30 October 2012

TGNA adalah di antara pemimpin yang paling sihat

Tok Guru Nik Aziz (TGNA) berkata di Kelantan semalam yang beliau tidak akan meletakkan jawatan dan berundur kerana desakan dari pihak-pihak yang tidak kena mengena dengan PAS. Beliau akan berundur jika desakan itu datangnya dari PAS. TGNA mengulas desakan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, yang meminta TGNA berundur kerana kesihatan beliau tidak membolehkan beliau mentadbir negeri Kelantan.

TGNA berkata beliau akan hanya mempertimbangkan untuk berundur jika PAS mendesak beliau untuk meletakkan jawatan dan jawapan TGNA ini kepada saya adalah jawapan yang tepat dan benar. Di Kelantan yang menentukan siapa yang menjadi MB itu adalah PAS kerana rakyat Kelantan telah memandatkan PAS untuk mentadbir negeri Kelantan sejak tahun 1990 dahulu dan parti-parti serta pihak-pihak yang lain tidak ada hak untuk menuntut beliau meletakkan jawatan itu.

TGNA adalah seorang MB dan Ketua yang diberikan tugas untuk memantau kerja-kerja dan tanggungjawab pelaksana, iaitu pegawai-pegawai kerajaan negeri dilaksanakan dengan baik dan telus. Bagi saya TGNA adalah benar-benar seorang MB yang difahami dalam erti kata yang sebenarnya. Beliau tidak masuk campur di dalam pelaksanaan tanggungjawab kerajaan tetapi ‘accountable’ terhadap apa yang dilakukan oleh pihak pelaksana iaitu pegawai-pegawai dan penjawat awam di negeri itu.

Beliau tidak bersekongkol dengan pelaksana yang rasuah seperti yang dilakukan oleh MB-MB di negeri-negeri tadbiran UMNO. Banyak negeri-negeri tadbiran UMNO pelaksana dan penggubal dasar termasuk Menteri-Menteri Besarnya mengarah dan masuk campur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan ia telah membawa kepada kegiatan korupsi yang meluas. 

Jika penggubal dasar terutamanya MB hanya mengambil tugas sebagai pemantau kepada perlaksanaan dasar-dasar yang telah digubal dengan baik, maka budaya rasuah tidak akan berlaku dengan mudah. Rasuah berlaku di Kementerian-Kementerian Persekutuan disebabkan penggubal dasar yang diketuai oleh Menteri-Menteri dalam kementerian-kementerian itu tidak melaksanakan tugas dengan betul, iaitu untuk memantau segala tugas perlaksanaan kementerian itu dilaksanakan mengikut apa yang telah digubal.

Sebaliknya menteri-menteri menyalahgunakan kedudukan mereka dengan bersekongkol untuk melakukan kerja yang bertentangan dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka iaitu untuk memastikan pelaksana tidak melakukan rasuah dan sebagainya. Jika menteri-menteri melaksanakan tugas yang sepatutnya dilakukan tidak mungkin rasuah berlaku dalam kadar yang sangat membimbangkan sehinggakan rakyat sudah hilang  kepercayaan mereka kepada penggubal dasar yang diberi mandat oleh mereka.

Bagi TGNA beliau telah memberikan jawapan dengan betul. Yang penting ialah kesihatan pemikiran bukan setakat sihat tubuh badan. Jika pemikiran seorang MB seperti TGNA itu masih sihat,  tidak ada apa masalah untuk terus menjadi MB dan pihak UMNO, Perkasa atau pihak-pihak lain tidak berhak untuk membuat tuntutan untuk beliau berundur.

Ramai pemimpin di dalam UMNO itu masih sihat tubuh badan mereka tetapi pemikiran mereka telah uzur. Jika mereka masih mempunyai pemikiran yang tidak uzur, segala rasuah dan salah guna kuasa tidak akan berlaku. Pemimpin yang rasuah itu melambangkan pemikiran yang tidak sihat. Jika pemikiran mereka sihat mereka akan tahu yang rasuah itu salah dan pemikiran yang sihat akan memberitahu mereka yang rasuah itu amat bersalahan dengan syariat agama dan satu dosa yang amat besar di sisi Tuhan. Itu sebabnya saya berulangkali mengingatkan semua yang pemakan rasuah itu samalah seperti orang yang memakan daging saudaranya sendiri.

Bagi saya TGNA adalah seorang pemimpin yang paling sihat kerana beliau masih mempunyai pemikiran yang kuat untuk memberitahu beliau dan kepimpinan beliau itu yang rasuah itu adalah kesalahan besar. Sesungguhnya pemimpin-pemimpin UMNOlah yang sudah uzur kerana tidak dapat menahan daripada melakukan rasuah besar-besaran.

Pemikiran TGNA masih terlalu sihat kerana beliau tidak mahu tunduk kepada desakan untuk membuat kekayaan dan duduk di rumah-rumah yang besar dan berglamor. TGNA masih sihat pemikiran beliau kerana beliau tidak membelikan isteri beliau cincin yang puluhan juta harganya.

TGNA tidak menggunakan wang rakyat untuk membayar bil kenduri perkahwinan anak beliau dan tidak berbelanjakan wang rakyat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi beliau. TGNA tidak terlibat dalam isu ber‘dating’ dengan teman wanita dengan membayar wang sejumlah ratusan ribu ringgit setiap kali ber’dating’ seperti yang dilakukan oleh seorang Menteri Persekutuan. Setakat yang kita semua tahu TGNA tidak ada teman wanita di luar rumah.

Pemikiran TGNA masih sihat kerana beliau tidak pergi berpeleseran di pusat-pusat karaoke dan membayar GRO-GRO dengan menggunakan wang rakyat dan beliau tidak pernah pun pergi bersukaria di pusat-pusat hiburan tempatan atau antarabangsa.

TGNA tidak seperti seorang MB yang kurang sihat pemikirannya yang terlibat dengan jenayah menghantar wang sebanyak RM10 juta ke London melalui sebuah pengurup wang yang begitu ‘dubious’ kedudukannya.

Jika kita timbang-timbang dengan secebis tulisan saya ini kita boleh membuat andaian yang ‘conclusive’ yang TGNA adalah seorang pemimpin yang paling sihat dan belum uzur lagi. Ssebaliknya pimpinan BN dan UMNOlah kumpulan pemimpin yang telah uzur kerana mereka tidak dapat menggunakan pemikiran mereka untuk menentukan yang mana satu yang tidak baik dan yang mana satu yang baik untuk dilakukan atau untuk tidak dilakukan.

Oleh kerana keuzuran pemikiran pimpinan BN dan UMNO inilah yang menyebabkan kerajaan pada hari ini menjadi persoalan besar oleh rakyat jelata.

Bagi saya, secara peribadi TGNA perlu terus bertanding dalam PRU ini kerana tidak ramai lagi pemimpin yang masih sihat seperti TGNA dan Tok Guru Hadi Awang dan beberapa orang pimpinan besar dalam DAP dan parti-parti yang lain. Mereka ini masih sihat kerana tahu yang mana baik dan yang mana buruk.

Pendeknya kalau kita hendak tahu mana satu pemimpin yang masih sihat ialah mereka yang belum terlibat dengan banyak dosa dan noda yang memercukan syariat agama dengan sesungguhnya.

Sesiapa yang tidak memercukan syariat yang diperintahkan Tuhan itu adalah mereka yang tidak sihat dan perlu direhatkan untuk membina kembali kesihatan mereka mengikut sudut agama dan syariat agama yang kita anuti.

Salah satu daripada sebab PAS mendapat sokongan ramai hari ini ialah kerana kesihatan kepimpinan dan pemikiran pemimpin mereka. Kerana kesihatan pemikiran mereka itulah rakyat sedang berlumba-lumba untuk menyokong pemimpin-pemimpin yang sihat sekarang ini.

34 comments:

  1. TGNA seasoned politician.Memang kenal benar dg sepak terajang UMNO dari 70an hingga sekarang.

    TGNA boleh checkmate Mahathir dan lain-lain pemimpin UMNO dlm apa saja isu.UMNO memang pening dg kepala dg TGNA.

    Kewibawaan TGNA di mana PAS dpt bertahan dg putarbelit politik UMNO.Kesilapan TGNA kerana kesian kpd Brahim katak.Brahim Ali ni bedukang bin munafik!

    Saya berdoa ke hadrat Allah semuga TGNA sihat sentiasa.Inilah tokoh pemimpin yg berkhidmat utk rakyat.Dia tidak menggunakan kedudukan utk memperkayakan diri dan keluarga.Bukan mcm Mahathir dan pemimpin UMNO lain!

    GUNUNG KEYANG

    ReplyDelete
  2. As salam Pak Aspan..

    Saya sentiasa menunggu komen dari pak aspan berkenaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat...

    Beliau adalah pemimpin untuk semua bangsa..sikap merendah diri, jujur tidak pernah songlap duit rakyat...

    pemimpin bn boleh ke setanding dengan beliau?

    ReplyDelete
  3. Terbaek lah..smoga byk lg pemimpin mcm TGNA wujud kat mesia ni..save malaysia..

    ReplyDelete
  4. Saya respect tgna kerana tiap2 pagi jumaat beliau konsisten akan memberi tazkirah agama sejak dari tahun 90 hingga skg..saya respect tgna kerana beliau sudi meluangkan masa 'cukur jambul' bayi baru lahir..berduyun duyun rakyat dtg utk 'cukur jambul' bayi dgn beliau..sy respect tgna kerana tiap2 pagi beliau akan menjadi imam solat subuh di masjid bersebelahan rumah beliau..dunia akhir zaman mcm skg..susah nak cari pemimpin terlalu 'mudah berkira' dgn rakyat..selalunya pemimpin ni bila da jadi menteri atau MB trus jauh dgn rakyat..apatah lagi nak dgr masalah rakyat..time nak pilihanraya je tersengih sengih tnjuk muka..saya ni rakyat kelantan..saya da lama jadikan tgna ni sbg sumber inspirasi..idola..walaupun sy x sempat hidup sezaman dgn ulamak tersohor seperti tok kenali..sya bersyukur kerana dianugerahkan MB seperti tgna..moga allah panjangkan umur beliau dan memberi kesihatan yang cukup baik untuk beliau menjalankan tanggungjawab sbg pemimpin utk kita..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tuan,

    Semua orang Kelantan kenal siapa dia YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan semua Kelantan juga kenal siapa dia Dato Ibrahim Ali.

    ReplyDelete
  6. As Salam Tuan Aspan,

    Sebutan mengenai Nik Aziz bukan saja bergema di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang malahan kehebatan dan keistimewaannya mengimbau ke seluruh negara.

    Tidak salah kalau Pas meletakkan Nik Aziz sebagai ikon dan maskot politiknya kerana ia wajar di atas kehebatan dan keilmuan Nik Aziz dalam agama dan politik. Kandati beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini pun kehebatan dan keistimewaan serta keunikan beliau itu akan disebut-sebut dan diingati serta dijadikan pendorong meneruskan perjuangan. Beliau akan disebut seperti para salahfusoleh yang berjasa kepada Allah seumpama Fadzil Noor yang kehebatan dan kebijaksanaan politiknya terus disebut.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Allahu akbar! Alhamdulillah! Sekali lagi, saudara kreatif dalam tamsilan terhadap golongan sihat dan golongan berpenyakit! Teruskan! Sepatutnya, artikel sebeginilah yang patut menjadi bahan rujukan semua, sekaligus nyata saudara menulis dan mengupas sesuatu isu dengan penuh berhati-hati lagi berfakta.

    Rasanya, cukuplah dengan analisa saudara itu, kerana berdasarkan kesemua 6 ulasan yang saya baca, kesemua rakan kita itu bersetuju 100 %. Apapun, saya sekadar ingin berkongsi pengalaman saya bersama seorang pemandu teksi berbangsa India dua tahun lalu; beliau dengan terus-terang turut mengkagumi Al-Fadhil TGNA dan mengutuk keras Samy Velu dan UBN, termasuk bapa syaitan 1-Malaysia ini ... Oleh itu, kepada UMNO dan sekalian ahzabnya yang sebangsa seperti PERKASA, lebih baik mereka berehat sahaja di rumah atau dihantar terus ke Wad ICU Allah SWT, kerana sememangnya merekalah yang sakit, bukan PAS dan DAP yang telah mereka momok-momokkan sekian lama. OK tak? Bayangkan, selama 55 tahun merdeka ini, kestabilan dan keharmonian yang kita impikan hanya bagaikan igauan dan angan-angan mat jenin. Justeru, marilah kita ubah lanskap politik lapuk UBN ini demi masa depan kita dan generasi kita akan datang, insha Allah.

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Kita hanya perlukan akal yang bijak dan tajam untuk melakukan sesuatu perkara, bukan sahaja tubuh badan yang sihat.

    Badan sihat dan pemikiran yang tajam dan matang perlu untuk semua ini demi memartabatkan slogan negeri ini 'Membangun Bersama Islam'.

    Apa yang penting adalah kekuatan minda dan fikiran untuk berjuang.

    Islam secara asasnya menggalakkan budaya kreatif dan inovasi di kalangan umatnya dan perkara itulah yang perlu diketengahkan pada zaman sekarang.

    Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

    ReplyDelete
  9. Sihatnya TGNA bukan sekadar di dunia, malah berterusan hingga ke Akhirat, insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. Saudara AA dan bloggers

    TGNA has our utmost respect being a politician with squeaky clean record, and no one has any right to ask him to step down, except God Almighty.

    Observer.

    ReplyDelete
  11. As Salam Tuan Aspan.

    Dok tunggu juga komentar dari "Batu-Batu Pelir" kalau-kalau mahu juga tumpang sekaki untuk menghentam peribadi TGNA seperti mana yang idola mereka Tun Maha Mohd Iskandar Kutty (TMMIK) selalu amalkan apabila tersepit di dalam isu-isu berhubung dengan Islam.

    Hanya para penyokong tegar TMMIK yang mempunyai otak yang tidak sihat dan boleh dikategorikan sebagai "Batu Pelir Sakit".

    Mereka ini sentiasa meminta supaya ditunjukkan fakta dan bukti, walhal tulisan Tuan AA selama ini pun melimpah ruah dengan fakta dan bukti, tak cukup itu lagi ramai komentar yang memberikan senarai fakta dan cukup dengan statistik sekali...... Tetapi nak buat macam mana dah dasar "Batu Pelir Sakit", lantas otak pun tidak sihat kerana terlalu taksub dengan pemimpin rasuah dan terlalu sayangkan harta dunia yang tak seberapa tu. Alahai....

    ReplyDelete
  12. .....Quran adalah petunjuk yg terang & nyata, namun manusia tetap akan terpedaya. Bertopengkan gelaran ulama, ostad & guru agama, membuatkan manusia lain mudah percaya. Agama ikut-ikutan adalah dari nenek moyang mereka, hanya menerima begitu saja tanpa banyak bertanya. Tuhan telah mengesa manusia, gunakanlah akal jika ingin hidup bahagia, namun manusia masih tetap berpaling juga. Ingatlah amaranNya, syaitan itu adalah 'musuh mu yg nyata'. Apakah manusia masih tidak melihat juga?



    ReplyDelete
  13. tgna masih di perlukan. mana ada expiry date perjuangan. ingat roti mamak ka ada expiry date? saya rasa pas/melayu pecahan umno akan senget kalau tgna pencen sekarang.

    ReplyDelete
  14. Salam Pak Aspan dan semua,
    Ini ada satu kesah yang berlaku dahulu di Kelantan. ada seorang Cina tokey mesin padi pi Kelantan bawa mesin padi untuk tuai padi. Waktu sedang camteeeekkkk menuai, mesin rosak. Gelabah lah Cina ni nak cari Spare Part sebab hanya ada satu kedai sahaja yang jual spare part mesin padi jenis ni tu pun di Bandar Kota Bharu. Sebab nak cepat dia tunggu tepi jalan nak menumpang mana-mana orang yang nak pi Bandar KB sebab waktu datang dia naik treler bawa mesin padi, bukan naik keta.
    Dalam dok tunggu tu datang satu keta mecedis yang agak buruk, tuan aji tua yang pandu. Tuan Aji tu berenti dan tumpangkan tokey Cina ni ke Kedai Spare Part kat Bandar KB tu. Dah hantar, tunggu lagi. Habis ja beli alat ganti, tuan punya kedai spare Part tanya la tokey mesin ni, kenal tak sapa yang bawa keta tu. Jawapannya, tak tau
    ( mana dia tau sebab tak pernah tengok pun lagi pun dia mai dari kedah bukan orang Kelantan ). Terkejut besar tokey mesin ni dimaklumkan tu la MB Kelantan TGNA. Kelam kabut Cina mesin ni pi minta maap. Tau tak apa TGNA cakap...
    Dia tolong sebab tanggungjawab dia menolong orang dalam kesusahan. Kalau dia tak tolong tokey pi cari spare part macam mana nak tuai padi. Padi rosak, rakyat susah. Rakyat susah, dia sebagai pemimpin yang bertanggungjawab jawab kat Tuhan. Malah dia berterima kasih kat tokey tu bantu rakyat dia.
    Rasanya Tokey Cina Mesin Padi ni hidup lagi dan ada kat Kedah. Banyak tuan tanah yang pernah di 'mesin padikan' padi diaorang oleh tokey ni hidup lagi. Cerita ni bukan sesaje cerita tp disampaikan oleh Cina tu sendiri sebab kagum dengan peribadi TGNA dan cukup tersebarluas dikalangan petani di Kedah dan Perlis suatu ketika dulu.
    Kalau rasa tak mungkin YAB MB Kelantan berkeperibadian sebegitu indah, pergi ler rumah dia. Akan terkesan jiwa kita melihat kehidupan seorang Ketua Negeri yang penuh sederhana dan keramahan isteri Tok Guru yang begitu mesra dan lemah lembut tanpa mengira darjat/status.
    Dasar Wasatiyyah yang dinyatakan diamalkan bukannya wasatiyyah dimulut tapi kelakuannya 'mengerikan' - cincin RM juta-juta, beg tangan - RM ribuan dan lain-lain lagi la.
    tq.

    ReplyDelete
  15. Salam semua,
    usia bukan penentu 'uzur' dalam berkhidmat khususnya politik. Uzur yang sebenarnya dalam politik ialah 'jiwa dan mental'. Saya yakin TGNA belum lagi 'uzur'. Yang 'uzur kronik' ialah Pak Brahim Ali, Pengerusi PERKOSA sebab 'gila kuasa'. Pemimpin-pemimpin yang gila RM, gila betina,perogol, penyamun, perampas tanah rakyat, kelentong rakyat jual tanah untuk saham yang tak tentu untungnya, tonggang botol, berjudi ( termasuklah memiliki saham judi dan
    arak ),sponsor artis (penyedap) guna duit rakyat ( kalau dengan gaji/elaun menteri mana mampu beli umah juta-juta ringgit beb!!!), nafsu tak terjaga, rasuah dan segala seumpamanya; tu ler yang dinamakan 'uzur kronik' dan sepatutnya dinyahkan dari arena politik negara. Menyusahkan!!!
    tq

    ReplyDelete
  16. Salam AA n Sahabat2...

    Bila baca entri tuan tetiba saja rasa nk tergelak kuat2....sbb apa?..

    Lepas saja kita mencapai kemerdekaan..rupa2nya Malaysia di pimpin oleh 'orang2 yg x sihat" hehhe..patut la...Tun M kata yg bodoh aja dlm UBN..yg cerdik di luar UBN..hehheh..alahai...Minta2 jgn la dlm pru13 ni kita yg sihat d perintah lagi org yg x sihat...mau gila oooo....

    -hmkaziz-

    ReplyDelete
  17. Janganlah menyalahkan tuhan atas kejahilan yg menimpa diri, sebab akal yg diberi sudah tidak digunakan lagi. Petunjuk melalui Quran telah jelas terpampang, namun manusia masih terkial-kial mencari. Manusia pendusta adalah syaitan itu sendiri, menyesatkan manusia lain adalah tugas mereka selama ini. Bertopengkan gelaran ulama, ostad & guru agama, menyebabkan manusia lain mudah terpedaya. Akhirnya, anak cucu juga ikut serta, menzalimi diri sendiri kerana mudah percaya. Malangnya, walaupun petunjuk Quran itu telah terang & nyata, masih lagi memperdaya diri sendiri juga.


    ReplyDelete
  18. Saya dapat mengagak bahawa orang yang paling cemburu kepada TNGA adalah Mahathir Kutty Mohamed sebab kalau TGNA dapat sambung lagi tempoh pemerintahannya selaku pemimpin tak kiralah Negeri atau Negara, maka TNGA dapat mengalahkan tempoh waktu pemerintahan siKutty ni. Inilah sebabnya seseorang yang berhati zionis, sekutu iblis dan sahabat syaitan tidak suka dan tidak senang duduk.

    Seterusnya, orang-orang jahat ni selalu lupa bahawa orang-orang baik sungguhpun kekuatan jasmani hampir pupus tetapi kekuatan rohaninya tetap hidup, konsisten dan bertambah tajam. Mereka pasti dapat mengalahkan orang-orang jahat tersebut.

    Selain itu keturunan pemimpin jahat itu akan semakin hari menjadi semakin pupus dan rosak binasa sebab logiknya syaitan dan iblis itu bertujuan menjatuhkan manusia manakala keturunan pemimpin baik itu pula dilindungi kerana para malaikat senantiasa mendoakan mereka.

    Untuk membezakan keturunan pemimpin baik dan jahat ini, tengok sahaja anak2 mereka meneruskan kesesatan dengan megadakan kilang arak untuk menjadi sekutu karib iblis. Anak pemimpin jahat ini juga sering berpeleseran menemani iblis dan yang paling bangsat sekali apabila anak2 pemimpin jahat ini cetek ilmu akhiratnya yang menyebabkan jiwa mereka kosong. Dengan ketiadaan ilmu ini, pasti iman dan amal tidak akan hinggap ke atas mereka, jiwa mati dan akan terus menambahkan kezaliman dan kesesatan jika dibiarkan.

    "Anak Adam"


    ReplyDelete
  19. Salam Pak Aspan,
    Baru2 anak saya yg belajar di Maahad Darul Anuar cakap pd saya, dia nk ambil sebyk mungkin ilmu dari TGNA, setiap apa yg TGNA tazkirah selepas solat dia akan catit, sbb dia kata tok guru mungkin x lama dh nk hidup, saya tanya kenapa cakap macam tu..sedih mama tau..sbb tok guru selalu x sihat anak saya kata, tp itulah Pak Aspan lepas seminggu anak saya cakap benda tu, TGNA keluarkan statement supaya teruskan perjuangan Islam selepas kematiannya...adakah TGNA telah menerima tanda2 malaikat maut sedang manghampirinya? Amat sedih utk melalui detik itu...namun rasa2nya hampir kesemua rakyat Kelantan sentiasa mendoakan TGNA supaya pjg umur utk terus menjadi pemimpin kami, semoga Allah swt sentiasa memberkati negeri Kelantan Darul Naim.

    ReplyDelete
  20. Salam Aspan,

    Masa kecik kecik dulu saya dibesarkan oleh Wan dan Atuk di kampung. Arwah atuk saya hanyalah seorang insan biasa, kerjanya hanyalah seorang tukang cat JKR di daerah Kuala Pilah. Minat atuk saya membela dan memikat burung terkukur. Kerana minatnya, keliling rumah atuk saya dipenuhi dengan burung terkukur. Sebulan sekali atuk saya dijemput dengan kawan-kawannya untuk memikat burung.Bila petang nanti, lazimnya dapat seekor dua burung terkukur yang dijeratnya.Kerana minatnya, atuk saya berkawan dengan ramai orang, abang polis, orang pejabat tanah, orang meniaga dan sebagainya.

    Yang paling saya suka tengok gelagat atuk bila mengajar burung terkukur menyanyi. Lazimnya atuk saya akan merenjis air kebadan terkukur dulu.Kemudian dengan isyarat tangan dan kepala dengan mulut menyebut kur,kur,kur beberapa kali memberi isyarat kepada burung terkukur supaya mula berlagu. Bila burung terkukur mula berlagu, kepala burung akan menunduk menunduk sambil berlagu menyebut kur,kur,kur. Yang syok nya bila burung burung terkukur lain yang berdekatan akan juga berlagu senada, macam orkestra burung terkukur.Memang seronok mendengarnya.

    Masuk blog Aspan, saya teringat arwah atuk saya tu. Aspan menulis apa apa pun, sebut kur kur kur, blogger lain pun akan senada juga, sebut kur kur juga. K alau Aspan menulis dan menyepin TGNA baik dan sihat, burung terkukur lain akan berkata begitu..TGNA baik dan sihat...TGNA baik dan sihat. Macam mana saya seronok dengar burung terkukur berirama, unutuk manusia saya rasa satu perkara yang amat membosankan. Itulah sebab saya jadi burung terkukur yang tak menyebut kur,kur,kur tapi mungkin menyebut ong, ong, ong macam katak. Bezanya manusia dan burung terkukur, manusia ni diberi fitrah untuk berfikir dan bertindak mengikut naluri masing masing, jadi gunakanlah sebaik baiknya.

    Batu Ronson

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam pak aspan dan kepala batu..

      kesian kat awak... atuk suka bela burung tekukur ye...

      Delete
  21. Encik Batu Ronson,

    Tak perlulah nak putar belit kat sini, just straight to the point. What do u mean by burung tekukur? Org yg kata TGNA baik dan warak tu cam burung tekukur ke? And what do u mean by ong, ong,ong? Encik Batu Ronson ni mcm katak ke, hoping around? Pernah jumpa TGNA in person ke? Ade ke pemimpin dlm negara kita ni mcm TGNA? ade ke wife tok guru beli beg birkin berkontena? Ade ke wife tok guru beli kasut berjenama berkontena? PM awak ade ke mengimamkan jemaah? Najis mughallazah pun tak tau nak jwb huh! So please dont talk ridiculous or trying to make other people look stupid. No need to manipulate or using that stupid reverse psychology of yours, org bukan bodoh sgt utk menilai. Budak2 kecik pun bole phm yg org tua takkan tak phm2? Kalau berani ckp je terus terang kat sini if u think there is something wrong with tok guru, itu pun kalau awk ade telor la the same like ur friend there Mr Anon 14:46 n 17:41. But let me tell u something, kalau awak kata ur PM was an example of a better leader compared to Tok Guru, u must be simply stupid or plainly ignorant. Thank u

    ReplyDelete
  22. Yo batu ronson
    atuk kau kurung terkukur dalam sangkar buat apa??? Lepas tu paksa pulak burung tu menyanyi... pelik la. Bodo betul manusia atuk kau ni. Penzalim. Burung yang bebas dikurung. Jadi tak heran la mengapa hang pun tak cerdik jugak, dah diturunkan sebegitu - genetik. satu lagi nak bagitau kat hang burung tu bukan menyanyi tapi memaki atuk kau... tua kutuk, tua kutuk sebab menzalimi ia - ambil kebebasannya untuk terbang bebas mcm apa yang kerajaan buat sekarang - menzalimi rakyat marhaen dengan letak dalam ISA. Atuk kau dengan kerajaan sama lo, zalim dan tak cerdik)!!!
    hang jugak kata hang suka bunyi ong,ong,ong@katak. Memang ler dasar orang tak ada pendirian, suka melompat sana-sini.
    teruskanlah dengan personaliti katak tu. memang sesuai la sbb dalam kerajaan sekarang memang ramai 'katak'.
    tq.

    ReplyDelete
  23. Batu Ronson lebih suka katak?
    Kalau nak katak besar yang mahal boleh beli dengan orang asal di Kg Peta, Taman Negara Endau Rompin.
    Kalau nak katak benyek, boleh cari kat Pasir Mas.
    Burung tekukur value maintain, sekurang-kurangnya.

    ReplyDelete
  24. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Maaf, mencelah lagi. Sekadar memberi respond kepada ulasan saudara mengenai orchestra burung tekukur ini, yang pada hemat saya, tidak wajar lagi tidak menasabah. Dalam hal ini, seperti yang diulas majoriti rakan-rakan lain, aqal dan fitrah semulajadi pasti inginkan segala yang baik lagi sihat, lebih-lebih lagi yang didasari petunjuk Ilahi (Al-Quran dan Hadith). Justeru, kenyataan yang menyamakan respond majoriti kita yang bersetuju dengan tulisan saudara sebagai orchestra burung tekukur, sebenarnya suatu penghinaan ke atas fitrah diri pengulas itu sendiri. Walaupun benar pentas perbincangan seperti Blog adalah bebas, tetapi, seperkara yang kita sekalian yang mengaku beriman dan solat lima waktu ini mesti ingat baik-baik ialah: "Terlajak perahu boleh diundur; terlajak kata, ..." -- al-maklum aja-lah, kan? Jangan nanti dik tulisan kita yang tak berlapik ini, menggambarkan akhlak sebenar kita, sekaligus diimbas CCTV-Nya yang tak kenal letih dan jemu, lantas menjadi video yang akan dipertontonkan kepada kita di sana, kemudian dibenarkan sendiri oleh sekalian anggota badan kita selain bibir dan lidah yang telah digam ... Mahukah? Ayuh, bersamalah kita renung-renungkan; dan Allah yang Maha Mengetahui.

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  25. As Salam Tuan Aspan.

    Yang peliknya di blog tuan ini ada komentar yang suka dimaki dan dihina. (apa bezanya beliau dengan puak kat Israil tu?)

    Pendapat majoriti kata TGNA masih sihat dan baik maka dia mahu kata sebaliknya..... Batu Pelir ini memang ada masalah mental.....(Kalau 44 orang kata dia ni biul, Insyaallah dia akan biul).

    ReplyDelete
  26. For decades he leads the opposition state and his people victimised by the federal govt....while majority of us don't care and blinded by the 'development', money and benefits.

    Religion was used to fight gross injustice inflicted on his people.

    Without him, would there be 4 -5 opposition states and a possible change of govt.?



    ReplyDelete
  27. Assalammuaaikum Sdra Aspan dan pembaca semua; musim hujan dah mula, dengan pembinaan lorong LRT, jem di USJ Subang Jaya semakin merumitkan perjalanan kita ... Kur,kur,kur!.(Benci,benci,benci!..)

    Seronok bila membaca komen An 08:55, AF 10:37 dan beberapa pendapat di atas. Rupa-rupanya BR ini adalah cucu pendera burung, kat KP pulak tu!. Ingatkan geng satu kapal.

    Ingat tak cerita orang gila memancing dalam baldi. Orang yang menegur pulak yang dikatanya gila. Betul juga, 'dalam baldi mana ada ikan'. Yang bermasaalah mental ini selalunya tidak sedar keadaan diri mereka sebenar. Tentunya sdra BR kita bukan dari golongan itu, jauh sekali. Tafsiran saya ialah dia bersahaja nak berinteraksi, maklum sajalah duduk di rumah banglo tak sama tinggal di rumah rakyat yang sentiasa ramai, rioh, tegang, ceria, dan tidak pernah kesunyian. Kur..kur... itu tak sama pengertiannya dengan yes,yes, yes... zaman global tafsiran juga global.

    Saya bukan orang Kelantan, tetapi bila bercuti di sana tak kiralah kalau di KB, Bacok, Maceng atau di Rantau Panjeng sekali pun, dirasakan semuanya seronok belaka. Dapat dirasa kehebatan TGNA, raja dan rakyatnya. BR patut cuba oder Nasi kerabu ori dan minuman air daun peraga ice. Sedap !.

    Haji Kampung

    ReplyDelete
  28. Buat apa nak layan Batu Ronson tu, membazir masa dan tenaga je.

    No need to lower our intellect down to his level.

    ReplyDelete
  29. Tuan Besar G7,

    Marah betul ente pada ana ye... Mungkin ente ni dah silap faham... Baca posting ana betul betul, ada ke apa apa statement yang ada kutuk TGNA...tak de kan.

    Ana hormat pada TGNA macam ente jugak, kalau ente sanggup ambik selipar TGNA kerana dikatakan ada berkat, ana pung sanggup juga. Kalau ente sanggup berebut rebut air lebihan wuduk TGNA, ana pung sanggup jugak..malah lebih lagi. ??ana sanggup baring atas jalan becak untuk bagi TGNA lalu atas badan ana supaya kaki TGNA tak basah...ente sanggup ke..

    Mana nak dapat MB macam TGNA ni yang sanggup bekerja sampai mati kerana nak majukan Kelantan? Takda TGNA, saya rasa takdanya PAS, tiada seri langsung, Mana ada MB macam TGNA ni, jadi imam boleh, syarah agama pun boleh, nak doa berat berat pun boleh, nak doa tahlil boleh, nak halau antu pun boleh, nak doa pecah perut pun boleh,..TGNA memang MB serbaboleh..hidup TGNA..hidup TGNA, hidup TGNA..

    Batu Ronson

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu o batu ronson,
      jgn le tunjuk ko tu bengap sebengap makhluq ngalahkan cipan. ada ka manusia pengampu mcm tu atas muka bumi ni. TGNA pun tak akan maunya layan ampuan ko tu. Tu ler.... lain kali jumpa TGNA sendiri ka, dengar kuliah dia ka... baru tau orang dia mcmana. Jgn dok dengar kuliah Chua Soi Seks ja... !!!
      Kalau ko nak ampu mcm tu elok pi jumpa Ros*** Mansor PM Malaysia tu, untung-untung dapat projek baru, boleh besarkan lagi banglo ko tu atau ko bole luas lagi empayar bisnes ko tu. Yo la, kan itu cara ko naik dulu... habis kotuo bahagian ko cari... dok gitu ek?
      Ko nak perli TGNA ikut suko ka ko ler. ..

      Delete
    2. as salam pak aspan...


      en.kepala batu ..anda terpengaruh
      dgn filem tamil,..

      Delete
  30. Batu Ronson,

    Tepuk dada tanya selera lah.

    Dengan manusia bolehlah kau mengaku kau tak kutuk TGNA.

    Dengan Allah swt yang maha mengetahui, beranikah kau?

    ReplyDelete