Politik sekarang amat
membingungkan kita. Ini disebabkan situasinya sekarang merupakan situasi yang
tidak pernah kita lalui sebelum ini. Oleh kerana keadaan politik kali ini
terlalu jauh perbezaan maka sudah tentu ia memerlukan cara dan kaedah
penyelesaian yang agak ‘unorthodox’: maksud saya ia tidak boleh di selesaikan
dengan siapa kalah siapa menang semata-mata. Apa yang penting sekarang ini
seperti yang pernah saya sebutkan, penyelesaiannya ialah dengan mewujudkan
situasi yang baru dan mewujudkan politik yang baru.
Politik ‘yang menang ambil semua
dan yang kalah hilang semua’ seperti yang kita amalkan selama ini sudah agak
ketinggalan kerana ia tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat dan
negara. Pihak yang untung hanyalah pemimpin-pemimpin yang berjaya membaiki
kedudukan sosial mereka sahaja. Formula
yang baru terpaksa kita wujudkan kerana kita tidak lagi menerima kegagalan
untuk pencapaian matlamat yang ‘ultimate’ bagi
negara, iaitu perpaduan rakyat semua kaum.
Perpaduan semua kaum ini tidak
boleh kekal jika politik itu tidak berada di premis yang adil dan saksama. Pendapat
saya yang amat penting sekarang ialah seorang pemimpin yang berstatus Law Maker
(bukan dikalangan pemimpin dalam kerajaan sekarang) yang di hormati oleh semua
pihak dan diyakini tentang kejujuran dan bersifat ‘magnanimous’ tampil
kehadapan untuk memulakan politik dan kepimpinan yang baru. Pemimpin itu
mestilah berupaya untuk membawa semua ke meja perundingan terutamanya pimpinan
yang mewakili kaum yang terbesar di negara ini.
Keadaan ini pernah berlaku di
negara ini semasa negara menghadapi krisis di antara kaum selepas trajedi 13
mei dahulu di mana Tun Razak sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negara (MAGERAN)
telah berunding dengan semua pihak untuk mencari formula untuk mendapatkan
penyelesaian kepada kemelut ketegangan di antara kaum semasa itu. Hasilnya
wujud lah BN dengan beberapa dasar penting yang digubal untuk mencapai matlamat
perpaduan kaum di negara ini.
Jika rundingan itu di adakan
sekarang perbezaannya hanya satu sahaja. Kalau dahulu usaha penyatuan itu
berlaku selepas kejadian berdarah, yang sekarang ia di lakukan sebelum keadaan
bertambah parah yang mungkin mewujudkan kecenderungan untuk insiden itu
berlaku. Sekarang ini kita nampak jelas ‘pattern’ sokongan rakyat terhadap
parti-parti yang sedang bergiat di negara ini.
Jika kita pandang dari sudut
sokongan berdasarkan kepada kaum, kita nampak jelas kaum Cina sedang berada di
belakang DAP misalnya. Orang Melayu sekarang sedang berada di belakang PAS dan tidak kurang ramainya dibelakang PKR. UMNO pula masih berkeyakinan yang mereka juga masih
mempunyai saki baki sokongan dari orang Melayu Islam.
Oleh kerana ini keadaannya
sekarang amat perlu bagi kita untuk memanggil ketua-ketua parti yang saya
sebutkan tadi untuk mewakili kaum-kaum tersebut untuk duduk semeja dalam
rundingan yang serius untuk membentuk negara yang baru yang lebih progressif
dan memandang kehadapan dengan penuh optimis.
Situasinya sekarang amat
bersesuaian bagi DAP, PAS dan UMNO dengan pimpinan yang baru untuk duduk
bersama-sama berserta dengan PKR yang juga merupakan sebuah parti yang
mempunyai ‘consequence’ yang tidak kurang besarnya didalam politik dan siasah
negara sekarang ini.
Dalam keadaan sekarang Pakatan
Rakyat agak mendahului dari sokongan rakyat yang ramai. Kekuatan ini di
dasarkan oleh keinginan rakyat melakukan perubahan kerana mereka (rakyat) sudah
terlalu tidak berkeyakinan dengan segala apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO
dan BN dalam kerajaan sekarang.
Rakyat sudah terlalu sensitif
dengan kegiatan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang tidak ada batasnya pada
hari ini. Malahan keinginan rakyat untuk melakukan perubahan pada hari ini
telah menjadikan pemimpin-pemimpin dalam UMNO terutamanya menjadi begitu kecut
perut untuk menghadapi kekalahan di dalam pilihanraya kali ini. Ramai
berpendapat tidak ada sebab pimpinan hari ini takut jika kalah dalam
pilihanraya kali ini kerana itu adalah kehendak demokrasi yang sebenarnya.
Mana-mana pihak yang berkuasa
mesti mempunyai pemikiran dari awal-awal waktu mendapatkan mandat itu bahawa
kuasa itu adalah pinjaman dari rakyat dengan izin Tuhan yang Maha Berkuasa ke
atas segala-galanya. Banyak parti-parti kerajaan dalam dunia ini mengalamai
kekalahan kerana penolakan rakyat mereka. Sekarang mungkin sudah sampai masanya
giliran UMNO dan BN pula untuk menghadapi kekalahan itu, yang bukannya kejadian
yang tidak biasa yang kita lihat dan tontoni sejak dari dulu lagi.
Kelompok ramai ini mempunyai
pendapat yang ketakutan yang sepatutnya tidak bersebab ini wujud kerana
keresahan dari ‘consequence’ kekalahan itu sendiri, iaitu terbongkarnya banyak
perkara sumbang dan jenayah yang telah dilakukan oleh UMNO selama ini, dan itu
memang perkara yang biasa berlaku oleh kerana berkuasa terlalu lama. Bukan
sedikit di dunia hari ini bekas Presiden dan Perdana Menteri masuk penjara
apabila kehilangan kuasa semata-mata kerana banyak kesalahan yang mudah di
kenalpasti oleh pimpinan sebelumnya.
Bagi negara kita perkara itu juga
tidak mustahil kerana itu pun isu terbesar yang dihadapi oleh pimpinan kita.
Adalah mudah bagi pihak yang mengambilalih itu mengenali segala kesalahan yang
dilakukan oleh barisan pimpinan UMNO dan BN itu.
Untuk penyelesaian tentang isu
ini dendam-mendendam wajar di ketepikan jika kita mahu melihat kerajaan yang
bersih dan telus di alami oleh rakyat setidak-tidaknya selama 50 atau enam
puluh tahun yang akan datang. Pimpinan yang ada pada hari ini perlu berani
menghadapi keadaan ini dengan meletakkan jawatan en bloc dan memberikan usaha
melakukan rundingan yang sangat penting ini kepada seorang Law Maker Melayu yang
secara relatifnya di hormati oleh Ahli Ahli Dewan Rakyat sekarang ini.
Kalau kita selidik, bukan tidak
ada pemimpin yang berkualiti seperti ini di dalam Dewan Rakyat sekarang ini
bagi menggalas tanggungjawab itu. Seseorang yang dipertanggungjawabkan itu
mestilah tidak ada sifat dendam-mendendam terhadap barisan pimpinan yang di
cadangkan untuk berhenti itu dan yang telah mengaku di atas kesilapan yang
lalu.
Itu sebabnya saya amat tertarik
dengan ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah di ucaptama beliau di satu Majlis
anjuran kelab rotary baru-baru ini supaya di adakan ‘Truth and Reconciliation
Commision’ dan suruhanjaya ini di wujudkan untuk mengenalpasti semua kesalahan
dan jenayah yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan sekarang ini tetapi tidak
mengambil tindakan terhadap kesalahan itu, tetapi merundingkan segala
penyelesaian terhadap semua kesalahan tersebut.
Misalnya jika ada rasuah wang di
ambil secara besar-besaran oleh mereka yang terlibat mereka wajar mengembalikan
semuanya kepada rakyat dalam jangkamasa tertentu, misalnya selama 6 bulan atau
setahun untuk melakukannya. Segala-galanya diurus dan di tadbir oleh
suruhanjaya ini. Jika mereka yang terlibat tidak mahu serta enggan untuk
melakukannya dalam tempoh yang telah di tetapkan itu, barulah penguatkuasaan
undang-undang itu dilaksanakan secara telus dan terbuka di lakukan oleh
suruhanjaya ini.
Dengan memberikan tugas kepada
seseorang yang berwibawa yang tinggi, maka semua pihak tidak akan menjadi
mangsa dendam kecuali mereka ini degil dan tidak sedar-sedar dengan kesalahan
yang mereka lakukan itu.
Selain dari itu jika sistem
berbagai dan berbilang parti ini sudah tidak boleh bertahan lagi mungkin sistem
satu parti perlu di wujudkan dalam negara ini dan dalam sesuatu sistem satu
parti wujud negara mesti berwajib untuk mendapatkan dan mencari kepimpinan yang
kuat dan ‘magnanimous’ terus-terusan untuk mengambil alih warisan kepimpinan
setidak-tidaknya selama 50 atau enam puluh tahun yang akan datang atau lebih
lama dari itu.
Masanya sudah sampai untuk semua
pihak untuk melakukan usaha penyatuan rakyat yang sudah terlalu berpecah belah
oleh kerana politik perkauman yang kini sangat menebal di dalam negara kita
ini. Kita sudah nampak ‘pattern’ sokongan politik berdasarkan kepada perkauman.
Seperti yang saya sebutkan di
atas wakil-wakil dari berbilang kaum ini sudah dikenalpasti. Kita nampak rakan
kita kaum Cina memang tidak syak lagi boleh mewakilkan pimpinan DAP untuk
melakukan transformasi politik yang besar-besaran ini. Kaum Melayu yang
merupakan penduduk teramai di negara ini ada PAS dan pemimpin gantian di dalam
UMNO (lain dari pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini) dan India boleh di wakilkan oleh parti
yang mewakili kaum itu.
Mulakan politik dan sistem
kenegaraan yang baru. Apa yang penting kita mesti mencapai perpaduan kaum yang
sejati dalam negara ini dan tanpa penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan
seperti kegiatan rasuah dan menjahanamkan harta rakyat yang ada di dalam
perbendaharaan rakyat itu.
Perkara ini bukan satu usaha yang
mudah tetapi ia tetap akan mampu dilakukan dengan baik dan jayanya asalkan
sahaja semua pihak jujur dan ikhlas untuk melihat negara kita yang kaya raya
dengan anugerah Tuhan ini kekal sebagai negara yang mempunyai daulat dan
‘integrity’ yang tinggi sampai bila-bila.. Apa yang penting ialah kemahuan yang
kuat serta sikap berkorban yang tinggi serta tidak ada sifat dendam mendendam
lagi.
Jika usaha seperti ini tidak mahu
di lakukan maka di dalam pilihanraya yang akan datang ini, peralihan kuasa akan
dilakukan dengan sistem perundangan akan terlaksana terhadap mereka yang telah
melakukan kesalahan besar terhadap negara ini.
Bagi rakyat mereka mahu melihat
perubahan. Jika perubahan boleh dilakukan dengan rundingan semua pihak tidak
ada siapa dikalangan rakyat tidak mahu menerimanya. Kita utamakan keharmonian
sistem politik negara, dan dalam melaksanakannya banyak pihak wajar berkorban
semata-mata untuk negara.
Laksanakan sumpah dan janji untuk
berjuang bagi kepentingan negara dan bukan untuk yang lain. Apa yang terpenting
sekarang ini rakyat sudah jemu dengan politik retorik dan tipu helah dan
membudayakan politik menghina dan memperlekehkan pihak yang ingin menuju
kemajuan.
Berfikir dan bertindak lah dalam
ketenangan kerana segala masalah akan terlerai hanya dalam keadaan pemikiran kita
yang tenteram dan aman. Let’s go back to basic.
Saya sangat setuju dengan pandangan Pak Aspan dalam mencari pendekatan yang paling sesuai untuk menukar sistem pemerintahan yang ada sekarang supaya tidak wujud lagi suasana di mana "the winners take all and the losers left with nothing" selepas PRU13 nanti.
ReplyDeleteBegitu juga dengan mencari kaedah yang sesuai bagi mencari penyelesaian ke atas segala bentuk penyelewengan yang telah dilakukan selama ini. Matlamatnya bukanlah semata-mata mahu menggantung mereka yang terlibat, tetapi memberi keadilan kepada rakyat serta mencari penyelesaian. Ini tidak bermakna mereka yang terlibat merompak harta rakyat dibiarkan bebas. Harta yang diperolehi secara tidak sah harus dipulangkan kepada negara dan jika perlu di sebat sipelakunya, ia wajar diteruskan. Soal siapa yang akan dilantik sebagai tukang sebat tidak timbul kerana saya di sini ingin menawarkan diri sebagai sukarela tanpa gaji sebagai tukang sebat. Saya sudah pun mula manjalani latihan sejak setahun lalu dengan senaman menguatkan lengan serta berlatih dan menghayun sebatan sehingga hancur punching bag di dalam bilik gym saya.
Bagi yang dah tua dah dekat nak mapos serta pernah menjalani pembedahan pintasan jantung tidak perlulah disebat, cukuplah dipenjarakan dan diberikan kitab taubat bagi menghabiskan sisa-sisa hidup.
Kepada yang mempunyai koleksi beg-beg tangan serta kasut-kasut eloklah dipenjarakan bersama-sama timbunan koleksi ini bagi menimbulkan rasa keinsafan.
salam waghih,
ReplyDeleteapo kato kito tubuhkan parti baru... abih ceghito!
hehe...
Sdra Aspan berfikiran terlalu "IDEAL" mungkin terpengaruh dg KULI.Kita pun tahu sdra dulu dulu adalah penyokong kental KULI.Approach sdra pernah dipraktikkan oleh BN dalam th 70an.Akhirnya PAS kena main dg UMNO.Once beaten twice shy! PAS mungkin tidak tertarik dg idea Aspan!
ReplyDeleteSistem sekarang yg dijalankan oleh UMNO adalah ikutan dari acuan Madeiyy Kutty.Madeiyy mentadbirkan negara mcm Dinasti MOGHUL di India.Winner takes all.Loser loose all!Mesti diingat Madeiyy takut sekiranya UBN/ABCD/UMNO/BN kalah, dia akan dibicarakan! Madeiyy memang handal menangguh ikan di air keruh
Tak payahlah Aspan nak jadi pemikir politik tentang keadaan ketika ini.PRU 13 akan diadakan tidak berapa lama lagi! Biarlah Rakyat menentukan segalanya.Sdra sudah kontradik dg artikel sdra sblom ini!Tahniah setidaknya DAP ada sdra Aspan.Tidaklah semua cina dibelakang DAP.Melalui DAP sdra dapat bertanding di kawasan ramai Cina di Negeri 9.Jika dalam UMNO sdra tidak diberi peluang langsung!
Gelombang Pertukaran Tsunami Politik Malaysia adalah sangat kuat kali ini.Rakyat tidak akan berkompromi dg fikiran sdra ini!
Keyang Dot
ReplyDelete"rakyat sudah jemu dengan politik retorik dan tipu helah dan membudayakan politik menghina dan memperlekehkan pihak yang ingin menuju kemajuan"
Saudara Aspan,
Aden raso kut lain bonar bunyinyo tu ,tapi Aden raso molek bonar lah kalau begitu.
"Negara perlukan politik baru yang menjaga kepentingan semua-Aspan Alias....itu pasal ako pilih PR yang berjiwa Rakyat...kito kuburkan politik perkauman seperti yang diamalkan oleh parti beend sekarang..politik ala beend ni nyata sekali menentang arus perubahan senario politik tempatan selepas 308 yang dikehendaki oleh sebahagian besar Rakyat ...
ReplyDeleteBoleh ke PR kembalikan berpolitik spt zaman Tun razak dulu? Lifestyle wakil rakyat mcm kita2 je. Tak de rumah mcm istana & kereta datsun je. Berkhidmat utk rakyat tiada unsur2 nak buat untung. Ada kat kampung sepanjang masa sbb tidak sibuk dgn urusan biznes sendiri. mlm buta pon rakyat masih boleh jumpa nak mintak tolong bini nak beranak.
ReplyDeleteAnda hanya menyentuh sudut pandang arus politik negara ini dengan penuh yakin sekali bahawasanya hanya wujud sistem dualisme dalam arus politik dinegara ini(iaitu PR vs BN).
ReplyDeletePadahal majoriti terbesar rakyat negara ini (The Silent) negara ini berfikiran Neutral,Non Partisan,Atas pagar,Lalang or sebagainya(We dont care type) tak ambil kisah sangat peperangan carca marba dunia politik Malaysia yang macam sarkas.
Honestly..Saya adalah berpendirian Non-partisan(Please jangan samakan saya dengan golongan lalang dan atas pagar,ada perbezaan setiap istilah tu).
Dan saya secara jujur mengatakan setiap parti tradisional seperti Pas,Umno,DAP dan lain2nya sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa dan harus dibubarkan kerana semakin mengarut setiap hari.
Molek pakat tukar acuan baru. Politik berubah ikut masa. Yang jgn di tukar Aqidah... Baru selamat. Hidup Rakyat. Kuat Rakyat. Kuat Islam. Hidup AA.. Teruskan Penulisan.. Berani kerana Benar...
ReplyDeleteen aspan.. jom sesama kita buat pencerahan kpd semua org.. berkenaan ngan tuduhan liwat yg madet kenakan ke atas nuar..
ReplyDeleteblog -johor born-
tajuk -APA SEBAB SEBENAR ANWAR DIPECAT-
sama2 kita wat pencerahan.. sbb ramai sgt yg tak tahu apa2 dpt dosa free je..
p/s: bukan blog saya.. cuma nak kongsikan ajee..
Tak berapa setuju dgn coretan pak aspan.
ReplyDeleteYang rasuah, salahgunakuasa, curi2 dan tipu harus terima pembalasan....berani buat berani tanggung...
Dunia sementara, akhirat selama2nya.
Hukuman didunia sementara....tapi...hukuman di akhirat selama2nya.....
Agama2 saling mengajar peradaban2 yg baik2 utk diikuti.
Hanya mereka yg mmg jahat2 saja yg engkar kepada peradaban2 agama. Dan mereka ini memang dikeji dan harus dihukum saja. Kita bukanlah suka sangat utk menghukum, dan tak pulak kita nak jadi tuhan di mukabumi, tetapi, dunia ini perlukan keadilan, dan cara mengurussetia dunia yg paling bagus adalah TEGAKKAN KEADILAN, YANG BERSALAH HARUS DIHUKUM, YANG BENAR HARUS DIPERTAHANKAN.
wallahuallam.....terima kasih.....
As Salam,
ReplyDeleteAkuan Bersumpah Dato' Lajim Ukin
tuan,
ReplyDeleteSaya tak fahamlah manusia jenis apa yang ada sekarang. Kan najib dah terang-terang menunjukkan BN bersalah.Kalau tak najib tak akan minta maaf.Tapi yang peliknya pihak yang membuat salah pula yang menuduh orang lain jahat, pengkhianat, penderhaka dan sebagainya. Pelik...pelik...pelik
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih di atas artikel terbaru ini. Pada hemat saya, sememangnya idea memaafkan ini memang baik. Namun begitu, saya turut bersetuju dengan pandangan sesetengah rakan kita yang mengusulkan agar yang bersalah tetap dihukum setimpal dengan kesalahannya. Ini sebagai memberi iktibar dan pengajaran kepada semua agar patuh kepada garis panduan undang-undang dan moral, apatah lagi, hukum-hakam-Nya. Soal bagaimana pelaksanaan sistem keadilan itu nanti, elok kita serahkan sahaja kepada mereka yang layak, di samping, kiranya PR yang terpilih nanti, jadikanlah segala peristiwa hitam yang telah dan sedang berlaku ini sebagai iktibar berharga agar tidak diulangi lagi, sekaligus membuktikan kepada dunia, bahawa, kita juga mampu berubah ke arah yang lebih baik serta bertaubat kepada-Nya atas pelbagai keterlanjuran selama ini. Manakala yang kalah pula, khasnya jika ditaqdirkan kekalahan itu menimpa UBN, terimalah dengan semangat kesukanan, kerana sememangnya mana-mana pertandingan, pasti ada kalah dan menang, kan? Bayangkan sahaja, tentera Muslimin pimpinan Baginda Rasulullah SAW sendiri pernah ditimpa kekalahan pda Perang Uhud (sebagai contoh), inikan pula mereka yang telah bertakhta lebih setengah abad ni? Juga, jika benar pada PAU kelmarin, kepipinan dan perwakilan mereka khasnya DS Najib begitu menyanjung Amerika, mengapa pula dalam masa yang sama berpaling 360 darjah bila keterlanjuran, penyelewengan dan jenayah mereka cuba diperbetul lagi dibersihkan? Justeru, ayuhlah kita bersama menjadi pengguna yang bijak akan hak-hak kepenggunaan agar tidak lagi diperdaya para penjual yang hanya tumpang syaitan dan iblis untuk hidup, walhal hakikatnya mereka telah lama terkambus ...
Terima kasih dan salam jihad.