Terlalu banyak spekulasi tentang
pilihanraya umum yang telah tertangguh sebegitu lama.. Najib akhirnya merupakan
satu-satunya PM dalam sejarah negara yang tidak memanggil pilihanraya untuk
mendapatkan mandat dan ‘endorsement’ tentang kepimpinannya. Sekali gus Najib
merupakan seorang PM yang paling lemah dalam sejarah negara merdeka kita.
Selemah-lemah Pak Lah, beliau
berani memanggil pilihanraya dalam tempoh lima bulan untuk mendapatkan
‘endorsement’ rakyat dan beliau telah mendapat meraih 90% sokongan dalam Dewan
Legislatif semasa pilihanraya yang ke11 yang lalu. Peratusan itu hampir sama
dengan pilihanraya 1955 dalam mana Perikatan hanya kalah satu kerusi di Pulau Pinang yang ditandingi oleh Sulaiman Palestin.
Mandat yang ada pada hari ini
merupakan mandat Pak Lah. Baik buruknya Pak Lah mempunyai kredibiliti yang
lebih baik dari Najib sekarang ini. Pak Lah seorang yang berani memanggil
pilihanraya walau pun beliau dalam ‘tidur’. Setidak-tidaknya Pak Lah dapat
mempertahankan kuasa BN walaupun kehilangan kemenangan tradisi 2/3 di Dewan Parlimen.
Sesungguhnya tindakan Najib menangguhkan
pilihanraya merupakan tindakan yang betul. Kenapa betul? Jika dipanggil
sekarang pun UMNO/BN akan tewas, jika dipanggil setelah penggal ini tamat pun
UMNO/BN akan kalah. Beliau tahu itu. UMNO/BN sememangnya tidak lagi mempunyai
formula baik untuk mempertahankan kuasanya kerana persepsi rakyat yang UMNO/BN
itu parti yang sudah luntur sudah menjadi stigma dan melekat dalam pemikiran
rakyat khususnya dari yang muda-muda.
UMNO Baru tidak mungkin boleh
bertahan kerana untuk memperkuatkan kubu pertahanan UMNO, ia berkehendakan
pengorbanan semua barisan kepimpinan yang adalah dalam Majlis Tertinggi parti
dan kerajaan. Caranya ialah dengan Najib, Muhyiddin serta semua pimpinan pusat
berhenti dan mencari seorang pemimpin lain untuk membawa UMNO untuk perubahan.
Walaupun ia boleh dilakukan sekarang tetapi pimpinan pada hari ini mempunyai
‘lubang-lubang’ yang besar yang sulit untuk ditutupi oleh sesiapa.
Saya selalu memberikan kritikan ini
semasa bergiat dalam parti itu tiga puluh tahun dahulu. Kita telah memohon
kepada kepimpinan semasa itu Dr Mahathir Mohamad supaya mengenepikan
pemimpin-pemimpin yang tidak elok kerana semasa itu belum seramai ini pemimpin
yang tidak berkelakuan baik. UMNO lalai dan tidak mahu melakukan pembersihan
awal, kerana Dr Mahathir lebih mementingkan untuk berkuasa lama-lama. Asalkan
mereka memberikan sokongan kepada beliau, mereka (pemimpin-pemimpin tidak
berguna) masih kekal dalam barisan pimpinan beliau (Mahathir)
Kalau Mahathir jujur dengan
negara dan parti, pertamanya kita tidak akan mendapat pemimpin seperti Pak Lah
untuk memimpin kita dan juga Najib untuk menggantikan Pak Lah. Sekarang berani
kah kita memberikan mandat kepada Muhyiddin jika Najib berhenti dan bersara? Tanyalah
orang ramai yang jujur memberikan pandangan.
Kita akan mendapat jawapan yang jika Muhyiddin mengambil alih keadaan
akan lebih teruk lagi.
Mahathir telah menukar ‘mould’
kepimpinan negara. Sesiapa sahaja yang datang dari ‘mould’ yang sama tidak akan
mampu membawa perubahan. Jika UMNO Baru berani bertindak parti itu mesti berani
untuk mencari seorang pemimpin lain dari UMNO Baru yang tidak dibentuk oleh
‘mould’ yang dibina oleh Mahathir. Tetapi jika kita memberikan pandangan
seperti itu penyokong UMNO akan marah kerana mereka juga adalah dari ‘mould’
yang sama.
Justeru itu, UMNO Baru tidak
mungkin berjaya mempertahankan kerusi yang sedia ada, jauh sekali untuk
menambah dan merampas kembali dari yang dimenangi oleh pembangkang sebelum ini.
Rakyat sudah merasa jelak dengan UMNO Baru dan perangainya. Itulah sebabnya
yang muda-muda memilih untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana mereka tahu nasib
mereka lebih baik dari berada dalam UMNO/BN,
Orang ramai tahu tidak ada parti
yang ‘perfect’ tetapi UMNO dan BN terlalu lemah dan tidak berkualiti lagi. Itu
sebabnya saya selalu sangat berkata. ‘the worst of Pakatan Rakyat is lot better
than the best of BN’.
BN sepatutnya memahami kehendak
rakyat tetapi pimpinan mereka tidak dapat langsung mengawal diri mereka untuk
mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dibenci rakyat. Pimpinan BN sudah
begitu ketagih dengan salahguna kuasa dan mengambil semua kesempatan untuk
mengelirukan rakyat bagi kepentingan peribadi mereka.
Pimpinan UMNO/BN terlalu
ketinggalan zaman kerana mereka tidak menyedari yang rakyat sedang memerhatikan
setiap gelagat mereka dan mereka telah jauh kehadapan dalam pemikiran mereka.
Pimpinan UMNO/BN masih lagi menyanyikan lagu-lagu lama yang berlirikkan ungkitan
dan mengenang jasa, isu yang sudah basi dan tidak dapat diterima oleh rakyat
lagi. Masakan rakyat mahu menyokong orang yang berjasa semasa dahulu jika orang
itu bertindak merogol dan memunah ranahkan kita.
Bagi rakyat, sudah nampak jelas
yang mereka telah mengambil keputusan. UMNO/BN perlu duduk dibelakang buat lima tahun ini. Perbaiki
parti dan kembali berjuang selepas segala yang buruk itu sudah tiada lagi dalam
UMNO/BN.
Tetapi pula, saya pernah berkata
yang UMNO/BN diibaratkan seperti ayam daging. Apabila keluar sahaja dari reban
ia tidak dapat menempuh kehidupan lagi. Ayam-ayam itu akan mati kerana
selalunya mereka disuapkan makanan tidak berhenti-henti. PAS dan DAP pula di ibaratkan
sebagai ayam kampung, sudah biasa untuk mencari makanan sendiri.
Bagi UMNO/BN, satu-satunya
peluang untuk menjadi parti yang relevan, ia perlu mencari kepimpinan baru yang
tidak terbentuk dalam ‘mould’ yang dibina oleh Dr Mahathir. Selagi pimpinan
dari ‘mould’ yang ada pada hari ini seperti Najib, Muhyiddin dan lain-lain UMNO/BN
akan menjadi sejarah yang sangat enak dibaca oleh generasi yang akan datang.
Kita mesti ingat, yang dialami
oleh UMNO sekarang ialah krisis keyakinan yang terlalu buruk dan tidak mungkin
barisan yang mengalami krisis ini akan berjaya membawa apa-apa perubahan dan
transformasi.
Ingat kata-kata saya ini; ‘If you
want to break anything give the job to UMNO, if you want to make it worst, get
UMNO to fix it back”
7 comments:
Amalan ini datang dari zaman Mahahthir.
Kini semua pelan tindakan dan terjemahannya boleh dipanggil Mahathirisme. Menjerit menyalahkan orang lain ke atas perkara yang beliau lakukan.
Salam, Sdr Aspan & bloggers,
Saya cuba visit blog LKS, for the first time, tapi, nak sign in.. tak jadi lah..
Pak, ada plan untuk ada simple meal to raise fund for you and Dato Sak in the soonest time, sambil makan itu, boleh jumpa semua sekali gus, ada yang cool, ada yang smart, semuanya elok- elok, haha.
Or maybe one or two bloggers here can liaise with you and Sak, have other plans and work from there.
Or perhaps DAP board could organise a Malay meal, the Chinese and Indian DAP supporters would love having a sumptuous Malay meal, it will be a real special treat for them. You both have worked so hard here and at every ceramah with such passion for the nation.
It would be nice to inform Kg Man as he supports both of you a lot. Perhaps we'll give a raya green packet to QD to buy a take away mini wahyu beef burger, real expensive, no joke, maybe RM80 !
i read its ad somewhere. or satay..
Please keep us, your supporters here, informed a.s.a.p. Terima kasih.
As Salam Tuan AA.
UMNO Parti yang terlalu lama memerintah apa lagi tidak mengikut syariat Islam, lantas menguna pakai sistem penjajah pula tu, pastinya sudah lama rebah dan jatuh tersungkur. Tetapi nasib baiklah UMNO ini menjadi parti dominan kepada suatu bangsa yang terlalu banggang, bodoh, biul dan taat membabi buta terhadap pemerintah dan sultan, hingga mereka ini tidak dapat membezakan yang mana kaca dan permata. Dipimpin pula oleh PM yang bacul dan terlalu kuat menipu rakyatnya. Dalam kerjaya politiknya, beliau hampir tidak pernah bertanding untuk sesuatu jawatan menteri malah mendapatkannya secara percuma hasil dari konflik pihak lain. PM ini sudah tahu benar beliau akan kecundang di PRU13 nanti, oleh itu semua perbuatan dan pentadbiran harian beliau tertumpu kepada merompak, menyamun dan mencuri hasil negara ke dalam kantung beliau dan kroni sebelum terlambat (kalah PRU13 dan hilang kuasa). Sayonara untuk PM yang terkotor lagi korupsi. Mari kita sama-sama laungkan 1juta Korupsi untuk 1Malaya.....
Juak-juak UMNO/BN ni adalah pengkhianat agama & negara. Hanya satu saja pilihan yg ada bagi pengkhianat - hukuman mati.
I look forward to an UMNO/BN defeat. I look forward even more to the punishment that UMNO leaders will receive for their misdeeds.
Anon 19.55
Itu hanya pandangan anda bro.Anda ber erita macamlah anda hebat.Rakyat tidak juga sebodoh sebagai yang anda fikir.Irony nya UMNO masih dan terus menjadi pejuang untuk bangsa, ugama dan negara selama lma dekad.Saya belum dapat lihat mana msna parti pun yang dominant dan relevent buat masa ini.Kita lhat sajalah siapa yang rakyat pilih.Manalah tahu rakyat nak tukar selra pulak kali in.Saya fikir tak mungkn kut.
Penangguhan pilihanraya pru 13 kemungkinan untuk memberi peluang kepada madey untuk mati cepat supaya kemenangan pakatan nnti..madey tidak dibicarakan akan penyelewengan 22 tahun madey..
Dan untuk memberi peluang kepada najib dan pemimpin bee end lain supaya songlap duit negara/rakyat selagi boleh sebelum mandat bee end berakhir pada tahun hadapan..
Pakatan hendaklah mempunyai pelan/perancangan bagaimana untuk memperolehi semula duit negara yg disonglap oleh pemimpin bee end dan ahli perniagaan yg korup dan bagaimana untuk mendakwa mereka nnti..rakyat berharap mereka yg rasuah/seleweng di dakwa..
Sdr Aspan,the only things Umno can break and fix,and can only fix are sore torned asses.That is the only thing they are good at.
Post a Comment