Alhamdulillah hari ini saya
mempunyai ‘mood’ untuk menyambung apa yang saya tulis dalam posting saya
semalam.
Sesungguhnya saya begitu terasa
dan yakin bahawa kegagalan pimpinan UMNO dalam menterjemahkan kejayaan
sebagaimana yang telah terancang dan dipersetujui bersama di kalangan semua
kaum dahulu, terbantut kerana masing-masing hendak menunjukkan kelainan gaya dan stail kepimpinan
mereka.
Oleh itu kerana pucuk pimpinan
post Hussein Onn mengambil kepentingan untuk menunjukkan kelainannya telah
membantutkan perancangan jangka panjang untuk mengimbangi penguasaan kekayaan
negara di antara kaum seperti yang telah dirancang oleh kerajaan itu.
Saya menyebut kenyataan
ini dengan fakta dan statistik rasmi kerajaan yang penguasaan bumiputra dalam bidang
perdagangan dan perindustrian telah meningkat di zaman kepimpinan Tun Razak dan
Hussein Onn. Peningkatan penguasaan bumiputra dari 2.7 peratus pada tahun 1970
kepada 18.4 peratus pada 1984 itu adalah sangat memberangsangkan kita semua
semasa itu. Tetapi sejak 1984 sehingga Mahathir bersara pentadbirannya hanya mampu untuk menambah sebanyak 1 peratus sahaja di atas 18.4 peratus yang di capai sebelum Daim mengambil alih teraju pembangunan ekonomi negara. Sehingga sekarang peratusan itu tidak melebih 20 peratus. Apakah itu kejayaan Mahathir? jawablah sendiri.
Tetapi semuanya terbantut setelah
Dr Mahathir mengambil alih tampuk kepimpinan,
kerana beliau telah mengalihkan arah dan proses pembangunan negara ke arah yang
jauh dari apa yang telah dianjurkan oleh DEB. Semasa beliau mengambil alih hanya
tinggal 10 tahun jangkamasa pencapaian matlamat pegangan 30 peratus bagi bumiputra
dalam kekayaan negara dan memang masih mempunyai masa untuk mencapainya
menjelang 1990 dahulu. Tetapi sasaran itu tidak juga tercapai sehinggalah hari
ini.
Mahathir mangambil masa hampir lima tahun untuk menukar
segala-galanya dari memberikan fokus kepada perlaksanaan DEB kepada dasar
pembangunan jangka panjang. Mahathir tidak boleh membelakangkan DEB secepat
yang beliau inginkan kerana di dalam kepimpinan beliau pada awalnya masih ramai
lagi ahli-ahli kabinetnya yang masih mempunyai budaya dan cara berfikir yang
mendasarkan segala tindakan yang bersistem yang kekal dan kuat.
Maka DEB masih terlaksana sehinggalah
Tengku Razaleigh dialihkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Tempat beliau di Kementerian Kewangan diambil alih oleh Daim Zainuddin,
sahabat Dr Mahathir. Mahathir melantik Daim secara ‘unorthodox’ kerana beliau
bukanlah ahli Legislatif yang dipilih oleh rakyat tetapi hanya seorang Ahli
Dewan Negara semasa beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Jun 1984 itu.
Sejak dari itulah DEB diabaikan
kerana peneraju dan pemandu kepada DEB, Tengku Razaleigh sudah tidak lagi memegang
MOF dan mempunyai pengaruh dalam kabinet kerana Mahathir sudah mempunyai
sahabat kepercayaan beliau untuk mengubah hala tuju perjuangan kita untuk
melaksanakan DEB. Maka DEB terbantut dari saat itu.
Segala-gala yang kita lihat
sekarang ini bermula dari saat itu. Apakah dia perubahan-perubahan yang saya
sebutkan itu tadi?
Buat pertama kalinya negara dipimpin oleh orang biasa malahan semasa itu gandingan Mahathir dengan Musa dipanggil sebagai gandingan 2M. Ia telah menjadi ‘brand’ pentadbiran kita. Kita
semasa itu mendengar dalam kaca TV dan radio bercakap pasal 2M. Di sana 2M di sini 2M. Tak
kering tekak 2M..2M dan 2M. tetapi gandingan 2M ini berkecai juga dan
perpecahan Musa dengan Mahathir bukan tidak dijangkakan. Tidak ada sesiapa yang
boleh kekal dengan Mahathir jika mempunyai pandangan yang berbeza walaupun
sedikit.
Satu nilai yang mula terlihat apabila
Mahathir mula mengambilalih pimpinan negara, perasaan tanggungjawab terhadap
rakyat sudah mula meluntur kerana sejak itu sudah wujud sikap pimpinan hendak
menjadi orang kaya-raya dan sudah ada kecenderungan yang rasuah akan menjadi
budaya kepimpinan negara. Ia telah bermula dalam kadar yang agak kecil semasa
setahun dua beliau (Mahathir) mengambil alih kerajaan.
Apabila kuasa sudah berada
di tangan pimpinan itu, UMNO mula naik nafsu dan keinginan hendak menjadi kaya-raya
itu mula bersemi. Masing-masing sudah mula menitik air liur seperti anjing
nampak tulang, maka rasuah pun bermula dengan cara yang amat sistematik. Ia
dilakukan dengan menggunakan nama pengswastaan, mengkorporatkan jabatan-jabatan
yang menguntungkan, pengswastaan dan sebagainya.
Alasan untuk melakukan
perkara-perkara yang saya sebutkan itu ialah untuk meningkatkan kecekapan
pentadbiran dan bermacam-macam alasan yang digunakan untuk menghalalkan
tindakan rasuah dan salahguna kuasa itu. Masa itu jugalah slogan ‘bersih, cekap
dan amanah’ diwar-warkan dan dipromosikan dengan meluas. Akhirnya ternyata ‘bersih’nya
tidak ada, ‘cekap’nya entah ke mana dan ‘amanah’nya jauh sekali kedapatan selama
beliau (Mahathir) mentadbir negara selama 22 tahun itu. Kalaulah slogan itu
berjaya dilaksanakan, masakan rasuah begitu hebat berlaku seperti sekarang ini?
Bukan tidak ramai yang tidak
berpuas hati dengan tindakan Dr Mahathir membendung segala unsur rasuah ini.
Ramai di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO peringkat bahagian dan yang lain-lain.
Ramai pemimpin yang begitu runsing dan resah menyaksikan Dr Mahathir sudah mula
bermaharajalela itu. Malahan setengah dari ahli kabinet telah berpakat untuk
menyingkirkan Dr Mahathir semasa itu sehingga berlakunya pertandingan jawatan
Presiden UMNO semasa itu bagi mengelakkan unsur-unsur kemungkaran ekonomi dan
politik terus berlaku di depan mata dan kepala rakyat semasa itu.
Apabila beliau berjaya
mempertahankan jawatan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, Mahathir tidak lagi merasa senang kerana
keputusan itu memberikan makna yang beliau tidak lagi mempunyai sokongan yang
padu dari ahli-ahli UMNO. Mahathir merasakan sistem yang ada dalam negara ini
tidak memungkinkan beliau boleh bertahan lama, maka beliau telah membinasakan
segala sistem demokrasi yang ada untuk kepentingan politik peribadi beliau.
Sistem demokrasi yang lazim
diamalkan oleh mana-mana negara berdemokrasi tidak sesuai dengan Dr Mahathir.
Semua sistem itu digantikan dengan sistem beliau sendiri. Beliau berkata, kita
ada sistem demokrasi acuan sendiri dan berbagai-bagai lagi falsafah politik
baru ciptaan Mahathir.
Lazimnya jika sistem sudah
terbentuk walaupun seorang Perdana Menteri yang melanggarnya, sistem itu tetap utuh dan Perdana Menteri itu
terpaksa mengundurkan diri. Bagi Mahathir jika sistem itu menghalang
kehendaknya sistem itu yang terpaksa pergi. Itulah demokrasi acuan sendiri (Mahathir)
yang selalu dilaung-laungkannya itu.
Jika kita serius hendakkan
perubahan untuk keselamatan kita dan generasi kita, rakyat harus menolak
pemimpin-pemimpin atau parti yang berada dalam sistem yang tidak bersistem itu.
Sistem Mahathir ini sudah menjadi budaya yang telah diwariskan kepada
pemimpin-pemimpin selepas beliau.
UMNO mentadbir negara tanpa
sistem yang kekal seperti negara-negara demokrasi yang lain. Kita ditadbir
oleh pemimpin-pemimpin yang membawa cara pentadbiran sistem peribadi individu
pemimpin itu. Apabila mendapat pemimpin yang lemah seperti sekarang maka
rakyatlah yang menanggung akibatnya.
Bersambung lagi besok.
Bagus sekali ulasan Tuan AA. Saya juga teringat kalau tidak silap sistem mengundi dalam pemilihan Presiden UMNO di ubah mengikut sistem Mahathir dimana setiap satu pencalonan dari Bahagian nilainya sepuloh.
ReplyDeleteSalam Pak Aspan,
ReplyDeleteMembaca penulisan ini memberi saya 'historical perspective' umno lama yang dipacu mahatdeyyy dengan agak gila.....Fakta dan timeline adalah tepat....bersandar dengan segala perlakuan yang jelas.....memory database Pak Aspan sungguh 'crystal clear'!
Semuanya dipacu laju....berbagai slogan diengineered....kalo tak paham, asal dapat sebut sudah dikira ok laaa.....
1987 saya berkahwin....masa itulah saya mula mengenali Allahyarham Cikgu Hj Abdul Kahar Ahmad dari Muar, Johor. Inilah reference saya atas segala yang berlaku! Masa itu kita agak musykil juga apa yang Allahyarham sebut. Namun kini dicampurkan dengan penulisan Pak Aspan serta ramai bloggers seperti Datuk Sak.... kesemuanya sudah lengkap perspektifnya!!!
Head-on collision pertama mahatdeyyyy-Ku Li adalah PRU Parit Raja. Masa inilah lagak hipokrit ramai juak2 mahatdeyyy yang duduk 'bernaung' dengan Ku Li amat jelas watak dan wayang mereka.....Paling ketara, anak Pak Yatim Jelobu....dan Katak Pasir Mas.....
Sehingga kini, mereka adalah soldadu tetap dan berpencen mahatdeyyyyy.....saya perlu ucapkan tahniah kepada TGNA kerana memberi laluan kepada Pak berahim bertanding atas tikit Pas di Pasir Mas pada PRU 2008 lalu...Bila sudah menang, maka dia kencing TGNA/Pas....dan dia pun dikontrakkan untuk tubuhkan Perkasa oleh mahatdeyyyy....Maka kini katak ni sudah tak boleh lagi menipu rakyat Malaysia....sampai bila2.....
hahahahhahahah.....
Apakah kesudahan umno (baru)??.....Saya cuba ingatkan apa yang Allahyarham Cikgu Hj Abdul Kahar perkatakan.......
mmmmmm....errrrrr....jap2.....waaaaa...manyak woooooooo.....
sekian,
gheng lama
Saya rase ini catatan terbaik drp Tn AA
ReplyDeleteSalam Tuan AA & pembaca sekalian,
ReplyDeleteMungkin saranan ini luar dari tajuk perbincangan, harap dapat kiranya Tuan AA ulas sikit berkenaan TEKS KHUTBAH JUMAAT yang dikeluarkan JAKIM utk solat jumaat hari ini (7/9/12) ...
Sumber : http://www.islam.gov.my/khutbah-online
Saudara AA dan bloggers,
ReplyDeleteMM ni memang dikenali sebagai "The Devil's Incarnate". Semua sistem di negara kita 'kaput' kerananya.
Kenapa melayu umno (baru) taksub sangat dengan mahathir? Tunku, husein on dan Kuli dulu lagi dah bagi ingatan. Umno tak nampak ke melayu skrg dah porak peranda disebabkan nafsu keling ni? Sampai bila umno nak ikut telunjuk keling ini? 500 tahun dulu nina chattu khianati sultan dan melayu melaka sampai dijajah. Nina chattu mcm mahathir. Dua2 gila kuasa dan harta. Cuba bandingkan cara hidup mahathir selepas bersara dgn tunku dan husein onn. Sedarlah wahai melayu..
ReplyDeleteAnon 17:55, ho.....yang ada kat melaka yang kulitnya hitam tu adalah suku sakat nina chattu lah ya....patutlah gebang diaorang tu bolih tahan juga ya,so this the useless indian born under the dark sun eh.ABU
ReplyDelete
ReplyDeleteDizaman 60han dan 70 han susah nak jumpa orang yang gemok,kenapa eak ?.
Kemakmoran yang mendatangkan kemudaratan.
P/S harap kali ini dapat dipamirkan.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteSedang dengar LIVE political dan historical discourse oleh anak Tun Ghaffar di Serkam Pantai, Jasin, Melaka.
SAH umno (baru) nak lingkup!
Dia kata ada satu rahsia antara Tun Ghaffar dan TGNA. Alhamdulillah!
Bagi yg nak terus jadi balau dalam Kubang, macam mamat teksi, org mesjid tanah dan budak felda, takpalah.
Jap lagi Mat Sabu berucap!
Hahaha
Sekian,
Gheng lama
Gheng lama,
DeleteKau jangan ikut sangat si Tamrin uban dan Mat Sabun tu.Kedua mereka tidak mempunyai rekod yang baik dari zaman muda lagi.Siapa yang tidak kenal Tamrin di TIN MINE, KL Hilton di kelililingi bidadari2 terhegeh hegeh buat kata orang melaka macam kau tu.
Sebenarnya Tamrin tidak layak langsong menjafi Pengerusi Mara dulu.Out of respect pada arwah Ghafar dia di terima.Pada aku Tamrin is a spoilt.Aku mungkin tak banyak duit tapi kadang kadang aku lihat dia orang puteh kata a bit DAFT looking.Tak kuasa nak buka cerita Mat Sabu ni.Alhamdulillah,bila dah petang banyak orang insaf dan sedar , bagus lah .Tapi tolong jangan compare Mat Sabun dengan Ustaz Nasharudin ye, sebatu bezanya.Mintak doa Nasharudin masih dalam PAS.Sorry bro aku sokong UMNO dan PAS.Kau nak sokong siapa aku tak ler kisah pun.
Orang Mesjid Tanah.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteAkidah Mahathir 13 tahun dahulu
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSejarah M
Bagi aku apa juga Mahathir cakap aku akan pay attention kerana beliau ada wisdom yang leader lain tak ada.Bukan aku saja yang cakap gamai / ramai yang cakap.Kalau dia kata election Nov ok maananya ok ler.Jadi hebat lagi orang tua ni.Orang muda macam gheng lama ni dia kurang serious jadi aku pun tak ambil pusing.Anda semua sudah bersedia nsk pangkah siapa, silakan, hak kita kan .
ReplyDeleteAlo Olang mesjid Tanah,
ReplyDeleteNasha ni nak tahu tanyer ler student2 yang sewaktu dengan dia ....... masa tu lagi dia dah jenis yg terhegeh2 bila ada pegawai/menteri atau officials kementerian2 datang....
sebab tu perangai lama ni terikut2 sampai la ni....dia jenis assan ali jugak.....(mahatdeyyy kata rugi gomen antau assan ali buat PhD...sejootah kerajaan abis!).....sah ler dia ni belaan mahatdeyyy dan gomen umno/BN....dia pun sudah menampakkan kaler sebenarnya kini.....kedua2nya duduk dalam Pas dalam keadaan panas!!!
macam gak berahim ali semuanya....duduk dalam 'ghumah/kem' Ku Li....tapi memalam calll mahatdeyyyy!...
ni semua spesis melayu yang sanggup dibela....
Alo Anon 7.58
Gamai yang cakap?...takpe lerrr...ko jenis ikut lalang, melambai2 gamai2......nak buat camner......
aku belajau politik mahatdeyyy daripada orang melayu yang pertama yang berani bangkit dalam PWTC untuk menegur mahatdeyyyy......masa dia mula menegur dulu, tak ramai yang nampak apa yang dia nampak....kini setelah dia meninggal, apa yang dia sebut pada tahun awal 1980'an....kesannya sudah banyak yang berlaku.....dan ada juga yang sedang berlaku....yang belom berlaku pun, tanda2 ianya nak berlaku sudah ada.....
Bagi saya inilah ilmu....dia berpolitik dengan ikhlas.....sebab itu dia dapat petunjuk daripada Allah swt untuk membuat kebaikan dengan menegur.....yang lelain ada ilmu ini??
Kalo setakat nak seronok mengikut lalang....ikut apa yang mahatdeyyy sahaja kata.....takde ilmu untuk melihat serta menilai......selayaknya ikut ajer lerrr ketua parti setan tu...dia yang akui umno (baru) itulah setan yang dia maksudkan 'the devil you know'!!!
Aku menulis ini pun dengan niat untuk menegur...supaya dia baca dan menilai diri dia sendiri.....Ariel Sharon jaguh zionis yang zalim tu pun menilai diri dia sendiri dan akui kelemahan dan kesilapan dia.....sebelom dia jatuh sakit dan koma bertahun2.....terseksa di atas muka bumi lagi....kerana perangai jahat sewaktu berkuasa!
Allah swt kan saksi kesemuanya.....dan DIA yang merencanakan kesemuanya!!
sekian,
gheng lama
Anon 7:58
ReplyDeleteMahadey ader wisdom? Wisdom hape? Wisdom putar belit ke??? Wisdom menipu? Wisdom merompak dan memperbodohkan org2 melayu berdekad2? Itu yang ko kata wisdom??