Pada hakikatnya yang menyebabkan
kita melakukan kerja baik atau buruk itu digerakkan oleh diri kita yang
sebenar-benarnya, iaitu oleh elemen dalaman kita itu. Jika dalaman kita
menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu itu maka kita akan lakukannya. Hanya perbezaannya
ialah samada arahan dari dalaman itu untuk melakukan kerja baik atau mungkar.
Sesungguhnya yang boleh melakukan
niat baik itu ialah samada kita berkemampuan untuk memujuk dalaman kita sendiri
untuk mengelak dari melakukan kemungkaran dan memilih untuk melakukan kebaikan
seperti tuntutan agama dan Tuhan kita seperti yang di makallahkan oleh Nabi Besar
kita.
Itulah sebabnya kita diminta
untuk bertawajjuh terhadap Rasul dan bertawassul terhadap Allah SWT kerana
untuk membina dalaman yang bersih itu mesti kita lalui dengan amal yang
‘intensive’ dan istiqomah (consistency). Hanya apabila dalaman (bathin) kita yang sudah
dibersihkan barulah seseorang insan itu boleh melakukan kerja-kerja yang baik: ‘amal
makruf nahi mungkar’.
Punca kepada segala-galanya
tingkah laku serta niat seseorang insan itu bergantung kepada apa dan setaraf
mana kebersihan dalaman mereka. Hanya
salah satu dari dua elemen yang menguasai diri kita dari dalam itu; iaitu yang
haq dan yang bathil. Jika kita dikuasai oleh yang bathil maka seseorang insan
dan pemimpin itu akan terus menerus melakukan kerja-kerja mungkar dan yang ditegah
oleh Tuhan dan Rasulnya (Al-Qur’an).
Jika dalaman seseorang itu
dikuasai oleh yang haq maka segala pergerakannya akan berlandaskan kepada yang
baik-baik tanpa bersusah-payah melaksanakannya. Segala kerja mereka akan
terjurus kepada melaksanakan perkara-perkara yang dituntut oleh agama dan
Tuhannya. Penyucian diri dalaman kita hanya boleh dilakukan dengan amal yang
intensif (zikrullah) dan ditambah pula usaha itu dengan segala perkara yang
telah disyariatkan (ibadah) oleh agama kita.
Tentunya berpuasa di bulan
ramadhan ini merupakan salah satu yang telah disyariatkan untuk menambah dan
sokongan kepada amalan (zikrullah) kita untuk menjadi insan yang baik dan
berada di dalam sepenuh keredhoan Tuhan semesta alam ini. Berpuasa di bulan
yang kesembilan dalam kalendar islam itu, Ramadhan adalah salah satu yang
diwajibkan oleh syariat untuk menambah kekuatan kita untuk melawan musuh yang nyata
iaitu iblis dan syaitan.
Apabila kita telah beramal
(zikrullah) dan ditambah pula
kekuatannya dengan melakukan ibadah puasa yang disyariatkan itu maka diharap
kita semua akan menjadi insan yang baik dalam kesemua bidang.
Jika seseorang itu menjadi
pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbir negara misalnya ia tidak akan
melakukan kerja-kerja yang tidak amanah seperti rasuah dan salahguna kuasa
misalnya. Tetapi jika masih lagi melakukan kerja yang tidak baik itu, maka kita
tahu dan Allah lebih mengetahui yang seseorang itu tidak dapat apa-apa dari
ibadah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan itu.
Itulah sebabnya kita diberitahu
oleh agama kita yang syariat itu adalah mercu kepada hakikat. Jika kita masih
longgar dengan syariat itu maka kita wajar membuat introspeksi yang intensif
untuk menilai tahap hakikat yang ada pada diri setiap insan itu. Akhirnya kita
semua tidak akan dapat melindungi perbuatan keji kita, kerana jika kita cuba untuk
menutupi kesalahan dan noda kita ia hanyalah ibarat berselindung di tempat yang
terang, atau menyorok di sebalik telunjuk sahaja.
Pengakhir kata saya sekeluarga
mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan yang Mubarak ini kepada semua yang
mengikuti blog saya selama ini. Maaf jika ada kekhilafan dari pihak saya selama
ini.
Wassaalam.
Dalam bulan Ramadhan di turunkan Al-Quran sebagai Petunjuk kepada manusia Dan Bukti-bukti kepada petunjuk itu Dan Pembeda di antara yang Haq dan yang Batil. Al-Baqarah 185. Selamat Berpuasa.
ReplyDeleteMolek sunggoh kalau ramai dari kita mempunyi kesedaran yang begitu.
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadat dibulan Ramadhan.
Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteMudah-mudahan Ramadan kali ini akan menambahkan lagi ketaqwaaan kita ke hadrat Allah SWT.
Selamat Berpuasa Tuan AA ,semoga puasa kita akan diberkati oleh Allah S.W.T.
ReplyDeleteNazri