Di Hutan Melintang semalam Ahmad
Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengingatkan Pakatan Rakyat tidak membuat huru
hara jika kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau bercakap samada
dengan apa yang diperkatakan oleh Najib dan beberapa orang pimpinan UMNO sejak
akhir-akhir ini seolah-olah Pakatan Rakyat akan melakukan keganasan seandainya
kalah dalam PRU nanti.
Kata-kata ini seolah-olah hendak
mempersediakan pemikiran rakyat yang huru hara akan berlaku jika Pakatan Rakyat
kalah dalam pilihanraya kali ini. Tetapi sebaliknya UMNO lah yang mempunyai
kecenderungan untuk melakukannya jika kalah dalam pilihanraya nanti. UMNO dan
BN sebelum ini tidak pernah merasakan kekalahan dalam mana-mana pilihanraya, maka
kekalahan mereka kali ini terpaksa kita berhati-hati menghadapi sentimen buruk
yang akan di tunjukkan oleh UMNO itu nanti.
Pakatan Rakyat dan pembangkang
telah biasa dengan kekalahan setiap kali pilihanraya dan tidak pernah melakukan
huru hara kepada negara. Hanya kali ini pembangkang akan menerima giliran untuk
memenangi PRU ini. Sebaliknya dalam rekod sejarah negara huru-hara hanya
berlaku jika BN kalah atau hampir kalah seperti yang berlaku pada tahun 1969
dahulu. Kejadian 13 Mei adalah hasil dari keputusan pilihanraya yang
mengejutkan Perikatan semasa itu apabila parti-parti dalam Perikatan telah
banyak yang kalah.
Semasa Zahid menyeru supaya
Pakatan Rakyat tidak melakukan huru hara, di Pekan, kawasan Najib sendiri,
seorang mahasiswa Ali Ashraf telah di belasah oleh penyokong UMNO kerana
mengedarkan risalah untuk persediaan mahasiswa bertanding di kawasan itu
menentang Najib. Oleh itu kita mesti ingat jika BN kalah lah yang memungkinkan
huru hara itu akan berlaku kerana yang kalah (BN) akan berada di dalam
ketakutan.
Saya membuat komen ini kerana tidak
ada sesiapa di pihak pembangkang berniat untuk melakukan keresahan tetapi yang
mempunyai kebarangkalian untuk melakukan huru hara itu ialah UMNO dan BN. UMNO mahukan
kesempatan untuk membawa dan memaksa semua pihak bersatu dan UMNO tidak di
tinggalkan dalam perbincangan untuk memulakan politik baru dalam negara ini.
UMNO telah menunjukkan bukti
berkali-berkali mereka lebih beruntung jika ada kekecuhan dalam negara. UMNO selama
ini kekal diatas perpecahan rakyat. UMNO sekarang ini tidak seperti UMNO asal
dahulu dalam mana parti yang asal itu di asaskan kerana penyatuan umat Melayu
sedangkan UMNO baru ini terasas diatas perpecahan parti itu pada tahun 1987
dahulu.
Itu sebabnya saya dan ramai yang lain
selalu menasihatkan orang ramai supaya jangan berbuat apa-apa selepas mengundi
kerana UMNO hanya menunggu alasan untuk melakukan kerja yang tidak baik bagi
membawa negara kearah pembentukan pentadbiran ala MAGERAN dahulu.
Bagi saya, jika ada kekecuhan ia
akan datang dari pihak UMNO. UMNO adalah parti yang tidak ‘gentleman’ dan amat
takut dengan kehilangan kuasa. Kita mesti ingat dan jangan mudah lupa yang
Najib pernah berkata yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan
kuasa di Putrajaya, itu milik BN. DAN salah satu peristiwa awalan yang akan
berlaku telah pun berlaku apabila Ali Ashraf telah di belasah oleh penyokong
Najib di Pekan semalam..
Apakah itu bukan bayangan apa
yang BN akan lakukan jika mereka kalah dalam pilihanraya nanti?
Pandai-pandailah berfikir siapa yang akan melakukan jenayah jika kalah dalam
pilihanraya ini nanti.
Tetapi kita wajar melaksanakan
tugas kita dengan memberikan sokongan kali ini terhadap Pakatan Rakyat, kerana
kecelaruan pimpinan BN tidak boleh kita biarkan berlarutan.
Kita lupakan UMNO buat kali ini
kerana jika kita masih memberikan sokongan dan undi untuk UMNO, kita
sesungguhnya sedang menzalimi serta memusuhi diri kita sendiri.
Memang benar BN khususnya UMNO telah menunjukkan simpton2 huru-hara sejak kebelakangan ini. Ini adalah kerana mereka sedang gelabah beruk apabila ada tanda-tanda mereka sedang menuju kekalahan di dalam PRU13 ini. Fenomena ini kita dapat lihat di dalam youtube di mana mereka membuat kekacauan di dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Kedah sejak tahun lalu.
ReplyDeleteJgn layan sgt BN yg dah gila ni. Kalau kita layan mereka, virus gila mereka boleh buat kita sedikit se byk buat tindakan gila atau perkara2 yg x matang. YM AA, saya syor utk tulisan yg akan dtg, tolong ingest pembaca bahan2 bernas utk pasti kan semua peti2 undi di seluruh Msia nanti x masuki undi2 yg x genuine
ReplyDeleteBang,
ReplyDeleteSeingat abang yang lama berada dalam umno, dia ni yang tulis surat kat Mahadei ni, dia ahli umno cawangan mana?
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/13/deepak-wants-najib-out-muhyiddin-in/
Dia benar2 bersemangat nak selamatkan umno neh!
Huruhara jangan jadikan perkataan kerana bahaya. semua pehak mesti melunakkan hati semua rakyat bahawasanya huruhara adalah suatu bala yg minta dijauhi. siah malaikat 44 kata org kampong saya.
ReplyDeleteTokoh yg mempopularkan perkataan huruhara atau ugutan huruhara perlu ditangkap sebagai amaran dan peringatan.
yang pasti ditangkap duluan adalah mahathir, najib , Zahid dan yang seumpama dengannya.
umno ini yahudi a/l kominis
ReplyDeleteUMNO dan BN sangat susah untuk melepaskan kuasa pemerintahan kerana setiap orang pemimpinya didapati telah melakukan banyak kesalahan jenayah dan apabila kuasa pemerintahan akan berpindah dengan pembangkang maka mereka semua akan dibicarakan atau diadili kerana kes-kes jenayah tidak ada hadmasa sehingga seseorang itu mati. Maka mereka UMNO dan BN akan memastikan bahawa kuasa pemerintahan mestilahlah dilepaskan kepada sahabat dan kroni mereka untuk menjamin keselamatan dan kekayaan yang telah mereka buat.
ReplyDeleteAs Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteDari pengalaman hidup saya perhatikan, apabila UMNO/BN kecundang di dalam PRU13 kelak, jika mereka nak protes secara keganasan dan tunjuk rasa (demonstrasi) sekalipun hanyalah paling kuat 3 hari sahaja.
Terbuktinya UMNO ini adalah sebuah parti talibarut yang diwujudkan British di negara ini. Rata-rata ahlinya terdiri daripada pengampu dan pembodek. Sikap pengampu dan pembodek ini selalunya tidak berpihak kepada yang sudah tidak berkuasa(kalah)lagi.
Sebagai contohnya, Tun Mahathir (sudah tiada kuasa) di zaman Pak Lah menjadi PM, beliau telah melaung ke hulu dan ke hilir malah telah keluar dari UMNO sekalipun hanya 2 orang sahaja yang menurut jejak langkah beliau (keluar parti) itupun balaci mamak dan pencacai tegar beliau.
Jika para pemimpin mereka kalah di PRU13, maka dana sudah tiada lagi untuk mengupah samseng-samseng tahi kucing bagi menggangu atau tunjuk rasa kepada kerajaan baru (PR), silap hari bulan kena pula tahanan lokap Polis (Menteri Dalam Negeri - Menteri PR) dan lebih buruk lagi mati dalam tahanan.... Ahli UMNO mahu ke? Selama ini mereka terlalu manja dengan UMNO (hingga Polis pun tolong lindungi mereka).
Kalau setakat UMNO nak bawa 10 buah bas dengan semseng bodoh upahan UMNO, maka pihak PR boleh membawa 500 buah bas bagi menandingi mereka (tanpa upah) sekiranya pihak Polis sudah tidak menyebelahi UMNO lagi. Sekarang pun dua ke tiga kerat sahaja pegawai atasan Polis dan Tentera yang betul-betul menjadi balaci UMNO, mengikut risikan rata-rata pegawai pertengahan dan bawahan yang berminda sihat sudah cenderung kepada PR.
Najib dan UMNO kena faham, selama 4 tahun menjadi PM beliau asyik mempopularkan diri beliau dan Roswah sahaja tanpa pelan kukuh untuk mendapatkan sokongan rakyat. Satu ke dua dekad ini angin perubahan telah jauh melanda rakyat, lihatlah Pak Lah yang suatu masa dahulu begitu baik dan prihatin terhadap rakyat terutama kakitangan awam, tetapi dek kerana Menantu Syaitan maka beliau kehilangan 5 negeri di PRU12 (itu pun Anwar belum bebas sepenuhnya), apalagi sekarang?
Lihat muka Najib dan "Bini Puakanya" pun rakyat dah tak lalu makan dan muntah-muntah satu minggu, apalagi untuk memberi sokongan kepadanya di PRU13 kelak.
Hanya Jauhari yang mengenal Manickam. Tapi Batu Ronson tidak mengenal walau Kayu sekalipun.... Maaflah kutuk sikit!
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteDari pengalaman dan pemerhatian saya, sekiranya UMNO tewas di PRU13 dan berlaku huru-hara atau demonstrasi sekalipun hanyalah setakat 2 hari sahaja. UMNO adalah sebuah parti tali barut British yang wujud sebelum merdeka dan para ahlinya terdiri daripada pembodek dan pengampu kepada sesiapa sahaja yang memegang tampuk kuasa.
Lihat sahaja sebelum PRU12 apabila Mahathir (setelah tidak berkuasa dan berjawatan) bertindak keluar UMNO kerana marahkan Pak Lah, tetapi hanya 2 orang sahaja yang mengikut jejak beliau (keluar parti) itupun pencacai dan penjilat bontot setia beliau.
Setelah memegang kuasa (bukan lantikan rakyat) selama 4 tahun, Najib dilihat hanya mempromosi diri beliau dan “Bini Puaka” beliau sahaja tanpa memperdulikan hak dan hidup rakyat yang memerlukan pembelaan. Sebelum PRU12, mantan PM Pak Lah dilihat sebagai prihatin kepada rakyat (terutama kakitangan kerajaan), begitupun lima negeri jatuh ke tangan PR (sebelum Anwar dibebaskan sepenuhnya) dek kerana karenah “Menantu Beruk Jantan” beliau, apalagi situasi sekarang ini?
Sejak kebelakangan ini rakyat sudah mula membuka mata dan celik politik dek kerana hidup dan sosial yang kian tertekan oleh pemerintah yang berperangai lanun dan penyangak. Hanya Najib dan balacinya Menteri Perogol Amah sahaja yang ketinggalan zaman yang saban hari mahu memperbodohkan rakyat dengan pelbagai slogan dan transformasi “mee segera” beliau.
UMNO kini dan selamanya tidak layak sebagai Pemerintah apalagi sebagai Pembangkang sekalipun. Mereka hanya layak sebagai “free loader” sahaja.
Hanya Jauhari yang mengenal Manickam. Tetapi Batu (Ronson) tidak mengenal walaupun tunggul kayu buruk sekalipun. Ya ampun.......
Dah 12x pr kalah,xde huru hara pn.umno/bn blom lg pilihan raya dah buat mcm2 provokasi,belasah org lah,ugut lah & mcm2 lg.
ReplyDeleteInsiden di Pekan di mana komuniti MU oleh Ali Asraf telah dibelasah oleh macai-macai UMNO.ini adalah gara-gara penuntut MU yg hendak bertanding di Pekan menentang Najib. Tektik samseng oleh budak-budak upahan UMNO akhir-akhir ini menjadi-menjadi!.Begitu juga insiden yg telah dialami oleh PR di Johor,Melaka,N.Sembilan , Selangor dan WP.Budak-budak samseng UMNO sudah tentu ada kepala Samseng.Kepala samseng ini terdiri dari Pemimpin UMNO seperti Ahmad Zahid Hamidi!Ahmad Zahid Hamidi belum tentu menang dalam PRU 13 di Bagan Datuk nanti.Apa yg telah berlaku di Penang di mana Najib telah ditolak oleh penonton-penonton Psy. Are u ready for BN ? Ini disambut dg laungan "No No No "...
ReplyDeleteSenarai nama-nama di bawah ini, adakah mereka good losers?
peringkat Nasional ...Mahathir
Johor ...Hishamuddin,Ahmad Maslan,Muhyiddin,Puad Zarkashi dan Khaled Nordin
N.Sembilan...Mohd Hassan dan Rais Yatim
Melaka....Ali Rustam dan Abu Seman Yusof
Selangor....Noh Omar
Pahang...Adnan Yaakob dan Najib
Perak ...Ahmad Zahid Hamidi
Wilayah..Raja Nong chik dan Shahrizat
Mentaliti UMNO di Semenanjung amat memalukan jika dibandingkan dg Sabah dan Sarawak
Dari segi sejarah,UMNO adalah bad losers dalam pilihan raya 13 Mei 1969!
Bangsar
bagi utk merekodkan kejadian2 masa PRU 13 nanti...sy cadangkan pihak BERSIH ataupun pihak PR mengujudkan pasukan pemantau berlapis....jika satu lapis dikacau ada lapisan backup dibelakang lagi........kemudian kita jadikan rakaman2 tu nanti sbg bukti2 jika diperlukan....pasukan pemnatau nie perlu dilengkapkan dgn gadget2 yg canggih dan sopisticated.....
ReplyDeleteSyabas. Syor boleh d terima pakai. D mukim kami dah d sedia dlm 1200 pemantau
DeletePak Aspan,
ReplyDeletePantangnya mengalih meja 'loh sang'
Ada ke org umno nak buat huru hara bila kalah.? Semua dok dlm rumah,malu jd pmbangkang.
ReplyDeleteUMNO akan gunakan orang upahan untuk mulakan gaduh dengan bayaran .Siapa nak gaduh for nothing tentu orang upahan tu telah dibayar .Kalau orang upahan ini smart ambil sahaja upah dan lepas undi duduk rumah diam2.Saya tak yakin pemimpin UMNO akan menawarkan dibaris hadapan sebagai benteng kerana mereka tu sayangkan dunia apa perlunya bergaduh yang bolih memudharatkannya.Setiap orang bawa kamera dan ambil gambar mereka yang bergaduh untuk dibawa kepengadilan nanti...Percayalah pemimpin umno sebenarnya pengecut cuma berani cakap depan tv dan dalam akhbar saja.Braheng Ali siapa tak kenal masa diitm dulu harapkan suaranya saja tetapi sebenarnya dia pengecut...Jadi kita sama bersedia untuk ambil gambar mereka bergaduh dan lepas itu dikerjakan melalui proses undang2..Jadi jangan takut ugutan umno kerana semua itu tin kosong....
ReplyDeleteTerima kasih pak aspan krn hujah2 bernas n jelas sehinggakan pencacai umngok x berani datang katsini apalagi utk brhujah...kpd pak aspan teruskan brjuang semoga dbrkati Allah n sihat sejahtera...tq..
ReplyDeleteArwah ayah dulu seorang yang panas baran. Dek panas baran dialah, tak de orang yang berani dengan dia takut takut silap hari bulan kena marah dengan beliau. Kalau orang lain nak cerita pasal ayah saya lazimnya cerita panas baran dia akan selalu keluar. Bagi saya lain pulak, saya akan ingat dia sebagai seorang yang hanya lepasan darjah enam tapi telah berjaya menanam pentingnya pelajaran dalam diri saya hingga saya dapat berlajar luar negeri.
ReplyDeleteKalau orang nak cerita pasal arwah atuk saya, akan keluarlah cerita ceriti yang atuk saya berbini ramai. Tapi bagi saya , atuk sayalah orang yang berusaha mendapatkan penjamin untuk saya dapat belajar luar negeri kerana dari kalangan keluarga saya, tiada seorang layak jadi penjamin.
Macam tu lah kalau orang nak kata TDM dan UMNO ni zalim.Ada dia penjarakan orang tanpa usul periksa, ada dia rampas harta orang, ada dia usik anak dara orang?
Kalau zalim dah ramai orang nak pukul dan sepak terajang dia? Saya tengok dia cool saje, kalau jumpa kat mana mana majlis ataupun masjid, ramai pulak nak salam debgan beliau dan beliau sentiasa murah dengan senyuman.
Sudah tentu ada sebabnya orang ramai nak salam dengan TDM, macam saya, kalau boleh saya nak salam dan peluk TDM kerana saya tahulah beliaulah yang membuka banyak asrama penuh dan beri peluang pada pelajar melayu miskin satu ruang untuk merubahkan keadaan.
Biarlah orang nak kata dia ni Mahazalim, tapi dalam diri saya akan mengganggap beliau sorang negarawan ulung abad ini.
Batu Ronson
Yg raykat dpt hanya x lebih drpd tip of iceberg je.
DeleteJiwa yg diasuh seperti jiwa pengampu dan pembodek tidak kuat mana pun jangan risau kemampuan umno buat huruhara tidak akan kuat. paling lama 3 pusingan masuk pusingan keempat kepala dia pun berpusing.
ReplyDeletewalaubagaimanapun siap sedia dengan rakaman . setiap ahli PR wajib merakamkan kejadian dikawasan masing2 handphon atau vedio.
Lucu sungguh orang (namanya ronson) yang acap kali mengaku dan berbangga belajar ke luar negara dengan biayaan kerajaan hanya mampu berfikiran macam budak sekolah lembam.
ReplyDeleteKalau ramailah spesis yang mengaku berbangsa Melayu dan beragama Islam dan berfikiran jumud begini, alamatnya tak lama lagilah hayat bangsa Melayu di Tanahair ini.
Asalkan Bukan UMNOOOOO.......(ABU)
BN will NOT allow the new govt. to uncover the 'mess' they created over the decades....by hook or crook, they must retain power to protect their interest.
ReplyDeleteThe ordinary people will be shocked and disgusted to know what they have done.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteAllahu akbar! Subhanallah! Perasan tak kita semua, tak usah cakap banyak: dalam dua bulan ni aja, dah ada dua cerita popular. Bulan lepas, popular dengan "Listen! Listen! Listen!"; beberapa hari lepas pula: "No! No! No!" ... Justeru, saya benar-benar teruja lagi takjub dengan saranan serta sokongan 99.99999999999%rakan-rakan; kepada yang berkenaan pula, izinkan saya bertanya, kalau tak melampaui batas, adakah saudara redha kiranya suatu hari nanti, ada di kalangan anak dara atau janda dalam kalangan ahli keluarga saudara "diperkosa" zahir dan batin? Bayangkan sahaja, kalau kepmpinan para Nabi dan Rasul dan sekalian khalifah yang soleh lagi ikhlas pun ditegur dan dikritik, sepertimana kisah pertemuan Nabi Musa AS dengan Nabi Khidhir AS, siapakah benar puak yang saudara ingin salam dan cium tangan pemimpin seperti itu? Maaf, mungkin hujjahsaya melampau dan tak sedap untuk didengar, tetapi sepertimana yang saya sebutkan sebelum ini, mungkin, biarlah saya sebutkan secara terus-terang, saudara yang berkenaan hanya merasakan yang dia telah lahir sebagai seorang Melayu Islam, lalu boleh meremehkan dengan semberono soal keadilan, kesucian dan maruah agama, negara, bangsa, hatta diri ... Tidakkah saudara mahu merenungkan sedalam-dalamnya, berdasarkan dua "incident" sebegitu memalukan, bermakna, "somehow", regim diktator sedia ada ini sedang dilanda krisis moral dik perangai para perogol dan pembunuh di bawah dakyah sang syaitan tak guna tu? Apapun, kiranya ulasan saya ini melampaui batas, janganlahdisiarkan; saya sekadar melontarkan pandangan untuk dikongsi atas kapasiti tidak meredhai sokongan membuta-tuli sebegitu. Akhirnya, marilah kita memilih yang terbaik; semoga Allah SWT memperkenankan pilihan kita, insha Allah.
Terima kasih dan salam jihad.
Seawal musim panas tahun 1968 lagi, dia sudah relakan dirinya menjadi kuda tunggangan Henry Kissinger. Dia adalah antara 600 warga dunia yang Yahudi bela sejak tahun 1951-1969. Sebab itu dia berani cucuk Tunku akhir tahun 1968-awal 1969!. Dan dia jugak mempermainkan Tun Razak dan Datuk Harun Idris!
ReplyDeleteSehingga hari ini, ramai melayu sudah jadi kuda tunggangan dia, paling handal pacuan dan lariannya adalah Batu Ronson!
Citer bangga bab belajar kat overseas ni, tak lain tak bukan adalah Kampong man lah si Batu Ronson ni.
batu Ronson,
ReplyDeleteMahathir bukanlah orang yan pertama membuka sekolah berasrama penuh di neara ini. Sebelum Mahathir pun menjadi menteri pelajaran sekolah berasrama penuh dah ada. Selepas Mahathir tak jadi menteri pelajaran( sebelum jadi TPM) ia itu zaman Allah yarham Dr Sulaiman daud jadi menteri pelajaran, dia pun bukak sekoah asrama penuh.
Jadi, sudah sudah nak merapu. Elok lagi jika batu ronson cuba pertahan Najib tanya soalan silap kat konsert psy tempohari.
aku rasalah si batu ronson ni ingat pada zaman dia, dia sorang je yang diberisiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Anak orang susah lain tak ade kot.
ReplyDeleteSebab aku tak jumpa lagi orang yang terhutang budi begitu dasyat seperti batu ronson ni.
Aku dengar cerita Ng Yen Yen itu asal Kelantan. Lepas MCE, kerajaan negeri dibawah PAS kelantan telah membantu beiau datang sambung pelajaran di KL sehinggalah beliau berjaya sampai hari ini.
Tetapi Ng Yen Yen tidak macam batu ronson. pelikkan si batu ronson tu. Elok dia pergi nasihat Ng yen yen ni dulu
"Mahathir bukanlah orang yan pertama membuka sekolah berasrama penuh di neara ini. Sebelum Mahathir pun menjadi menteri pelajaran sekolah berasrama penuh dah ada. Selepas Mahathir tak jadi menteri pelajaran( sebelum jadi TPM) ia itu zaman Allah yarham Dr Sulaiman daud jadi menteri pelajaran, dia pun bukak sekoah asrama penuh."
ReplyDeletesilap fakta tu bro...Mahathir Kutty ni tak buat apa sebenarnye...Yang buat asarama penuh tu Anwar, UITM, UIA pun dia yang buat..kan ..kan
"Sebab aku tak jumpa lagi orang yang terhutang budi begitu dasyat seperti batu ronson ni."
Bro stress ke, susah hati ke, salah ke saya rase terhutang budi...orang tua pernah kate, hutang budi bawa ke mati...ada masalahke
Saya nak jugak rasa terhutang pada PAS ataupun PKR...nak setelkan urusan air dan sampah pun tak reti lagi..Belajarlah dulu buat benda yg kecik kecik dulu ye..
Batu Ronson
Batu Ronson,
ReplyDeleteKena baca buku "Kissinger, A Biography" oleh Walter Isaacson. Maka kenallah kamu siapa Mahadei ni.
Dalam buku itu terang2 disebut sejak 1951 hingga 1969, seramai 600 orang warga dunia dibela untuk pastikan mereka2 ini semua naik persada pemerintahan negara masing2 supaya mudah agenda mereka dilaksanakan di serata dunia.
Bacalah, kenalilah dan sedarlah.
Batu Ronson,
ReplyDeleteKena baca buku "Kissinger, A Biography" oleh Walter Isaacson. Maka kenallah kamu siapa Mahadei ni.
....ha, Batu Ronson ( memang kepala batu la dier ), dah baca ke belum buku itu????? jgn2 mamak pandykutty terhutang budi lak dengan kau selepas selesai baca buku itu...lepas tu jgn tak cium dan peluk mamak pandykutty sekoq ni...