Isu bekalan air terawat menjadi
isu dan modal ‘desperado’ UMNO untuk menawan kembali Selangor, negeri terkaya
negara ini oleh BN dalam pilihanraya yang akan datang. Isu ketidakmampuan
Syabas untuk merawat air dengan ‘capacity’ secukupnya menjadi umpan bagi BN
untuk merendahkan kredibiliti kerajaan pimpinan TS Khalid Ibrahim dengan satu
‘ultimate’ iaitu untuk mendapatkan kembali Selangor di bawah tadbiran BN dan
UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.
Kerajaan Pusat telah mengugut
rakyat Selangor yang negeri itu akan kekurangan air dalam tahun 2014 dan akan
menghadapi kekeringan air yang paling buruk dalam sejarah negara, kononnya. Kita memahami apa tujuan Kerajaan Persekutuan
untuk menyebelahi Syabas walaupun Syabas telah menyeleweng daripada asas dan matlamat
penubuhannya.
Sekarang kerajaan Selangor sedang
mendesak supaya Tan Sri Razali Ismail dan Ketua Eksekutifnya untuk meletakkan
jawatan kerana mereka adalah bertanggungjawab di atas segala kelemahan yang ada
pada syarikat Syabas ini. Razali yang sedang dibayar sebanyak RM5.1 juta gaji
setahun harus meletakkan jawatan kerana dengan perletakan jawatan mereka ini
sahaja Selangor akan membelanja peruntukan sebanyak RM225 juta untuk mitigasi
2 bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti untuk merawat air bersih untuk
Selangor dan Wilayah yang berhampiran.
Kerajaan Persekutuan sedang
menyebelahi Syabas bukan kerana apa tetapi semata-mata kerana politik BN untuk
mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Tidak ada siapa yang menahan Putrajaya
untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor asalkan sahaja pengambilalihan itu
dilakukan dengan sistem demokrasi dan semangatnya yang tulen.
Tetapi Putrajaya memilih untuk
mengambil alih secara kotor kerana dengan cara ini sahaja mereka beranggapan
sebagai cara yang ada untuk menumbangkan kerajaan Selangor yang sedang
berhempas pulas untuk membersihkan kekotoran yang dilakukan oleh BN semasa
memerintah negeri itu selama lima
dekad yang lalu. UMNO terlalu sibuk
untuk mengambil alih kerajaan yang telah disalahtadbir selama lima dekad. Apa yang anehnya orang-orang yang
telah merosakkan UMNO dan kerajaan Selangor dahulu pula yang sibuk untuk
kembali memerintah.
Dalam konteks ini kerajaan
Selangor wajar mengambil alih Syabas yang di belakangnya adalah ‘warlord-warlord’
UMNO yang mahu mengambil kesempatan dengan pembekalan air ke Selangor. Sebab
dan alasan bagi Selangor mengambil alih Syabas ini mempunyai asas yang amat
kukuh. Syabas telah melanggar banyak klausa-klausa dalam perjanjian dengan
kerajaan negeri Selangor.
Konsesi ini sepatutnya boleh
dibatalkan begitu sahaja dan Selangor mengambil alih Syabas tanpa ragu-ragu
lagi. Syabas telah tidak menghormati perjanjian untuk mendapatkan bekalan paip
dari sumber tempatan tetapi sebaliknya meng’import’nya dari Indonesia dan
jumlah harga bekalan itu hampir mencecah RM400 juta. Syabas juga telah
membelanjakan wang sejumlah lebih dari RM50 juta berbanding dengan jumlah RM23
juta sebagaimana dalam perjanjian itu.
Mengikut perjanjian
kontrak-kontrak sepatutnya diberikan melalui tender terbuka tetapi Syabas telah
memberikan kerja-kerja kontrak itu melalui rundingan terus dan jumlahnya lebih
dari setengah billion ringgit.
Justeru usaha kerajaan Selangor
untuk mengambil alih Syabas itu adalah wajar dan mengikut lunas-lunas undang-undang
semata-mata untuk menjamin kestabilan pembekalan air bersih yang secukupnya
menjelang tahun 2015 nanti. Tetapi kerajaan dan pemimpin-pemimpin persekutuan
memilih untuk memihak kepada Syabas semata-mata kerana mahukan ‘mileage’
politik dan sanggup menjadikan rakyat Selangor sebagai mangsa kerakusan mereka.
Sekarang Syabas dan Kerajaan Persekutuan
sendiri memberikan gambaran yang bercanggah-canggah di antara satu dengan yang
lain. Muhyiddin berkata tidak perlu dilakukan catuan air bagi negeri Selangor
sedangkan Syabas telah memberikan pandangan yang catuan air itu perlu dilakukan
sekarang.
Saya tidak mahu menulis tentang
isu ini dengan panjang tetapi memadai untuk mengingati rakyat Selangor dan yang
lain-lain supaya menolak sahaja kerajaan BN Persekutuan sekarang ini kerana
kerajaan BN lebih mementingkan kerakusan kuasa mereka daripada memberikan tumpuan
untuk melestarikan kehidupan rakyat khususnya rakyat negeri Selangor
semata-mata kerana hendak berkuasa di negeri ini.
BN telah memerintah Selangor
selama lima
puluh tahun sebelum rakyat Selangor memindahkan kuasa kerajaan itu kepada
Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu dan nyata tindakan rakyat Selangor itu
adalah tepat dan betul. Rakyat Selangor mesti kekal dengan kerajaan PR yang ada
pada hari ini untuk membetulkan dan membersihkan kerja-kerja kotor BN selama lima puluh tahun
memerintah Selangor sebelum ini.
Saya ucapkan syabas kepada TS
Khalid Ibrahim kerana kesabaran beliau menghadapi cabaran-cabaran yang dilakukan terhadap kerajaan pimpinan beliau oleh UMNO dan BN yang sudah boleh dikategorikan sebagai makhluk perosak itu.
Ramai mempunyai keyakinan yang
beberapa baki kerusi yang masih dipegang oleh BN di Selangor itu akan jatuh ke
tangan PR dalam pilihanraya yang akan datang ini. Rakyat Selangor wajar
membantu usaha semua rakyat negara ini yang ingin mengubah dan menganjak
pimpinan di Putrajaya sekarang ini dengan pimpinan yang lebih bertanggungjawab.
Kerajaan Selangor wajar
menggunakan Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) dengan mengambil alih
Syabas dari cengkaman kroni BN yang telah digunakan untuk mengugut rakyat
Selangor untuk pilihanraya yang akan datang ini. Semua pihak wajar bersatu
untuk menolak cengkaman yang sedang dilakukan oleh Putrajaya terhadap negeri
Selangor kerana politik 'desperado' mereka (BN).
Saya berharap TS Khalid
bersama-sama barisan pimpinan PR Selangor hari ini menolak dan
mengenepikan niat jahat BN itu jauh-jauh semata-mata untuk kelestarian
kehidupan rakyat Selangor yang beliau pimpin. Saya yakin TS Khalid mampu untuk
mengendalikan isu ini dengan baik dan berjaya.
Jatuhnya BN di Putrajaya maka
akan hilanglah tekanan terhadap rakyat keseluruhannya, khususnya rakyat Selangor. Percayalah.
16 comments:
Salam,
Saya berharap penyokong UMNO Selangor, kalau tidak suka PR tak apa, tapi cubalah fikir isu ini secara teknikal dan ekonomi. Kita tahu ada penyokong UMNO yang berpendidikan tinggi, bijak berfikir secara rasional dan lihat MB Khalid sebagai Menteri Besar yang bertanggungjawab kepada RAKYAT Selangor bukan kerana Khalid orang PR.
Bagi kita apa yang BN buat baik kita sokong, tapi kalau yang perkara contoh RASUAH, sudah tentu orang yang hanya siuman dan berakal waras yang menolaknya. As simple as 1,2 and 3.
Don't mess with this company with powerful connections...they could make life ever harder for all.
There is no social responsibility whatsoever in taking care of this important matter essential to life.
Can you trust them in the future?
Teringat kisah-kisah dalam filem Melayu dulu-dulu, kisah kekejaman Tok Demang.
Tuan Aspan, This is what I read from the star;
Najib said the water problem in klang valley could be resolved by the Barisan Nasional government “but we have to wait until the time comes when the people of Selangor make their choice and choose a government that can do it”.
Rakyat Selangor fikir fikir la. Najib terang terang buat ugutan pada rakyat selangor.. loo toloong gua baru gua tolloong loo. hampeh punyo aristocrat.
Rakyat didahulukan oleh kerajaan pusat ?
Kenapa Syabas “ engineered” krisis air untuk kerajaan PK Selangor. Ianya adalah untuk menyulitkan lagi
pelbagai masalah yang menimpa rakyat bagaikan menitik cuka ke dalam luka untuk menderakan rakyat Selangor.
Krisis “ kekurangan” air diikuti pula dengan cadangan untuk membina empangan air yang baru di Langat , ditambah pula “ bidding for investors through open tender ” bulan depan mendedahkan kerajaan pusat ada rancangan terselindung – untuk mendapat “ quick hard cash ” menjelang pilihanraya ke 13.
Sebabnya yang lain mungkin untuk “ build up a force of investors ” untuk mengaut keuntungan dalam anggaran berbilion ringgit untuk investors di samping membantu BN diibaratkan duri dalam daging rakyat serta kerajaan PK Selangor. Bidding itu hanya untuk “ cosmetic show ”.
Air adalah keperluan asas setiap orang rakyat . Untuk Syabas bertindak kejam semestinya disokong oleh kerajaan pusat. Pembinaan empangan baru dalam masa yang singkat ini hanya lebih membebankan rakyat majority serta menggadaikan hak asasi anak- anak dan cucu- cicit untuk mendapat bekalan air dengan harga yang minima atau terkawal di masa depan.
Sebaliknya langkah menggunakan air dengan cermat serta menaikkan tarif air untuk kediaman persendirian yang ada kolam renang adalah lebih bijak.
Kemungkinan yang lain ialah treat air di Sg Kelang sambil itu membangunkannya sebagai “ pusat pelancongan air semulajadi ”, jambatan lama Kelang dicat semula untuk dijadikan “ hanging food paradise ” untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk – penduduk setempat.
Bring back the sampan and the oarmen, that will create meaningful jobs as well as reinventing the era of nostalgic past. ( cuba kita imbas kembali jasa kaum petani dekad lepas, kaum penjaja di Conventry diberi penghoramatan untuk " Ring the Bells " dirakamkan dlm London 2012 Olympics Opening Ceremony.
Sebaliknya kita di Malaysia nak semua yang moden dan esklusif elite. Seelok-eloknya yang contemporary perlu dikombinasikan dengan “ the best from the old after removing the dust, repainting, light restoration . ” Bukan pemimpin – pemimpin lama yang dimaksudkan. Innovate, make do, transform and maximize all that is there and conserve keindahan persekitaran semulajadi.
Saya rasa MP DAP Kelang Sdr Charles Santiago perlu meningkatkan collaboration dengan TS Khalid serta exco PK Selangor dan sebaliknya.
Kerajaan pusat mendahulukan rakyat tanpa diskrminasi political affliation ? A.B.U.
p/s mohon maaf, saya hanya cuba sedaya upaya untuk berkongsi ide dalam BM. Terima kasih.
As salam tuan,
Betulkah MAHATHIR ada kepentingan 20% dalam Sport Toto, Magnum?
Salam tuan,
Seperti biasa la tuan, bila pembesar kata laluan dah sesak dengan traffic maknanya nak bila lebuhaya le, nak kenakan rakyat dgn tol, kroni dapat prijek, umno dapat komisen. Bila umno kata air dah meruncing makanya nak bina loji baru la tu, billion rm sebelum kalahPRU13 ini.
Tuan Aspan,
Even the Water Gods are angry
Tuan Aspan,
How those in power can do to inflict pain and suffering
Do you know our Nur Suryani, a women Shooter in London Olympic and 8 months pregnant, is mentioned in overseas papers for her spirit of competition to represent our country...for her conditions, she did quite well.
This is the real role model.
Tuan Aspan,
Saya setuju dengan tuan agar kerajaan negeri Selangor menggunakan WSIA 2006 untuk ambil alih pengurusan air. Saya hairan kenapa perlu tunggu bertahun tahun untuk ambil alih urusan air ini sedangkan WSIA jelas memberi kuasa kepada kerajaan selangor untuk bertindak.
Kerajaan Pulau Pinang nyata lebih bijak dan pantas membuat keputusan yang tidak menyusahkan rakyat.
Sumber2 asas yang tak harus diswastakan adalah seperti berikut:-
1. Air - demi kehidupan;
2. Tenaga - demi pembangunan;
3. Telekomunikasi - demi pertahanan
& keselamatan negara.
Pengkhianatan jenis apa yang sudah jadi kat Malaysia ni (maha) DEY?!!!
'ISU DUTI EKSAIS KERETA: RAKYAT MALAYSIA HARUS BERSATU.'
salam tuan,
teringat saya masa zaman BERJAYA di mana Haris Salleh menghapuskan DAERAH TAMBUNAN kerana bencinya pada Datuk Pairin ketika itu.konon gunakan taktik menakutkan rakyat, akhirnya jatuh juga kerajaan BERJAYA yang kononnya kebal yang tidak boleh dikalahkan.Harap PRU13, pekara ini akan berlaku kembali.TIDAK ADA YANG MUSTAHIL DI DUNIA INI.
Tuan Aspan,
Electoral Fraud by Numbers in MALAYSIA
Anon 14:22,
Apa role model nya, sabenar mereka yang ada kepentingan dalam NSAM mengunakan penembak ini untuk mendapat tiket nak pergi ka London FOC termasuklah suami nya sekali, memang dah takda harapan,dengan keadaan penembak itu mana ada kekuatan dan ketenangan untuk memebidek target.....bila kalah macam2 alasan,ini memang perangai atlet2 Malay Sia dan pegawai2 nya sekali bila nak pergi macam2 justifikasi diberi maklumlah pergi FOC dapat elaun,makan dan macam2 lagi productivity ZERO.....
Jangan cakaplah pasal role model,hampeh je.
Nak bagi faham kes Syabas senangnya, Syabas diibaratkan penjual apam balik, tapi tepung, jagung, marjerin, dapur, gas, gerai, payung, kertas pembungkus, beg plastik dan semuanya guna duit abah ko, ko cuma jual dan makan hasilnya.. Macam Syabas juga, guna aset milik RAKYAT SELANGOR, tapi hasilnya ketedarah sorang. Korang fikir2kanlah kenapa Selangor wajib ambil alih Syabas.. Jangan gadaikan nasib rakyat selangor pada BN..
Post a Comment