01 October 2012

Mahal betul harga nak kekalkan BN dan Najib ini

Najib setiap hari keluar berkempen memaki hamun semua parti-parti yang dalam PR dan kerajaan negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat. Bagi kita yang sudah berumur dan ada sedikit pengalaman berpolitik ini memahami apa yang ada di dalam hati dan sanubari pemimpin utama negara kita itu. Beliau gentar dan resah gelisah.


Cara beliau bercakap bergegar-gegar itu tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau amat gelisah dengan apa yang berlaku dikalangan rakyat akar umbi. Najib sedang panik dan masih tidak berkeyakinan yang BN akan mendapat mandat kali ini walaupun berbillion-billion ringgit telah dibelanjakan membeli hati dan jiwa rakyat sekalian.

Cara beliau berucap tidak menampakkan yang beliau seorang Perdana Menteri. Mungkin beliau terlupa sekejap yang beliau itu Perdana Menteri kerana selalunya pemimpin utama negara akan bercakap dengan nada yang rendah tapi meyakinkan. Di Pulau Pinang semalam Najib bercakap dengan nada yang begitu tinggi dan nampak jelas beliau terlalu banyak kelemahan yang beliau mahu lindungi dari pandangan rakyat. Beliau mempunyai banyak perkara yang putus yang perlu di sambung dan yang koyak untuk ditampal.

Setiap malam tidak ada orang lain dikaca TV selain dari Najib berkempen melaluinya. Bahan kempennya tidak lain hanya memperlekehkan pentadbiran semua kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Najib tidak nampak apa kebaikan yang telah dilakukan oleh PR di P Pulau Pinang, Selangor dan Kedah serta Kelantan. Najib amat resah dengan pengaruh kerajaan-kerajaan negeri dalam PR kerana kerajaan Pakatan Rakyat melakukan pembersihan segala politik dan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu.

Seboleh-bolehnya Najib mahu mengajak rakyat menafikan kelebihan berada di bawah tadbiran PR. Kejayaan PR mentadbir negeri-negeri yang di perintahnya amat menyulitkan Najib siang dan malam. Najib terpaksa mencemuh dan bergegar-gegar menempelak kebaikan yang di tunjukkan oleh PR di empat buah negeri tersebut. Tetapi bagi kita yang faham, jangan diambil pusing dengan apa yang dikatakan oleh Najib itu.  Kita faham yang beliau sedang berada di hujung tanduk. Beliau sedang terkapai-kapai meminta tolong dan merayu untuk diberi peluang kali ini.

Tetapi selama ini rakyat telah memberi peluang kepada BN sejak negara merdeka. Tetapi kebaikan rakyat selama ini di ambil sebagai kelemahan yang mereka boleh mengambil kesempatan ke atas mereka dengan melakukan perkara-perkara yang menjolok mata.  Najib sudah menganggap rakyat sekarang degil dengan kerajaan. Justru Najib sekarang sedang bertempur dengan rakyat dengan menghina pilihan rakyat dan ini adalah satu pencemaran kepada semangat persekutuan.

Orang yang menjadi sasaran Najib ialah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang serta Khalid Ibrahim MB Selangor. Najib amat aggressif dan mahu memaksa rakyat memberikan sokongan kepada BN. Usaha Najib dan BN untuk memecahkan perhubungan baik di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah gagal dan kegagalan beliau memecah belahkan komponen PR itu membuatkan Najib tidak lalu makan dan tidak lena tidur. Seperti biasa apabila tidak ada perpecahan UMNO akan hanyut.

Seperti ilmu matematik, cara memilih dalam pilihanraya dengan baik ada formulanya. Jika sesebuah parti dan pemimpin itu menjadi sasaran cemuhan yang kuat oleh Najib dan pimpinan BN, itulah parti atau pemimpin yang rakyat perlu sokong. Kalau di ikutkan formula ini maka yang perlu diberikan sokongan ialah mana-mana parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat.

Sebabnya mudah. Apa yang dikecewakan oleh BN dan Najib ialah rakyat sudah merasakan dan nampak dengan jelas yang PR boleh memimpin walaupun ditekan dengan hebat oleh kerajaan persekutuan yang di kuasai oleh BN. BN sedang cuba menggelapkan mata rakyat untuk tidak nampak apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah kegagalan kepada BN  Itulah sebabnya Najib terpaksa berucap sampai terkeluar anak tekak untuk melindungi rakyat dari mengakui kewibawaan PR itu.

Itulah sebabnya rakyat wajar memberikan sokongan kepada PAS, DAP dan PKR untuk menguasai Putrajaya kerana jika PR dapat menguasai Putrajaya maka kerajaan–kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tidak akan di tekan dan mudah untuk melaksanakan segala dasar yang di gubal oleh kerajaan baru itu.

Jika Pakatan Rakyat memerintah maka kita boleh memberikan harapan untuk membina kembali semangat persekutuan yang telah di ranapkan oleh UMNO sejak Dr Mahathir memerintah dahulu. Saya secara peribadi berharap Pakatan Rakyat akan menghormati kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri pilihan rakyat itu. Cara untuk menghormati rakyat ialah dengan menghormati kerajaan-kerajaan negeri pilihan mereka kerana negeri-negeri itu adalah kepunyaan rakyat yang merdeka dan berdaulat.

Saya ingin mengulangi tidak akan ada kerajaan persekutuan tanpa kerajaan-kerajaan negeri yang berdaulat itu. Tetapi semangat itu tidak pernah dihormati oleh pimpinan persekutuan kerana mereka terlupa agaknya yang negara kita ini adalah negera persekutuan bukannya negara ‘unitary’ seperti Thailand dan Indonesia. Pimpinan di Putrajaya berfikir yang seluruh negara ini adalah kepunyaan ibu bapa atau datuk nenek mereka sahaja dan boleh memaki hamun rakyat yang selama ini telah memberikan mandat yang mereka lalaikan selama ini.

Apabila rakyat sudah mula sedar, maka mundar mandir lah Najib di setiap negeri dan daerah memaki hamun pihak lain dan sentiasa menyalahkan PR dan rakyat kerana kelemahan yang mereka wujudkan sendiri. Rakyat kini sedar yang kepercayaan yang hanya UMNO boleh menjamin masa depan rakyat itu hanyalah satu ‘myth’ yang dibina oleh UMNO dan BN melalui media masa perdana selama ini. Sekarang rakyat sudah sedar yang UMNO telah mengelirukan mereka dan itulah yang membuatkan Najib tidak kering peluh berjalan kesana kemari meminta tolong dan beliau tidak sedar yang beliau sekarang adalah seorang kembiri politik yang paling sibuk dalam sejarah politik negara.

Najib bercakap besar dengan nada yang tinggi seolah-olah beliau dan UMNO sahaja yang boleh mentadbir negara ini. Rakyat yang mendengar ucapan beliau dikaca TV setiap malam seolah-olah kita semua ini adalah ‘little cousins’ beliau. Rakyat yang mendengar itu kebanyakkannya adalah mangsa UMNO yang selalu mengelirukan mereka dan mereka tidak mahu lagi diperbodohkan oeh Najib dan pimpinan negara yang lain. “Enough is enough. No more listening to silly statements from Najib please!” kata salah seorang bekas Menteri yang bercakap dengan saya pagi semalam.

“Najib has over sold himself bro” kata seorang yang baru saya kenali dalam satu majlis hari raya beberapa minggu yang lepas. “Najib talks too much to an extent of clowning himself. The more he talks the more weaknesses uncovered from him. Najib is telling too much lies that he now believes his own lies” sambung kenalan baru saya itu..Saya hanya menjawab , “Let him tell lies about us, but we can tell the truth about him”.

Pendeknya Najib sedang sedaya upaya untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu peribadi yang sedang beliau hadapi sekarang ini. Yang menjadi mangsa di atas kesalahan beliau adalah rakyat yang ramai ini. Mahal betul harganya untuk mengekalkan Najib dan BN ini.

31 comments:

  1. Assalam,Pak Aspan. Kalau benarlah apa yang dilakukan oleh PR di 4 negeri yang diterajuinya sekarang memudaratkan rakyat ,memusahkan kestabilan penghidupan anak negeri, memporakperandakan perkembangan ekonomi,memaksa rakyat di 4 negeri terbabit mencampur pasir kedalam nasi yang ditanak kerana kekurangan makanan maka tak perlu Najib meraung raung dan memaki maki PR dalam setiap saat jaganya malah kadangkala terbawa ketika tidurnya kerana rakyat itulah sebenarnya yang berkuasa dan boleh menilai.Najib tahu tetapi cuba menyembunyikannya hakikat bahawa "myth"(dongeng)hanya UMNO sahaja yang boleh memerintah negara ini telah runtuh ranap dan musnah disebahagian besar pemikiran rakyat.Sebab itulah satu ketika dia mendobrak dada sambil meraung raung seolah penuh yakin tetapi ada ketikanya merayu rayu mohon belas rakyat untuk diberi peluang dan kelmarin dia menabur umpan dan gula gula untuk membeli hatirakyat.

    ReplyDelete
  2. Aspan, nak tukar kerajaan sebenarnya susah macam nak tukar bini. Kalau kita dah berkahwin lebih 50 tahun, dah beranak pinak, dan hidup berharmoni ada hajatke nak kwin lain. Biasa lah asam garam kehidupan suami isteri, kadang kadang ada pasang suruthya, tapi masih boleh diperbaiki lagi tak perlu nak terpengaruh dengan hasutan si janda muda.

    Macam kerajaan jugalah, dah lebih 50 tahun hidup harmoni, aman damai, makmur pulak tu.. Ada hajat ke nak ganti...macam biasa mungkin ada silap kecil kerajaan sekarang ni tapi masih boleh doperbaiki lagi..nak ke kita dengar janji janji manis pbembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang, yang berjanji ni pun ada pulak track recordnye yang pandai berjanji tapi jarang pulak ditepati, fikirlah Aspan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang yg rasa keadaan negara dah cukup makmur. Mungkin sbb terlalu puas hati dan tak melihat ada pihak yg marginilised dlm beberapa perkara. Sbbnya kerana terlalu melihat dlm diri sendiri. Kadang2 kena jugak tengok org luar yg lebih baik barulah hidup akan jadi lebih baik tatapi kalau asyik tengok ke bawah maka akan tetap rasa kita saja yg paling atas. Sudah lama dalam sistem ini, memang takut nak berubah sedangkan cara baru boleh membawa kapda yg lebih baik. Orang tak terbuka memang takut tatapi manusia zaman inioptimis dan lebih berani.

      Delete
  3. Bro,

    Sebuah tulisan yang jelas dan logikal. Merujakan.

    Biarlah najib bercakap besar. Saya bersetuju dengan komen kenalan bro itu. Bukan Najib sahaja, Noh Omar sebagaimana dilaporkan oleh Malaysian Insider pun bercakap besar. Dia kata UBN akan dapat menawan Selangor dengan menawan 32 kerusi.

    Biarkan mereka bercakap besar sementara tirai budget 2013 belum dilabuhkan. Berilah masa 2,3 minggu lagi apabila tirai badjet ini dilabuhkan dan debu bagjet ini settled down - akan terserlahlah kepincangan-kepincangan yang akan tighten the ropo yang Najib dah sauk ke lehernya.

    yang paling ketara sekali, badjet najib ini tidak membawa apa-apa yang luarbiasa kepada rakyat Sabah dan sarawak kecuali BR2M je. Isu RCI di sabah yang masih belum bermula akan terus menjadi catalyst bagi rakyat sabah untuk menuntut perubahan. Cerita FGVH juga belum tamat lagi. The worst to come.

    Kalaupun najib menang tipis, jerat-jerat yang dicamourflouge yang dia pasang untuk memenangkan beliau dalam PRU 13 akan mengena rakyat - his tricks will we exposed and no way we can cheat his way out. he will be adead meat in watever way once look


    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan,

    Saya baru selesai menyaksi siaran langsung debat ketua pembangkang di Parlimen.

    Saya merasa amat dukacita dan hampa kerana Najib sebagai Perdana Menteri langsung tidak ada dalam Parlimen!

    Malah Najib merupakan Menteri Kewangan yang membentangkan belanjawan. Ini menunjukkan beliau pemimpin yang langsung tidak bertanggungjawab membela pembentangan belanjawan yang dilakukan oleh beliau tempoh hari.

    Kalau dalam Parlimen pun tidak boleh hadir, kredibiliti apa lagi yang ada pada Najib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dissapointed. This is not a real democratic parliamentary.

      Delete
  5. Salam Hormat Tuan Aspan.

    Insan yang beriman dan sentiasa mengakui kelemahan diri serta mengakui adanya suatu kuasa (Allah SWT) yang akan menentukan kemuliaan manusia semasa di dunia dan di hari akhirat kelak. Bagi insan yang kurang minat beragama dan hanya mempercayai kuasa dan harta benda adalah segala-galanya, mereka ini mempunyai pemikiran yang terlalu sesat dan tidak sesuai langsung mengakui dirinya beragama, apalagi beragama Islam. Dari sudut politik pula, para pemimpin UMNO ini tak ubah seperti perompak dan penyangak apabila diberi kuasa memerintah oleh rakyat. Bagi rakyat di negara ini pula, mereka terlalu lemah dalam menilai kepimpinan mungkin kerana parti pemerintah telah berjaya membutakan mata mereka dengan "media-media pengkhianat" yang diterajui oleh kroni-kroni mereka sejak sekian lama. UMNO adalah parti talibarut British yang paling lama bertahan di dunia sebagai parti pemerintah hanya kerana mereka berjaya memainkan sentimen bangsa, menipu, memfitnah dan mengadu domba rakyat dan menjatuhkan pemimpin parti lawan secara keji dan dayus semata-mata untuk kekal berkuasa untuk sekian lama. Bagi menjatuhkan mereka adalah amat sukar sekali kerana untuk menukar kepercayaan dan keyakinan sesuatu kaum atau bangsa perlukan pengorbanan dan perjuangan yang memakan masa, apatah lagi kebanyakan bangsa Melayu di negara ini terlalu bersikap murah hati seiring dengan sikap bodoh mereka. Tetapi yang paling sukar lagi adalah kerana segelintir dari mereka adalah keturunan "tali barut" British yang sentiasa bangga dan berminat untuk menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara atau lebih teruk lagi mereka ini tidak akan memikirkan sangat tentang masa hadapan keturunan mereka kelak yang mereka fikirkan sangat adalah untuk mengisi periuk nasi mereka hari ini dan esok sahaja. Lusa adalah milik mutlak pemimpin UMNO, buatlah apa sahaja, asalkan kami dapat makan untuk hari ini dan esok...

    ReplyDelete
  6. Dah letih tertengok muka najib dan kata-katanya kat berita tv, hari masuk berita seolah-olah tak ada kerja lain. PM singapura nak keluar tv buat kenyataan pun sebulan beberapa kali sahaja, PM negara maju lebih sibuk akan kerja memajukan negara bukannya berkempen mengutuk pembangkang sepanjang tahun.

    Bilalah politik negara kita hendak mencapai negara maju dan ekonomi negara maju. Najib adalah PM malaysia yg paling teruk setakat ini, langsung tak boleh pakai. Kutuk pembangkang macam2 tetapi ajak debat termasuk telor.

    Semoga melingkup umno/bn dlm PRU13 ini,amin..................

    ReplyDelete
  7. Salam Sdr Aspan Dan Pengunjung Blok;

    Dari pengamatan saya sebagai rakyat biasa sejak PM Najib menggantikan ayahnya,Parlimen Pekan,Tim Menteri, Menteri, MB, TPM dan PM, saya lihat tak banyak penambahan kecerdikan yang ditunjukkan.
    Malah perangai (buruk?) makin menebal(fikir2lah sendiri).

    Inilah salah satu akibat jika kita memilih wakil untuk mentadbir negara kerana keturunan/pusaka/gulungan bangsawan.

    Orang semasa lahir sudah hidup senang-lenang tidak akan menjadi ketua/pemimpin yang baik.
    Baca dan lihatlah sejarah mana saja,keturunan ini akan merosakkan apa yang telah bangunkan oleh mak/bapak/datuk mereka tanpa segan silu dan sesalan. Sebab utama ini berlaku kerana mereka ini tidak secerdik mak/bapak mereka dan tidak merasa kesusahan.

    Apabila rakyat mula membantah perangai buruk mereka ini akan lebih ketaralah kekurangan mereka ini.Yang penakut pula akan menjerit/tempik untuk melindungi tindak tanduk bodoh yang telah dilakukan, namun untuk mengakui kesilapan tidak sekali.

    Bak kata orang tua dulu"bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut"

    Sekarang rakyat Malaysia wajib melakukan apa yang telah dilakukan oleh rakyat negara2 yang bertamadun terlebin dulu dari kita, iaitu menukar kerajaan yang ada sekarang.Kerajaan yang memunahranahkan negara kerana gagal mengawal nafsu mereka semasa diberi kuasa dan bertindak tidakcerdik untuk memakmurkan rakyat dan negara.

    Ayuh kita tukar sekarang sebelum negara menjadi "kucalana".....

    ReplyDelete
  8. Pak Aspan,
    Apabila Pak Najib berkempen menyerang peribadi bermakna dia sudah tidak memahami suasana perang politik yang sebenar. Dia menembak membabi buta untuk menunjukkan keperwiraannya namun yang berbeza di sebelah PR adalah tembakan-tembakan tepat yang menggelabahkan BN. Jadi teruskan tembakan-tembakan bidikan tepat. Akhirnya musuh BN itu akan kehilangan semangat diikuti dengan cabut lari dari medan perang

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Aspan,

    Mana tak mahalnya Pak Aspan. Berapa nett worth Mahatdeyy, Daim, Taib, Musa Aman, Shafei Apdal? Kalo campur isteri, isteri2 serta anak2 + menantu2 + adek-beradek + ipar-duai lagilah!

    Kalo jatuh mereka2 ni gamai akan kebulor! So masing2 jagalah punca rezeki @ lubok @ lukah @ kelong masing2! Bermati-matian tuuu! Maka dihalalkan laaa menipu! Apala sangat dosanyerr!

    Duit2 mereka perlu banyak, mungkin nanti nak suap sesiapa saja yg menghalang laluan mereka.

    Sekian,

    Gheng lama

    ReplyDelete
  10. Bagi Anon yg cakap pasal godaan janda muda tu, kenakah perumpamaan tu dgn bab kenegaraan ini. Awat tolol sangat?

    Jenis ni jugak laa yg layan janda muda senyap2 belakang isteri dan anak2!

    ReplyDelete
  11. As Salam Tuan AA.

    Untuk Anon 12:38:00 GMT+08:00. (Maaf lah aku sekarang nak panggil kamu "banggang"). Hoi! Banggang macamana kamu boleh ibaratkan parti pemerintah (UMNO) dan rakyat seperti berkahwin? Kalau begitu nak bercerai pun kena tunggu suami bunuh bini dan bini pun kena bunuh suami, barulah boleh bercerai? Kalau kamu kata negara aman dan makmur sekalipun kalau rakyat sentiasa ditipu oleh pemimpin (UMNO) dan pemimpin tak henti-henti melahap harta dan wang rakyat, itu bagi kamu tak mengapa. Kamu nak tunggu harga gula sekilo RM50 dan beras 10 kilo RM100, baru kamu nak menentang parti pemerintah (UMNO)? Waktu itu dah terlambat. Nasihat aku kepada si banggang seperti kamu ini, buka minda dan jadilah manusia yang tidak terlalu takut untuk berhijrah dan berubah, satu lagi kalau mengadakan hubungan kelamin dengan isteri kamu jangan sekali-kali menjilat kemaluannya kerana ianya boleh mengakibatkan otak kamu kemetot dan menjadi banggang (bodoh tak boleh dibentuk dan diajar) seperti diri kamu sekarang. Kamu jangan jadi seperti "Iblis membaca Al-Furqan", banyak membaca dan mentelaah bahan ilmu, tetapi otak bertambah bodoh dan hati bertambah hitam. Berdoalah semoga anak-anak kamu kelak tak sebanggang seperti kamu. Teruskan membeli Utusan Meloya, Berita Hairan dan menonton TV3 Suku..... dan biarkan orang lain yang berjuang bermati-matian untuk membela dan menyenangkan nasib keluarga dan mak bapak kamu.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Nak defend bajet apanya...Najib sendiri tak tahu dan tak faham apa yang dibentangnya! Dia ingat bentang bajet ni macam dia bentang karpet dalam rumah untuk tahlil arwah gamaknya!

      Delete

  13. Aspan...

    Perlu diketahui Najib ni adalah keturunan Bugis.Bugis bila mengamuk...seperti apa yg dia lakukan. berdebat sorang diri di media perdana, cuba mempengaruhi rakyat yg dia terhebat.lihatlah RM sibuk dg eksesori mahal.Rakyat cuma dapat BRIM yg walhasil adalah duit pembayar cukai.

    ReplyDelete
  14. Berlebih-lebih hingga hilang kewibawaannya sebagai PM.

    ReplyDelete
  15. As Salam Tuan Aspan.

    Apabila rakyat mengatakan bahawa Najib hanya berani berdebat dan berpidato depan kamera dan wartawan media sahaja dengan mengutuk dan merendahkan individu bernama Anwar dan PR, maka Najib akan mengeluarkan kenyataan berikut, "siapa yang makan cili, dia yang akan merasa pedas". Betul juga cakapnya itu..... tetapi... setelah difikirkan, bila masanya Anwar menjadi PM Malaysia dan memegang kuasa? Di waktu Anwar menjadi Tim PM dan Menteri kewangan dahulupun rakyat amat berpuas hati kerana kebajikan rakyat semasa bajet amat relevan dan berkesan terhadap golongan sasaran. Hinggakan pembangkang di waktu itu amat susah untuk mencari modal untuk dibuat "peluru hidup". Rasanya hari ini rakyat nak tanya Najib sikit...? Siapa yang makan Nasi Kangkang, maka siapa pula yang menjadi dayus dan bacul?" Sebagai rakyat marhaen, aku nak "tabik spring" sama Bung Mokhtar (BN Kinabatangan) kerana mampu mencari pasangan yang anggun dan jelita tanpa menghabiskan jutaan wang rakyat untuk meghiasi permaisuri beliau. Tidak pula macam sesetengah pemimpin yang dah terkena nasi kangkang, dah lah berbini tua lantaran amat dibenci oleh segenap lapisan rakyat kerana bersikap sombong dan angkuh bila berhadapan dengan rakyat...tetapi masih boleh berbangga dan buat muka tembok aje. Malaysia boleh, Melayu Boleh!

    ReplyDelete
  16. Najib ni hanya selayaknya menjadi Ketua Cawangan UMNO di Pekan sahaja. Cuma sikap pengecut dan dayus beliau sahaja yang secara tak langsung mengangkat beliau menjadi PM. Tambahan pula sikap Bangsa Melayu yang tidak suka kepada "orang bijaksana", seperti cerita lagenda Todak Melanggar Singapura dan watak Hang Jebat di dalam kerajaan Melayu Melaka yang berkesudahan "Tun Bija Sura (Mamak Kutty)" yang diangkat menjadi Bendahara Melaka. Kesimpulannya, bangsa Melayu akan suka kepada pemimpin yang bacul dan tidak suka kepada pemimpin yang memperjuangkan kebenaran dan membela nasib mereka.... buatlah bejuta kajian pun, jawapannya adalah bagitu juga tiada perubahan minda.

    ReplyDelete
  17. Tuan Aspan rasanya dalam sejarah budget negara seingat saya hanya Anwar Ibrahim yg berani beri bonus 2 bulan gaji dan dibayar sekaligus, begitu bukankah?

    ReplyDelete
  18. takde apa yg boleh dibanggakan oleh PM Najib ni...
    selagi BN berkuasa selagi itu rasuah dan penyelewengan takkan habis
    takde kerajaan dlm demokrasi yg kekal berkuasa
    rakyat tunggu masa saja...
    bubar je parlimen...rakyat akan undi PR

    ReplyDelete
  19. Hello Anon 1 October 2012 12:38:00 GMT+08:00,

    Awat la hang baghal sangat buat bandingan macam tu. Aku yakin hang ni pencacai setia parti karat "syaitan" tu.

    Islam tak menyusahkan pun kalau hang nak berbini lebih dari satu. Kalau bini hang dah dipanjat jantan lain atau main serong dengan adik hang kandung hang sendiri pun, hang nak simpan ka? Woi..hang sanggup ka jadi dayus tak nak cerai?

    Tak guna simpan bini macam tu semata mata nak jaga hati dan perasaan anak anak. Malah anak anak pun malu ada emak jenis perangai macam pelesit macam tu. Agaknya hang jenis dayus kot???

    Patut laa dok sayang juga kat parti karat dan hampeh tu. Ni kira adik beradik dayus laa juga. Dah tau UMNO BN tu parti "syaitan" busuk berulat dari kepala sampai usus, masih nak simpan jugak.

    Ha ha ! Sah lah Anon 1 October 2012 12:38:00 GMT+08:00 ni laki dayus. Bini dia kangkang sana sini kat orang, dia buat dak saja. Yer laa. Nak jaga hati anak anak konon. Islam tak pernah haramkan perceraian laa. Tapi bila perceraian tu dah jadi satu kemestian dan wajar...cerai la saja bini hang. Tendang terajang la parti karat dan pemimpin perasuah serta pembelit tu dari puncak kuasa.

    Orang nak komen, dia pun nak komen tapi akal sengkek. Dan species akal sengkek ni memang banyak dalam UMNO BN..hanglah contoh terbaik manusia jenis tu. Sedih..sedih..sadis.

    ReplyDelete
  20. Salam Pak Aspan,

    Memang saya selalu pedas2 tegur Mahatdeyyy dan juak2nya dari umno (baru). Saya juga asingkan umno baru dgn yg lama.

    Memang Allah swt izinkan negara merdeka dari British dan British jugaklah kuasa di belakang mustafa Kamel ataturk yg lenyapkan khalifah Uthmaniah. Ini sejarah yg. Allah izinkan berlaku.

    Maka kita ucapkan syukur dan terima kasihlah kepada umno (baru) yg teruk melodehkan negara walau umno lama yg diberi baton utk teruskan agenda British! Kepada pejuang2 bangsa, agama dan nusa lainnya, British serta umno lama telah menyisihkan secara terancang dan halus. Orang2 Melayu dalam kemabukan keadaan, turut terheret dan terpaksa menerima segala perkara yg dihiidangkan!

    Kini umno (baru) dgn budak pertama generasi kedua yg pemiliknya Mahatdeyyy boleh kuti dan perlekeh ikut sesedap sukatan dia sedang tercungap2 bertahan. Mereka guna duit kita yg kita amanahkan utk telan kita!

    Terima kaseh kepada kerakusan Mahatdeyyy kerana memainkan watak dgn baik kerana menghasilkan keadaan yg Nabi saw sendiri sudah sabdakan lebih 1400 tahun lalu.

    Keadaan 'esok' yg Nabi saw juga sudah perincikan tetap juga akan berlaku samada berbillion wang mereka guna utk bertahan! Ini adalah ketentuan Allah yg besar perencanaanNYA!

    Sekian,

    Gheng lama

    ReplyDelete
  21. Tuan Aspan,

    'Najib tidak nampak apa kebaikan yang telah dilakukan oleh PR'

    Adakah tuan juga tidak nampak kebaikan yg dilakukan oleh UMNO?...

    ReplyDelete
  22. Pak,

    Beberapa hari lepas kita telah diberitahu oleh Menteri UMNO si "Muka Tembok" Nazri bahawa Najib telah menggunakan atau lebih tepat lagi MENYALAHGUNAKAN wang rakyat sebanyak RM9.1 juta untuk membayar kos kapalterbang Airbus yang disewanya untuk bercuti ke Perth Australia. Najib melesapkan RM9 juta hanya untuk dia pergi bercuti sedangkan rakyat dibebankan dengan kos sarahidup yang meningkat! Ramai lagi rakyat2 miskin, balu2 serta anak-anak yatim yang tidak cukup makan dan pakai yang wujud di Malaysia tapi Najib tanpa rasa bersalah mahupun rasa bertanggungjawap sanggup menggunakan wang rakyat berjuta2 untuk bermewah2 dan berlagak kaya!

    Adakah ini sifat dan laku para pemimpin yang ingin kita letakkan sebagai pemerintah kita? Adakah orang melayu masih lagi memuja pemimpin2 UMNO yang korup serta tidak amanah ini sebagai ikutan mereka? Adakah orang melayu masih lagi tidak sedar bahawa Najib telah meletakkan bebanan hutang sebanyak RM17,000 diatas kepala setiap rakyat Malaysia hatta kepada bayi2 yang baru lahir kelmarin? Inikah pemimpin yang kita mahu berada didalam kerajaan yang akan menguasai segala hasil mahsul serta harta benda negara?

    Adakah dengan keyakinan dan keimanan mereka pada mantra "Ketuanan Melayu" membuatkan orang melayu rela membiarkan para pepmimpin yang korup, khianat amanah serta tamak duduk didalam kerajaan? Dimanakah nilai2 murni orang2 melayu? Dimanakah sifat2 jujur dan amanah orang Melayu? Dimanakah perginya kepercayaan kepada kejujuran, keadilan serta kedaulatan undang2 yang ada didalam diri orang2 melayu yang mengaku beragama Islam? Adakah kerana mantra "Ketuanan Melayu" mereka sanggaup menggadaikan agama, maruah serta bangsa kepada orang2 yang korup? Masih Islamkah orang2 melayu kini? Masih adakah nilai2 murni pada orang melayu kini? Jawapannya akan kita ketahui pada keputusan pilihanraya yang akan datang!

    Sesungguhnya keruntuhan bangsa dan negara kita adalah tergalas diatas bahu kita orang2 melayu apabila kita merelakan orang2 yang khianat, korup serta tamak menguasai kerajaan kita. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa kita orang2 melayu TIDAK tergolong dalam kumpulan orang2 yang, khianat, korup serta dilaknati oleh Allah dan rasulnya.

    Mengundi UMNO bermakna kita adalah dalam golongan orang2 yang khianat dan korup. Mengundi UMNO bermakna kita lah yang telah memusnahkan dan membinasakan negara ini, bangsa kita dan agama kita. Mengundi UMNO bermakna kitalah dengan kuasa undi yang ada ditangan kita membiarkan parasit2 serta makhluk2 perosak, menghancurkan agama, bangsa dan negara kita. Mengundi pemimpin UMNO yang khianat dan korup bermakna kita telah membelakangkan Allah, Rasulnya serta agama kita! Adakah kita telah menukar agama dari Islam kepada agama "UMNO dan Ketuanan Melayu"? Tepuk dada tanyalah iman dihati!

    Nick.

    ReplyDelete
  23. Anon 07:59,

    Sekiranya kamu masih tidak nampak kebinasaan yang telah dilakukan oleh mahathir dan UMNO barunya maka jelaslah bahawa bukan sahaja mata kamu bahkan hati kamu juga telah ditutup rapat oleh Allah. Salah laku dan rasuah yang berleluasa sejak berdekad2 yang lalu masih lagi tidak kelihatan oleh mata kamu? MasyaAllah!

    Dan jika kamu ingin menggunakan hujah bahawa UMNOlah yang telah memberikan kemerdekaan kepada kita, kamu perlulah melihat sejarah bahawa kemerdekaan ini bukan hasil usaha bersendirian UMNO sahaja bahkan UMNO sebenarnya meraih habuan yang terhidang hasil dari darah dan keringat yang telah dikorbankan oleh para ulama2, pemuda2 dan pemudi2 Melayu, Cina, india serta bangsa2 lain yang telah bergerak menuntut kemerdekaan sejak UMNO belum lagi tertubuh!

    Dan perlu diingat bahawa UMNO Baru ini BUKANLAH UMNO yang ditubuhkan pada zaman sebelum merdeka. UMNO Baru ini adalah UMNO Mahathir yang tiada kena mengena dengan usaha menuntut kemerdekaan dari British dulu. UMNO Baru ini sinonim dengan rasuah dan salah guna kuasa dan bukan sinonim dengan UMNO Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Bahkan Tunku Abd Rahman dan Tun Hussein Onn juga berasa mual dan muak untuk menjadi ahli UMNO baru. Fikir2kanlah wahai Anon, bahawa kebaikan yang sebesar zarah yang dibawa oleh UMNO Baru tidak dapat menutup kemungkaran dan kemudharatan yang telah dilakukan oleh mereka sejak tiga dekad lalu!

    Apa2 pun pembangunan dan kemajuan yang dibuat oleh pemerintah adalah menggunakan sumber2 dan hasil yang datangnya dari rakyat dan bukannya keluar dari kocek pemimpin UMNO. Jadi apa pun kemajuan dan pembangunan yang telah dilakukan oleh UMNO Baru adalah merupakan tanggungjawap yang tidak perlu rakyat berterima kasih secara membutatuli. kerajaan adalah dilantik untuk membangunkan dan membawa kemajuan kepada negara, jadi kenapa perlu berterima kasih membabibuta pada mereka yang dibayar untuk melaksanakan tanggungjawap itu? Bukankah itu perbuatan yang bangang! Kita membayar gaji pada seorang pengurus bagi menguruskan negara kita dan kita berterima kasih kepada dia dengan membiarkan dia merompak dan memperkosa kedaulatan negara? Dimanakah akal dan iman kamu, Anon?

    Nick.

    ReplyDelete
  24. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Terima kasih! Analisa bernas! Bayangkan, ketika semua ahli parlimen sibuk membahaskan belanjawan, Najib lesap ... Rupa-rupanya pergi jaja kempen "sembahlah aku ..." Islam dan Melayu apakah manusia jenis ini? Nah, sekali lagi, inilah kebaikan dan manfaat yang dibawa bapa syaitan se-Malaysia sehingga tiga dekad. Justeru, tahniah kepada majoriti (99 %) rakan-rakan kita yang sempat saya baca ulasannya seramai 28 orang ini yang turut mengulas berdasarkan fakta dan hujjah, malah ada yang menyertakannya dengan tadzkirah. Terima kasih. Semoga kalan turut beroleh pahala walaupun hanya berbekalkan "cyber pen" ...

    Namun begitu, sedihnya tak terkata, masih kedapatan golongan yang menyokong, maaf, kalau tak melampau untuk saya sebut, menyokong seara membuta-tuli mereka yang telah terang-terangan salah dan dosanya ini, kononnya setiap manusia pasti berdosa dan bersalah, justeru boleh diperbaiki dengan mudah, dan kononnya lagi, dah kahwin dan cinta lama, susah mau tukar pasangan ... Saya bersetuju sekali saranan rakan-rakan kita itu; inikah cara kita sebagai bangsa yang kononnya ingin bergerak maju, berfikir dan bertindak, bagaikan kita masih terbelenggu? Kepada yang berkenaan, sejarah telah membuktikan perutusan Nabi SAW adalah untuk membebaskan manusia daripada penjajahan ketamadunan jahiliyah kepada ketamadunan global dengan berpaksikan ketaatan kepada Penguasa Yang Maha Segala sahaja. Untuk itu, renung-renung dan fikir-fikirkanlah sedalam-dalamnya, tak usah cakap banyak, pemimpin Melayu jenis inikah yang kalian berdua mahukan; berucap dengan kata-kata yang melambangkan akhlaknya yang sememangnya tercemar sedunia itu sampai nak terkeluar nyawa? Juga, jika kalian seorang Melayu Islam, inikah yang diajar oleh ibu bapa dan datuk nenek moyang kita terdahulu? Sekadar pesanan, bertindaklah macam Hang Jebat meskipun akhirnya syahid dan janganlah sesekali jadi seperti Hang Tuah yang sebenarnya tak bertuah pun ... Malah, antara pencetus malang agama, negara dan bangsa!

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  25. Menurut kajian para alimin, selepas wafatnya Nabi saw, setiap 100 tahun, Allah swt turunkan seorang Mujaddin utk bimbing umat.

    Jika kita ambik keruntuhan Khalifah Uthmaniah pada tahun 1924 sebagai tahun bermulanya zaman ke 4 seperti yg Nabi saw sabdakan, maka selewat2nya tahun 2024 InsyaAllah akan terlahirlah Mujaddin Akhirul Zaman bagi meminpin ummat manusia keluar dari kemelut kekejaman, penindasan, cengkaman, ketidakadilan yg dilakukan oleh agen2 mungkar, yg kita di Malaysia sudah diakui dan dikenali adalah umno (baru)/BN yg sedang rakus kini.

    Maka di samping kita melawan serta bertahan dgn berdepan dgn mereka, berbahagialah bahawasanya kemenangan mutlak itu akan tercapai, InsyaAllah dalam tempoh 12 tahun ini.

    Yaqinlah sambil kita tanam ikhlas dan amanah dlm perjuangan kita!

    Sekian,

    Gheng lama

    ReplyDelete
  26. Najib is full of crap. If it is TRUE that there is serious mismanagement by PR in PR led states as he loudly and proudly claims. Then just call for elections and see who the rakyat will vote into government.
    What a clown of a PM we have dumped on to us !

    ReplyDelete