Yang masih ada kepada Najib ialah
ego dan ketamakan sahaja. Beliau tahu yang BN akan kalah dalam pilihanraya kali
ini jika PRU itu diadakan sekarang atau sebulan dua selepas ini. Tidak tahulah
jika Najib ada sentuhan sakti awal tahun depan untuk mengekalkan kuasa dan
baki-baki mandat yang masih ada kepada BN sekarang. Sekarang Najib bukan lagi
hendak menyelamatkan UMNO, tetapi sebaliknya Najib berusaha untuk UMNO
menyelamatkan beliau.
BN kini sedang berpecah, ibarat
kejatuhan kepingan-kepingan bangunan yang sedang runtuh. UMNO khususnya memang
sudah sampai ke penghujung hayatnya. Semuanya ini adalah dalam pengetahuan
Najib. Jika benar Najib tidak tahu keadaan ini maka sah Najib tidak tahu menahu
apa yang berlaku di bawah dalam BN dan UMNO serta pandangan dan persepi sebenar
rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.
UMNO akan menjadi parti yang
‘orphanage’, iaitu parti yang seperti anak yatim yang ditinggalkan ibu bapanya.
UMNO akan keseorangan dan akan ditinggalkan oleh parti-parti komponen
di dalamnya. Parti-parti yang menjadi ahli
kepada BN sedang meneropong dan meneliti sejauh mana kekuatan UMNO di mata
rakyat kerana kekuatan dan pandangan tinggi rakyat terhadap parti itu amat
penting sebagai tunjang kepada BN. Jika tulang belakang sudah nampak lemah maka
tidak akan ada lagi kekuatan pada BN.
Jika seseorang itu sudah lemah
dan reput tulang belakangnya, banyak perkara tidak akan dapat dilakukan lagi
oleh seseorang itu: berjalan perlahan, duduk tidak selesa, hendak bongkok pun
tidak boleh dan jauh sekali untuk menjadi pentadbir keluarga yang ‘effective’.
Seseorang itu akan menumpukan masa untuk mengubati sakitnya dan tidak ada masa
untuk menguruskan perkara lain, jauh sekali untuk menguruskan rakyat.
Sesungguhnya UMNO sedang sakit
tenat. Berbagai-bagai cara sedang dilakukan oleh Najib untuk menahan kesakitan
yang sedang mereka (UMNO) alami sekarang. Sesungguhnya UMNO tidak dapat
membezakan sakit dengan penyakit dan seterusnya tidak dapat meleraikan masalah
kesakitan yang dihadapinya.
Apa yang dilakukan oleh UMNO
sekarang hanyalah untuk menghilangkan sakit, bukannya untuk memperbaiki diri
daripada penyakit. Najib ibarat seorang yang makan ‘panadol’ untuk menghilangkan sakit
kerana panadol itu adalah ubat penahan sakit. Panadol itu tidak akan mengubati
penyakit.
Elok kita kaji anologi yang ini:-
Jika Mamat rasa sakit kepala dia
akan makan panadol maka sakit itu hilang sekejap. Besoknya Mamat rasa sakit
telinga pula, maka Mamat makan dan telan dua biji panadol dan sakit telanga itu
hilang. Seminggu selepas itu Mamat terasa sakit tengkuk pula, dan seperti biasa
dia telan lagi dua biji panadol.
Maksud saya di sini, panadol itu
akan hanya menghilangkan sakit buat sementara, tetapi Mamat tidak mahu ambil
kisah tentang panyakit yang sebenarnya yang dihidapinya. Sebenarnya, Mamat
sedang menghadapi penyakit darah tinggi. Jika Mamat masuk ke hospital dan ubati
penyakit darah tinggi maka rasa sakit di telinga, mata, tengkuk dan kepala tadi
tidak akan datang lagi. Selama ini Mamat hanya menelan panadol untuk
menghilangkan sakit tetapi tidak menghilangkan penyakit.
Begitulah yang Najib lakukan
sekarang. Beliau ibarat memberi kelegaan kepada rasa sakit kepada UMNO itu
sahaja. Itulah sebabnya Najib memberikan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)
sebanyak RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Selepas itu beliau rasa ada
kesakitan di kalangan pemandu teksi, maka diberi pula tayar yang murah kepada
semua pemandu teksi dengan kupon sebanyak RM420 seorang. Lepas itu Najib umum
elaun khas (one-off) untuk jururawat sebanyak seratus dua ringgit.
Yang terakhir Najib umumkan bonus
raya dan berbagai-bagai lagi selepas ini. Semuanya ini hanya pertolongan untuk
menghilangkan sakit sementara. Najib sepatutnya cari apa penyakit sebenarnya
yang dihadapi oleh UMNO itu. Bantuan seperti memakan panadol ini tidak akan
menghilangkan penyakit kerana sakitnya akan datang semula tidak lama selepas
itu kerana sebenarnya UMNO mempunyai penyakit yang tidak diubati dan penyakit
ini sudah begitu lama dihidapinya.
Penyakit sebenarnya yang dihadapi
oleh UMNO ialah kehilangan keyakinan rakyat yang amat serius. Keyakinan rakyat
sudah terhakis begitu teruk sekali kerana kegiatan rasuah yang berluas-luasa
dalam UMNO dan kepimpinan kerajaan sekarang. Pimpinan UMNO sendiri sudah hilang
segala ‘plot’ untuk mentadbir negara dengan baik dan bermoral.
Pemimpin-pemimpin UMNO berbelanja wang rakyat seperti negara ini emak dan bapa
mereka yang punya.
Trillion ringgit sejak sepuluh
tahun dahulu telah lesap dan dibawa ke luar negara secara haram dan kesemua wang
itu adalah wang rakyat yang mereka tadbir. Pucuk pimpinan bukan sahaja menjadi
PM dan Menteri-Menteri tetapi mereka juga adalah kontraktor mengambil kesemua
peluang yang terdapat melalui projek-projek raksasa infrastruktur negara
untuk menjadi kaya-raya yang tidak terhingga.
Mereka menyamun dan merompak
tanpa rasa belas ehsan terhadap rakyat yang 60% masih melata dalam
kehidupan mereka. Rakyat marah kerana penyakit yang menafikan rakyat Kelantan
dengan menghalang Kelantan mendapatkan royalti minyak negeri mereka.
Banyak lagi senarai yang
panjang-panjang yang tidak termuat hendak disebut dalam posting ini. Inilah
penyakit sebenarnya dan jika untuk menghilangkan rasa sakit dengan membayar
BR1M dan sebagainya ia adalah seperti memakan ubat tahan sakit sementara
seperti panadol.
Oleh kerana terlalu banyak makan
panadol, ubat panadol ini pun tidak ‘effective’ lagi kerana sistem badan kita
sudah ‘immune’ dengan jumlah panadol yang kita makan itu. Di sinilah letaknya
penyakit UMNO yang tidak pernah terubat dan diambil perhatian.
Cara Najib menyelesaikan masalah
hanyalah dengan membayar sana
dan membayar sini dan SOP pimpinan Najib ini tidak lebih dan tidak kurang
seperti beliau mengendalikan UMNO bahagian Pekan sahaja. Najib percaya semua
masalah akan selesai jika dibayar dengan wang ringgit sahaja.
Oleh itu marilah kita membina
keyakinan yang rakyat akan berjaya kali ini untuk menhilangkan penyakit yang
kita semua sedang hidapi. Kita mesti berhenti memakan ubat tahan sakit seperti
panadol ini, kerana panadol tidak boleh menyembuhkan penyakit.
Panadol hanya setakat
menghilangkan sakit buat sementara sahaja. Kita mesti berusaha
bersungguh-sungguh untuk memnghilangkan penyakit. Apabila sembuh penyakit itu
maka kita tidak akan merasa sakit lagi dan tidah payah menelan panadol siang
dan malam.
UMNO perlukan rawatan rapi dan
wajar berehat sahaja setidak-tidaknya selama lima tahun selepas PRU nanti. Itu pun jika
penyakitnya boleh disembuhkan. Kalau tidak boleh juga sembuh berehatlah terus
menerus.
Rakyat mahukan parti yang cergas
dan sihat untuk memberikan keyakinan yang tinggi untuk memelihara kemerdekaan
yang telah kita capai lebih dari lima
dekad dahulu.
18 comments:
Life as a coward, or die as a hero. Demi masa depan malaysia pm patut berkorban dengan membuat pilihanraya secara telus setelusnya. Andainya pm dan partinya 'gugur' dalam pilihanraya kali ini, walaupun akan mendapat cemuhan kerana kalah namun dari satu sudut pm akan dikenang sbagai 'dead hero' kerana melakukan pilihanraya dengan adil dan hormat pd kehendak rakyat demi menyelamatkan malaysia yg makin hari makin terukdalam urus tadbir dan penyalahgunaan cukai rakyat. Demi malaysia, demi rakyat!
mengapa Najib anggap rakyat masih lagi bodoh dan mudah disogok?
They want another term in office, may be 2 terms or 3?...after than PR can do all the reforms and cleaning up!
Anon 10:47
Apa yang hendak dihairankan itulah saja tabiat orang UMNO yang dapat didikan Mamak Kutty yang datang sehelai sepinggang dari Karala mampu buat, dengan itu kita mesti buat perubahan hapuskan mereka ini sebelum mamak kutty dan UMNO bermaharajalele dengan rakus .ABU
Salam Pak Aspan & bloggers,
Mana perginya QD ? Agaknya kena berhenti download script UMNO untuk seketika…
Atau mungkin bergayut pada pintu peti sejuk kot ? HAHA ! Sesiapa jumpa QD mana- mana di putar jaya ?
Cuma seorang yang berani tulis di blog Pak Aspan atau Dato Sak’s sebab orangnya yang berbudi baik secara konsisten.
Betul2... mamak penyangak ne...munafik!!
Memang benar ada masanya kita sakit tetapi tidak menyedari kerana kita tidak terasa sakitnya atau masih belum terasa sakitnya.
Tetapi diberitahu sakit,'biar betul' sakit apa ?.
QD is following Anwar to Sabah la...kan dia Anwar punya secret lover..oops..secret admirer...hehe
Cadangan PR utk kebaikan rakyat :
Turun Harga Petrol - *RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
Mansuh Duti Eksais KERETA -*RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
Hapuskan TOL- *RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
Pelajaran Percuma - *RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
Royalti 20% Utk Negeri2 yg Ada Minyak- *RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
Air Percuma Negeri Sel. - *RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
PRU Adil - *RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
Pendidkan Percuma - *RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
Ambil Alih IPP - *RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
Gaji Minimum - *RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
Ambil Alih SYABAS - *RAKYAT UNTUNG - UMNO BANGKANG
Petronas Bawah Parlimen – *RAKYAT
UNTUNG – UMNO BANGKANG
Nampaknya UMNO sudah bersedia utk menjadi parti pembangkang Msia. Syukur Alhamdullilah.
There will be good life without UMNO. But we must not deny that there is also life with UMNO.....miserable and fuck!ng life!!
Kesusahan yg akan dialami generasi akan dtg adalah kesilapan kita di masakini.Dan perlu diingati selalu,tak kira BN atau PR yg menerajui Msia,kita sebagai rakyat adalah majikan/pembayar gaji mereka.Jika bagus bekerja kita kekalkan,jika tidak kita singkirkan.
Teringat semasa kecik2 dulu, macik
saya kalau pening kepala cari ubat
serbuk cap kaki tiga...namun nak
pergi hospital, sori. Bila anak2
sudah dewasa pujuk emak mereka pergi
hospital. Alhamdulillah tak perlu ubat cap kaki tiga lagi.
Moral kisah sama macam tuan paparkan.
QD tagging along.No wonder he is slack in his job here - entertaining us with his stories but nanti batal puasa. The rest of us are still sharing hard facts.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
"Posting" dan ulasan tepat lagi berfakta; justeru, bolehlah saya rumuskan bahawa majoriti kita, antara 90-99 % yakin regim pemerintah hari ini serba tak boleh pakai. Oleh itu, elok sangatlah kita sekalian bersatu menghalau mereka berambus sahaja sebelum mereka direntap keluar oleh Izrail, seterusnya diseret lagi dihumban ke dalam neraka, kan?
Sekadar berkongsi cerita: Selepas solat Jumaat tengah hari semalam (27/07/2012), saya dan beberapa rakan singgah ke BSN untuk mengeluarkan elaun-elaun yang diperuntukkan agensi dan kementerian terbabit. Alhamdulillah, terima kasih kepada Baitulmal yang siap bagi extra lagi; sementara tu, ke mana pula perginya EPC (Elaun Pekerja Cacat)? Nak tau tak, EPC ni selalu bertangguh-tangguh, terkadang setelah beberapa hari di awal bulan, baru dapat. Ha, inikah yang Najib bukan main beriya-iya nak pegang portfolio itu dan ini? Sudahlah Kewangan pun dia pegang, kemudian nak cuba jadi kontraktor pulak di samping PM? Selemah-lemah Pak Lah yang akhirnya tersingkir dik rampasan kuasa Najib and the gang, pun, tak sampai macam ni, tau? Saya memang sengaja mendedahkan cerita ini agar andainya kedapatan penyokong tegar regim nazak ini yang membacanya, harap mereka boleh fikir sampai akhir hayat; mau sokong lagi atau tak, K?
Terima kasih dan salam jihad.
Salam tuan,
Selagi pengundi di kampung dan felda seronok dengan alibaba dgn 40 penyamun merompak didepan mereka maka selagi itulah umnobn akan memerintah di putrajaya.
Najib terlalu mementingkan PR sehingga mengabaikan tugas2nya sebagai PM, 20%
PR ok, tapi ini dah melebihi 100 %.
Sdr AA,
Saya jugak terpanggil mahu bertanya Datok menteri yang jaga bank negara. Bagaimnana wang boleh begitu saja dibawa keluar? Imigresen kita bagaimana? Bawa duit pakai guni kah? Satu perkara yang bisa diloloskan mata dari JB ke Bt kayu Hitam, dari JB ke KB kenapa pengurup wang 98% adalah India Muslim atau Bukan Muslim (aka Mamak).Tiadakah Melayu atau lainnya? Bagaiman kebocoran ini berlaku, cuba buat friendly dengan pengurup wang yang berada di BB, Masjid India sekitarnya, kita akan dapat dengar bagaiman wang jutaan ringgit seminggu di transfer ke India, ke Australia, Ke Afrika Selatan dll oleh orang2 tertentu. Saya juga tertanya bagaimana ini bisa berlaku? Benar atau Tidak Wallahuaklam. Tetapi kita akan dapat CLUE bagaiman ia akan/boleh berlaku. kalu kita gagahi mereka akan bagi tau modus operandinya. Duit dan anda akan selamat saya sudah buat sepuluh tahun - ujarnya!
Salam dari MMM
Tuan, Penyelidikan KITA menunjukan BN menang PRU 13 .Any comment ?
Post a Comment