kepada pertanyaan dari pihak Pakatan
Rakyat itu.
Ianya tidak boleh lari dari
tuduhan rakyat yang perjanjian perniagaan ini hanya boleh dilakukan oleh kuasa
dan pengaruh seseorang dipihak yang sedang dalam keseronokan berkuasa. Saya
percaya jika Mirzan dan adik beradik itu hanya anak kepada seorang penoreh
getah ‘deal’ seperti ini tidak akan dapat diperolihi dengan cara yang terlalu
istimewa ini.
Begitu besar sekali ‘subsidy’
perniagaan yang diperolehi oleh keluarga ini. Kita harapkan orang-orang ini
membina perniagaan yang kecilan kepada konglomerat yang besar-besar tetapi mereka
hanya mampu untuk mengambil alih perniagaan yang sedia ada dengan membelinya
dengan harga yang rendah unuk kepentingan mereka sendiri.
Berapa orangkah diantara rakyat
yang dilahirkan dalam keluarga berpengaruh seperti ini. Itulah sebabnya rakyat
begitu bingung dengan sikap pemimpin besar atau bekas pemimpin negara yang
tidak langsung memberikan faedah kepada rakyat. Ramai diantara yang dibawah ini
adalah anak-anak peneroka dan penoreh getah dan buruh kasar. Saya sendiri
hanyalah anak seorang mata-mata. Peluang istimewa ini hanya diperolihi oleh
anak-anak bekas pemimpin politik besar negara.
Mereka ini berniaga hanya
menggunakan politik keluarga mereka sahaja. Kepandaian bukan setara mana tetapi
oleh kerana kuasa dan pengaruh politik keluarga mereka ini secara automatik mereka
menjadi seperti orang pandai. Bagaimana nak kata mereka tak pandai?...sedangkan
mereka ini sentiasa berpeluang untuk berniaga secara monopolistk. Kalau
diberikan peluang ini kepada anak buruh kasar pun perniagaannya akan berjaya jika
diberikan keistimewaan sebegini.
Kadang-kadang kita bertanya juga,
bagaimana kah anak-anak orang lain untuk maju kerana segala-galanya disuapkan
dengan sudu emas kepada ahli-ahli keluarga yang berpengaruh seperti ini. Apakah
hikmahnya dengan kewujudan keadaan ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi
jika kita menggunakan akal fikiran kita yang tidak seberapa ini mungkin
hikmahnya ialah akan berlaku pertukaran pimpinan negara melalui parti-parti
yang lain dari parti yang memerintah sekarang ini.
Lebih membingungkan
pemimpin-pemimpin ini jugalah yang bercakap bergegar-gegar kononnya hidup kita
perlu berbakti secara jujur dan telus seperti yang di seru oleh pemimpin yang
berada dalam satu acuan seperti bekas pemimpin negara ini?
Keadaan ini sedang berlaku dan
akan terus berlaku selagi mereka boleh menggerakkan mata dan tangan mereka.
Tentulah segala yang dilakukan oleh mata dan tangan ini digerakkan oleh elemen
apa yang ada dalam sanubari mereka itu.
Seperti yang kita tahu, kita
hanya memilih satu diantara dua elemen yang bertentangan dalam jiwa kita, iaitu
yang benar dan yang bathil. Tindakan tangan dan mata serta anggota-anggota lain
itu berpunca dari arahan dalaman seseorang itu.
Jika yang bathil itu lebih
mempunyai pengaruh di dalam dalaman kita maka perkara-perkara seperti ini akan
terus berlaku. Untuk memerangi elemen-elemen kebathilan ini ia memerlukan
proses perjuangan yang cekal dan bukan mudah untuk melawan elemen-elemen bathil
itu.
Kata ulamak-ulamak yang muktabar,
cara yang mudah untuk mengalahkan elemen bathil ini ialah untuk memperkuatkan
elemen-elemen yang haq di dalam diri kita. Tetapi untuk mencapainya kita terpaksa
bertawajjuh dan bertawassul kepada Rasul dan Tuhan secara intensif dan
terus-terusan. Kata bahasa ulamak ia bermaksud yang zuhud, usaha itu memerlukan
istiqomah yang tinggi.
Usaha itu tidak boleh berhenti
setengah jalan. Bukan mudah untuk memecahkan ruyung yang tebal ini untuk sampai
ke sagunya.
moses kata: senang aja nak ajar mereka ne semua,kita boikot aja brand minyak ne,selalunya bila mengalami kerugian kerajaan akan menyelamatkan mereka, cuba fikir duit siapa kah yg digunakan. Terima kaseh
ReplyDeletepemerintah sekarang akan terus menyalahgunakan mandat yang ada untuk
ReplyDeletemenutup segala kepincangan dan mengaburi rakyat dengan cerita yang tidak benar terutama di media-media konservatif pro Umno-BN. Dengan salah guna dana awam untuk kepentingan parti pemerintah ditambah dengan kerjasama yang amat licik diantara umno-Bn dengan SPR seperti penyalahgunaan undi pos, kewujudan kad pengenalan sementara untuk mengundi, kenaikan jumlah pengundi di sesuatu kawasan secara mendadak dan pelbagai taktik bom wang dan rasuah yang dihalalkan oleh umno-Bn. Amat sukar untuk pakatan rakyat mara ke Putrajaya secara adil kecuali apabila negara Malaysia sudah Bankrap dimana umno-Bn tiada lagi sumber wang untuk mereka bermain politik wang dan menyogok rakyat. di waktu tersebut barulah pakatan rakyat mungkin berpeluang di atas padang yang rata tetapi di masa itu amat sukar untuk memerintah kerana umno-Bn pasti telah meninggalkan warisan hutang yang amat banyak. amat rugilah rakyat pada waktu itu.
kita boikot minyak brand bau pengkhianat yang buat berbilion-bilion !
ReplyDeleteMahakutty adalah punesihat Petronas. Dia dah mainkan Petronas untuk kepentingan keluarga. Hampeh punyo manusio..
ReplyDeleteBoikot adalah satu cara yang baik untuk menunjukkan protes dan mengekang mereka. Mereka adalah golongan yang tamak. Harta negara dianggap seperti harta mereka yang boleh dibuat sesuka hati. Sang penguasa bebas menggunakan khazanah negara dalam kalangan mereka. Banyak telah dibongkar oleh PR berserta dengan bukti tapi tidak menunjukkan kesan yang drastik. Malah yang membongkar pula menjadi mangsa penguasa. Rasuah, kronisme dan nepotisme berleluasa. Pelaksana undang-undang sewajibnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh berintegriti tanpa mengira bangsa, agama dan status seseorang. Ikrar perkhidmatan sudah dilafaz dan dilakri bagi menunjukkan kepatuhan terhadap kod etika profesion mereka. Tapi, inilah yang menyedihkan dan menghampakan kita golongan marhaen ini. Mereka yang atas melanggar etika yang telah dimeterai tapi yang di bawah terjerit-jerit disuruh, diarah dan diwajibkan melafaz ikrar taat setia dan patuh kepada etika dan kepada sang penguasa. Apakah maknanya ini? Samalah dengan kes MAS beli minyak PETRON. Berpusing-pusing ditempat yang sama gelagat mereka. Rakyat perlu terus dengan kematangan dan kesedaran dalam berpolitik terutama dalam memilih pemimpin yang telus, berintegriti dan berilmu agama. Teruskan perjuangan PR, moga beroleh kejayaan demi mewujudkan Malaysia yang bersih dan maju.
ReplyDeleteSalam AA dan bloggers.
ReplyDeleteMirzan a/l Mahathir menguasai San Miguel sykt pengeluar arak terbesar di Manila yang membeli kepentingan Exxon Mobil Malaysia yang dituksr jenama kepada Petron.
Tahniah Tun Mahathir kerana mendidik anak yang menjadi usahawan arak Melayu yang terulung di dunia.
Arak sememangnya haram disisi orang Melayu Islam tetapi tidak dikalangan orang India Kerala.
Tambahan pula majlis ulamak, mahupun Harussani memberikan kerjasama penuh dengan tidak mengeluarkan sebarang fatwa.
Cukai yang dikutip daripada pemabuk boleh digunakan untuk pembangunan negara.
Inilah semangat 1Malaysia yang terpuji dimana BN tidak membezakan antara agama,kaum dan golongan miskin/kaya.
Menyentuh tentang Petron sebagai pembekal bahanapi MAS,ianya cuma satu kebetulan.
Kebetulan Petron menawarkan harga lebih baik dari pesaing lain,walaupun tidak diadakan tender terbuka.
Kebetulan Mirzan anak Mahathir.Kalau anak2 menteri lain boleh dapat projek,apa salahnya anak Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara?
Kebetulsn jugs rakyat Malaysia mengundi BN. Jadi terpulanglah kepada BN mengagih2kan kekayaan dikalangan sesama pemimpin yang banyak berjasa.
Kalau nak dibandingkan dengan negara lain seperti Somalia, Bhutan dan Congo,kita masih beruntung kerana ada makanan,pakaian dan tempat tinggal.
Tanpa BN kita masih bercawat dan makan buah2an hutan.
Terima kasih UMNO/BN.
Surrogate
Surrogate berlagak macam pak lebai tapi suka membuat fitnah konon PR lebih Islam dari UMNO.Tahukah anda lebih drp 50% ayam di market Malaysia ini tidak disembelih secara islam yang betul ?
ReplyDeleteTerlupakah cerita Ayam dan Kambing dua orang sahabat yang baik yang pernah diceritakan disini ?.
Elok di ulangtayang semula.Begini ceritanya:
Ayam dan kambing adalah dua sahabat sejati walaupun berbeza specis.
Maka berkatalah kambing kepada Ayam " Kau ni Yam baju cantik berwarna lagi( bulu ayam yang cantik) tetapi KAKI AYAM!!??."
Ayam amat sedih dengan kata jata kambing sebagai saorang sahabat karib.Lalu Ayam pun berkata " Kau Bing apa kurangnya ! janggut panjang, alim konon tapi NAMPAK TELOR !!??.
Kesimpulanya tak baik mengata orang tanpa mengetahui fakta yang sebenar.Politics of hatred tidak membaws kita kemana hanya dosa kering sahaja.Maaf ya.
Surrogate anda sebenarnya adalah kambing kan ? termasok juga dalm gulungan munafik.Mintak mintak janganlah ya.Sekadar teguranWallahwualam.
@KM
Bro,
ReplyDeleteSaya dah berhenti mengisi minyak di mana-mana setesen minyak Esso/Petron sejak pengumuman yang syarikat miguel ni akan membeli kesemua setesen-setesen minyak Esso di seluruh negara. I walk my talk.
Hatta nak isi angin tayar keretapun saya tak gi setersen minyak esso/Petron ni.
bat8
Mat pendang,
ReplyDeleteAwatnya sampai lagu tu bro.Exxon Mobil employed many malay engineers Tak percaya tanya sifu Kampong man.Dia orang minyak.hehehe.