09 October 2012

UMNO sudah tidak boleh dikenali lagi

Najib akan tercatat dalam sejarah sebagai seorang ‘unelected Prime Miniter’ negara ini kerana beliau tidak mengadakan pilihanraya sehingga tamat penggal mandat Abdullah Badawi dahulu. Beliau tidak berapa yakin untuk mendapatkan sokongan rakyat. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mendapat kepastian yang BN masih diterima tetapi sehingga hampir habis saki baki penggal yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dahulu Najib masih tidak berkeyakinan untuk menang dalam PRU yang akan datang ini. Ini sahaja sudah meyakinkan rakyat yang Najib belum berkeyakinan yang beliau akan mendapat sokongan rakyat.

Allahyarham Tun Razak juga memakan masa lebih dari empat tahun untuk memanggil pilihanraya. Tun Razak telah memanggil pilihanraya hanya pada bulan Ogos 1974 setelah beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970 dahulu. Tetapi perbezaan di antara Tun Razak dan Najib Tun Razak amat besar.

Tun Razak menghabiskan waktu selama empat tahun untuk menyelesaikan isu-isu yang tidak selesai dan akhirnya telah berjaya mendapat formula untuk mencapai perpaduan kaum dan melakukan initiatif politik yang baru dan menubuhkan Barisan Nasional (BN). Akhirnya semua rakyat berpadu dan memberikan mandat kepada BN yang melalui pilihanraya buat kali pertama di atas nama baru, iaitu Barisan Nasional. Tun Razak hanya mengetuai pilihanraya negara sekali sahaja kerana beliau telah meninggalkan kita pada Januari 1976 dahulu.

BN telah berjaya menautkan yang berbalah di antara kaum dan BN telah mendapat mandat yang begitu besar selepas Parlimen dipulihkan semula setelah negara ditadbir oleh MAGERAN sejak tercetusnya kejadian 13 Mei 1969. Oleh kerana kejadian itulah Tun Razak yang telah bertungkus-lumus mencari formula untuk menyatukan kembali rakyat berbilang kaum dan kaum-kaum bukan Melayu telah memberikan sokongan  kepada Tun Razak dalam pilihanraya 1974 itu.

Tetapi ia amat jauh bezanya di era Najib Tun Razak. Di zaman dan era Najib Tun Razak pula terbalik. Rakyat yang berpadu sebelumnya telah berpecah mengikut lunas-lunas perkauman. Rakyat sedang dipisahkan oleh UMNO melalui isu perkauman yang menebal untuk menyatukan Melayu di bawah UMNO. Tetapi orang Melayu tidak juga mahu bersatu di bawah UMNO.

Orang Melayu sudah rimas berada di bawah UMNO kerana pemimpin-pemimpin mereka sudah tidak betul dan seolah-olah telah ditutup hijab mereka. UMNO sudah hilang hidayah sepenuhnya sehinggakan parti itu sudah tidak tahu lagi mengenali yang mana satu yang baik dan yang mana yang buruk. Yang buruk dikatakannya baik dan yang baik dianggap mereka sebagai buruk. Semuanya terbalik dan sekarang bertambah lah keyakinan saya yang UMNO itu adalah pembawa dalil hari hampir kiamat.

Apa yang dilakukan oleh UMNO dahulu, diterbalikkan oleh pimpinan UMNO sekarang. Kalau dahulu Felda ditubuhkan untuk memberikan orang miskin yang tidak bertanah sebidang tanah seluas sepuluh ekar dengan tanaman kelapa sawit dan getah, sekarang ini Felda telah membuka tanah seluas 1 juta ekar dan tidak menempatkan mereka yang bertanah ke dalamnya. Sebaliknya diurus sejuta ekar ini di bawah Felda Plantation. Semua tanah yang kaya dengan hasilnya ini disenaraikan di pasaran saham untuk kepentingan kapitalis dan kroni UMNO yang tidak pernah pun memasuki tanah rancangan Felda.

Seramai 80,000 rakyat yang tidak bertanah dan yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Felda tidak dilakukan. Kalau dahulu pimpinan sibuk untuk membina ekonomi rakyat yang miskin kali ini UMNO membina ‘empire’ untuk kroni-kroninya dan rakyat yang miskin dimintanya untuk bersyukur dan berterima kasih dengan wang BR1M yang sejemput itu. Bagi UMNO rakyat tidak layak menjadi kaya-raya. Kekayaan hanyalah untuk kroni dan keluarga pemimpin UMNO dan beberapa rakyat yang eksklusif sahaja.

Peneroka-peneroka Felda hanya diberikan saham sebanyak 800 unit sekeluarga. Jika ada sepuluh orang dalam keluarga itu mereka bahagi-bahagikan lah di antara sepuluh orang ahli keluarga itu. Peneroka hanya mendapat kuah sahaja tetapi mereka yang tidak kena mengena dengan peneroka mendapat dagingnya. Masih ada peneroka yang berpuas hati dengan mendapat kuah ini.

Agaknya mereka cukup dengan kuah sahaja. Kalau makan kuah, daging kuah itu rasa daging juga. Seorang peneroka yang sebaya dengan saya di Serting berkata dengan sindirannya, “Aspan, kito dapek kuah ajo.. Jadilah... Kok kuah gulai ayam pun, kuah tu pun ghaso ayam jugak. Daging ayam tu biarlah dia oghang mentekedaghah. Kalau kito nak ghaso daging ayam eh, kito tukarlah kerajaan yang boleh boghi kito makan daging eh.”

Kata-kata seperti ini meresap di kalangan masyarakat marhaen kita. Mereka tidak bercakap kuat-kuat kerana mereka tidak tahu untuk berkata secara politik. Mereka hanya akan menunjukkan manifestasi mereka melalui peti undi. Seorang rakan peneroka saya di Felda Rokan pula marah-marah dengan akhbar Utusan dan beliau sudah berhenti membaca akhbar itu. Semasa beliau datang berjumpa dengan saya di Subang Jaya beliau berkata, “Utusan ni den buet mungkuih daging ajo bang. Den sokaghang baco Harakah dan Sinar Harian. Anak-anak den pun bilo balik kampung kato, yang kito kono tukar korajaan sekaghang ni. Lotih den nengok UMNO ni”.

Keadaan ini berlaku di mana-mana dan tidak mampu UMNO untuk mengubatinya. UMNO sudah terlalu lekeh pada pandangan mereka walaupun bermacam-macam cara UMNO untuk menyekat mereka dari mencari pilihan kepada UMNO. UMNO sudah dipandang seperti haiwan kurap oleh mereka yang berfikir kerana kejahilan UMNO memahami perasaan rakyat bawahan sudah tidak ada lagi.

UMNO di peringkat bahagian-bahagian hanya dipenuhi dengan kroni ketua-ketua bahagian dan kebanyakan mereka adalah kontraktor kelas F. Penjawat awam di daerah-daerah pun ada lesen kelas F. Mereka dengan menggunakan nama isteri atau anak-anak mereka. Kerja kontrak kecilan pun disapu bersih oleh penggiat UMNO dan ini berlaku di seluruh negara.

Dua tiga hari lagi Najib akan ke Sabah lagi kerana Sabah yang beliau anggap sebagai simpinan tetap untuk UMNO sudah menolak parti itu. Jika Najib berulang-alik ke Sabah setiap hari pun keadaan amat sukar untuk diperbaiki. Takut-takut yang dikejar tidak dapat, yang dijinjing pula berciciran. Najib perlu sedar yang tidak semua pimpinan UMNO bersimpati dengan beliau kerana ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dari kelemahan Najib ini untuk menguasai kerajaan.

Tapi apa pun saya tetap merasakan Najib merupakan seorang Perdana Menteri UMNO yang terakhir dan beliau akan kekal tercatat sebagai ‘unelected Prime Minister’ negara kita.

Rakyat perlu bersedia untuk mengalami politik baru di bawah pentadbiran baru dan mula belajar memperbaiki sikap dan mentaliti mereka terhadap politik dan siasah negara. Kita memerlukan pimpinan yang mempunyai sahsiah yang baik dan kita perlu jauhi pemimpin yang sentiasa memenjarakan pemikiran kita.

Jika UMNO tidak lagi diberi mandat dalam PRU ini, ia bermakna kita akan mencapai kemerdekaan dan terlepas dari penjara dan mula membentuk pemikiran yang sesuai dengan keadaan dan zaman ini.

UMNO sudah tidak tentu lagi rupa dan bentuknya. Pada hakikatnya UMNO sudah tidak wujud lagi. UMNO hanya tinggal pada namanya sahaja. Macam P. Ramlee yang hanya tinggal namanya sahaja. P. Ramlee nya sudah meninggalkan kita lama dahulu.

14 comments:

  1. As Salam Tuan AA.

    Kebusukan perangai pemimpin UMNO ini sudah tidak mampu ditutup dengan nyiru lagi, sama seperti bangkai gajah. Inilah janji-janji Allah SWT kepada golongan "Munafik" yang sekian lama hidup bermewah-mewah hasil kejayaan menipu dan merompak rakyat secara habis-habisan. Sokonglah UMNO lagi, semoga hidup para pemimpin UMNO bertambah mewah hasil pemberian kuasa percuma rakyat yang setiap detik takutkan Melayu kehilangan kuasa dan ketuanan mereka itu.

    ReplyDelete
  2. Saya sayang pada P Ramlee, dan mohon jangan di sama kan antara P Ramlee dengan UMNO ataupun Najib. Saya minta mohon benar benar sangat. P Ramlee hidupnya hanya untuk menghiburkan dan membahagiakan rakyat tak kira kaum. Najib pula hanya memberi keperitan hidup sehingga kucing pun hidup tertekan akibat Barang Naik, harga makanan kucing Tesco dari RM40 ke RM50 untuk 8 kg. Biarlah BN hilang ikut zaman, bagaikan air sungai kelang yang kotor mengalir ke selat melaka.

    ReplyDelete
  3. Semua org kenal dan tahu tindak tanduk UMNO. Pijak kepala lembu, Rakyat kata UMNO !.baling kepala lembu kat mesjid ,Rakyat kata kerja UMNO!.lempar bom kat gereja, Rakyat kata kerja UMNO !

    Janganlah UMNO nak memperbodohkan kita ni! Kita semua ni bekas ahli UMNO.Taktik dan strateji UMNO utk mengembalikan nostalgia 13 Mei tidak menjadi!

    Isu Perkauman sempit sudah tidak diterima!.UMNO cuba timbulkan isu siapa PM Malaysia?. Jika tidak sokong UMNO nak sokong DAP ke ? Cina memerintah, habislah kita! Inilah lagu dendangan UMNO ketika ni. Siapa jadi PM ganti Najib ? Anwar ? ke Lim Kit Siang? ke Karpal Singh ? Orang Cina boleh terima ke Nik Aziz ? Ust. Hadi Awang ? Rakyat buat deerrkkkk saja. Kenapa Rakyat bertindak begitu rupa ?

    Ketua UMNO bahagian yg tidak menjadi wakil rakyat terutamanya di Wilayah Persekutuan ketika ni sedang sebuk kaut projek dari Kelas A sampai ke kelas F. Dalam keluarganya mengamalkan poligami semua bini dan anak -anaknya ada kelas F.Semua projek di Bahagiannya, dia monopoli habis!Org Melayu kontrektor kelas F gigit jari !

    Oleh itu semua Rakyat tidak ambil kisah sama ada engkau Ketua UMNO Bahagian ke? Begitu juga dengan Pemuda dan Wanita.Apa saja aktiviti UMNO Bahagian, rakyat dah tak ambil hal!

    Inilah yg membimbangkan serta membingungkan UMNO.Rakyat kata Untung Mereka Nipu Orang!Habis-habis dia bagi rm 500 utk berapa hari ? Jika kita beri mandat, kita susah papa kedana juga 5 tahun yg akan datang!

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Yes! Absolutely true! UMNO today is the false UMNO! Malah, tepat benar perbandingan saudara akan strategi pemerintahan anak-beranak ini yang sememangnya menampakkan kedangkalan dan kedajjalan si anak! Kes FELDA tu aja pun dah cukup; demi wang, Rosmah, dan paling utama, nafsu rakus yang telah dia bertuhankan itulah, segalanya jadi begini, kan? Malah, daripada kesemua tiga ulasan yang sempat saya baca sebentar tadi, jelas menampakkan gelombang kebangkitan rakyat semakin membuak dan tak mungkin mampu ditahan lagi; melainkan, itupun kalau mereka tu nak cipta rekod, kononnya, atasi gelombang kebangkitan ini secara "military force" sebagaimana iqrarnya untuk mempertahankan Putrajaya sehingga ke titisan darah terakhir awal tahun ini. Rasanya semua masih ingat, kan?

    Oleh itu, bersamalah kita lenyapkan UBN ini demi survival bersama agar menjadi iktibar kepada generasi kita mendatang. Paling tidak, kehilangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mewariskan peninggalan yang teramat berharga, yang mana itupun UMNO palsu ini tak mahu belajar dan menghargainya, menyebabkan satu persatu mesej filem-filem Allahyarham itu menjadi realiti pahit yang terpaksa kita telan hari ini ... Gara-gara siapa? Bapa Syaitan 1 Malaysia-la!!!

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  5. Pemimompin umno telah mengidu kekalahan dlm pru nnti..sekarang ini telah berbagai cara telah dilakukan untuk menipu supaya akan menyusahkan rakyat dan kerajaan pakatan nanti...

    Duit negara dibelanjakan sesuka hati..supaya kerajaan pakatan mewarisi hutang dan poket kosong kerajaan bee end..

    Polisi polisi yg terdahulu telah ditukar untuk menguntungkan kroni dan puak tertentu dlm bee end,seperti semua lesen kontraktor dari A ke F yg dulu diuruskan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) diserahkan kepada CIDB..

    Semua kerja dibuat kontrak berpenggal selama 3 tahun dan diserah kepada kroni,supaya kontraktor lain tidak mendapat kerja..ini berlaku di kementerian pertahanan..

    Rakyat telah merasa benci kepada umno atas perbuatan pemimpin umno seperti zahid hamidi dan yg lain lain..

    ReplyDelete
  6. Gamai (95%) anggota kerajaan berbangsa melayu,

    Dan gamai dari mereka dari peon sehingga pengarah2 masih kecut perut dan takut jika umno (baru) yg diterajui oleh mahadei yg mereka terlalu agongkan dan mendewa2kan itu selaku melayu yg paling bijak pernah lahir di bumi ini akan kalah dalam PRU 13 yg akan sebabkan umat melayu kehilangan kuasa politik!

    Sebab tu utk jaga agar mereka terus yaqin dgn momokan umno (baru) ini agar mereka terus merasa kecut perut, maka mereka di beri bonus oleh umno (baru)!

    ReplyDelete
  7. Saya tidak nampak yang UMNO akan tumbang malah bertambah kuat.Kemenangan Pro Asasi di pilihanraya kampus baru ini adalah satu petanda Bn masih pilihan ramai.Mana tidak rata rata generasi muda tidak dapat lagi menerima PR.Dah Ikhwan weblog ada membuat analisa terperinci berkenaan keputusan ini.

    85% dari sekitar 620 kerusi di menangi pro Asasi yang pro kerajaan.Tidak semua yang UMNO buat boleh diterima tetapi kebanyakan mereka telah membuktikan mereka berkesan dari PR yang tidak mempunyai infrastructure pakatan yang berkesandanbersedia untuk memerintah.

    DAP tidak mungkin boleh berjaya memelihara hak Melayu.Hanya UMNO yang jelas boleh dsan tetap menjadi pilihan rakyat.Masa tak percaya.?

    ReplyDelete
  8. Saya berjumpa dengan seorang sahabat yang sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan.

    Katanya, beliau sering ditalifon oleh rakan2 se jabatan yang masih berkhidmat atau kenalan2 beliau yang masih bekerja dalam perkhidmatan kerajaan.

    Mereka sering menanyakan kenapa tidak bahawa jika umno (baru)/BN kalah maka kuasa politik melayu akan terhakis lalu lesap!

    Beliau (rakan saya) sungguh pelik pemikiran orang2 melayu ni yang seakan2 hanya yaqin bahawasanya hanya umno (baru) sahaja yang mampu memperjuangkan haq dan kuasa bangsa. Beliau berkata ramai dari mereka juga adalah berpelajaran lepasan universiti dalam dan luar negeri!

    Maka saya setuju dengan pandangan Anon 20.31 di atas bahawa melayu2 yang makan gaji dengan perkhidmatan kerajaan adalah golongan melayu yang paling takut (kecut perut!)

    Inilah saki baki umat Islam akhir zaman!! Umno (baru) melebihi segala2nya, seolah2 sudah tiada lagi Allah tempat mereka memohon dan menyerahkan taqdir.

    ReplyDelete

  9. Sdra Aspan...

    Minta bantuan betulkan kesilapan saya. bukannya baling kepala mesjid lembu kat mesjid tetapi kepala Babi.Salah saya kerana tidak edit.

    Saya minta jssa baik sdra tolong editkan ayat itu.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  10. Salam Saudara,
    Minggu lepas saya balik kampung di Kuala Pilah kerana anak sepupu meninggal dunia. Semasa menunggu jenazah sampai ketanah perkuburan, budak2 muda kampung bertekak sesama sendiri tentang 'Dacing' (BN). Majority tak suka dacing(BN). Salah saorang anak muda yg bekerja kilang di Seremban dengan tinggi suara berkata "Dacing BN tak sesuai lagi, orang sekarang tak pakai dacing tu lagi, semua kedai/pasaraya sekarang guna dacing Elektronik, yg tak dapat tipu pengguna" Kita Tukar. Mereka becerita tentang adik sepupu saya yg jadi Ketua Cawangan UMNO, jawatan Ketua Kampung yg dulu nya di sandang oleh Imam Mesjid di ambil nya, mentang2 Ketua Kampung ada sedikit Elaun. Semua kontrek klas F, Pejabat Daerah di sapu nya, bila dah ada duit sikit beli kereta besar Merc, lepas tu kahwin seorang lagi, double berral. Dalam hati saya ' Ini lah perangai orang UMNO.

    ReplyDelete
  11. aku selalu lepak kat restoran mamak kat sekitar Gombak. diperhatikan rata2 pelanggan yg bersembang pasal politik negara mesti beli dan baca Utusan Malaysia tapi sibuk dok mengutuk UMNO-BN.. siap gelak2 lagi tu.. mungkin Utusan Malaysia tu lebih lawak berbanding Majalah Gila-Gila kot?

    ReplyDelete
  12. Eloklah dilupuskan umno ni

    ReplyDelete