Pilihanraya kali ini adalah
pilihanraya yang paling sengit bagi BN dan paling hampir kepada kuasa bagi
Pakatan Rakyat. Keadaan graf kemajuan kedua belah pihak sentiasa berubah setiap
waktu dan masa. Dalam satu waktu BN mendahului sedikit dan pada waktu yang lain
pula Pakatan Rakyat yang mendahulu dari sokongan rakyat.
Bagi saya secara jujur, dan realistik
pada hari ini keadaan memerlukan kedua-dua belah pihak berusaha keras untuk
mendapatkan undi-undi di atas pagar yang agak besar dan itulah pandangan saya
mengikut keadaan sekarang ini. Adalah penting bagi kedua-dua belah pihak memaparkan
perjuangan yang betul dan benar. Jangan sekali-kali ada pihak yang melakukan
perkara yang boleh menjejaskan sokongan dalam waktu yang kritikal ini.
Rakyat terutamanya pengundi-pengundi di atas
pagar sedang menumpukan perhatian terhadap janji-janji masing-masing. Jika
kedapatan janji-janji yang tidak mungkin terlaksana, kerana permainan politik
peribadi, pihak itu akan hilang sokongan dari gulungan ini. Janji-janji
kedua-dua belah pihak adalah dalam perhatian rapi pengundi.
Bagi BN isu-isu besar yang mereka
hadapi sudah pasti menjejaskan prestasi mereka. Itulah sebabnya transformasi
yang di janjikan BN itu ialah untuk mempastikan yang isu rasuah yang sudah
menjadi ‘stigma’ kepada BN itu wajar di hapuskan serta merta. Tetapi untuk
menghilangkan ‘stigma’ itu, bagi BN dan UMNO wajib memperlihatkan kepimpinan
baru dalam parti itu yang tidak melibatkan mana-mana pemimpin atau individu yang
ada di dalam MKT UMNO dan Jemaah Menteri sekarang ini.
Pimpinan BN yang ada tidak
mempunyai kredibiliti untuk menunaikan janji-janji bagi memperbaiki keadaan ini
kerana tidak mungkin kumpulan yang melakukan rasuah itu akan berkemampuan memperbaiki
keadaan rasuah yang mereka lakukan. Dalam sekelip mata ini UMNO wajar menukar
imej baik dengan menukar barisan pimpinan yang baru sebelum pilihanraya yang
akan datang ini.
Bagi Pakatan Rakyat yang sedang
merasakan sedikit nikmat kuasa yang rakyat akan diperhatikan ialah samada
janji-janji yang menjadi umpan untuk rakyat memberikan sokongan itu betul-betul
terlaksana. Bagi PAS tidak nampak apa-apa yang bermasalah kerana PAS merupakan
parti yang paling berdisiplin dan oleh kerana ia berlandaskan sedikit sebanyak kepada
Islam dan agama itu kita terlihat ia sudah menunjukkan dan membuktikan parti
itu telah berjaya mewujudkan kepimpinan yang telah pun terbukti kesahihan dalam
penepatan janji-janji selama ini.
Bagi DAP, parti ini telah
berjanji untuk melaksanakan pentadbiran yang baik dan terbukti wujud di Pulau Pinang. Janji-janji parti ini untuk menonjolkan
calon-calon Melayu sedang menjadi perhatian ramai khusus dari pengundi Melayu di
seluruh negara. Jika janji ini tidak di tepati ia akan pasti menjejaskan
keyakinan sebahagian rakyat terutamanya dari gulungan yang di atas pagar. Jika
janji untuk memaparkan calon-calon Melayu ini tidak terlaksana maka itu akan
menjadi tanda awal yang DAP akan tetap dengan persepsi rakyat sebagi sebuah parti
yang rasis untuk kaum Cina semata-mata.
‘Convention’ DAP di Pulau Pinang
minggu lepas juga telah membibitkan perasaan sedikit kurang senang setengah
pihak, bukan sahaja dikalangan kaum Melayu tetapi juga dikalangan kaum India. Tetapi
itulah demokrasi. Jika yang tidak mendapat keyakinan perwakilan maka tidak
adalah yang menang di dalam pertandingan seperti itu.
Tetapi seperti yang di sebut oleh
perwakilan Sekinchan yang mana sudah ada tanda-tanda DAP telah mula di resapi
oleh elemen politik wang walaupun belum jelas di lihat. Ramai yang telah
memberikan komen dalam senyap-senyap yang mengatakan nampaknya DAP juga sudah mula
terasa nikmat kuasa dan di harap apa yang di sebut oleh perwakilan itu tidak
benar.
PKR pula, seperti DAP dan PAS
telah berjaya menunjukkan prestasi kepimpinan yang jauh lebih bersih dari BN di
Selangor dan kini yang perlu bagi kerajaan PKR Selangor untuk terus mentadbir
dengan baik seperti yang telah terekod selama empat tahun lebih memerintah
kerajaan Negeri Selangor itu.
Pendeknya jika dilakukan
pilihanraya hari ini atau esok, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan walaupun
sedikit, pihak itu akan menghadapi kekalahan. Oleh itu kedua-dua pihak
nampaknya terpaksa berhadapan dengan situasi yang mesti berhati-hati kerana
masing-masing sudah tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan lagi.
Jika mana-mana pihak melakukan
kesilapan sekarang ini masa sudah terlalu suntuk untuk memperbetulkannya. Dalam
keadaan sekarang kesilapan tambahan dari pihak BN akan mengakibatkan kehilangan
kuasa. Sebaliknya jika Pakatan Rakyat
melakukan kesilapan dengan menunjukkan sikap terlalu dahagakan kuasa juga akan
mengakibatkan niat untuk ke Putrajaya itu terbengkalai sehingga pilihanraya
yang akan datang.
Ingat, mana-mana pihak yang
melakukan kesilapan akan menerima padahnya. Kita mesti ingat acapkali terjadi
makanan yang sudah hampir masuk ke dalam mulut pun akan terlepas jika rakyat
terlihat sikap tamak haloba dan politik peribadi yang keterlaluan.
Kepada yang sedang terlalu takut
kehilangan kuasa yang ada sekarang jangan bercakap besar dengan memperlekehkan pihak lain. Kepada pihak yang
ingin mengambil alih kuasa pula jangan tunjukkan sangat keghairahan yang keterlaluan untuk
mendapatkan kuasa itu kerana ia akan memakan diri masing-masing. Hidung biar terletak di tempatnya, jangan di letak di dahi. Cara kita
menunggu kejayaan untuk mendapatkan kuasa itu akan mudah di baca dan menjadi
pertimbangan pihak yang di atas pagar untuk menentukan sikap mereka di dalam
peti undi nanti.
Sebenarnya rakyat benar-benar
mahu merasakan perubahan nyata dan mereka akan kecewa jika mereka masih
mengalami keadaan dan situasi yang sama setelah mereka mengalih dan menganjak
kuasa itu di dalam pilihanraya nanti. Sekali rakyat yang mengharap rasa
tertipu, ia akan mengambil masa yang panjang untuk memulihkan keyakinan mereka.
Jangan buangkan air dalam
tempayan semata-mata kerana terdengar bunyi guruh dilangit. Satu lagi
perbidalan yang sangat popular dalam politik negara ialah, ‘jangan membakar
jambatan sebelum menyeberang’
ReplyDeleteAA, you are just terrific writer with solid opinion over current political issues.
I am here in Johor facing the problems you just said it very well.
We will keep on reading your pieces from now on.
Cheers Mr AA.
Devan
Sejahtera Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pandangan tuan dan itulah perkara yang saya paling takuti. Bibit-bibit kepala besar telah ditonjolkan oleh beberapa orang pemimpin pertengahan PR yang sedikit sebanyak telah mengikis keyakinan rakyat terhadap kekukuhan perpaduan dan pemerintahan PR jika diberikan kuasa memerintah. Isu-isu yang tidak sepatutnya diutarakan buat masa ini telah dimainkan oleh pemimpin-pemimpin ini seolah-olah mereka telah memerintah dan ingin memaksa pihak lain menjilat menerima pandangan mereka. Semestinya situasi ini telah disambar dengan pantas oleh pihak sebelah sana untuk menegakkan hujah mereka bahawa PR sememang tidak akan dapat bertahan apabila memerintah... itulah 'kebodohan' yang berlaku dalam PR kerana memberikan peluru kepada pihak lawan menembak mereka secara depan..
Pak Aspan, I ve been following your articles since the topics Mahathir is a Happy Man, my 1st impression of you is you love UMNO Lama so much, but UMNO Baru had disappointed you and have kill the political landscape in Malaysia, plus of abusing of Power at the Top level especially BN, the chinese see it, but as by nature chinese are very selfish species till today, by logic, if Chinese can stay united,the chinese will take over. Yours and Salehudin blog are my favorite, realistic and solid opinion, I wish you will be chosen by DAP EC for future of malays in Malaysia
ReplyDeleteSalam saudara AA,
ReplyDeleteTerima kasih atas tulisan yg baik ini utk ingatan kedua-dua belah pihak. Gambaran golongan atas pagar ini saudara dpt gambarkan dengan tepat.
T.k.
Amatlah malang di kala negara sedang mengalami pelbagai masalah yang teruk hasil ciptaan kerajaan UMNO/BN selama lebih 50 tahun memerintah, masih ramai rakyat yang masih berbelah bagi untuk mengundi perubahan.
ReplyDeleteSetuju sangat dengan komen anon 12:35.
ReplyDeleteSemalam, kalau tak silap saya, TV 3/4 telah 'mainkan' komen sdr Ariffin Omar.
Kalau ada pemimpin PR yang komen tanpa berhati-hati, tahu sajalah apa akan media sebelah sana buat.
jost
best.. simple... rasional...
ReplyDeletebest.. simple... rasional...
ReplyDeleteSaudara Aspan,
ReplyDeleteYang pastinya kalau UMNO tidak berjaya menubohkan kerajaan kelak selepas PRU 13,DAP akan menerajuai kerajaan kerana bilangan kerusi yang dimiliki mengatasi PAS dan PKR ,jadi berdasarkan jumlah kerusi mejority sewajarnyalah DAP menerajuai kepimpinan negara.
Berdasarkan pemerhatian undi Melayu kelak akan terbahagi 3 kapada UMNO,PKR dan PAS dan lojiknya tiada satu parti pon yang akan mendapat kemenangan melebehi 50% kerusi yang ditandingi.Undi kaum China dijangkakan 90% akan pergi kapada DAP bagitu juga kaum yang lain-lain akan pergi kapada parti bukan UMNO dan kesimpulanya walaupon UMNO akan memenangi jumlah yang menesabah UMNO tidak akan dapat menubohkan kerajaan kerana tiada sokongan dari parti komponen seperti MCA,MIC,Gerakan dan PPP yang kalah teruk berdasarkan perubahan sokongan kaum.
Walaupon PAS dan PKR akan meningkat dari jumlah kerusi tetapi dijangkaan kedudokanya tidak dapat melebehi DAP bedasarkan sokongan kaum yang padu kapada DAP.
Sebarang gembar gembur mengatakan Anuar atau Hadi akan mengetuai kerajaan adalah bedasarkan andaian populer sahaja tampa mengambil kira suasana politik semasa yang tidak memungkinkan dan adalah tidak wajar berdasarkan amalan democracy parti yang mendapat jumlah kerusi yang rendah mengepalaai kepimpinan.
Sebarang kabinet bayangan dan omongan yang Anuar atau Hadi akan mengepalaai kerajaan yang akan dibentuk adalah meleset dan terlalu premature untok diambilkira bedasarkan perhitongan suasana politik semasa.
Juga bukan satu kesalahan atau melangar mana-mana article dalam pelembagan sekira pimpinan negara diterajuai olih dari kalangan bukan Melayu yang partinya mendapat kerusi majority .
Tuan Aspan,
ReplyDeletePandangan 'lufang' di atas adalah andaian yang mudah dan yang menjadi penyebab DAP dilihat sebagai chauvinis Cina, mungkin kerana sudah terlalu lama didodoikan secara berat sebelah oleh pihak yang sekian lama telah menyalahguna kuasa dengan mengecat dengan setebal-tebal cat bahawa DAP itu chauvinis Cina, kominis dan sebagainya yang buruk. Pemikiran itu masih melekat kuat dalam jiwa sebahagian besar rakyat Malaysia. Begitu jugalah bagaimana PAS dilihat serong oleh kebanyakan rakyat bukan Islam malah orang Melayu sendiri. Tetapi hari ini keadaan sudah berubah. Saya percaya kepimpinan tertinggi DAP tidak mempunyai pemikiran seperti kebanyakan pemimpin bawahannya. Saya percaya pemimpin DAP sedar dan menerima realiti suasana negara yang tidak sesuai untuk mereka menerajui kepemimpinan utama negara. Kerana itulah PR telah dapat bertahan begitu lama dan kini mempunyai harapan untuk menduduki Putrajaya. Kalau pemimpin DAP tidak sedar akan realiti ini, keadaannya akan jadi seperti BA (Barisan Alternatif) yang runtuh dipertengahan jalan.
The most important thing in the best interest of the ordinary people, get rid of all bad and/or corrupt political parties and leaders, including opposition parties.
ReplyDeleteUntil that happened, very little will change or the change will be too slow to prevent further permanent damage from decades of bad leadership and corruption.
Kakaa siapa percaya lufang adalah penyokong PR dia la org paling pandai kakakaa..lu fang asyik sengaja komen bahawa parti yg dia sukai dap akan menang..sebenarnya disebalik untuk kata pada org melayu bahawa cina akan berkuasa jgn undi dap..taktik ini tak boleh pakai la lu fang..kawan melayu cuba fikir..berapa ramai kaum melayu dimalaysia..kalau dap menang paling banyak pun ..ada ke dap akan bodoh sangat nak jadi PM cina?
ReplyDeleteYg kata cina akan kuasai politik tu memang tak tau tengok realiti bahawa jika melayu semua kencing cina mati tengelam
Lagi 1 chinese ppl say chinese in malay cina..jarang tengok org cina panggil sendiri china..ingat kita china mari ka? Kita made in malaysia
ReplyDelete