20 January 2013

Menggantung khidmat pakar ekonomi Bank Islam tindakan memalukan

Penggantungan perkhidmatan Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, minggu lepas kerana memberikan pandangan peribadi secara ‘professional’ berhubung dengan pilihanraya ke13 adalah satu isu panas. Isu ini menjadi sebutan dan perbincangan di kalangan para professional dan rakyat kelas menengah dan ia dibincang di mana-mana.

Penggantungan perkhidmatan beliau itu merupakan satu tragedi dan ia tidak di sangka-sangka boleh berlaku di dalam sebuah negara demokrasi. Saya tidak terfikir perkara seperti ini boleh dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dan sikap ini harus di perangi habis-habisan untuk mengelak ia berlaku dan berulang lagi.  Saya pernah berkata di dalam UMNO bercakap benar adalah ditegah dan memberikan pandangan yang tidak disukai oleh yang berkuasa adalah jenayah.

Pandangan Azrul merupakan pandangan dari sudut ‘professional’ dan tidak kena mengena dengan kecenderungan politik beliau. Beliau bercakap dalam satu majlis forum di Singapura sebagai pandangan seorang professional kerana keputusan pilihanraya sememangnya mempunyai ‘consequence’ besar terhadap ekonomi negara. Pandangan beliau yang berkemungkinan keputusan pilihanraya ada tiga: 1) kemenangan Pakatan Rakyat dengan kemenangan tipis 2) kemenangan BN dengan tipis dan 3) kemenangan besar Pakatan Rakyat.

Mengikut analisa beliau (Azrul) secara professional, beliau mengandaikan yang BN hanya akan memenangi di antara 97 sehingga 107 kerusi dalam pilihanraya nanti dan ia tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan. Keadaan ini mengikut Azrul tidak akan menjadikan kerajaan PR menjadi satu kerajaan yang kuat kerana memenangi pilihanraya dengan majoriti yang kecil.

Pandangan Azrul itu merupakan pandangan banyak pihak dan Azrul juga mengakui yang kemungkinan BN memenangi pilihanraya dengan majoriti kecil juga merupakan satu kemungkinan juga. Persoalannya sekarang di mana letaknya kesalahan Azrul di sini? Sebagai seorang yang percaya kepada analisa beliau, Azrul berhak untuk menyuarakannya secara professional kerana keputusan pilihanraya mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi negara. Sebagai seorang yang berfikir secara professional kenyataan Azrul itu tidak patut di terima sebagai satu kenyataan politik.

Pengampu kepada pihak berkuasa sememangnya akan mengambil kenyataan Azrul dari sudut politik tetapi itu merupakan budaya yang terbentuk dalam negara ini sekian lama. Kita mesti belajar untuk mendengar perkara yang tidak sedap di dengar jika ia nyatakan secara professional. Apa yang berlaku sekarang ialah pertembungan di antara pihak yang bercakap dan berpolitik dengan pihak yang bercakap secara jujur dan terbuka.

Tuduhan setengah pihak yang Azrul adalah seorang ahli PKR itu tidak relevan di sebut dalam isu ini. Jika pun beliau seorang ahli kepada mana-mana parti, beliau berhak bercakap dari sudut profession beliau dan tidak ada siapa pun yang patut merasa takut dan gentar terhadap kenyataan yang di sebut secara professional itu.

Jika kenyataan Azrul itu bersalahan dengan undang-undang, tidak ada siapa boleh memprotes terhadap penggantungan beliau itu. Tetapi tidak ada apa-apa unsur kesalahan undang-undang dan etika yang membolehkan beliau digantung. Kita elok bertanya kepada pihak yang menggantung ahli ekonomi ini, apa sebenarnya yang perlu Azrul sebut dalam forum itu?  Kewajipan kita ialah untuk bercakap perkara yang kita yakini benar bukannya bercakap apa yang hendak di dengar oleh setengah pihak yang lain. Kenapa Azrul perlu membohongi perasaan dan analisa beliau sendiri?

Kenyataan Azrul yang beliau akan terus mempertahankan kenyataan dan hasil analisa beliau itu patut dipuji kerana jika analisa beliau itu menunjukkan yang Pakatan Rakyat akan menang, takkan lah Azrul terpaksa bercakap dengan membohongi keputusan analisa beliau sendiri. Adalah bodoh bagi Azrul untuk membohongi perasaan dan hasil analisa beliau sendiri. Beliau bukannya bercakap sebagai aktivis UMNO seperti setengah pihak yang sedang mengambil kesempatan untuk mengampu dan membodek pihak yang sedang berkuasa sekarang ini.

Azrul juga seorang rakyat sebuah negara demokrasi. Mengambil tindakan terhadap beliau kerana menzahirkan pandangan beliau yang tidak menyedapkan hati pihak UMNO itu merupakan satu insiden yang sangat menyedihkan. Sesiapa yang bertanggungjawab melakukannya mempunyai peribadi yang terlalu rendah nilai keperibadiannya dan ia melambangkan sikap pihak yang ‘desperate’. Sikap orang yang bertanggungjawab melakukan tindakan itu juga membayangkan betapa rendahnya budaya yang di bentuk oleh UMNO selama ini.

Itulah sebabnya memerangi budaya gila ini perlu dilakukan segera dan masa akan sampai tidak lama lagi.

18 comments:

  1. Semua yg bijak pandai akan dicantas awal2 demi utk kepentingan agenda politik yg rakus. Sama melayu sanggup menganiayaan melayu sendiri. Seperti mana berlaku dikelantan, sanggup royalti minyak tidak diberikan kpd negeri yg majoritinya melayu.

    ReplyDelete
  2. Pak Aspan,

    Inilah kerja dan mentaliti puak-puak Umno, suka sangat kepada gantung...gantung ni! Suka benda tergantung, sibuk nak gantung orang!

    Ambiga dia orang nak gantung, dan kini Si Azrul.

    Jangan pulak nanti ada Ahli Parlimen (MP) meminta rakyatnya dihukum bunuh disebabkan perbezaan ideologi politik.

    Saya masih ingat Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz dari Barisan Nasional dalam ucapannya di
    Dewan Rakyat meminta Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan kerajaan.

    Hakikatnya, budaya Umno sering memperbodohkan orang Melayu sehinggakan memaksakan orang Melayu bergantung kepada Umno dan tertunduk tunduk meminta sedekah!

    Itulah cara Umno memertabatkan maruah bangsa Melayu.

    Sebenarnya masih ramai tak nampak bahawa kekuatan Umno bergantung sepenuhnya kepada kelemahan OTAK orang Melayu sendiri.

    ReplyDelete
  3. MOSES KATA: cam mano pun gua tetap ABU PRU 13 ne, cam PRU 12. Letak DAP kawasan gua , gua PANGKAH DAP, no nooooo to BN.

    ReplyDelete
  4. Tuan Aspan,

    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pernah mengaku yang pemimpin UMNO perlu mempunyai kebijaksanaan.

    Malah Tun Mahathir sendiri mengakui berpuluh tahun golongan proffesional dan cerdik pandai dihalang dari menyertai UMNO.

    UMNO kini ketandusan golongan yang mempunyai strategi, berpengetahuan dan mampu meramal masa depan.

    Apa yang tinggal di dalam UMNO adalah golongan tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai.

    Saranan Tuan Aspan memang benar iaitu rakyat perlu bijak dan serius dalam memilih pemimpin untuk mentadbir negara bagi memastikan struktur pemerintahan yang adil dan telus mampu dilaksanakan.

    ReplyDelete
  5. Listen. Listen.

    Jangan sekali-kali baut statistik yang menjatuhkan air muka UMNO Baru.

    UMNO baru brainwash minda anak muda, anak sekolah, anak di U atas nama LISTEN, walaupun ternyata mereka banyak buat kesalahan.

    salah + salah = BENAR (cara UMNO baru)

    benar + benar = PENGKHIANAT NEGARA (fatwa UMNO Baru)

    Sila teliti maksud di sebalik video klip ini :

    http://www.youtube.com/watch?v=dEk8Y6baoZ4

    Inilah cara budak di U kena brainwash.

    ReplyDelete
  6. Jgn sampai rakyat boikot Bank Islam pulak nanti..

    ReplyDelete
  7. Abang Aspan,

    Umno gagal membela Islam dan Melayu, malah bertanggungjawab ke atas masalah seperti keruntuhan akhlak, ekonomi Melayu dan gejala murtad serta budaya rasuah yang menyebabkan orang Melayu dilihat begitu rendah dan hina.

    Apa taknya, setelah 55 tahun Umno berkuasa, orang Melayu masih dendangkan lagu ‘Anak Kecil Main Api’, tak malu mengalirkan air mata dan merintih mengenangkan nasib mereka sendiri!

    Melayu sentiasa dimomokkan dengan isu perpecahan dan risiko perubahan kepimpinan. Hakikatnya, orang Melayu tetap bersatu. Umno sebenarnya yang sentiasa berpecah dari dalam sejak awal penubuhannya.

    ReplyDelete
  8. anon 10:23;

    Minda orang Melayu sudah dari dulu telah dijajahi dengan pembohongan oleh Umno yang di perpanjangkan selama-lamanya untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu.

    Umno adalah pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu sendiri.

    Objektif Umno tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjadikan orang Melayu itu bergantung kepadanya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu.

    ReplyDelete
  9. Good Morning Datuk Aspan,

    There was a time that our Petronas Boss resigned and joined one of the big consortium which is a government link company in Singapore, Tan Sri Mohd Hassan Marican, and I think Spore catch one of the Biggest Fish from Malaysia and Singapore never stop there. Just becuz Marican cannot get along with some big shot in BN, he left and immediately Singapore take him. I never be surprise Azrul will be the next, and recently Spore just promoted Halima Yaakop to be its Parliman Speaker. For many years, its Malaysian who help to transform Singapore Economy, their 1st Finance and Defence Ministers is Goh Kheng Swee, cousin to Tan Cheng Lock, our 1st Finance Minister. But today Singapore didnt over rely on Malaysian anymore but regional. What I m trying to say here is becuz of our Administrator, we have chase away a lots of very productive individual, and for this our neighbor take full advantage of that, and see what happen to our neighbor in term of economy and productivity. As a person, 12 years free education in Malaysia, and then cross the bridge to seek better opportunities is a great loss to our country, in regardless of races and religions.Our economy plight and condition have make our nation even poorer and lack behind. And if 50 years they cant make it better, I dont think another 5 years for them will be enough to make good progress and good changes..to my fellow Malaysian, PRU13 is not about races, its not about religions, but its about our nation where we are brought up and for our better future....Lets Pledge For a Change..
    Thank you Datok Aspan

    ReplyDelete
  10. Ketua eksekutif Bank Islam Dato Sri Zakri Samad patut dipecat kerana :
    1.tidak menerima pendapat professional yang dibuat mengikut panduan yang betul dan teratur.Apa yang penting jawatannya perlu selamat termasuk memutar belit fakta .
    2.Ketua sepatut tahu apa kakitangan atasannya buat .Kalau ni dia tak tahu memanglah dia ni bangang.
    Kalau dibiarkan dato sri tu terajui bank islam saya cadangkan ambillah semua mereka keluaran pusat serenti untuk pegang jawatan tinggi dalam bimb jadi dia bolih buat sesuka hati ...bangang.Dia ada beberrapa bulan saja dibank kerana lepas ni BN akan ditalkinkan...

    ReplyDelete
  11. Pandangan Rakyat DiPKR 112 BN/Umno kita kuburkan PRU13..

    ReplyDelete
  12. Pandangan Rakyat yang bersama HKR112 diStadium Merdeka BN Umno akan dikuburkan PRU13...

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya BN tak akan kalah...wahai kawan kawan dalam PR sila maklum ke najib bhw dia tak akan hilang kerajaan.kita tipu aje.hahahaha...(memang najib ni suka dan kene kencing hidup2 dgn laporan palsu pembodek2 dlm umno)....

    ReplyDelete
  14. Anon,12:10
    Sangat suka kenyataan awak.
    Kenapa tidak...
    Satu cara tadbir paling busuk oleh kerana tekanan politik..

    ReplyDelete
  15. saudara aspan

    pada pagi ni saya dah tutup semua akaun peribadi dan syarikat saya di bank islam taman tun.

    saya pindahkan semua akaun ke bank al rajhi sebelah bank islam.

    ReplyDelete
  16. Ingat UMNO tu bukan nya tuhan (united mamak number one) YANG TUHANKAN UMNO TU HANYA ORANG 2 UMNO SAJE. SOKONG BAWA REBAH DAN TERJUN DENGAN LABU BERLOBANGNYA LANGSUNG TAK BOLEH NAK BERPIKIR. KLAULAH KIAMAT ITU SUDAH DEKAT TAKKAN DITERIMA PENGAMPUNAN ORANG2 UMNO NI NANTI BILA PAKATAN RAKYAT MENDAPAT MANDAT MEMERENTAH JANGA ADA DARI KALANGAN TOTOK UMNO NI BERGABUNG DENGAN KITA BIARKAN MEREKA DENGAN CARANYA. LANGSUNG TAK BOLEH DITOLONG. YAHUDI MUSLIM TU PUN KADANG2 ADA YANG IMAN NYA LEBIH BAIK DARI ORANG-ORANG UMNO NI

    ReplyDelete
  17. uNITED mAMAK nUMBER oNE (UMNO)1

    ReplyDelete