Dua Hari lepas Teng Chang Yeow,
Pengerusi BN P Pinang, menunjukkan sifat rasis Gerakan. Teng telah memainkan isu
kaum dan agama yang sangat sempit semata-mata kerana politik sempit BN P Pinang.
Kali ini BN sekali lagi menunjukkan sikap bermuka-muka mereka dengan membidas
Lim Guan Eng kerana memberikan peruntukan 300% kepada Hal Ehwal Agama Islam di
negeri itu. Dalam pada itu komponen terbesar BN, UMNO pula telah bercakap
bergegar-gegar dalam perhimpunan parti itu minggu lepas dengan cuba
menonjolkan yang UMNO memperjuangkan Islam dengan serius.
‘Satu undi untuk PAS, adalah satu
undi untuk kehancuran Islam’ kata Presiden nya, Najib yang akhir-akhir ini cuba melekatkan
imej Islam kepada diri beliau sendiri. Kalau benar Najib dan UMNO itu kuat
memperjuangkan Islam, Presiden parti itu sepatutnya membuat kenyataan akhbar
untuk memberikan pujian terhadap Lim Guan Eng (LGE) kerana peruntukan yang besar untuk kegiatan
agama beliau itu. Najib sepatutnya membidas Teng Chang Yeow kerana membantutkan
usaha meyakinkan rakyat bahawa BN itu memperjuangkan Islam seperti yang
termaktub di dalam Bab 3 Perlembagaan UMNO itu.
BN dan UMNO nampaknya hanya beretorik
tentang Islam ini, sebaliknya DAP pula membantu PAS dalam memperkemaskan isu
Islam dalam perjuangan Pakatan Rakyat. UMNO hanya sarat dengan slogan. Dulu
UMNO berslogan ‘bersih, cekap dan amanah’ tetapi tidak di laksanakan, tetapi
DAP pula yang melaksanakan slogan itu dengan mentadbir P Pinang dengan bersih,
cekap dan amanah. Begitu juga di Selangor, Kedah dan Kelantan: apa yang di
slogankan UMNO, itulah yang dilaksanakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Kadangkala ada juga baiknya BN
ini. Itu sebabnya saya pernah mencadangkan supaya BN duduk di pihak pembangkang
dan tugas mereka hanya mencipta slogan-slogan yang besar-besar. Biar PR
memimpin dan mentadbir kerajaan dan melaksanakan semua slogan ciptaan BN itu. BN tidak pernah menjayakan apa-apa
slogan laungannya.
Berbalik kepada kenyataan terang
Teng Chang Yeow di Pulau Pinang itu, kita
ingin melihat dan mendengar reaksi UMNO Pulau Pinang khususnya dari Pengerusi
dan Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri itu yang sentiasa menuduh DAP anti
Islam dan anti Melayu itu. Apakah
jumlahnya peruntukkan bagi Hal Ehwal Agama Islam di negeri itu semasa BN/Gerakan
memimpin negeri itu sejak merdeka selama 55 tahun dahulu? Semasa tahun akhir
pentadbiran BN di P Pinang peruntukan bagi Hal Ehwal Islam di P Pinang hanyalah
RM12 juta sahaja berbanding dengan RM64 juta sekarang ini.
Kita tidak tahu, yang mana satu
yang betul kerana lain parti dalam BN ini lain perjuangannya. Selama ini yang
kita tahu dengan pimpinan UMNO dan BN menuduh Pakatan Rakyat yang tidak
sealiran dalam perjuangan parti-parti komponennya. Sekarang ini elok kita minta
pimpinan BN duduk di atas satu pentas
Kita hendak juga mendengar apa kata Chua Soi Lek dari MCA, Teng Chang
Yeow dari Gerakan serta parti-parti komponen yang lain di P Pinang itu.
Dengan kenyataan Pengerusi BN P Pinang
itu, kita yakin yang sebenarnya bercanggah perjuangan ialah parti-parti dalam
BN itu. Oleh kerana kelemahan setiap parti dalam BN itu maka keluar lah
kenyataan yang membingungkan yang susah untuk di fahami rakyat.
Justeru kita tidak nampak
bagaimana BN boleh diyakini oleh rakyat di P Pinang khususnya orang-orang
Melayu yang beragama Islam di sana.
Tidak ada penyatuan matlamat dalam perjuangan BN itu. BN gagal untuk menampilkan
pendirian yang satu di antara parti-parti komponennya. Mereka sedang dalam keadaan lemah dan tidak
akan dapat menyelesaikan krisis keyakinan yang sedang mereka hadapi.
Sesungguhnya UMNO dan BN tidak
mempunyai apa-apa lagi. Yang ada hanyalah saki-baki kuasa yang masih ada kepada
mereka dan dalam penantian untuk menghadapi kekalahan buat kali pertama dalam
sejarah kemerdekaan kita.
itulah Bee end....UMNO,MCA dan GERAKAN walaupun tido sekatil berlainan bantal juga mimpi lain-lain.
ReplyDeleteUMNO beretorik memperjuangkan ISLAM tapi membatu menegur kenyataan MCA dan GERAKAN yg bercanggah dg pendirian UMNO.
Telah tiba dan ketikanya khususnya pengundi MELAYU jangan memberi undi kpd Parti Bee End di mana calun dalam PRU 13 terdiri dari MCA dan GERAKAN dan juga parti-parti dalam komponen BN.
Pengundi MELAYU mestilah memilih PR.PR sajalah yg akan memperjuangkan Keadilan dan Kebajikan Rakyat.
Orang Cina tidak akan mengundi Parti-parti Cina yg rasis dalam BN.Pengundi Cina akan mengucapkan " BOLEH BELAH MCA dan GERAKAN"
Pengundi INDIA juga akan berkata demikian kpd MIC.Begitu juga dg pengundi di Sabah dan Sarawak!
Sekarang tidak payah lagi bersuluh.Telah nyata PR yg terdiri dari PKR,PAS dan DAP yg memperjuangkan Islam.Kita berdoa semuga PR memegang tampuk Pemerintahan selepas PRU 13 nanti!
Insyaallah!
Jerlun-Tok Kepak-Lana Bulu
Action talk louder
ReplyDeleteBudak kilang
Saudara Aspan,
ReplyDeleteBil elektrik akan naik hingga 41 peratus jika BN kekal memerintah
apa hangpa nak bimbang BN kan dah rule Malaysia for more than 50 years. so the track is there. but now we have 2 tracks.... so is your choice, what we need is the people should be diutamakan dan didahulukan as promised, no rasuah and kroni no matter PR or BN wins PAU13.
ReplyDeleteASPAN ALIAS,
ReplyDeleteSaudara saya puji kerana telah membuka minda Melayu tentang isu rasis yang di pergunakan oleh UMNO selama ini. Saya dapati disetiap perjumpaan di Kedah ini nama saudara dan blog saudara menjadi sebutan dan telah membawa ramai orang Melayu untuk mendekati dan memahami DAP
SYABAS SDR ASPAN!!!
peminat Aspan
kokdiang
Pak Aspan,
ReplyDeleteIni BUKTI media BN bodoh
Salam,
ReplyDeleteSaudara Aspan..
Ulasan yang dikemukakan oleh saudara cukup bernas dan signifikan dalam konteks demokrasi dalam negara BOLEHLAND ini.
Masing-masing juak dan konco Umno aka BeEnd semuanya mempunyai habit,niat dan persepsi yang amat kontradik sekali.
Jadi, tak semena-mena mengeluarkan pandangan yang mengelirukan dan ingin mendapat sedikit habuan berupa undi dari rakyat yang bangang.
Dalam kandang sendiri mereka berteriak terpekik terlolong, tapi sayangnya,bukit tak akan runtuh dek salakan mereka.
Syabas!!! untuk Aspan.
Get rid of MCA and Gerakan....leave UMNO alone for the time being.
ReplyDeleteUMNO will be hurt looking at their loyal supporters destroyed.
Kalau ada pemimpin UBN yang berani tegur saya tabik dia.
ReplyDeleteTok Guru Silat tempang Omar Din ini memang keturunan India yg bertapa di Pulau Besar,Melaka.Omar Din ni memang gaya samseng.Samseng Omar din telah turun kpd anaknya Megat Dzulkarnain.
ReplyDeletePatutlah penduduk Gombak beri penangan kpd Megat Dzulkarnain yg mencemari nama baik Gombak.Megat ni berani bila ada ramai anak-anak muda.Anak pendekar apa ni? Saya menyeru penduduk Gombak "teach MZ a good lesson".
Rupa dia pun memang mamak yg ada talian DNA dg Sharizat Lembu!
KODIANG
Dah meluat dgn BN ni tapi nak tenguk juga lepas PR memerintah nanti. Yg gerun nya sekarang pancing dulu kemudian bila dah memerintah jadi mcm singapore pulak.
ReplyDeleteSALAM SDR ASPAN,
ReplyDeleteSesiapa yang mengikuti,mengkaji dan memahami konsep perikatan dan bn yang berjuang mengikut bangsa dan agama adalah satu pertubuhan yang "Rasis Bercelaru"
Masing2 menegak dan menuntut hak masing2 tanpa memikirkan perasaan sesama ahli komponen.
Semak balik kata2 kesat MCA berhubung dengan isu Islam dan hak orang Melayu,tuntutan melampau bagi hak pendidikan, kerayatan,ekonomi, dsb.
Kita tengok dalam MCA,MIC ada bangsa lain? Dalam umno memang ada bangsa lain yang gelap2 yang mata sepet dsb tetapi mengaku Melayu bumiputra. Tapi dari tindak tanduk dan putarbelitnya,kita dapat menafsirkan dari keturunan apa mereka ini.
Tindakan DAP dalam mentadbit PP dan agihan peruntukan yang dilakukan adalah menusabah, Gerakan terkilan kerana mereka telah disedarkan atas kesilapan mereka selama ini.
Puak2 umno yang membangkang semuanya keturunan yang diragui samada Melayu tulin atau tumpangan.
Syabas kepada DAP, PKR dan PAS kerana setelah diberi peluang dan amanah mentadbir negeri telah memberi pengajaaran kepada bn bagaimana negara ini perlu ditadbir.
Ini menyebabkan banyak idea2 yang diutarakan telah diceduk pakai oleh bn sehingga terlebih pula interpretasi mereka dan menjadikan perkara yang dilakukan menjadi janggal dan jelek.
Begitulah jika setelah lebin 55 tahun memerintah dengan perangai bodohsombong, tamak haloba, mementingkan diri dan puak, rasuah, penginiayaan, hidup berpoya2 sehingga kebajikan rakyat terabai.
Bila nywa sampai kehalkum baru sibuk minta bantuan rakyat.
Tunggulah PRU 13 nanti,INSYAALLAH, doa dan permohonan orang yang dizalimi akan dimakbulkan.....
Umno terpaksa guna apa saja tak kira apa cara.. Janji impian pakatan di sekat ke Putra Jaya.. Kami golongan Muda tungu tarikh Keramat. Rakyat di kampung mula nampak keburukkan Pemimimpin Melayu yang selama ini di anggap penyelamat mereka. Pemimpin Kaya.. Rakyat Sengsara.. Adakah org melayu bangga dgn apa yang di tolong selama ini.. Melayu Miskin Melarat.. Bangsa mane yg jaga.. Pemimimpin yang jaga orang Melayu selama ini. Kami lama dah kenal perangai UBN. Tak payah guna Agama untuk menyelamat kan hayat yang ada. Kami dah kenal kamu dari kecil lg. Selama 55 tahun apa yg kami dapat.. Keluarga kamu kaya raya.. Bukan kerana pandai Bisnes.. Kerana Baoak kenal O.K.U. Kami di per Bodoh kan.. Kami akan Ajar Kamu. . Muka je nampak Baik.. Dalam semua orang tau.. Fikirkanlah Kawan.. INSAFLAH..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTerima kasih pak aspan diatas hujah2 n idea yg bernas.saya harap pak aspan teruskan menulis n InsyaAllah saya serta family akam mngundi PR fru13 nanti.