Pilihanraya kali ini sangat mahal
harganya. Mahal sungguh untuk pihak pemerintah untuk mempertahankan kuasa yang
semakin menipis itu. Semalam hampir dua jam Perdana Menteri merangkap Menteri
Wanita membentangkan bajet 2013 dan begitu ramai yang memanggil saya untuk
minum kopi dan memberi komen tentang pembentangan bajet itu.
Saya telah membuat kenduri untuk
dua orang anak saya berkahwin dan apa yang saya nampak bajet kali ini banyak
memberikan tumpuan kepada ‘handouts’ untuk pilihanraya dan ianya tidak lebih
dan tidak kurang seperti pemberian ‘door gifts’ kepada tetamu yang datang untuk
kenduri kendara kahwin anak-anak kita.
Salah seorang dari rakan saya
yang berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan memberitahu saya seminggu yang
lepas yang bajet kali ini adalah bajet ‘bunga telor’. Apabila saya bertanya apa
maksud beliau, dengan tegas beliau mengatakan yang bajet kali ini ialah bajet
yang menumpukan untuk membeli hati dan jiwa rakyat. BRIM sana BRIM sini dan semuanya itu bukannya
memberikan apa-apa faedah jangka panjang tetapi hanya sekadar untuk membeli
perasaan rakyat untuk pilihanraya sahaja.
Pemberian ‘bunga telor’ ini hanyalah
untuk digunakan buat sementara waktu sahaja iaitu semasa pilihanraya. Najib
mengharapkan rasa suka itu akan masih terasa berada di dalam hati pengundi
apabila pilihanraya di adakan. Apa yang berlaku selepas itu mereka (BN) tidak
peduli kerana jika mereka mendapat mandat lagi BN ada lima tahun lagi untuk mengelentong rakyat
sesuka hati mereka.
Najib membentangkan kepada kita
semua sebanyak 80 peratus dari belanjawan 2013 ini adalah belajawan menguirus.
Hanya 20 peratus sahaja dari jumlah itu untuk membina pembangunan ekonomi
negara. Nampak dengan jelas yang kerajaan hanya menumpukan perbelanjaan untuk
menampung perkhidmatan awam dan perbelanjaan mengurus yang lain.
Kali ini benar-benar bajet
membeli undi dan bajet bunga telor. Bunga telor selalunya nya kita dapati dari
seseorang apabila dia menjemput menghadiri majlis perkahwinan yang hanya datang
tiga atu empat tahun sekali. Tetapi bunga telor itu tidak dapat memberi faedah
jangka panjang pada penerimanya. Ia hanya setakat kenang-kenangan sahaja.
Pembayaran ‘one offs’ seperti ini tidak akan membawa apa yang di cita-citakan
rakyat untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020
nanti. Ia akan hanya tinggal slogan dan slogan terus-menerus.
Tetapi apa yang kita boleh
rumuskan pemberian ‘gula-gula’ ini sangat mahal harganya. Lain-lain perkataan
rakyat terpaksa menanggung harga yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa di
Putrajaya itu.
Itulah sebabnya saya berfikir
yang bajet anjuran Pakatan Rakyat itu lebih realistik jika kita memilih untuk
mengekalkan negara kita sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang
serta memberikan keringanan kepada kehidupan rakyat biasa.
Rakyat akan lebih terasa
kebaikannya jika hutang PTPTN serta harga kereta yang murah dirasai oleh rakyat
kerana ini lebih memberikan munafaat kepada rakyat yang ramai. Mendapat BRIM
sebanyak rm500 itu tidak dapat menampung kos penghidupan yang tinggi yang di
alami oleh rakyat. Rakyat mahukan joran bukannya mahukan ikan yang cepat busuk
itu.
Pihak BN boleh menuduh PR mengemukakan
bajet bayangan yang tidak boleh dilaksanakan dan akan membawa negara kearah
kebangkrapan tetapi dalam politik dan siasah mengharap itu adalah satu perkara
yang biasa dan dirasai oleh setiap rakyat di mana-mana sekali pun.
Jika PR tidak berjaya
melaksanakan janji-janjinya rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkan mereka
kembali di dalam pilihanraya yang berikutnya. Apabila sampai ke taraf itu maka
barulah benar-benar rakyat yang mempunyai kuasa menentu siapa yang perlu di
berikan mandat dan bukannya rakyat dipaksa oleh BN untuk menyambung mandat bagi
mereka melakukan segala noda dan dosa terhadap politik dan ekonmi negara dan
rakyat kita.
Rakyat tidak perlu takut untuk
memberikan keyakinan kepada PR kerana jika PR mendapat mandat ke Putrajaya ia
hanyalah TOL (temporary occupancy license) bukannya mempunyai hak untuk
mendudukinya secara kekal. Itulah kesilapan BN selama ini kerana mereka
menganggap Putrajaya itu adalah tempat yang boleh diduduki secara kekal dan
boleh melakukan apa sahaja di Putrajaya itu.
Bagi saya bajet kali ini ibarat
‘door gift’ semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Maklumlah
pilihanraya akan sampai tidak lama lagi.
Rakyat tetap menjadi penentu
dalam pilihanraya kali ini. Rakyat boleh memilih BN, tempat dan sumber rasuah
dan salah gunakuasa yang besar atau memilih pihak yang serius untuk membetulkan
dan menyelamatkan negara untuk generasi kita yang akan datang.
Jika BN masih mendapat mandat
percayalah kita akan menyaksikan rasuah akan berlaku lebih dahsyat lagi pada
masa-masa yang akan datang. Kenapa begitu?
Jawapannya mudah. BN akan percaya
yang rakyat boleh ditipu setiap pilihanraya seterusnya sampai bila-bila. BN
akan memperkuatkan lagi kepercayaannya rakyat, khususnya orang Melayu, akan
memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka melakukan rasuah secara
terang-terangan.
Mereka akan lebih percaya yang rakyat terutamanya orang Melayu boleh melupakan
dosa dan noda mereka dengan memberikan mereka ‘gula-gula’ apabila pilihanraya
mendatang. Apabila sampai ketahap itu tidak akan dapat lagi sesiapa untuk
berbuat apa-apa.
Negara hancur dan terus hancur
dan tidak siapa lagi boleh memperbaikinya lagi.
Pak Aspan,
ReplyDeleteBajet 2013 Najib ni adalah bajet JIWA KACAU. Jerjak besi dan dinding batu kamar sempit dan mungkin juga " tali tergantung " dalam bayangan seorang yang berjiwa kacau sehingga terhasilnya bajet bernama BAJET JIWA KACAU ini.
Semua Enam Jahanam dalam parti karat UMNO BN tentu rasa lega bajet macam ini. Masing2 tidur depa ni di ulit mimpi ngeri dan bayangan seram.
Muga rakyat terbanyak bijak menilainya. Ambil apa saja yang diberi namun undi jangan semudahnya untuk digadaikan. Kalau tidak..bertambah sengsara di hari2 esok kerana "syaitan" tidak mungkin membawa kerahmatan dan kebaikan.
Saudara AA dan bloggers
ReplyDeleteNampaknya amat jelas bahawa UMNO/BN telah hilang akal macam mana nak memperbaiki sengsara dan taraf hidup rakyat. Sekain daripada memberi 'gula'gula', apa yang ada dalam baget ni? Dapatkah baget begini 'kick start' ekonomi negara kita?
Salam.
Dah terdesak PM Najib dan parti "syaitan" dikenali tu. Rasanya "telor 2 biji" tu pun sanggup dia bagi kalau rakyat boleh janji dan beri undi UMNO BN menang.
ReplyDeleteAnak aku kat pasti pun boleh buat bajet macam ni Apk Aspan oii. Bagi singgit...pas tu 8 kupang enjoy sakan. 2 kupang boleh lah buat beli pemadam.
Apa ke jenis dan spesis PM Malaysia satu ni. Inilah PM paling haprak dan sewel dalam sejarah dunia !!!!!!
Si Najib ini bukan main "action" pada penghujung pembentagannya. Ejek sini ejek sana. Kalau nak bentang bajet, bentanglah baik baik. boleh rakyat hormat kau ni. Tapi bentang macamlah tengah bagi ceramah. kutuk PR habis habis.
ReplyDeleteAs Salam Tuan AA.
ReplyDeleteNR Altantunya ni mentadbir negara seperti beliau menjadi ketua bahagian UMNO di Pekan, Pahang aje. Sikap merasuah ahli menerusi pembahagian atau pengagihan projek-projek kerajaan kepada ahli (walaupun tiada kelayakan) supaya terus menyokong beliau terus menjadi kebiasaan. Begitu jugalah apabila beliau mendapat jawatan PM (dengan cara mudah dan hangguk-hangguk sahaja sebab Muhyideen tiada keberanian), maka pengalaman mentadbir bahagian akan dibawa kepada mentadbir negara pula. Maka banyaklah wang ditabur kepada rakyat untuk mengekalkan kuasa selama 5 tahun lagi. Tapi dengan berbekalkan kecetekan akal dan kebodohan (akibat kesan Nasi Kangkang Kak Ros dan pengaruh Menteri Perogol Amah) beliau telah lupa bahawa haruman wang ringgit akan hilang sebaik sahaja wang ringgit itu habis dibelanjakan (dengan keadaaan ekonomi sekarang), rakyat sepantas kilat akan lupa kepada pemberian tersebut. Nampaknya kebijaksanaan, ketokohan, pengalaman, ketakwaan, kejujuran, keikhlasan dan keimanan kepada tuhan beliau amat jauh ketinggalan berbanding Ketua Pembangkang (DSAI), cuma masa yang belum mengizinkan atau kebenaran yang sedikit lamabat muncul untuk membenamkan segala keburukan dan kejahilan di negeri Tanah Melayu ini. Semoga Allah SNT menurunkan rahmatnya kepada sekalian rakyat yang terlalu mengharapkan keadilan dan kebenaran bagi memusnahkan "golongan Yakjuj dan Makjuj" di Negeri Tanah Melayu ini. Amin
Pak Aspan,
ReplyDeleteNampaknya tidak ramai yang dapat memberi ulasan baik kerana mereka melihat bajet ini dari kaca mata politik PR bukan dari sudut kacamata Economist atau Akauntan umpamanya.Unknown mengatakan bajet yang bangang dan macam macam sedangkan belisu tu siapa.Setakat macam bunyi Guru Besar pencen tak payah ulaslah.
Rata rata ini adalahh amat menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat dan dalam berbagai sektor.RM251.6 B adalah satu bajet yang balance hampir 200B bagi tujuan mengurus dan hampir 50 B bagi pembangunan dengan personal tax reduction of 1% dan berbagai goodies bagi pelajar, petani, pelayan laut, anggota awam dan keselamatan negara yang diberi penekanan.
Tidak dapat dinafikan ini adalah bajet pilihanraya 13 tahun hadapan .Kita swrah pada rskyst menilai melalui peti undi nantilah.TK
The flying Scotsman
Bila Anwar ajak debat macam macam alasan diberi. Masa bentangkan bajet bukan main bersemangat kutuk pembangkang. iniah satu satunya PM di dunia yang melingkar bawah ketiak bini. Penakut!.
ReplyDelete-AnakPodeh-
Wahai manusia Scot terbang,
ReplyDeleteTak payah la jadi pakar ekonomi nak menilai bajet tu. Tolong habaq mai sat pakar ekonomi mana ajaq hang dan Najib buat bajet macam ni.
Cuba hang kira baik2 berapa banyak depa locate utk pengurusan dan berapa banyak utk pembangunan. Setakat pakai nama "The flying Scotsman" macam nama pertubuhan UMNO dalam oghang putih tu, hang ingat hang dah bijak sangat ka?
Asal ada BR1M semua baik belaka buat hang. Awat...kalau dah bagus dan pemurah sangat awat UMNO BN bagi BR1M ni selepas 4 dan 5 tahun menang election?. Awat UMNO BN tak bagi BR1M sebaik menang election tahun 1, thn 2 dan tahun 3?
Sebabnya tahun tahun akhir dah dekat dengan GE bukan???. Bukan kami bengap sangat nak faham macam hang yang mudah dibeli dengan duit sekupang tu. Tak heranlah hampir 70% respon dari kajian setuju bajet 2013 Najib ni bajet beli jiwa. PM jiwa kacau..habis bajet negara pun jadi kacau bilau. Sedihnya...pencacai macam hang pun ikut jadi jiwa kacau. Sedihnya..
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteSaya memang sudah bersedia dengan Bajet 2013 Najib umpama Santa Claus. Makin parah Malaysia kita ni. Bila agaknya Bajet Malaysia yang mencorak pengembangan ekonomi atau mengolah corak ekonomi ataupun bajet yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat dalam jangka masa panjang. Kena tukar PM dari PR la gamaknya. ABU.
Bajet rasuah rakyat mencerminkan UMNO tiada lagi mempunyai etika dan integriti. Kekeringan idea utk memikat hati yg anti BN.. Yg mengundi BN kerana sogokan ini akan senang 3 hari, tapi susah lima tahun akan datang iaitu Penny Wise Pound Foolish.
ReplyDeleteDan sekarang nei USD 40,000=RM 100,000,,dan tidak mustahil tak lama lagi akan mencecah USD10,000=RM100,000... Hehe bagus la sangat Bodoh Negara perintah Msia nei....
Bajet terbaik la konon...bajet utk kroni2 adala kerana tiada apa2 utk harga rumah, kereta dan toll yg terus dikekalkan supaya kroni2 terus mencuri duit rakyat!!!
Yang dijelaskan kegunaan duit tapi duit dapat dari mana tak dijelaskan .Bajet perlu ada aspek sumber dan aspek kegunaan.Kalau kegunaan saja dimaklumkan ianya tergantung dan rakyat tertanya2 samaada duit lama banyak lagi ke ? atau ada duit disurukan masih belum diguna ke? atau sumber pendapatan sedia ada memang dah tinggi tapi dalam bajet wajib dijelaskan.Takkan bayaran balik ptptn setelah ditolak 20% bolih pikul setahun perbelanjaan negara .Jadi bajet 2013 penuh mistri .....
ReplyDeleteSalam pak aspan..
ReplyDeleteNajib terpaksa beri imbuhan kepada segelintir rakyat..hanya kerana pakatan rakyat terlalu kuat memperjuangkan isu isu rakyat dan pendedahan salah laku serta rasuah pemimpin bn...najib berharap dgn imbuhan ini..rakyat akan dibuai mimpi serta lupa dgn apa yang telah di lakukan selama mereka menjadi syaitan lebih 50 tahun
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteLebih sesuai dinamakan Bajet kali ini sebagai "Bajet Tahi Ayam". Ini kerana tahi ayam masih panas apabila baru keluar dari dubur ayam, tapi apabila dah lama sikit (bila duit habis) ia menjadi sejuk dan nak dibuat baja pun tak sesuai kerana sikit sangat (rasuah wang kepada rakyat hanya sekadar cukup buat belanja seminggu sedangkan para pemimpin dah merompak kekayaan dan hasil mahsul negara melebihi 50 tahun). Hanya rakyat yang telah diberikan Allah kecerdikan dan kesedaran yang akan menolak perangai rasuah para pemimpin UMNO ini. Bagi rakyat yang otak kemetot dan berfahaman "haramjadah", mereka ini tetap menyokong UMNO walaupun ditipu setiap hari oleh para pemimpin UMNO yang juga berperangai "haramjadah".
Tuan Aspan,
ReplyDeleteOrang yang sabar pasti difitnah
Bajet PKR patut disebar luas kepada rakyat dalam bentuk risalah cetak. Atau boleh dijual dalam bentuk cetakan kemas...sebagai cara mengumpul dana PRU13.
ReplyDeletebapak pengantin bagi saya bunga telor....tetapi dia sendiri TAK DE TELORRR!!!
ReplyDeleteuuuuuwwaaaaaaa!!!
Saya pencen sendiri (pencen awal) BR1M x layak sebab isteri kerja, anak bawah umur 21, even pemgurangan subsidi gula juga tak memberi 'menafaat' sebab ada risiko diabetic, isteri bukan kerja swasta mahupun kerajaan yang mendapat bonus (elek, kosong). Berapa ramai macam saya?
ReplyDeletePM and Finance Minister that is clueless ie RM200 rebate for smartphone ! Our mobile peneration rate is already above 100%, so what's the point of spending tax payers money on this useless initiative. What a joke of a budget and hopeless leader of the country that is not even in parliment to defend his debate. Plus all the other hopeless BN MP's who are also not able to defend this useless budget.
ReplyDelete