Anwar Ibrahim menafikan tuduhan
Dr Mahathir yang beliau (Anwar) terlibat secara terus dalam pemberian kad
pengenalan kepada pendatang haram untuk mendapatkan undi dalam pilihanraya
negeri 1994 dahulu. Dr Mahathir menyatakan yang beliau tahu Anwar terlibat secara
terus dalam pembahagian kad pengenalan itu walaupun beliau tidak dapat
membuktikannya.
Saya setuju dengan pendapat Dr
Mahathir yang beliau tidak ada bukti tentang penglibatan Anwar dalam isu itu
kerana sememangnya Anwar tidak terlibat kerana jabatan pendaftaran negara tidak
terletak di bawah jagaan Anwar. Anwar tahu yang Kementerian Dalam Negeri
merupakan Kementerian yang bertanggungjawab keatas isu ini dan Dr Mahathir
adalah Menteri nya dan Megat Junid, Timbalan nya.
Dalam pemberitahuan oleh bekas
pengarah immigresen, Ramli beliau diarahkan untuk mengeluarkan resit dengan
nombor yang sesuai dan bertepatan dengan nama dalam pendaftar pengundi. Megat
Junid yang merupakan timbalan kepada Dr Mahathir yang juga Menteri Dalam Negeri
semasa itu adalah orang kuat Dr Mahathir dan beliau dibantu oleh Setiausaha
Politik beliau, Aziz Shamsuddin, untuk urusan pemberian kad pengenalan itu.
Seperti biasa Dr Mahathir akan
memilih untuk mengalihkan tuduhan itu kepada orang lain termasuk Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir sememangnya sifat beliau begitu. Beliau yang selalu membaling batu
kepada rakan-rakan politik beliau dan akan menyorokan tangan beliau yang
membaling batu itu. Beliau yang membuatkan Datuk Hussein Onn menarik diri
kerana Mahathir jugalah yang meletakkan Sulaiman Palestin untuk menentang
Hussein semasa beliau (Mahathir) menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Akhirnya yang menerima cercaan
ialah Sulaiman Palestin sedangkan Dr Mahathir menyorokan tangan jahatnya dan
terus mendapat mengambilalih jawatan yang dipegang oleh Hussein Onn sebagai
Perdana Menteri. Tidak ada seorang pun pemimpin yang seiringan dengan beliau
tidak mendapat musibah dari tindakan politik beliau yang tidak jujur itu.
Akhirnya semua rakan-rakan
seangkatan dengan beliau tumpas bergelimpangan dan hanya beliau seorang yang
kekal terpacak dalam kepimpinan UMNO dan beliau menggantikan mereka yang tumpas
itu dengan barisan baru yang beliau boleh lakukan sebagai burung balam itu.
Maka mudah bagi Dr Mahathir untuk membina budaya ampu mengampu tanpa had kerana
mengampu itu merupakan cara menaikki tangga ke kuasa dengan mudah tanpa perlu
membina kepimpinan yang sangat diperlukan oleh rakyat dan negara.
Justeru negara kehilangan
kepimpinan kerana Mahathir tidak menumpukan untuk membina kepimpinan selepas
beliau. Beliau hanya memberikan tumpuan untuk kekal dalam kuasa tanpa
memikirkan elemen terpenting iaitu pembinaan kepimpinan masa depan untuk
negara. Apabila beliau meninggalkan jawatan, maka negara kehilangan dan
kepupusan kepimpinan dan inilah yang kita hadapi sekarang.
Apa yang ada hanyalah kumpulan
yang dijadikan pemimpin tetapi tidak memahami kenapa mereka berada di pesada kepimpinan itu. Mereka merupakan kumpulan
pemimpin yang keliru kerana mereka tidak tahu samada mereka berada diatas itu
kerana kepimpinan mereka atau kerana hasil pengampuan itu.
Apabila negara berada dalam
keadaan sekarang maka mereka menyalahkan orang lain. Mahathir hanya memberikan
fokus untuk menyalahkan dua orang manusia yang beliau benci, itu Anwar dan
Abdullah Badawi. Beliau tidak juga nampak kesalahan beliau sendiri. Abdullah
disalahkan kerana mewarisi kerajaan yang lemah sedangkan Abdullah itu sendiri
adalah orang yang beliau naikkan menjadi pengganti beliau.
Jika orang ramai di tepi jalan
pun merasakan jika Abdullah mengambil tempat Dr Mahathir negara akan kecundang,
takkan lah Mahathir yang dianggap pemimpin besar semasa itu tidak tahu yang
Abdullah terlalu lemah dan akan dipersoalkan oleh rakyat ramai. Saya selalu
menyebut isu ini selalu kerana disebabkan Mahathr lebih menjaga kepentingan
peribadi dari negara ia telah menyebabkan negara tidak lagi mempunyai seorang
pun yang dianggap sebagai ‘material’ sebagai Perdana Menteri di kalangan
pimpinan UMNO itu.
Oleh kerana terlalu tertumpu
memperkuatkan diri untuk menjadi kuat dalam UMNO maka beliau tidak menyedari
yang orang yang berkepimpinan berada di luar kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO
atau pun berada di dalam parti pembangkang. Rakyat yang telah sedar kepupusan
kepimpinan dalam parti pemerintah ini telah tercari-cari mereka yang
berkepimpinan maka mereka mengikut di mana sahaja dan siapa sahaja yang boleh
memberikan keyakinan untuk memberikan kepimpinan kepada mereka yang ramai ini.
Justeru mereka mengikut pembangkang kerana yang berkepimpinan itu berada di
sebelah pembangkang itu.
Oleh itu pembangkang sepatutnya
menjadi pilihan ramai kerana yang berkepimpinan semuanya berada di pihak
pembangkang. Yang ada di dalam UMNO itu hanyalah merupakan ahli-ahli politik
yang juga ahli-ahli peniaga dan sebahagian mereka itu semuanya berada di dalam
kabinet kerajaan hari ini.
Negara perlukan kepimpinan.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteUmno Rosak Kerana Mamak Bernama Mahathir
Sifat Mahathir yg sebenar :
ReplyDelete1. Pendendam
2. Suka mengkritik orang. Fasal kondem serah pada mamak tongkang ni
3. Mahathir tidak ada kawan.Semua orang benci stail dia.Dia melaga-lagakan orang
4. Mahathir mempergunakan Melayu dg sifat perkaumannya.
5. Mahathir ni kaki boros.
6. Mahathir suka diampu.Dia suka orang bodek dia...
7. Dia tak boleh berkawan lama dg timbalannya.Musa dia tendang keluar.Ghafar dimalukan oleh mamak tongkang ni.Anwar dipenjarakan.Dolah kaki tido disuruh letak jawatan.Dolah tidak setuju dg cadangan jambatan bengkok mamak ini.
Gejala meroyan Mahathir ni menyebabkan UMNO tidak ada barisan pelapis yg berwibawa.Yang ada anaknya MUKRIZ.Mukriz tidak ada karisma.Dia tahu jual emasnya.Orang Jerlun, Langkawi dan Merbuk tunggu nak titik anak Madeiyy ni.
UMNO HILANG KUASA KERANA MAHATHIR
Gunung Keyang
Bagi ramai orang melayu yg berumur 55+ ke atas, hanya seorang sahaja pemimpin maha hebat yg mereka iktiraf bagi negara ini, Mahadeii
ReplyDeleteDalam keadaan negara lompang kepimpinan, melayu2 ini akan segara mencanang utk Mahadeii kembali kuasai parti utk tentukan siapa Presiden dan juga PM negara selepas Najib. Semlm Najib sudah diberi katadua oleh Mahadeii. Tapi biasalah dia sebut umno bukan dirinya yg sudah beri isyarat agar Najib berambus! Isham sepupu Najib nampak gaya akan terjerumus sama. Deepak dan Musa sudah cucuk dua sepupu ini bagi pihak Mahadeii
Adakah muhyiddin akan berani melawan atau 'makan' Mahadeii?
Si pengecut tu akan letak Ali Rustam sebagai Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Muhyiddin utk tambat kaki Muhyiddin!
Paklah diberi tempoh 6 tahun
Najib diberi laluan 3+ tahun sahaja
Muhyiddin diberi tempoh setahun?
Kampong man masih nak bela Mr Transformasinya?, Batu Ronson tetap nak bela Mahadeii, ini satu donia sudah tahu!
Ahakxs!
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteTepat! Sememangnya politik di pihak kerajaan telah hancur berderai sejurus syaitan ini bertakhta! Walhal, pelbagai slogan manis ditabur, tetapi, pelaksanaannya ... lebih pahit daripada apa juga yang pahit ... Ingat tak kalian pada slogan pertamanya: Bersih, Cekap & Amanah? Akhirnya, siapa yang khianat? Sebab itulah, elok UBN kali ini diterajang keluar dan dikambuskan sahaja sekalian pengkhianat ini sebagai pengajaran bersama dan demi kebaikan agama, bangsa, keturunan dan negara kesleluruhannya, insha Allah. Sambil itu, perbanyakkanlah doa dan pengharapan kepada-Nya agar hasrat murni kita ini diperkenankan.
Terima kasih dan salam jihad.
selain dari cercaan,hj sulaiman palastein juga dapat saham yang cukup besar dalam KUB (masa itu)
ReplyDeleteMamak perosak sejak zaman melaka. Padan dah dgn umno yg pembelit.
ReplyDeletemamak ni akan nyanyok dan mkan taik dia sndiri
ReplyDeleteSaya setuju apa yg diperkatakan oleh gunung Keyang! satu lagi nak lihat madeiyy naik berang...sasau tentu arah. meroyan dg membentak kaki ! bila madeiyy kena kritik!
ReplyDeleteSg.korok Jerlun
sdr Aspan,
ReplyDeleteTlg buat artikel pasal trend PM skrg duk tabur duit sana sini. Apakah ini bukan rasuah terang terangan sebelum menjelang PRU.
Salam Sdr Aspan.....
ReplyDeleteDah duduk kat luar nak spin lagi...?
Kalau yg duduk kerusi MT umno maseh nak pakai cakap orang tua ni, alamat punah ranahlah.
Kalau orang umno ada otak,... jangan dilayan. Kamu punak pun angkara makhluk ini.....
Tukar kapallah, yg duduk lagi dekat kapal nak tengelam maknanya menempah maut......
Sekarang ini M berada dalam keadaan di mana tidak ada seorang manusia pun boleh menasihati untuk mengubah perangainya.
ReplyDeleteSekiranya dia kekal dengan perangainya begini sampai ajalnya..alangkah kasihannya.
Pak Aspan,
ReplyDeleteMahadeiii kata, brahem ahlee bukan AHLI umno (baru) yang dia punya
DAN
Mahadeii jugak kata brahem ahlee BUKAN jurucakap parti nya, umno (baru)!
Kita pulak nak dengar, adakah brahem ahlee akan berkata pula selepas ni bahawasanya Mahadeiii BUKAN penaung Perkasa!!
Bab pedang bermata dua tu, kita nak tanya Mahadeiii, siapa yang ajau brahem ahleee selama ini bermain dengan pedang bermata dua yang dia punya tu??
Aku mula memahami arah dan tuju fikir saudara Aspan. Al-Hamdu Lillaah, Tahniah dan bersabar menerobosi altitud sesat yang dibenamkan oleh rejim UMNO/BN kedalam minda dan hati umat melayu. Ingatan kepada bangsaku melayu, jangan terbodoh hingga ke tujuh keturunan.
ReplyDeleteTiada UMNO/BN negara selamat dan rakyat sejahtera. Hidup Pakatan Rakyat dan DSAI.
memang benar sekali umno dah hilang keupayaan untuk memimpin dan jadi pemimpin kepada bangsa sendiri serta ugamanya,mahathir adelah manusia suka menghancur kan umno dan manusia syok sendiri dan dia bersikap suka baling batu sorok tangan bilamana amalan dia itu disukai olih puak2 umno yang hidup nya suka mengampu...jadi tidak hairan lah umno hilang jati diri dalam ape segi pun
ReplyDelete