Isu Amanat Haji Hadi yang dibising-bisingkan oleh UMNO sekarang sepatutnya boleh diselesaikan jika ada
sikap bertanggungjawab pihak yang berkuasa dan berlaku adil dan demokratik
menghadapi isu yang diperbesarkan oleh UMNO itu.. Amanat yang sudah berusia 31
tahun itu kini menjadi isu mainan pihak UMNO sekarang kerana pilihanraya
semata-mata. UMNO sedang mencari isu walau sekecil mana pun untuk merentap PAS dari
mendapat sokongan rakyat. UMNO masih mempunyai keyakinan yang orang Melayu dan
rakyat kita masih bodoh dan tolol.
Isu terhadap PAS sedang dicari
oleh UMNO ibarat mencari kutu di dalam rambut. Walaupun sekecil mana sekali pun
ia akan tetap diraut untuk memperlekehkan PAS. Tok Guru Haji Hadi telah
menyahut cabaran itu dan meminta semua orang mendengarnya dan meminta semua
orang membuat penilaian terhadap apa yang beliau akan perkatakan. TGHA meminta supaya beliau di berikan liputan
melalui TV1 dan TV3 secara langsung dan selepas beliau memberikan penerangan
nanti biarlah rakyat membuat penilaian terhadap isu itu.
Tetapi yang tidak eloknya, pihak
berkuasa tidak mahu memberikan peluang itu kerana takutkan pemimpin PAS itu
dapat mendekati rakyat melalui saluran-saluran TV perdana itu. Jika benar UMNO
jujur dan ikhlas permintaan TGHA itu tidak sepatutnya ditolak tetapi
sebaliknya pihak kerajaan tidak mahu melayan permintaan TGHA itu. Maklum
sajalah, negara kita ini demokrasinya ada acuan tersendiri seperti yang lazim
disebut oleh pimpinan UMNO seperti Dr Mahathir Mohammad dahulu.
Inilah dia acuannya. Pembangkang
disekat untuk bercakap dan mendekati rakyat melalui saluran media perdana
kerana UMNO tahu jika pembangkang dibenarkan bercakap melalui saluran TV
perdana nescaya rakyat akan mempunyai persepsi yang lain terhadap UMNO dan BN
itu.
Kepada Mufti politik khususnya
Mufti Perak elok menjaga tugas dan tanggungjawab tugas yang diamanahkan kepada
beliau. Jika beliau berminat untuk berpolitik, letak sahaja jawatan itu dan
terjun dalam politik sepenuh masa. Jangan pula hendaknya mana-mana Mufti yang mempunyai
kecenderungan politik masuk campur sebelum TGHA memberikan ucapan penerangan
secara ‘live’ kepada rakyat jelata. Apa yang diperlukan oleh TGHA hanyalah satu
jam masa untuk bercakap kepada umum secara langsung kerana BN tidak habis-habis
membangkitkan isu ini setiap kali pilihanraya berlaku.
Jika UMNO menjadikan isu ini
secara terbuka maka berwajib bagi TGHA untuk memberikan penerangan secara
terbuka. Pihak kerajaan pula berwajib untuk memberikan masa selama yang di
pinta oleh TGHA dan beliau bercakap secara langsung untuk mengelakkan berita
ini diputarbelitkan oleh UMNO. UMNO bergitu mahir melakukan putar belit media
ini kerana mereka telah melakukannya selama berdekad-dekad terhadap mana-mana
parti pembangkang. UMNO tidak merasa bersalah mendapat sokongan dengan tipu
helah dari kuasa yang ada dan tidak merasa bersalah mendapat kuasa secara yang
tidak ‘legitimate’.
Pihak kerajaan mesti ‘gentleman’
kerana sifat itulah yang boleh meningkatkan kembali kewibawaan UMNO sedikit
sebanyak yang telah lumat selama ini. Biar kita selesaikan isu ini ‘once and
for all’. Jika tidak diberikan masa satu jam secara langsung, elok TGHA dan PAS tidak melayan terus isu yang diperbesarkan oleh UMNO ini.
Jika kerajaan bersetuju ia adalah kesempatan yang baik untuk PAS dan TGHA untuk membetulkan sesiapa yang telah terserong oleh dakyah UMNO itu. Baru sekarang UMNO memainkan isu yang sudah berusia 32 tahun itu. Kita tahulah UMNO terdesak tetapi tidak pula saya menjangka yang perasaan terdesak itu sampai ke tahap ini. Rupa-rupanya ketakutan UMNO kehilangan kuasa ini ibarat hendak memisahkan kulit dengan daging.
Selepas itu biar rakyat yang menilainya.
Selepas itu biar rakyat yang menilainya.
Lebih baik BN/UMNO kalah secara gentlemen daripada kalah bermain kotor
ReplyDeleteHappy New Year Pak Aspan,
ReplyDeleteI will never n ever think that the present administrator will allow the Pakatan to have a minority share in sending message to the people using the main stream media. It is like dreaming at the daylight...the present administration will continue to lie and slur the Pakatan, dont forget our country have an old fox around that control and have powerful say in the present administration. But at the same time lets not be fool and fall to the traps the present administration set upon us. Will Malaysian be wiser and act upon thru peaceful and harmonious way to bring new hope to our beloved country Malaysia...
Happy New Year
Mufti umno cap ayam
ReplyDeletePernah dulu UMNO menyambut cabaran debat Hj Hadi mengenai isu amanat ini dan kononnya akan diadakan secara live di TV. Malangnya debat tersebut telah dibatalkan di saat2 akhir atas "arahan majlis Raja2" atas alasan tidak mahu umat Islam di Malaysia keliru dan berpecah belah.
ReplyDeleteSaya yakin ulang tayang lakunan pembatalan di saat2 akhir ini akan berlaku sekali lagi.
Tidak ada salahnya amanat haji hadi awang...bagi yg banggang memang tidak mengerti dan cuba menjadi isu...amanat haji hadi awang mengingatkan umat islam jangan menjadi golongan munafik...
ReplyDeleteUmat islam sendiri boleh menjadi sesat dan munafik jika tidak mempunyai kekuatan iman...
Hanya golongan munafik saja yg takut dengan amanat hadi awang...agak agak di malaysia...siapa yg takut dengan amanat haji hadi awang???
Saudara-saudara sekelian percayalah,
ReplyDeleteKita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Jika amanat datuk sri hj hadi bertentangan dengan islam..kenapa tidak didakwa...bn jgn ingat org melayu bodoh?? jgn ingat org kampung bahalol??
Rakyat sudah tau warna dlm ameno...kelabu...kelabu tahi anjing..putih bukan putih...hitam bukan hitam...munafik
Well said
DeleteWell said
Delete
ReplyDeleteIf all the UMNO members are murtad acording to Hadi,so what ?.
Does Hadi is the representative on earth to say that,ones believe are not being determine by another.
It must be stupid to say others murtad.
Masih ujudkah lagi tv rtm? Maaf... tak berapa perasan pulak saya.
ReplyDeleteBtw... kalau jadi TGHA diberi airtime secara live saya akan beli kuaci 2 bungkus dan mengadap tv sambil minum kopi.
salam pak aspan,
ReplyDeletepemikiran kaum bani umno sebenarnya ketinggalan zaman selama 32 tahun, sebaliknya cara pemikiran rakyat malaysia sekarang adalah jauh kehadapan mengikut peredaran zaman.
ReplyDeleteIsu amanat TGHA 32 tahun yg lalu diungkit semula oleh Rais Yatim di Media Perdana kerana dia takut kalah di Jelebu.Tentang isu Murtad ni ibarat BN sudah bengkrap dg isu.Isu ini adalah LAST KOPEK dan SAILANG oleh Rais botak.Dia pada satu ketika dulu dulu telah bakar jembatan dg UMNO tetapi kembali semula ke pangkuan UMNO kerana jawatan Menteri.Rais ingat orang Melayu bodoh dan tolol dg isu amanat TGHA 32 tahun lalu .Sebenarnya Rais yg mempunyai sifat demikian!
Rais juga telah mengkritik Mahathir dari segi undang-undang utk dia mendapatkan PHD.PHD yg lain PERASAAN HASAD DENGKI telah diaplikasikan isu dalam kontek orang Melayu utk menaikkan kemarahan orang UMNO.Orang UMNO khususnya dan Rakyat Melayu amnya tidak hairan dg isu politik MURTAD ini.
Apa yg menghairankan Rakyat ketika ini tentang isu Mahathir USD 44 billion itu di mana UMNO dan media Perdana menjadi bisu dan pekak!
Rakyat juga sedar Acuan Mahathir mamak ini "Winner takes All "dalam politik.Dia selalu mengungkitkan konon Melayu sudah lupa dg jasanya dan UMNO. Mahathir!.. Mahathir ...dia sudah lupa jika tidak sebab politik , "MAHA klinik" di Pekan Melayu,Alor Star dah lama gulung tikar!
Isu Mahathir ni ada lebih bergantang gantang melibatkan salah guna KUASA!. Itu sepatutnya Mahathir memikirkan yg dia telah LUPA.Dia ingat duit pembayar cukai Rakyat Malaysia, duit bapak dia!
Shah Rukh Khan mungkin boleh mengingatkan Mahathir yg telah 87 tahun
Isu deepak dg tanah melibatkan LTAT,Zahid,Najib, Rosmah dan Raja Roopiah di mana kesemua personaliti UMNO boleh buat pekak badak!Isu-isu mutakhir ni menakutkan Mahathir dan UMNO keseluruhannya.Mereka semua TAKUT HILANG KUASA!
Sayugia diingatkan Kebangkitan Rakyat tidak dapat dibendung lagi.Kes DSAI di mana semua Rakyat tahu, itu adalah sifat dendam Mahathir semula jadi.Kesemua timbalannya dia kerjakan! Musa Hitam cakap sendiri jika dia tidak mengundurkan diri,dia juga akan menerima nasib spt Anwar!
Ammanat TGHA ni adalah isu lapuk.Rakyat tidak mahu tahu!
Keyang Dot Nira Nipah
Sir,
ReplyDeleteMake sure NO ONE can vote more than once!
Lufang,
ReplyDeletePls get the fact right b4 u throw the rubbish. Get the the full video clip from youtube then listen carefully. Dont show ur stupidity like umno morons.
PAS & PKR must maintain their support from ordinary Malays, not necessarily majority of votes, to win government.
ReplyDeleteHey veгy nicе blog!
ReplyDeleteAlso visіt my ωebpage - stun guns