Pilihanraya hampir tiba. Seperti
biasa apabila PRU mendatang, BN khususnya UMNO, isu wang akan berkisar. Isu
RM40 juta merupakan isu di Sabah yang
mengaitkan Musa Aman, Ketua Menteri negeri di bawah bayu itu. Isu pengakuan
Micheal Chia di Hong Kong semasa dia di soal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah
negara itu telah mengakui yang wang itu adalah kepunyaan Musa Aman. Nazri telah
memberi tahu Parlimen bahawa wang itu adalah wang UMNO dan bukannya wang Musa.
Nampaknya Nazri lebih tahu siapa yang punya wang itu.
Yang lebih tahu ialah Najib
kerana PM Najib tidak memberikan apa-apa komen tentang isu RM40 juta ini. Najib
mungkin tidak payah memberikan komen kerana wang yang berputar di sekeliling
UMNO ini merupakan satu perkara yang biasa dan Najib tidak payah memberikan
komen tentangnya.
Tetapi jumlah RM40 juta ini
adalah jumlah yang besar kepada kita tetapi ia merupakan jumlah yang
diibaratkan sebagai habuk di atas tunggul sahaja oleh pemimpin UMNO sekarang
ini dan mereka menganggap isu itu sebagai isu remeh dan tidak perlu mendapat
layanan dari sesiapa yang ingin menjadikannya sebagai isu pilihanraya.. Bagi BN
wang sebanyak itu hanya wang runcit untuk kegunaan pekerja-pekerja yang menjaga
pejabat UMNO sahaja.
Parti STAR, dari Sabah, telah
bertanya dari mana datangnya wang sejumlah itu? Musa adalah orang yang
dikaitkan dengan kegiatan ‘money laundering’ dan jika pertanyaan itu timbul
dari sesiapa ia bukanlah pertanyaan yang tidak relevan. Takkanlah wang sebesar
itu datang menggolek begitu sahaja. Itulah yang untungnya jika berada di
peringkat kepimpinan dalam UMNO. Wang datang dengan banyaknya tetapi sumbernya
mereka tidak tahu.
Nampaknya di dalam UMNO ‘Lailatul
Qadar’ selalu datang. Pimpinan tidak payah beribadat dengan tekun sehingga
sepuluh malam terakhir Ramadhan kerana di dalam UMNO ‘Lailatul Qadar’ datang selalu
tanpa mengira bulan mana pun dalam takwim Islam. Mungkin itulah sebabnya kita
diminta oleh pimpinan UMNO untuk memberikan sokongan dan beribadat terhadap
parti itu kerana parti itu mampu memberikan ‘Lailatul Qadar’ kepada sesiapa
yang menyokong mereka.
Beberapa bulan terakhir sebelum pilihanraya
itu banyak pihak yang beribadat terhadap UMNO untuk mendapatkan keuntungan ala
‘lailatul qadar’ itu. Micheal Chia, semasa disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah
Hong Kong telah menyatakan secara bertulis yang wang RM40 juta itu adalah
kepunyaan Musa Aman. Walaupun Musa Aman menafikannya ia hanyalah penafian
seperti penafian yang dibuat oleh lain-lain pemimpin kita dalam UMNO itu.
Saya percaya Musa akan tetap
menjadi pemimpin yang akan mengetuai BN di Sabah dalam pilihanraya yang akan
datang ini. Dalam UMNO pemimpin yang bersih tidak akan menjadi apa-apa kerana
parti itu merupakan parti yang sarat dengan pemimpin yang rasuah dan mereka
bekerjasama untuk menutup isu-isu aib sesama mereka. Mereka yang bersih akan
dianggap seperti musuh dalaman parti itu dan tidak akan mendapat kesempatan
untuk menaiki tangga kepimpinan politik sampai bila-bila.
Seperti Dr Mahathir semasa ditanya
oleh Mahkamah semasa beliau menjadi saksi perbicaraan Ling Liong Sik, telah
memberikan pujian kepada Ling yang Ling tidak berkemampuan untuk menipu jemaah
menteri. Walaupun tidak ada kemampuan untuk menipu, wang rakyat sebanyak RM12
billion jumlahnya telah hilang. Wang sejumlah itu hilang dengan sendirinya
kerana tidak ada pemimpin dalam BN telah menipu sesiapa. Tidak seorang pun di kalangan
pemimpin UMNO mahu mengambil ‘accountability’ terhadap kes tipu menipu dalam
kabinet kita.
Seperti juga isu RM250 juta
ringgit wang rakyat telah dirugikan dalam isu NFC, Shahrizat Jalil berkata yang
bertanggungjawab membuatkan NFC itu rugi ialah Parti Keadilan Rakyat dan media massa. Katanya kalau PKR
tidak timbulkan isu, isu NFC tidak akan mengalami kerugian.
Banyak lagi isu yang melibatkan
wang rasuah di dalam UMNO tidak diselesaikan di hadapan rakyat. Kita hairan wang
rakyat mengalir keluar melalui rasuah tetapi tidak ada yang bersalah baik
setelah dibicarakan atau sebelum dibicarakan.
Undang-undang tidak boleh
digunakan untuk memerangkap penjenayah tetapi undang-undang digunakan untuk melindungi
penjenayah-penjenayah tegar dalam kerajaan. UMNO kini berhadapan dengan krisis
keyakinan yang paling teruk dalam sejarah parti itu. Apa sahaja yang dilakukan
sudah dianggap sebagai bermatlamatkan rasuah dan kepentingan segelintir
pemimpin dan kroni-kroni mereka.
Kemelaratan UMNO pada hari ini
tidak boleh diubati dan tugas penyokong tegar mereka tidak lain dan tidak bukan
hanyalah untuk mencari kesalahan pihak PR seperti orang mencari kutu.
Isu yang besar-besar mereka (UMNO)
lindungi dengan menjadikan isu yang kecil untuk memalingkan perhatian terhadap
isu-isu besar mereka yang telah melingkupkan perbendahaaran kerajaan dan wang
kepunyaan rakyat.
Rakyat dihasut untuk mendesak
kerajaan Selangor untuk mengambil alih hutang rumah mereka kerana mengambil
kesempatan di atas isu Talam. Jika rakyat mahukan hutang rumah mereka diambil
alih, elok juga disertakan dengan desakan supaya Mirzan membayar kembali wang
rakyat yang diambilnya untuk menyelamatkan perniagaan yang gagal suatu ketika
dahulu. Jumlah yang digunakan dalam ‘bailout’ itu bukan kecil. Jumlahnya hampir
dua billion ringgit.
TV3 patut menyiarkan ‘sequence of
events’ sehingga wang rakyat yang begitu besar digunakan untuk menyelamatkan
perniagaan anak seorang Perdana Menteri suatu ketika itu.
Apa yang jahat yang dilakukan
oleh BN tidak diperbesarkan dan itu agaknya memang hak pemimpin UMNO dan BN.
Harta benda kita hanya pimpinan BN dan keluarganya sahaja yang boleh
menggunakan untuk kepentingan peribadi masing-masing.
Budaya buruk ini sudah begitu
sebati dalam UMNO dan ianya memudaratkan rakyat dan negara. Maka adalah satu
kewajipan bagi rakyat untuk memperbetulkan kecelaruan ini dengan menggunakan
PRU ke-13 ini sebagai satu kesempatan yang baik untuk melakukannya.
Jika kita tidak lakukannya maka
tidak akan dapat lagi rakyat membetulkannya setidak-tidaknya selama 50 tahun
yang akan datang. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa tetapi kesalahan itu
adalah kesalahan kita kerana tidak mengambi tahu tentang bahaya yang sedang
mendatang kepada kita dan generasi kita yang akan datang.
Berfikir betul-betul kerana
berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Lakukan apa yang
perlu untuk memperbaiki keadaan negara kita. Kita sahajalah yang menentukan
masa depan kita dan generasi kita.
Salam Tuan, tulisan & analisa serta pendedahan seperti ini sangat perlu disebarkan kepada rakyat luar bandar yang sumber maklumat mereka selama ini ialah media arus perdana sahaja yg sememangnya sentiasa memutarbelitkan fakta bertujuan untuk meraih sokongan & undian drp rakyat. Rakyat dibandar kebanyakannya mendapat maklumat alternatif & tidak syak lagi mereka akan mengundi PR. Ini adalah faktor penting utk PR meraih sokongan majoriti rakyat seterusnya memenangi PRU13
ReplyDelete
ReplyDeleteMamak tongkang yat ni yg menyalahgunaaan kuasa!madeeiiyy tidak mengambil tahu hal rakyat!Yang dia tahu cuma tentang anak-anaknya.Asalkan Anak-anaknya kaya raya.
Rakyat biasa kalau nak bengkrap , bengkraplah ! aku peduli apa katanya.Berapa ramai syarikat gulung tikar semasa kejatuhan Ringgit Malaysia dalam th 1997/98! Madeeiiyy senyum saja.Madeeiiyyy telah menunjukkan yg dia mementingkan keluarganya.
Dari titik itu telah jadi satu precedent di mana Dolah kaki mengantuk telah ikut jejak madeeiiyy. Kemudian diikuti oleh Najid kepada adiknya, pemegang syer terbanyak di CIMB.
Menteri kabinet Najib telah mengambil contoh yg baik ni.Tidak hairan NFL lesap rm 250 juta,Musa Aman pulak dah berapa banyak bawa duit masuk ke Sabah.Taib Mahmud pulak tak usah cakaplah!.Korupsi telah menjadi norma yg diterima pakai dalam Kerajaan yg memerintah
hari ni.
Bagaimana nak menyedarkan rakyat yg madeeiiyy perhabis 30 billion ( Forex),18 billion (Perwaja),2 billion (Mirzan), 14 billion ( Liong Sik) dan lain-lain yg kita tidak tahu itu ?
Rakyat cuma tahu membayar cukai kpd LHDN.Sayang seribu kali sayang di mana kita tidak dpt menandingini Singapura dalam semua hal.
Kepimpinan melalui teladan...
ReplyDeleteSalam AA dan bloggers,
ReplyDeleteMembaca kes Musa Aman ini membuat kita berfikir sejenak adakah kita berada di sebuah negara mundur Afrika, yang para pemimpinnya sibuk membolot harta dan melarikan wang ke luar negara?
Surrogate
As Salam Tuan AA.
ReplyDeleteAyat ini yang sudah lama tidak didendang atau dimainkan oleh mana-mana pemimpin iaitu " Undang-undang di negara ini tidak boleh digunakan untuk memerangkap penjenayah tetapi undang-undang digunakan untuk melindungi penjenayah-penjenayah tegar UMNO/BN dalam negara ini".
Pak,
ReplyDeleteWhat I am most interested to hear are the condemnation and fatwas coming forth from our religious (appointed) scholars and clergymen/women regarding this matter. Our NFC, (the fatwa council not the cow gang) was quick to produce a fatwa against "BERSIH" movement but quiet as a mouse when UMNO's corruption involving millions and billions are revealed. Where is Tan Sri "Harus la ni" who was quick on harus matters but tortoise like when haram things are done by UMNO?
Where are the highly paid and titled malay "Ulamak"? Are these revelation not serious enough to merit a word or even a whisper from any of them? What are their position and stand on these high level and blatant corruption done by UMNO? Does this means that UMNO can do any evils under the sun and our religious leaders will take it as the GOD given right of UMNO? Does this means that our religious leaders will throw down divine judgement and condemnation to the ordinary folk for seeking justice and trying to bring down a corrupt regime but at the same time sing praises and declaring UMNO as Islam's champion for the new millennium? Well, my dear ulamak-ulamak? What's your comment on this matter? I'm still waiting to hear a fatwa or maybe a condemnation or at least a promise to have the NFC meet up and discuss the matter. Or do we first have to see a cow jump over the moon before we can expect any condemnation on UMNO's wrongdoings from a bunch of sycophants masquerading as Islamic scholars and clergymen? I think most muslim already knew the answer to that!
Nick.
Walaupun apa yang tuan tulis amat mengguris perasaan kita terhadap ribuan penyelewengan yang membabitkan wang rakyat, tapi percayalah akan hadir beberapa sosok blogger penjilat yang akan mempertahankan regim korup ini dan sterusnya memaki hamun tuan kerana mendedahkan kebenaran serta menelanjangkan kejijikan pemimpin sanjungan mereka.
ReplyDeleteSemoga lebih ramai rakyat negara ini yang insaf dan bertekad merubah keadaan.
bangchaq
Ini laa masa nyer kita jatuh kn keraa jaan yg korup...
ReplyDeletetidak syak lagi mereka2 ini akan ke neraka berbondong2 bersama2 pemimpin2 utama dan gerombolan
ReplyDeletetidak syak lagi , semua mereka ini akan ke neraka berbondong2 , bersama2 pemimpin agung dan gerombolan
ReplyDeleteBang Chaq,
ReplyDeletePas tetap bekerjasama dengan DAP bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Saya cukup hairan dengan sikap sesetengah pihak khususnya orang Pas sendiri yang mengkritik kerjasama dengan DAP walaupun parti itu tidak mengacau perjuangan Pas.
Masalahnya ialah orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno jadi terbawa-bawa.
Pak Aspan.
ReplyDeleteWalau 1001 kebenaran yg tuan dedahkan,
ia bukan jaminan umno boleh dikuburkan..dan hampir mustahil utk terjadi...
bayangkan... klu salah seorang perkerja indon aku pun berjaya direkrut utk jd pengundi hantu dlm pru13 nt..
Sebenarnya amat rapi dan bersistematik persiapan bn utk menipu dlm pru nanti...
apa yg kita boleh buat utk menyekat ini semua???
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteMaaf, agak terlewat mengikuti analisa teramat berfakta ini. Terharu saya membaca analisa saudara yang membuat perbandingan sinis UMNO kini dengan "Lailatu-Qadr"; jelas, saudara memberikan tadzkirah secara tidak langsung. Terima kasih dan teruskan kreativiti sebegitu; insha Allah, ia bukan sesuatu yang tersalah tafsir, bukan seperti mereka yang saudara sebutkan.
Ya, berkenaan respond daripada rakan kita, di manakah jaminan kesucian dan kejujuran institusi ulama dalam pentadbiran sekarang: suatu pertanyaan berbentuk muhasabah yang "WAJIB" difikirkan mana-mana ulama yang berkecenderungan memihak parti dajjal ini. Benar sekali, apa gunanya kita mencanang kepada seluruh dunia bahawa kita negara Islam, sedangkan indeks keruntuhan iman dan akhlaq saban tahun meningkat? Juga, bukankah Shahrizat pernah menyatakan secara terang-terangan di media ketika siasatan terhadap kes NFC yang sedang berjalan yang mencerminkan kalau tanpa rasuah, bukan UMNO-lah jawabnya, kan? Bukankah itu sahaja sudah cukup membuktikan bahawa paling tidak, iman mereka dah habis terbogel?
Soal siapa kalah atau menang, pada hemat saya, itu tidak perlulah diperdebatkan sangat; yang paling penting, kitalah sendiri yang patut tahu memilih. Bukankah kita telah dikurniai aqal dan telah dibentang jelas di hadapan kita dua jalan yang berbeza? Maaf sekali lagi untuk saya memberi tamsilan: seandainya seorang OKU penglihatan pun, kalau dah biasa berada di sesuatu tempat, atau beroperasi dalam sesuatu keadaan, insha Allah dia juga tahu memilih mana yang terbaik untuknya, kan? Lagipun, bukankah kita punya Allah Yang Maha Segala untuk menolong kita, tidak sebagaimana mereka, kan? Justeru, apa kata, kita berusalah untuk setidak-tidaknya menyelamatkan diri sendiri dan generasi kita mendatang daripada menjadi makanan Jahannam dengan menggunakan sepenuhnya kuasa memilih kita, sekaligus memadamkan terus kesemua bentuk syirik tajaan UMNO ini, kononnya merekalah segalanya. Semoga usaha kita nan tak seberapa ini menjadi saham yang akan kita kutip hasilnya di sana tanpa perlu rasuah, bodek, aib-mengaib sesama manusia, ... ... ...
Terima kasih dan salam jihad.