UMNO sedang sibuk untuk meminta
ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk melakukan siasatan ke atas isu pemilihan CEC
parti DAP di Pulau Pinang Januari lalu. Hishamuddin Hussein, baru sahaja
menghadapi malu kerana meminta ROS mengambil tindakan terhadap DAP kerana gagal
menghantar laporan persidangan tahunan DAP dalam jangka masa yang telah di
tentukan. Ketua Pengarah ROS juga berkata dengan nada yang sama.
Tetapi akhirnya telah jelas yang
isu itu merupakan isu yang tidak wujud kerana laporan yang di perlukan itu sesungguhnya
telah di hantar oleh DAP pada 8hb Februari yang lepas. ROS telah memohon maaf
kepada DAP kerana kesilapan itu. Hishamuddin berkata di Johor dua hari yang
lepas mengakui yang laporan yang di hantar oleh DAP pada 8hb Februari itu tidak
sampai ke pengetahuannya. Ketua Pengarah ROS juga mengakui kesalahan tidak
mengetahui yang DAP sudah pun menghantar laporan itu ke pejabat ROS dalam
tempoh yang di benarkan.
Hishamuddin terus berkata apabila
laporan itu sudah dihantar sekarang sampailah masanya ROS menyiasat tentang
tuduhan yang DAP telah melaksanakan pemilihan secara tidak betul dan berlaku
penipuan dalam proses pemilihan CEC itu. Oleh kerana pilihanraya sudah hampir
dan ternyata DAP telah mendapatkan sokongan dan meningkatkan pengaruhnya di
kalangan rakyat berbilang kaum. Maka parti ini sedang menghadapi tekanan yang
berbagai-bagai dari pihak kerajaan, dan kali ini menggunakan isu yang kononnya
ada penipuan dalam pemilihan CEC bulan Januari yang lepas.
Sesungguhnya ROS bebas untuk
melakukan siasatan itu kerana sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap isu
ini, tidak siapa pun boleh menghalang ROS melakukan penyiasatan berdasarkan
kepada laporan yang di buat oleh beberapa orang ahli DAP sendiri itu. Kita
faham pihak kerajaan dan Kementerian yang bertanggungjawab sedang berusaha
melakukan apa sahaja untuk memberikan tekanan terhadap DAP yang kian hari kian
berpengaruh termasuk dikalangan orang Melayu sendiri.
Tetapi saya tidak mahu menyentuh
tentang penyiasatan itu, tetapi saya hanya hendak memberikan pandangan yang
sebenarnya yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri. ROS mesti melakukan
siasatan terhadap UMNO yang mempunyai hampir 20,000 cawangan itu.
Kita semua tahu UMNO sudah tidak
wujud secara moralnya di cawangan-cawangan di seluruh negara. Tidak banyak
cawangan yang bergiat dan UMNO sesungguhnya sedang menghadapi ‘brain death’ di
bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan di seluruh negara. UMNO merupakan parti
yang melakukan penipuan dihampir kesemua bahagian di seluruh negara termasuk di
bahagian Pekan, tempat Najib menyandarkan harapan dan masa depan beliau.
Boleh dikatakan hampir 50 peratus
dari cawangan-cawangan di seluruh negara bermesyuarat agong cawangan mereka
tidak mencukupi korum mesyuarat. Ahli-ahli yang terdaftar dengan parti itu
sendiri tidak berminat untuk menyertai kegiatan parti itu termasuk untuk hadir
dalam mensyuarat agong cawangan mereka sendiri. Tetapi tidak ada pun cawangan
yang dimatikan atau digantung oleh ROS.
Kebanyakkan ketua-ketua cawangan
telah membuat laporan palsu dan jumlah cawangan yang melakukannya adalah dalam
jumlah ribuan. Banyak minit-minit mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di palsukan
kerana cawangan-cawangan itu gagal mendapatkan korum yang secukupnya bagi
mesyuarat agong cawangan mereka. Cawangan-cawangan ini akan menghantar perwakilan
ke persidangan tahunan bahagian dan ini secara otomatik akan menjadikan
persidangan perwakilan bahagian itu terbatal kerana kehadiran perwakilan dari
cawangan-cawangan yang haram di seluruh negara.
Maka dengan sendirinya semua
perhimpunan agong UMNO di Kuala Lumpur setiap tahun itu adalah persidangan-persidangan
yang haram dari segi undang-undang pertubuhan negara. Jika benar ROS
betul-betul bertanggungjawab terhadap tugas dan fungsi jabatan itu, maka UMNO
perlu di siasat dan saya boleh memberikan jaminan yang penyiasatan itu akan
lengkap dalam masa sehari dua sahaja kerana perkara ini berlaku di dalam ribuan
cawangan-cawangan parti itu.
UMNO baru ini telah memasukkan
klausa dalam perlembagaan parti itu di mana tidak boleh sesiapa pun dibenarkan
membawa parti itu ke mahkamah oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati. Kandungan
Bab ini adalah di sebabkan UMNO tidak berkeyakinan yang mereka mampu melunaskan
syarat dan peruntukan dalam bab atur-peraturan parti itu dan Pimpinan UMNO Tertinggi takut parti itu akan menghadapi kes-kes mahkamah yang dilakukan oleh
ahli-ahlinya yang bertimbun-timbun.
Itu bezanya di antara DAP dengan
UMNO. Ahli-ahli DAP boleh membawa kes ketidak puasan hati ahli-ahlinya kemuka
pengadilan sedangkan ahli-ahli UMNO tertekan kerana tidak dibenarkan oleh
perlembagaan mereka untuk membawa partinya ke mahkamah.
Sesungguhnya tanpa melakukan
apa-apa penyiasatan pun kita tahu UMNO yang baru ini adalah sebuah parti yang
haram dari sudut undang-undang pertubuhan. Parti itu parti yang menekan
terhadap ahli-ahlinya. Sesiapa yang membawa kes parti mereka ke Mahkamah akan
dipecat dan tidak ada tempat untuk merujuk untuk penyelesaian masalah mereka.
Itulah sebabnya UMNO sudah mati sebenarnya kalau kita lihat dari segi
undang-undang dan etika serta moral nya.
Cawangan-cawangan yang merupakan
tempat kuasa di perolehi itu tidak berfungsi lagi. Sesungguhnya UMNO sudah
tiada lagi kerana UMNO tidak dapat dikawal lagi oleh mana-mana badan dan
Jabatan Penguat kuasa Pertubuhan.
Saya ulangi, UMNO itu adalah
parti yang haram yang sedang berkuasa dan tentulah kerajaan yang sedang
dipimpin oleh UMNO itu bukanlah kerajaan yang ‘legitimate’ lagi. ROS boleh
lakukan apa sahaja terhadap DAP dan belum tentu lagi ada penyelewengan dalam
pemilihan parti itu.
Tetapi yang pastinya UMNO adalah
haram dari segi pertubuhannya kerana di setiap peringkat khususnya di banyak
cawangan-cawangan nya, minit mesyuarat mereka adalah minit mesyuarat yang
palsu. Justeru, semua pemegang jawatan dalam UMNO di setiap peringkat sekarang
ini sepatutnya di batalkan oleh ROS serta merta. Saya tidak berapa berani untuk
melabelkan UMNO itu sebagai pertubuhan haram, tetapi keadaan macam itu lah
lebih kurang.
Oleh itu elok ROS mengarahkan
UMNO mengadakan mesyuarat agong cawangan-cawangan, persidangan perwakilan
bahagian-bahagian serta perhimpunan agong sekali lagi untuk memberikan
‘legitimacy’ kepada Najib sebagai Presiden dan semua ahli yang menganggotai
Majlis Tertinggi itu.
Buat masa sekarang mereka sedang
memegang jawatan-jawatan itu secara haram dari segi undang-undang pertubuhan.
Selesaikan masalah UMNO dahulu sebelum menyelesaikan tuduhan terhadap DAP itu.
Itulah sebabnya rakyat mahukan
perubahan dari sebuah kerajaan yang ‘tidak legitimate’ kepada sebuah kerajaan
yang ‘legitimate’. Kita lakukan dalam pilihanraya ini nanti. Jangan undi parti yang tidak sah.
Perghhhh...biso.bonar pendedahan tu...pak aspan..pening ajib gorr...
ReplyDeleteDear Pak Aspan,
ReplyDeleteKemarin saya ke Negeri Selangor, saya cuba tanya apakah Pakatan akan diberi peluang kali ni, katakan isu pembekalan air ni membuat orang Selangor marah, saya kata mana ada kerajaan beri free air, kemudian saya bergaul dengan seorang ahli perniagaan yang bergelar Datok. katakan Pakatan 50-50 di negeri Selangor, apakah tu benar Pak Aspan,
Terimakasih
Kalau UMNO dah pertubuhan haram...maknanya kerajaaan sekarang adalah Kerajaan Haram Jadda la ya?.
ReplyDeleteMaknanya juga PM sekarang pun PM haram jadda lah juga?. Apa pun aku tergelak sampai keras perut tengok ulamak muda UMNO berhempas pulas " jadi pelakun debat " hanya nak tegakkan benang basah.
Ulama bila dah relakan diri bersekongkol dan bersebati dengan pertubuhan atau kerajaan haram..maka hasilnya pun jadi haram. Duit haram punya pasal...ulama pun sanggup berlakun jadi pak sanggup. Ha ha ha.
Apa nama ulamak tu? Patung Pari ke???.
Pak Aspan,
ReplyDeleteKes ahli tak boleh bawa pertikaian parti politik ke mahkamah sebenarnya ada diperuntukan dalam akta pertubuhan. Peruntukan ini dibuat zaman Mahathir dulu selepas kes UMNO diharamkan. Apa2 keputusan parti adalah muktamad.
Dalam kes pemilihan CEC DAP ini kalau pendaftar pertubuhan tak puas hati juga dengan penjelasan DAP tentang keputusan tersebut, pendaftar boleh bagi notis kepada DAP untuk mempebetulkannya. Banyak cara DAP boleh betulkan, misal boleh panggil mesyuarat agung luas biasa untuk sahkan keputusan itu. Dan balik kepada keputusan parti adalah muktamad takda sebab untuk pendaftar tolak kecuali pendaftar pertubuhan memang sengaja main2 kuasa nak menyusah atau menganiaya DAP.
Pendaftar hanya boleh batalkan pendaftaran parti kalau dia berpendapat penyelesaian oleh parti sendiri mustahil untuk dicapai. Rasanya DAP tak sampai ke tahap itu dalam kes pemilihan CEC ini.
Tapi memang betullah Hishamuddin ni hanya nak bagi tekanan pada DAP, atau nak bagi gambaran DAP parti yang tak mampu mengurus diri sendiri. Sebagai menteri dia tak patutlah buat gitu sebab menteri kena bercakap berlandas undang2 bukan ikut sedap mulut dia saja. Kalau buat juga itu bermakna dia jenis menteri yang takda kelas...
It is like you made a minor mistake to complete a form in order to qualify for a fight......they disqualify you and declare the other party winner.
ReplyDeleteWhere is the BASIC pride and dignity to claim real victory and a winner?
sdr aspan alias
ReplyDeleteumno dah tercungap cungap lomeh. den tabik pado anak mudo walaupun kono maki hamun di pekan, dio orang nampak relaks yo..semangat tak patah malahan dio akan bangkit balik melawan pemimpin umno yg haram jadda ni. mat hassan dah tercungap, ali rustam lolah, zambri kadiak buntang mato eh..nan kek pahang asik terkoncing yo, gani anak suman bonkak mato..mat said praktikal buek keropok lekor.
Manusia tetap jahil... bukan saja makanan ada yg haram & halal, perbuatan pun manusia jahil kata ada yg haram tetapi bila pertubuhan pun dikatakan haram, lengkaplah sudah kejahilan manusia dalam menilai sesuatu....
ReplyDeleteHisapmudin kalu cari kesalahan orang lain memang dia bijak.Ibarat "Kuman di laut Cina Selatan nampak tapi gajah di Sembrong tidak nampak! orang Sembrong tunggu nak ajar dia.kemana dia nak hijrah kali ini?
ReplyDeleteSetoi.hisapmudin pi hisap keris lagi bagus....
Um no,nama pun tidak.
ReplyDeleteSalam Sdr Aspan;
ReplyDeleteSerba serbi telah menjadi haram oleh kerana kerajaan yg memerintah Kerajaan berteraskan parti haram?
Mungkin dari inilah mulanya;anak haram, wang haram,JKKK haram, balak haram, pasir haram, air haram,pendatang haram, pengundi haram,rokok haram,ketua2 Jabatan pun banyak yg haram bila dah besara buat baik dgn reformis berarak kehulu kehilir, masa ada kuasa dulu mak datok sombong bukan main lagi, menurut arahan macam lembu pawah bercucuk hidung aje tak guna otak langsung.
Bila yang mentadbir negara digelodak dengan perkara2 haram, mungkin itulah timbulnya ketua mereka menggunakan "Tagline" HARAMJADAH.
Marilah kita melantik PR dalam PRU 13 ini bagi membuang segala yg haram yang sedang diamalkan oleh umno/bn.......myi
ReplyDeleteDaaa! le tu UMNO tu haram ,dan kerajaan pimpinanya juga haram, le tu buek apo sebko-sebok nak bertanding pilihan raya. Kalau dah kerajaan sekarang haram PR jut take over lah buek apo nak sebok betanding lagi.
Nak tengok kobou Den ,takut meragut rumput dikawasan haram ,nanti keno takek dengan parang pulak.
Yang mengasaskan pertubuhan haram ni pun terus buat kerja haram. Anak beranak dia terus telan rezeki sumber haram dari air setan.
ReplyDeleteElok benarlah...pertubuhan pun dah haram..maka anaknya jadi tokey air setan haram, buat hidangan dalam majlis parti syaitan dikenali.
Semalam pengasas parti haram ini nasihatkan peneroka FELDA hjangan gigit tangan pihak yang telah membantu kehidupan peneroka. Tapi mentor dan pengasas parti haram ni sanggup ker biar mak bapak dia terus buat kerja haram dan dosa tanpa mahu perbetulkan semata mata kerana maka bapa membesarkan dia.
Membantu peneroka adalah tanggunjawab pemimpin..maca, ibu bapa bertanggungjawab kepada anak anak. Malah menjadi tanggungjawab ibu bapa mahu pun pemimpin melaksanakan tanggungjawab dan tuhas dengan jujur setidaknya sebagai teladan kepada anak anak. Tapi kalau pemimpin dan ibu bapa tak betul..adakah anak anak juga harus ikut lakukan perkara tidak betul dan mungkar?.
Kepala Mahathir pengasan parti haram Melayu ni dah makin tak betul. Stess atau tension dah buat IQ Melayu Kerala ni jadi biul dan iseng. Kalau dah hang jadi kepala penyamun dan pemecah belah masyarakat Melayu...nak suruh peneroka dan rakyat Malaysia hormat dan terus tunduk dan undi parti haram hang ke?. Pergi jahanam la Mahathir dan kelompak pemuja Melayu Kerala ni. Demi penegakan keadilan dan kesucian undang undang...anda yang bernama Mahathir Mohamad kelak akan diburu hatta ke lubang cacing sekali pun.
Masa Mahathir Mohamad akan tiba jua. Allah maha besar lagi maha adil. Tunggulah balasan Allah terhadap perbuatan mungkar anda selama ini wahai Mahathir Mohamad.
Bukan ke United Malayan National Organization(UMNO)dah diharamkan pd tahun 1988? Kenapa skrg masih ada lagi? Harap ROS sila siasat...
ReplyDeleteBang,
ReplyDeleteAhad lalu sempat jumpa 5 orang sedara mara dari Johor. Umur semuanya 60+, dah pencen.
Rata2 semangat umno teramat tebal Bang. Takde siapa yang wajib tadbir negara selain Mahadei. Najib sudah dipandang sepi pasal Mahadei dan juak2 nya seperti Deepak, Musa Hassan serta Berahem perkasa sudah hitamkan nama Najib anak Razak.
Inilah sejarah umno (baru) bang. umno (baru) CHAP Mahedei & Sons
Orang2 jenis dan macam ini dengan gaya berfikir ekstrem begini, bebas sebebas2nya (menulis dan bersuara ikut suka hati datuk nenek mereka) hari ini.
ReplyDeletehttp://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/18/ridhuan-tee-provoking-chaos-says-pkr-man/
Jika berlaku huru bin hara, kita nak terkejut? Terperanjat? Kita nak kata PR yang buat?
Teramat jelas, satu perencanaan yang terancang sedang berlaku....
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/18/ridhuan-tee-provoking-chaos-says-pkr-man/
ReplyDeleteOrang2 ekstrem macam Ridhuan Tee ni bercakap mewakili agama Islam? untuk orang Melayu?
Siapa yang beri dia LESEN berperawatakan sebegini kalu bukan umno!
http://blog.limkitsiang.com/2013/02/19/51-day-countdown-to-13ge-najibs-final-admission-of-desperation-in-reaching-for-the-513-card-by-screening-the-dishonest-and-unbalanced-may-13-film-exclusively-to-felda-sett/
ReplyDeleteRidhuan Tee cucuk, makcik/pakcik Felda kena tipu!
hebat umno!
Hahahaha
ReplyDeletePandai Rais Yatim main wayang Bang! Boss lama dia bagi arahan?
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=57621:najib-is-still-prime-minister-no-resignation-statement-issued-bernama&Itemid=2
Kalau pakai undang2 , UMNO memang PARTI HARAM. kerajaan umno buat2 untuk org lain ikut bukan utk dia ikut.
ReplyDeletePak Aspan,
ReplyDeleteStop Dr M before he burns M’sia
Kita kena percaya kerana pendedahan ini oleh bekas orang kuat UMNO...dia tau le segala-galanya....bukannya pembangkang yang dedahkan...kan.kan.kan...kan terkangkang lagi dekat PRU13 ni.
ReplyDelete