Tali hayat UMNO sudah begitu
halus dan bila-bila masa boleh putus dan menjatuhkan parti itu. Kalau hendak di
kira dari sudut politiknya, tidak ada sebab kenapa UMNO itu mesti wujud lagi
dan akan di ketepikan oleh rakyat kali ini. UMNO hanya bergantung kepada kuasa
wang dengan pembelian undi melalui BRIM dan berbagai-bagai kaedah lagi. Parti
itu hanya bergantung kepada kekeliruan rakyat dalam membuat pemilihan kerana
ini lah kali pertama membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada
parti-parti alternatif negara.
Menghadapi tekanan rakyat ini
amat merunsingkan UMNO kerana parti itu belum berpengalaman menjadi
pembangkang. Tidak seperti parti-parti yang ada di negara demokrasi yang maju,
UMNO belum pernah di jatuhkan dan berasa amat perit untuk menanti saat-saat
masuk ke Dewan-Dewan Legislatif sebagai pembangkang. Dalam demokrasi setiap
parti wajar bersedia untuk ditewaskan dalam pilihanraya. Kalah dalam
pilihanraya ini seperti manusia yang wajib menghadapi mati. Mati itu wajib dan
begitu juga lah parti-parti yang berada di dalam mana-mana demokrasi di dunia
ini.
Parti Labour Britain dan Parti
Conservative negara itu telah bergilir-gilir mentadbir negara mengikut kemahuan
dan kehendak rakyat nya. Begitu juga di Amerika Syarikat di mana parti Demokrat
dan Republican telah hampir seratus kali bertukar-tukar tempat duduk di dalam
Dewan Legislatif mereka.
Di Malaysia oleh kerana inilah
kali pertama parti pemerintah merasakan mereka akan mengambil giliran untuk
duduk di petak pembangkang, mereka merasakan ketakutannya. Bebagai-bagai cara
untuk berkubu dari serangan dan pengaruh parti pembangkang dilakukan oleh UMNO
dan BN. Kekalahan kepada UMNO dan
pemimpin merupakan saat-saat masuk neraka dan memisahkan UMNO dengan rakyat
yang mengundi itu ibarat memisahkan kulit dari daging. Masih ada sedikit lagi
sikap dan kepercayaan orang ramai khususnya orang Melayu yang kekalahan UMNO
itu merupakan nasib malang
yang menimpa negara dan rakyat.
Momokan ini sudah di tanam sejak
setengah abad dan ia sebati dalam benak orang Melayu terutamanya di kalangan
yang dewasa dan tua. Kebobrokkan UMNO begitu tebal sehinggakan orang yang
cerdik dan pandai pun menjadi bingung setelah menyertai UMNO kerana pengaruh
budaya songsang yang terbentuk dalam parti itu sudah se begitu lama. Mereka
yang pandai berfikir pun akan hilang kemampuan untuk berfikir secara rasional
apabila aktif dalam UMNO.
Bukan sedikit di antara mereka
yang berpelajaran tinggi yang terikut-ikut dengan budaya buruk UMNO itu.
Rupa-rupanya pelajaran dan pendidikan tidak dapat menyaingi sikap mengampu dan
membodek yang telah terbentuk dalam parti itu selama ini. Kita melihat melalui
kaca TV hampir setiap hari dalam mana ahli-ahli akademik yang bergelar
Professor dan Vice Chancellor Universiti di negara ini bersama-sama menyanyikan
lagu lama yang di nyanyikan oleh UMNO selama ini.
Professor-Professor ini di
berikan ruang dalam saluran TV tempatan menyanyikan lagu-lagu yang bersenikata
ciptaan UMNO. Di antara nya ialah ‘tidak ada UMNO negara akan berkecai dan
Melayu akan hilang di dunia ini’. Lagu yang akhir-akhir ini yang di nyanyikan
oleh Mahathir ialah pembangkang tidak berpengalaman untuk memerintah dan
bermacam-macam lagi yang membayangkan kesombongan pimpinan UMNO yang
beranggapan hanya UMNO mampu mentadbir negara.
Dr Mahathir lebih tahu yang
Pakatan Rakyat telah berjaya mentadbir negeri-negeri yang di tadbirnya dan
inilah yang menyakitkan Dr Mahathir. Mahathir tidak ada sayangnya kepada negara
tetapi beliau hanya mahukan rakyat mendengar nasihat beliau untuk kepentingan
beliau sendiri. Beliau sedaya upaya mengarahkan segala kesalahan kepada
Abdullah Badawi sedangkan Abdullah ada lah pilihanan beliau sendiri.
Sekarang ternyata Abdullah Badawi
lebih berhemah setelah bersara dan tidak membuka mulut busuknya untuk memberikan
racun yang berbisa kepada rakyat. Abdullah tidak bercakap semborono sahaja
sedangkan Mahathir masih berleter sedangkan leteran beliau itu hanya di anggap
seperti leteran orang tua yang sedang sakit terlantar sahaja. Mahathir sentiasa
berada di dalam kerugian kerana beliau sudah tidak lagi menjadi seorang yang
bergelar negarawan negara. Ciri-ciri seorang negarawan sudah hilang dari
beliau. Beliau tidak akan mendapatkan ciri-ciri negarawan itu sampai bila-bila.
Seorang yang berjiwa bersih tidak
akan merasa gusar seumur hidupnya. Seorang yang tidak melakukan kesalahan tidak
akan merasa resah dan gundah gulana dan sebagai seorang rakyat negara demokrasi
beliau tidak seharusnya merasakan kehilangan kuasa dari rakyat itu akan
menjadikan beliau hidup dalam kesedihan. Sampai masa untuk menjadi pembangkang,
jadilah pembangkang yang baik. Mahathir sendiri pernah menasihatkan kita semua,
untuk menjadi pemimpin yang baik, perlu merasakan dan mengalami sebagai
pengikut yang baik.
UMNO mesti ikut contoh-contoh
yang baik.yang kita lihat di rantau kita sahaja. Liberal Demokrat Jepun telah
kembali berkuasa setelah di ketepikan oleh rakyat Jepun beberapa ketika. Congress
Party of India telah kembali berkuasa setelah parti itu diketepikan oleh rakyat
negara demokrasi terbesar di Asia itu. Apa
yang boleh menghalang UMNO untuk berkuasa kembali setelah Pakatan Rakyat
memerintah barang sepenggal dua. Tetapi perbaiki lah moral parti itu dahulu
semasa berada di petak pembangkang.
Jadilah parti yang tidak boleh di
persepsikan oleh rakyat sebagai parti yang rasuah. Selagi UMNO tidak berundur
buat sementara, UMNO tidak mungkin akan mampu untuk memperbaiki diri. Lagi pun
sememangnya sampai masanya untuk pembangkang pula menjadi kerajaan. Jika
Mahathir mengatakan pembangkang tidak mempunyai pengalaman untuk memerintah
negara, nah…kali ini kita beri peluang. Kita boleh tengok sendiri samada
tohmahan Mahathir, Najib dan lain-lain terhadap pembangkang itu benar atau
tidak.
Apa yang kita hendak resahkan.
Yang akan mengganti pentadbiran kerajaan ialah parti PAS, DAP dan PKR, bukannya
parti komunis dari mana-mana negara. Sebaliknya pula UMNO perlu membuktikan
yang parti itu mampu menjadi pembangkang yang baik untuk menyuburkan demokrasi
negara dengan lebih baik dan menjadi ikutan masyarakat antarabangsa.
Saya selalu membuat anologi
memimpin negara ini biarlah ibarat kita bermain gasing. Orang bermain gasing
akan memusing dan memangkah gasing itu secara bergilir-gilir. Selama ini hanya
pembangkang terutamanya PAS dan DAP sahaja yang memusing gasing untuk
dipangkah. Sekarang UMNO ambil lah giliran untuk memusing gasing untuk PAS, DAP
dan PKR pula mengambil giliran untuk memangkah. Baru kita tahu pihak mana yang
lebih baik sebagai pemangkah dan pihak mana yang lebih baik sebagai pemusing gasing.
Sepatutnya pemimpin-pemimpin UMNO
beriya-iya untuk memberikan pembangkang peluang untuk mentadbir negara ini bagi
membuktikan pembangkang itu tidak tahu mentadbir negara.ini. Jika terbukti
pembangkang tidak boleh mentadbir, barulah UMNO dapat membuktikan tuduhan
mereka itu benar. Barulah UMNO boleh kembali untuk berkuasa jika di restui
rakyat dan di izin Tuhan.
Apabila UMNO menjadi pembangkang
semasa itu barulah UMNO sedar yang selama ini mereka berkuasa hanyalah kerana
bergantung kepada rakyat yang keliru (confused) oleh momokan mereka (UMNO)
selama ini. Semasa itu nanti barulah UMNO dapat memperbaiki sikap mereka dan
tahu yang sebuah parti itu tidak boleh melakukan rasuah dan berniaga di atas
sokongan rakyat.
Selama ini pemimpin UMNO hanya
memperniagakan rakyat dengan bermodalkan rakyat yang memberikan mereka mandat
itu. Semasa itu nanti barulah UMNO tahu yang pemimpin tidak boleh mengambil
wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak mereka yang gagal seperti
yang berlaku ke atas Mirzan Mahathir dahulu.
Dalam waktu UMNO duduk di petak
pembangkang, barulah UMNO akan tahu bahawa kos projek yang di naikkan kerana
hendak komisyen itu menjadikan harga pembekalan alat peperangan tentera itu
menjadi mahal dan di bayar oleh rakyat. Masa itu nanti barulah UMNO tahu bahawa
memberikan pelajaran percuma dan menghapuskan tol lebuhraya seperti yang ingin
dilakukan oleh Pakatan Rakyat itu benar-benar boleh dilaksanakan.
Perlaksanaan pendidikan percuma
dan menghapuskan tol itu tidak membankrapkan negara. Menghapuskan tol itu hanya
akan memberhentikan kutipan yang dilakukan oleh pemegang ‘konsessioner’
lebuhraya yang telah mengutip wang rakyat ramai hampir-hampir RM30 billion bagi
lebuhraya utara selatan sahaja. Setiap keluarga akan beruntung kerana dapat menggunakan
sumber kewangan mereka dalam jumlah ribuan ringgit setahun untuk perbelanjaan
yang lain.
Pemberian BRIM
itu tidak membawa apa-apa erti kerana RM500 atau seribu ringgit sekali sekala
yang rakyat terima itu akan di gunakan untuk membayar saman AES sahaja. Tetapi
pemberian pelajaran percuma melibatkan setiap rakyat yang belajar merasakan
nikmatnya sedangkan BRIM yang sejemput itu hanyalah untuk satu keluarga sahaja.
Itu sebabnya
penting pemimpin UMNO duduk di petak pembangkang kerana mereka selama ini tidak
tahu yang pengurusan kewangan yang baik dan telus itu boleh memberi faedah
kepada rakyat ramai.
Dalam masa
menjadi pembangkang itu juga UMNO boleh belajar yang pemimpin tidak payah
membawa penyanyi pop antarabangsa untuk berkempen. Semasa itu juga UMNO akan
tahu jika negara ditadbir dengan baik, maka rakyat tidak perlu menanggung beban
perbelanjaan besar untuk pemimpin berkempen keseluruh negara dengan kos yang
tinggi. UMNO akan tahu kewibawaan pimpinan dan kebersihan pimpinan itu sendiri
akan berkempen untuk kerajaan yang berkuasa.
Semasa itu
nanti barulah UMNO sedar yang selama ini parti mereka itu sepatutnya menjadi
pembangkang lebih lama dahulu. Mana-mana pemimpin UMNO yang sedar dan mahu
memperbaiki diri mereka akan sedar dan mengakui bahawa selama ini UMNO tidak
sepatutnya berada sebagai kerajaan sebegitu lama.
Tetapi bak
kata perpatah Inggeris, ‘better late than never’. Jika kita tidak lakukannya
dalam pilihanraya ini, ia akan terlalu lewat untuk memperbaikinya. Kita lakukan
sekarang ‘and it’s now or never’.
Salam Tuan,
ReplyDeleteKomen pendek dari saya , satu tulisan pencerahan minda yang berkualiti, mudah difahami berkaitan sistem memilih kerajaan melalui proses demokrasi dengan prinsip pertandingan siapa yang terbaik diantara yang baik untuk memerentah. Proses berjalan dengan licin dan harmoni jika pertandingan dijalankan dengan adil dan telus.
Syabas Tuan teruskan menulis walau pun pahit bagi setengah orang.
ReplyDeleteInsya-Allaah,
Kita akan berganding tangan membantu mereka menjadi pembangkang pasca PRU-13 tidak berapa lama lagi.
Ketakutan UMNO/BN adalah bukan kerana mereka akan duduk di petak pembangkang, tapi takut kehilangan kontrak2 yang di perolehi malalui direct nego. Tapi yang lebih menakutkan mereka ialah kemungkinan dihantar berihat di sungai buluh resort di atas salah laku selama ini.
ReplyDeleteTuan AA, saya amat bersetuju apa yang telah ditulis oleh tuan. Tetapi pihak UMNO terutama pemimpinnya amat takut sekiranya partinya kalah dalam pilihan raya nanti, mereka takut apa yang telah dibuat sekian lama akan terdedah kepada umum setelah pemerintahan diambil oleh PR, dan kemudiannya mereka ini akan dihadap kemuka pengadilan dan seterusnya akan dihukum sewajarnya setimpal dengan kesalahannya.
ReplyDeleteUMNO ditadbirkan oleh Madeiyy yg berhatikan syaitan dan bermatakan KOMUNIS memerintah negara ini.Pemerintahan dia acuan Diktator.Semua ketua-ketua pemimpin negara KOMUNIS mementingkan anak-anak keluarganya.Akhirnya KOMUNIS gagal menjadikan manusia robot! Janganlah pengikut UMNO taksub dg MAHATHIR sbg idola.IDOLA kita hanya Nabi MOHD S.A.W
ReplyDeleteK.Lumpur
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteAlhamdulillah! Suatu tulisan yang mudah difahami. Namun begitu, seperti yang saudara sebutkan, irama lapuk dik hujan ini terus dikumandangkan kerana kini, kalau tak melampau, untuk saya sebutkan, malah telah saya sebutkan beberapa kali, mereka kini sedang meniru gaya Namrud dan Fir'aun Mesir, juga bangsa Yahudi. Mereka, walaupun mewarisi agama sejak keturunan, telah gagal sama sekali menampilkan imej kemuliaan Islam; bukan kerana apa, hanya melayan ego dan sombong Mahathir khasnya, yang kemudian diikuti oleh anak-anak muridnya yang menduduki kepimpinan sekarang. Sebab itulah, jalinan Pakatan Rakyat ini memang tepat pada masanya agar jika ditaqdirkan menang, insha Allah, kita akan benar-benar "MERDEKA!!!" daripada dijajah trillionan penggal lagi, k?
Terima kasih dan salam jihad.
Secara sukarela kalau UMNO jadi pembangkang saya akan jadikan diri saya org yg paling aktif mengerakkan UMNO. Sebab utamanya ialah saya bersama2 dengan ahli umno yg tulin dari hati, jiwaraga dlm perjuangan bangsa melayu. Yang tak tulin dah bergerombolan lari dari UMNO membuat kerja2 membodek dan mengampu kerajaan baru.
ReplyDeleteAku mempunyai keyakinan yg sangat kuat bila BN kalah PRU13 UMNO akan kuat dari segi Zahir dan Batin UMNO. Keyakinan ini disokong kerana tahap peri pentingnya perjuangan yg disertai dengan semangat Kebangsaan dan semangat setiakawan dalam sebuah organisasi perti melayu.Sekarang UMNO telah di kucarkacirkan dan diherotberotkan oleh Mahathir.
ReplyDeletePantun menjelang PRU13.
ReplyDeleteSorong papan tarik papan.
Buah keranji dalam Perahu.
Suruh makan aku makan.
Suruh Mengundi BN aku tak mahu.
UMNO telah belajar jadi pembangkang di beberapa buah negeri. Pengajaran tu telah berjaya menukar UMNO menjadi parti berteraskan KPI - itulah yg ada dengan ETP dan GTP diselia PEMANDU.
ReplyDeleteParti alternatif kepada UMNO sayangnya memilih bekas UMNO yg paling kuat rasuah dan paling kuat layan betina dan jantan sebagai calon mereka. Faktor taktikal selemah inilah yang telah membantu memulihkan UMNO dan menghadkan pilihan rakyat kepada UMNO.
Kalaulah kiranya UMNO boleh menang lagi PRU 13, ini adalah kerana kebangangan saudara Aspan yg tak cuba tampilkan calon yg lebih baik dari DSAI. Kebencian kepada BN saja takkan bermanafaat sekiranya pilihan yang diberikan setaraf malah lebih teruk dari UMNO.
Rakyat tak suka BN tapi rakyat bukan bodoh.