10 August 2012

Isu di Sabah: Dr M mempunyai 'migrant mentality'

Dr Mahathir telah membuatkan rakyat sebenar Sabah merasa tersinggung kerana kenyataan beliau (Mahathir) bahawa pendatang yang telah lama datang ke Sabah diberikan kerakyatan kerana mereka sudah pandai berbahasa Melayu. Alasan untuk memberikan kerakyatan kepada pendatang ini amat memilukan kita sebagai rakyat negara yang merdeka dan kononnya sedang menuju kemajuan setanding dengan negara-negara maju.

Ketua Penerangan Parti UPKO, Datuk Donald Peter Mojuntin, telah membidas Dr Mahathir kerana tidak sensitif terhadap perasaan rakyat khususnya rakyat Sabah. Bekas Perdana Menteri itu tidak memahami bahawa isu pendatang yang terlalu ramai ini akan menjejaskan keselamatan negara kita akhirnya. Kini seramai 27% daripada keseluruhan rakyat Sabah terdiri daripada pendatang asing khususnya dari Filipina. Ratusan ribu yang lain yang menetap di Sabah secara haram dan tidak ada apa-apa tindakan dari pihak kementerian keselamatan dalam negeri. Ianya amat mengerikan.

Buat kita dari semenanjung yang datang ke Sabah terpaksa menggunakan passport antarabangsa atau kad pengenalan. Tetapi itu tidak mengapa kerana itu merupakan salah satu syarat sebelum Sabah menyertai persekutuan ini. Kita ikut sahajalah undang-undang itu. Tetapi ratusan ribu rakyat asing yang datang tanpa izin dengan senang lenang duduk di Sabah tanpa apa-apa tindakan terhadap mereka.

Mereka (pendatang) ini telah diberikan kad pengenalan melalui projek IC yang telah membiarkan pendatang asing masuk ke Sabah tanpa dokumen perjalanan sah dengan bebas tanpa sekatan. Sebab mereka diberikan kad pengenalan ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana politik BN untuk mengekalkan kuasa dan perkara ini berlaku dari zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Itulah sebabnya saya selalu berkata BN tidak boleh memberi jaminan keselamatan kepada negara kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan kuasa tanpa mengira ‘consequence’nya kepada kestabilan politik negara dalam jangka masa yang panjang. Yang penting bagi mereka (BN) ialah pengekalan kuasa walaupun dilakukan dengan cara kotor.

Datuk Donald Peter Mojuntin, dari parti UPKO telah memberikan reaksi yang panas terhadap penulisan Dr Mahathir yang berpendapat mereka (pendatang asing) itu diberikan kerakyatan semata-mata kerana mereka sudah pandai berbahasa Melayu. Kalau kita kaji ramai rakyat negara kita mahukan kerakyatan negara asing khususnya di England atau pun Australia tetapi usaha itu bukanlah usaha yang senang.

Negara dan pemimpin British dan Australia tetap tidak memberikan kerakyatan dengan senang walaupun yang memohon untuk mendapatkan kerakyatan itu boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Jadi kenapa kita mesti memberikan kerakyatan kepada pendatang Filipina itu semata-mata mereka sudah boleh bercakap bahasa Melayu dan telah duduk di negara ini agak lama.

Ribuan rakyat Malaysia yang telah menetap di Britain sejak puluhan tahun yang memohon untuk menjadi rakyat Britain, masih tidak mendapat taraf kerakyatan walaupun mereka begitu fasih dalam bahasa Inggeris. Justeru alasan yang diberikan oleh Dr Mahathir untuk memberikan taraf kerakyatan kepada pendatang Filipina itu adalah alasan yang sangat meleset. Ia merupakan satu pandangan yang tidak difikirkan betul-betul sebelum ditulis di dalam blog popular beliau itu.

Dalam isu pendatang asing di Sabah ini saya nampak satu kenyataan yang jelas tentang Dr M ini. Beliau masih lagi mempunyai ‘migrant mentality’ walaupun sebahagian daripada diri beliau itu adalah generasi kedua atau ketiga daripada keluarga yang berasal dari sebuah negara lain.

Sebab itulah agaknya beliau begitu memihak kepada pendatang asing di Sabah itu.

46 comments:

  1. Salam Pak Aspan,

    Blog dia yang dikatakan popular masih lagi sunyi dari membuat sebarang komen tentang royalti minyak Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan.

    Kenapa ek?

    gheng lama

    ReplyDelete
  2. Salam Pak AA,
    Saya berpandangan bahawa apa yang ditulis oleh Dr M ini tidak mencerminkan sikap,pemikiran dan akal budi seorang yang kononya di anggap seorang Negarawan. Seorang negarawan tulin akalnya mendahului tuturkata.Yang ini seorang nampaknya tuturkata mendahului akal.

    ReplyDelete
  3. Gheng lama,

    Isu royalti minyak tak berapa sen bandingkan jumlah berbillion yang diperuntukan bagi kelate.Pada aku Mahathir adalah manusia special yang dianugrah Allah yang sangat perihatin dan berjasa untuk negara kita Malaysia.Allah panjangkan umur Tun dengan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  4. alo Anon 13.20,

    kah kah kah....

    royalti tak berapa sen?....hehehehheh

    DUIT tu Petronas dah bayar....dia PM dan Menteri Kewangan....KEMANA dia sudah belanjakan duit2 yang PETRONAS bayar pada kerajaan....ITU soalnya!

    Berpa banyak wang yang sudah dia bayar untuk BELI tanah lumba KOODA yang katanya milik Ananda?????....berapa?....kan ker sudah tertera ada cerita oleh seorang timb menteri yang membuak PEKONG ini!...

    itu SATU kes!

    kes lain amacam???????????

    hahahhahahah...

    Ku Li tahu bagaimana nak pekap kapla mamak ni......heheheh

    ANON....JANGAN NAK COVER LINE BOLEH?????

    Apa?....insan istimewa?????.....yang diBELA oleh Henry Kissinger sejak 1968 tu?????....ehem!

    gheng lama

    ReplyDelete
  5. Apa yang nak dihairankan,dia sendiri adalah pendatang dari kerala sudah tentu sekali Mamak mangkuk ni mempertahanka dan mempraktikan gulungan mangkuk ini.Pada setengah manusia mangkuk memang kata dia spe sial,memang lah spe sial pun macam dia dah tibai untuk menyelamatkan anaknya dan juga kroninya.
    Kepada rakyak sabah jangan beri muka kepada mamak sial ni ok,mamak tak ubah macam Belanda dapat tanah.ABU

    ReplyDelete
  6. Bah apa lagi donold,buat apa kooh duduk di BN lagi buang saja itu lambang BN,kalau kooh lari dari BN(UPKO) silap haribulan hilang deposit lawan kooh itu tapi kalau kooh masih duduk di UPKO silap hari bulan kooh yang hilang gelaran YB

    ReplyDelete
  7. Saudara AA dan bloggers

    Inilah standard maklumbalas Mamak Kutty yang biasa. Semuanya ok jika di bawah UMNO/BN, termasuk double standard!

    ReplyDelete
  8. Walaupun dia dianugerahkan umur yg panjang tapi dia dah nyanyuk.

    ReplyDelete
  9. A greatest betrayal of BUMIPUTRA!

    They have been here for hundreds and thousands of years and their rights and way of life are important.

    Their culture and traditions are unique to this land...the greatest treasure ( not oil ) of the country to protect at all costs.

    ReplyDelete
  10. mahadey pengkhianat kepada bangsa melayu dan rakyat malaysia..beliau lebih teruk dari chin peng..

    ReplyDelete
  11. Heran jugak ek... Ku Li masih dalam UMMO kenapa ekk..Beliau sayangkan umngok .Yang betul tetap betul yang salah tetap salah.Tapi adakah sampai nak menghancurkan kerajaan yang sudah establish ? Maka ini yang pengundi mesti fikir.Boleh tak jangan kutuk Mahathir ? Jangan takut dengan bayang2 boleh ? Siapa awak semua pun.

    ReplyDelete
  12. Anon 13.20

    Nak buka citer Putrajaya Holdings?....Berapa duit Petronas digunakan untuk bangunkan Putrajaya? Ada siapa2 odit jumlah sebenar wang ini?

    Dan kini hartanah2 bernilai di Putrajaya milik siapa?....kat mana?....yang kita dapat sedikit berita keluarga sharizat ada miliki beberapa lot!...menteri2 lain amacam?....beli harga runtuh?.....Petronas tu sapa punya?.....

    PM paling lama memakan hasil Petronas adalah mahadeyyy.....kita nak tahu sahaja mana pergi duit2 tu.....jangan nak cover lah insan spesial ko ni.....

    Ku Li tahu tang mana nak bagi mahadeyyy pening.....hehehehh

    gheng lama

    ReplyDelete
  13. Tiada keraguan lagi bahawa Mamak Kuti ini bertanggong jawap dengan projek IC ini. Rakyat terutama sekali di Sabah harus mendesak supaya Mahdir di tangkap dan di tuduh dengan treason. Segala bukti pendatang haram di Sabah sudah jelas dan nyata . Apa lagi yang hendak di tunggu RCI. Kalau BN mahu menang di Sabah tankap saja Mahdiir dia yang mengalakan kebanjiran pendatang haram. BN tidak bolih berdolak-dalik lagi sebab semua rakyat tahu.

    ReplyDelete
  14. Nenek moyang bangsa kadazan dikatakan berasal dari mongolia..apakah najib akan mendapat sokongan kaum kadazan dlm pru akan datang..mungkin TIDAK..

    ReplyDelete
  15. Tuan AA,

    - Mamak kutty mahu menang setiap pru untuk mengekalkan kuasa.Mamak kutty tidak peduli pengundi itu pengundi poskah, pengundi hantukah,pengundi puki'stan, pengundi san Miguel atau pengundi Gudang garam yang penting Sabah dijadikan deposit tetap UMNO BN.Sangat teruk/menyedihkan kepada orang yang menganggap dia sebagai seorang negarawan.

    Salam A.B.U

    -scorpeneterbang-

    ReplyDelete
  16. Inilahlah "cikai" dan buruknya perangai Mamak Kutty. Dia tak ubah macam seorang malaon yang " menyusu kera kera di hutan walhal anak anak sendiri mati kelaparan ".

    Dia sanggup menyusukan kera kera ini dengan harapan kera kera ini akan menyumbangkan sesuatu buat dia. Mamak Kutty ini bolehlah kita samakan sebagai seorang manusia yang berjiwa kera.

    Pendatang pendatang asing yang diberi ic ini akan menjadi "stok penimbal" buat UMNO BN kerana UMNO BN perlu menang agar Mamak Kutty dapat mempastikan kekayaan dan kemakmuran yang melimpah ruah pada keluarga, anak anak serta kroninya terus kekal. Dengan kata lain "stok penimbal" ni menjadi penyambung hayat UMNO BN serta legasi keluarga Mamak Kutti itu sendiri.

    Pergi mampuslah denganlah dengan alasan Mamak Kutti kononnya pendatang asing itu fasih berbahasa Malaysia dan layak jadi warga Malaysia. Agaknya kalau semua rakyat negara komunis diberi kursusu intensif "bahasa Malaysia" oleh pemimpin mereka, dan duduk di MAlaysia setahun dua..layaklah mereka ini sebagai warga Malaysia kalu ikut alasan yang MAmak Kutti ni beri.

    Ingat tak kes laman website kementerian Bangladesh beberapa bulan dulu dimana PM mereka menyebut bahawa ramai rakyat Bangladesh yang bekerja di Malaysia telah diberi kewarganegaraan Malaysia (kenyataan laman tersebut dipadam setelah ramai rakyat Malaysia menyedarinya). Barangkali juga Mamak Kutty ikut terlibat dalam perkara ini kerana mahu meramaikan species2 yang berasal usul dari Kerala seperti dia.

    Tengoklah sekarang..KIMMA pun dah di Melayukan dan layak segala keistimewaan seperti Melayu lain. MAmak Kutty ni cuma layak jadi PM Imigran saja dan bukan PM MAlaysia kerana kemenangan dia banyak dibantu oleh puak puak migran ni. Jadi tak salah lagi Mamak Kutty yang rakyat Malaysia sanjung selama ini adalah seorang mamak yang berjiwa kera... asal dia pun dari KERA LAAA !!!! Tuan Aspan tak usahlah heran sangat kalau kera menyusu kera. Memang jenis kera laa dia ni!!!

    ReplyDelete
  17. Mana kampongman?
    Tak teringin sokong mamak kutty from Kerala ke? Kan selalunya kamu suka menjadi "Hero Filem Tamil", lantaran mengaku seorang bijaksana, pengajian akademik sampai ke kutub utara dan tak henti-henti mengaku diri di kalangan profesional? Jangan nanti kita ditamsilkan seperti ikan salai masin yang "mata sentiasa terbuka, tapi tak nampak apa-apa".

    ReplyDelete
  18. Anon 16.48,

    Bole bagi nama tak?....ko dengan Anon 13.20 samakah?.....asyik membela membabi buta sahaja mahadeyyyy dan umno (BARU)...

    Ni lah melayu yang pekat sengalnya.

    Ku Li putera raja.....dia takkan nak hancurkan bangsa ini. Dia pun takde anak untuk dia suap segala kekayaannya. Dia pulang semula dalam umno (BARU) untuk membersihkan pertubuhan melayu itu dari keparat yang datang menggunakan nama melayu tapi bagi makan kerabat dan suku kaum sahaja, serta cukong cina dan india yang mereka bela.....

    Wahai Anon...sebelom umno tertubuh tahun 1946, sudah beratus tahun dan beribu sudah nyawa pejuang melayu gugur mempertahankan Nusa tercinta ini dari belenggu penjajah.

    Di luar umno, kami masih meneruskan
    kerja mulia ini .......

    gheng lama

    ReplyDelete
  19. Salam AA dan bloggers?

    Gali lobang, tutup lobang.

    Pinjam wang untuk bayar hutang.

    Macam kain tak cukup ela; ditarik kebawah nampak dada, ditarik keatas nampak peha.

    Satu-persatu aib Mahathir terlopong.

    Setiap diktator akan mati dalam kehinaan seperti Ferdinand Marcos, Hitler dan Pol Pot.

    Masihkah kita semua ingat doa arwah Fadhil Noor untuk Mahathir?

    Kita semua masih ingat!

    Surrogate

    ReplyDelete
  20. Gheng Lama,

    Sekarang jutaan Melayu merana kerana dijajah olih Melayu yang zalim, rakus, haloba, gila kuasa, rasuah, khianat, perompak, penipu, alaaahai...

    ReplyDelete
  21. Salam semua,

    Surrogate,Dr M di mata awak dilihat saperti Hitler dan Pol Pot ?.Hanya orang gila sahaja berfikiran demikian.Yang disayangi ayahnda Tun satu satu dalam berjuta adalah idola negara.Pemikiran dan visionarynya memperjuangkan negara ketiga dihormati dunia .

    Dalam buku beliau Dr in The House beliau berkata:

    "I may make many mistakes but in the case of Anwar is not "

    Beliau dihormati dan menjadi igauan pada mereka yang kureng !! Tak hairanlah Putrajaya yang hebat ilham beliau menjadi rebutan BN dan PR.Tun satu satunya NEGARAWAN yang sukar lagi dicari.Salam sejahtera Tun.Jasamu di kenang walau apa pun pandangan mereka yang membenci Tun.We cannot please everyone all the time, can we ?

    dinoscots

    ReplyDelete
  22. Tuan AA,

    - Itulah dia perlembagaan Malaysia cara mamak kutty, setakat fasih berbahasa melayu sudah boleh jadi ahli kelab 'Melayu mudah lupa' dan melaungkan slogan 'hidup melayu'.

    - Mana hak-hak keistimewaan bangsa melayu dalam perlembagaan ataupun itulah hak istimewa bila kerala kutty berkuasa'

    - Memperbanyakkan jumlah orang melayu dengan bangsa pendatang yang fasih berbahasa melayu dan bila perhimpunan agung umno baru dan masa itulah akan dihasut bangsa melayu/bangsa pendatang(melayu baru) untuk membenci orang cina,india dan peribumi bukan melayu.

    - Sedar atau tidak dimana ada umno baru disitulah bertapaknya bangsa melayu baru.


    Salam A.B.U

    -scorpeneterbang-

    ReplyDelete
  23. Patut pun bangla dapat ic. Mungkin sebab bangla dah pandai cakap melayu... hahaha.

    ReplyDelete
  24. Kalau difikirkan secara rasional,apa logiknya Tun M berkata begitu kerana berapa ramai diMalaysia yang bertaraf warga negara yang tidak bolih bertutur Bahasa Malaysa.
    Bahasa adalah penyambong bangsa ,tampa bahasa apa artinya bangsa.
    Sekolah adalah medium utama pendidekan satu bangsa Malaysia yang sejati ,malangnya pendidekan vernucular begitu subor.Adalah mustahil idealoji politik bolih menyatupadukan bangsa Malaysia.

    ReplyDelete
  25. Salam,
    Surrogate ,alahai ...apa gembira membuka aib orang dari kacamata dan fikiran yang sempit? Pasti anda saorang yang kuat ugama dan berjanggut( atas sikit dari musang berjanggut).

    Teringat saya kenalan saya kg man yang introduce pada saya blog En Aspan kawannya katanya de gan satu kisah. Bercerita berkenaan saorang alim berjangut saperti sebahagian ulamak diblog ini.kisah Ayam dan kambing dua sahababat karib berlainan specis katanya.
    Sebagai kawan setia kambing pun berkata " Kau Yam baju kau cantik(bulu ayam yang cantik ) tetapi KAKI AYAM ! " . Ayam terasa amat tersinggung dengan teguran ini sebagai sahabat yang baik.
    Lalu ayam pun berkata pada kambing "Kau bing ! apa kurangnya ! Janggut panjang, alim konon ! tapi NAMPAK TELOR ! "

    Cerita yang membawa banyak message.cheers.

    ReplyDelete
  26. Cik Anon 00.53,

    Saya di melaka....ada satu melayu JK Bahagian umno (BARU) sewaktu merasmikan satu program di satu sekolah menengah agama ada berucap.....

    'Sehingga Kiamat, umno (BARU) akan tadbir negara Malaysia'

    inilah akibat pekat tololnya maka berucaplah melayu ini sebegitu.

    Hadiths Nabi saw dan Al Quran ada mengajar kita bahawasanya akan lahir Al Mahadi (penunjuk jalan) dan Nabi Isa ibn Maryam mentadbir alam ini sehingga tiba waktu kiamat.......tapi si pekat umno (BARU) ni berucap ikut kitab siapa?

    Inilah sijahil yang menyesatkan...guru2 di sekolah itu hanya boleh mengurut dada dan menghembus nafas kesal mendengar ucapan itu.....orang melayu terkenal dengan sifat sabarnya.....mungkin

    gheng lama

    ReplyDelete
  27. Salam semua,

    Hanya ini sahaja yang ingin saya katakan dengan izin.

    "A politician thinks of the next election, a statesman think of the next generation. Mahathir is STATESMAN " ,period.

    @ Kampong man.

    Semoga kita semua dapat berjumpa dengan malam lailatulkadar.Wailullikulli humazatinl lumazah...Ameen.

    ReplyDelete
  28. Kah kah kakkkkk

    'jika kita takde kebolehan...dan takde ilmu serta keyakinan.....maka kita akan tetap kembali kepada mereka2 yang sudah merosakkan hidup kita'..........Cik Anon binti Anon!

    Inilah yang umno (BARU) terpaksa buat.....menyerahkan semula TAKHTA kepada imam agong @ tuanpunyer @ melayu celop!

    Maka nyata umno (BARU) akan berkecai.....mahadeyyyy sudah tak tahan lagi ......

    hehehehheh..hahahhahahah

    Teringat saya kepada doa TGNA di Jalan Kebun, Kelang beberapa tahun lalu....agar mereka hancur lodoh, pecah berderai akibat perbalahan, permusuhan dan pergaduhan DALAMAN!!!....

    Tandanya sudah jelas lagi nyata.....

    gheng lama

    ReplyDelete
  29. Selalu orang Melaka baik baik dan pandai pandai .Rupanya ada juga yang tidak macam Gheng lama dari Melaka.Yang pasti ialah dua.Satu mati dan satu lagi Melaka tetap UMNO / BN dahulu kini dan selama lamanya.Gheng lama ni mesti Indon dari Sumatra kerana dia dari Masjid Tanah kan ?.Apa lah yang tinggal pada Melaka.Bukit bagi kat China, Tanjong bagi kat Keling ( bukan mamak ) , durian tak berbuah daun saje dan mesjid pulak dibuat dari tanah....Ai say...yang tinggal hanya buah, buah melaka dan Gheng lama yang meroyan dek kata orang Perak.

    ReplyDelete
  30. Salam hormat Tuan AA.
    Nampaknya kaum UMNO ini semakin lama semakin tolol. Semakin lama semakin buta dan sekian lamanya semakin perangai munafik mereka ini menjadi-jadi pula..... Ini lah hasilnya dari pendidikan dan asuhan politik yang curang terhadap bangsa dan rakyat, maka kita boleh lihat betapa dangkalnya tahap pemikiran dan hala tuju politik mereka. Ini lah akibatnya banyak sangat memakan dari hasil yang haram terlalu lama lantas jadilah mereka ini berotak biul dan amat susah sangat untuk menerima kebenaran walaupun malaikalmaut sudah berdiri di ambang pintu.

    ReplyDelete
  31. " Sekolah adalah medium utama pendidekan satu bangsa Malaysia yang sejati ,malangnya pendidekan vernucular begitu subor ".

    In the 60s and 70s national schools provide a good environment for unity with good, committed and dedicated teaching staff from all background.

    Then you have the decades of damaging, shallow, narrow and divisive politics of race and religion affecting the schools, let alone other great institutions of the country.

    It became NOT inclusive, consultative and sensitive to the aspirations, needs and expectations of parents of childrens of all background.

    Diversity is strenght and one has to win the hearts and minds of people, not by abusing the power to force change.

    ReplyDelete
  32. " Mahathir is STATESMAN ".

    He took a SHORT CUT to " develop " the country....ended up creating a mess and destroying it with rampant corruption, gross financial incompetent,high national debt and etc..

    M'sia Inc. failed with permanent and far reaching consequences, with the ordinary people to bear the burden for generations to come.

    ReplyDelete
  33. Despite to be perceived of many shortcomings by many here the majority rakyat choosed him to lead for a good 22 years.Why choose this charismatic man mamak kutty as you here prefer to call him.Lets not pointing fingers.It id because he is decisive loved and hated, a mark of a true leader.

    ReplyDelete
  34. Salam AA dan bloggers,

    anon 11 August 2012 07:22:00

    Tidak ada sesiapa yang membuka aib Mahathir melainkan diri dia sendiri.

    Dia yang berkomplot membawa masuk pendatang Filipina untuk diberi i.c pada zaman Parin Kitingan PBS untuk menangkan calon BN.

    Hari ini dia cuba 'justify' dengan mengatakan pendatang tu layak sebab dah lama duk M'sia dan dah lama menetap.

    Najib mencanggihkan proses ini dengan memberi kerakyatan kepada pendatang asing dari negara2 lain seperti Indon, Pakistan, India untuk mengundi BN.

    Hebat bukan?

    Surrogate

    ReplyDelete
  35. Anonymous tebing tinggi said...

    "Sekolah adalah medium utama pendidekan satu bangsa Malaysia yang sejati ,malangnya pendidekan vernucular begitu subor.Adalah mustahil idealoji politik bolih menyatupadukan bangsa Malaysia."

    Saya bersekolah di sekolah kebangsaan sejak kecil dan bersetuju dengan pendapat ini, iaitu sekolah vernakular tidak menyumbang kepada perpaduan.

    Saya percaya satu sistem pendidikan untuk semua pelajar adalah yang terbaik - oleh itu sekolah vernakular, sekolah sains asrama penuh, dan kolej/universiti yang hanya terdiri daripada golongan bumiputera (mengikut takrifan perlembagaan) perlu dimansuhkan.

    jenny

    ReplyDelete
  36. Anon 11 47,

    Sir,

    0Indeed diversity is strength but to be separated at a tender age in vernacular school does not encourage integration at all.Where have that Sekolah Wawasan gone now ? Whilst all attemps are made for integration through sekolah kebangsaan there you are we have this mushrooming of vernacular schools unique to only Malaysia in compliance to minority demand found nowhere else in the world and now Zhong Dong demand for total autonomy in the running of the syllabus independant of Kementetian Pelajaran.Looks like we are parting apart and apart it will be .God save Malaysia.

    Thank you.

    ReplyDelete
  37. meroyan ka, apa ka, tak kesah lah cik anon binti anon....(sebab macam roti najib, no egg!)

    Najib sudah buat RCI kat Sabah....kerana Terpaksa?....

    atau kerana dia nak melawan mahadeyyyy?....ahaks!

    kita semua tahu bencana di sabah dulu bila mahadeyy nak bunuh Pairin dan PBS, orang filipino dan indon berdedai2 di bawa masuk!...dapat IC biru!....dan dapat jadi pengundi!...

    Nanti keputusan RCI, kena tangkap tuan punyer umno (BARU)????....ehem!

    kan saya da kata, alamat nak bergaduh....jangan sampai berbunuh sudah lah!!

    hehehhehehe.....

    gheng lama

    ReplyDelete
  38. those from semenanjung tak perlu pasport datang sabah la. sarawak ja negeri paling best and genius yang mewajibkan penggunaan pasport...

    ReplyDelete
  39. Salam pak AA...


    apa yang boleh saya sebagai orang muda simpulkan disini..

    Malaysia aka melayu khususnya dipimpin oleh orang yang berfikiran migrant future aka migrant dari kerala yang kemudiannya dianggap oleh Malaysia/melayu sebagai negarawan dimana seorg negarawan tidak akan pernah salah dan sentiasa menyalahkan orang lain dan jika salah tepat padanya akan dijawab "saya tidak ingat"

    am i right?????

    -nina-

    ReplyDelete
  40. Kampong man,

    Why " mushrooming of vernacular schools "?

    Why are the national schools unattractive to Non Malays?

    It is the failure of our education system from decades of politics of race and religion...we have lost the education battle long ago.

    No school should be independent of Ministry of Education - Policies guidlines and regulations must be strictly adhere to!

    ReplyDelete
  41. " majority rakyat choosed him to lead for a good 22 years.Why choose this charismatic man mamak kutty ".

    With the MSM totally controlled by the government, nobody knows what's wrong and can't do anything......millions left the country since the 70s in search of better opportunity.

    Now they do, from alternative media and internet.

    Without a reasonable free media, bad leadership, gross mismanagement, corruption, wastage and etc..will go uncheck and florish.

    ReplyDelete
  42. Tuan AA,

    Bila Mat San Miguel sudah senang dalam umno, pandai berbahasa melayu, maka dia pun istihar dirinya sebagai sultan sulu...itulah keajaiban negarawan cap Mamak Kutty..


    Salam A.B.U

    -scorpeneterbang-

    ReplyDelete
  43. Scorneterbang,

    Kalau setakat mengutuk peribadi Tun sahaja tanpa membincangkan isu topik ini elok tak payah komen bro.Nothing to be proud about .Lets benefit from the discussion and give your views else go back to school and learn ethics.

    Scorpion -TIBAI.

    ReplyDelete
  44. Tuan AA,

    - Tidak pernah berniat nak mengutuk sesiapa pun disini dan satu kejadian yang pernah berlaku iaitu seorang Mat San Miguel setelah selesa hidupnya lalu ISTIHAR dirinya sebagai sultan sulu, kenapa mahu jadi sultan sulu di malaysia, baliklah ke negara asal.Mat Miguel yang fasih berbahasa melayu ini adalah salah satu contoh 'migrant mentality'....


    Salam A.B.U

    -scorpeneterbang-

    ReplyDelete

  45. - Kepada sesiapa yang tidak tahu kisah Mat San Miguel yang istihar diri jadi sultan sulu, usahalah sendiri tanya lebai google.

    - Harap jasa baik Tuan AA buat satu artikel berkaitan dengan perkara ini.


    Salam A.B.U

    -scorpeneterbang-

    ReplyDelete
  46. Wahai dinoscots dan beberapa CIk-CIK anon

    Bacalah buku 'Kissinger - A Biography' oleh Walter Isaacson.....

    kita boleh tahu siapa dan apa yang berada di belakang mahadeyyyy.....dan sejak bila!.

    Bila DSAI dipecat tahun 1998, tetiba ada gambar satu seminar yang diadakan di KL pada tahun 1997 tersebar....di mana DSAI dan Mr K adalah pengerusi bersama....Mr K hadir membawa satu sidekick bernama Mr C.....

    Gambar ini disebarkan meluas ....sebagai bukti media umno (BARU) ......untuk mengatakan bahawasanya DSAI adalah agen Yahud!...

    Tapi media umno (BARU) sehingga kini enggan bagitau kita semua rakyat malaysia berbilang kaum.....apa hubungan Mr K dengan mahadeyyy....dan sejak bila?

    dan dinoscots terima dia (mahadeyyy) kata dia betul bulat2?????

    dan ada anon pulak kata jangan takut bayang2....hhahahahah.....mahadeyyyy sebenarnya yang takut dengan 'bayang-bayang' dia!!!...cegita 1968!!!

    kenalilah...supaya kamu betul-betul tahu!!...ekekekkekek

    sekian

    gheng lama

    ReplyDelete