09 August 2012

Bayar royalti minyak sekarang, buktikan 'janji ditepati'

Isu pembayaran royalti minyak negeri Kelantan menjadikan banyak pihak merasakan bahawa UMNO sedang bermain silap mata lagi. Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada bulan Mei 1975 yang lalu amat jelas. Tindakan Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk meneliti pembayaran royalti itu adalah satu tektik yang boleh dibaca oleh banyak pihak dengan mudah.

Tengku Razaleigh telah mempersoalkan penubuhan jawatankuasa itu dan menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai tindakan dolak-dalik kerajaan Persekutuan terhadap rakyat negeri Kelantan. Jawatankuasa itu ditubuhkan seolah-olah masih belum ada tata-cara untuk membayarnya sedangkan semuanya itu telah pun disempurnakan dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada bulan Mei 1975 yang lalu.

Hanya yang perlu dilakukan ialah pihak Petronas menghormati perjanjian itu sebagaimana yang telah dipersetujui dan ditandatangani itu. Pembayaran yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah secara tunai sebanyak dua kali setahun sebanyak 5% daripada harga FOB minyak yang dikeluarkan dari perairan Kelantan. Pembayaran itu wajib dibayar pada setiap 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun dan setakat ini Petronas belum lagi menghormati perjanjian itu. Anggaran jumlah tunggakan yang perlu dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan sekarang ialah sebanyak RM7 billion.

Apa yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah membayar sahaja jumlah itu kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Tidak perlu lagi menubuhkan jawatankuasa khas untuk pembayaran ini kerana segala tata-cara dalam perjanjian itu sudah lengkap dan dengan penubuhan jawatankuasa itu tidak akan dapat mengelakkan sesiapa untuk beranggapan bahawa itu hanyalah sebagai satu ‘political ploy’ pihak BN untuk mendapatkan sokongan dari rakyat Kelantan dalam PRU yang akan datang ini.

Penubuhan jawatankuasa itu belum pasti lagi dapat menentukan bahawa perjanjian yang telah ditandatangani itu akan dilaksanakan. Helah yang dibuat oleh Perdana Menteri ini ibarat menyorok di belakang pelita yang terang atau menyuluh di sebalik telunjuk. Inilah masalahnya jika pemimpin kita masih berfikir yang rakyat khususnya rakyat Kelantan masih boleh diperbodoh-bodohkan.

Pada pandangan saya, rakyat Kelantan tidak boleh berganjak walau seinci daripada perjuangan untuk mendapatkan hak mereka dalam isu royalti minyak ini. Selagi pembayaran tidak sampai ke perbendaharaan negeri Kelantan, mereka (rakyat Kelantan) wajib untuk menolak keengganan kerajaan Persekutuan untuk membayar apa yang sepatutnya dilakukan terhadap Kelantan.

Tubuhlah apa-apa jawatankuasa sekali pun, jika pembayaran tidak sampai sebelum pilihanraya, jawatankuasa itu hanyalah merupakan satu helah politik yang sangat dangkal dan mudah dibaca dengan jelas oleh kita, lebih-lebih lagi oleh rakyat Kelantan yang telah dinafikan hak mereka selama ini. Najib nampaknya menubuhkan jawatankuasa untuk menepati janji-janji yang telah pun tertulis dalam perjanjian yang sudah lama dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.

Najib dan BN tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana perasaan curiga mereka terhadap kepimpinan beliau (Najib), kerana rakyat bersandarkan penilaian mereka daripada apa yang telah mereka alami dikelirukan oleh UMNO sejak pimpinan Dr Mahathir lagi.

Oleh itu, janji Najib dan kerajaan Persekutuan akan hanya diakui jujur apabila sejumlah yang tertunggak untuk dibayar kepada kerajaan Kelantan itu sungguh-sungguh sampai kepada perbendaharaan rakyat dan kerajaan pilihan mereka di Kelantan….titik!

Najib mesti laksanakan slogan yang sedang dimainkan, ‘janji ditepati’ semasa merayau-rayau di seluruh negara berkempen dengan menggunakan slogan itu. Inilah masanya yang paling sesuai untuk menepati janji yang tidak pernah ditepati itu.

Jika pembayaran yang telah dipersetujui itu tidak dibayar sekarang maka tindakan merayau-rayau ke seluruh negara berkempen slogan ‘janji ditepati’ itu akan hanya berakhir dengan menghabiskan karipap sahaja. Sekali pergi puluhan ribu karipap dibuat untuk memberi ‘refreshments’ kepada yang telah dipunggah dengan bas untuk menunggu kedatangan PM yang sedang dalam kekeliruan itu.

27 comments:

  1. Salam pembaca yang di hormati,

    Mohon sumbangan dari saya dalam tajok isu royalti minyak ini.Saya berkeyakinan dan mendoakan berkat ramadhan ini Kelantan perolehinya juga royalti ini akhirnya.Saya juga yakin royalti ini akan dibayar satelah jawatankuasa dibentuk membuat reccomendation selepas enam bulan, insyaallah.Harus diingat ini adalah dari hasil pengeluaran di kawasan bertindih offshore Kelantan dan Thailand , MTJDA( Malaysian Thailand Joint Develipment Area ) di PM3.

    Walaubagaimana pun kerajaan pusat telah menyumbang 5Billion pada Kelantan setahunbagi pembangunan walaupun hasil chukai contribution hanya 300 million setahun.( ref : WZWH.blogspot dalam tajuk royalti yang minyak)

    Saya tidak fikir Najib akan berubah fikiran membayar wang ini dengan segera atas desakan dari pembangkang atau siapa siapa takut pula dilabel flip flop dan beliau tidak dilihat menghormati keputusan yang akan dibuat selepas enam bulan nanti pulak.Isu royalti minyak bukanlah satu isu perundangan ' cowboy' dan pengundi Kelantan saya rasa tetap dibelakang Tok Guru kita.Jadi bukanlah disebabkan untuk pancing undi.Ini adalah satu isu yang serious yang perlu diselesaikan.Satu lagi transformasi dalam pemerintahan UMNO/BN.Terserah pada rakyat majoriti membuat pilihan mereka nanti dan we move on satelah mana juga kerajaan yang akan memerintah nanti.

    I am now ready for the firing squad.Silakan.
    Selamat berpuasa.Terima kaseh.

    ReplyDelete
  2. Kampongman,

    What's wrong with you that you are suffering from serious mental block?

    Do not talk about what assistance that federal government gives to Kelantan.

    We are talking about the agreement, the 2 agreements that were inked between Petronas and all the states including Kelantan.

    If you try to sway our attention from the real issue that simply mean that yo don't even know what Federalism is all about.

    I do not care what ever you say, but you gave been disposing yourself as a well educated and well bred and taught, by giving this kind of Umno mentality like comments is disgusting.

    Do you understand what federalism is all about. I think Aspan has been writing a few times on the issue in a simple Malay language.

    You are talking like the level of penyelia kemas, that's it.

    Abu bakar ahamad, Melaka

    ReplyDelete
  3. Kampung Man,
    Anda tak dapat membezakan antara royalti minyak dan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.Kerajaan pusat selaku bapak perlu bayar nafkah pada anak2 betul tak?Apalah guna berjanji tapi tak ditepati,inilah sifat munafik,bukan saya cakap tapi menurut hadis nabi.Yang bersifat demikian bukan calang2 orang pulak tu,kerajaan persekutuan!

    ReplyDelete
  4. Sdr AA,
    Saya amat tak tepat jika di katakan Petronas tak tepati janji. saya ingat masa kes Terengganu di bawah Pas dulu Presiden Petronas TS Hassan pernah berkata bagi Petronas jelas bayaran seperti kerajaan terdahulu, tetapi sekarang MOF yang terlibat. Bermakna Petronas tidak terlibat suka2 tak mahu bayar tetapi jika pembayaran di arahkan STOP maka Petronas nak buat macamana!. Saya yakin jika PM cakap up to petronas saya yakin petronas akan bayar walaupun siapa kerajaannya.

    MAM

    ReplyDelete
  5. Tuan Aspan,

    Dalam isu royalti ini saya sefahaman dengan kampung man. Baca perjanjian yang tuan maksudkan itu bersekali dengan takrifan perairan. 3 nautika dari pantai semasa air surut adalah kawasan yang dinamakan perairan kerajaan negeri. Lebih dari itu adalah hak federal ataupun perairan antarabangsa.

    Saudara saudara yang enggan setuju, mohon nyatakan fakta terutama berkaitan takrifan perairan kerajaan negeri. Betulkan jika saya silap membaca had sempadan perairan tersebut.

    Dalam tidak bersetuju tidaklah hingga perlu kita kehilangan budi bahasa yang di ajar oleh ibubapa kita. Hilang royalti ini tidaklah seberapa dibandingkan dengan hilangnya budibahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, yang lain tu sama ada tak baca langsung Akta Petroleum atau tak faham bahasa undang-undang Akta tersebut. Tulis pakai bantai sahaja...

      Delete
  6. Saudara AA dal bloggers

    Saya berdoa agar rakyat Kelate diberi dengan serta-merta hak royalti minyak mereka tanpa campurtangan dari sebarang jawatankuasa sebagai duit Raya. Nak bagi, bagi sajalah, janganlah nak main silap mata lagi.

    Salam.
    Observer

    ReplyDelete
  7. En Bakar boleh kritik pendapat Kampung Man, kiri dan kanan, tapi jangan lah memandang rendah mentaliti 'penyelia KEMAS' pula ...elakkan memandang rendah minda org lain walaupun Tuan di beri anugerah Allah pemikiran yg lebih arif , jgn angkuh atau sombong, lebih2 lg bulan Ramadan ni. Fokus kpd isu royalty, wang ehsan, whatever they termed it. Wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Anon 11:52

    Kampongman ini tak salah saya ialah pencacai Isa Kinzir dari PD is talking about JDA pernah dia masuk meeting tentang JDA,pernahkah dia baca PDA yang di tanda tangan olih TRH dengan Petronas dahulu...Orang yang bertanggungjawab dengan perjanjian ialah TRH dan Petronas dia yang tahu,Kampongman apa yang dia tahu Fcuk off kampongman....orang munafik....cakap macam guru kemas aje sah pencacai Isa kinzir..awakni tak ubah lah macam haramjadah yang dicakap olih Najis kapada orang FELDA dahulu....piss off you cunt kampongman.ABU

    ReplyDelete
  9. Bro kampongman

    salam ramadhan buat sdra dan pembahas. Aisey bro...tak aci le bangkit pasal agihan wang untuk pembanginan RM 5 billion kepada Kelantan walaupun sumbangan cukai tak seberapa. Betul le kata bro Abu Bakar kat atas tu.

    Memgguna logik yang sama, lagi le tak adil fed gomen buat kat selangor. Selangor sumbang puluhan billion hasil cukai kat perbendaharaan tetapi dapat agihan pembangun yg ciput.

    Agak-agak le bro...huhuhu. Selamat berbuka

    ReplyDelete
  10. Dalam isu royalti ni, ada dua ajer isu.

    a) Mahadeyyy udah buat kesilapan mendera umat melayu bila Terengganu jatuh kepada kerajaan Pas pada tahun 2004. Memang kerja umno (BARU) menindas, mencekik, mendera umat melayu.

    b) Ku Li sudah nampak jalan paling bagus nak melawan semula dengan mahadeyyy...dengan mengorek isu duit petronas yang sudah lama disalahgunakan oleh mahadeyyy.....Petronas sudah bayar pada kerajaan persekutuan....tapi umno (BARU) enggan bayar kepada negeri Terengganu di bawah Pas dan jugak kepada Kelantan. Itu ajer.

    Maka lepas ini, tentu petronas bagitau mereka sudah bayar kerajaan persekutuan....tetapi apa mereka sudah buat dengan wang itu???...Ehsan sapa?...ehsan apa?

    Najib sebenarnya sudah mula nak melawan mahadeyyyy saya nampak.....dengan dia mula bekerjasama dengan 'game' Ku Li.....

    hehehheheeh....siaplah umno (BARU) akan berkecai lepas ini......Umno (BARU) sedang terdesak, cepat2 mereka ikut cadangan Ku Li.....
    umno (BARU) UDAH MASUK PERANGKAP Ku Li!!!

    hahahhahahahhahah.....

    bab kampong man, simpan ajer ilmu minyak ko tu......ekekekekkekekek

    gheng lama

    ReplyDelete
  11. Tahun 2004 sebelom PRU 11, saya bercuti ke Kelantan. Kat pantai Bachok....saya saksikan PESTA KUB....mereka war2kan bahawa Bachok akan berubah wajah....Bachok akan jadi seperti Kerteh di Terengganu!...hebat persta itu....ramai umat melayu datang....

    kawan saya polis di IPD bachok....dia kata orang Bachok sudah mula kira duit nak beri tanah kepada KUB yang akan jadi main con untuk majukan Bachok!

    SYARATNYA....KELANTAN MESTI BERTUKAR KERAJAAN KEPADA UMNO (BARU)/BN!!!

    tetapi PRU 2004, Terengganu jatuh!...Kelantan KEKAL di bawah Pas!...

    apa Rafidah kata????....Pelabur ENGGAN melabur di Kelantan!....maka bergegas dan bersegera dia dan mahadeyyy bersetuju PINDAHKAN tempat pendaratan minyak/gas itu ke Negara SIAM!....

    Bayangkan jika Bachok dimajukan dan bagaimana umat melayu boleh maju dan mendapat menafaat.....tapi hati umno (BARU) ie mahadeyyyy memang sah busuk!...begitu jugak rafidah!....

    kampong man....ko kata na bayar royalti ikut satu JK pengkaji ini transformasi pentadbiran Najib????
    Ko simpan ajer bodoh kau boleh?

    hahahahhahahah

    gheng lama

    ReplyDelete
  12. Sesiapa yang rajin dan bersungguh nak tahu isi kandungan 2 perjanjian itu, iaitu perjanjian tata cara dan perjanjian 'vestine deeds' yang ditandatangani oleh YBM Tengku dengan semua kerajaan negeri boleh singkap dalam archive blog saya ini.

    Saya tidak kuasa hendak mengulangi nya selalu. Apabila terjumpa baca betul-betul. Jangan hyanya masing-masing claim sudah baca dan mengelirukan orang ramai.

    Sekian. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Salam AA dan bloggers,

    Perjalanan dan polisi Petronas banyak diselubungi misteri kerana ia tidak perlu menjawab dengan Parlimen, hatta dengan YDP Agong sekali pun.

    Masalah yang paling pokok ialah Petronas di letak secara terus di bawah kuasa Perdana Menteri.

    PM terlalu berkuasa, termasuk menyalahgunakan hasil petroleum untuk 'bailout' sykt2 kroni yg nak lingkup, seperti berlaku di zaman Mahathir.

    Satu mekanisme perlu dicari supaya PM tidak mendapat 'blank cheque'.

    Mungkin satu jawatan kuasa/suruhanjaya untuk mengawal Petronas dengan syarat tidak dikuasai oleh org2 UMNO/BN.

    Saya tidak akan menyentuh soal perjajnjian Petronas dengan negeri2 kerana, sebagaimana kata AA sudah jelas sebagaimana terkandung salinannya di dlm archive blog beliau.

    Tidak ku sangka org sebijak kampongman terpedaya dengan dakyah Utusan/TV3 dalam penipuan royalti Kelantan.

    Sekian.

    Surrogate

    ReplyDelete
  14. Salam hormat Tuan AA.
    Kebanyakan dari pencacai-pencacai UMNO/BN yang menulis di blog Tuan AA ini amat sukar untuk menerima hakikat kebenaran kerana otak dan hati mereka telah penuh dengan karat penipuan, rasuah dan kejahatan yang disogok oleh UMNO dari usia muda mereka hingga ke usia nak mampus kini. Mereka ini malas membaca dan lebih suka menyuarakan pendapat dengan "copy and paste" dari blog "pencacai UMNO" yang bersepah-sepah di alam siber ini. Ada di antara mereka yang tak habis-habis dengan "budi bahasa". Hoi banggang..! Kamu hiduplah dengan budi bahasa kamu tu, kerana dengan budi bahasalah bangsa kamu kena tipu dah hampir 55 tahun oleh pemimpin bangsat UMNO/BN dan Mamak Organisation yang mengaku Melayu. Orang macam kamu ni rasanya, sanggup serah bini dan anak perempuan kepada perogol asalkan perogol itu "berbudi bahasa" - minta dengan bahasa yang baik untuk merogol bini dan anak perempuan kamu di hadapan mata kamu. Akhir kata, kalau dah tahi sembelit UMNO tu, memang susah nak menjadi tahi cirit kecuali kamu minum clorox aje untuk melawaskannya. Selamat menyambut hari merdeka dengan tema "janji ditepati" oleh Menteri paling berbudi bahasa yang rogol amah dan selamat beraya dengan janji royalti oleh PM tahi sembelit yang penuh dengan scandal dan ribuan korupsi itu. Biar mati muda, jangan dibodohkan sampai ke tua....

    ReplyDelete
  15. Pak Aspan.

    Sorry saya tertulis 2004 tahun Pas tawan negeri Trengganu. Tahun sebenar ialah 1999.

    Gheng lama

    ReplyDelete
  16. Saudara Aspan !,
    Tak sangka saudara juga meminati karipap. tapi karipap biasanya mamak ,kalay melayu Johor dipangil 'epok-epok ',kalau yang inti daging dipangil 'tembosa' tapi ditempat lain karipap sahajalah gamaknya.

    ReplyDelete
  17. 9 August 2012 12:47 rasanya kamu ini puasa pun masih begitu abusive. Memang kamu berhak marah buat pihak rakyat, tapi using that kind of degree profanity, swearing do not gain respect to your comment. Nampaknya kamu prihatin terhadap rakyat Kelantan, jadi timbul emosi negatif semacam loose cannon. Kamu tidak tahu susah payah individu yang terpendam.

    Cubalah belajar dari komen - komen:
    - Abu Bakar 9 August 11:52
    - Org Seremban 9 August 05:00
    - Bat 8 9 August 12:58

    Effective, unsur kemarahan yang terkawal.

    Selamat Berbuka Puasa semua.

    ReplyDelete
  18. Orang yang waras dan rasional dan berfikir tidak akan tertipu dengan kata-kata manis BN dan PM Najib yand 'desperate' tapi 'worthless' ini

    Tengoklah begitu cepat sekali Kerajaan meluluskan Langat II yang berharga 8.6 billion, meskipun tahu Selangor tidak memerlukannya, tapi kroni Cina bukan Islam (George Kent) punya pasal, boleh dengan serta merta

    Bayaran tertunggak berdekad-dekad 7.4 billion kepada negeri kelantant yang majoritinya Melayu Islam --- tubuh panel dulu nak kaji, ambil masa setengah tahun dari tarikh panel ditubuh nak buat keputusan. Buat tak tahu perjanjian yang ditanda tangani pada 1975, padahal Islam mengutamakan berpegang pada janji.

    UMNO - United Malaun National Organisation

    ReplyDelete
  19. Kampongman ini kalau nak marah terus jadi kampunglady atau anonymous. Tiada kejantanan langsung walaupun dah tua nak mampus. Seorang lagi yang namanya Ibni UMNO tu....Biarlah mereka nak guna bahasa apa pun itu hak mereka, hatta mereka yang bayar apabila melayari blog-blog ini kerana meminati idola mereka (Tuan Aspan Alias) bukannya ganggu harta mak bapak kamu. Kamu buatlah blog sendiri yang tak laku tu kerana pandangan yang tidak realiti dan bodoh tu. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut kena hentam sila jangan tunjukkan kebodohan kamu di blog orang lain aduhai si tua nak mampos... Contoh terbaik untuk Tua yang bodoh seperti menteri tua pembodek berbahasa lunak tetapi hobi nya merogol amah dari seberang.

    ReplyDelete
  20. Salam pembaca yang dihormati,

    Saya telah membaca komen komen anda dan saya berterima kasih pada sebahagian buah pemikiran yang benar dan boleh di buat teladan dan ada juga hanya tin kosong hanya elok dibuat sempadan sahaja,

    Sudah pasti berbagai bacaan telah saya lakukan bagi meyakinkan diri sendiri kebenaran isu minyak ini.Walaupun adanya perjanjian dengan negeri negeri dipantai timor hanya kerajaan pusat yang berhak membuat keputusan controversial ini memberinya atau tidak dan dalam bentuk apa(wang ehsan melalui projek umpamanya) The agreement must not be looked at in isolation.

    Sekira kita rajin mengikuti isu ini banyak boleh diperolehi dengan hanya mencari topik ini dengan google umpamanya "Isu minyak Kelantan" berbagai bagai aklumat boleh didapati sekiranya kita sanggup NOT be politically biased with an open mind .We wil notice that both the state and the federal govt have their reasons to justify their positions hence this Jawatan Kuasa bebas to include international legal and maritime experts to look into the matter independently and come up with a recommendation from the legal point of view among others.Othewise,it will be your views against mine vice versa.Sometimes it is about perception really how one look at things.You can say the glass is half full and someone else too can say it is half empty.Both are actually right then hence we need this independent committee,right.?

    As i have said the Federal govt hold the trump card and they decide.The more reasons PR must work extremely hard to secure Putrajaya ,agree ?.

    Kampong man obviously was involved somewhat on the JDA early days .In fact .kampong man partner our first lady ex was in Petronas since 1975 heading the Reservoir Engineering Dept those days.It took that many years that this MTJDA was finally decided be operated jointly as economically viable.Kampong man outfit up to now is still serving the five year contract for Carigali Hess for various services especially the provision of Professionals to the industry as well as Talisman for continuous seven years completed last year.See , true and true orang minyak ! no kidding.

    I respect most of you gentlemen views however different from mine but just be civil and polite.Thank you , good night and i rest my case.

    ReplyDelete
  21. 9 August 2012 21:27:00

    ANON, apa hang jantan !? Biarlah mereka nak guna bahasa apa pun itu hak mereka, hatta mereka yang bayar apabila melayari blog-blog ini kerana meminati idola mereka ( Tuan Aspan Alias ) bukannya ganggu harta mak bapak kamu.

    Bayar ? Berapa banyak ? Cara cakap hang semacam mafia ! Hang sopan sikit kalau minat Tuan Aspan Alias. Tak kira bayar 1000 RM kah ? atau free kah macam kita , semua tak perlu bayar. Mujurlah
    hanya satu dua yang guna bahasa najis.

    Bukannya ganggu harta mak bapak ? Itulah cara rempit cakap lepas hidu gam. Jantan semacam hang buat malu saja jantan2 kita yang menunjuk bahasa tinggi ertinya kami dididik sempurna. Hang setakat mana, SRP atau jenis potong tampal? Pii blog Dato Din Merican, guna bahasa kesat, kemudian balik sini keriau!

    Hang buatlah blog sendiri penuh dgn bahasa sial, hang bayar kita jantan yang profesional pun tak minat nak baca, paham ? buat kotor saja minda kita orang jantan muda yang kool dgn bahasa tahu hormat org kampung, walaupun tak sependapat. Utk kes hang, bahasa menunjuk keluarga. Anak - anak kecil orang PAS lebih tahu jaga bahasa. Sebab apa ha ? APA Tuan Aspan guna bahasa berlapis - lapis tak jantan ?

    ReplyDelete
  22. Kan aku dah cakap, kampongman ni malas membaca walaupun dah tua bangka... dia hanya ambil jalan mudah dengan mencari di dalam "Google" dan kemudian membuat huraian mengikut kepala dia aje. Mengaku pro pula tu dan perasannya Tengku Razaligh pun tak sebijak si tua kampongman ini untuk tolong UMNO "spin" isu dan fakta minyak Kelantan ini kot? Manusia seperti ini kalau ditanya berapakah berat Rosmah Mansor? Jawapannya pasti 45 KG aje...... dan berapakah harga cincin berlian Rosmah Mansor? Jawapannya pasti RM75 aje. Cucilah karat di kepala tu sikit sebelum dipanggil "sakaratulmaut". Buat malu bangsa sahaja....

    ReplyDelete
  23. 10 August 2012 04:13:00

    Apa yang kau merapu ni Bro? Kau marahkan siapa? Kau profesional ke Bro? Bahasa Melayu engkau berterabur dan berselerakkan sana-sini masakan profesional tu? OOOOoo..Kau marahkan Bro Tanpa Nama di atas tu ke? Bahasa dia lebih tersusun dan enak didengar dari bahasa kamu yang tak tentu hujung pangkal (kalau nak marah pun penulisan kena jaga Bro). Bro pun sama dengan dia juga, cuma Bro ini kurang faham Bahasa Melayu dan bersikap agak kemunafikkan sikit (sikit aje). Lain kali kalau mahu menulis jangan pakai idea orang lain, pakai idea sendiri, hatta nanti pembaca blog akan kata Bro ni perasan profesional dan agak banggang (atas sikit pada bodoh aje - tak banyak pun).

    ReplyDelete
  24. Anon. 12:56 ,

    Kau pun sama tak professional aku tengok.Selindung bawah anon meh...
    Kita mesti bincang isu bukan kutuk peribadi.Aku tabek spring kg man- professional dan tertib.

    ReplyDelete
  25. Anon 21:27 dan Anon. 6:10,

    Bahasa anda agak sumbang dan tidak sesuai bagi blog Pak Aspan ni.Saya terperanjat yang anda menuduh orang perogol( bezina).Tahu kah anda apa hukum menuduh asaorang itu berzina sedangkan anda tidak ada bukti.Gara gara saorang biadab yang tdak berpegang pada ugama islam yang suci.Sekadar teguran.

    ReplyDelete
  26. Kerajaan Pusat sepatutnya segera menunaikan janji dan tanggungjawabnya untuk membayar wang tunai kepada kerajaan di negeri-negeri dari mana minyak telah dikeluarkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat.Hujah utama mengapa kerajaan mesti mengembalikan wang royalti kepada negeri ialah komitmen kerajaan sendiri seperti mana yang telah disebut oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak pada 12 Disember 1975 di Parlimen bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membayar wang tunai tersebut kepada negeri.Selain itu, perjanjian telah dibuat pada 1975 antara Menteri-menteri Besar Semenanjung dengan Pengerusi PETRONAS untuk memberi 5% royaltI kepada negeri. Dan berdasarkan niat dan amalan, Petronas telahpun membayar kepada kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak. Pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 (United Nations Convention on the Law of the Sea) 1982 yang ditandatangani oleh Malaysia, yang menetapkan negeri mempunyai hak zon eksklusif ekonomi menjangkau jarak 200 batu nautikal. Pernyataan yang menyatakan jarak tiga batu nautikal adalah mengelirukan kerana Akta Dharurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum masih tidak wujud.

    ReplyDelete