15 September 2012

Najib minta semua rakyat berkorban. Dia bila pula nak berkorban?

Saya ingin menyambung posting saya siang tadi dan saya masih mahu menyebut tentang bagaimana pentingnya perlembagaan negara dihayati dan dijunjung oleh semua. Perlembagaan itu memberikan jaminan kepada semua rakyat untuk hidup aman dan damai dikalangan semua rakyat berbilang kaum.

Perlembagaan itulah yang menjaga segala-galanya untuk sebuah negara dan rakyat yang merdeka. Apabila ada kerajaan yang berpelembagaan maka tentulah ada undang-undang untuk menjamin keselamatan bagi semua pihak untuk melakukan apa yang boleh dilakukan oleh perlembagaan serta undang-undang itu sendiri maka ia bukanlah negara yang bertamaddun.

Hishamuddin Hussein semalam berkata yang kerajaan tidak menjamin keselamatan penggerak dan penjelajahan pembangkang. Sebagai seorang menteri yang menjaga keselamatan negara, jika keselamatan untuk menjauhi tindakan membaling cat dan kerja mensabotaj kegiatan siasah mana-mana pihak maka beliau adalah seorang menteri yang tidak bertanggungjawab atau pun tidak mengetahui tanggungjawab yang terbeban keatas bahu beliau.

Hisham tahu yang melakukan kerja-kerja hina itu adalah penyokong UMNO yang beliau menjadi pemimpin besarnya. Jika untuk menjaga keselamatan sebuah bas dan program parti-parti politik pun tidak ada kesanggupan bagaimana rakyat hendak meletakkan harapan untuk keselamatan negara keseluruhannya? Hisham tahu yang penyokong UMNO akhir-akhir ini mempunyai moral yang rendah. Beliau sepatutnya bertanggungjawab untuk memperbaiki keadaan ini. Hisham tahu yang UMNO memang suka mensabotaj. perbuatan pihak lain termasuk mensabotaj calon mereka sendiri.

Sebelum pilihanraya ahli-ahli UMNO akan sabotaj program parti-parti pembangkang, tetapi apabila sampai waktu pilihanraya mereka akan sabotaj parti dan calon partinya sendiri. Ahli-ahli UMNO serta penyokongnya sememangnya mempunyai ‘attribute’ yang buruk ini. Justeru adalah tidak wajar lagi parti ini untuk terus di berikan mandat kerana parti ini tidak mahu menjamin keselamatan rakyat yang ingin melaksanakan kehidupan biasa dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada hari ini elok kita melakukan segala introspeksi terhadap kita sendiri samada kita ini benar-benar berada di dalam sebuah negara yang aman dan selamat untuk hidup.

Semalam juga kita mendengar ucapan PM Najib semasa merasmikan perwakilan UMNO bahagian Pekan. Beliau melandaskan ucapan beliau kepada agama dan tuntutanNya. Kata beliau jika UMNO tidak bersatu segala usaha UMNO tidak akan di berkati Tuhan.

Najib berkata pemimpin wajib berkorban untuk kepentingan negara dan bangsa. Najib juga memberi ingatan yang Melayu hancur lebur jika UMNO diketepikan dan banyak lagi nasihat yang beliau berikan. Semuanya bersandarkan kepada kehendak Tuhan dan agama.

Tetapi persoalannya adakah Najib dan kumpulan pimpinan hari ini bersedia untuk berkorban? Bersediakah Najib berhenti dan bersara kerana kepimpinan beliau merupakan kepimpinan yang paling di ragui oleh rakyat. Jika dulu orang berkata yang kepimpinan Pak Lah merupakan kepimpinan yang paling buruk tetapi kita sekarang sedar yang kepimpinan Najib sendiri adalah yang lebih buruk dalam sejarah negara.  Kalau tidak masakan beliau sendiri mengakui yang pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit yang di hadapi oleh UMNO.

Tidak kah pimpinan Najib dan kumpulan mereka ini sedar yang mereka perlu melakukan pengorbanan seperti yang di sebutkan Najib itu? Apa yang rakyat mahu Najib berkorban ialah untuk menahan nafsu menggunakan kedudukan beliau untuk memerah rakyat. Jika harga kontrak MRT Ampang itu berharga RM1.1 billion biarkan lah harga itu bertahan setakat itu. Janganlah memberikan kontrak itu kepada kroni beliau dengan harga yang di tambah sampai RM1.8 billion.

Kerja seperti ini bukan Najib yang berkorban. Kerja ini merupakan kerja mengorbankan rakyat. Begitu juga dalam isu Scorpene yang pada asalnya berharga lebih kurang RM3.8 billion akhirnya dibeli barangan pertahanan itu dengan harga RM7.6 billion. Apakah ini pengorbanan Najib. Sebaliknya rakyat lah yang selalu berkorban untuk pemimpin-pemimpin rakus di negara ini.

Cakap-cakap berkorban yang diluahkan oleh Najib itu memedihkan telinga yang mendengarnya kerana Najib beranggapan yang semua rakyat boleh di perbodohkan dengan retorik liar dan kata-kata seperti ini tidak lagi laku kepada mereka yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin beliau boleh bercakap di Pekan tetapi janganlah hendak beliau bercakap di tempat lain.

Dalam dua isu dari yang banyak-banyak itu, saya ingin bertanya kepada Najib samada Tuhan marah atau tidak kepada beliau. Jika beliau berkata Tuhan marah kepada pimpinan yang tidak jujur, agaknya Tuhan marah atau tidak kepada siapa yang bertanggungjawab memerah wang rakyat dalam jumlah berbillion untuk kroni dan diri mereka. Tidak ada pula dalam sedikit yang saya tahu tentang agama ini Tuhan memberikan ‘exemption’ kepada setengah manusia seperti PM dan Menteri Pertahanan negara Malaysia.

Adakah Najib berfikiran membeli kelengkapan untuk pertahanan negara dengan harga yang tinggi dengan menggunakan wang rakyat dan mendapat komisyen yang ratus kali ganda itu hanya salah kepada orang lain dan tidak terhadap beliau dan kroni beliau?

Itulah sebabnya rakyat tidak lagi memberikan penghormatan kepada kepimpinan sekarang. Alasan yang Melayu akan hilang di dunia ini jika UMNO tidak dikekalkan berkuasa itu merupakan retorik yang sudah basi. Najib mesti berfikir yang Melayu wujud lebih lama dari UMNO. Sebenarnya keadaan itu adalah terbalik. Jika UMNO masih mahu memimpin Melayu UMNO mesti berubah secara ‘drastic’. Barisan pimpinan  sekarang wajar meletakkan jawatan dan serahkan kepada ahli-ahli untuk memilih barisan kepimpinan baru.

Sekaranglah waktunya kalau Najib benar-benar hendak menunjukkan yang beliau melakukan apa yang beliau katakan iaitu BERKORBAN! Jangan hanya pandai mengorbankan rakyat sedangkan beliau sedikit pun tidak mahu berkorban untuk negara dan rakyat yang sangat diperlukan oleh mereka sekarang.

Bagaimana pun rakyat tetap mahu menjaga negara yang merdeka ini dan mereka (rakyat) bertanggungjawab untuk memilihara negara dengan memberikan peluang kepada kumpulan pilihan. Ini sahajalah caranya untuk kita memelihara negara dan rakyat dan hentikan memberikan sokongan kepada pihak yang telah terlalu lama memerintah yang kini boleh dikatakan sebagai kumpulan yang kufur nikmat itu. Ramai yang percaya jika Najib melakukan pengorbanan bersama-sama barisan kepimpinnya dengan bersara sahaja maka ia merupakan satu nikmat yang bakal di alami oleh rakyat yang sedang dalam pencarian sekarang ini.

Kita pelihara negara kita dan di ucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke 49 tahun.

24 comments:

  1. Salam Pak Aspan dan semua,
    Najib memang sentiasa berkorban tetapi hanya untuk RM jer... sbb tu cincin RM ja boleh bina ratusan malahan ribuan rumah murah untuk rakyat miskin.
    Nak marah Najib ja pun tak leh juga sbbnya ramai MELAYU BANGANG BENGONG BINGAI BAHLOL YANG RELA MENGORBANKAN DIRI DAN KAUM KETURUNAN untuk bela UMNO. Tadak sapa pun paksa diorang pangkah BN/UMNO... sendri pilih dan pilihan itu MENYUSAHKAN RAKYAT yang lain... Letaklah akal di kepala kerana tempatnya tertinggi, bukannya di kepala lutut ek...
    Tq.

    ReplyDelete
  2. Tadi sy pergi ke rumah terbuka kawan pejabat sy. Suaminya penyokong tegar Umno. Dia memberi andaian bahawa walau Najib terlibat di dlm banyak skandal ttp kebaikan sedikit yg beliau sumbang sudah cukup utk suami kawan sy menyokong Umno. Totok betul. Mat ni hanya dpt berita dr RTM n TV3 n suratkhabar Utusan serta Berita Harian.

    Patutlah Mat ni walau duduk d KL mindanya sempit dan x tau perjuangan Pakatan. Perjuangan Pakatan adalah utk keadilan hak2 rakyat, membenteras rasuah n kroni serta pendidikan percuma sehingga ke universiti.

    Tercengang Mat ni sbb dia ingat Pakatan utk juang utk Anwar Ibrahim. Jadi persepsi mat2 totok ini perlu diubah n perlu dibuat lawatan rumah ke rumah utk menyedarkan org2 totok umno ini.

    Minda mereka sgt simplistik iaitu dgn RM500 selepas 50 tahun merdeka, janji ditepati n mereka berpuashati. Jadi Pakatan perlu berusaha utk menyampaikan mesej2 yg betul kpd org2 totok Umno ni sblm PRU13.

    Zurinah Zain

    ReplyDelete
  3. Sdr Aspan,
    Kadang kala timbul didalam fikiran yang bukan bukan berkenaan Hishamudin ni. Kenyataan yang dilapurkan kah yang salah.Dia bercakap seolah olah undang undang negara ini tak wujud dan semuanya bergantung pada apa kahendak dan ikut sedap dia aje. Fikirlah sikit. Dia kan menteri bukan orang biasa. Sungguh memalukan sebagai seorang Islam sebagai orang melayu sebagai orang yang terpelajar, biarlah berisi sikit cakap tu.

    ReplyDelete
  4. Para pemimpin UMNO ini sebenarnya boleh ditamsilkan "seperti kera kena belacan" atau "penyangak yang menyamar menjadi Tok Imam masjid".

    ReplyDelete
  5. Najib tak akan berkorban. Begitu juga umno. Tetapi mereka akan terkorban. Andainya di dlm umno masih ada insan yg boleh berfikir tenang dan jujur, sudi2lah membaca karya agung ibnu khaldun 'Muqaddimah' pasal kemunculan dan kejatuhan tamadun. Hampir semua petandanya ada pd umno-bn. Rasuah, kemusnahan undang2 dan institusi kenegaraan, perebutan kuasa dan harta para penguasa dan hartawan.

    Apabila sistem nilai dan norma sosial tidak lagi mewakili kehendak kolektif rakyat maks tidak ada kuasa yg dpt menahan keruntuhan pemerintah. Lengkuk graf kemunculan tamadun naik perlahan menuju puncak sebelum menjunam laju ke jurang jahanam. Ia akan mereput di dlm sebelum dirempuh mudah dari luar.

    Umno akan runtuh dari dalam sebelum dirempuh kebangkitan kolektif rakyat pada pru 13. Kepada para pemimpin dan pendokong umno yg masih celik dan waras, pilihlah jalanmu. Apakah kamu ingin bersama parti yg mereput atau ikut bersama membina peradaban kenegaraan yg baru.

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan Aspan,

    Selamat Hari Malaysia untuk tuan & tetamu blog tuan. Semoga dengan umur Malaysia yang semakin meningkat ini juga akan melahikan rakyat yang lebih matang terutamanya dalam menerima kepelbagaian & perbezaan fahaman dan pendapat.

    ReplyDelete
  7. Berkorban tafsiran Najib hanya one way iaitu rakyat sokong untuk menangkan umno dan dia mesti PM.Apa punya bangang punya makhluk bukankah dia tu perolih nikmat secara menggolek yang tidak ada pengorbanan langsung.Pemimpin yang baik yang pernah melalui seksaan kerajaan barulah namanya berkorban.Nelson mendela ,morsi adalah buktinya yang berhak mengatakan berkorban kerana mereka pernah hampir terkorban untuk tegakkan pendirian.Tanya Najib apa maana berkorban.Kalau Najib kalah dia dan keluarga akan lari lintang pukang kerana mukanya tidak ada langsung ciri berkorban,jadi kita ramai2 korbankan UMNO yang telah banyak mengorban rakyat ....bersabarlah tunggu masa umno dikorbankan untuk lihat najib berkorban pula..

    ReplyDelete
  8. moses kata. Begitu sekali seorg menteri yg diberi mandat menjaga keselamatan negara. Patut lah ada sebilangan anggota PDRM yg berperangai cam tu. Tuan Aspan sampaikan kepada Dato Seri Anwar bas yg kena cat merah tu biarkan jgn di cuci, hanya ganti cermin yg pecah saja. Merah tu tanda berjuangan yg menuju penhijrahan. X yayasan anda 1971/1972. Selamat berjuang, tak sabar PRU 13 ne. Tak dpt talok PUTRAJAYA tak apa, tapi suara pembangkang diparlimen tu yg penting.

    ReplyDelete
  9. Najib dan pimpinan UMNO ni asyik nak membodohkan rakyat je kerjanya. Tapi rakyat pekan pun dah ramai yang sedar bahawa Najib ni takde wibawa sebagai pemimpin dan cuma bergantung kepada bin Razak sahaja .Sementara itu orang melayu UMNO pulak terlalu bernostalgia tentang Razak dan kebangsawanan keluarga Najib! Hasilnya sekarang Melayu UMNO senang di haramjadahkan oleh pemimpin mereka yang korup dan tidak semenggah moralnya!

    ReplyDelete
  10. Assallammuallaikum, ana nak cakap panjang lebar lagi pun dah tidak perlu. Semua komen2 diatas ni telah pun meluahkan perasaan ana.
    Ana pernah menjadi AJK suatu cawangan UMNO. Boleh lah dikatakan ahli2 UMNO hanya sebuk mencari jalan untuk memenuhi kantung masing2. Untuk mencapai matlamat tu, mereka terpaksa menaiki hierarchy party dengan cara cantas mencantas.
    Sebaliknya, perkara diatas tidak terjadi dalam cawangan PAS (ana pun pernah menjadi AJK cawangan PAS selepas tu). To sum it up, kita harus lah mengambil kesempatan yg mungkin tidak akan ada pada masa yg lama lagi (wallahua’lam) untuk tidak mengundi lagi UMNO. Lupakanlah “Ketuanan Melayu”. Allah akan memelihara kita apabila kita menjaga perhubungan kita dengan Allah. UMNO sudah lost it’s relevance pada masa ni. UMNO sudah tidak mempunyai objektif perjuangan.
    Ya Allah keluarkan lah kami dari dibelenggu oleh UMNO

    ReplyDelete

  11. Bercakap pasal berkorban dan pegorbanan, adalah sesuatu perbuatan yang memerlukan keiklasan dan keluhuran hati untok melaksanakanya.
    Pengorbanan mempunyi tahap yang bebeda-beda ,pengorbanan seorang pemimpin tidak sama dengan pengorbanan rakyat jelata yang memerlukan keadilan dan saksama agar tiada rakyat terasa terhimpit atau tertekan.
    Kepimpinan Melayu telah menerajuai negara ini selama 55 tahun ,apa kata kita ubah selera?.

    ReplyDelete
  12. Tebing tinggi,apa yang mu cakap ni,macam orang mabuk aja atau sedang high dengan syabu.
    Apa,Melayu merajui negara 55 tahun,ada ia memerintah dengan baik? Macam Malaysia menjalan ke arah Zimbawe .
    Kalau tidak berpolitk wang atau rasuah pasti itu bukan BN UMNO .

    ReplyDelete
  13. Salam Sejahtera Tuan AA.

    Sebagai rakyat biasa yang mempunyai pandangan, pastinya Najib adalah PM paling haprak dan dayus berbanding PM yang sebelumnya (walaupun korupsi Mahathir melebihi Najib). Tambahan lagi beliau telah melantik Menteri Penerangan yang juga "bapa segala pembodek & jiwa kacau" untuk menerajui Kem Penerangan. Jika dilihat media masa kini langsung tiada laporan berhubung dengan kelemahan dan kesalahan parti pemerintah dari segi pentadbiran dan urus tadbir negara. Jika Najib bercakap di atas pentas pastinya beliau akan mengutuk Anwar (wajib di setiap perhimpunan) dan pembangkang. Bukan setakat itu sahaja, malah suruh rakyat membalas budi kerana apa? Kerana korupsi beliau bakal menghancurkan negara ini malah beliau selalunya mengutuk pembangkang yang tidak menepati janji dan tidak ada kuasa berbuat sesuatu terhadap negara. Bodoh punya Najib...... budak Tadika pun boleh jawab. Memanglah mereka tiada kuasa kerana bukannya parti pemerintah dan mereka hanya boleh memperbetulkan parti pemerintah dengan cara teguran di Parlimen (memang itu lah kerja pembangkang di seluruh dunia, termasuk UMNO kalau jadi pembangkang lepas PRU13 nanti). Bila Anwar cabar untuk berdebat maka Najib akan menyorok di belakang Roswah (kerana Roswah lebih tua darinya kot..?), bacul punya PM abad ini yang beliau berani hanya menggunakan pihak berkuasa untuk mendera rakyat dan pembangkang yang tidak setuju dengan polisi dan tindak tanduk beliau. Kepada Melayu yang rasa sayang sangat kepada UMNO tu, kamu semua cucilah otak tu sedikit mungkin kerana banyak sangat makan rasuah atau hasil haram maka otak kamu semua dah jadi kotor dan hati terlalu buta untuk menilai kebenaran. Tapi tak salah juga, kerana Tuan AA dah 40 tahun dalam UMNO pun baru nak beralih angin (keluar UMNO), apa lagi kamu semua yang pernah rasa hasil RM50 dan sekampit beras serta nasi bungkus dari UMNO.

    ReplyDelete

  14. Anon 21;47

    Nampak sangat tak reti bacha,itulah kalau kepala otak dah tune dengan sindrom denied .

    ReplyDelete
  15. As Salam Tuan AA.

    Najib suruh rakyat balas budi beliau dan UMNO.....boleh saja rakyat buat. Tetapi budi apa yang UMNO buat? Buat jalanraya? (dikenakan cukai jalan), buat hospital? (dikenakan bayaran wad dan ubat), buat kereta nasional? (jual kereta di luar negara lebih murah dari jual kepada rakyat), buat Masjid? Kat Thailand, Singapore dan Indonesia ada juga masjid (tapi tiada UMNO pun), buat bangunan KLCC? Apa faedahnya kepada rakyat marhaen (buat pakai duit Petronas/Rakyat, bila nak naik pun rakyat kena bayar), buat lapangan terbang/pelabuhan? Kat Sri Langka pun ada lapangan terbang dan pelabuhan walaupun tiada UMNO..... Kesimpulannya, Najib dan para pemimpin korupsinya lah yang patut jilat kaki rakyat dan balas budi rakyat kerana melantik mereka menjadi Menteri (Menteri Kontraktor Jual Negara), hinggakan mereka (Menteri UMNO) menjadi terlalu kaya-raya dan setiap harta milik rakyat pun mereka buat seperti macam harta mak bapak mereka. Kadangkala aku terfikir sekali nasib bangsa Melayu ini.... Kenapa Menteri Kebudayaan Jepun yang terlibat dengan skandal seks sanggup bunuh diri kerana malu kepada rakyat, sedangkan Menteri Melayu dengan bangganya merompak wang rakyat sehingga RM240 juta untuk kepentingan diri dan keluarga merasa begitu bahagia dan langsung tidak rasa bersalah malah menyalahkan pihak yang membuat pembongkaran korupsi dan salah guna wang rakyat tersebut. Aduhai Menteri yang berkenaan.... Kenapakah engkau dilahirkan sebagai Islam? Bukankah lebih baik engkau dilahirkan sebagai golongan Yahudi di bumi Zionis atau Kutty Kerala yang mengaku Melayu (maruah Islam akan lebih terpelihara kalau tiada spesis begini). Kasihan bangsa Melayu yang terlalu taksub kepada bangsanya, sedangkan segelintir barua (pemimpin UMNO) dari kalangan bangsanya juga yang tak henti-henti mengkhianati mereka. Semoga Allah menghancurkan segelintir bangsa Melayu (pemimpin korupsi UMNO) dan diganti dengan para pemimpin yang takutkan Allah SNT dan mematuhi ajaran Rasullullah (beriman).

    ReplyDelete
  16. Rasuah, rasuah, rasuah. Perkataan ni menutup kebodohan yang diracuni pemikiran puak2 pembangkang terhadap penyokong tegar. Dah nampak pun tisu bertabur, jelly bertiup2, ayaq dalam mulut termuntah2, masih nak spain lagi...

    ReplyDelete
  17. Dah lama dah rakyat berkorban dan juga ramai telah terkorban kerana negara. Nampaknya PM saja yang taknak berkorban. Eloklah kita korbankan dia dalam PRU nanti dengan memberi undi kepada PR pula.

    ReplyDelete
  18. Kalau dia nak berkorban tunggulah hari raya korban tahun ni, mesti bnyk lembu,kerbau dan kambing yg akan dikorbannya.

    ReplyDelete
  19. Pirate bin wenger a/l khairy,

    All the hoopla? Simple as for us, in short, mamak kutty owned umno (baru). The rest are mere fools!

    Thank you

    ReplyDelete
  20. Salam Pak Aspan,

    Ada seorang manusia yang menumpang populariti blog ini untuk tarik crowd ke blog dia.....dia guna komen bolat nazerbayv....tetapi blog itu bernama 'Pirates of Putrajaya' oleh Sir Wenger Khairy.....kalo masuk blog ini, kita boleh baca Quiet Despair dan Kampong man bebas membodek mahatdeyyyy!

    Cuma saya nak bagitau sesuatu berlaku malam semalam.....Pirate ni sudah buat post dalam blog dia.....tentang Najib kena hentam dalam mesyuarat MT umno (baru).....dan dia, Pirate of Putrajaya @ Sir Wenger Khairy @ pundek telah BERSETUJU dengan mood dalam mesyuarat itu yang menghentam Najib!....dan si pundek ni jugak bersetuju bahawa Najib perlu turun dan diganti oleh muhideeeeen sebelom PRU 13!!

    Bila saya komen memberitahu kemana sebenarnya umno (baru) sedang dan akan lalui....kepada kehancuran....terus dia (si pundek) delete post itu....

    Saya bukan nak bela Najib....tetapi siapa mamat pundek Pirate ni?....dia BRAG dengan gambar profile yang diambil dari corridor pejabat Putrajaya. Komen2 dia selalu berlegar2 hendak provoke orang/pembaca untuk dia gauge mood pembaca.....

    Inilah manusia2 durjana yang mahatdeyyyy bela untuk berada sekeliling Najib tetapi memberi maklumat untuk hancurkan Najib?.....Sampai bila mamak nak CONTROL Perdana Menteri Malaysia?????

    Inilah sebenarnya hakikat negara tercinta ini. Ramai orang2 melayu belom dapat menghidu atau membaca perkembangan ini.....Malaysia yang berada di bawah telunjuk...tekanan...kengkangan seorang mamak!!

    Perkara inilah yang guru politik saya Allahyarham Cikgu Hj Abdul Kahar Ahmad sudah dapat jangka akan berlaku....sejak awal tahun 2000 lagi....dan memang benar sedang berlaku!

    Kini, dua blog lahir dari dua anak melayu yang UNCONVENTIONAL....iaitu Pak Aspan dan Sakmongkol AK47 yang banyak membuka dan memberi maklumat sahih tentang perkembangan politik melayu/umno sejak 40 tahun lalu....inilah yang merunsingkan mahatdeyyyy....dua orang anak melayu yang celik ilmu sejarah serta politik dan teguh pegangan agama Islam....bangkit dalam dunia politik ....melalui parti yang umno duk hina, Dap...untuk mencabar dia.......

    Teruskan Pak Aspan dan Dato SAK.....manusia durjana seperti Pirate ni kita tentang sehabisnya....biarla QD dan Kampong man serta orang mesjid tanah terbenam dalam membodek mahatdeyyy

    I am with you Pak Aspan!

    sekian,

    gheng lama

    ReplyDelete
  21. Salam,

    pak aspan....55tahun kita merdeka..55tahun sudah umur sy malang nya melayu tetap rakus dgn temolok sendiri dn memperkayakan kroni.Bila ckp pasal agama melayu mmg amat peka,tapi jiran sebelah rumah di biar merana kelaparan. Bila ada keramaian ckp buka main JIRAN ITU KELUARGA TERDEKAT.TPI HAMPEH.....maaf tuan2,jgn marah,hanya menyedarkan org2 kayaraya yg lupa jiran sebelah rumah je.UMNO HANYA DI GUNA UTK MEMPERKAYAKAN KRONIIIIIIII.YG BENAR.

    ReplyDelete