24 February 2013

Rakyat sekarang ini bijak, boleh 'menyelam air dalam tunggak'

Nampaknya politik semakin hari kian kotor. Rupa-rupanya kuasa ini boleh menjadikan seorang manusia itu hilang pertimbangan dan hilang segala keperibadian untuk mendapat atau mengekalkan kuasa. Barulah semua sedar termasuk diri saya ini, yang politik itu adalah kuasa dan kuasa itu adalah politik. Ramai manusia di dalamnya tidak berlandaskan kepada moral dan sedikit nilai ketuhanan yang merupakan ciri-ciri asas manusia yang mukmin.

Menjadikan komen TGNA sebagai mengatakan penerima BRIM itu adalah haiwan merupakan satu permainan politik yang tidak terkira hina dan aibnya. Ia sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO dan penyokong-penyokong mereka seperti melalui saluran-saluran TV perdana. Pelakon-pelakonnya termasuklah seorang Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalannya. Kedua-dua pemimpin ini yang datang dari keluarga yang baik-baik itu telah hilang segala ciri-ciri manusia yang sedang mencari kehidupan sebagai seorang mukmin. Mereka ini telah mencalarkan keperibadian baik keluarga mereka semata-mata kerana politik.

Semuanya ini adalah kerana kemahuan nafsu mereka untuk mengekalkan kuasa politik yang merupakan perkara yang terenak bagi mereka yang bermain poliik yang tidak berlandaskan kepada ciri-ciri keagamaannya. Najib terlupa yang beliau adalah seorang anak kepada sebuah keluarga yang baik dan Muhyiddin dengarnya adalah dari keluarga yang berimejkan agama yang kuat.

Tentunya tindakan kedua-dua pemimpin terbesar negara ini merupakan tindakan yang menjatuhkan nama ibu bapa mereka dengan memutar belitkan kata-kata orang lain dengan begitu hina dan aib sekali. Kedua-kedua pembesar negara ini tidak mahu mengambil kaedah memperbaiki diri untuk mendapatkan sokongan. Sebaliknya mereka memilih untuk melakukan perkara keji untuk mendapatkan kepentingan politik peribadi dan parti mereka yang kian hari kian menjunam imejnya di mata rakyat itu.

Benarlah kata-kata perbidalan, ‘yang baik itu untuk yang baik dan yang buruk itu untuk yang buruk’ sahaja. Benarlah apa yang dijanjikan oleh Najib yang beliau dan UMNO akan lakukan apa sahaja (at all cost) untuk mempertahankan Putrajaya. Tentulah ia termasuk melakukan kerja sebegini hina dan aib itu bagi menjamin Putrajaya itu dapat di pertahankan. Dengan janji-janji itu Najib bukannya bertindak untuk kebaikan rakyat dan negara beliau sebaliknya untuk kuasa semata-mata. Sesungguhnya sangat hebat pengaruh dan ajaran sesat politik Dr Mahathir ini, iaitu ‘lakukanlah apa sahaja asalkan berkuasa’…..tebalkan muka walaupun setebal tembok di tepi jalan.

TGNA jelas mengatakan pihak yang memberi BRIM itu seolah-olah hendak menjadikan manusia negara ini sebagai haiwan dengan memberikan makan dan selepas di beri makan manusia-manusia ini akan di sembelih seperti haiwan belaan. Itu maksud TGNA. Blog ini pun telah mengatakan perkara yang sama seminggu yang lalu yang menganggap UMNO mahu menjadikan kita semua sebagai haiwan belaan. TGNA tidak mengatakan mereka yang menerima BRIM itu sebagai haiwan.

Itu sebabnya rakyat sudah sedar yang mereka hendak dijadikan kita semua ini sebagai binatang belaan dan mereka menolak UMNO itu dengan hebat sekali sehinggakan UMNO hampir menjadi parti yang dipandang seperti haiwan kurap di tepi jalan sahaja. UMNO mahukan orang ramai seperti kerbau pembajak sawah yang luas dengan memberikan rumput-rumput dan rumbai sebagai makanan mereka (kerbau). Akhirnya hasil padi itu di masukkan kedalam kepuk padi bagi tikus-tikus gemuk memakannya dan kerbau itu disembelih untuk di jadikan rendang hari raya.

Kenyataaan maksud TGNA yang mengatakan UMNO cuba untuk menjadikan manusia sebagai haiwan dengan memberi BRIM itu di putar belitkan dengan mengatakan penerima BRIM itu adalah seperti haiwan. Kerja memutar-belitkan kata-kata Tok Guru itu dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sendiri.

Betul lah, dan benarlah Najib ini sebagai seorang yang menepati janji-janjinya. Janjinya untuk melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya itu benar-benar beliau lakukan walaupun dengan menjadikan rakyat seperti lembu dan haiwan belaan itu.

Najib dan Muhyiddin masih berfikir yang rakyat sekarang ini masih naïf dan tidak dapat membaca niat sebenar mereka dalam isu ini. Ketahui lah yang rakyat sudah pandai ‘menyelam air dalam tunggak’. Mereka (rakyat) tidak boleh diperbodohkan lagi…..

Aura UMNO itu sekarang sudah jatuh menjunam dan ia akan menjatuhkan penyokong-penyokong mereka sendiri….percayalah!

19 comments:

  1. Ajib dn Udin, cakap lah apa pun, mmg mati idup balik pun takkan kami percaya. INi Kalilahhh!!

    ReplyDelete
  2. Najib dan mahyudin melihat rakyat macam org fakir dan miskin serta lemah pemikiran utk membezakan yg benar dan palsu maka dari itu diumpan dgn BRIM utk tagih kuasa. Bila dpt kuasa mereka ini akan salahguna kuasa lagi.

    ReplyDelete
  3. Betul haiwannya?: bn..babi negara kata mahfuz

    ReplyDelete
  4. Kami Rakyat Malaysia melihat permainan Ajib dan Udin ini.Mereka fikir mereka siapa hah? ko bagi duit kamai ambik Ajib!.Nak tahu kenapa ? ko telah kebas duit Rakyat rm 500 juta dari pembelian Scorpene!. Anak ko Ajib baru sign kontrek dg TNB sebanyak rm 2.47 billion.Ajib ko jenis manusia peminta sedekah! Ko sanggup meminta!...kerana selama ni kroni ko meminta.Rosmah gemuk gendut ko kaki boros.Dia ingat duit perbendaharaan itu duit bapak ko kau ajib?

    Udin ko pun sama. dg Mokhtar ko memang kebas semua.Anak ko baru sign kontrek berbillion dg Bukit Aman.Anak ko juga buat duit dari 6P pemutihan Pendatang Asing.

    Kamu berdua ingat kami bodoh ? ko Ajib dan Udin telah diperbodohkan oleh penasihat think tank ko.Pekan dan Pagoh tidak selamat bagi ko kalian...

    Apa yg tersirat dari kata-kata TGNA...Ajib dan Udin telah menjadikan Rakyat mcm ayam dan kerbau.Dalam hal ini siapa bapa ayam dan kerbau? Jika tidak ...siapa lagi??

    UMNO telah buat untung banyak dari projek melalui kroni-kroni mereka dalam PLUS, PTPTN, KENAIKAN HARGA MINYAK, AES, ELEKTRIK , AIR dan berbagai lagi.Ini belum termasuk FELDA,Balak hutan,tanah,saham,AP dan permit...Projek negotiated tender.Projek nego ini Madeiyy buat duit!

    Pengumuman "Adnan Tengku Palsu mempunyai jutaan lot saham Sport toto Berjaya"...ini satu contoh..Tok Noh toh Ajib mempunyai saham genting beratus juta saham.

    KALI INILAH ! KITA AJAR MEREKA UBN/ABU... ALLAH HUAKBAR !


    BUKIT KEPLU

    ReplyDelete
  5. Assalam. Tuan menulis.."Mereka (rakyat) tidak boleh diperbodohkan lagi…..". Ingin saya menambah sedikit: ....."melainkan ahli-ahli UMNO atau orang-orang kampung yang sejak dahulu lagi hidup mereka bergantung kepada bantuan"

    ReplyDelete
  6. tuan aspan
    betul ke pm dan tpm tu dari keluarga yang baik baik atau itu hanya ilusi tuan sahaja ? kalau setakat keluarga yang berimejkan islam belum tentu lagi baik kerana didepan mata kita banyak contoh nnya.

    ReplyDelete
  7. Hanya yang bodoh dan bebal aja yg menyokong UMNO. Orang cakap lain mereka faham lain, dah tak pandai nak berfikir

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Nah! Bukankah itu bermakna sudah terang terlebih bersuluh; demi kuasa, agama dan maruah keluarga, sekurang-kurangnya, sanggup diperkosa? Justeru, saya secara peribadi benar-benar ingin bertanya kepada para penyokong tegar para "dajjalun" ini, yang berbangsa Melayu lagi beragama Islam: "Mahukah kalan terhumban ke dalam neraka Jahannam???" Ingatlah kita semua akan firman Allah dalam Surah As-Shamsi (Juz 30/30, Surah 91/114, ayat 7-10/15) yang bermaksud:

    "Dan demi jiwa dan demi yang telah disempurnakan kejadiannya (aqal) [7]
    Maka telah diilhamkan kepadanya akan keburukannya dan taqwanya (kebaikan); [8]
    Sesungguhnya, berjayalah (berbahagialah) kepada yang menyucikannya, [9]
    Manakala benar-benar kerugianlah kepada yang mencemarkannya." [10]

    Oleh itu, tidakkah kita sekalian mahu mengambil iktibar serta membiarkan diri tercampak ke lembah kebinasaan
    free-Of-Charge?"

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  9. Jib dan Din menjawab: " Apa nak dipeduli nama baik keluarga kami! Yang penting kami kena lakukan apa saja untuk mengelak diri kami dan keluarga kami dari dihumban ke Sungai Buluh! Period!

    ReplyDelete
  10. Umno seperti seorang manusia yang telah jatuh ke lubang lumpur. Air bersih yang ada (ini orang agama dalam umno) dibuat mandi dalam lumpur, boleh bersihkan? kalau nak bersih, dia kena keluar dari dalam lumpur dan mandi di luar. Tapi sanggupkah?

    Kalau sudah duduk dalam lumpur, pegang benda bersih di luar lumpur pun, benda bersih itu akan jadi kotor.

    Dah tak boleh buat apa-apa, kecuali lubang lumpur itu di kambus.

    ReplyDelete
  11. Salam Pak Aspan,

    Apa yang dimaksudkan TGNA adalah perumpaan.Contohnya dua adik beradik kecil selalu bergaduh berebut permainan atau sebagainya.Maka si ayah akan memarahi mereka sambil berkata " kau orang berdua ni macam anjing dan kucing "
    Adakah bermaksud kedua-duanya haiwan.

    ReplyDelete
  12. Salam Sdr Aspan;

    Tahap pemikiran PM dan TPM sepertimana intrepatasi keatas ulasan TGNA mengambarkan selama ini apa yg dilakukan kerajaan BN adalah spt fahaman yang diwar2kan selepas teguran oleh TGNA.
    TGNA membuat teguran secara andaian, tetapi oleh kerana asyik dengan agenda dan pemikiran yang rakyat ini masih kurang pemikirannya, kedua2 mereka telah dengan sendirinya mengiakan agenda yang di pupuk selama ini.
    Kadang kala saya merasa hairan bagaimana pihakmiidia boleh menurut membabi buta dengan megiakan segala perlakuan kedua2 orang atas bn ini. Dimanakan letaknya etika kewartawanan, maruan dan jatidiri mereka ini.
    Adakah mereka takut akan manusia lebih daripada Allah? atau menghalalkan apajua perlaku apabila menerima habuan daripada FeudAL UMNO ini?

    Bawa2lah bertaubat, renung2lah, kemana kita selepas meninggalkan dunia fana ini, cuba2lah luangkan masa untuk mendengar dan membaca kitab2 agar mengerti apa tujuan hidup kita.....

    Bawa2lah berfikir dan bertaubatlah sementara ada masa......Myi

    ReplyDelete
  13. Bang,

    Jangan lupa bang, ni dua-dua PRODUK keluaran kilang Mahadei & Sons!

    Anak Pak Yatim rembau pun sorang lagi bang! Nazri botak pun sama. Assan jati pun muridnya

    Jngan lupa jugak yang paling tersohor, berghaim ahlee!

    ReplyDelete
  14. Chunnn...
    56 tahun umno bela ayam. Lepas sereban, sereban lagi dia semelih. Dah tuai 12 kali. Ni nak semelih kali ke 13. Aku lah ayam tu woiiiii...
    Ini kali lah. Tok chei aku, mak ayah akuumno dah semelih. Tak aku dan anak cucu aku yg akan lahir nak ku bior kan kena semelih lagi, kena juai lagi.
    No way Najib. Cukup lah Che Det. Ini kali lah kau bedua dan kuncu2 mu akan ku lelong. Timbang pukal ke Penjara Sg Buloh.
    Are u ready??

    ReplyDelete
  15. Bn perasuah sejak merdeka. Brim tu rasuah undi. Jika nak tolong rakyat cara lain,eg turunkan hg minyak.

    ReplyDelete
  16. Selain orghang2 politik sekular di atas yg kukuhkan Sykt Mahadei & Sons, golongan agama (harussani n noh gadot) serta golongan menara gading (Zainal Keling, Shamsul Amri) adalah antara contoh2 juak yg sanggup jual ilmu!

    Kumpulan juak terakhir yg perlu dikenali adalah geng2 penyamun tarbush seperti tajudin ramli, halim saad, vincent tan, ananda krishnan, razali syabas yang pastikan hasil2 rompakan selamat terkumpul!

    ReplyDelete
  17. najib dan yudin dah tak keruan dan sedang lemas.....apa sajer disambar utk melanjutkan nyawa kuasa mereka....sampaikan perumpamaan melayu pun tak faham(asyik sibuk pasal english jer...itupun sbb nak dimeniagakan bukan pasal nak memperkuatkan).....perumpamaan yg sgt cantik bg saya..
    1.oleh ahli umno tertipu dan
    2.pak aspan sendiri...."UMNO mahukan orang ramai seperti kerbau pembajak sawah yang luas dengan memberikan rumput-rumput dan rumbai sebagai makanan mereka (kerbau). Akhirnya hasil padi itu di masukkan kedalam kepuk padi bagi tikus-tikus gemuk memakannya dan kerbau itu disembelih untuk di jadikan rendang hari raya"

    cantikkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  18. Kali ni bukan ayam.... Bapak lembu pun kena sembelih... Ingat jgn kena tipu lg... Insaflah....

    ReplyDelete
  19. terbaik dari tuan...pertama kali membaca blog ini.Banyak info yang padat dan bernas..akan terus followwwwwwwww.......melayukini

    ReplyDelete