13 January 2013

Syabas Mohamad Sabu

Saya masih mahu menulis tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya menarik sejuta rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar Stadium bersejarah itu. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat saya Hj Mohamad Sabu kerana berjaya mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan himpunan itu dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara.

Tidak juga lengkap jika kita tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan itu. Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa.

Saya juga mengucapkan syabas kepada PAS kerana mempunyai unit amal yang sangat berkesan untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan kerana memang di ketahui umum. PAS adalah parti yang begitu berpengalaman yang telah membentuk dan membina unit amalnya yang bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu berlaku dengan lancar.

Dalam ceramah-ceramah saya di seluruh negara saya melihat unit amal PAS ini merupakan unit yang telah membantu parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan begitu baik dan tersusun semua program yang parti itu laksanakan. Malahan parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang lain (DAP dan PKR) mendapat bantuan yang begitu baik dari unit amal PAS ini. PAS mempunyai pasarana parti yang begitu baik sekali dan tidak ada parti-parti politik lain yang mempunyai satu unit yang khusus untuk menjaga keselamatan serta lalu lintas dalam sebarang perhimpunan, samada besar atau kecil.

Timbalan Presiden PAS itu telah memberi jawapan yang sinis kepada tuduhan UMNO yang mengatakan peserta-peserta perhimpunan itu telah dibayar oleh PAS sebanyak RM150 seorang. Tuduhan UMNO itu amat menjelekkan kerana mereka (UMNO) membuat tuduhan melulu kerana mereka ingat penyokong Pakatan itu sama seperti penyokong UMNO yang sentiasa dibayar untuk hadir dalam majlis keramaian anjuran parti yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu.

Jika UMNOlah yang mengumpulkan rakyat seramai itu semalam, tidak salah jika dikatakan mereka (UMNO) terpaksa berbelanja puluhan juta ringgit untuk membekalkan bas dan pengangkutan, karipap-karipap yang tebal-tebal, topi serta baju T untuk peserta. Sebaliknya PAS dan rakan dalam Pakatan pula di bantu oleh rakyat dengan derma sedikit seorang dari peserta-peserta perhimpunan itu dan telah dapat mengumpulkan wang bantuan dari rakyat dengan jumlah yang mencukupi untuk membayar kos sewaan Stadium Merdeka yang begitu mahal itu. Perhimpunan semalam itu adalah perhimpunan rakyat dan sedikit sebanyak rakyatlah yang membantu membiayai kos perhimpunan itu.

Inilah perbezaan di antara UMNO dengan PAS dan PR. Tidak ada siapa yang menanggung kos perjalanan mereka dari Kedah, Kelantan dan tidak kurang ramainya dari Sabah dan Sarawak. Itulah sebabnya perhimpunan ini kecenderungan mereka untuk kekal menyokong Pakatan adalah besar kerana mereka yang hadir itu ada saham dalam perbelanjaan melaksanakan perhimpunan yang begitu besar dalam sejarah perhimpunan politik negara itu.

Dalam suasana perubahan yang wujud pada hari ini tidak ada jentera kerajaan yang mampu untuk mendekati kemampuan yang boleh dilakukan oleh jentera parti-parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Kalau lah UMNO berniat untuk mengumpulkan seramai ini rakyat UMNO terpaksa menyewa tidak kurang dari lima ke enam ribu buah bas selain dari van-van dan kenderaan-kenderaan yang lain yang di sewa untuk mengangkut peserta perhimpunan mereka.

Saya tetap menyatakan dengan keyakinan yang tinggi yang Pakatan Rakyat tetap mendahului dari segi sokongan yang ‘legitimate’ rakyat kerana mereka (rakyat) menyertai program anjuran Pakatan Rakyat dengan berbelanja sendiri. Pakatan tidak payah menggunakan anggota keselamatan, agensi-agensi kerajaan serta bebagai-bagai pertubuhan untuk membawa manusia kepada himpunan yang di anjurkannya.

Tidak payah ada penyelia untuk makanan seperti nasi bungkus dan kuih muih serta minuman untuk peserta seperti lazim dilakukan oleh BN khususnya UMNO. Ia juga tidak payah membawa kumpulan K-Pop dari Korea atau bidadari dari syurga untuk membuatkan orang ramai hadir di perhimpunan mereka semalam.

Semangat yang seperti ini sudah pasti tidak dapat ditanam dalam UMNO kerana segala pergerakkan mesti dilancarkan dengan penggunaan wang yang besar. Itulah sebabnya saya selalu menyatakan yang untuk mengekalkan UMNO sebagai parti yang memerintah kita terpaksa berbelanja dengan banyak dan segala perbelanjaan itu ditanggung oleh jabatan-jabatan kerajaan.

Ahli-ahli dan pemimpin UMNO hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja. Selepas nyanyian itu mereka akan kembali bercakaran dan berusaha mengenepikan pengaruh mereka yang berlawanan untuk mendapat tempat khususnya semasa pemilihan calon pilihanraya nanti.

Himpunan rakyat semalam benar-benar merangsangkan semangat pihak yang mahu melakukan perubahan dan keyakinan mereka telah bertambah berganda-ganda dan semangat ini lah yang akan membakar semangat rakyat untuk melakukan perubahan dengan sukarela dan dengan komitmen yang tinggi.

Selalunya pihak yang mempunyai semangat sebeginilah yang akan menempa kejayaan, insyaallah.

23 comments:

  1. Salam Dato' tiada apa lagi yang boleh diungkapkan untuk KL112 setelah seharian saya di sana melainkan - INILAH KALI NYA... ! Syabas pada semua dan Insyaallah masa nya akan datang jua untuk kita labuhkan tirai UMNO/BN

    -anakPodehGhombau-

    ReplyDelete
  2. Salam Dato' tiada apa lagi yang boleh diungkapkan untuk KL112 setelah seharian saya di sana melainkan - INILAH KALI NYA... ! Syabas pada semua dan Insyaallah masa nya akan datang jua untuk kita labuhkan tirai UMNO/BN

    -anakPodehGhombau-

    ReplyDelete
  3. Teruskan memberi tekanan kepada UBN. Pastikan momentum ini berterusan sehingga PRU13.

    ReplyDelete
  4. semua kaum berkerja sama,di Mesjid Buikhary kaum Cina pon ada bersama waktu Suboh untuk membersih badan .

    ReplyDelete
  5. Hebat org kolopelah ni ,, ROYAL SALUTE tuk lu Bang !!!
    http://bintongan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Salam;

    Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Sama samalah kita doakan, semoga niat bersih Pakatan Rakyat di kabulkan Allah SWT.Bila dah menang, jangan jadi seperti UMNO yang BANGSAT tu!. Orang orang UMNO dah lupa daratan.....Orang yang bersalah MESTI terima hukuman. Bila Pakatan Rakyat memerintah Negara ini, jangan lupa, hadapkanlah mereka mereka yang RASUAH itu ke pengadilan...DEMI RAKYAT MALAYSIA..AMIN.

    ReplyDelete
  7. atu kupasan yang bernas dan factual.Melihat reaksi2 gila pencacai2 UMNO jelas menunjukkan Himpunan Rakyat KL#112 begitu berjaya.Lucunya Najib yang cuba menyaingi HR#112 di Rincing, Semenyeh dengan mengumpan beras kampit 5 kilo kepada kaum India, menampar mukanya sendiri apabila dia dicemuh oleh kaum india sendiri yang menganggap memberi sekampit beras dari lori kontena amat menghina dan memalukan mereka.Omongan pencacai kononnya ada 30ribu yang menghadiri himpunan Najib juga jadi bahan ketawa. Masakan khemah2 di ruang letak kereta Tesco Rincing boleh menampung seramai itu.

    ReplyDelete
  8. Himpunan rakyat semalam benar-benar merangsangkan semangat pihak yang mahu melakukan perubahan dan keyakinan mereka telah bertambah berganda-ganda dan semangat ini lah yang akan membakar semangat rakyat untuk melakukan perubahan dengan sukarela dan dengan komitmen yang tinggi.

    Selalunya pihak yang mempunyai semangat sebegini lah yang akan menempa kejayaan, insyaallah.

    mengambil & memetik paragraph akhir Tuan

    ,,,,,,,,,alangkah sgt elok lagi kalau angka yg hadhir katanya 700 ribu ini dikerah menjadi petugas parti dlm pru13 nanti

    ,,,,,,,,,jadikan setiap yg hadhir khusus sebagai 'penagkap' pengundi2 hantu

    ,,,,,,bertugas lah terutamanya di pintu2 masuk tempat mengundi

    ,,,,,juga dimana2 lokasi yg dikenalpasti

    ,,,,,,,,,,,,,,,hanya dgn ikhtiar terakhir ini , sblm berserah kpd Allah swt , insyaAllah Putrajaya akan jatuh

    ReplyDelete
  9. AA,
    Saya setuju dgn artikel ini.Perasaan dalaman saya sayu dan teruja ketika melihat peserta himpunan (Melayu,Cina dan India)berebut-rebut menghulurkan derma kpd penganjur.fenomena ini tidak pernah berlaku semasa saya bersama UMNO dulu.Sebaliknya peserta berebut-rebut mendapatkan habuan drp penganjur.Saya percaya jika kita mendapat kerajaan baru,sesuatu yg kita fikirkan mustahil selama ini boleh berlaku.

    ReplyDelete
  10. Ya.....tahniah kpd Mat sabu...Tahniah kpd PR yg berjaya mengembelingkan tenaga mengadakan himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat.Sekarang telah jelas kelihatan...Everything is clear written on the wall..Rakyat favor PR in the coming PRU 13.

    Kodiang

    ReplyDelete
  11. Saya salah seorang yg dikerah utk mengumpulkan org samasa perhimpunan dibukit jalil. Saya diberikan 80 bas seluruh warga wilayah persekutuan KL seorang diberikan 30 ringgit dan sebungkus makanan dan air kotak yg bernilai 10 ringgit,saja nak bagi tahu Umno punya cara dan PR punya cara mengumpul org jauh beza..saya dapat rasa memang kali ini UMNO/BN berkubur sangat cerah . PR jgn buat silap dari segi calon pilihanraya dan jgn tamak dan menguasai antara satu dgn lain. Selagi bernama manusia sikap negatif tetap ada tolong kawal supaya matlamat ke Putrajaya tercapai dan dpt membentuk kerajaan baru dengan harmonis.

    ReplyDelete
  12. TAHNIAH MAT SABU
    TAHNIAH SEMUA PESERTA KL112
    ..........INI KALI LAH........

    ReplyDelete
  13. salam untuk pengunjung blog ini!
    Lepas ni ada lagi tak? Penat 12/1 tak hilang lagi. Tapi rakyat yang cintakan keadilan TETAP akan turun. PM bagi BRIM, UNDI ku TETAP PR.
    Pagi ni mak wa cukup ceria Blok depan aparment kami ada tergantung bendera PAS. Lembut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Manis dan cantik.
    KITA BERHIMPUN LAGI JIKA GOMEN LIDAH BERCABANG!!!! mak wa

    ReplyDelete
  14. salam untuk pengunjung blog ini!
    Lepas ni ada lagi tak? Penat 12/1 tak hilang lagi. Tapi rakyat yang cintakan keadilan TETAP akan turun. PM bagi BRIM, UNDI ku TETAP PR.
    Pagi ni mak wa cukup ceria Blok depan aparment kami ada tergantung bendera PAS. Lembut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Manis dan cantik.
    KITA BERHIMPUN LAGI JIKA GOMEN LIDAH BERCABANG!!!! mak wa

    ReplyDelete
  15. Tak sabar menunggu harakah pagi ni.Sebak dada menatap perjuangan ikhlas rakyat.

    Terkenang nasib anak2 nelayan bijak mengira dengan kepala namun masa depan tetap meredah lautan. Terbayang anak2 petani tabah membantu tanpa mempedulikan masa depan mereka dek kerenah PPD yang cukup taat pada kroni. Nak masuk asrama jauh sekali.

    Terima kasih rakyat khususnya anak2 muda harapan bangsa. Kalian telah membuktikan keberanian bersuara.

    Khusus pada Pak Wan SPR dan seluruh anggota kerajaan amnya, tunggu apa lagi. Jangan takut pada menteri,bukan mereka yang bayar gaji.

    Rakyat kaya miskin semua sudah berani, tuan2 diberi kuasa oleh Yang Maha Kaya, buktikan dengan tindakan berani pada tuntutan rakyat.

    Saya yang menurut perintah tu bukannya perintah najib dan konco2nya.

    Ugama didahulukan rakyat diutamakan.

    ReplyDelete
  16. Salam AA,

    Saya rasa pihak pimpinan PR, seharusnya membentuk pasukan wanita PR secara in different group, pergi rumah ke rumah, jumpa RAKYAT, pak cik makcik, face to face at root level (peringkat akar umbi).

    Cara ini walau nampak retro, tapi sangat efektif dan berkesan.

    Cara berceramah secara umum, belum cukup, sebab orang bandar, berpendidikan dan ada internet sudah tentu sedia tahu.

    Tapi, bagi orang veteran di kampung yang tidak ada internet (hanya di suap RTM/TV3), maka mereka inilah pihak pimpinan PR jangan abaikan dan leka. Kalau leka, maka PR akan menghadapi jalan sangat sukar walau dengan simple majoriti. PR jangan rasa selesa (complacent) dengan himpunan HRK baru-baru ini.

    Saya harap pihak Wanita PR dan pemudi mulakan usaha sekarang.

    Kita semua tahu, pihak BN pimpinan UMNO akan bermati-matian untuk mencari jalan walau jalan sebesar lubang jarum, untuk memburuk-burukkan PR dan main rasuah.

    ReplyDelete
  17. Tuan Aspan,

    Unit amal ini merupakan aset penting PR. Sekali lagi, salam hormat saya untuk unit amal PAS ini. Walaupun saya ahli UMNO, saya gembira melihat disiplin mereka.

    Seperti yg tuan sedia maklum, saya memeng menentang demontrasi jalanan seperti Bersih dulu tu. Namun, saya mengakui berhimpun di stadium merdeka ini adalah satu jalan terbaik untuk menunjuk rasa. Walaupun masih banyak yg perlu diperbaiki terutama dari segi pengisian dan didiplin semasa berarak masuk namun tahniah untuk anda semua.

    Selepas ini biarlah kita tentukan semasa pilihanraya. Biarlah rakyat tentukan pilihan mereka. Jika enggan percaya kepada pemerintah yang mana parti saya menjadi tunggaknya, sila lah atur strategi dengan pintar. Pastikan setiap peti undi di kawal dengan sistematik. Senarai pengundi sudah ada ditangan kalian. Kenal pasti pengundi yg kalian anggap seperti hantu. Jika hantu ini datang, maka buatlah bantahan pada petugas SPR dan sila lah buat laporan polis. Pastikan kali ini ada beribu laporan polis dibuat dengan lengkap mempunyai bukti serta bantahan rasmi pada SPR oleh petugas PR pada hari mengundi. Pilih petugas yang arif dan tegas untuk memastikan hak anda tidak diabaikan.

    Saya yakin yang parti saya akan tetap menang pada plihanraya kali ini namun saya akan akur jika majoriti rakyat memilih sebaliknya. Saya juga amat berharap saudara saudara saya di Pakatan Rakyat akan bertindak serupa.

    Selamat berjuang..

    ReplyDelete
  18. kalau lah semua ahli UBN sama seperti saudara Ibni Ismail pasti Negara Malaysia ni tak lah jadi mcm ni. Shabas Saudara, masih lagi ahli tapi faham ape kehendak rakyat.....

    ReplyDelete
  19. Saudara Pak Aspan,

    I am very shock and surprise to see the gathering at Merdeka Stadium, and I will really think that the current administrator will not dare to called an election at these period, but I will conclude that the current administration will find faults on Pakatan, and take opportunities to create an misunderstanding amongst the Pakatan to fight among themselves...and if these will be to happened, then the current administration will call for election

    Terimakasih...

    ReplyDelete
  20. Salam Pak Aspan,

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dr-m-kl-rally-bid-to-topple-bn-government/

    Boleh komen sket? Sikit ajer taww!!

    TQ

    ReplyDelete
  21. Salam Pak Aspan,

    Saya amat terharu di atas sokongan rakyat Malaysia berbilang kaum dapat bersatu dalam satu wadah perjuangan iaitu KEADILAN seperti yang telah ditunjukkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat. Tetapi saya lebih terharu dengan tulisan Sdr. Ibni Ismail walaupun beliau penyokong UMNO tetapi tidak buta hati dan berfikiran rasional. Nasihat saya pada Sdr. Ibni Ismail keluarlah dari menyokong UMNO kerana Sdr. seorang tidak boleh menukar wajah atau merubah UMNO dan akhirnya Sdr kecundang keseorangan disebabkan tindak tanduk dan perangai pemimpin-pemimpin UMNO dan sedarilah bahawa UMNO sekarang adalah UMNO ciptaan manusia bernama Mahathir Mohamad. UMNO sebenar telah dibunuh dan dikuburkan oleh Mahathir Mohamad.

    Syabas dan selamat berjuang.

    ReplyDelete
  22. Salam bang ...air mata saya tak semena2 berjujai2 keluar dan dada sungguh sebak melihat lautan manusia didlm stadium merdeka. Saya pergi perhimpunan umno kat bukit jalil tapi pening dan nak muntah kerana tak ori dan dipaksa datang. Saya masukkan juga duit dlm karung masa ari itu tapi cuma seringgit je. Belen nak bayar tambang komuter balik T. Malim.

    ReplyDelete
  23. Syabas Bang Mat...i love u...

    Putra Bertam

    ReplyDelete