23 October 2012

Orang Melayu dikelirukan oleh UMNO

Jika kaum Cina telah menentukan sikapnya untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang bersih dan cekap dengan menolak terus parti yang mewakili mereka, MCA, orang Melayu juga sudah menampakkan sikap ingin berubah itu walaupun setengah daripada mereka masih terkongkong dan dipenjara oleh partinya, UMNO. Kaum Cina telah menunjukkan sikap serius inginkan perubahan dan ini adalah sikap yang amat bertanggungjawab.

Dalam perjumpaan saya dengan ramai rakan kenalan dari kaum ini, saya dapat merumuskan yang mereka sangat serius dan inginkan perubahan berlaku. Jika perubahan tidak berlaku mereka merasakan yang negara akan terjerumus ke dalam lembah kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki dan akan memakan masa yang lama untuk memperbetulkannya.

Semasa negara mencapai kemerdekaan negara kita merupakan sebuah yang miskin tetapi dalam jangka masa yang agak cepat negara kita telah berubah menjadi sebuah negara yang sedang membangun. Untuk membangunkan negara ia memerlukan penyertaan dari rakyat yang menyeluruh dan kaum Cina yang telah begitu lama terlibat dalam perniagaan dan perindustrian memainkan peranan yang begitu jelas dalam penyertaan mereka membangunkan ekonomi negara. Kaum Cina merupakan kaum yang paling banyak menyumbang kepada kerajaan dan negara melalui kutipan cukai perniagaan dan pendapatan mereka.

Kaum Cina telah berniaga ratusan tahun sebelumnya dan mereka mudah untuk mendapatkan modal bagi apa-apa perniagaan mereka. Mereka terlibat dalam semua jenis perniagaan dan perdagangan sedangkan kita orang Melayu semasa mula mencapai kemerdekaan masih jauh tertinggal di belakang dan memerlukan dasar-dasar yang kuat untuk menuju ketahap berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

DEB yang dipersetujui dan juga mendapat sokongan dari semua kaum dilancarkan kerana semua kaum termasuk kaum Cina memahami untuk mendapatkan sebuah negara yang aman kedudukan ekonomi di antara rakyat berbilang kaum itu perlu ‘equitable’. Bidang ekonomi adalah bidang yang sangat penting untuk kerajaan menyelaraskan dengan baik bagi mencapai matlamat yang satu, iaitu pencapaian ‘Perpaduan Nasional’ yang berkekalan.

Orang Melayu pula dibangunkan dan dididik untuk menyertai bidang ‘commerce and industry’ ini dan dibantu oleh kaum lain dengan jujur kerana mereka mahukan kaum Melayu menjadi maju kerana mereka memahami yang kestabilan negara akan hanya boleh dicapai jika kaum Melayu dan Bumiputra memperolehi peluang dan bersama-sama menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’. 

Orang-orang Melayu pula serius belajar untuk menjadi penggiat ‘commerce and industry’ ini dan telah menampakkan kejayaan yang pesat terutamanya semasa pimpinan Tun Razak dan Tun Hussein Onn kerana pimpinan Melayu begitu taksub dan jujur untuk menjayakan dasar yang telah lama digubal oleh pimpinan Melayu dan bukan Melayu semasa zaman itu. Masing-masing kaum bekerja keras untuk melihat kejayaannya sehingga pegangan ‘equity’ Bumiputra telah melonjak ke tahap 18.2% pada tahun 1984 dahulu dari pegangan kekayaan yang hanya 2.7% semasa dasar itu mula dilaksanakan.

Di kementerian-kementerian serta jabatan kerajaan semasa itu wujud apa yang dinamakan ‘Unit Penyertaan Bumiputra’ yang memainkan peranan untuk memberi peluang untuk orang Melayu dan Bumiputra mendapatkan bantuan dan peluang menyertai bidang perniagaan dan perindustrian itu. Tetapi ‘unit penyertaan bumiputra’ ini telah dihapuskan kerana pimpinan selepas Tun Hussein tidak senang dengan kewujudan unit ini kerana ia menyusahkan kerajaan dan pimpinan selepas Tun Hussein untuk melakukan kehendak dan keinginan mereka untuk membina kronism.

Apabila kerajaan zaman Dr Mahathir tidak serius dan mengabaikan dasar yang masih jauh untuk mencapainya semasa itu, orang Melayu terbantut pembangunannya. Kalau tidak masakan Melayu hanya mendapat pencapaian sebanyak 19.6% sahaja pegangan kekayaan negara selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi teraju negara. Dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu yang ramai itu telah dikuasai oleh segelintiran Melayu dan menggunakan di atas nama Melayu dan kumpulan kronism ini telah menguasai segala-galanya dan usaha membangunkan orang Melayu melalu DEB itu telah terbantut.

Hanya beberapa kerat orang Melayu sahaja yang telah mendapat faedah dari pimpinan Mahathir dan mereka kebanyakannya adalah di kalangan mereka yang berada di ‘corridor of power’ sahaja. Mereka mengambil keuntungan yang terlalu besar melalui konsep pengswastaan yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir dan rasuah mula bercambah melalui kontrak runding terus yang diperkenalkan oleh kerajaan BN semasa itu. Pimpinan juga mengambil kesempatan untuk menjadi orang-orang kaya yang berlebihan melalui dasar yang sepatutnya diraih oleh orang Melayu yang ramai.

Orang-orang Cina mula merasakan yang kerajaan tidak serius untuk membangunkan negara mengikut dasar teguh yag telah digubal itu. Mereka menjadi sasaran perasuah besar di kalangan pimpinan kerana mereka (kaum Cina) yang berniaga terpaksa membayar harga yang terlalu mahal kerana semua pihak terpaksa ‘dijaga’ kerana budaya rasuah sedang berkembang dengan pesatnya di kalangan pimpinan Melayu di bawah pentadbiran Dr Mahathir (sehingga sekarang).

Pendeknya orang-orang Melayu terbantut pembangunan mereka dan orang Cina terpaksa menahan sabar dengan karenah pentadbiran kita yang begitu terjerumus dengan rasuah dan salahguna kuasa yang mereka terpaksa menanggung kerugian besar kerana sikap rasuah pimpinan dan pentadbiran itu. Kaum Cina sedar yang orang Melayu sendiri tidak berpuas hati seperti mereka (pimpinan kerajaan) juga, tetapi perbezaannya orang Melayu dibuai dengan retorik UMNO untuk Melayu dan penjamin bagi masa depan mereka. Kepercayaan ini telah tertanam di dalam sanubari dan pemikiran mereka. Media massa memainkan isu ini setiap masa untuk mengelakkan orang Melayu daripada memindahkan sokongan mereka kepada pihak lain terutamanya kepada PAS.

Tindakan UMNO memainkan isu rasis untuk memecahkan perhubungan dan permuafakatan di antara PAS dan DAP itu akan memakan diri UMNO sendiri. Usaha untuk membenci bangsa Cina oleh UMNO itu menunjukkan yang pemimpin UMNO tidak menyedari yang pembangunan negara ini dimainkan oleh bangsa Cina sebegitu tinggi dan orang Cina tahu yang mereka merupakan penyumbang besar kepada perbendaharaan negara yang diselewengkan oleh pimpinan UMNO itu.

UMNO tidak lagi berkeyakinan untuk mendapat sokongan dan mandat dan sehingga sekarang ini masih tidak berkeyakinan untuk memanggil pilihanraya. Selain dari ketidakyakinan parti itu untuk mendapat sokongan, UMNO sedang berhadapan dengan tindakan mensabotaj parti yang pasti akan berlaku dan ini telah berlaku secara berluas-luasa dalam pilihanraya yang lalu.

Kita tahu apa ‘sequence of events’ dalam UMNO selepas ini. UMNO akan lebih berpecah lagi sebaik sahaja nama dan senarai calon diumumkan oleh UMNO dalam pilihanraya kali ini. Perasaan tidak berpuas hati terhadap calon yang bakal diumumkan nanti, akan menambah kekalutan dalam parti itu dan itulah yang akan membawa padah kepada sebuah parti yang ditadbir dan diurus oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau tidak tahu bagaimana untuk bertanggungjawab.

Perbalahan di antara sesama mereka dalam PRU ini nanti akan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan UMNO dalam banyak kerusi di seluruh negara. Masing-masing merasakan yang masing-masing itu merupakan calon yang paling layak tanpa menyedari yang parti mereka itu bukanlah parti yang ‘winnable’ lagi.

Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memantau tindakan mensabotaj parti yang baru ditubuhkan itu tidak akan membawa parti itu ke mana-mana. Sama-samalah kita saksikan nanti.

9 comments:

  1. As Salam Tuan Aspan,

    Saya akan print 10,000 keping artikel tuan yang penuh dan sarat dengan fakta dan hakikat serta pencerahan politik Melayu hari ini dan akan mengedarkannya kepada masyarakat umum menjelang PRU13 nanti. Apa pendapat Tuan, boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Orang Melayu dikelirukan oleh UMNO.UMNO yg dikontrol oleh Geng Mamak.

    Bermula dari Mahathir,Daim Zainuddin,Zainuddin Mydin,Sanusi Junid...Semua keturunan mamak tongkang!

    Selain mamak tongkang ada juga dinasti. Dinasti Razak dan Dinasti Hussein bin Onn bin Onn bin Jaafar,Satu Bugis dan satu Turki.

    Dalam ketiga geng ni,geng mamaklah pandai pelemah Melayu.Madeii tulis MALAY DILEMA sebenarnya MADEEII DILEMA nak jadi PM.

    Siapa yang untung?. Madeii! (UM ),Nipu siapa ? orang(NO )Melayu..sinonim dg UMNO

    problem mamak sekarang , orang Melayu sudah sedar dari putar belit Madeeii dan dua dinasti itu !

    ReplyDelete
  3. Pak Aspan..

    Sebenarnya terlalu ramai ahli-ahli yang mensabotaj partinya sendiri (UMNO) dari kalangan ahlinya seramai 3 juta orang kerana pada tahun 1987 (kalau tak silap) semasa pertembungan antara Che Det dgn Kuli begitu ramai orang termasuk saya menjadi ahli UMNO secara percuma kerana yuran pendaftaran dan keahlian dibayar oleh ketua-ketua cawangan ataupun ketua-ketua bahagian demi kemenangan kepada Che Det dan dari situlah bermulanya fenomena dan kehancuran UMNO tulen. Sehingga kini saya masih lagi menjadi ahli UMNO yang sah kerana saya tidak pernah diambil tindakan displin mahupun dipecat dan sehingga kini juga saya masih menunggu untuk dipecat sedangkan saya salah seoarng ahli yang mensabotaj PRU12 dan yang akan datang. Ini terjadi kerana saya teramat meluat dan jijik bila melihat gelagat pemimpin UMNO baru yang begitu kemaruk dengan rasuah dan gila pangkat sedangkan Tuan telah banyak kali mengingatkan mereka melalui mata pena tuan. Oleh itu saya akan tetap menjadi ahli UMNO untuk selamanya selagi tidak dipecat dan membuatkan pemimpin-pemimpin haprak dibuai mimpi-mimpi indah yang bangga dengan keahlian seramai 3 juta sedangkan hakikatnya ramai yang telah menolak partinya umpama sebatang pohon kayu yang pada zahirnya kemas dan rapi sedangkan batinnya sudah reput dan busuk hingga tidak dapat diubati lagi hanya menunggu masa untuk tumbang.

    ReplyDelete
  4. .......The back must slave to feed the belly ----> bahasa melayu ---> tulang belakang adalah hamba pada perut -----> masakini begitulah keadaannya di malaysia....nyata sekali rakyat adalah hamba pada pemimpin.......

    ReplyDelete
  5. Bagi umat manusia yang mengaku beragama Islam, cukuplah 'beriman' dgn 'fahaman' politik umno. Cukuplah!

    Umno itu Melayu dan Melayu itu Islam, maka Umno itu Islam! Sejak 1960'an saya sudah dengar logik karat ini. Masa kecil dan remaja, saya percaya dengan 'semangat' ini. Bila masuk univ, saya terbuka minda utk lihat, kenal, kaji dan faham unsur dan ilmu2 lain, lebih2 lagi dgn yg bersandar dgn ilmu serta fahaman Islam. Alhamdulillah!

    Ilmu yg bersandar Quran, Hadiths, ijmak ulama serta qias. Maka apa yg terpapar depan mata serta watak2 pekat kita boleh tafsir dan tamsilkan dari sumber2 ilmu Islam!

    Kalau terasa pandai, hebat, angkuh ikutla Mahatdeyyy. Orang Turki pada tahun2 1910 sehingga 1924 terbawa oleh arus Ataturk sehingga tenggelam kerajaan khalifah! Hari ini baru Islam bangkit semula di Turki!

    Kajilah hadiths Nabi saw tentang 5 zaman. Semuanya adalah ringkasan sejarah! Kajilah!

    Sekian,

    Gheng lama

    ReplyDelete
  6. Pastikan selepas PRU13 ini (jika PR menang)semua ketua jabatan dan kementerian disiasat kekayaan mereka.Mereka inilah yang membenarkan rasuah berlaku dengan cara bersekongkol dengan menteri.perlakuan mereka ini pula diikuti oleh pegawai bawahan ibarat bapak borek anak rintik! Kaum cina juga perlu diajar jangan ringan tangan dan mulut untk hulur dan tawarkan rasuah dalam berurusan dengan pejabat kerajaan. Mungkin cina jenis guan eng dan melayu jenis khalid ibrahim dan nik aziz akan dapat mengubah keadaan ini!

    ReplyDelete
  7. Saudara AA dan bloggers

    Kan Mahathir yang menyatakan bahawa Ling Liong Sik ialah seorang yang jujur dalam kes PKFZ dan oleh itu, rasuah tidak akan wujud.

    ReplyDelete
  8. tidak lengkap jika tidak nyatakan geng mamak ni. Sharizat sunglap rm 250 juta. Ma'adayy,Daim dan Nur Mohd Yaakub perhabis rm 30 billion, 30 billion tu sepatutnya dibelanja memajukan modal insan Rakyat Malaysia.Ma'adayy dg Eric Chia pelingkup rm 18 billion.Kekayaan Hasil bumi Malaysia di mana Ma'adayy tolong anaknya mirzan rm 2 billion.Inilah kehebatan Ma'adayy!Ma'adayy bernasib baik kerana berada di Malaysia

    ReplyDelete