13 March 2013

Mahathir kata bankrap, Tun Musa kata tidak

Kenyataan Tun Musa Hitam semalam memberikan pencerahan yang sangat baik untuk politik rakyat dan negara. Beliau tidak bersetuju apa yang didakyahkan oleh pimpinan UMNO khususnya Dr Mahathir yang negara akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihanraya yang akan datang ini. Musa berkata Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk memastikan yang negara akan terus mencapai kemajuan dan tidak akan melalaikan tanggungjawab yang buat pertama kali diberikan oleh rakyat terhadap pihak pembangkang.

Musa juga tidak bersetuju dengan politik rasis yang menebal sekarang dan pihak yang memainkan sentimen perkauman itu merupakan permainan poltik bankrap yang sudah tidak relevan lagi buat masa dan zaman ini. Kenyataan Tun Musa ini tentunya bertentangan dengan pandangan Dr Mahathir, seorang pemimpin yang boleh berjalan di atas air itu.

Dr Mahathir yang akhir-akhir ini seperti orang yang dalam ketakutan yang amat sangat itu telah membuat kenyataan-kenyataan yang menghangatkan dengan bermatlamat untuk membina dan meningkatkan sentimen perkauman di negara ini. Beliau (Mahathir) telah meminta Felda untuk memainkan filem Tanda Putera bagi menaikkan perasaan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina dan ianya tentulah untuk menghalang DAP yang menjadi sasaran cemuhan Mahathir akhir-akhir ini.

Seperti yang saya sebutkan selalu UMNO hanya akan kekal berkuasa jika ada perbalahan dan perpecahan. UMNO tidak kekal jika rakyat dan negara dalam keadaan aman dan damai. Maka itulah sebabnya UMNO sentiasa berusaha untuk meningkatkan perasaan benci-membenci di antara kaum agar parti itu terus menjadi parti pemerintah yang berkemampuan untuk melakukan rasuah secara sistematik.

UMNO memerlukan sangat untuk terus memerintah kerana sudah tertanam budaya dan pemikiran pimpinan UMNO di setiap peringkat yang parti itu ada modal untuk mereka berniaga dan mengumpulkan kekayaan keluarga dan kroni itu. Kejatuhan UMNO merupakan kehilangan punca mereka mengumpulkan harta seperti yang dikumpulkan oleh Karun dahulu.

UMNO sudah tertanam kepercayaan yang hanya UMNO sahaja yang layak untuk memerintah tetapi rakyat sudah berubah dan tidak lagi termakan dengan dakyah buruk dan hina parti itu. Rakyat sudah memahami bahawa mereka adalah tuan kepada negara dan bukannya Mahathir yang sentiasa berfikir bahawa hanya beliau sahaja yang berfikir. Mahathir berfikir hanya pemikiran beliau sahaja yang mesti diikuti.

Justeru kenyataan Tun Musa semalam merupakan pencerahan yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat dan kenyataan beliau itu telah menjadi buah mulut rakyat terutamanya di negeri Johor.

Saya tidak dapat untuk menuliskan secara 'detail' tentang apa yang ada dalam pemikiran saya kerana saya sedang berada di Kedah dalam siri ceramah yang telah diuruskan oleh PAS untuk saya.

Saya akan menulis tentang isu yang disentuh oleh Tun Musa ini apabila saya kembali ke Kuala Lumpur sehari dua lagi, insya-allah.

13 comments:

  1. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Alhamdulillah! Syabas dan terima kasih, Tun Musa! Jelas, Tun lebih layak dipanggil "negarawan" daripada bekas boss Tun sendiri yang, rata-rata dimaklumi masyarakat kini sebagai pendakyah, pendusta, pelampau, ... Entah apa lagi-lah tu ... Semoga Tun sekeluarga diberkati, diredhai, diampuni lagi dirahmati-Nya dunia dan akhirat. (Perkenankanlah, duhai Rabb Semesta 'Alam.) Kepada saudara, teruskanlah siri-siri pencerahan minda ini semua lagi dengan segala keupayaan dan daya usaha (penulisan, ceramah, ...); semoga segala yang saudara usahakan ini akan dilihat hasilnya tak lama lagi, sekalgus menggerunkan para syaitan durjana ini dengan izin-Nya. Takbir!!!!

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  2. Perbezaan antara Mahathir dg Musa :

    MAHATHIR lulusan MBBS Panadol dari Raffles College, Singapore.Mahathir semua orang dah tahu , asal usul dari kerala, india.Mahathir belajar politik dari suumber pembacaan.Terpengaruh dg pemikiran klasik Goebbles.

    MUSA HITAM: penuntut Sains Politik dari Eropah peringkat Sarjana.Apa yg diperkatakan MUSA adalah tepat sekali.Jika negara ditakbir dg baik sekali,tidak akan berlaku bengkrap.

    Yang bengkrap dalam kontek lanskap politik Malaysi ialah Mahathir dan pemimpin UMNO/BN yang lain

    HAMZAH

    ReplyDelete
  3. Tabek Pak Aspan dan sdr diatas nun.
    Perlu diingat seorang negarawan tak boleh dibenci atau diperleceh oleh ramai rakyat. Jadinya layakkah DrM digelar negarawan? Sementelahan pula dia sering mencari pasal dgn rakyat yg mengundi pemimpin PR. Tun Musa dan Pak Lah lebih matang dlm isu2 yg melibatkan perbalahan politik rakyat. Kepada wardar2 penjara sg buloh, segera persiapkan sel busuk anwar utk di isi oleh DrM pulak. Selamat ke penjara DrM Dr Khir Toyo Mumy Sarizat dan yg sewaktu dgnnya.

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr Aspan dan Pengunjung Blok;

    Saya berharap ramai lagi vetran umno yg mempunyai visi dan telah besara agar mengutarakan pemikiran mereka agar kita sama2 dapat memikirkan bersama(terutama yg songsang dengan kepala Madir)

    Jika negara benkrup pun adalah kerana hutang2 yg dibuat oleh gulungan joli umno masa memerintah sekarang.

    Saya berkeyakinan PR mempunyai ramai cerdikpandai untuk mengolah pentadbiran negara.
    Jika kita sama2 dapat membendung sifat2 mengutamakan bangsa, saya rasa kita dapat memajukan negara berkali2 ganda lebih baik dari umno/bn sekarang.
    Ini kerana sifat2 kejujuran, ketelusan dan berjimat cermat yg ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negeri yg sedang dipirintah oleh PR sekarang telah membuktikaan kita akan mempunyai satu kerajaan pusat yg cemerlang selepas PR mengambil alih tampuk pemerintahan selepas PRU 13 nanti.

    Syabas kepada komponen PR sekarang kerana konsisten dalam memperjuangkan hak rakyat dan negara.....
    InsyaAllah kita akan menduduki Putrajaya selepas PRU 13 nanti......
    Salam perjuangan.....Myi

    ReplyDelete
  5. Ini kenyataan orang yang cerdik. Kecerdikan Tun Musa inilah yang membuatkan dia 'ditendang' oleh Mahathir dari jawatan TPM dahulu kerana Mahathir tidak mahu orang lebih cerdik dari dia.

    Sekarang Tun Musa semakin cerdik dengan perkembangan semasa dan Mahathir kekal dengan sikapnya itu.

    ReplyDelete
  6. ADAKAH KESEMUA MANGSA2 yang masih hidup akibat mainan politik 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA ala MARCHIAVELLIAN' Mahadeyyyyy mahu bersatu dan akan berdepan dengan dia??

    TGNA, TGHA, TGHD, Syed Husin Ali, Abdullah Kok Lanas, Musa, Razaleigh, Marina Yusof, Salleh Abas, DSAI, Paklah dan Najib.....

    Demi Nusa?
    Demi Agama?
    Demi Bangsa?

    ReplyDelete
  7. Mahathir bercakap bagi diri sendiri manakala Musa bercakap bagi kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  8. Pemberian ic disabah utk kepentingan Mahathir utk terus berkuasa dibuat secara sorok2 melalui Megat Jonet dan Aziz Samsudin. Tengku A.Rahman beri ic dgn persetujuan semua pehak termasuk raja2 melayu.

    ReplyDelete
  9. Mentaliti , sikap dan muslihat pemimpin umno tidak suka org melayu pandai dan keluar dari paras kemiskinan. Tujuannya supaya org melayu bergantung pd umno. Buktinya masa pililihan raya isu BRIM menjadi talian hayat kuasa umno.

    ReplyDelete
  10. Pada jangkaan saya sekiranya BN kalah MCA,MIC,GERAKAN dan lain komponen bn akan lari meninggalkan UMNO menyertai PR sebagai FOLLOWER.

    ReplyDelete
  11. Umno tak suka Hang Nadim (cerdik) tapi suka kepada Hang Setia yg membabi buta.

    ReplyDelete
  12. Asalnya umno berjuang utk melayu kini umno berjuang untuk golongan taukeh umno . Itu bezanya umno Lama dan umno baru ciptaan Mahathir.

    ReplyDelete
  13. Tertunggu-tunggu apa pulak komen Tengku Razaleigh lepas ni..

    ReplyDelete