08 December 2012

Parti Gerakan membidas DAP kerana berlaku adil kepada Islam



Dua Hari lepas Teng Chang Yeow, Pengerusi BN P Pinang, menunjukkan sifat rasis Gerakan. Teng telah memainkan isu kaum dan agama yang sangat sempit semata-mata kerana politik sempit BN P Pinang. Kali ini BN sekali lagi menunjukkan sikap bermuka-muka mereka dengan membidas Lim Guan Eng kerana memberikan peruntukan 300% kepada Hal Ehwal Agama Islam di negeri itu. Dalam pada itu komponen terbesar BN, UMNO pula telah bercakap bergegar-gegar dalam perhimpunan parti itu minggu lepas dengan cuba menonjolkan yang UMNO memperjuangkan Islam dengan serius.

‘Satu undi untuk PAS, adalah satu undi untuk kehancuran Islam’ kata Presiden nya, Najib yang akhir-akhir ini cuba melekatkan imej Islam kepada diri beliau sendiri. Kalau benar Najib dan UMNO itu kuat memperjuangkan Islam, Presiden parti itu sepatutnya membuat kenyataan akhbar untuk memberikan pujian terhadap Lim Guan Eng (LGE)  kerana peruntukan yang besar untuk kegiatan agama beliau itu. Najib sepatutnya membidas Teng Chang Yeow kerana membantutkan usaha meyakinkan rakyat bahawa BN itu memperjuangkan Islam seperti yang termaktub di dalam Bab 3 Perlembagaan UMNO itu.

BN dan UMNO nampaknya hanya beretorik tentang Islam ini, sebaliknya DAP pula membantu PAS dalam memperkemaskan isu Islam dalam perjuangan Pakatan Rakyat. UMNO hanya sarat dengan slogan. Dulu UMNO berslogan ‘bersih, cekap dan amanah’ tetapi tidak di laksanakan, tetapi DAP pula yang melaksanakan slogan itu dengan mentadbir P Pinang dengan bersih, cekap dan amanah. Begitu juga di Selangor, Kedah dan Kelantan: apa yang di slogankan UMNO, itulah yang dilaksanakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Kadangkala ada juga baiknya BN ini. Itu sebabnya saya pernah mencadangkan supaya BN duduk di pihak pembangkang dan tugas mereka hanya mencipta slogan-slogan yang besar-besar. Biar PR memimpin dan mentadbir kerajaan dan melaksanakan semua slogan ciptaan  BN itu. BN tidak pernah menjayakan apa-apa slogan laungannya.

Berbalik kepada kenyataan terang Teng Chang Yeow di Pulau Pinang itu, kita ingin melihat dan mendengar reaksi UMNO Pulau Pinang khususnya dari Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri itu yang sentiasa menuduh DAP anti Islam dan anti Melayu itu.  Apakah jumlahnya peruntukkan bagi Hal Ehwal Agama Islam di negeri itu semasa BN/Gerakan memimpin negeri itu sejak merdeka selama 55 tahun dahulu? Semasa tahun akhir pentadbiran BN di P Pinang peruntukan bagi Hal Ehwal Islam di P Pinang hanyalah RM12 juta sahaja berbanding dengan RM64 juta sekarang ini.

Kita tidak tahu, yang mana satu yang betul kerana lain parti dalam BN ini lain perjuangannya. Selama ini yang kita tahu dengan pimpinan UMNO dan BN menuduh Pakatan Rakyat yang tidak sealiran dalam perjuangan parti-parti komponennya. Sekarang ini elok kita minta pimpinan BN duduk di atas satu pentas  Kita hendak juga mendengar apa kata Chua Soi Lek dari MCA, Teng Chang Yeow dari Gerakan serta parti-parti komponen yang lain di P Pinang itu.

Dengan kenyataan Pengerusi BN P Pinang itu, kita yakin yang sebenarnya bercanggah perjuangan ialah parti-parti dalam BN itu. Oleh kerana kelemahan setiap parti dalam BN itu maka keluar lah kenyataan yang membingungkan yang susah untuk di fahami rakyat.

Justeru kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini oleh rakyat di P Pinang khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam di sana. Tidak ada penyatuan matlamat dalam perjuangan BN itu. BN gagal untuk menampilkan pendirian yang satu di antara parti-parti komponennya.  Mereka sedang dalam keadaan lemah dan tidak akan dapat menyelesaikan krisis keyakinan yang sedang mereka hadapi.

Sesungguhnya UMNO dan BN tidak mempunyai apa-apa lagi. Yang ada hanyalah saki-baki kuasa yang masih ada kepada mereka dan dalam penantian untuk menghadapi kekalahan buat kali pertama dalam sejarah kemerdekaan kita.

14 comments:

JERLUN-TOK KEPAK-LANA BULU said...

itulah Bee end....UMNO,MCA dan GERAKAN walaupun tido sekatil berlainan bantal juga mimpi lain-lain.

UMNO beretorik memperjuangkan ISLAM tapi membatu menegur kenyataan MCA dan GERAKAN yg bercanggah dg pendirian UMNO.

Telah tiba dan ketikanya khususnya pengundi MELAYU jangan memberi undi kpd Parti Bee End di mana calun dalam PRU 13 terdiri dari MCA dan GERAKAN dan juga parti-parti dalam komponen BN.

Pengundi MELAYU mestilah memilih PR.PR sajalah yg akan memperjuangkan Keadilan dan Kebajikan Rakyat.

Orang Cina tidak akan mengundi Parti-parti Cina yg rasis dalam BN.Pengundi Cina akan mengucapkan " BOLEH BELAH MCA dan GERAKAN"

Pengundi INDIA juga akan berkata demikian kpd MIC.Begitu juga dg pengundi di Sabah dan Sarawak!

Sekarang tidak payah lagi bersuluh.Telah nyata PR yg terdiri dari PKR,PAS dan DAP yg memperjuangkan Islam.Kita berdoa semuga PR memegang tampuk Pemerintahan selepas PRU 13 nanti!
Insyaallah!

Jerlun-Tok Kepak-Lana Bulu

Anonymous said...

Action talk louder

Budak kilang

Pemimpin BN penkhianat bangsa Melayu & Islam said...

Saudara Aspan,

Bil elektrik akan naik hingga 41 peratus jika BN kekal memerintah

Anonymous said...

apa hangpa nak bimbang BN kan dah rule Malaysia for more than 50 years. so the track is there. but now we have 2 tracks.... so is your choice, what we need is the people should be diutamakan dan didahulukan as promised, no rasuah and kroni no matter PR or BN wins PAU13.

Anonymous said...

ASPAN ALIAS,

Saudara saya puji kerana telah membuka minda Melayu tentang isu rasis yang di pergunakan oleh UMNO selama ini. Saya dapati disetiap perjumpaan di Kedah ini nama saudara dan blog saudara menjadi sebutan dan telah membawa ramai orang Melayu untuk mendekati dan memahami DAP

SYABAS SDR ASPAN!!!

peminat Aspan

kokdiang

Anonymous said...

Pak Aspan,

Ini BUKTI media BN bodoh

muzium padi gunung kheyang said...

Salam,

Saudara Aspan..

Ulasan yang dikemukakan oleh saudara cukup bernas dan signifikan dalam konteks demokrasi dalam negara BOLEHLAND ini.

Masing-masing juak dan konco Umno aka BeEnd semuanya mempunyai habit,niat dan persepsi yang amat kontradik sekali.

Jadi, tak semena-mena mengeluarkan pandangan yang mengelirukan dan ingin mendapat sedikit habuan berupa undi dari rakyat yang bangang.

Dalam kandang sendiri mereka berteriak terpekik terlolong, tapi sayangnya,bukit tak akan runtuh dek salakan mereka.

Syabas!!! untuk Aspan.

Anonymous said...

Get rid of MCA and Gerakan....leave UMNO alone for the time being.

UMNO will be hurt looking at their loyal supporters destroyed.

ahmadyani said...

Kalau ada pemimpin UBN yang berani tegur saya tabik dia.

KODIANG said...

Tok Guru Silat tempang Omar Din ini memang keturunan India yg bertapa di Pulau Besar,Melaka.Omar Din ni memang gaya samseng.Samseng Omar din telah turun kpd anaknya Megat Dzulkarnain.

Patutlah penduduk Gombak beri penangan kpd Megat Dzulkarnain yg mencemari nama baik Gombak.Megat ni berani bila ada ramai anak-anak muda.Anak pendekar apa ni? Saya menyeru penduduk Gombak "teach MZ a good lesson".

Rupa dia pun memang mamak yg ada talian DNA dg Sharizat Lembu!


KODIANG

jo said...

Dah meluat dgn BN ni tapi nak tenguk juga lepas PR memerintah nanti. Yg gerun nya sekarang pancing dulu kemudian bila dah memerintah jadi mcm singapore pulak.

Anonymous said...

SALAM SDR ASPAN,

Sesiapa yang mengikuti,mengkaji dan memahami konsep perikatan dan bn yang berjuang mengikut bangsa dan agama adalah satu pertubuhan yang "Rasis Bercelaru"

Masing2 menegak dan menuntut hak masing2 tanpa memikirkan perasaan sesama ahli komponen.

Semak balik kata2 kesat MCA berhubung dengan isu Islam dan hak orang Melayu,tuntutan melampau bagi hak pendidikan, kerayatan,ekonomi, dsb.

Kita tengok dalam MCA,MIC ada bangsa lain? Dalam umno memang ada bangsa lain yang gelap2 yang mata sepet dsb tetapi mengaku Melayu bumiputra. Tapi dari tindak tanduk dan putarbelitnya,kita dapat menafsirkan dari keturunan apa mereka ini.

Tindakan DAP dalam mentadbit PP dan agihan peruntukan yang dilakukan adalah menusabah, Gerakan terkilan kerana mereka telah disedarkan atas kesilapan mereka selama ini.
Puak2 umno yang membangkang semuanya keturunan yang diragui samada Melayu tulin atau tumpangan.

Syabas kepada DAP, PKR dan PAS kerana setelah diberi peluang dan amanah mentadbir negeri telah memberi pengajaaran kepada bn bagaimana negara ini perlu ditadbir.
Ini menyebabkan banyak idea2 yang diutarakan telah diceduk pakai oleh bn sehingga terlebih pula interpretasi mereka dan menjadikan perkara yang dilakukan menjadi janggal dan jelek.

Begitulah jika setelah lebin 55 tahun memerintah dengan perangai bodohsombong, tamak haloba, mementingkan diri dan puak, rasuah, penginiayaan, hidup berpoya2 sehingga kebajikan rakyat terabai.
Bila nywa sampai kehalkum baru sibuk minta bantuan rakyat.

Tunggulah PRU 13 nanti,INSYAALLAH, doa dan permohonan orang yang dizalimi akan dimakbulkan.....

insafdoh67 said...

Umno terpaksa guna apa saja tak kira apa cara.. Janji impian pakatan di sekat ke Putra Jaya.. Kami golongan Muda tungu tarikh Keramat. Rakyat di kampung mula nampak keburukkan Pemimimpin Melayu yang selama ini di anggap penyelamat mereka. Pemimpin Kaya.. Rakyat Sengsara.. Adakah org melayu bangga dgn apa yang di tolong selama ini.. Melayu Miskin Melarat.. Bangsa mane yg jaga.. Pemimimpin yang jaga orang Melayu selama ini. Kami lama dah kenal perangai UBN. Tak payah guna Agama untuk menyelamat kan hayat yang ada. Kami dah kenal kamu dari kecil lg. Selama 55 tahun apa yg kami dapat.. Keluarga kamu kaya raya.. Bukan kerana pandai Bisnes.. Kerana Baoak kenal O.K.U. Kami di per Bodoh kan.. Kami akan Ajar Kamu. . Muka je nampak Baik.. Dalam semua orang tau.. Fikirkanlah Kawan.. INSAFLAH..

Anonymous said...

Salam,
Terima kasih pak aspan diatas hujah2 n idea yg bernas.saya harap pak aspan teruskan menulis n InsyaAllah saya serta family akam mngundi PR fru13 nanti.