Penahanan Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, pagi ini
tidak memeranjatkan saya kerana tanda-tanda yang pentadbiran Najib akan
menggunakan apa sahaja kuasa yang ada pada beliau untuk menekan orang seperti
Rafizi. Bagi UMNO dan pimpinan BN Rafizi itu bersalah kerana membocorkan rahsia
kecurangan yang berlaku di dalam kerajaan.
Rafizi dituduh di bawah seksyen
97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 di mahkamah seksyen Shah
Alam pagi tadi. Bersama dituduh ialah Johari Mohamad, pegawai dari Public Bank,
kerana bersubahat dalam kes ini.
Rafizi memang sentiasa berada di
dada media dengan pembongkaran-pembongkaran yang melibatkan salahguna wang dan
harta rakyat yang berlaku di dalam kerajaan pada masa kini. Kita tidak
menafikan jika ada akta yang boleh membawa Rafizi ke mahkamah, tetapi apa yang
dibongkar oleh Rafizi itu sememangnya isu yang melibatkan wang dan harta rakyat
yang sedang dirompak oleh pihak yang diberi mandat oleh rakyat selama ini.
Pembongkaran yang dilakukan oleh
Rafizi telah menambah maklumat yang sebenarnya patut diketahui oleh
umum sebagai empunya negara ini. Pembongkaran oleh Rafizi sejak akhir-akhir
ini membuatkan kerajaan BN yang sedang dalam keadaan ‘desperado’ menjadi ‘defensive’
dan banyak isu yang dibongkar oleh Rafizi tidak mendapat jawapan dan respon
yang memuaskan banyak pihak.
Penahanan Rafizi awal pagi tadi menjadi
berita hangat di pasaran politik negara dan di mana-mana rakyat memberikan
tumpuan yang sepenuhnya terhadap isu penangkapan itu. Apa yang jelas kita
dengar ialah persepsi rakyat terhadap BN bertambah merudum dan mengambil
pandangan bahawa penangkapan itu merupakan salah satu daripada tindakan BN untuk
mempertahankan kuasa yang kian hari kian menjelaskan kemungkinan besar kuasa
kerajaan akan berpindah tangan.
Kesalahan Rafizi, jika ada pun,
akan tetap memberikan impak negatif yang besar terhadap pihak kerajaan. Jika
Rafizi melakukan kesalahan dengan pembongkaran itu, tetapi kenyataannya tetap
menyatakan yang apa yang dibongkar oleh beliau itu ada perkara yang
benar-benar berlaku dan memudaratkan negara dalam jangka masa yang panjang.
Penahanan dan tuduhan terhadap Rafizi tetap merupakan pengorbanan peribadi yang
terpaksa beliau lalui semata-mata untuk mencari kebenaran.
Bagi saya penahan dan tuduhan
terhadap beliau itu akan memberikan semangat kepada rakyat ramai untuk
bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mengharungi ranjau-ranjau yang kita
terpaksa lalui untuk meruntuhkan ‘hagemony’ UMNO dan BN yang tidak
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masa depan perjuangan rakyat untuk membina
negara yang maju dan kehidupan rakyat yang harmoni di antara semua kaum buat
selama-lamanya.
Kepada Rafizi, saya bagi pihak
keluarga saya keseluruhannya, mengucapkan syabas di atas pengorbanan beliau
dalam perjuangan kita dan saya berharap beliau akan tetap bersabar menempuh
segala halangan yang diletakkan di hadapan beliau selama ini.
Saya yakin Rafizi tidak akan
gentar dan akan terus memberikan tugas untuk melakukan anjakan dan peralihan dalam politik negara
yang sekarang sedang bersedia untuk menempuh perubahan yang akan berlaku buat
kali pertamanya sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu.
Rafizi mesti mengetahui bahawa
saudara mendapat sokongan ramai yang sentiasa berdoa saudara akan bertambah
gigih untuk mencari kebenaran. Sokongan kerajaan negeri Selangor seperti yang
diumumkan oleh TS Khalid Ibrahim petang tadi amat menggembirakan orang biasa
seperti saya di bawah ini.
TS Khalid pastinya memahami apa
yang dihadapi oleh Rafizi kerana beliau sendiri (TS Khalid) juga sedang
menghadapi serangan yang tidak bermoral politiknya dari pihak BN sekarang ini.
Janji kerajaan Selangor untuk membayar segala kos guaman Rafizi itu
sangat-sangat saya sanjungi.
Kita semua tahu di negara ini
yang memberikan maklumat terhadap kemungkaran pihak berkuasa merupakan pihak
yang salah, tetapi kepada mereka yang melakukan segala kemungkaran terhadap
rakyat dan negara sentiasa mendapat perlindungan dengan kuasa yang ada di tangan
mereka.
Itu pun sebabnya menukar kerajaan
adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menghapuskan segala kemungkaran
politik dan ekonomi yang sedang dilakukan oleh pihak BN tanpa had sekarang ini.
Kita mesti mengetahui bahawa rakyat sedang memerhatikan gelagat pimpinan BN sekarang ini bukan sahaja dengan mata yang zahir tetapi dengan mata hati yang tajam itu.
Kita mesti mengetahui bahawa rakyat sedang memerhatikan gelagat pimpinan BN sekarang ini bukan sahaja dengan mata yang zahir tetapi dengan mata hati yang tajam itu.
Pak Aspan & Bloggers,
ReplyDeletePK, Rafizi, sekuruh negara termasuklah penyokong UMNO- BN ada yang masih di sana terbuka mata dan hati, haruslah kita sama - sama doakan setiap hari agar mereka selamat, cekal, kalau ditimpa keperitan seperti Rafizi.
Rakyat buatlah yang terbaik - A.B.U.
Wahai Rafizi, memang sudah dijangka akta BAFIA digunakan untuk melemahkan apa yang saudara telah lakukan demi kebenaran dan ketulusan. Perlu ingat masyarakat yang celik akan sentiasa bersama saudara. Kebenaran itu memang mahal harganya tapi jangan putus asa kerana manusia celik sahaja yang tahu apa itu kebenaran dan penipuan.
ReplyDeleteAnakPodeh
Salam AA dan Bloggers,
ReplyDeleteDi bulan Ramadhan yang penuh kesyukuran dan keberkatan ini marilah kita panjatkan doa kpd Allah semoga Rafizi diberikan kekuatan menghadapi golongan munafik ini.
Surrogate
As Salam Tuan AA.
ReplyDeleteRafizi Ramli adalah suatu nama yang tiba-tiba muncul menjadi icon kepada muda-mudi yang bijaksana dan berhemah. Nama beliau akan dikenang sepanjang slot masa di bawah pentadbiran Perdana Menteri UMNO yang paling korupsi, haramjadah dan celaka. Kebodohan PM ini dah terlalu sampai ke kemuncaknya apabila setiap tingkah laku dan perbuatannya mudah sangat dihidu, hatta oleh kanak-kanak Tadika sekalipun. Ada pepatah banggang mengatakan "jangan kau nikahi perempuan dari kalangan badak air, kelak suatu hari nanti telinga kamu akan jadi telinga badak air jua". Kini dah terbukti yang telinga anak Razak ini dah jadi telinga badak... Pepatah diadaptasikan oleh Menteri Tua Rogol Amah. Maaflah Tuan AA, bahasa pun dah merapu kerana saya dah terlalu benci dan terlalu meluat dengan telatah PM haramjadah yang amat dikenali kerana terbodoh dan terliat di nusantara ini.
Satu bukti Malaysia di "Darul Kartun" kan oleh Najib dan UMNO BN. Yang terang terang menyamun duit rakyat bebas dari tindakan malah ke mahkamah berlenggang kangkung tanpa digari, yang membunuh ditutup muka agar 1 Malaysia tak dapat kenali...tapi yang benar yang cuba menyelamatkan duit rakyat dari diperlakukan sesuka hati di tangkap dan dibawa ke mahkamah dengan bergari tanpa menutup muka..
ReplyDeleteTidakkah ini undang undang kartun namanya?. Kalau lah Rafizi tu membuat dakwaan salah, kenapa tak didakwa beliau dibawah akta fitnah?. Kenapa Najib dan kuncu kuncu dalam UMNO BN tidak menjawab dengan jelas berdasarkan fakta bagi mematikan tuduhan dan hujah2 yang Rafizi kemukakan.
Pemimpin dan parti UMNO BN inikah yang mahu kita bergantung harap untuk membawa Malaysia lebih cemerlang dan rakyat hidup lebih selesa di hari kemudian?. Maaf cakap laa...kalau dalam situasi begini pun kalian masih menyokong dan menyanjung UMNO BN...memang sah dan confirm korang ni jenis manusia yang mental tak betul kerana gagal membezakan antara yang hak dan yang bathil.
Muga muga PR diberi kekuatan dan mampu menguasai Putrajaya dalam GE 13 nanti. Paling aku nak lihat ialah pembunuh atau perancang sebenar pembunuhan Altantuya tu ke tali gantung tak kira ler PM ke saper ke!
Sy berharap agar penangkapan dan tekanan dr bn kpd sedara rafizi x kan melunturkan semangat perjuangannya. Jgn jd seperti mat ezam yg x konsisten dlm perjuangan,dulu berapi2 dlm tindakan menentang rasuah namun syg selepas ditekan trus berpaling tadah dr perjuangan. Rakyat perlu lakukan perubahan pd pru kali ni dgn membri mandat pd PR. Hanya dengan cara itu saja kita dpt membantu prjuangan rafizi dan rakan2 dlm pakatan rakyat menentang rasuah dan slh guna kuasa bn. Semoga bro rafizi selamat dr aniaya dan konsisten dlm perjuangan. Nabi muhammad pernah berkata sekiranya matahari diletak di tgn kananku, bulan diletak di tgn kiriku namun aku tetap x kan berganjak dari perjuanganku. Kalau takut dengan risiko,usah bicara tentang perjuangan.. -DSAI
ReplyDeleteSalam Saudara AA dan bloggers
ReplyDeleteMemang telah menjadi 'MODUS OPERANDI' UMNO/BN untuk menghukum si peniup wisel yang mendedahkan skandal pihak kerajaan. Julian Assange, pengasas Wikileaks, sekarang pula dileret ke mahkamah kerana dia telah mendedahkan maklumat sulit sesetengah kerajaan. Jadi tak hairanlah kerajaan UMNO/BN ni cuba menutup mulutnya tetapi rakyat sedar siapa mereka akan pilih bila PR13 tiba.
sdr Aspan,
ReplyDeleteMemang saya setuju kita doakan sdr Rafizi supaya tabah dan menang dalam kes ini.W/bagaimanapun, janganlah lupa doakan seorang lagi yang tidak kurang juga jasanya dalam membantu Rafizi menentang kekejaman UMNO dan BN ini iaitu sdr Johari Mohamad.Semoga mereka dilindungi Tuhan.Sesungguhnya kami masyarakat KadazanDusun di Sabah sangat menghormati sdr Rafizi dan tentunya sahabatnya sdr Johari juga.Pemimpin muda seperti beliau adalah harapan negara.
sokong saudara rafizi dlm fb > https://www.facebook.com/kami.bersama.rafizi
ReplyDeleteA hero, irrespective of the law he breached....acted in the public interest, saved tens or hundreds of millions of people money.
ReplyDeleteHope someone is not going to say it is not....like the women shooter in London Olympics.
inspektor pukul staff hotel x kena gari pon... rafizi cederakan siapa smpai kena gari??
ReplyDeletesaya dan keluarga penyokong umno dan masih menyokong tapi tak sekuat dulu tapi bila Rafizi didakwa saya haramkan semua dalam keluarga saya pangkah umno atau mana parti dibawah BN mereka dah lupa perjuangan yang mereka pentingkan diri mereka sendiri mesti menang dalam apa cara.Apa yg tak ada dalam umno rompak,tipu,peras ugut,bunuh ,rogol,perkosa ,rogol bibik .Jadi fikirkanlah BN akan buat segala2nya.Kalau bunuh pakai pistol bolih,pakai bom c4 pun bolih apa ada hal charge rafizi bawah bafia.Orang islam yang sekongkol dengan penipu,perogol bibik ,pengebom tanpa sebab ,memeras ugut akan terima balasan Allah kerana Allah itu maha mengetahu.Saya cukup tak sabar nak tunggu PR 13 kerana mahu tengok UMNO mampus termasuk penjenayah disumbatkan atau digantung sebelum saya meninggalkan dunia ini.
ReplyDeletePersetankan dengan undang undang yang double standard!Persetankan pemimpin pemimpin yang mewajarkan undang undang "mafia" ini dilaksanakan. Persetankan semua pemimpin yang memimpin golongan syaitan berwajah manusia dalam gerombolan mereka.
ReplyDeleteBila syaitan berwajah manusia mengemudi negara...neraka jahanamlah akhirnya. Dan sebelum semuanyahancur musnah...bersatulah wahai rakyat Malaysia..lakukan sesuatu dan gunakan hak anda sebaiknya pada GE 13 nanti.
Nak tahu benarkah pemimpin pemimpin ini berjiwa rakyat dan prihatin dengan warga marhaen...perhatikanlah aya hidup mereka dan bandingkan dengan apa yang majoriti rakyat ada. Bezanya bagai bumi dengan langit. Mereka hanya bijak berpropaganda tapi hakikatnya merekalah syaitan bertopeng manusia.
Tuan Aspan
ReplyDeleteBN memanglah kurang sayang pada Rafizi tetapi agak hairan kenapa Rafizi boleh alpa dalam keghairahan membongkar isu. Sebagai lulusan perakaunan, BAFIA adalah sebahagian dari sempadan yang kita harus pastikan tidak kita langkaui.Beliau dengan jelas telah mendedahkan maklumat yang mana dilarang oleh BAFIA daripada didedahkan kepada umum (rujuk sub seksyen 97(1) dan juga seksyen 6 WBPA).
Sdr. Rafizi saya dengar hanya mengharapkan perlindungan oleh the whistle blower protection act (akta perlindungan pemberi maklumat 2010)akan tetapi beliau ternyata telah melanggar beberapa perkara utama untuk melayakkan beliau dianggap sebagai pemberi maklumat.
Antaranya adalah pelanggaran seksyen 6 yang dengan jelas menyatakan bahawa pendedahan ini hendaklah dibuat kepada agensi penguatkuasaan tetapi Rafizi dedahkan pada public di sidang akhbar.
Pendedahan dengan mengadakan sidang akhbar juga melanggar seksyen 8 iaitu maklumat tersebut tidak boleh didedahkan kepada pengetahuan umum (public).
Saya yakin apa yang saya tuliskan ini akan mengundang marah rakan2 penjenguk blog tuan. Terpulanglah sebab saya hanya ingin berkongsi ilmu berkaitan BAFIA agar kita tidak terjebak sama. Kita tidak boleh sama sekali mendedahkan maklumat perbankan seperti penyata bank mahupun slip bank kepunyaan orang lain kepada public atas apa alasan pun. Apa pun kes ini akan mencelikkan rakyat tentang BAFIA dan WBPA.
2 August 20:47
ReplyDeleteAnon : .... bila Rafizi didakwa saya haramkan semua dalam keluarga saya pangkah umno atau mana parti di bawah BN.
Benar supaya tidak bersuhabat dlm kezaliman umno - bn. Terima kasih.
Kita mesti mengucapkan syabas dan menghargai pengorbanan Rafizi memperjuang menegakkan kebenaran dan keadilan.Rakyat yg bencikan penipuan dan penindasan mesti bersama-sama Pakatan Rakyat mengharungi onak dan duri yang terpaksa dilalui untuk meruntuhkan kekuasaan ala-diktator UMNO/BN yang tidak bertanggungjawab terhadap masa depan negara.Oleh itu, marilah kita bersama sentiasa berdoa kepada Allah agar kebenaran akan menghapuskan kebathilan akhirnya.
ReplyDeleteThe only option we have now is to kick BN out of Putrajaya to stop the injustice and oppression while at the same time plundering the nation to the maximum !!! Congrats to Rafizi and may Allah protects him and his family..
ReplyDeleteItu shj cara yg BN ada utk mematahkan serangan pihak lawan. Berlindung dibelakang undang2 ciptaan mereka. Memang bacul dan dayus BN nei.. Kalau dulu BN nei bodoh sombong, sekarang ni ditambah pula dgn celaka dan sial!!!
ReplyDeleteSaya tidak bersimpati pada pelanggar undang undang.Biar mahkamah menentukan.Yang buat laporan adalah Bank Negara.Apa kita mahu salahkan Bank Negara.?
ReplyDeleteScorpion
Panjang betul Ibni (apanama.......) tu tulis untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang neutral dan protesan. Bukannya orang marah kalau terbaca posting beliau, tapi meluat dan menyampah. Lebih baik si QD tu, dah memang dia tahi sembelit yang bercop keris telanjang. Sebenarnya tahi sembelit UMNO memang payah nak keluar sebagai tahi cirit, tak gitu? Habis sykt seperti CTOS dan CCRIS tu dah berapa ribu kali kena saman sebab mendedahkan maklumat si berhutang? Bankrap atau muflis kah sykt tu sekarang? Senang cerita, di negara ini kalau mendedahkan kesalahan para menteri kepada Perdana Menteri boleh lah diibaratkan mengadu perbuatan si penyangak kepada Ketua Penyangak. Tak perlulah nak berbukti-bukti, kerana si tahi sembelit bukannya nak nampak apa-apa bukti kecuali pintu jamban yang bercop keris silang bertelanjang. Sudah-sudahlah condong kepada parti Munafik Melayu tu.
ReplyDeleteAnon 20:47,
ReplyDeleteAnda terlalau emosional dan saya kira fitnah .Tak takut dosa ke ?.Kita boleh berbicara perbezaan pandangan tetapi anda terlalu taksub dan menuju kebencian.Sekadar teguran.
Ibnu Ismail
ReplyDeleteRafizi telah mengambil risiko yang tinggi melalui pendedahan isu NFC. Mahu tidak mahu kita perlu akui bahawa pendakwaannya adalah bersifat politik.
Jika kita renung kembali episod pendedahan ini, ia sebenarnya menunjukkan kerajaan cuba menafikan bahawa memang cuba deny wujudnya penyelewengan dalam isu NFC. Pendedahan pada peringkat awal dinafikan dengan pelbagai cara oleh pihak kerjaan. Kerajaan sedaya upaya cuba menutup dan buat pekak badak je untuk mematikan penyelewengan NFC. SPRM,Polis dan lain-lain agensi yang sepatutnya bertindak duduk diam je.
Peringkat seterusnya apabila Rafizi membuat pendedahan bagaimana wang NFC diguna untuk membeli kondo dsb, pun kerajaan masih tidak berbuat apa-apa. Yang kita dengar pelbagai alasan oleh beberapa individu dalam kerajaan masih nak mempertahankan isu ini.
Bila kerajaan bertindak? Kerajaan bertindak agak lama setelah pendedahan akaun NFC dibuat oleh Rafizi dan isu penyelewengan NFC ini menjadi isu besar dan mula memberi kesan kepada Umno dan kerajaan. Itupun setelah isu ini menjadi begitu hangat dan tak boleh hendak diputarbelit lagi.
Now, sekarang ini isu pendakwaan Rafizi dibuat memang menggunakan undang-undang walaupun bermotifkan politik. Tak mengapa kerana UMNO berkuasa hari ini. Dalam senario politik hari dimana Umno/BN dalam keadaan terdesak, jika berlaku perubahan kerajaan, undang-undang yang ada ditangan UMNO/BN hari ini akan menjadi senjata makan tuan.
Undang-undang itu nanti akan memakan diri pemimpin UMNO/BN bukan atas dasar pendakwaan politik lagi tetapi sebagai natural justice diatas penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa mereka.
Pendakwaan Rafizi dilihat oleh rakyat( kecuali orang Umno) sebagai satu pengainayaan politik. Jika didapati bersalah beliau munhkin dipenjarakan dan didenda. Saya percaya rakyat Malaysia yang perihatin akan menyumbang dana untuk membayarnya.
Jika pendakwaan Rafizi ini adalah sekadar untuk membuat Rafizi sebok dengan kes mahkamahnya sahaja ( yang saya rasa itu motifnya) agar tidak mempunyai waktu untuk membongkarkan isu-isu lain, saya rasa Najib silap. Rafizi telah menunjuklan defiantnya dengan menubuhkan Ngo terbarunya.
tuan Aspan,
ReplyDeleteCuba baca penulisan kawan kita tadi
"Antaranya adalah pelanggaran seksyen 6 yang dengan jelas menyatakan bahawa pendedahan ini hendaklah dibuat kepada agensi penguatkuasaan tetapi Rafizi dedahkan pada public di sidang akhbar."
"Pendedahan dengan mengadakan sidang akhbar juga melanggar seksyen 8 iaitu maklumat tersebut tidak boleh didedahkan kepada pengetahuan umum (public)".
Memanglah Rafizi akan buat begitu jika pihak penguatkuasa simpan semua laporan dalam tong sampah sahaja. Tanpa menyatakan kepada rakyat, siapa akan percaya bahawa mereka melakukan pekara teruk ini. Jika dalam keadaan di mana kerajaan adil dan saksama tentulah pekara ini tidak perlu diwar-warkan.Mungkin, PR boleh ambil iktibar dari kes ini di mana seseorang yang melaporkan apa juga kpd pihak penguatkuasa dan jika dalam tempoh tertentu tidak diambil tindakan sewajarnya maka pemberitahu maklumat boleh mewar-warkannya di pengetahuan umum utk memberi tekanan kepada kerajaan. Kes2 ini hendaklah berunsur kepentingan rakyat sahaja. Apapun kami rakyat Malaysia menyokong tindakan Rafizi dan sahabatnya.
Salam Sdr Aspan Dan Pengunjung Blok.
ReplyDeleteSaya sarankan kepada pihak berkenaan/terkait dengan isu/kes? ini;
1. Yang disebut membuat pengakuan berhubung dengan pendedahan yang dibuat.Benar atau tidak laba yang berkaitan diperolehi dari sumber yang bersih dan betul.
2.Pihak bank harus bersifat "suci" dan memaklumkan lain2 transaksi yang ada kena mengena dengan tertuduh.
3.Pihak berkuasa bersikap berkecuali dalam menangani isu salahguna kuasa,pechah amanah dan rasuah.
4.Para kuasa politik yang memerintah tidak mencampuri kerja2 pelaksana tugas(takde kona2)
5.Pelaksana pengadilan jangan buat kerja dalam keadaan takut dan mengharap sesuatu dari pemegang kuasa memerintah.
Pekara ini sepatutnya dianggap tertuduh adalah "Wistle Blower" bagi membetulkan sistem keadilan dan pengurusan wang negara/rakyat. Kalau benar penyelewangan berlaku, tertuduh sepatutnya di beri GANJARAN jika salahlaku terhadap dana ini benar.
Tidak banyak beza jika dibanding dengan "Mogul" dadah yang mengumpul laba dan apabila mendapat maklumat ia akan disiasat hingga ke"dalam Kain".
Kepada yang diberi kuasa memerintah, Insaflah, kerana kamu memerintah kerana ada rakyat.
Kepada yang diberi tugas, jalankanlah, kerana Allah sentiasa melihat kamu.
Kepada yang di beri Amanah, bertanggungjawablah kerana kamu akan diadili diAkhirat kelak.
Janganlah kamu takut akan manusia kerana ia tidak kekal'
Takutilah ALLAH kerana kita akan dikembalikan kepadaNya.
Kepada perlaku "rompakan" jadi2lah harta dunia tak kemana.
Wassallam.......
Undur2..umno Undur..Hancur2..hancur BN..Hidup2..Hidup Rakyat..Selamatkan Malaysia dari Penjenayah Kolar Putih berlesen ni..same je mcm penjajah british , sepanyol rembat harta org ramai jajah negeri org tp ckp kt dunia mereka hanyalah penasihat kpd negeri jajahan tu..taktik yg sama digunakan skrg oleh bn..rembat harta rakyat berlesen..rakyat mesia x sedar2 lg x tahu la..bosan dgr skrip same berulang dr zaman mamak mendeliar kutty tp rakyat mesia masih bg chan kt bn..ketuanan melayu kepala bana ko..kalau ketuanan melayu nape melayu masih plg MISKIN dlm mesia, melayu byk pakai spender je xde baju, masih byk rumah berlobang2, melayu mampu makan siput babi je..budus btol..smpai kiamat le melayu kene tipu mampus hidup2 kalau korang sume bg chan lg kt bn pru 13.. baik sokong konsep equality mcm amerika..sokong konsep meritokrasi mcm amerika, sokong konsep pembangunan bakat mcm amerika..sume ade peluang jd kaya, maju, jd hebat, jd pandai bukan mcm ketuanan melayu..asik melayu tu je..lepas husin, husin, lepas tu husin lg, pastu husin lg..budus btol bani melayu ni asik bg chan je kt ameno kencing berak ko idup2.. hidup bangsa Malaysia!bukan hidup melayu..sampai kiamat pun melayu x maju kalau korang sokong hidup melayu..
ReplyDeleteDi mata undang2 dan penjenayah2 yang menggunakan undang2 sebagai pelindung mereka, maka tindakan Rafizi dan pejuang2 yang melawan rasuah dengan cara sedemikian itu dikatakan sebagai satu kesalahan, padahal pada rakyat biasa, apa yang Rafizi lakukan itu sajalah caranya menentang rasuah dan jenayah kolar putih dan jenayah berprofail tinggi yang gagal dikekang oleh kerajaan yang memang jelas penuh bersarang dengan rasuah dan salahguna kuasa. Apalah gunanya undang2 kalau undang2 itu dimanipulasi untuk melindung penjenayah?
ReplyDeleteBat8,
ReplyDeleteTahniah kerana mengekalkan budaya melayu yang penuh budi.
Saya bersetuju bahawa terdapat curiga dalam transaksi lembu lembu tersebut. Namun ianya tidak menarik perhatian saya kerana ianya bukan satu cerita baru dan saya yakin mereka tahu bagaimana untuk menghilangkan jejak tanpa dapat dikesan. Tunggulah nanti penghakiman di alam yang kekal.
Saya lebih menekankan bagaimana seorang pengamal/lulusan perakaunan seperti Rafizi boleh lalai dengan peraturan BAFIA. Bukan salah musuh jika menyerang kita atas kelalaian kita kerana musuh dicipta untuk musnahkan kita. Tujuan yang baik tetapi jika caranya salah akan menghasilkan perkara yang salah.
One needs to weight out the costs and benefits of his actions in the public/people and country best interests.
ReplyDeleteBut this matter is only the tip of the iceberg....the government cannot have people coming forward to expose more serious matters to the public - they want to resolve it behind close doors.
Hakim akan buat keputusan menyerupai: pahla suku, dosa suku. Thats the law.
ReplyDelete