BN sedang menghadapi zaman
getirnya. Lagi hampir pilihanraya sampai, lagi banyak masalah yang timbul.
Dalam ingin memenangi pilihanraya UMNO mempunyai masalah berpuak-puak yang
berusaha untuk memenangi puak yang mereka sokong untuk ke hadapan. Dalam masa yang
sama Najib sedang menghadapi masalah peribadi yang besar hasil dari
pembongkaran oleh mereka yang rapat dengan beliau (Najib) dahulu tentang banyak
perkara. Isu Altantunya dengan akuan sumpah Bala Subramaniam dan
kenyataan-kenyataan Musa Hassan merupakan isu yang mencengkam pemikiran Najib
dan keluarga sekarang ini.
Masalah yang di hadapi Najib ini
tidak pula mendapat sokongan dari dalam UMNO sendiri kerana terlalu ramai dalam
UMNO sendiri mahukan Najib berundur selepas keputusan pilihanraya yang dijangka
buruk diumumkan. Ramai di dalam UMNO mahukan UMNO dan BN hanya memenangi jumlah
kerusi yang kurang dari apa yang di dapati dalam pilihanraya yang lalu. Jika
ini berlaku maka mudahlah bagi ‘Raja Muda’ UMNO mengambilalih jawatan yang di
sandang oleh Najib sekarang ini.
Najib nampaknya kesaorangan
kerana dalam UMNO sendiri terlalu ramai yang berkeyakinan UMNO akan tumpas dan
jika mendapat kemenangan pun UMNO akan hanya mendapat kemenangan tipis. Dalam
kedua-dua situasi ini Najib terpaksa berundur dan melepaskan semua jawatan
dalam parti dan kerajaan. Bagaimana situasi ini boleh berlaku, ia merupakan ulangan
sejarah dalam UMNO kerana perkara seperti ini sememang nya biasa berlaku dalam
parti itu.
Hanya kali ini perpecahan yang
berlaku akan menjahanamkan UMNO buat selama-lamanya kerana kekuatan Pakatan
Rakyat yang menonjol dan jelas mendapat dukungan rakyat berbilang kaum sekarang
ini. Najib sebagaimana yang saya sebutkan selalu, mempunyai musuh yang lebih
ramai di dalam UMNO itu sendiri daripada musuh di luar parti itu.. Najib sedang
berhadapan dengan musuh di hadapan beliau iaitu pihak pembangkang dan musuh
yang lebih merbahaya sekali, iaitu musuh beliau yang berada di dalam UMNO itu
sendiri.
Ramai di dalam UMNO itu sendiri
sudah merasakan yang UMNO itu sudah menjadi parti yang semakin hari semakin
kurang mendapat keyakinan dari
ahli-ahlinya sendiri. Elemen yang akan menjatuhkan UMNO itu bukannya disebabkan
kekuatan pembangkang semata-mata, tetapi yang akan menjadikan UMNO itu
kecundang ialah kerana kekurangan keyakinan di kalangan ahli-ahlinya sendiri.
Persoalan yang mesti kita
bertanya kenapa UMNO itu semakin hari semakin tidak di yakini oleh ahli-ahlinya
sendiri?
Salah satu dari sebabnya ialah
kerana pucuk pimpinannya yang mempunyai terlalu besar masalah yang terpaksa
memikul ‘baggage’ nya yang terlalu berat. Ahli-ahli UMNO yang pada asasnya
tidak mempunyai daya juang yang kuat akan mudah merasa rendah diri apabila
mereka melihat kemaraan Pakatan Rakyat yang semakain kuat dan di sebelah diri
masing-masing melihat masalah peribadi pucuk pimpinan mereka yang terlalu
besar.
Apa yang menjadi masalah lagi
ialah, tidak ramai pimpinan UMNO itu sendiri yang bingkas mempertahankan
Presidennya sendiri kerana di dalam hati mereka yakin yang isu-isu serta
tuduhan terhadap Presidennya itu ada
asasnya dan mereka merasakan mempertahankan Najib itu akan mencederakan
kredibiliti mereka sendiri. Malahan ramai di antara mereka tidak mahu di
‘associate’ kan
dengan Dato Najib dan lebih mempunyai kecenderungan untuk mengaku untuk
berpihak kepada Muhyiddin Yassin.
Di belakang tabir ramai di kalangan
ahli-ahli UMNO sendiri mahukan banyak kerusi di menangi oleh pembangkang kerana
mereka tidak mempunyai keyakinan yang Najib mampu memulihkan imej UMNO sebagai
parti yang mempunyai kredibiliti. Ramai juga di kalangan pemimpin UMNO yang
menangguk di air yang keroh untuk kepentingan peribadi mereka.
Menikam pimpinan dari belakang
ini merupakan kemahiran ramai pimpinan UMNO. Sekarang sejarah berulang sekali
lagi. Datuk Hussein Onn terpaksa mengumumkan tidak mempertahankan jawatan
sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung 1981 selepas beliau di tandingi
oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978 dahulu. Sulaiman Palestin telah
menandingi jawatan Presiden UMNO pada tahun 1978 di atas permainan “Raja Muda’
UMNO semasa itu untuk menekan Hussein berundur bagi ‘Raja Muda’ itu mengambil
alih jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Usaha ‘Raja Muda’ UMNO itu
berjaya dan kejayaannya membaling batu sembunyi tangan itu menempatkan beliau
menjadi Presiden UMNO secara percuma dalam tahun 1981 dan beliau telah mula
memecahkan UMNO dengan melagakan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam
pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan inilah cara pemimpin yang saya
selalu sebutkan namanya di dalam blog ini bermain politik. Secara sistematik
beliau telah menghapuskan semua pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai
‘consequence’ kepada negara dalam tempuh kurang dari sepuluh tahun. Tiada siapa
yang beliau was-was dan cemburui akan selamat di bawah pimpinan orang ini.
Dalam permainan politik intra
UMNO sekarang ini pun, beliau adalah pemain utamanya dan jika di ikutkan
kehendak hatinya beliau mahukan Najib berhenti dan memberikan kuasa kepada
Muhyiddin. Itulah sebabnya saya selalu berkata UMNO tidak perlu berdepan dengan
pembangkang untuk tumpas, tetapi UMNO wajar berperang sesama sendiri terlebih
dahulu sebelum berhadapan dengan pembangkang.
Dalam pada Najib terdesak dengan
permainan ini beliau terpaksa tunduk juga kepada pengaruh orang ini dan beliau
(Najib) telah mengikut telunjuk dan kerenah orang ini sehinggakan banyak
kesempatan di ambil oleh keluaraga orang ini untuk mendapatkan peluang
perniagaan secara monopolistik dalam negara ini.
Selagi orang ini masih bercakap
politik dan bercakap pasal UMNO selagi itulah politik negara kita akan
berkecamuk kerana keadaan berkecamuk inilah yang di kehendaki beliau kerana
situasi berpecah belah UMNO itu akan meletakkan beliau sebagai orang penting
kepada semua pihak.
Mungkin UMNO akan selamat apabila
beliau berhenti bercakap politik yang membingungkan ramai orang itu. Tetapi apa
pun samada beliau masih bercakap politik atau tidak UMNO sudah tidak bermaya
lagi untuk maju dan eloklah begitu. Biarkan pihak lain pula yang mentadbir
kita. Tidak ada salahnya jika kita lakukan secara serius untuk perubahan itu,
kerana demokrasi membenarkannya.
Terbaik...
ReplyDeleteSalam Pak,
ReplyDeleteTernyata kenyataan ini benar belaka. Saorang sahabat nun di Kg Kenanga Rawang sudah begitu kecewa dengan Najib. Satu kenyataan diluahkan beliau adalah sebegini, "ternyata Najib ini keseorangan untuk menawan semula Selangor"..apanya tidak jemputan rakyat yang ingin bersama Najib di kampung yang menjadi sejarah untuk "Raja Muda" itu ditolak minit akhir..bukan saja tidak hadir, malah wakilnya pun ngak ada..barangkali Najib udah tau dirinya sudah basi lalu kaku menjadi keju..waduh masam ngak enak skali baunya..mana dia yang mengangkat sumpah itu..mana dia laskar ala Churchill itu..capek aja
Saudara Aspan,
ReplyDeleteAssalammualaikum, BETUL tanggapan Saudara. Saya salah saorang ahli UMNO (ahli pasif) yang tidak lagi mempercayi Pemimpin-pemimpin UMNO.
Selain apa yang dijelaskan ramai ahli Umno tertanya2 sekarang baru mereka tahu dalam Umno ada juga kesukuan dan Kasta yang cukup kuat dimana habuan projek dan habuan lain adalah untuk orang tertentu dan yang sama cuma berselindung dibawah beberapa syarikat tetapi orangnya sama.Ahli bawahan dipergunakan sebagai tunggak sahaja selama2nya hanya dapat minum teh terik bersama ketua cawangan saja.Tembok bawahan ni dah pecah kerana skandal yang dilakukan olih pemimpin yang mereka sanjung sungguh memalukan ahli2 bawahan kerana tak dapat beri jawapan bila diasak olih ahli lain.Sebab inilah ahli2 bawahan dak tak yakin dengan pemimpin yang ada sekarang kerana sistem dan sikap yang ada akan berterusan sehingga akhir hayat UMNO
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteUmno dari dulu, kini dan selamanya menakutkan Melayu dengan kemiskinan.
Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan - Al-Baqarah 268
Pak Aspan,
ReplyDeleteMasih selamatkah UMNO?
Ke mana perginya keahlian yang begitu ramai? Di manakah hak dan suara mereka? Apa sudah jadi dengan anak-anak muda Melayu?
Melayu mempunyai ramai generasi muda. Tetapi ramai juga yang terhakis nilai budaya kemelayuannya!
Jika orang Melayu menerima statistik yang diberikan oleh kerajaan UMNO mengenai pencapaian bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru, bermakna UMNO telah gagal membela nasib orang Melayu!
Apa perlunya orang Melayu terus menyokong sebuah parti yang gagal membela nasib mereka?
Pak Aspan, UMNO gagal ialah kerana diskriminasi politik yang diamalkan oleh UMNO ke atas orang Melayu sendiri. Kekayaan pintas terutama anak pemimpin UMNO inilah yang menjadi tumpuan UMNO sedangkan majoriti bumiputera lain terkial-kial di takuk lama.
Selain daripada anak pemimpin UMNO, mereka yang dekat dengan pemimpin UMNO sahaja layak diberikan peluang ekonomi, lazimnya melalui jalan pintas yang sama mengakibatkan fenomena kronisme dan nepotisme.
Hakikatnya, entiti milik kerajaan diswastakan kepada individu terpilih dan selepas mereka 'menghisap' segala kekayaan melalui syarikat yang diserahkan kepada mereka, kerajaan diminta menyelamatkan syarikat-syarikat ini.
UMNO gagal melahirkan pemimpin yang berwibawa, yang ada intergriti dan
akauntabilti. UMNO hanya berjaya menghasilkan pemimpin yang kurop, pentingkan diri, kroni dan kenalan.
Asskum tuan,
ReplyDeletePemimpin-pemimpin macam najiblah yang berjaya dilahirkan oleh orang itu,setelah berkuasa selama 22 tahun
Sementara rakyat pula dibekukan otak mereka supaya tidak boleh berfikir dan menerima apa sahaja yang diucapkan pemimpin-pemimpin tersebut serta berita-berita yang telah diselewengkan oleh media kawalan mereka yang sangat-sangat tidak beretika.
Sir,
ReplyDeleteI was once a member of a group of government servants forced to attend a Biro Tatanegara (BTN, or National Civics Bureau) “nationhood” course.
This Orwellian department began life as a ‘Youth Research Unit’ in 1974, under the Youth Ministry. It was re-invented as the BTN in the Prime Minister’s Department, under Dr Mahathir Mohamad,Prime Minister at the time.
Prime Minister Najib Adul Razak’s overfed, flabby department bestowed the BTN with RM74 million of public money in 2009.
BTN has repaid taxpayers with racial slurs. Hamim Husin, a deputy director of the Federal Territory office of the BTN, called the Chinese ‘si sepet’ (slanted-eye) and the Indians ‘si botol’ (alcoholics) at an UMNO meeting in September 2010. Hamim managed to alienate more than 30 percent of the nation’s population in one breath.
Half a year earlier, in February 2010, Nasir Safar, a “special assistant” to Najib, was forced to resign after expressing his contempt for the non-Malay ‘pendatang’ or immigrants.
At a 1Malaysia event, Nasir called Malaysian Indians “beggars” and Malaysian Chinese “prostitutes”. His half-crazed speech was blamed on brainwashing by the BTN. BTN officers must have been drinking too much of their own distillate of ethnic hatred.
The BTN continues to emphasise the so-called “unchangeable” articles in the Federal Constitution that protect the “special position” of the Malays (Article 153), the Malay Rulers, Islam as the religion of the nation and Malay as the national language.
Copies of the constitution are handed out, and BTN participants are warned repeatedly never to question these supposedly sacrosanct articles.
We were reminded several times about the constitutional latitude afforded to the government of the day to impose CONSTRAINTS on individual liberties, such as freedom of speech and expression, in the name of “sedition” and “public order and morality”.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteSyabas! Benar! Malah, berdasarkan 8 ulasan yang sempat saya baca, kesemuanya jelas menyokong kenyataan ini. Justeru, marilah kita sekalian menguburkan hingga terkambusnya UMNO dan BN ini demi "survival" bersama di bawah berkat, rahmat dan ampunan-Nya, kerana sememangnya Maha-Fir'aun, bapa syaitan 1-Malaysia ini, merupakan penghulu kepada sekian banyak perpecahan khasnya di dalam UMNO itu sendiri. Biarlah mereka terkambus agar siapapun bakal pengganti kepimpinan UMNO itu nanti akan terpaksa bertanggungjawab secara "fardhu 'ain" memperbaiki segala kemusnahan tersebut, sekaligus mengembalikan hak kita sekalian, rakyat bawahan yang sering dipaksa tunduk kepada mereka bagaikan tunduk dan patuh kepada-Nya, sekaligus membolehkan mereka mencipta pelbagai slogan pemanis bibir yang insha Allah akan dipraktikkan pada pentadbiran berikutnya. Ayuh; apa mau tunggu lagi, kan?
Terima kasih dan salam jihad.
As Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteINTV with Anwar Ibrahim
Tuan Aspan,
ReplyDeleteTepat sekali tajuk posting tuan ini. Najib tahu bahawa hanya musuh dalam selimut sahaja yg dapat tewaskan beliau. Gerakan dan strategi musuh diluar mudah dan boleh beliau tangani. Ini jugalah yg telah dan akan terjadi anwar. Musuh dan kawan datangnya serentak dan ada dimana mana.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteRamai yang tak tahu peranan yang di mainkan'Raja Muda'semasa menjatuhkan Tun Husin dulu.Sekarang 'Raja Muda' dan tua tapi masih lagi tak sedar diri mungkin takut sekiranya Umno Bn jatuh dirinya akan jadi seperti Mubarak di mana diusung ke mahkamah oleh rakyat Mesir.Raja Muda masih tak puas hati parti yang ditubuhkannya tidak mengikut perancangannya,jadi hasilnya kita lihat sekarang,apa yang dibuat pada Tun Dolah dan Najib.Dia hendak calon yang nak jadi PM mestilah mengikut telunjuknya dan bukannya seperti sekarang mengikut 'big mama'.
Sumber dari dalam kerajaan, tetapi ramai juga yg tidak tahu...Khabarnya usul sedang/telah dibentangkan untuk memansuhkan skim pencen untuk kakitangan kerajaan...Mungkin salah satu langkah untuk berjimat. Mana taknye hutang kerajaan sudah cecah lebih RM500 billion...Ini akibatnya jika pemimpin yg salah dibiarkan mentadbir kerajaan...
ReplyDeleteBercakap musuh Najib yg sebenar bermula dari UMNO Bahagian Pekan.UMNO Pekan telah menyebabkan Najib hampir kehilangan kerusi Parlimen.Dia bernasib baik kerana peti undi berhantu telah menyelamatkan dia.
ReplyDeleteKali ni mungkin Najib akan kalah di Pekan.Pengundi Pekan telah kenal siapa Najib.Di peringkat Nasional terdapat ramai ahli UMNO dari 192 Bahagian tidak puas hati.
Ahli UMNO yg terdiri dari usahawan dan kontrektor di seluruh cawangan dan Bahagian UMNO saentero negara mengharapkan lubuk emas UMNO.
Mereka mempunyai harapan yg tinggi" rising revolution of expectation".Mereka sanggup berbuat apa saja pada mulanya utk KEHIDUPAN.Akhirnya ramai tersedar dari impian bila UMNO dipenuhi dg kroni.Kroni yg dapat apa saja projek duit Rakyat.Harapan mereka telah bertukar "Rising revolution of Frustration"!
Ahli-ahli UMNO ini telah menjadi "api dalam sekam".Mereka ini akan mengajar UMNO tersungkur di mana ramai pemimpin UMNO akan kalah dlm PRU 13.Bermula dari Presiden UMNO,Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden akan tercungap-cungap dan tersungkur.
Musuh Najib yg memeningkan kepala Najib adalah bermula dari rumah.Charity begins at home di mana Rosmah Mansor telah belanja sakan.Deepak juga telah membocorkan rahasia 26 billion,SD Bala dan Altantuya!
Najib menghadapi musuh dari dalam dan luar.Sebab itu akhir-akhir ni Najib asyik menggigit jari kuku sahaja.Najib telah begitu stress dan sebab itu Najib bila bercakap terlalu emosi!
SELAMAT TINGGAL NAJIB DARI LANSKAP POLITIK MALAYSIA MUNGKIN SELEPAS TAHUN BARU CHINA.
NAPOH
Salam Sdr Aspan,
ReplyDeleteSYABAS, Sdr telah menulis skrip/lapuran yang tepat mengenai parti: "Haramjadah" yang mempunyai timbalan dan naib presiden yg "berekor".
Ungkapan "Berekor" mengambarkan "sikepala" sedar adanya kuasa tentangan dari umno sendiri yg dicatur oleh mantan yang masih hidup dan mereka ini sedang tinggi dari kepala.
Kalau Mr. Presiden berani, beliau boleh menentang secara;
Terangan atau;
Menggunakan barua sepertimana yang berlaku dahulu dan sekarang.
Kalau Mr. Presiden lagi "daring"(ada berani ka?) Mr. Presiden boleh mengusahakan Satu parti umno baru-baru (baru 2?), itupun kalau ada pengikut.
Satu lagi Mr.Presiden boleh besara awal atas sebab kesihatan, atau ahli2 umno baru mesarakan Mr Presiden atas alasan tiada upaya dan atas kepentingan parti.
Sekarang masalah ini sudah terang lagi bersuluh................
Semua masuk umno nak kaya betul tak? Asasnya mcm tu so mana tak tikam sama sendiri. Bukan benci tenguk sama2 melayu kaya tapi sampai tamak haloba. Sampai masa berundur dan cermin diri sendiri. Kalau selama ni perjuangan tu betul tak kan orang benci. Harap2 Pak Aspan tidak berperangai mcm ni bila dah berjaya . nnt makan diri sendir pulak.
ReplyDeleteAs Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteINTV with Anwar Ibrahim PT 1
INTV with Anwar Ibrahim PT 2
INTV with Anwar Ibrahim PT 3
BN don't trust their own members and ordinary people.....ever wonder why constitutional minority Malays are given top and influential positions, including PM in government and the influx of illegal immigrants with IC.
ReplyDeleteAs long as you are totally loyal to them to keep them in power, you are accepted as family members.
Mahadey sememangnya pengkhianat pada bangsa melayu...Apa yg bagusnya mahadey selain bijak menipu..sebenarnya mahadey banyak menumpang pada dr siti hasmah dan adik beradik siti hasmah..
ReplyDeleteSiapa yg tau adik beradik beradik mahadey??? sekiranya mahadey bagus..ada kah terdapat adik beradik beliau yg membantu beliau..skrg kita sedar..mungkin yahudi di belakang mahadey..sehingga mahadey menjadi pm...
ahli umno sememangnya banggang jika masih percaya pada mahadey..kerana umno sekarang bukan umno yg sama umno yg ditubuh pada 1946..umno baru umno untuk mahadey...untuk zionist...kaum pendatang mesti menjadi pemerintah..mahadey merealsasikan agenda zionist...
Musuh umno memang dari dalam.. siapa tak nak jadi pemimpin... boleh kumpul kekayaan.. semua berebut jawatan dalam umno.. kenapa.. Kerana 3D. Duit.Datuk.Dunia. tak kira macam mana janji menang.. Kami rakyat telah sedar.. tunggu pru13.. Kami akan ajar UBN. Dah puas tengok perangai pemimpin UMNO.. Memang busuk dari kecik kenal.. INSAFLAH.... kwn.. Jom Ubah Sekarang. Hidup Pakatan.
ReplyDeleteI'm really enjoying the theme/design of your weblog. Do you ever run into any web browser compatibility issues? A few of my blog visitors have complained about my website not working correctly in Explorer but looks great in Firefox. Do you have any ideas to help fix this problem?
ReplyDeleteFeel free to visit my blog - schermclubgymnasia.com
Aw, this was an incredibly nice post. Spending some time and actual effort
ReplyDeleteto make a very good article… but what can I say… I put things off a lot and never manage to
get anything done.
my web blog; http://www.ferienwohnungen-pulheim.de
Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though
ReplyDeleteyou relied on the video to make your point. You clearly know
what youre talking about, why waste your intelligence on just posting videos
to your site when you could be giving us something informative to read?
My page http://sehenwaspassiert.de
Great post. I was checking continuously this blog and I'm impressed! Very helpful information particularly the last part :) I care for such info a lot. I was looking for this certain info for a long time. Thank you and best of luck.
ReplyDeleteHere is my page; stretch mark removal and home remedy
Hi, I do think your website might be having web browser compatibility issues.
ReplyDeleteWhenever I take a look at your site in Safari, it looks fine however, if opening in IE,
it has some overlapping issues. I merely wanted to give
you a quick heads up! Besides that, fantastic site!
Feel free to visit my web page: ranger forum
What's up mates, how is all, and what you desire to say on the topic of this article, in my view its in fact amazing in support of me.
ReplyDeleteVisit my blog ... stretch mark lotion
You can certainly see your skills in the work you write.
ReplyDeleteThe sector hopes for more passionate writers like you who aren't afraid to mention how they believe. All the time follow your heart.
Also visit my site :: http://perpuspedia.pnri.go.id/
I love what you guys are usually up too.
ReplyDeleteThis kind of clever work and reporting! Keep up the fantastic works guys I've incorporated you guys to my own blogroll.
My web blog - stretch mark lotion