11 December 2012

Negara perlukan politik baru yang menjaga kepentingan semua

Politik sekarang amat membingungkan kita. Ini disebabkan situasinya sekarang merupakan situasi yang tidak pernah kita lalui sebelum ini. Oleh kerana keadaan politik kali ini terlalu jauh perbezaan maka sudah tentu ia memerlukan cara dan kaedah penyelesaian yang agak ‘unorthodox’: maksud saya ia tidak boleh di selesaikan dengan siapa kalah siapa menang semata-mata. Apa yang penting sekarang ini seperti yang pernah saya sebutkan, penyelesaiannya ialah dengan mewujudkan situasi yang baru dan mewujudkan politik yang baru.

Politik ‘yang menang ambil semua dan yang kalah hilang semua’ seperti yang kita amalkan selama ini sudah agak ketinggalan kerana ia tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat dan negara. Pihak yang untung hanyalah pemimpin-pemimpin yang berjaya membaiki kedudukan  sosial mereka sahaja. Formula yang baru terpaksa kita wujudkan kerana kita tidak lagi menerima kegagalan untuk pencapaian matlamat yang ‘ultimate’ bagi  negara, iaitu perpaduan rakyat semua kaum.

Perpaduan semua kaum ini tidak boleh kekal jika politik itu tidak berada di premis yang adil dan saksama. Pendapat saya yang amat penting sekarang ialah seorang pemimpin yang berstatus Law Maker (bukan dikalangan pemimpin dalam kerajaan sekarang) yang di hormati oleh semua pihak dan diyakini tentang kejujuran dan bersifat ‘magnanimous’ tampil kehadapan untuk memulakan politik dan kepimpinan yang baru. Pemimpin itu mestilah berupaya untuk membawa semua ke meja perundingan terutamanya pimpinan yang mewakili kaum yang terbesar di negara ini.

Keadaan ini pernah berlaku di negara ini semasa negara menghadapi krisis di antara kaum selepas trajedi 13 mei dahulu di mana Tun Razak sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negara (MAGERAN) telah berunding dengan semua pihak untuk mencari formula untuk mendapatkan penyelesaian kepada kemelut ketegangan di antara kaum semasa itu. Hasilnya wujud lah BN dengan beberapa dasar penting yang digubal untuk mencapai matlamat perpaduan kaum di negara ini.

Jika rundingan itu di adakan sekarang perbezaannya hanya satu sahaja. Kalau dahulu usaha penyatuan itu berlaku selepas kejadian berdarah, yang sekarang ia di lakukan sebelum keadaan bertambah parah yang mungkin mewujudkan kecenderungan untuk insiden itu berlaku. Sekarang ini kita nampak jelas ‘pattern’ sokongan rakyat terhadap parti-parti yang sedang bergiat di negara ini.

Jika kita pandang dari sudut sokongan berdasarkan kepada kaum, kita nampak jelas kaum Cina sedang berada di belakang DAP misalnya. Orang Melayu sekarang sedang berada di belakang PAS dan tidak kurang ramainya dibelakang PKR. UMNO pula masih berkeyakinan yang mereka juga masih mempunyai saki baki sokongan dari orang Melayu Islam.

Oleh kerana ini keadaannya sekarang amat perlu bagi kita untuk memanggil ketua-ketua parti yang saya sebutkan tadi untuk mewakili kaum-kaum tersebut untuk duduk semeja dalam rundingan yang serius untuk membentuk negara yang baru yang lebih progressif dan memandang kehadapan dengan penuh optimis.

Situasinya sekarang amat bersesuaian bagi DAP, PAS dan UMNO dengan pimpinan yang baru untuk duduk bersama-sama berserta dengan PKR yang juga merupakan sebuah parti yang mempunyai ‘consequence’ yang tidak kurang besarnya didalam politik dan siasah negara sekarang ini.

Dalam keadaan sekarang Pakatan Rakyat agak mendahului dari sokongan rakyat yang ramai. Kekuatan ini di dasarkan oleh keinginan rakyat melakukan perubahan kerana mereka (rakyat) sudah terlalu tidak berkeyakinan dengan segala apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN dalam kerajaan sekarang.

Rakyat sudah terlalu sensitif dengan kegiatan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang tidak ada batasnya pada hari ini. Malahan keinginan rakyat untuk melakukan perubahan pada hari ini telah menjadikan pemimpin-pemimpin dalam UMNO terutamanya menjadi begitu kecut perut untuk menghadapi kekalahan di dalam pilihanraya kali ini. Ramai berpendapat tidak ada sebab pimpinan hari ini takut jika kalah dalam pilihanraya kali ini kerana itu adalah kehendak demokrasi yang sebenarnya.

Mana-mana pihak yang berkuasa mesti mempunyai pemikiran dari awal-awal waktu mendapatkan mandat itu bahawa kuasa itu adalah pinjaman dari rakyat dengan izin Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya. Banyak parti-parti kerajaan dalam dunia ini mengalamai kekalahan kerana penolakan rakyat mereka. Sekarang mungkin sudah sampai masanya giliran UMNO dan BN pula untuk menghadapi kekalahan itu, yang bukannya kejadian yang tidak biasa yang kita lihat dan tontoni sejak dari dulu lagi.

Kelompok ramai ini mempunyai pendapat yang ketakutan yang sepatutnya tidak bersebab ini wujud kerana keresahan dari ‘consequence’ kekalahan itu sendiri, iaitu terbongkarnya banyak perkara sumbang dan jenayah yang telah dilakukan oleh UMNO selama ini, dan itu memang perkara yang biasa berlaku oleh kerana berkuasa terlalu lama. Bukan sedikit di dunia hari ini bekas Presiden dan Perdana Menteri masuk penjara apabila kehilangan kuasa semata-mata kerana banyak kesalahan yang mudah di kenalpasti oleh pimpinan sebelumnya.

Bagi negara kita perkara itu juga tidak mustahil kerana itu pun isu terbesar yang dihadapi oleh pimpinan kita. Adalah mudah bagi pihak yang mengambilalih itu mengenali segala kesalahan yang dilakukan oleh barisan pimpinan UMNO dan BN itu.

Untuk penyelesaian tentang isu ini dendam-mendendam wajar di ketepikan jika kita mahu melihat kerajaan yang bersih dan telus di alami oleh rakyat setidak-tidaknya selama 50 atau enam puluh tahun yang akan datang. Pimpinan yang ada pada hari ini perlu berani menghadapi keadaan ini dengan meletakkan jawatan en bloc dan memberikan usaha melakukan rundingan yang sangat penting ini kepada seorang Law Maker Melayu yang secara relatifnya di hormati oleh Ahli Ahli Dewan Rakyat sekarang ini.

Kalau kita selidik, bukan tidak ada pemimpin yang berkualiti seperti ini di dalam Dewan Rakyat sekarang ini bagi menggalas tanggungjawab itu. Seseorang yang dipertanggungjawabkan itu mestilah tidak ada sifat dendam-mendendam terhadap barisan pimpinan yang di cadangkan untuk berhenti itu dan yang telah mengaku di atas kesilapan yang lalu.

Itu sebabnya saya amat tertarik dengan ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah di ucaptama beliau di satu Majlis anjuran kelab rotary baru-baru ini supaya di adakan ‘Truth and Reconciliation Commision’ dan suruhanjaya ini di wujudkan untuk mengenalpasti semua kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan sekarang ini tetapi tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan itu, tetapi merundingkan segala penyelesaian terhadap semua kesalahan tersebut.

Misalnya jika ada rasuah wang di ambil secara besar-besaran oleh mereka yang terlibat mereka wajar mengembalikan semuanya kepada rakyat dalam jangkamasa tertentu, misalnya selama 6 bulan atau setahun untuk melakukannya. Segala-galanya diurus dan di tadbir oleh suruhanjaya ini. Jika mereka yang terlibat tidak mahu serta enggan untuk melakukannya dalam tempoh yang telah di tetapkan itu, barulah penguatkuasaan undang-undang itu dilaksanakan secara telus dan terbuka di lakukan oleh suruhanjaya ini.

Dengan memberikan tugas kepada seseorang yang berwibawa yang tinggi, maka semua pihak tidak akan menjadi mangsa dendam kecuali mereka ini degil dan tidak sedar-sedar dengan kesalahan yang mereka lakukan itu.

Selain dari itu jika sistem berbagai dan berbilang parti ini sudah tidak boleh bertahan lagi mungkin sistem satu parti perlu di wujudkan dalam negara ini dan dalam sesuatu sistem satu parti wujud negara mesti berwajib untuk mendapatkan dan mencari kepimpinan yang kuat dan ‘magnanimous’ terus-terusan untuk mengambil alih warisan kepimpinan setidak-tidaknya selama 50 atau enam puluh tahun yang akan datang atau lebih lama dari itu.

Masanya sudah sampai untuk semua pihak untuk melakukan usaha penyatuan rakyat yang sudah terlalu berpecah belah oleh kerana politik perkauman yang kini sangat menebal di dalam negara kita ini. Kita sudah nampak ‘pattern’ sokongan politik berdasarkan kepada perkauman.

Seperti yang saya sebutkan di atas wakil-wakil dari berbilang kaum ini sudah dikenalpasti. Kita nampak rakan kita kaum Cina memang tidak syak lagi boleh mewakilkan pimpinan DAP untuk melakukan transformasi politik yang besar-besaran ini. Kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini ada PAS dan pemimpin gantian di dalam UMNO (lain dari pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini) dan India boleh di wakilkan oleh parti yang mewakili kaum itu.

Mulakan politik dan sistem kenegaraan yang baru. Apa yang penting kita mesti mencapai perpaduan kaum yang sejati dalam negara ini dan tanpa penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan seperti kegiatan rasuah dan menjahanamkan harta rakyat yang ada di dalam perbendaharaan rakyat itu.

Perkara ini bukan satu usaha yang mudah tetapi ia tetap akan mampu dilakukan dengan baik dan jayanya asalkan sahaja semua pihak jujur dan ikhlas untuk melihat negara kita yang kaya raya dengan anugerah Tuhan ini kekal sebagai negara yang mempunyai daulat dan ‘integrity’ yang tinggi sampai bila-bila.. Apa yang penting ialah kemahuan yang kuat serta sikap berkorban yang tinggi serta tidak ada sifat dendam mendendam lagi.

Jika usaha seperti ini tidak mahu di lakukan maka di dalam pilihanraya yang akan datang ini, peralihan kuasa akan dilakukan dengan sistem perundangan akan terlaksana terhadap mereka yang telah melakukan kesalahan besar terhadap negara ini.

Bagi rakyat mereka mahu melihat perubahan. Jika perubahan boleh dilakukan dengan rundingan semua pihak tidak ada siapa dikalangan rakyat tidak mahu menerimanya. Kita utamakan keharmonian sistem politik negara, dan dalam melaksanakannya banyak pihak wajar berkorban semata-mata untuk negara.

Laksanakan sumpah dan janji untuk berjuang bagi kepentingan negara dan bukan untuk yang lain. Apa yang terpenting sekarang ini rakyat sudah jemu dengan politik retorik dan tipu helah dan membudayakan politik menghina dan memperlekehkan pihak yang ingin menuju kemajuan.

Berfikir dan bertindak lah dalam ketenangan kerana segala masalah akan terlerai hanya dalam keadaan pemikiran kita yang tenteram dan aman. Let’s go back to basic.

13 comments:

Asrul Sani said...

Saya sangat setuju dengan pandangan Pak Aspan dalam mencari pendekatan yang paling sesuai untuk menukar sistem pemerintahan yang ada sekarang supaya tidak wujud lagi suasana di mana "the winners take all and the losers left with nothing" selepas PRU13 nanti.

Begitu juga dengan mencari kaedah yang sesuai bagi mencari penyelesaian ke atas segala bentuk penyelewengan yang telah dilakukan selama ini. Matlamatnya bukanlah semata-mata mahu menggantung mereka yang terlibat, tetapi memberi keadilan kepada rakyat serta mencari penyelesaian. Ini tidak bermakna mereka yang terlibat merompak harta rakyat dibiarkan bebas. Harta yang diperolehi secara tidak sah harus dipulangkan kepada negara dan jika perlu di sebat sipelakunya, ia wajar diteruskan. Soal siapa yang akan dilantik sebagai tukang sebat tidak timbul kerana saya di sini ingin menawarkan diri sebagai sukarela tanpa gaji sebagai tukang sebat. Saya sudah pun mula manjalani latihan sejak setahun lalu dengan senaman menguatkan lengan serta berlatih dan menghayun sebatan sehingga hancur punching bag di dalam bilik gym saya.

Bagi yang dah tua dah dekat nak mapos serta pernah menjalani pembedahan pintasan jantung tidak perlulah disebat, cukuplah dipenjarakan dan diberikan kitab taubat bagi menghabiskan sisa-sisa hidup.

Kepada yang mempunyai koleksi beg-beg tangan serta kasut-kasut eloklah dipenjarakan bersama-sama timbunan koleksi ini bagi menimbulkan rasa keinsafan.

Anonymous said...

salam waghih,

apo kato kito tubuhkan parti baru... abih ceghito!

hehe...

KEYANG DOT said...

Sdra Aspan berfikiran terlalu "IDEAL" mungkin terpengaruh dg KULI.Kita pun tahu sdra dulu dulu adalah penyokong kental KULI.Approach sdra pernah dipraktikkan oleh BN dalam th 70an.Akhirnya PAS kena main dg UMNO.Once beaten twice shy! PAS mungkin tidak tertarik dg idea Aspan!

Sistem sekarang yg dijalankan oleh UMNO adalah ikutan dari acuan Madeiyy Kutty.Madeiyy mentadbirkan negara mcm Dinasti MOGHUL di India.Winner takes all.Loser loose all!Mesti diingat Madeiyy takut sekiranya UBN/ABCD/UMNO/BN kalah, dia akan dibicarakan! Madeiyy memang handal menangguh ikan di air keruh

Tak payahlah Aspan nak jadi pemikir politik tentang keadaan ketika ini.PRU 13 akan diadakan tidak berapa lama lagi! Biarlah Rakyat menentukan segalanya.Sdra sudah kontradik dg artikel sdra sblom ini!Tahniah setidaknya DAP ada sdra Aspan.Tidaklah semua cina dibelakang DAP.Melalui DAP sdra dapat bertanding di kawasan ramai Cina di Negeri 9.Jika dalam UMNO sdra tidak diberi peluang langsung!

Gelombang Pertukaran Tsunami Politik Malaysia adalah sangat kuat kali ini.Rakyat tidak akan berkompromi dg fikiran sdra ini!


Keyang Dot

tebing tinggi said...


"rakyat sudah jemu dengan politik retorik dan tipu helah dan membudayakan politik menghina dan memperlekehkan pihak yang ingin menuju kemajuan"

Saudara Aspan,

Aden raso kut lain bonar bunyinyo tu ,tapi Aden raso molek bonar lah kalau begitu.

Anonymous said...

"Negara perlukan politik baru yang menjaga kepentingan semua-Aspan Alias....itu pasal ako pilih PR yang berjiwa Rakyat...kito kuburkan politik perkauman seperti yang diamalkan oleh parti beend sekarang..politik ala beend ni nyata sekali menentang arus perubahan senario politik tempatan selepas 308 yang dikehendaki oleh sebahagian besar Rakyat ...

Anonymous said...

Boleh ke PR kembalikan berpolitik spt zaman Tun razak dulu? Lifestyle wakil rakyat mcm kita2 je. Tak de rumah mcm istana & kereta datsun je. Berkhidmat utk rakyat tiada unsur2 nak buat untung. Ada kat kampung sepanjang masa sbb tidak sibuk dgn urusan biznes sendiri. mlm buta pon rakyat masih boleh jumpa nak mintak tolong bini nak beranak.

Anonymous said...

Anda hanya menyentuh sudut pandang arus politik negara ini dengan penuh yakin sekali bahawasanya hanya wujud sistem dualisme dalam arus politik dinegara ini(iaitu PR vs BN).

Padahal majoriti terbesar rakyat negara ini (The Silent) negara ini berfikiran Neutral,Non Partisan,Atas pagar,Lalang or sebagainya(We dont care type) tak ambil kisah sangat peperangan carca marba dunia politik Malaysia yang macam sarkas.

Honestly..Saya adalah berpendirian Non-partisan(Please jangan samakan saya dengan golongan lalang dan atas pagar,ada perbezaan setiap istilah tu).

Dan saya secara jujur mengatakan setiap parti tradisional seperti Pas,Umno,DAP dan lain2nya sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa dan harus dibubarkan kerana semakin mengarut setiap hari.

insafdoh67 said...

Molek pakat tukar acuan baru. Politik berubah ikut masa. Yang jgn di tukar Aqidah... Baru selamat. Hidup Rakyat. Kuat Rakyat. Kuat Islam. Hidup AA.. Teruskan Penulisan.. Berani kerana Benar...

bewox air said...

en aspan.. jom sesama kita buat pencerahan kpd semua org.. berkenaan ngan tuduhan liwat yg madet kenakan ke atas nuar..

blog -johor born-
tajuk -APA SEBAB SEBENAR ANWAR DIPECAT-

sama2 kita wat pencerahan.. sbb ramai sgt yg tak tahu apa2 dpt dosa free je..

p/s: bukan blog saya.. cuma nak kongsikan ajee..

sutan.nahu said...

Tak berapa setuju dgn coretan pak aspan.
Yang rasuah, salahgunakuasa, curi2 dan tipu harus terima pembalasan....berani buat berani tanggung...
Dunia sementara, akhirat selama2nya.
Hukuman didunia sementara....tapi...hukuman di akhirat selama2nya.....
Agama2 saling mengajar peradaban2 yg baik2 utk diikuti.
Hanya mereka yg mmg jahat2 saja yg engkar kepada peradaban2 agama. Dan mereka ini memang dikeji dan harus dihukum saja. Kita bukanlah suka sangat utk menghukum, dan tak pulak kita nak jadi tuhan di mukabumi, tetapi, dunia ini perlukan keadilan, dan cara mengurussetia dunia yg paling bagus adalah TEGAKKAN KEADILAN, YANG BERSALAH HARUS DIHUKUM, YANG BENAR HARUS DIPERTAHANKAN.

wallahuallam.....terima kasih.....

Yusof Bin Wahab said...

As Salam,

Akuan Bersumpah Dato' Lajim Ukin

Anonymous said...

tuan,

Saya tak fahamlah manusia jenis apa yang ada sekarang. Kan najib dah terang-terang menunjukkan BN bersalah.Kalau tak najib tak akan minta maaf.Tapi yang peliknya pihak yang membuat salah pula yang menuduh orang lain jahat, pengkhianat, penderhaka dan sebagainya. Pelik...pelik...pelik

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, terima kasih di atas artikel terbaru ini. Pada hemat saya, sememangnya idea memaafkan ini memang baik. Namun begitu, saya turut bersetuju dengan pandangan sesetengah rakan kita yang mengusulkan agar yang bersalah tetap dihukum setimpal dengan kesalahannya. Ini sebagai memberi iktibar dan pengajaran kepada semua agar patuh kepada garis panduan undang-undang dan moral, apatah lagi, hukum-hakam-Nya. Soal bagaimana pelaksanaan sistem keadilan itu nanti, elok kita serahkan sahaja kepada mereka yang layak, di samping, kiranya PR yang terpilih nanti, jadikanlah segala peristiwa hitam yang telah dan sedang berlaku ini sebagai iktibar berharga agar tidak diulangi lagi, sekaligus membuktikan kepada dunia, bahawa, kita juga mampu berubah ke arah yang lebih baik serta bertaubat kepada-Nya atas pelbagai keterlanjuran selama ini. Manakala yang kalah pula, khasnya jika ditaqdirkan kekalahan itu menimpa UBN, terimalah dengan semangat kesukanan, kerana sememangnya mana-mana pertandingan, pasti ada kalah dan menang, kan? Bayangkan sahaja, tentera Muslimin pimpinan Baginda Rasulullah SAW sendiri pernah ditimpa kekalahan pda Perang Uhud (sebagai contoh), inikan pula mereka yang telah bertakhta lebih setengah abad ni? Juga, jika benar pada PAU kelmarin, kepipinan dan perwakilan mereka khasnya DS Najib begitu menyanjung Amerika, mengapa pula dalam masa yang sama berpaling 360 darjah bila keterlanjuran, penyelewengan dan jenayah mereka cuba diperbetul lagi dibersihkan? Justeru, ayuhlah kita bersama menjadi pengguna yang bijak akan hak-hak kepenggunaan agar tidak lagi diperdaya para penjual yang hanya tumpang syaitan dan iblis untuk hidup, walhal hakikatnya mereka telah lama terkambus ...

Terima kasih dan salam jihad.