03 September 2012

UMNO itu parti sumbang, serba tak kena

Sesungguhnya kepimpinan hari ini masih tidak tahu apa yang mereka kehendaki. Kepimpinan yang saya maksudkan ialah pemimpin yang memerintah dan mentadbir kerajaan hari ini. Jika benar mereka tahu mentadbir mengikut ciri dan kehendak kenegaraan tidak mungkin UMNO berhadapan dengan penolakan rakyat yang kian hari kian kuat dan jelas. Sokongan orang Melayu terhadap UMNO semakin menipis, ibarat tali gasing, semakin ke hujung semakin menirus.

Saya selalu berkata yang rakyat bukan saja-saja menolak UMNO yang sudah lama mentadbir negara ini. Kehendak rakyat untuk menolak UMNO ini sudah lama sebenarnya tetapi tidak nampak dengan jelas kerana rakyat semasa itu masih bersabar dan memberikan peluang dan masa untuk berubah. Apa-apa elemen buruk yang dilakukan oleh pimpinan UMNO sudah bermula lama dahulu.

Dalam pengalaman saya bergiat secara aktif dahulu, saya selalu membuat teguran di dalam mesyuarat-mesyuarat UMNO Bahagian tentang apa yang akan berlaku kepada UMNO jika sifat buruk yang sudah berputik itu tidak dibendung dan diperbetulkan dengan serius. Tetapi UMNO mengambilnya sebagai penentangan dan bagi mereka saya tidak wajar berada di dalam UMNO lagi. Itulah ayat-ayat yang sering saya dengar semasa saya bergiat di dalam parti itu dahulu.

Kerja-kerja rasuah memang telah bermula dengan jelas semasa pemerintahan Dr Mahathir, tetapi Dr Mahathir membendung dan mempertahankan pemimpin yang rasuah di setiap peringkat. Dr Mahathir semasa itu hanya mahukan satu perkara sahaja, iaitu memberikan beliau sokongan seratus peratus. Samada mereka yang memdukung beliau itu penjenayah dan perasuah beliau (Mahathir) tidak peduli.

Budaya pimpinan membina kekayaan telah bermula di zaman Dr Mahathir dan itu merupakan salah satu sebab kenapa berlakunya pertandingan jawatan Presiden UMNO pada 1987 dahulu. Semasa itu sudah ramai pemimpin UMNO di peringkat bahagian merungut disebabkan elemen rasuah sudah mula berkembang tetapi belum nampak dengan jelas lagi. Pimpinan zaman Mahathir itu sudah terlalu ketagih (tekinyam kata orang K Pilah) dengan kuasa dan wang ringgit, maka perjuangan parti sudah mula dilupakan.

Berlakunya pertandingan itu ialah kerana hendak mengenepikan pimpinan yang tidak mengambil berat tentang kepentingan negara. Mereka tidak mahu percaya yang rasuah itu adalah racun berbahaya kepada parti dan negara dalam jangka masa panjang. Ramai pemimpin UMNO semasa itu mahukan tindakan yang tegas diambil terhadap mereka yang mengambil kesempatan untuk membina kekayaan peribadi. Kita mahukan pucuk pimpinan membetulkan barisan kepimpinan seperti orang memakan tebu busuk seruas dibuang seruas.

Tetapi bagaimana pimpinan hendak melakukannya? Pimpinan tertinggi itu juga merupakan di antara ruas-ruas tebu yang berulat itu. Maka lama kelamaan semua ruas-ruas tebu itu menjadi busuk dan tidak berguna lagi. Itulah keadaan yang berlaku sekarang.

UMNO tidak mungkin mahu melakukan ‘replanting’ terhadap barisan tebu-tebu busuk tadi dan akhir rakyat lah yang perlu melakukan ‘replanting’ itu sekarang ini. UMNO tetap dengan barisan kepimpinan yang sentiasa menjadi persoalan rakyat. UMNO tidak mungkin menjadi sandaran kepada rakyat berbilang kaum lagi kerana sikap dan sifatnya sudah berubah begitu ketara sehinggakan UMNO itu sudah tidak dapat dikenali lagi oleh rakyat termasuk orang-orang Melayu sendiri.

UMNO sudah hilang pedoman dalam segala-galanya. UMNO tidak mampu menentukan arah tuju perjuangannya sendiri. Setelah mereka menyedari masalah yang berada di hadapan mereka, mereka tidak mampu membetulkannya kerana segala-galanya telah punah ranah dan keadaannya adalah ‘beyond recognition’. Malahan mereka tidak pun tahu apa masalah mereka sendiri.

Selagi orang Melayu masih tidak mahu melakukan sesuatu secara ‘unorthodox’ selagi itulah orang Melayu akan digambarkan sebagai bangsa yang tidak mahu berubah untuk kebaikan mereka sendiri. Orang Melayu sedang diasak dan didera untuk menolak perubahan oleh UMNO dan BN. UMNO tahu yang jika orang Melayu mula celik dan tahu tentang keaiban parti Melayu UMNO itu, mereka akan ditinggalkan oleh orang Melayu dan inilah risikonya jika orang Melayu menerima perubahan.

Sampai bilakah orang Melayu masih terikat dengan gula-gula dan manisan yang hanya dirasakan buat seketika waktu sahaja itu? Mampukah bantuan BR1M sebanyak RM500 itu menjadikan rakyat berbilang kaum di negara ini menjadi rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 itu. Menjadi majukah orang Melayu setakat berpuas hati dengan bonus raya dan duit aidilfitri yang datang setahun sekali itu? Habis raya habislah nikmatnya.

Bolehkah pemandu-pemandu teksi menjadi rakyat berpendapatan tinggi dengan memberikan 4 biji tayar lima tahun sekali semasa membuat persediaan menghadapi pilihanraya sahaja?  Masihkah orang Melayu menjadi seperti ‘ayam daging’ yang hanya berpuas hati dengan makanan yang dicatu setiap waktu dan hanya mahu melihat kita semua ini hanya mematuk makanan sepanjang masa tanpa diberikan peluang untuk berfikir dan membuat keputusan dengan sedikit maruah?

Mahukah kita semua percaya dengan apa yang disebut sebagai transformasi ekonomi yang berulang dan berterusan dimainkan oleh kata-kata pemimpin dan organ-organ propaganda UMNO seperti TV3 dan RTM setiap hari? Tahukah kita semua yang transformasi ekonomi yang dicanang setiap waktu itu hanyalah tindakan mengumpulkan semua cadangan-cadangan projek besar-besar yang diutarakan oleh kroni pimpinan kita untuk mengaut dan mengambil kesempatan untuk memerah keringat rakyat jelata sekalian?

Tahukah semua orang Melayu yang rakan-rakan bukan Melayu telah membuat keputusan dengan tegas yang negara ini perlu berubah untuk kebaikan masa depan generasi kita yang akan datang? Kaum Cina bertegas dan serius terhadap keadaan buruk politik negara pada hari ini. Rakan kita dari kaum Cina telah pun mengambil keputusan untuk menolak MCA secara ‘total’ dalam pilihanraya yang akan tiba ini. Tetapi sebaliknya, kenapa orang Melayu masih bergegar-gegar mempertahankan perlakuan pemimpin BN yang sebenarnya telah membantutkan pembangunan minda orang Melayu sejak dulu sehingga sekarang ini?

Kenapa orang Melayu membiarkan minda mereka dirantai dan ditawan semata-mata untuk memberikan pemimpin kita melakukan perkosaan terhadap kemerdekaan yang kita telah capai itu? Kita tidak faham kenapa orang melayu ini mempunyai sikap pelik?....lagi dibohongi lagi mereka sokong? Bukankah itu memberi makna yang kita sedang melakukan kezaliman kepada diri dan bangsa kita sendiri?

Persoalan-persoalan yang saya paparkan ini sebenarnya hanyalah untuk saki baki orang Melayu yang masih tidak mahu berubah siasah dan politik mereka. Tetapi sekarang ini sebahagian besarnya orang Melayu telah menunjukkan perubahan yang ketara dan jelas. Mereka mahukan perubahan dilakukan. Mereka (orang Melayu) sudah faham yang tidak ada mana-mana pihak atau sesiapa pun yang boleh merubah mereka selain dari diri mereka sendiri yang melakukannya. Selagi kita masih berfikiran seperti dahulu selagi itulah kita akan hanya dijadikan sebagai alat untuk mereka yang sedang memerintah untuk melindungi mereka yang sedang ketagih untuk melakukan jenayah kepada mereka (orang Melayu) sendiri.

Walaupun orang Melayu di bawah-bawah ini tidak melakukan apa-apa jenayah tetapi sikap mereka mempertahankan penjenayah-penjenayah politik dan ekonomi di atas tidak membebaskan mereka untuk menerima kesan dari bala yang  mendatang kepada bangsa dan negara kita.

Oleh itu sebelum kita dilanda malapetaka elok kita membuat persedian untuk mengelakkan dari perkara itu berlaku. Berubahlah!

Kita mesti sedar yang UMNO telah curang kepada bangsanya sendiri. UMNO telah memperkosa bangsanya sendiri dan berkelakuan seperti seorang yang ternoda dengan sumbang mahram yang telah melakukan kerja-kerja sumbang terhadap keluarganya sendiri.

17 comments:

  1. Salam AA dan bloggers,

    1.Ketuanan melayu adalah satu doktrin yang merbahaya yang sanggup melakukan apa sahaja agar dapat mengekalkan kuasa segelintir elit melayu.

    Patuh membuta tuli kepada pemimpin adalah satu kemestian, dimana sesiapa yang mempersoalkan atau mengkritik adalah salah,dianggap musuh dan harus dihapuskan.

    Itulah sebabnya politik cantas mencantas subur dalam UMNO bila seseorang yang bijak dan berfikiran jauh merupakan ancaman untuk pertukaran tampuk pemerintahan.

    Yang bijak2 keluar dan masuk PR ibarat kata Tun Dr mahathir.

    Minda feudal seperti kata Dr Asri (MAZA)seperti Kesultanan Melayu Melaka mempunyai konsep derhaka rakyat baisa yang menentang ketua kampung,yang berketuakan pembesar daerah yang mendapat sub-kontrak mengutip cukai bagi pihak sultan.

    Akibat terlalu biasa mengampu,pemimpin UMNO masih lagi menyorok bawah ketiak sultan apabila menghadapi masalah dengan org ramai.

    2.Kita tidak pernah mempersoalkan Perlembagaan yang menjamin kuasa raja/sultan dan hak rakyat dipayungi kuasa dengan had tertentu.

    Kita cuma kecewa bila raja/sultan mencampuri urusan politik yang bias kepada UMNO/BN.

    Kita lebih sakit hati bila raja/sultan melibatkan diri dalam perniagaan,wlaupun melalui penama/proksi yang terang2 bersaing dengan rakyat mendapatkan kontrak/tender.

    Kita tersangatlah bengangnya bila raja/sultan/kerabat yang menjadi ketua agama Islam bermewah2,berpoya2 dengan minuman keras,memukul caddy golf hingga mati,mempunyai permpuan simpanan,hutang judi bla bla bla..

    UMNO/BN berdiam diri sambil menggunakan kemungkaran tersebut untuk 'bargaining power' untuk berlindung apabila berhadapan dengan rakyat, sebagaimana terhutang budinya raja/sultan pada zaman krisis perlembagaan di zaman Mahathir dulu.

    3.Tiadanya elemen ketelusan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat adlah satu keegoan yang meninggi di pihak UMNO/BN adalah bertitik tolak dari 'minda feudal'.

    Kita tertanya2 dan tertunggu2 jawaban 'official' seperti kes kapal selam dimahkamah Perancis,siapa pembunuh Altantuya dan apa hubungan PI Bala dengan Deepak kawan peniaga karpet Rosmah,tuduhan jenayah terhadap Gani Patail,pemberian kontarak LRT Ampang kepada George Kent,projek lembu Shahrizat yang terang2 'conflik of interest',kematian TBH dan Sarbani ditangan SPRM bla bla bla..

    Di hati kecil pemimpin2 BN ini ketawa kecil sambil berkata "Mampus la korang,kuasa ditangan aku,aku punya sukalah nak buat apa. Bukan ke korang yang mengundi aku untuk memimpin?"

    4.Tidak ada yang dapat menyelamatkan UMNO kali ini,melainkan dengan izin Allah belaka.

    Undi hantu dan undi pendatang pun belum tentu,selain kawasan2 panas yang mempunyai majoriti undi bawah 1000 seperti di banyak kawasan di Selangor.

    Mana tahu mat2 indon dan bangla tetiba berubah hati saat2 akhir mengundi PR.

    Kita tak boleh buat apa2 jika pendatang diberikan IC melainkan cari mereka dan 'sekolahkan' mereka supaya bertukar dari mengundi UMNO/BN kepada PR.

    5.Kita tidak pernah terfikir untuk merampas kuasa dari UMNO/BN kerana cemburu dengan kejayaan2 selama setengah abad.

    Tidak juga bersekongkol dengan Cina atau gerakan Kristian dan Yahudi luar untuk menjatuhkan kerajaan Muslim.

    Cuma kita minta TUKAR parti pemerintah dari UMNO/BN yang korup kepada PR.

    JOM TUKAR.

    Surogate

    ReplyDelete
  2. Sgt setuju dgn AA dan Surrogate

    hansafire

    ReplyDelete
  3. As Salam Tuan AA.
    Seandainya.... UMNO/BN menang bergaya atau menang tipis sekalipun di PRU 13 dengan menggunakan "barua" mereka yang dikenali SPR atau yang sewaktu dengannya, pastinya jangka hayat pentadbiran mereka itu tidak akan bertahan lama jika dilihat dari kebangkitan rakyat dewasa ini yang terlalu kuat terutama dari golongan muda dan pertengahan yang celik maklumat dan politik kerana inginkan suatu perubahan di dalam pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, adil dan berkredibiliti yang berlawanan sama sekali dengan prinsip dan amalan UMNO/BN. Rasanya rakyat sudah tidak dapat lagi menahan sabar dengan kerenah para pemimpin UMNO/BN yang korupsi dan pengkhianat terhadap masa hadapan agama, bangsa dan negara. Biarlah beribu slogan, tuduhan, hasutan dan fitnah yang akan didendangkan oleh pencacai-pencacai UMNO/BN, rakyat tetap akan mara dengan apa cara sekalipun, majoriti rakyat di negara ini pasti berjuang untuk menjatuhkan mereka walaupun pihak UMNO/BN menggunakan sepenuhnya kekuatan atau manipulasi pihak berkuasa, rakyat akan tetap bangun melawan setelah tidak mampu lagi bersabar dengan segala kecurangan dan karenah jahat pemerintahan korupsi UMNO/BN. Adakah UMNO/BN merasakan rakyat terlalu lemah untuk bangun melawan? Di Tunisia, Mesir dan Syria pada awalnya pun pemerintah mereka menggangap rakyat mudah diperkudakan oleh sistem demokrasi songsang dan kapitalis yang mereka amalkan sejak sekian lamanya, tetapi anggapan para pemimpin korupsi ini terlalu dangkal dan kuno, malah gelombang rakyat telah bangun melawan walaupun dengan berbekalkan nyawa mereka sekalipun demi menegakkan kebenaran serta keadilan demi menghapuskan kekejaman dan kebathilan yang dilakukan oleh politikus dan pemimpin laknatullah ini. Percayalah janji Allah SWT bahawa setiap kebenaran pasti akan menghapuskan kebathilan atau kekejaman di muka bumi ini (Syria mempunyai pasukan Kommando yang terhandal dan disegani di dunia teluk, manakala negara ini mempunyai penguasa yang penuh dengan skandal dan maksiat serta rela dipijak kepala oleh parti pemerintah UMNO/BN demi pangkat atau demi gaji yang dibayar hasil cukai rakyat).

    ReplyDelete

  4. Kepinchangan dalam UMNO tidak dapat dinafikan bermula dari perbutan kepimpinan terutama diperingkat timbalan presiden ketika kepimpinan Tun M.
    Sesuatu yang sudah bertapak dan berakar tidak mudah dikikis walaupon mereka-mereka yang aktif membudayakanya mungkin tiada lagi dalam UMNO atau sudah melompat keluar.
    Apakah pilihan kita ,It's better to be with the devil that you know rather than said to be angels but we know that they were from the same devil's group.

    ReplyDelete
  5. Tahniah tulisan yang penuh dengan penelitian dari pengalaman

    ReplyDelete
  6. Umno adalah parti perkauman..samaada suka atau tidak..umno di tubuhkan untuk membela dan memperjuangkan nasib dan survival bangsa melayu di malaysia yg dahulunya di bernama Tanah Melayu...

    Akibat kealpaan,kebodohan dan kebodohan tahap dewa mahadir dan barisan tertinggi umno..nasib melayu sekarang seperti ditelan mati mak..di luah mati bapak...

    Sejak zaman mahadir..yg lebih untuk membina kekayaan sendiri dan kroni..nasib umno sekarang di hujung tanduk...dan cuba untuk bersikap liberal dengan slogan bodoh najib,1 Malaysia yg jelas ingin mendapat kuasa semula..sedangkan PKR lebih liberal dari umno..dan rakyat malaysia sudah mengetauinya...tapi SAYANG,semuanya sudah terlambat..

    ReplyDelete
  7. Tidak ada alasan kokoh yang UMNO perlu dikekalkan melainkan direhatkan selepas PR13 ini untuk buat pembersihan .Angin perubahan kalangan UMNO sendiri cukup tinggi dan ini adalah petanda baik kerana mereka telah sedar dari tidur selama ini digelapkan olih pemimpin UMNO melalui ugutan,suapan dsbnya.Yang degil adalah yang dikampung2 tradisional tapi tak ramai pun dan berterusan berkurangan.Mereka ni bolih dipujuk kerana mereka ni memangnya tak tahu apa yang berlaku kerana telah digelapkan olih pemimpin UMNO dari merdeka hingga sekarang.Kita akan tengok pertama kali dalam sejarah bagaimana sebuah parti melayu terbesar dalam dunia dengan sejarah yang direkanya kehandalannya tumbang .Apa yang tak ada dalam UMNO dan apa sedihnya jika parti yang telah memerah harta rakyat dan negara ,pakar ketirisan direhatkan sementara kerana telah lama memerentah dan letih.Adalah perkara tak terima akal hanya UMNO saja yang serba kebolihan tetapi yang sebenarnya pemimpin UMNO tidak sanggup bukan sahaja menghadapi pemerentah baru lebih takut untuk menghadapi rakyat apabila segala galanya dibawa kepengadilan.Tetapkan pendirian ,jangan fikir lain lain kecuali mahukan perubahan dan pangkahlah pas,pkr atau dap.Selamat mengundi untuk perubahan.....

    ReplyDelete
  8. Aspan, buat apalah nak tulis hal UMNO macam-macam lagi. Tak letih ke saudara. UMNO tu kan berkawan dengan Setan, mestilah perangainya macam Setan. Apa lagi nak dihairankan.
    UMNO mengaku lebih baik berkawan dengan Setan. Maka semua .yang bersekutu dengan UMNO berkawan dengan Setan. Seumpama Setan2 yang berkeliaran di Masjid tu. Memanglah Setan suka ganggu orang dekat Masjid. Yang di rumah pelacur tak perlu ada Setan kerana yang ke sana memang dah perangai Setan.
    Dah lah Sdr Aspan. Buatlah cerita lain. Meluat bila hari-hari baca cerita UMNO.
    Cuba hebahkan sikit fatwa-fatwa Mahathir sampai orang panggil dia Mahafiraun.

    ReplyDelete
  9. Let's move forward and leave Umno behind.

    ReplyDelete
  10. Assalam.

    Saya setuju sgt dgn Anon 00:29:00

    Kita dah tahu busuk nya UMNO, tak perlulah di 'cium' lagi.

    Move on Pak Aspan.. lets talk what's coming, the future, Insyaallah.

    ReplyDelete
  11. Cikgu : Murid2 cuba buat ayat dari perkataan 'sumbang'

    Murid : "Ayah saya selalu merungut kerana dia disuruh buat sumbang(an) secara ikhlas".....

    Cikgu : Baguslah tu....murid2 semua, dalam hidup kita ni, kenalah berbudi dan kita mesti ikhlas!....

    Murid : Ayah kata dia sudah sesak nak menyumbang saban hari! Dia kata dapat projek sekali, tapi selalu kena sumbang...apa2 program kat kampong dia kena sumbang!

    Cikgu : Wah kalau begitu sudah tak ikhlas ayah kamu tu....dia memberi tapi merungut....

    Murid : Ayah kata itu lah payahnya....kerana ketua cawangan umno (baru) tu kata dia sangat2 IKHLAS sewaktu memberi projek tu kepada ayah saya....

    Cikgu : Er....erks!

    sekian,

    gheng lama

    ReplyDelete
  12. Salam Pak Aspan,

    Hari-hari baca blog saudara pasal umno,membuatkan hati saya dan kawan2 semakin panas....bukan dengan saudara tapi ngan umno....
    kalau ikut hati mau je saya baling telur busuk kat muka dia orang...hati kami yang panas ni akan kami luahkan semasa pru nanti...

    Masih Bersabar..

    ReplyDelete
  13. Saudara AA dan bloggers

    Kita baca dalam paper MRCB, syarikat kepunyaan kroni-kroni UMNO, dibela dengan serta-merta apabila EDL, lebuhraya yang dibinanya di Johor mengalami kerugian teruk. Duit siapa dipakai?

    Jom, kita sama-samalah ubah. Jangan tidur lagi!Bagi mandat kepada PR. Let's put it this way: "A PR-led federal govt cannot do anything worse than an UMNO/BN-led one."

    ReplyDelete
  14. Teruskan menulis hatta selepas UMNO/BN hilang dari persada pemerintahan Malaysia, agar keburukan dan kejahatan mereka menjadi ikhtibar kepada rakyat Malaysia zaman berzaman.

    Tapi jadilah penulis yang adil, jika nampak kepincangan dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri, belasah mereka lebih kuat dari kita membelasah UMNO/BN, kerana kita sayangkan Pakatan Rakyat dan kita hendak mereka sentiasa berada di landasan benar yang menguntungkan rakyat.

    ReplyDelete
  15. Adie,

    Future tiba setelah kebejatan hari ini selamat kita tanam dan pastikan tidak akan muncul lagi.Future sesuatu yang pasti datang. Tugas utama menghancurkan hantu jembalang yang akan meranapkan future.

    Hantu jembalang itu masih hidup. Usaha kita adalah menanam hantu jembalang itu dulu....ngok!



    ReplyDelete
  16. Salam Pak Aspan,

    Pagi Ahad lalu, saya ada postkan 3 video....dua mengenai pemimpin Arab dan satu mengenai pemimpin Israel.

    Kalau kita amati ketiga2 video itu, ternyata ianya adalah mengenai mulut manusia yang berkata2. Mulut yang berkata2 datangnya dari minda dan hati masing2.....

    Saddam membela diri sarat dengan teguran2 serta reference2 kepada ramai nama.....amat jelas dalam keadaan jiwa dan minda yang meracau.

    [http://www.youtube.com/watch?v=HRF7d9ydQf8&feature=related]

    Kita juga dapat mendengar ucapan Ghadafi di persidangan negara2 Arab....dia cuba membela saddam.....sambil mengingatkan pemimpin2 Arab......giliran mereka jugak akan sampai!....(walaupun diakuinya.... katanya mereka semuanya kawan baik dan kroni Amerika!)....

    [http://www.youtube.com/watch?v=SGwHOWUPKuo&feature=related]

    Kini Saddam dan Ghadafi sudah tiada lagi....sudah terbunuh oleh rakyat sendiri, melalui keputusan mahkamah dan juga oleh muncung senapang. (kuasa luar yang menaikkan mereka jugalah yang datang menjatuhkan mereka!)

    Maka saya teringatkan Hadiths Nabi saw mengenai 5 zaman itu. Saddam dan Ghadafi adalah contoh pemimpin2 zaman ke 4 (yang dari kalangan kita) yang membuat kekayaan serta onar. Depan rakyat, mereka dijaja dan dilihatkan sebagai hero, tetapi sebaliknya mereka naik takhta kuasa atas sokongan orang luar, kuasa luar....Siapakah kuasa luar itu?.....Britain didik dan naikkan Saddam....dan Ghadafi naik melalui bantuan kuasa Itali/Peranchis.....

    Bagaimanakah kuasa2 Britain, Itali, Peranchis, dll ini tertubuh?....Semuanya mencanak selepas peperangan dunia pertama dan kedua...yang hasilkan pola perang dingin Amerika lawan Soviet. Siapakah dibelakang kuasa Amerika dan Soviet?? Kita wajib kaji persoalan ini....apakah yang berlaku pada tahun 1885 sehingga 1905?

    Saya juga dapat melihat video Sharon yang angkuh...selaku antara pemimpin kuku besi zionis paling zalim.

    Cuba perhatikan reaksi pemimpin2 parti likud yg bersama2nya ....seperti muka serius netanyahu dan press yang terkejut.....yang mendengar kata2 Sharon yg ingin 'memberhentikan' occupation di tanah2 Palestine. Kenapa tetiba Sharon bercakap sebaliknya?? Sedangkan dia yang bersusah payah menyembelih puak Arab di kem2 Shabra dan Shatilla.....dan juga menghantar tentera ke Selatan Lubnan.....

    Inilah ucapan terakhir Sharon sebelom dia sakit.....sehingga kini masih belom mati lagi.....dia sedang mengalami seksa di bumi lagi.....

    [http://www.youtube.com/watch?v=KlTzb31xJsw&feature=related]

    Sehebat mana pun kuasa dan manusia di belakang kuasa itu....bila tiba masanya mereka berakhir, maka mereka akan meracau....seperti Saddam dan Sharon. Ini bermakna, ada kuasa lain yang lebih tinggi yang merencana dan mengawal mereka.....mereka2 ini lupa diri....tersasar matlamat sebagai insan manusia....kerana mereka biarkan diri dikawal oleh kuasa liar iblis dan syaitan.....

    Sejarah tidak menipu....mereka2 yang menang dan naik takhta....melalui persekongkolan dan penipuan ....sambil meniup api semangat bangsa dan nusa/daerah/negara.....yang mengabui hati manusia.....merekalah yang naik takhta kuasa.....

    Adakah umno juga setaraf kuasa2 negara Arab yang tumbuh selepas perang dunia satu dan kedua itu???

    Kini bendera Sang Saka Malaya menjadi kegerunan umno....bendera yang mewarnai sejarah wira2 dan wirawati2 negara sebelom tertubuhnya umno!.....

    Apapun hanya Allah swt yang menjadi saksi.....Saksi yang sebenarnya mengatur segala perlakuan manusia....melalui Qada dan QadarNYA.....

    Saksi yang tak boleh ditipu di sini...mahupun di sana nanti.....

    Sekian,

    gheng lama

    ReplyDelete
  17. HANYA KERANA SAYA (AHLI MAJLIS DAERAH) BERCAKAP BENAR MENEGUR KEZALIMAN UMNO YG MENGANAKTIRIKAN APA SAJA PROJEK DI KAWASAN PENGUNDI PAS, MAKA TUGAS SAYA SEBAGAI AHLI MAJLIS TIDAK DIPERBAHARUI!HANYA KERANA MEREKA DITEGUR KENAPA ABAIKAN PEMBINAAN PARIT JALAN DAN LONGKANG DI KAMPUNG PENYOKONG PAS, SAYA DI MAKI OLEH AHLI MAJLIS UMNO SEMASA MESYUARAT! HANYA KERANA KAWAN SAYA YG JUGA AHLI MAJLIS ( BEKAS PENSYARAH UNIVERSITI) MENYOKONG CADANGAN PENDUDUK "NON PARTISAN TANPA MERUJUK KPD KETUA UMNO CAWANGAN , DIA DI TAMATKAN PERKHIDMATAN! ITULAH AHLI MAJLIS UMNO YG GUNA KEPALA LUTUT , TIDAK MENGGUNA OTAK , SEBAB SEKOLAH PUN SETAKAT TAK PAS SPM, TAKUT SANGAT DGN YG MACAM KAMI.DEPA PEJUANG PERIUK NASI JA!

    ReplyDelete