Semalam genap 94 tahun usia Nelson Mandela, pemimpin ANC Afrika Selatan yang telah meruntuhkan Regim Apartheid Afrika Selatan. Perjuangan beliau merupakan satu contoh perjuangan yang amat berliku sehinggakan beliau merupakan satu-satunya pemimpin politik yang telah dipenjara selama 27 tahun sebelum dibebaskan dan menamatkan sistem apartheid Afrika Selatan.
Beliau dibebaskan pada tahun 1990
dan sebaik sahaja pembebasan beliau Afrika Selatan telah berjaya untuk mengelakkan
perang saudara dan berjaya mewujudkan sistem demokrasi di negara itu. Mandela
telah menyatukan rakyat yang berbeza-beza dan beliau tidak mengambil tindakan
membalas dendam terhadap masyarakat kulit putih yang telah menekan masyarakat
kulit hitam semasa pemerintahan apartheid sebelumnya.
Mandela merupakan seorang yang
penuh dengan ‘magnanimity’ dan telah berjaya membebaskan bangsanya dari hidup
sebagai rakyat kelas kedua semasa pemerintahan Apartheid itu. Beliau telah
menjadi Presiden hanya seketika sehingga masyarakat Afrika Selatan berjaya
disatukan dan membina sistem demokrasi yang menjadi idaman rakyat semasa
pemerintahan apartheid dahulu.
Beliau merayakan hari jadi beliau
di Qunu, tempat persaraan beliau dan beliau jarang-jarang dilihat di khalayak
ramai sejak dari itu. Beliau merayakan hari jadi beliau secara sederhana
bersama anak-anak dan cucu-cucu beliau di Qunu dan turut serta ialah isteri
beliau Grace dan bekas isterinya Winnie. Seluruh dua belas juta pelajar dan
kanak-kanak sekolah diseluruh Afrika Selatan telah memulakan hari jadi Mandela
dengan menyanyikan lagu anti-apartheid bagi mengingati dan menghormati
perjuangan serta pengorbanan Nelson Mandela terhadap rakyat dan demokrasi
negara itu.
Beliau masih kelihatan sihat dan
bermaya dan beliau tentulah menjadi idola kepada ramai pemimpin dunia dan
rakyat biasa dunia termasuk lah diri saya. Apa yang saya impikan ialah kita
juga akan mendapat seorang pemimpin yang ‘magnanimous’ seperti beliau di negara
ini untuk tampil membetulkan keadaan negara yang sedang menghadapi kepimpinan
yang serius sekarang ini.
Kita masih lagi diselubungi oleh
elemen-elemen apartheid dalam bidang ekonomi dalam mana segala peluang yang
besar-besar hanya untuk segelintiran keluarga yang berpengaruh dan berkuasa.
Semasa apartheid di Afrika Selatan dahulu segala peluang besar-besar dan
lumayan hanya diperolehi oleh segelintiran masyarakat yang berkulit putih dan
yang berkuasa semasa itu.
Kita masih lagi terbelenggu
dengan semangat apartheid dalam bidang ekonomi terutamanya dan juga dalam
bidang politik dengan tekanan yang begitu kuat terhadap rakyat yang tertekan di
negara ini.
Pengakhirnya kita berharap kita
juga akan timbul dan di datangi seorang pemimpin yang mahu dan bercita-cita
untuk menjadi seorang Mandela untuk membetulkan kembali sistem kerajaan kita
yang telah rebah rempah sejak tiga dekad yang lalu.
Siapakah yang mampu untuk menjadi
Mandela di kalangan kita, tidak dapat kita ketahui tetapi yang pasti tidak
mungkin ada Mandela itu di kalangan yang sedang berkuasa dan dalam persaraan.
Walaubagaimana pun saya yakin
Mandela itu masih ada dan di harap rakyat akan dapat mencari dan menunggu
kedatangan Mandela yang kita tunggu-tunggu itu.
Kepada Nelson Mandela, kita
ucapkan selamat hari jadi, semoga dipanjangkan usia beliau dalam keadaan sihat
walafiat sentiasa. Hanya kita sedang tertunggu-tunggu bilakah seorang Mandela
muncul di kalangan rakyat Malaysia kita ini.
Happy Birthday Mandela - A Giant of a man. Malaysian Mandela - Ambiga?
ReplyDeletesalam bang,
ReplyDeletepemimpin sejati biaso eh hidup lamo sobab gamai rakyat yang mendoakan dio.
di negaro kito ni, pemimpin yang baik pun didoakan mati copek.
apo nak buek...
hehehehe...
Tetapi Mandela sendiri tidak begitu berjaya dalam menanggani banyak masaalah. Walaubagamanapun, tidak dapat dinafikan pencapaian beliau dalam "dismantaling" polisi apartheid yang juga berwujud disini.
ReplyDeleteKejayaan Mandela ni hanya menentang apartheid sahaja ,Africa Selatan telah sedia maju sebelum apartheid dihapuskan,tampa sokongan dunia ketiga Mandela ,terutama Malaysia, Mandela tidak akan berjaya.
ReplyDeleteTuan AA,
ReplyDeleteMandela tiada tapi Marcos ada berlambak..
Salam perubahan A.B.U
-scorpeneterbang-