Selangor tidak akan membubarkan
Dewan Undangan Negerinya jika pilihanraya di adakan pada bulan November atau
sebelumnya. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan bersama dengan
negeri-negeri lain dengan membubarkan DUN jika Najib mengumumkan pembubaran Parlimen
seperti yang lazim di lakukan oleh mana-mana negeri di masa-masa yang lalu.
Kita sudah mendengar pendirian
dari Kelantan yang berpendapat tidak mempunyai masalah untuk membubarkan DUNnya
mengikut tarikh yang akan di umumkan oleh Najib. Kita masih lagi menunggu
respon P Pinang dalam hal ini.
Sesungguhnya Selangor adalah
salah sebuah negeri berdaulat yang berada di dalam Persekutuan Malaysia dan
negeri itu berhak untuk membubarkan atau tidak Dewan Legislatifnya. Tidak ada
pihak lain berhak untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi negeri yang
berdaulat itu.
Pendirian negeri Selangor iru
bersebab dan bukannya membuat keputusan itu semata-mata kerana hendak berlainan
dari negeri-negeri lain. Selangor telah menjadi medan pihak yang inginkan kembali berkuasa
dengan melakukan berbagai-bagai tektik kotor yang tidak pernah dilihat sebelum
ini. Pihak BN telah menambah lebih dari empat ratus ribu pengundi yang
dipersoalkan ‘ligitimacy’nya sebagai pengundi.
Sampai kehari ini masalah itu
belum dapat di selesaikan oleh SPR dan pilihanraya sememangnya tidak patut di
adakan selagi semua pihak berpuas hati tidak ada pengundi-pengundi yang tidak
'legitimate' termasuk di dalam senarai pengundi yang terdaftar dengan SPR.
Jika terdapat ratus ribu pengundi
segera yang di daftarkan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing itu,
maka ia merupakan satu isu pengkhianatan kepada negara. Kita tidak mahu negara
kita di tentukan politiknya oleh rakyat asing yang di berikan kad pengenalan
segera semata-mata untuk kepentingan pihak yang sedang dalam keadaan ‘desperate’.
Jika ini berterusan maka keadaan akan menjadi berbeza. Ia akan
mewujudkan situasi dalam mana pemilihan adalah di antara rakyat asing yang di
sokong oleh BN dan rakyat Selangor yang di sokong oleh Pakatan Rakyat.
Dalam isu ini apa yang dilakukan
oleh kerajaan Pakatan Selangor amat mudah untuk di fahami. Pakatan rakyat
Selangor mahukan rakyat Selangor yang tulin sahaja yang mengundi dan bukannya
dari rakyat asing yang mendapat kad pengenalan segera yang dikeluarkan oleh
pihak BN.
Ia bermakna kerajaan Selangor
terpanggil untuk mempertahankan kedaulatan negeri Selangor dengan membenarkan
hanya rakyat tempatan Selangor sahaja yang mengundi. Tindakan kerajaan Selangor
itu semata-mata untuk menjaga kedaulatan Selangor sebagai sebuah negeri yang
menganggotai kerajaan persekutuan Malaysia ini.
Perlu di ingat kedaulatan
kerajaan persekutuan itu datangnya dari kedaulatan kerajaan negeri-negeri yang
menganggotai persekutuan kita ini.
Jika tercacat kedaulatan negeri
yang menganggotai persekutuan itu maka ianya akan menjejaskan kedaulatan
persekutuan kita ini.
Tetapi jika akhirnya Selangor
terpaksa juga menghadapi pilihanraya kali ini tanpa dibersihkan senarai
pengundi, maka pilihanraya nanti adalah pilihanraya untuk memilih pendatang
asing yang di sokong oleh BN atau pun memilih kehendak rakyat negeri Selangor
sendiri.
Yang penting rakyat dan pengundi
tulin Selangor mesti mempertahankan kedaulatan negeri mereka dengan memberikan
sokongan kepada Pakatan Rakyat yang benar-benar mahukan hanya rakyat tulin
Selangor sahaja yang mengundi.
As Salam Tuan AA.
ReplyDeleteKadangkala memang susah untuk difahami metaliti Melayu (golongan lanun) ni. Contohnya, Pengerusi/Tim SPR itu sendiri. Kalau dia dah tahu rancangan jahat UMNO/BN untuk menipu di dalam PRU maka dah tentu UMNO/BN ini adalah parti khianat bangsa dan negara yang akan juga menyusah dan mengkhianati anak cucu beliau (Pengerusi/Tim SPR) nanti. Mungkin beliau hanya memikirkan untuk mempertahankan jawatan besar beliau sahaja atau jutaan wang sogokan yang telah diterima untuk kerja kotor ini, tetapi kemusnahan dan kebinasaan yang akan terjadi disebabkan perbuatan dan pengkhianatan tersebut terlalu besar hingga melibatkan keamanan dan kehancuran kepada rakyat secara besar-besaran di negara ini. Kalau "spesis" ini ada sedikit keimanan di dalam hati beliau atau mungkin beliau pernah mengucap dua kalimah shahadah atau pernah solat walaupun 2 rakaat, maka apa salahnya beliau bertindak benar dengan mendahului kebenaran dan keadilan kerana beliau tahu UMNO/BN akan kalah besar dalam PRU nanti dan beliau juga mungkin akan didakwa, dipenjara dan disebat sekiranya didapati mengkhianati amanah rakyat di negara ini. Waima beliau tidak mahu berubah juga, mari sama-sama kita doakan semoga beliau dan keturunan beliau dihancurkan oleh Allah SWT dari segenap sudut di muka bumi ini walau dengan apa cara sekalipun, kerana perbuatan beliau ini terlalu besar kesan dan musibahnya kepada keseluruhan rakyat di negara ini. Ingatlah, doa orang yang dizalimi dan dikhianati tiada halangan di antaranya dengan Allah SWT. kecuali "spesis" tersebut memang tidak pernah percayakan Allah SWT (Mohon juga Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat bagi mengetuai sembahyang hajat bersama rakyat di perhimpunan PR di Stadium Bukit Jalil pada 3 Nov 2012 nanti).
Salam semua.
DeleteSangat setuju dgn 17:03:00.
Kalau Al-Ma'unah dulu bole hukum gantung sbb dituduh memerangi DYMM YANG DIPERTUAN AGONG, apatah lagi memberi I/C & kerakyatan kpd pendatang asing yg belum tentu rekodnya (pasti banyak penjenayah asing sbb banyak kes jenayah skrg melibatkan pendatang)!!! Hebatkan Malaysia ni. Dah ler di Bukit Malut@ Langkawi Madet bagi I//C kat pendatang haram myanmar & siam sampai dah jadi kampung diaorang; orang pilipina haram jadi rakyat sabah!!! Apa ler nak jadi dgn masa dpn anak cucu & tanahair kita. Hancur...
Pengerusi/Tim Pengerusi SPR memang dah dari dulu jadi pencacai@balaci kelas satu UMNO. Rakyat yg sepatutnya sedar tak sedar-sedar diri lagi, masa depan waris-keturunan dalam bahaya.
Jadi kpd yang ada akal, fikirlah. Jadikanlah PRU13 MEDAN MELAKUKAN PERUBAHAN. TAK SALAH TUKAR PEMERINTAH DEMI KEBAIKAN. JEPUN, KOREA BERULANG KALI TUKAR KERAJAAN, tak miskin pun malah bertambah hebat. YAHUDI ISRAEL pun berani tukar kerajaan kalau rakyat rasa dikhianati ( Yahudi Laknatullah). Adakah rakyat Malaysia lebih bacul dari bangsa Yahudi dalam mempertahankan hak demi maruah agama bangsa & negara dan generasi yang akan dtg.
Tq.
Salam
DeleteKalau rakyat bersatu, SPR tak dpt buat apa-apa!!!
Jgn biarkan PENGKHIANAT ini bebas bermaharajalela!!"
Marilah kita PECAT MEREKA SELEPAS PRU13 nanti dan PENJARAKAN MEREKA!!!
MOSES KATA. Jangan risau PRU 13 ne, 1 undi dr saya, Selangor tetap dihati undi PR ye yeeee, dulu PRU 12 saya dah buat peraliahan.
ReplyDeleteSakit hati bila tengok terlalu ramai pendatang asing disesuatu tempat dengan sikap kurang ajar mereka...seolah olah malaysia ini bukan negara berdaulat...
ReplyDeleteDengan penarikan kuasa rela untuk menahan pati dan arahan supaya tidak menahan untuk menyoal pendatang asing samaada mempunyai permit atau tidak..sudah di ketahui umum bahwa pendatang asing ini akan digunakan sebagai pengundi hantu dan seterusnya menjadi warganegara malaysia untuk merebut peluang seperti rakyat msia yg lain...
Sikap pemimpin kerajaan ini membuat rakyat malaysia khas bangsa melayu tidak mempunyai maruah...pemimpin bn yg kaya raya tidak mengetaui apa yg berlaku dikeliling kehidupan rakyat jelata..bagaimana pendatang asing membuat rakyat benci pada bn...
Kita ceritakan pada keluarga di kg..tentang apa akan berlaku pada bangsa melayu jika pendatang asing ini memasuki kehidupan kelompok bangsa melayu...umno sememangnya pengkhianat bangsa melayu..dan pakatan rakyat batalkan kad pengenalan kepada bangsa asing dengan membuatkan kad pengenalan dan surat beranak melalui saringan ketat dan melalui proses temuduga untuk mentarbatkan maruah dan kedaulatan rakyat malaysia..
The pendatang issue makes me vote for PR for the first time uncle Aspan.
ReplyDeleteI purposely went to Bukit Raja to attend yr ceramah 3 mths back.
ReplyDeleteI went wth 3 other course mates and found that yr ceramah was exceedingly convincing.
Tak usah risau & tak usah gundah gulana. PRU13 akan diadakan tahun depan Pak Aspan.
ReplyDeleteBila-bila pun kerajaan Selangor nak bubar dewan negeri apa masalahnya? Kenapa UMNO/BN dan SPR macam sakit hati pulak? Bukankah Najib sendiri pun bermain dengan tarikh pilihanraya. Bila kena batang hidung sendiri terasa pulak. Yang si SPR pulak masih tak faham setelah lebih 50 tahun merdeka, bahawa pembubaran dewan negeri tu hak kerajaan. Kerja SPR urus pilihanraya, bukan ajar kerajaan bila nak bubar dewan negeri.
ReplyDeleteSalam Pak Aspan,
ReplyDeleteMasa tahun2 1980'an, mahatdeyyy kata dengan pegawai2 kerajaan/orang2 melayu umno......dia terpaksa bawa masuk pendatang dari filipina dan indon untuk meramaikan penduduk Sabah yang rata2 dikuasai oleh bumiputera bukan Islam......
Dia main sentimen agama Islam....juak2 dia jaja serata donia melayu....semua angguk dan setuju.....
tetapi kita sedia maklum keadaan 'umat Islam' itu kini.....tidak diendahkan lagi.....dadah....zina....minuman keras.....anak2 tak bersekolah....mereka tidak ada pekerjaan tetap.....Kalau kita baca buku 'Tausug', penulis yang merupakan seorang warga sulu yang sudah bermestautin di Sabah ada menyatakan kekeluhan dan keresahannya....
Kini warga2 nepal, myanmar, bangla, vietnam, indon, filipina juga mahu di'islamkan' sekali lagi??????
PRU nanti, setiap rakyat ....perlu buat pasukan pemantau....bersama lensa kamera....di setiap tempat mengundi.....dari sebelom dibuka sehingga pusat2 itu ditutup....wajib kita bangun beramai2 memantau.....
Selain itu TRICK pada PRU 12 lalu yang saya saksikan.....ada beberapa tempat 'perhentian'....berkepong....tetapikerap disinggahi oleh beberapa kereta.....mereka masuk ke dalam tempat itu....ada berupa kabin....ada berupa rumah.....kemudian mereka masuk semula ke dalam kereta....dan di bawa pergi.....
mereka ini terdiri dari warganegara Malaysia.....adalah 'MULTIPLE VOTER' yang diurus baik oleh parti2 berwarna biru/putih.......adakah Jab Pendaftaran terlibat sama???
Mereka tahu siapa pengundi2 yang lama tak mengundi....nama2 ini akan diklonkan.....orang lain akan hadir sebagai warga itu....
Perkara ini berlaku di beberapa tempat di bandar melaka.......dan beberapa tempat lain.....warganegara enggan buat report polis....kerana mereka enggan alami kepayahan yang perlu mereka tempohi.......
inilah Malaysia yang dikotak-katikkan oleh umno (baru)ah!.......
sekian
gheng lama
Saudara AA, I think it will be political suicide if they tried to repeat Projek IC.I think the RAKYAT in Selangor will C thru the Scam and defend Kedaulatan Negeri dan Negara.Like in the Song 'Barisan Kita' "Letaklah Bunga diatas Pusara....."We anak Selangor will defend our dignity and there will be a bigger Tsunami this time around.Salam.
ReplyDeletePak,
ReplyDeleteumum mengetahui bahawa UMNO sedang mengalami ketandusan sokongan juga bakal kehilangan kuasa dan umum juga mengetahui bahawa UMNO sedang menggunakan segala cara yang menyalahi undang2 dan membelakangkan agama untuk mengekalkan kuasa iaitu melakukan penipuan dalam pilihamraya dan memberikan kerakyatan pada pendatang haram. Ianya adalah "rahsia terbuka" dan bukan lagi hanya tanggapan mahupun tohmahan. UMNO telah benar2 tergelincir dari landasan undang2 dan juga tersesat dari kebenaran agama. UMNO telah melakukan dosa dan kesalahan paling besar keatas umat islam, rakyat Malaysia dan juga negara isitu pengkhianatan dan belot pada agama, bangsa dan negara serta Raja2.
Persoalannya adakah kita orang2 melayu, rakyat Malaysia yang setia kepada negara dan Raja2 hanya akan menutup mata atas pengkhinatan UMNO ini dan turut sama khianat dan belot pada agama, bangsa dan negara? Menyokong dan mungudi UMNO bermakna kita juga adalah pengkhianat dan pembelot dan juga terkeluar dari ajaran agama. Mendiamkan diri juga bermakna kita adalah penderhaka dan munafik dalam agama. Apa yang UMNO sedang lakukan adalah dosa besar ke atas kita iaitu rakyat dan lebih penting lagi ke atas negara.
Rakyat Malaysia terutamanya orang melayu yang muslim WAJIB bangun dan menentang para penderhaka ini. itu adalah kewajipan dan tanggungjawap kita. jangan di biarkan musuh kita ini menjual kedaulatan negara ini kepada pendatang asing yang tidak bermoral serta tidak pernah setia kepada negara dan raja. Janganlah kerana UMNO kita mengkhianati para pejuang2 kemerdekaan dan juga para syahid yang telah menggadaikan nyawa mereka untuk memerdekakan negara ini dan mempertahankan ia dari musuh2. Negara lebih penting dari UMNO dan Rakyat itu lebih penting dari Najib dan para pemimpin UMNO. DAN Islam dan maruah itu lebih penting dari sogokan dan rasuah yang cuba ditawarkan oleh najib dan UMNO.
Adakah kita masih perlu berfikir siapa yang benar dan siapa yang salah? Sudah terbukti bahawa ABU itu kebenaran dan keperluan! Pilihan antara kesetiaan dan penderhakaan ada ditangan kita! Jom UBAH dan ABU!
Nick.
Dalam keadaan UMNO yang sasau dan bercelaru rakyat biasa bolih tengok ragam mereka yang dah lupa mereka naik kerana rakyat tetapi bertindak mengikut nafsu dengan tujuan rakyat buat U turn sokong balik mereka.Agen2 UMNO seperti SPR juga dah hilang pedoman kerana tindakan mereka seolah2 gajinya UMNO yang bayar.Kalaulah UMNO tumbang dan memang akan tumbang dicadangkan pegawai atasan diISAkan kerana mereka itulah yang telah memutar belitkan daftar pengundi dan kita bolih dengar apa jawapan mereka.Kalau pegawai SPR ini ada maruah mereka perlu cari alasan yang munasabah untuk tidak menerima sebarang perlantikan tetapi sedih mereka tak berani berkemungkinan mereka itu ada masaalah yang akan dipermodalkan olih pemerentah kalau mereka tolak jawatan tersebut.Mereka tu anggap penipuan termasuk bersubahat akan dipersoalkan diakhirat nanti dan terimalah balanya.Mereka perlu ingat doa2 orang yang dizalimi olih UMNO yang memerentah ikut nafsu selama 54 tahun takkan Allah tak dengar kerana doa mereka2 itu tidak ada hijab.Bukti yang jelas depan mata kita ialah ALLAH beri nyawa panjang kepada Mahathir untuk tengok apa jadi PR 13 dan harap2 jangan jadi Abang Zek terus padam sebelum Tan Sri Khalid Ibrahim angkat sumpah jadi MB Selangor.Rakyat dibawah negeri dibawah perentah BN dah tak sabar nak tengok UMNO parti setan ni padam dan berkubur.Wahai orang yang berkuasa haraplah jangan buat pilihan raya macam mainan bolih dipanggil sesuka hati.Tidak ada negara dalam dunia ni yang membuat pilihan raya mengikut selera perdana menteri.Miyanmar pun beri notis sebulan untuk pilihan raya .Memandang banyak penyelewengan dilakukan olih UMNO adalah munasabah Bangsa2 Bersatu mengambil aslih pentadbiran pilihan raya kerana kita tak bolih benarkan mereka2 yang berbau atau subahat dengan jenayah untuk tadbir pilihan raya kerana mereka akan tipu lagi.Pemimpin atasan UMNO utama presiden wajib dengar keluhan rakyat dan bertindak.Kalau rakyat nak cepatkan pilihan raya mengapa beri berbagai alasan .Janganlah anggap hanya UMNO saja layak perintah sedangkan yang lain tu tak layak kerana tak pandai putar belit.Rakyat dah tak bolih terima sebarang tuduhan dibuat keatas pembangkan kerana UMNO tu lagi teruk semuanya telah dilakukan untuk pegang kuasa.Wallah hu alaam.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteNah, pecah tembelang lagi nampaknya, kan? Jelas sekali SPR itu sendiri dah tak boleh pakai lagi dik akhlak buruk Pengerusi dan Timbalannya. Begitu juga dengan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor; namanya aja nama Nabi, tetapi, akhlaknya ...? Bahkan, fakta saudara bahawa kedaulatan Persekutuan adalah rangkuman daripada kedaulatan kerajaan negeri-negeri dalam Persekutuan itu tepat sekali. Justeru, saya bersetuju sangat dengan komentar ramai rakan yang secara terang-terangan menyatakan pendirian ingin mempertahankan kedaulatan ini dengan mempersetujui tindakan kerajaan Selangor ini. Syabas dan tahniah kepada kalian, dan bersamalah kita menumbangkan ahli keluarga syaitan yang dikenali ini agar kelak Malaysia tercinta ini kita punyai dan warisi bersama kepada generasi kita mendatang, insha Allah.
Terima kasih dan salam jihad.
Jika negeri yg dikuasi oleh kerajaan pakatan rakyat tidak membubarkan DUN..penipuan oleh bn dan spr dapat dibendung..
ReplyDeleteAhli pakatan rakyat boleh membantu di negeri negeri lain samada di dun dan parlimen untuk mengawasi pergerakan pengundi hantu serta menangkap dan belasah pendatang asing jika mereka bertindak sebagai pengundi yg tidak sah..
Pergerakan pengundi hantu pendatang asing ini mungkin akan banyak menggunakan teksi..sebagai membalas hadiah tayar 1malaysia..
Jangan kasi muka dengan pendatang asing yg bertindak sebagai pengundi hantu..yg jelas membantu bn menipu dlm pilihanraya...
Mulai sekarang kita..kita kasi warning dengan pendatang asing jgn bertindak sebagai pengundi hantu..kalo mau cari rezeki di malaysia..
ReplyDeleteSalam,bg saya yg mana bgs memerintah itu lah pilihan saya.kita tunggu je bila pilihanraya di umumkan.
ReplyDeleteSalam,bg saya yg mana bgs memerintah itu lah pilihan saya.kita tunggu je bila pilihanraya di umumkan.
ReplyDelete