UMNO bercanggah-canggah
pemikirannya dan bercelaru arahnya. Perhimpunan Agungnya yang tamat semalam
akhirnya benar-benar menunjukkan parti itu sudah tidak boleh diterima
kata-kata mereka yang bersalah-salahan maksudnya dalam satu ucapan. Pangkal
ayatnya lain hujung ayatnya lain.
Pada keseluruhannya UMNO tidak
mempunyai perkara baru dalam Perhimpunan Agungnya selain daripada mengugut dan
menakut-nakutkan sesama sendiri sambil berucap bergegar-gegar sehingga hampir
pecah Dewan PWTC itu. Perhimpunan itu sahajalah tempat UMNO mengumpulkan
ahli-ahlinya kerana ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan tidak akan mampu
mengumpulkan orang walaupun dalam mesyuarat agung cawangan-cawangan
masing-masing.
Dalam mesyuarat agung
cawangan-cawangan parti itu hampir 60% dari mesyuarat itu tidak cukup korum dan
minit-minit mesyuaratnya tidak melambangkan keadaan sebenar dalam
mesyuarat-mesyuarat tersebut. Seperti biasa perhimpunan itu merupakan medan memaki hamun
Pakatan Rakyat dan yang paling hebat dikutuk ialah parti DAP dan PAS. UMNO
tidak dapat menerima kerjasama DAP dan PAS serta kehadiran Anwar Ibrahim di
dalam politik tanahair yang mengamalkan sistem demokrasi, acuan Dr Mahathir
itu.
Perhimpunan itu penuh dan
sarat dengan ucapan menakut-nakutkan orang Melayu kononnya jika Pakatan Rakyat
mentadbir negara, orang Melayu akan hilang politiknya, akan hilang Raja-Raja
Melayu, akan hilang agamanya dan akan hilang segala-galanya. Dalam beretorik
mengakui UMNO sebagai parti untuk perpaduan nasional, tidak pula mereka (UMNO)
dapat mengenepikan sikap suka memecah-belahkan perpaduan yang sedang giat diusahakan oleh PAS dan DAP serta peranan PKR dalam mencapai cita-cita murni itu.
UMNO masih memainkan lagu lama
seperti menyanyikan lagu Momok Latif dari hari pertama sehinggalah hari terakhir
perhimpunan itu semalam. Di Perhimpunan ini sahajalah Najib dapat bercakap
besar tetapi Najib sendiri tidak berani bercakap dan berbahas dengan pihak
pembangkang di ‘common platform’ untuk penyelesaian isu-isu yang berbangkit.
Najib hanya bercakap di atas pentas yang PR tidak dapat menjawab isu-isu yang
dibangkitkan serta merta. Najib hanyalah sebagai burung yang terbang dan
hinggap di dahan kayu buat sementara meninggalkan tahinya di dahan-dahan tempat
ia hinggap.
Isu Melayu akan hilang di dunia
ini merupakan isu biasa yang disebut-sebut, kononnya Melayu akan hilang di
dunia ini jika PR memerintah. Tetapi Najib tidak sedar yang Melayu telah hampir
hilang dunianya, dan jika BN terus mendapat mandat, keadaan bangsa Melayu yang
sepatutnya menjadi perjuangan UMNO akan hilang segala ‘competitiveness’
sedangkan bangsa lain telah jauh maju tanpa apa-apa masalah besar dengan parti
atau badan siasah yang memperjuangkan hak mereka. Melayu akan terus terkongkong
dengan penjara UMNO yang tidak mungkin membenarkan Melayu berfikir dan
bertindak mengikut kemampuan mereka yang ada.
UMNO telah membunuh Melayu
terus-terusan dengan tidak membenarkan Melayu menjadi ‘competitive’ dan hanya
diminta mendagu kepada UMNO semata-mata. Najib tidak sedar yang UMNO mempunyai
3.2 juta ahli sedangkan orang Melayu mempunyai jumlah penduduk melebihi 19 juta
orang. 15 juta orang Melayu dan Bumiputra tidak menjadi ahli UMNO tetapi mereka
hidup juga di dalam dunia ini.
Laungan orang Melayu akan
hilang segala-galanya tidak relevan lagi kerana UMNO itu sendiri sudah tidak
relevan lagi. Laungan yang Melayu akan hilang tanpa UMNO itu merupakan isu
meleset kerana di Kelantan UMNO boleh disifatkan parti yang sudah mati, tetapi
orang melayu masih hidup segar bugar dan tidak pula kita mendengar di Kelantan
orang Melayu mati bergelimpangan di Kota Bharu, Pasir Mas dan di daerah-daerah
lain di negeri itu.
Sekarang di Kedah UMNO boleh
dikatakan sebagai mati yang hampir pupus tetapi sejak PAS memerintah negeri itu
adalah salah satu negeri yang mendapat pujian dari Ketua Audit Negara sebagai
negeri yang ditadbir dengan baik dan orang Melayu masih bernafas malahan lebih
lega dari masa UMNO memerintah negeri itu. Tidak payah kita sebut Selangor dan
Pulau Pinang kerana semua orang sudah tahu yang kedua-dua negeri itu menjadi negeri
yang paling maju dan kedua-dua negeri ini menyumbang 40% dari pendapatan
Persekutuan kita ini.
Sebenarnya UMNO sudah
kehabisan modal. Justeru yang hanya tinggal yang boleh dijadikan isu hanyalah
dengan menakut-nakutkan orang Melayu sahaja.
Saya teringat bagaimana orang
tua-tua dahulu menakut-nakutkan anak-anak dan cucu-cucu mereka, kononnya jika
bersiar-siar di waktu petang yang menghampiri maghrib, kita akan berdepan
dengan syaitan-syaitan dan hantu jembalang. Anak-anak muda semasa itu semuanya
percaya. Tetapi hakikatnya orang-orang tua dahulu hanya mahu anak-anak mereka
duduk di rumah waktu itu kerana tidak mahu anak-anak mereka meninggalkan solat
maghrib. Begitulah UMNO yang menakut-nakutkan orang Melayu dalam perhimpunan
agung itu.
Sebenarnya mereka mahukan
Melayu tetap mengundi dan menyokong mereka kerana takutkan kuasa yang ada di
tangan mereka hilang dan terus merompak
dan melanun khazanah negara kita ini. Itu sahaja. Itulah sebabnya dalam posting
saya yang sebelum ini saya menyebut yang memisahkan kuasa dari UMNO itu ibarat
memisahkan kulit dengan daging kita. UMNO amat perit untuk menerima hakikat
yang parti itu akan tumbang dalam pilihanraya kali ini. Mereka tidak dapat
menerima semua pihak berhak untuk mendtadbir negara ini dengan dasar-dasarnya
sendiri.
Maka itu sebabnya di dalam
demokrasi rakyat berhak untuk menggilir-gilirkan pentadbiran negara mereka.
UMNO tidak mahu rakyat tahu yang jika PR diberikan mandat kali ini, mereka
boleh kembalikan kuasa kepada UMNO dalam pilihanraya yang berikutnya. Sebab apa
UMNO takut? Jawapannya ialah kerana mereka takut tidak akan mampu untuk bangun
kembali jika PR memerintah kerana UMNO merupakan parti pemalas dan tidak mahu
berusaha untuk memperbaiki diri mereka walaupun jika parti itu sudah terdampar
di hadapan mata rakyat.
UMNO tidak seperti PAS yang
mana ahli-ahlinya mampu berdiri di atas kaki sendiri. Itu sebabnya saya menganggap
PAS seperti ayam kampung yang boleh mencari makan sendirian. Tetapi sebaliknya
UMNO itu ibarat ayam daging yang sentiasa mematukkan makanan siang dan malam
dengan senang. Itu sebabnya jika ayam daging dikeluarkan dari reban mereka ia
akan mati dalam tempoh dua hari sahaja kerana tidak mampu mencari makanan
sendiri.
Tindakan menakut-nakutkan
orang Melayu oleh UMNO itu adalah taktik yang sudah tidak laku lagi walaupun
di kalangan ahli-ahli UMNO itu sendiri. Saya mendapat puluhan sms dari
perwakilan UMNO itu sendiri sambil mengejek-ngejek ucapan pimpinan besar mereka
dalam perhimpunan agung itu sendiri. Bagaimana orang di luar UMNO hendak
meyakini parti itu lagi?
UMNO mesti bersedia untuk
menjadi pembangkang yang baik. Tetapi nampaknya UMNO sudah belajar menjadi
pembangkang sekarang ini jika kita ikuti perhimpunan itu. Mereka mengata PR
seperti pihak yang membangkang. Kalau sudah berlatih untuk menjadi pembangkang
itu, insyaallah mereka akan menjadi pembangkang yang baik. Ciri-ciri sabagai
pembangkang itu amat jelas terpapar di dalam perhimpunan agung parti itu dan
kita akui yang UMNO akan menjadi pembangkang yang berguna di Dewan Legislatif
Persekutuan dan DUN-DUN selepas pilihanraya ini.
Masalahnya UMNO kini dipimpin
oleh mereka yang tidak tahu apa-apa tentang UMNO itu. Mereka berfikir inilah
cara UMNO yang sebenarnya tetapi itu semuanya salah belaka. UMNO telah mengubah
paksi perjuangannya sejak Dr M mengambil alih pimpinan dan acuan itu sudah
menjadi acuan yang diguna pakai pada masa ini.
Itulah sebabnya rakyat
terpaksa mengubah acuan kali ini kerana acuan itu sudah dimamah zaman dan
perlu diubah.
Saudara AA dan blogger
ReplyDeleteAnalogi antara ayam kampung dan ayam sangkar tuan amat tepat sekali. saya pernah melawat ladang ternakan ayam kawan saya. Dia beritahu saya bahawa jika ayam sangkar dilepaskan, dalam lingkungan 2 atau 3 hari ia akan mati akibat kehausan dan kebuluran. Dan inilah nasib untuk UMNO dalam PRU 13.
Salam
Observer
"umno ibarat ayam daging dlm reban"..setuju sgt2 tuan
ReplyDeleteAcuan sudah berkarat. Jika masih menggunakan acuan berkarat untuk menyediakan kek atau kuih atau makanan lain, pasti keracunan yang membahayan kesihatan.
ReplyDeleteJika acuan umno masih diguna pakai, ia pasti membahayakan kehidupan bangsa Melayu masa akan datang.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteBab acuan ni, jawapan saya perit lagi susah. Saya maksudkan kepada orang2 melayu yg sudah tua, melebihi 60+ tahun yg merupakan orang2 pencen gomen, pesara tentera dan pesara polis!
Mereka masih tak nampak menggelupurnya umno (baru) mempertahankan hayatnya!
Mereka2 ini beragama Islam ikot acuan yg umno guna. Apa yg tak betul umno buat, mereka diam dan halalkan sahaja. Walaupun hukum agama diperlekehkan. Tapi demi kebenaan dan memperjuangkan haq rakyat serta melawan rasuah yg Allah laknati, mereka bangkit bersuara! Termasuk juga professor2 melayu + satu dua india dan cina yg masih berkokok.
Apa pun Pak Aspan, jika kita faham wayang umno (baru) dalam PAU setiap tahun, kita boleh senyum sahaja dgn gelagat mereka. Yg bermesyuarat tu sekarang ni sedang berehat keletihan bersorak dan mampu membelanjakan sedikit habuan yg diberi oleh tok ketua mereka menyambung cuti2 mereka di Haadyai, Tg Padang dan Batam. Mereka akan balik kampong halaman hujung inggu depan.
Masa itu mata dan hati kita akan mula sakit semula kerana ketiadaan mereka sejak selasa lalu!
Tok2 ketua mereka sedang berekhat di Phuket, Perth atau Manila!
Sekian,
Gheng lama
P/s - yg sedang sibuk balachee2 kat pejabat utusex dan TV 3 dan Angkasapuri menulis berbagai2 serta prof2 kangkung yg kena dan terpaksa JUAL umno seperti biasa hingga kiamatnya dunia.
Deepak, Musa good job yah! Now Najib and Isham already rattled. We have round two and round three coming! You know me, I have the normal work daily making Najib believe!
Hehe
Acuan lama masih lagi boleh diubahsuaikan mengikut peredaran semasa. Acuan baru pun mungkin copy phaste tapi nampak serupa, adalah lebih baik gunakan yang lama. Jika acuan baru baru nak di bentuk agak terlalu sukar untuk difahami oleh masyarakat.
ReplyDeleteUMNO dah desperado "do or dies"
ReplyDeleteMemang UMNO tidak boleh dipakai lagi oleh sebab-sebab berikut :
ReplyDelete1. Pemimpin UMNO memperkuda perwakilan dg apabila balik nanti ke bahagian dan cawangan akan berjuang habis-habisan berkempen utk kemenangan UMNO dalam PRU 13.Pemimpin UMNO dapat duduk kembali kerusi menteri di Putra Jaya.
2. Pemimpin UMNO tidak tahu mengubah lagu baru.Lagu berzaman di main-mainkan semula. Lagu mirip perkauman, suka menakut-nakutkan ahli UMNO dan Melayu yg Melayu akan hilang kuasa.Sebenarnya Pemimpin UMNO takut hilang kuasa dan menjadi pembangkang! Cogan lagu UMNO berjuang utk bangsa,nusa dan ugama dah lapuk!
3. Ketika ini Pemimpin UMNO dalam keadaan stress yg amat sangat.Rakyat sudah ketahuan tembelang mereka.Pemimpin UMNO dan Perwakilan menjadi sasau, cakap tak tentu arah.Mereka seakan-akan mcm domino.Jatuh satu jatuh semua!..ckp mesti dg gegaran retorik utk menarik perhatian Puteri UMNO.
4. Pemimpin UMNO kaya raya dan tidak berani mmengisytihar harta yg dicuri dari duit Rakyat.Pemimpin UMNO ni menggunakan tongkat UMNO mengaut kekayaan.Kesemua projek Kerajaan disapu oleh mereka dg cara negotiated tender.UMNO dan kroni-kroninya buat untung berlipat ganda.
Kita kena tukar lanskap politik msia.Subjek Sains politik patut diperkenalkan dan diajar di sekolah-sekolah bila PR memerintah.Ini utk generasi muda yg akan datang mengenal tentang Politik dan ke arah dua parti sistem.
Keyang Dot
Bang, ada perasan tak? Mereka sedang senyap sunyi, bersembunyi? Atau sedang tunggu que selepas Deepak dan Musa Hassan buat Act 1?
ReplyDeleteMana berahim?
Mana Hassan Ali?
Mana Nasharuddin?
Mana Zul Kulim 9/10?
Mana Zahren?
Mana Rahim Tambi?
Mana Eskay?
Isu Syiah sudah dipalu. Act 2 coming?
Serangan 'Precision Killing' ala Drone Yahud! Bersempena PAU!
ReplyDeleteMusa Hassan SERANG Isham!
Deepak SERANG Najib!
Najib - Kboooom!
Muhyiddin - Next PM
Hisham - Kboom (sepupu najib)
Zahid - Next MB Perak
Shafei - Next KM Sabah
KJ - LALANG ni akan diguna bila sampai masanya. Ingat, dia sudah masuk sojar simpanan?
Kak Ijat - Udah disuruh bela!
Dah nampak perencanaan nya? Siapa TPM baru nanti??
ReplyDeletesekarang dah nampak tembelang Najib.Kenapa dia cakap berdekah-dekah penuh dg emosi serta air liur keluar berhamburan.Inilah kenyataat dari Deepak JaikishanAda udang sebalik meegee....RM 26 billion tu!
"Deepak Jaikishan yakin, walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winnable candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.
"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.
Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.
Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.
Lihatlah penyamun tarbus Najib dan Rosmah!
Keyang Dot buah kote mamak
Salam AA,
ReplyDeleteMacam mana anda semua kutuk UMNO anda tidak akan boleh menahan kemaraan UMNO di PRU 13 .Mereka mempunyai ahli dan machinary yang satu pun parti PR dapat tanding.
PKR lansong susah boleh mengekalkan 31 kerusi mereka.Paling bsnysk pin 18 kerusi.Kita tidak boleh mengharapkan DAP sahaja sedangkan peningkatan mereka tidak akan boleh mencecah 45 kerusi.PAS pula saperti biasa sentiasa mendapat undi kecil terendah dalm PR 23 kerusi di 2008 tidak mungkin naik ke 30 kerusi.Jadi Putrajaya tidak mudah di tawan pada pandangan saya.Mohon pencerahan dari pembahas tanpa emosi kalau boleh.Terima kasih.
Ombak Rindu
Selain drpd mahu terus merompak harta rakyat mereka dalam ketakutan rahsia kejahatan/jenyayah mereka akan terbongkar bila PR memerintah. Lihat sahajalah di Selangor pelbagai kes rompakan spt rembatan tanah telah di dedahkan...
ReplyDeleteBaca penulisan dari blog Haris Ibrahim ini.
ReplyDeletehttp://harismibrahim.wordpress.com/2012/12/01/the-mastermind/
Hebat mainan Dr M!
(Blog2 pencacai dia sedang menuduh PR!)
Ini serupa dengan gambar Muhyidding tersebar nak ganti Najib jadi PM SEBELOM Pru 13 kat Johor dan Kedah tu. Kira kes Musa - Deepak itu lanjutan dari desakan mereka yang Dr M ketuai itu untuk balun Najib dan Isham lah.
Masa mereka buat komplot ni, takde pulak yang nak ingatkan mereka (umno baru) itu PARTI ORANG2 ISLAM!! Bila kena doa kehancuran, GELABAH ABIS!!!
hehe
Inilah kerja pencacai2 Dr M
ReplyDeletehttp://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/bom-deepak-siri-serangan-awalan-pr-anuar-mohd-nor/
Anuar Mohd Nor TERSOHOR di antara mereka2 ni! (Anuar ni nak umno berubah TETAPI mesti letak Dr M kat atas!!....eeeeee!)
Acuan kuih keling,umno celup.
ReplyDeleteSalam Pak,
ReplyDeleteUmno semakin hari semakin tua. Sudah lah tua tapi tak mahu insaf. Retoriknya dah mohon maaf atas kesilapan yang lalu kononnya tapi ugut mengungut, caci mencaci, memperbodohkan rakyat terus dibuatnya dan diulang-ulang dalam Dewan PWTC, di TVgila(3) dan utusan meloya dan berita hairan. Kalau dah jadi budaya dan sikap memang payah.
Jika dah musang tu, musang jugak..
Mohd Zuki Ahmad
Pemimpin umno sekarang menang dengan kata kata..yg hanya untuk menyedapkan diri sendiri...najib berucap..dengan kata kata DEMI ISLAM..DEMI MELAYU..
ReplyDeleteTetapi hakikatnya,arak di jual dikg kg melauli kedai serbanika 7-11,pusat maksiat berlambak,pendatang asing di beri kad pengenalan..
umno skrg..Bangsa melayu di pergunakan tetapi sebenarnya golongan mamak mendapat tempat..pembesar umno berlumba lumba untuk bermenantukan mamak pompuan..yg telah bersalin kulit..
Umno baru sekarang penipu paling besar..bangsa melayu telah sedar...
Thank you for the article. A clear, rational, Malaysian voice. Cowards will scare - stoking fear in others to compensate for the immense fear of their own. A parallel? The bully in school - we all know deep down inside he's just a scared, little cry-baby who's too delusional to acknowledge his own shortcomings. We'll see what happens in the upcoming GE.
ReplyDeleteApa lagi cerita Umno? Umno sudah lama kehilangan apa apa cerita memberangsangkan.
ReplyDeleteMereka kini hanya boleh mengulang ulang cerita donggeng saja. Yaitu, kononnya kaum Melayu perlu lindungan mereka.
Tapi apa yang ada pada Umno sekarang yang betul betul dapat menolong kuam Melayu? Amalan wang politik, korupi, ketidakadaan tanggungjawap, budaya memececah belah dan dll?
Apakah betul tanpa Umno orang Melayu hapus? Bagaimana ini akan terjadi sedangkan orang Melayu yang menjadi majoriti penduduk Malaysia. Tak kira siapa kah yang memerintah, orang Melayu adalah majoriti.
Orang Melayu akan susah hanya sekiranya mereka kurang yakin pada diri sendiri. Mungkin itu lah sebabnya Umno cuba sedaya upaya untuk mengongkong pemikiran orang Melayu dan menakut-nakutkan mereka bahawa tanpa Umno, orang Melayu tidak dapat bersaing dengan kaum kaum lain. Tidak daya berdiri sendiri dan selalu memerlukan tongkat untuk berdiri.
Saya percaya orang Melayu dapat bersaing dengan kaum kaum lain sekiranya mereka diberi peluang tanpa bantuan. Cuba mereka perlu percaya pada kebolehan diri sendiri.
Tiada seorang pun (walau apa pun bangsa) yang begitu lemah sehingga langsung tidak dapat berdiri sendiri tanpa tongkat.
Saya ada lihat dipihak swasta pun, tanpa sebarang bantuan, orang orang Melayu boleh bersaing dimana mereka tidak cepat putus asa.
Misalnya, disyarikat syarikat menjual Tv, alat-alat elekrtronik dan alat-alat dapur, saya pun lihat ada ramai pelanggan jualan Melayu sekarang yang boleh memperolehi pendapatan termasuk komisen dalam 3-5 ribu sebulan atau lebih!
Saya rasa, adalah susah untuk Umno menipu orang Melayu sekarang. Orang Melayu bukan boleh mudah ditipu lagi. Dan saya percaya Umno pun sudah tahu hakikat ini. Cuma, apatah lagi boleh Umno buat melainkan terus bermimpi and terus membohong pada diri sendiri. Kesiannya! Ha ha
Salam Pak,
ReplyDeleteDr M bila berhadapan dengan isu-isu dalam negara yang di komen oleh negara-negara luar mengenai politik, rasuah, salahguna kuasa keatas kehakiman, polis, Jabatan Peguam, beliau akan balas balik dengan berkata'Malaysia ada acuan sendiri'. Rakyat seperti biasa akan memberikan sokongan. Hasilnya? Semuanya tunggang-langgang...punah..
mohd zuki
Salam Pak aspan,
ReplyDeletePenulisan terbaik dari Pak Aspan.Tak sabar hendak menunggu PU13,saya dan kawan2 akan tetap mengundi PR.
Templer Man
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteHabis aje PAU,para pemimpin umno dah pergi makan angin di oversea.
1.MAHIADDIN/MDYASINTANSRI 2.NOORAINEE/ABDULRAHMANPUANSRI K1BCB
3. MH 088 J SU02DEC12KULNRT HK2 2335 0715+1
*ELECTRONIC TKTG AVAILABLE ON THIS FLIGHT*
4. NH 061 F SA08DEC HNDCTS HK 1100 1235
5. NH 068 F FR14DEC CTSHND HK 1530 1710
6. MH 089 J SA15DEC NRTKUL HK2 1030 1705
*ELECTRONIC TKTG AVAILABLE ON THIS FLIGHT*
pergi makan angin ke Tokyo dan Sapporo,agaknya sapa yang bayar..
1.HISHAMMUDDIN/TUNHUSSEINDATOSERI 2.TENGKUMARSILLA/TGABDULLAHDATINSERI KVYKD
3. MH 002 F SU02DEC12KULLHR HK2 2355 0525+1
*ELECTRONIC TKTG AVAILABLE ON THIS FLIGHT*
4. MH 003 F FR07DEC LHRKUL HK2 1050 0710+1
*ELECTRONIC TKTG AVAILABLE ON THIS FLIGHT*
5.ALA/M 038886 8007 KDN
6.T
7.ST:NSST MH HK1 MH002 F 02DEC12 KULLHR 2K/P1
8.ST:NSST MH HK1 MH002 F 02DEC12 KULLHR 1K/P2
** JOURNEY STARTED **
1.MUHAMMADSHAFIQ/MOHDSHAFIE L5HVB
2. MH 002 F SU02DEC12KULLHR RR1 2355 0525+1
*ELECTRONIC TKTG AVAILABLE ON THIS FLIGHT*
3. MH 001 F SU09DEC LHRKUL HK1 2200 1820+1
*ELECTRONIC TKTG AVAILABLE ON THIS FLIGHT*
4.KUL/B 88912007 C/O HANAFI
5.KUL/M 019 3981175 C/O HANAFI
dua2 asyik pi london...banyak duit dia orang...
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteAlhamdulillah dan terima kasih jutaan kali. Sesungguhnya sepanjang pembacaan saya, artikel-artikel saudara memang berpijak di bumi nyata. Apapun, sebelum melanjutkan, saya turut memohon maaf kepada saudara kerana agak lama menyepi. Bukan merajuk atau apa; sekadar ditimpa pelbagai kesibukan menghadiri kursus ICT melibatkan "web accessibility" dan memberi khidmat sampingan kepada seorang rakan di sebuah NGO akan kepenggunaan sebuah Braille note taker untuk pelbagai tugas pentadbiran.
Artikel saudara terbaru ini, sebenarnya, sudahpun cukup untuk menjadi dalil aqli nan zahir akan sikap jahiliyah pimpinan atasan kita di dalam UMNO itu sekarang. Namun begitu, sememangnya mereka telah dipasak kukuh dengan tiang seri ideologi yang semakin retak lagi penuh berkarat besi pacaknya tetapi masih terus dipasak untuk diperkukuhkan walaupun yang melakukannya terdiri daripada segala macam binatang buas hutan belantara Eskimo ... Malah, jika diperhatikan, binatang pun jauh lebih cerdik berbanding mereka, kan? Justeru, pada hemat saya, mari kita sama-sama berjihad dengan bersenjatakan kertas dan pen, walaupun kami yang OKU penglihatan sekalipun yang akan mengupah kawan yang boleh dipercayai untuk melakukannya. Biarlah para ahzab syaitan laknatullah ini yang diketuai bapa syaitan 1-Malaysia (Mahathir) ini bungkus lingkup agar mereka pula berdepan dengan soal jawab-Nya di sana, insha Allah.
Terima kasih dan salam jihad.
ayam daging? rasanya "taik" ayam daging lagi tepat,,, akan kering dan jadi baja lepas 2-3 hari
ReplyDeleteKepimpinan umno mangalami masalah..kalo x,xkan baju t-shirt "I love PM" bersepah di beri percuma..
ReplyDeleteMahadey,mamak kutty tengah pasang perangkap..samada najib terkena..atau mayudin terkena..atau hishamuddin...yg penting muhriz akan melonjak...
Sesungguhnya..mahadey yg menyebabkan melayu berpecah sejak dahulu,kini dan selamanya...kan bagus dakwa mahadey dan sumbatkan dia dlm penjara atas kesalahan yg dilakukan selama menjadi pm..
Muhkriz seperti tidak ada telor..hanya mengharap bapa sendiri merencana perjalanan politik beliau..
......mulanya
ReplyDeletetitisan air2 hujan,
air2 embun,
air2 mendapan awan
berkumpul2 dilekuk2 bumi ditanah2 tinggi
menjadi aliran2 kecil
bergabung2 menjadi sungai2 kecil
bergabung2 menjadi sungei2 besar
akhirnya sampai jua ke kuala
untuk bersatu menjadi lautan
AIR....itulah PR....kebaikan utk semua Malaysia
UMNO/BN, sekadar batu2 halangan belaka
Hidup Rakyat........gue tolak rasuah....gue tolak umno...
Masing2 pergi kluar negara, bukan nak makan angin TETAPI utk berjumpa masing2 punya team of political advisors/consultants/strategists yg sudah memberi perencanaan dan tindakan kpg geng masing2. Kini post-mortem time utk next step coming!
ReplyDeleteYg tukang sorak dan kibar bendera kecik serta placard 'I LOVE PM' sedang bersenang2 dan berenak2 di Batam, Tg Pinang, dan Danok!
Umno (baru) Parti yg perjuangkan Islam!
Wahai Ombak Rindu,
ReplyDeleteKita sudah tak terkejut lagi bila baca tulisan kamu ni. Pasal apa, ada professor kangkung dari UKM jugak sudah menulis serupa itu isi kandungannya. Kau MENIRU yerrrr?
Apa pun kita rakyat negara ini sudah sekian lama tahu lagi sinonimnya nama umno (baru) dengan menipu. Mahadeyyy menang dan tubuhkan parti Umno (baru) itu pun dengan menipu terang2 dalam 'kegelapan PWTC' yang diadakan!! Kami nak kena heran kah???
Kita tahu di Selangor sahaja beratus ribu nama pemilih baru yang tidak punyai maklumat tetap!. Tapi, siap Pengerusi SPR kata mereka LAYAK mengundi! Inilah langkah awal SPR selaku anak syarikat umno (baru) bersekongkol dengan umno (baru) utk kekalkan kemenangan!
Menipu daftar pemilih, lepas tu menang!. Nanti bila rakyat bangkit, mereka akan balun!!
Ini skripnya, serupa ala2 skrip 13 mei 1969!. Walhasilnya, segala perencanaan ini adalah utk KUBURKAN Najib!!
1968/9 dia tunggang Tun Razak dan Datuk Harun Idris utk belasah Tunku. Kini dia nak belasah anak Razak!!
Itu ajer.
BERANI KERANA BENAR! AMACAM, ada berani Musa?
ReplyDeletehttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ramli-yusuff-musa-juga-pernah-salah-guna-kuasa-semasa-jadi-kpn/
Saya tunggu Najib dan Isham bagi GREEN LIGHT kepada Datuk Ramli dan Datuk Mat Zain utk teruskan menyaman Gani dan Musa. Kita tunggu. Gani adalah saki baki kuasa 'orang itu' dalam kerajaan. Kalau berani Najib ketepikan Gani, barulah dia mampu tadbir negara bebas dari 'orang itu'!
Round 1 : 'Orang itu' sudah guna dua proksi ini untuk hentam dua sepupu ni. Deepak katok kapla Najib DAN Musa sekel kapla Isham. Dua sepupu tahu mereka sudah hendak disingkir oleh 'orang itu' dari dalam umno(baru)!!
Beranikah dua sepupu ini melawan 'orang itu' dengan menggunakan kedua2 'proksi2' mereka ini?
Adakah dua sepupu ini akan berpaling arah kepada Ku Li-Paklah dan meninggalkan 'orang itu'??
Adakah Najib akan kekalkan Ku Li dan Paklah selaku calun2 dalam PRU 13 nanti???. Selaku Presiden umno (baru) dan PM, sudah tentu dia berkuasa menentukannya. Apa kah tindakan orang itu nanti??
Waaaaaaa, UMNO (BARU) NAK KOYAK RABAK NEH!!!
hehehe
Acuan yg lama klau jenis tembaga pyh nk baiki. Jenis ni kna anto Muzium Negara. Wat pameran je. Lama doh umno tpu org tua kta. Warga Emas saluran 1. Puok ni kna tea segelas duk puji jugok. Tp generasi muda x akn bg Ubn kuasa lg. Jom kita tngal umno dgn warga emas je. Ubah Sekarang... Insaflah....
ReplyDeleteSalam Sejahtera Semua,
ReplyDeleteSelepas PAU2012, pemimpin-pemimpin gerombolan penyamun tarbus berkejar-kejar keluar negara untuk menyemak dan mengemaskini akaun diluar negara.
Sudah berbillion duit rakyat kena PAU oleh gerombolan dalam tempuh lebih 50tahun mereka berkuasa, takkan belum puas lagi.
Khabarnya sedang bergerak satu "Grand Design" untuk mengangkat anak bekas Mamak Bendahara untuk mengambil alih kepimpinan tertinggi puak gerombolan dalam tempuh 24bulan akan datang....AWAS!
Oh Musa! Kuat hang tuduh orang, tetapi tuduhan itu terkena batang hidung sendiri!!
ReplyDeletehttp://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/12/03/ex-aide-damns-ex-igp-in-sd/
Tapi dia (Musa) berani bercakap pasal Najib pun takut dgn 'orang itu'!
GADO2 UMNO (BARU) NAMPAKNYA UDAH NAK MELETOP NI....
Ade pepatah lagenda yg di ucapkan oleh hang tuah. "takkan melayu hilang di dunia". zaman tu ameno xda melayu tetap hidup. PAS dan PKR pun tak wujud lagi.. apatah lg DAP.. melayu hidup bukan atas dasar politik tetapi penyatuan itu yg penting. persetujuan radja2 dulu bw masuk geng2 yap ah loy dan geng2 bollywood mewarnai pentas perkauman di TANAH MELAYU. Kesilapan yg paling besar adalah penukaran TANAH MELAYU kpd MALAYA. Secara automatik hilang identiti melayu. siapa yg berani mempersoalkan hak org melayu sekali negara bernama TANAH MELAYU. apabila tukar kpd MALAYSIA time tu lah sibuk pertahankan org melayu.. salah siapa? apabila nasi dah jadi bubur agak sukar utk dipulihkan. maka jalan terbaik kembali ke jalan keislaman.. berpolitik berlandaskan islam.. selagi islam tonggak pemerintahan insyaallah melayu akan terbela. namun langkah utama perlu bermula dgn mengembalikan hak rakyat kpd rakyat.. tukar pemerintahan lama dan cuba yg baru.
ReplyDeleteTerbaik!
ReplyDelete