26 February 2013

Pemilihan Perdana Menteri secara konvensyen sekarang ini sudah lapuk

Kerajaan negara ini bertambah lemah dari masa ke semasa kerana cara pemilihan pimpinan negara secara konvesyen itu sudah lapuk dan tidak relevan lagi di zaman ini.. Selama ini Perdana Menteri dipilih melalui konvensyen dalam mana Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri. Jika lemah seorang Presiden UMNO itu lemah lah Perdana Menteri negara ini dan berkecamuk lah keadaan negara dan pentadbirannya.

Sesungguhnya cara pemilihan Perdana Menteri dengan kaedah konvensyen ini tidak merupakan pemilihan yang ‘legitimate’ kerana ia hanya di pilih dan di tentukan oleh tiga empat ribu perwakilan yang boleh di jual beli undian mereka dalam pemilihan pimpinan parti UMNO itu. Seorang Perdana Menteri sekarang bukannya di pilih oleh rakyat yang ramai atau setidak-tidaknya oleh Ahli-Ahli Dewan Parlimen yang mewakili semua dan segenap lapisan rakyat yang berbilang kaum dan agama serta cara hidu itu.

Kita sewajarnya memilih seorang Perdana Menteri itu dengan memilih seorang yang mendapat keyakinan dari ahli-ahli Dewan Legislatif Parlimen dan itu sememangnya ada tertulis dengan jelas di dalam Perlembagaan negara kita. Saya yakin jika pemilihan seorang Perdana Menteri itu telah dilakukan seperti yang di kehendaki oleh Perlembagaan itu kita tidak akan mengalami mempunyai seorang Perdana Menteri yang terlalu sarat dengan kontroversi dan masalah peribadi beliau seperti yang sedang kita semua alami sekarang.

Bagaimana kita hendak meletakkan keyakinan kepada tiga empat ribu perwakilan UMNO sahaja untuk menentukan siapa yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ini? Kita telah melihat bagaimana sejak hampir tiga puluh tahun dahulu seorang yang bercita-cita tinggi walaupun tidak berkelayakkan telah menjadi Presiden UMNO yang secara automatik menjadi Perdana Menteri kerana pemilihan secara konvensyen ini? 

Seperti yang berlaku sekarang rakyat ramai melalui wakil-wakil mereka di Parlimen tidak dapat menukar Perdana Menteri kerana seorang Perdana Menteri itu adalah Presiden UMNO sahaja. Orang Dayak serta Iban, misalnya, tidak dapat memberikan sumbangan untuk mencari seorang Perdana Menteri kerana wakil mereka bukannya ahli UMNO dan Presiden partinya.

Begitu juga orang Kadazan tidak dapat bersama-sama memilih seorang Perdana Menteri Melayu yang beragama Islam yang baik kerana wakil mereka tidak boleh menentukan siapa Perdana Menteri kita. Jawatan itu hanya boleh di tentukan oleh perwakilan Bahagian UMNO dan Cawangan yang berkumpul di Dewan Merdeka untuk memilih seorang Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Kita memahami yang seorang melayu yang berwibawa wajar di pilih untuk menerajui pimpinan negara tetapi biarlah setiap rakyat, melalui wakil mereka dalam Parlimen itu, mempunyai hak untuk memilih pemimpin Melayu yang mana yang selayaknya menjadi Perdana Menteri itu. Dalam sistem sekarang ini sesiapa yang mempunyai lebihan seperti kekuatan kewangan dan pengaruh di kalangan ahli-ahli yang menjadi perwakilan UMNO itu akan mendapat mandat yang akhirnya menyumbang kepada kelemahan hari demi hari tentang kualiti kepimpinan yang di pilih oleh UMNO untuk menjadi Presidennya dan menjadi Perdana Menteri.

Sekarang ini misalnya,  Najib mungkin tidak di terima dan di persoalkan oleh rakyat jelata tetapi tidak siapa yang boleh menggantikan beliau dengan mudah kerana beliau di pertahankan oleh UMNO itu sendiri. Malahan orang Melayu keseluruhannya pun tidak berupaya untuk menentukan siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri jika mereka tidak menjadi ahli UMNO atau wakil rakyat UMNO di Dewan Parlimen itu.

Itulah sebabnya kini dalam UMNO begitu lemah dan tidak lagi mempunyai moral untuk mentadbir negara tidak dapat diketepikan dengan mudah kerana UMNO akan mempertahankan penyandang yang datangnya dari UMNO itu. Justeru kelemahan UMNO memilih kepimpinan mereka akan menjadikan semua pihak di tadbir oleh pimpinan yang lemah dan akhirnya merosakkan keperibadian kepimpinan dan maruah negara kita tercinta ini.

Oleh kerana rakyat inginkan juga peralihan dan pertukaran Perdana Menteri itu, maka rakyat terpaksa menolak UMNO secara ‘total’ dalam pilihanraya kali ini kerana selagi UMNO memerintah, parti itu akan menonjolkan pemimpin yang sentiasa menjadi persoalan rakyat tentang kewibawaannya itu.

Jadi tidak salah rakyat ramai menolak UMNO untuk mengelakkan negara di pimpin oleh pemimpin yang tidak boleh dipercayai yang di juarakan oleh UMNO itu. Dalam sistem sekarang ini rakyat terpaksa berpakat untuk menolak UMNO secara ‘total’ bagi mengelakkan melayu dari parti ini menjadi Perdana Menteri kerana beliau hanya di pilih oleh perwakilan UMNO yang tiga empat ribu itu sahaja dan bukannya dari rakyat yang ramai.

Kali ini kita lakukan yang terbaik semasa pilihanraya ini bagi memilih pihak yang lain dan membolehkan seorang Melayu berwibawa dipilih untuk menjadi Perdana Menteri negara kita dan tidak lagi kita berada di bawah tadbiran seorang Perdana Menteri yang pengecut dan lemah serta lesu dan tidak bermaya yang mewakili UMNO itu..

Sekarang ini berbagai program perubahan yang di retorikkan oleh pimpinan dan kita mesti percaya yang seorang pemimpin yang penuh dengan slogan dan teori yang besar-besar itu akan hanya kekal dengan teori mereka tetapi tidak akan mampu malakukan apa yang beliau slogankan itu.

Apabila kita melakukan sistem pemilihan melalui peruntukan Perlembagaan itu maka kita boleh memilih seorang pemimpin Melayu yang berwibawa tidak kira beliau datangnya dari UMNO sendiri atau dari Pakatan Rakyat.

Yang pentingnya ia mestilah pilihan rakyat melalui wakil-wakil semua bangsa yang berada di Dewan Parlimen itu. Kita tidak ada pilihan lain sebenarnya.

10 comments:

  1. Bang,

    Cara Konvensional lapuk?

    Tanyalah berahem, Hassan ali, zul kulim, Zahrain, Rais Yatim dan jugak harussani, Zainal Keling dll.

    Bagi mereka2 ni, THE WORLD revolves AROUND umno!

    AND

    Umno (baru) turns when Mahadeyy says so!

    So for all these juaks, what you write is IRRELEVANT bang!

    ReplyDelete
  2. PAk Aspan,

    Seorang calom PM Malaysia mestilah seorang Melayu dan beragama Islam. Namun calon berkenaan haruslah seseorang yang boleh diterima semua kaum. Malaysia sebagai sebuah negara majmuk perlu mempunyai seorang PM Melayu yang diterima semua bangsa yang ada di Malaysia kerana PM ini mewakili semua kaum di Malaysia.

    Malaysia tidak memerlukan seseorang PM yang hanya boleh diterima sesuatu kaum sahaja. Semua ahli dalam pelbagai komponen dalam Pakatan Rakyat harus sedar perkara ini dan jangan cuma taksub kepada hanya ketua parti masing masing tanpa memperdulikan hak kaum dalam parti komponen lain.

    Keputusan survey sebuah badan bebas yang lepas menunjukkan Anwar Ibrahim adalah calon yang diterima majoriti semua kaum berbanding Haji Hadi atau Najib. Jadi semua ahli ahli dalam pakatan harus sedar situasi ini. Malah saya sangat bersetuju dengan saranan tuan Aspan agar calon PM ini ditentukan secara lebih meluas sebagaimana yang berlaku dalam pilihan presiden di Amerika mahu pun di Indonesia.

    ReplyDelete
  3. Seingat saya, orang2 umno (Rahim Thamby Chik) jugaklah yang mula2 sebut nama Ku Li sebagai bakal PM! Rahim berkata nama Ku Li ini sebagai PM selepas PRU 13 adalah sebagai mendahului cakap2 dan desas desus di kalangan mereka (umno) bahawasanaya Ku Li akan KELUAR umno selepas PRU 13 nanti!

    Sebab itu kini BN susah payah nak lagakan Pas dan PKR tentang calun PM! Geli aku!

    Sebenarnya yang takut siapa PM selepas PRU 13 nanti adalah umno kerana percaturan dalaman mereka akan sebabkan calun2 mereka bertebaran lari jika BN tak mampu menang dengan decisive!

    (Nama Ong Tee Keat dikatakan sebagai DIRECT CANDIDATE BN di Pandan menunjukkan ketidakpastian mereka tentang 'permainan' dan percaturan politik Ku Li dan geng2 semangat 46 nya yang boleh bertukar arah nanti. Kan Ku Li sudah tubuhkan AMANAH di mana Ong Tee Keat adalah seorang AJKnya!)

    Kalu baca buku Ku Li 'Rahsia Yang Terpendam' kita mungkin dapat 'baca' game Ku Li. Ku Li ada sebut game Mahadey dalam buku tu!

    Ku Li membaca bagaimana Mahadeyy mahu ketepikan Najib dan sepupunya Isham. Perkara ni sudah berlaku bila Deepak dan Musa Hassan beraksi bagi pihak Mahadeyyy! Namun Shafei Apdal (KM Sabah pilihan Mahadeyy) udah kena tembak oleh skendal. KJ pulak sudah bersuara mengatakan (bagi pihak Najib dan Paklah?) bahawa Zambry kekal MB Perak (sedangkan Mahadey nak Zahid Hamidi).

    Kalot betol umno (baru) ni yerrr!

    hehe

    ReplyDelete
  4. The first three PM are real Statemen with great leadership, high integrity and values. After them, they are pure politicians with self interest, anything goes.

    Considering the millions of instant Malay/Bumi, to properly protect the REAL Bumi interest like Iban, Dayak,kadazan and etc..including Orang Asli....the PM must be a REAL Malay with the best interest to serve ordinary Bumi and other citizens in general.

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya Pemilihan PM biarlah Rakyat Malaysia menentukan.Bukannya Perwakilan UMNO ke PAU terdiri drpd 192 Bahagian.Sebab itu perwakilan UMNO naik tocang! Mereka fikir mereka adalah tuan.KETUANAN MELAYU ! Jika Rakyat menentukan, barulah semua Rakyat Malaysia mempunyai peluang menjadi PM.

    Jika mcm konvensional sekarang ini cuma warlords UMNO yg mempunyai peluang menjadi PM.Telah ada dinasti dalam UMNO. Dinasti Razak,Dinasti Hussein Onn,Dinasti Madeiiyy dan Mat Bulat.Orang lain tidak mempunyai peluang langsung!

    Harap-harap PR boleh menentukan dua penggal saja utk PM.Bukan mcm UMNO.UMNO ingat Malaysia ini mereka punya.

    Sekarang kita tahu Madeiiyy tengah meroyan.Madeiiyy takut dia akan menetap di Sg.Buluh.


    Sg.Buluh-sentiasa menunggu Madeiyy

    ReplyDelete
  6. Salam Sdr Aspan;

    Harap perkara ini dapat ditangani apabila PR dipilih menerajui pemerintahan negara.
    Juga ada beberapa perkara lagi yg berkaitan perlembagaan perlu diberi perhatian. Biarlah rakyat terbela sepertimana hak2 manusia berlandaskan demokrasi yg adil.
    Rakyat memberi pemerintah berkuasa dan kuasa yg diberi hendaaklah dikembalikaan kepada rakyat....Myi

    ReplyDelete
  7. Satu kehebatan umno ialah membunuh ramai pemimpin umno yg diperlukan rakyat. Pemimpin yg tinggal hanya pemimpin yg diperlukan oleh org besar umno sahaja.

    ReplyDelete
  8. Ramai org umno tak faham kesan dari memilih pemimpin kerana ampu bodek dan rasuah masa pemilihan MKT UMNO.

    ReplyDelete
  9. Umno parti taukeh. Sesiapa bukan taukeh tak layak memimpin umno. Bagus macam mana idea kalau tak taukeh idea campak dlm longkang je.

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Tepat sekali ulasan saudara dan rakan-rakan sekalian; malah, saya teruja sekali membaca ulasan salah seorang rakan kita yang mengatakan ketiga-tiga PM kita yang terawal adalah mereka yang benar-benar berjiwa rakyat, khasnya bangsa Melayu dan bumiputera. Tetapi, sayangnya, disebabkan pemilihan secara "conventional" sebegitulah, akhirnya berlakulah sepertimana yang pernah berjadi di Mesir di zaman kekuasaan Dinasti Fir'aun terkutuk itu, yang antara lain, celupar sekali mengaku drinya "TUHAN" ... Nah, bukankah perisytiharan para durjana ini seperti "manifesto PR kalau dilaksanakan negara bakal bankrup", sebenarnya adalah dendangan lagu Fir'aun itu, cuma, versinya sahaja yang dilainkan, kan?

    Satu hal lagi, mereka (UMNO/BN) ini dah lupa; jangan kerana ketagihan kuasa, mereka bakal terima hukuman sedari alam barzakh lagi sebagaimana yang telah dipertontonkan kepada Rasulullah SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj, di mana, ketika masih dalam perjalanan dari Makkah menuju ke Falastin itu (Israk), Baginda SAW diperlihatkan dengan seseorang yang begitu "rajin" mengutip kayu-kayan d jalanan walaupun belakangnya dah sarat benar, sehingga dia akhirnya dihempap oleh himpunan kayu-kayan di belakangnya itu. Lalu, Nabi SAW bertanyakan Jibril siapakah orang jenis ini? Jibril memberitahu, itulah orang yang ketagihan amanah, tetapi, bila diberikan, disalahguna lagi dikhianati. Justeru, ada tak agaknya Mahathir, Najib, Muhyiddin dan sekalian suku-sakat mereka tu baca atau dengar kisah ini, atau saja tutup mata dan sumbat telinga? Harap tak ada yang berkecil hati, k? Ini hanya sekadar perkongsian ingatan agar Malaysia tercinta ini tak ditimpa bala dan kemurkan-Nya, insha Allah.

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete