22 July 2012

Isu 13 mei yang diperbesarkan Muhyiddin itu senjata politik yang sudah menumpul

TS Muhyiddin Yassin masih bercakap tentang isu kejadian 13 Mei  dalam siri kempen beliau di mana-mana. Beliau telah mengingatkan anak-anak muda supaya bersatu di bawah BN jika kita hendak hindarkan kejadian 13 Mei  dahulu. Kata-kata Muhyiddin ini tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau adalah dalam keadaan ‘desperado’ dan amat tertekan dengan sokongan yang merudum terhadap BN khususnya UMNO.

Di Semenanjung ini seperti yang saya telah selalu perkatakan BN itu adalah UMNO kerana parti-parti komponennya MIC dan MCA serta Gerakan sudah tidak relevan hampir seratus peratus sekarang ini. Maka UMNO itu BN, dan BN itu UMNO. Malahan UMNO kini telah terbeban dengan tanggungjawab menjaga semangat BN itu enggan menurunkan calon-calon MCA, MIC dan Gerakan walaupun UMNO tahu yang ketiga-tiga parti itu sudah lama ditinggalkan ahli-ahli dan penyokongnya.

Berbalik kepada kenyataan Muhyiddin baru-baru ini ia amat tidak bertanggungjawab dengan menakut-nakutkan orang ramai yang 13 Mei  akan terjadi jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Elok juga kita bertanya kepada Muhyiddin yang sedang mencuba-cuba untuk menjadi pemimpin itu, jika pun berlaku keadaan buruk itu ia akan dilakukan oleh pihak yang kalah. Mana mungkin parti-parti dalam PR melakukan kerja buruk dan hina itu jika PR adalah pihak yang menang?

Keduanya kita bertanya kepada Muhyiddin sekali lagi, mahukah Muhyiddin berada di atas forum resmi untuk menuduh yang DAP lah yang bertanggungjawab dengan kejadian 13 Mei itu? Segala penerangan dan jawapan telah diberikan oleh pihak DAP khususnya Lim Kit Siang tentang tuduhan palsu itu. Semua orang UMNO tahu siapa yang memulakan dan mahukan kejadian berdarah itu berlaku tetapi Muhyiddin masih menyalahkan pihak lain.

Di sini saya memohon supaya di adakan satu forum secara live untuk mendengar apa-apa tuduhan itu secara resmi dan meminta LKS untuk memberikan jawapan secara live kepada rakyat jelata untuk menghapuskan tanggapan palsu yang dibuat oleh Muhyiddin itu.

Sebenarnya isu 13 Mei ini memang menjadi isu berkala: ia hanya diperbesarkan apabila setiap pilihanraya tiba. Isu ini merupakan isu yang selama ini digunakan oleh BN/UMNO untuk menakut-nakutkan pengundi untuk menyokong pembangkang. Isu ini jika diperbesarkan dua puluh tahun dahulu mungkin diterima ramai. tetapi lama-kelamaan rakyat tahu juga akhirnya yang isu itu hanyalah isu pilihanraya untuk UMNO.

Isu itu merupakan senjata UMNO tetapi senjata itu sudah menumpul kerana orang ramai sudah tidak mahu lagi mendengar dongengan pimpinan UMNO yang terdesak itu. Seruan Muhyiddin supaya anak-anak muda bersatu itu memang diterima oleh mereka (anak-anak muda) tetapi mereka hendak bersatu diluar UMNO dan BN. Anak-anak muda bukan tidak nampak sejurus sahaja mereka menyertai UMNO mereka akan berhadapan dengan politik dalaman UMNO yang sentiasa berpecah belah.

Saya tidak nampak lagi UMNO boleh menjadi badan penyatuan Melayu kerana mereka yang sudah berada di dalam UMNO itu sedang merasakan pahit maung bersama aktif dalam UMNO itu. Tidak ada siapa yang tidak mahu untuk bersatu tetapi mereka tidak mahu UMNO sebagai premis mereka untuk bersatu. Mereka tahu bersatu dibawah UMNO itu bermakna mereka membantu perkembangan kegiatan rasuah dan isu rsis yang tidak ada hadnya

Anak-anak muda mahukan penyatuan itu dibawah sebuah kerajaan yang tidak rasuah kerana mereka tahu jika kerajaan dan pimpinan itu rasuah ia akan menjadi punca kepada kejatuhan tamaddun dan kerajaan itu. Rasuah merupakan musuh utama manusia dan itu sedang berlaku di dalam UMNO kini.

Anak-anak muda tahu hanya dua perkara sahaja yang boleh menyatukan rakyat disamping perkara-perkara lain. Pertamanya kita hanya akan bersatu jika isu rasis ini diberhentikan dan Muhyiddin sepatutnya belajar. Jika isu perkauman ini diperbesarkan, sampai bila-bila kita tidak akan mencapai matlamat ‘National Unity’ itu.

Keduanya ialah kerajaan yang rasuah akan akhirnya jatuh bergelimpangan dan sejarah lama dan baru telah membuktikannya. Tidak payah di ulang-ulangi lagi. Kita lihat dan anak-anak muda juga melihat yang rasuah itu sudah menjadi ‘attribute’ penting kepada UMNO. UMNO itu rasuah dan rasuah itu UMNO.

Oleh itu kita lihat kedua-dua faktor ini menebal di dalam UMNO. Jika kita terus memberikan sokongan kepada UMNO maka ia bermakna yang kita semua mahukan negara kita dihancurkan oleh rasuah dan rakyat dipecah belahkan oleh isu perkauman yang menjadi mainan UMNO sekarang ini.

Elok kita memberi tahu pimpinan UMNO jika sudah tidak mampu untuk memperbaiki diri, elok sahaja mengangkat bendera putih: serah diri kepada rakyat dan katakan kepada rakyat yang kamu semua tidak lagi mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dan memberikan pula peluang kepada parti-pati alternatif untuk mentadbir negara ini.

Peluang lima tahun untuk PR itu akan dapat memberikan penilaian dan diharapkan tuduhan UMNO terhadap PR itu menjadi kenyataan. Tetapi saya yakin UMNO tidak mungkin dapat menyaingi kewibawaan PR jika PR diberikan tanggungjawab mengambilalih pentadbiran negara dari UMNO dan BN itu.

Sebagaimana yang saya selalu katakan, ‘the worst of PR is a lot better than the best of BN’.

11 comments:

Anonymous said...

Rakyat malaysia telah lama tau...rancangan bee end akan mengunakan peristiwa 13 mei setiap pilihanraya...

Kempen 13 Mei oleh bee end..ibarat kempen..rakyat dikorbankan..nafsu diri diutamakan..bila dah mampus baru rakyat dikerah..itu la sikap pemimpin ameno..

Anonymous said...

Salam Sdr. Aspan.

TPM dan rakan-rakan beliau dalam UMNO/BN sejak PR2008 sudah cemas dan desprate.Dia guna apa sahaja yg. ada dan pakai pemikiran/otak yang sudah sakit tenat untuk cuba meyakinkan rakyat yang beliau/UMNO itu betul.

Peristiwa 13 May yang TPM guna
untuk pengaruh rakyat akan makan dirinya sendiri kerana makin bertambah banyak dosa dan pembohonganan yang beliau buat kpd.rakyat. Dia patut didakwa dibawah Akta Hasutan

Selamat berpuasa Ramadhan

Anonymous said...

The truth of May 13 will come out one day....if not this generation, it will be the next or next....

Set up a Royal Commission of Inquery to fully reveal the truth and then we could leave this dark and shameful history behind and unprincipled and immoral " leaders/politicians " will not play this issue to stir hatred and emotions.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Masalah negara kita yang paling meruncing ialah Perdana Menteri mempunyai kuasa yang terlalu besar.

Sejak zaman Tun Mahathir lagi, kuasa PM telah diperkukuhkan melalui pindaan2 perlembagaan untuk menguatkan cengkaman 'totalitarian'.

Ini mencakupi kuasa2 eksekutif,judiciary,parlimen,pilihanraya,keselamatan dll.

Yang Dipertuan Agong hanya mengesahkan atas 'nasihat' perdana menteri sahaja.

Antara jawatan2 penting lantikan YDPA atas nasihat PM ialah Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pengerusi SPR dan lain2 jawatan penting perkhidmatan awam.

Sudah tentu mereka ini dipilih berdasarkan 'sebulu' dengan PM.

Oleh itu adalah mustahil untuk melihat mereka ini berkecuali sebaliknya condong kearah parti BN yang berkuasa.

Tambahan pula dengan program kesetiaan, pegawai2 ini akan mendapat imbuhan dari segi projek dan tender terus untuk keluarga,saudara malahan proksi2.

Jadi puak ini akan merusuh ala 13 Mei jika kalah dan menjadi pembangkang pada PRU 13.

Akibatnya keputusan PRU 13 akan dibatalkan.

Perintah darurat akan dilaksanakan kerajaan sementara @ kerajaan tentera atas perintah Agong.

Bersedialah untuk diperintsh rejim tentera untuk 10 ke 20 tahun lagi.

Welcome to myanmar.

Surrogate

mudim said...

Salam Tuan Aspan,

Sebut pasal rasuah. Kerajaan BN/UMNO selalu seleweng maksud rasuah. Lihat saja iklan di tv tentang rasuah. Sebenarnya rasuah itu dosa. Bila kita buat dosa, Allah akan turunkan bala. Yang tak buat dosapun dapat bala jika tidak halang orang lain buat dosa. Jadi kita semua kena ingat dan ingat selalu bahawa RASUAH ITU DOSA. Noktah.

Anonymous said...

May 13 scare tactics was used by Dr M for many years to scare people into voting BN
It was not used by Badawi
Looks like Dr m is working behind the scene now for Najib

Suci Dalam Debu said...

Saudara Tuan Aspan,

Sudah tiba masanya PKR dan PAS mengeluarkan kenyataan rasmi akan menjamin keselamatan kaum bukan Melayu sekiranya kuncu-kuncu UMNO cuba membuat huru-hara ala Mei 13 sekiranya BN kalah dalam PRU13.

Kaum bukan Melayu sangat mengharapkan jaminan sedemikian supaya berani membuat perubahan dan menyokong PR.

Anonymous said...

Anon 22 July 19:53

Absolutely right, he is in the background, mid-field and foreground with his plundering team. There must an "unstoppable undercurrent" to crush them away. And that will be the power of the Rakyat !

Anonymous said...

Does anyone knows that the ruling government lost the parliment majority seats back in May 69?.........We can ask them why 13 May happened........which I think they really can't answer cos many of them involved had passed away....even some of the minister now are still not even born yet....so these so called minister wouldn't know the real fact....

Anonymous said...

May 13 is restricted and confined to only a small area, in particular KL. The rest of the country is OK.

This shameful incident could be prevented but instead was exploited by " leaders/politicians " until today to instill fear to divide the ordinary people.

Anonymous said...

Bukan semua orang akan sokong Panglima tentera untuk zalimi rakyat yang tidak berdosa!

Kalau diperintah tentera seperti di Egypt - kuasa akan pulang ke rakyat jugak cuba lihat!

Panglima cuma seorang!
Askar biasa beribu?
Siapa yang berkuasa sebenar!

IGP seorang sahaja
Prebet Sapu beribu!
Siapa yang berkuasa sebenar?

Senjata tidak menghalang manusia!
Ketakutan tidak menghalang manusia!
Keyakinan adalah senjata paling berkesan!

Syria akan tumbang!
Panglima semua sudah paling tadah!
Sebab mereka ada HATI didalam dada!
Hati mereka telah memberontak apabila rakyat tidak dosa dizalimi oleh pemimpin yang rakus & tamak!

Sama jugak di Libya dan Yemen, Tunisia,...semua askar dan polis ada lah manusia biasa, mereka ada hati ada perasaan dan ada akhlak dan iman!

Yang tidak ada iman adalah binatang seteruk nya!

Tidak gempar kalau Mahyuting mau buat kecoh....rakyat akan ajar mereka kali ini!