19 December 2012

Jangan dibakar jambatan sebelum menyeberang

Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya yang paling sengit bagi BN dan paling hampir kepada kuasa bagi Pakatan Rakyat. Keadaan graf kemajuan kedua belah pihak sentiasa berubah setiap waktu dan masa. Dalam satu waktu BN mendahului sedikit dan pada waktu yang lain pula Pakatan Rakyat yang mendahulu dari sokongan rakyat.

Bagi saya secara jujur, dan realistik pada hari ini keadaan memerlukan kedua-dua belah pihak berusaha keras untuk mendapatkan undi-undi di atas pagar yang agak besar dan itulah pandangan saya mengikut keadaan sekarang ini. Adalah penting bagi kedua-dua belah pihak memaparkan perjuangan yang betul dan benar. Jangan sekali-kali ada pihak yang melakukan perkara yang boleh menjejaskan sokongan dalam waktu yang kritikal ini.

Rakyat terutamanya pengundi-pengundi di atas pagar sedang menumpukan perhatian terhadap janji-janji masing-masing. Jika kedapatan janji-janji yang tidak mungkin terlaksana, kerana permainan politik peribadi, pihak itu akan hilang sokongan dari gulungan ini. Janji-janji kedua-dua belah pihak adalah dalam perhatian rapi pengundi.

Bagi BN isu-isu besar yang mereka hadapi sudah pasti menjejaskan prestasi mereka. Itulah sebabnya transformasi yang di janjikan BN itu ialah untuk mempastikan yang isu rasuah yang sudah menjadi ‘stigma’ kepada BN itu wajar di hapuskan serta merta. Tetapi untuk menghilangkan ‘stigma’ itu, bagi BN dan UMNO wajib memperlihatkan kepimpinan baru dalam parti itu yang tidak melibatkan mana-mana pemimpin atau individu yang ada di dalam MKT UMNO dan Jemaah Menteri sekarang ini.

Pimpinan BN yang ada tidak mempunyai kredibiliti untuk menunaikan janji-janji bagi memperbaiki keadaan ini kerana tidak mungkin kumpulan yang melakukan rasuah itu akan berkemampuan memperbaiki keadaan rasuah yang mereka lakukan. Dalam sekelip mata ini UMNO wajar menukar imej baik dengan menukar barisan pimpinan yang baru sebelum pilihanraya yang akan datang ini.

Bagi Pakatan Rakyat yang sedang merasakan sedikit nikmat kuasa yang rakyat akan diperhatikan ialah samada janji-janji yang menjadi umpan untuk rakyat memberikan sokongan itu betul-betul terlaksana. Bagi PAS tidak nampak apa-apa yang bermasalah kerana PAS merupakan parti yang paling berdisiplin dan oleh kerana ia berlandaskan sedikit sebanyak kepada Islam dan agama itu kita terlihat ia sudah menunjukkan dan membuktikan parti itu telah berjaya mewujudkan kepimpinan yang telah pun terbukti kesahihan dalam penepatan janji-janji selama ini.

Bagi DAP, parti ini telah berjanji untuk melaksanakan pentadbiran yang baik dan terbukti wujud di Pulau Pinang. Janji-janji parti ini untuk menonjolkan calon-calon Melayu sedang menjadi perhatian ramai khusus dari pengundi Melayu di seluruh negara. Jika janji ini tidak di tepati ia akan pasti menjejaskan keyakinan sebahagian rakyat terutamanya dari gulungan yang di atas pagar. Jika janji untuk memaparkan calon-calon Melayu ini tidak terlaksana maka itu akan menjadi tanda awal yang DAP akan tetap dengan persepsi rakyat sebagi sebuah parti yang rasis  untuk kaum Cina semata-mata.

‘Convention’ DAP di Pulau Pinang minggu lepas juga telah membibitkan perasaan sedikit kurang senang setengah pihak, bukan sahaja dikalangan kaum Melayu tetapi juga dikalangan kaum India. Tetapi itulah demokrasi. Jika yang tidak mendapat keyakinan perwakilan maka tidak adalah yang menang di dalam pertandingan seperti itu.

Tetapi seperti yang di sebut oleh perwakilan Sekinchan yang mana sudah ada tanda-tanda DAP telah mula di resapi oleh elemen politik wang walaupun belum jelas di lihat. Ramai yang telah memberikan komen dalam senyap-senyap yang mengatakan nampaknya DAP juga sudah mula terasa nikmat kuasa dan di harap apa yang di sebut oleh perwakilan itu tidak benar.

PKR pula, seperti DAP dan PAS telah berjaya menunjukkan prestasi kepimpinan yang jauh lebih bersih dari BN di Selangor dan kini yang perlu bagi kerajaan PKR Selangor untuk terus mentadbir dengan baik seperti yang telah terekod selama empat tahun lebih memerintah kerajaan Negeri Selangor itu.

Pendeknya jika dilakukan pilihanraya hari ini atau esok, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan walaupun sedikit, pihak itu akan menghadapi kekalahan. Oleh itu kedua-dua pihak nampaknya terpaksa berhadapan dengan situasi yang mesti berhati-hati kerana masing-masing sudah tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan lagi.

Jika mana-mana pihak melakukan kesilapan sekarang ini masa sudah terlalu suntuk untuk memperbetulkannya. Dalam keadaan sekarang kesilapan tambahan dari pihak BN akan mengakibatkan kehilangan kuasa.  Sebaliknya jika Pakatan Rakyat melakukan kesilapan dengan menunjukkan sikap terlalu dahagakan kuasa juga akan mengakibatkan niat untuk ke Putrajaya itu terbengkalai sehingga pilihanraya yang akan datang.

Ingat, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan akan menerima padahnya. Kita mesti ingat acapkali terjadi makanan yang sudah hampir masuk ke dalam mulut pun akan terlepas jika rakyat terlihat sikap tamak haloba dan politik peribadi yang keterlaluan.

Kepada yang sedang terlalu takut kehilangan kuasa yang ada sekarang jangan bercakap besar dengan memperlekehkan pihak lain. Kepada pihak yang ingin mengambil alih kuasa pula jangan tunjukkan sangat keghairahan yang keterlaluan untuk mendapatkan kuasa itu kerana ia akan memakan diri masing-masing. Hidung biar terletak di tempatnya, jangan di letak di dahi.  Cara kita menunggu kejayaan untuk mendapatkan kuasa itu akan mudah di baca dan menjadi pertimbangan pihak yang di atas pagar untuk menentukan sikap mereka di dalam peti undi nanti.

Sebenarnya rakyat benar-benar mahu merasakan perubahan nyata dan mereka akan kecewa jika mereka masih mengalami keadaan dan situasi yang sama setelah mereka mengalih dan menganjak kuasa itu di dalam pilihanraya nanti. Sekali rakyat yang mengharap rasa tertipu, ia akan mengambil masa yang panjang untuk memulihkan keyakinan mereka.

Jangan buangkan air dalam tempayan semata-mata kerana terdengar bunyi guruh dilangit. Satu lagi perbidalan yang sangat popular dalam politik negara ialah, ‘jangan membakar jambatan sebelum menyeberang’

13 comments:

Anonymous said...


AA, you are just terrific writer with solid opinion over current political issues.

I am here in Johor facing the problems you just said it very well.

We will keep on reading your pieces from now on.

Cheers Mr AA.


Devan

Anonymous said...

Sejahtera Tuan Aspan,

Saya sangat bersetuju dengan pandangan tuan dan itulah perkara yang saya paling takuti. Bibit-bibit kepala besar telah ditonjolkan oleh beberapa orang pemimpin pertengahan PR yang sedikit sebanyak telah mengikis keyakinan rakyat terhadap kekukuhan perpaduan dan pemerintahan PR jika diberikan kuasa memerintah. Isu-isu yang tidak sepatutnya diutarakan buat masa ini telah dimainkan oleh pemimpin-pemimpin ini seolah-olah mereka telah memerintah dan ingin memaksa pihak lain menjilat menerima pandangan mereka. Semestinya situasi ini telah disambar dengan pantas oleh pihak sebelah sana untuk menegakkan hujah mereka bahawa PR sememang tidak akan dapat bertahan apabila memerintah... itulah 'kebodohan' yang berlaku dalam PR kerana memberikan peluru kepada pihak lawan menembak mereka secara depan..

Giorgio said...

Pak Aspan, I ve been following your articles since the topics Mahathir is a Happy Man, my 1st impression of you is you love UMNO Lama so much, but UMNO Baru had disappointed you and have kill the political landscape in Malaysia, plus of abusing of Power at the Top level especially BN, the chinese see it, but as by nature chinese are very selfish species till today, by logic, if Chinese can stay united,the chinese will take over. Yours and Salehudin blog are my favorite, realistic and solid opinion, I wish you will be chosen by DAP EC for future of malays in Malaysia

badrul said...

Salam saudara AA,

Terima kasih atas tulisan yg baik ini utk ingatan kedua-dua belah pihak. Gambaran golongan atas pagar ini saudara dpt gambarkan dengan tepat.

T.k.

Pok Li said...

Amatlah malang di kala negara sedang mengalami pelbagai masalah yang teruk hasil ciptaan kerajaan UMNO/BN selama lebih 50 tahun memerintah, masih ramai rakyat yang masih berbelah bagi untuk mengundi perubahan.

Anonymous said...

Setuju sangat dengan komen anon 12:35.
Semalam, kalau tak silap saya, TV 3/4 telah 'mainkan' komen sdr Ariffin Omar.
Kalau ada pemimpin PR yang komen tanpa berhati-hati, tahu sajalah apa akan media sebelah sana buat.

jost

Cicit Tok Mat Alam said...

best.. simple... rasional...

Cicit Tok Mat Alam said...

best.. simple... rasional...

lufang said...

Saudara Aspan,

Yang pastinya kalau UMNO tidak berjaya menubohkan kerajaan kelak selepas PRU 13,DAP akan menerajuai kerajaan kerana bilangan kerusi yang dimiliki mengatasi PAS dan PKR ,jadi berdasarkan jumlah kerusi mejority sewajarnyalah DAP menerajuai kepimpinan negara.

Berdasarkan pemerhatian undi Melayu kelak akan terbahagi 3 kapada UMNO,PKR dan PAS dan lojiknya tiada satu parti pon yang akan mendapat kemenangan melebehi 50% kerusi yang ditandingi.Undi kaum China dijangkakan 90% akan pergi kapada DAP bagitu juga kaum yang lain-lain akan pergi kapada parti bukan UMNO dan kesimpulanya walaupon UMNO akan memenangi jumlah yang menesabah UMNO tidak akan dapat menubohkan kerajaan kerana tiada sokongan dari parti komponen seperti MCA,MIC,Gerakan dan PPP yang kalah teruk berdasarkan perubahan sokongan kaum.
Walaupon PAS dan PKR akan meningkat dari jumlah kerusi tetapi dijangkaan kedudokanya tidak dapat melebehi DAP bedasarkan sokongan kaum yang padu kapada DAP.
Sebarang gembar gembur mengatakan Anuar atau Hadi akan mengetuai kerajaan adalah bedasarkan andaian populer sahaja tampa mengambil kira suasana politik semasa yang tidak memungkinkan dan adalah tidak wajar berdasarkan amalan democracy parti yang mendapat jumlah kerusi yang rendah mengepalaai kepimpinan.
Sebarang kabinet bayangan dan omongan yang Anuar atau Hadi akan mengepalaai kerajaan yang akan dibentuk adalah meleset dan terlalu premature untok diambilkira bedasarkan perhitongan suasana politik semasa.
Juga bukan satu kesalahan atau melangar mana-mana article dalam pelembagan sekira pimpinan negara diterajuai olih dari kalangan bukan Melayu yang partinya mendapat kerusi majority .

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Pandangan 'lufang' di atas adalah andaian yang mudah dan yang menjadi penyebab DAP dilihat sebagai chauvinis Cina, mungkin kerana sudah terlalu lama didodoikan secara berat sebelah oleh pihak yang sekian lama telah menyalahguna kuasa dengan mengecat dengan setebal-tebal cat bahawa DAP itu chauvinis Cina, kominis dan sebagainya yang buruk. Pemikiran itu masih melekat kuat dalam jiwa sebahagian besar rakyat Malaysia. Begitu jugalah bagaimana PAS dilihat serong oleh kebanyakan rakyat bukan Islam malah orang Melayu sendiri. Tetapi hari ini keadaan sudah berubah. Saya percaya kepimpinan tertinggi DAP tidak mempunyai pemikiran seperti kebanyakan pemimpin bawahannya. Saya percaya pemimpin DAP sedar dan menerima realiti suasana negara yang tidak sesuai untuk mereka menerajui kepemimpinan utama negara. Kerana itulah PR telah dapat bertahan begitu lama dan kini mempunyai harapan untuk menduduki Putrajaya. Kalau pemimpin DAP tidak sedar akan realiti ini, keadaannya akan jadi seperti BA (Barisan Alternatif) yang runtuh dipertengahan jalan.

Anonymous said...

The most important thing in the best interest of the ordinary people, get rid of all bad and/or corrupt political parties and leaders, including opposition parties.

Until that happened, very little will change or the change will be too slow to prevent further permanent damage from decades of bad leadership and corruption.

Anonymous said...

Kakaa siapa percaya lufang adalah penyokong PR dia la org paling pandai kakakaa..lu fang asyik sengaja komen bahawa parti yg dia sukai dap akan menang..sebenarnya disebalik untuk kata pada org melayu bahawa cina akan berkuasa jgn undi dap..taktik ini tak boleh pakai la lu fang..kawan melayu cuba fikir..berapa ramai kaum melayu dimalaysia..kalau dap menang paling banyak pun ..ada ke dap akan bodoh sangat nak jadi PM cina?
Yg kata cina akan kuasai politik tu memang tak tau tengok realiti bahawa jika melayu semua kencing cina mati tengelam

Anonymous said...

Lagi 1 chinese ppl say chinese in malay cina..jarang tengok org cina panggil sendiri china..ingat kita china mari ka? Kita made in malaysia