07 March 2013

Media perdana itu hanyalah 'political bouncers'

Pihak pimpinan UMNO dan BN semakin terhimpit dengan krisis keyakinan yang sedang mereka hadapi. UMNO sekarang mungkin telah sedar tiada apa yang kita sembunyikan selama ini akan kekal tersembunyi buat selama-lamanya. Perkembangan dan pembangunan industri media dan maklumat di dalam dunia tanpa sempadan ini sangat menyusahkan UMNO. Tiada apa yang buruk mereka lakukan tidak dapat disorokkan dan dengan sekelip mata sahaja akan diketahui umum.

Apabila sampai sahaja maklumat ke satu-satu tempat maka dengan pantas UMNO akan menghadapi kejatuhan tahap keyakinan rakyat terhadapnya. Tetapi UMNO masih ada sedikit saki-baki kawasan yang belum ditempuhi oleh maklumat dan di sinilah UMNO mengharapkan pergantungan sokongan dari kawasan itu untuk mengharapkan dukungan.

Sejak dua tiga hari ini pimpinan tertinggi UMNO meminta supaya rakyat jangan percaya dengan media baru yang sedang berkembang dengan pesat sekarang. Isu ini di jadikan isu harian oleh pimpinan UMNO kerana mereka tahu yang rakyat lebih percaya kepada kredibiliti media alternatif jika dibandingkan dengan media arus perdana. Bagaimana mungkin UMNO terus-terusan bertahan dengan menjadikan media arus perdana sebagai alat propaganda mereka.

Sekarang pimpinan UMNO amat gusar dengan media baru ini kerana mereka (UMNO) tidak dapat menutupi kerja-kerja mereka yang tidak semenggah selama ini. Jika tiada media baru ini bagaimana rakyat hendak tahu tentang isu NFC dengan betul misalnya. Tidak mungkin media perdana akan melambakkan apa yang sebenarnya berlaku dalam isu lembu dan pinjaman kewangan terhadap seorang keluarga Ahli Jemaah Menteri yang terlibat itu.

Tanpa media baru tidak mungkin rakyat tahu bagaimana pimpinan UMNO menjual harta benda Kementerian Pertahanan yang melibatkan Senator Raja Ropiah berhubung dengan transaksi tanah Kementah seluas 200 ekar itu? Jika media baru tidak wujud kita tidak mungkin tahu yang akuan bersumpah kedua PI Bala itu adalah akuan bersumpah palsu. Rakyat tidak akan tahu tentang Rosmah berlumba-lumba dengan suaminya dalam pembahagian bisnes dan kontrak kepada kawan dan sahabat masing-masing. DAN tidak akan tahu juga kita perhubungan Najib dengan Flora Ong misalnya.

Semua ini tidak akan diketahui oleh ramai jika tiada media baru kerana media arus perdana dikuasai oleh UMNO dan semua ketidak telusan UMNO itu tidak akan disiarkan oleh mereka (media perdana). Bagi orang ramai media baru ini merupakan saluran alternatif kepada media perdana dan banyak telah merubah keadaan di negara kita ke arah perubahan yang baik.

Media baru ini penting kerana ia boleh membuat ‘check and balance’ terhadap laporan media arus perdana. Media baru telah merongkai banyak hal dalam UMNO. Mereka (UMNO) tidak suka dengan ‘check and balance’ kerana media baru akan menyusahkan mereka untuk mendapatkan ‘cheque and all the balances’ yang ada dalam perbendaharaan negara untuk pimpinan mereka.

UMNO sendiri telah mengupah ramai penulis-penulis dalam media baru tetapi UMNO masih lagi takut menghadapi media baru ini. UMNO telah mengupah dan membariskan penulis yang handal-handal dan mempunyai pengalaman yang luas dalam penulisan dan kewartawanan sedangkan di pihak pembangkang mereka terdiri dari penulis yang amatur dan mereka menulis dengan sukarela tanpa apa-apa bayaran dan imbuhan.

Saya sendiri bukanya seorang penulis pun tetapi saya mula menulis atas desakan keadaan untuk memberikan pandangan yang berbeza dengan media perdana yang tidak mempunyai laporan yang seimbang. Saya tidak mahu melihat orang ramai termakan dengan dakyah lapuk UMNO yang tertanam dalam parti itu sekian lama. Saya begitu sensitif terhadap tindakan mana-mana pihak memperbodohkan pihak yang lain yang telah berluas-luasa dalam masyarakat media kita.

Tetapi pihak pembangkang mendapat banyak sokongan dalam media baru bukan kerana mereka yang berpihak kepada pembangkang itu orang pandai-pandai, tetapi mereka lebih telus dan jujur serta mempunyai pemikiran yang jelas dan telus. Orang ramai bukan hendak membaca betapa hebatnya penulisan dalam media baru itu tetapi mereka memilih untuk memberikan sokongan kepada berita dan penulisan yang lebih jujur dan boleh diyakini.

Jika benar apa yang disiarkan oleh media arus perdana itu tidak dikotori dengan pembohongan masakan rakyat memilih untuk membandingkan kualiti laporan serta penulisan pihak media baru itu. Pihak UMNO tidak mungkin dapat mengekang rakyat daripada mendekati media baru kerana rakyat bijak memilih yang mana satu yang telus dan yang mana satu yang bertujuan untuk mengelirukan mereka sahaja.

Rakyat telah sedar tentang peranan yang berguna yang dimainkan oleh media baru itu adalah untuk memberikan pandangan yang berbeza dengan pandangan media perdana yang penuh dengan elemen dakyah yang merosakkan pemikiran rakyat yang ramai.

Saya pernah dicerca oleh pihak penyokong UMNO dalam media baru ini yang mengatakan saya mempunyai penulisan yang kurang ‘standard’nya, dan tidak seperti ‘standard’ mereka. Saya akui saya bukan seorang penulis dan saya menumpukan kepada pemikiran dan bukannya kepada nahu dan tata bahasa yang baik. Saya lebihkan untuk memberikan pandangan dan pemikiran saya dan saya tidak mahu masuk pertandingan menulis untuk mendapat hadiah yang besar.

Walaubagaimana pun saya dapat merasakan respon dari masyarakat sangat baik terhadap pandangan dan kritikan saya terhadap isu yang mengelilingi UMNO dan BN. Saya tahu kelemahan saya dan itulah sebabnya saya tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kotor seperti ‘bangang’, ‘bodoh’, ‘babi’ dan superlatives yang buruk-buruk di dalam penulisan saya. Saya tahu yang penggunaan istilah kasar dan kotor itu adalah satu pancaran jelas samada seseorang itu terdidik oleh ibu bapa dan keluarga yang baik-baik. 

Kata-kata yang keluar dari mulut seseorang itu melambangkan tahap darjat seseorang itu. Darjat kita bukan terletak kepada wang ringgit dan kekayaan kita sebaliknya darjat itu merupakan bayangan kepada darjat diri kita yang sebenar-benarnya. Semasa saya mula membuat kritikan terhadap kerajaan melalui penulisan di media baru dahulu, saya pernah dilemparkan dengan kata-kata kesat seperti bodoh, sial, dan berbagai-bagai lagi panggilan yang buruk-buruk oleh penyokong UMNO dan BN.

Tetapi saya memilih untuk berdiam diri sahaja kerana yang mengatakan saya dan yang lain itu sebagai bodoh itu, adalah orang bodoh yang sebenar-benarnya. Saya tidak perlu memberikan respon terhadap tindakan mereka yang tidak mempunyai keperibadian itu. Saya berdiam diri dan hanya menyandarkan segala-galanya kepada kebenaran tentang apa yang saya tulis itu. Saya masih mempunyai masa untuk membuktikan segala ketelusan penulisan saya, malah setengah daripada apa yang saya jangkakan itu telah pun terbukti kebenarannya.

Saya berkeyakinan media baru itu juga mampu untuk memberikan pelajaran kepada masyarakat tentang perkara baik walaupun tidak semua boleh memahami nilai sebenar seorang manusia itu. Seseorang yang tahu membuat penilaian itu hanyalah dari mereka yang terdidik dari keluarga yang baik.

Dalam media baru ini kita dapat belajar bermacam-macam perkara. Pengalaman saya selama beberapa tahun ini membuatkan kita lebih memahami manusia. Kita sudah boleh memahami yang sesiapa yang jiwanya kotor dan gundah-gulana tanpa ketenangan akan dipaparkan oleh mereka sendiri melalui penulisan dan komen mereka terhadap sesuatu isu itu.

Bahasa mereka akan lebih kasar dan tidak akan membahaskan sesuatu isu itu secara terbuka malah mereka terus sahaja melepaskan kata-kata kesat yang tidak selayaknya keluar dari insan yang secantik-cantik kejadian Tuhan itu.

UMNO sememangnya dalam keadaan terdesak sekarang ini. Sekarang media baru pula yang mengancam mereka. Bagaimana UMNO boleh bersandar kepada media arus perdana lagi? Sudah terbukti media perdana sudah menjadi bahan sindiran akhir-akhir ini kerana terlalu kerap gagal mempertahankan kewibawaan mereka di mahkamah.

Utusan misalnya telah terbukti sebagai salah satu punca fitnah dengan kegagalan mereka dalam beberapa saman yang difailkan oleh beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini. Mahkamah telah membuktikan yang media perdana telah melakukan banyak fitnah yang tidak ada batasnya terhadap pimpinan pihak alternatif. Mereka ini (media arus perdana) hanyalah merupakan ‘political bouncers’ untuk mengekang kebenaran daripada diketahui umum.

Utusan sahaja terpaksa membayar jutaan ringgit kepada mereka yang telah menjadi mangsa fitnahnya sejak akhir-akhir ini. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa media arus perdana itu merupakan sumber besar fitnah yang berkeliaran di mana-mana sekarang.

13 comments:

  1. Mereka sudah kalut, ketaq, tak menentu lagi huru hara.

    Media Perdana sudah menjadi berita ejekan di kalangan budak2 sekolah rendah dan menengah. Budak2 dari universiti usah sebutlaaa.

    Masyarakat bermaklumat bebas dan sempurna. Bagi masyarakat cina, suratkhabar mereka dipastikan bebas dari cengkaman dan kongkongan mana2 pihak. Dahulu The Star adalah suara bangkangan masyarakat cina. Tetapi kini bila MCA sudah bolot penerbitannya, masyarakat cina sudah ketepikannya. Inilah ciri masyarakat yang maju dan saban hari suratkhabar akan dihantar ke rumah2 orang cina. Saya sudah melihat fenomena ini sejak tahun 1960'an dan masih kekal masyarakat cina melanggan suratkhabar pilihan mereka.

    Namun bagi orang melayu lain ceritanya. Kemalasan membaca masih tinggi peratusannya di kalangan ramai umat melayu. Kehidupan mereka masih ramai yang terikat batang tubuh dan telinga serta minda mereka kepada saluran rais yatim!

    Inilah sahaja peminat yang mereka ada.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Alhamdulillah! Tepat sekali dan tak perlu diragukan! Nah, bukankah ini antara petanda jelas sesebuah regim itu akan jatuh? Sudah tentu mereka akan menggunakan seupayanya hatta kalau dapat menerobos ke langit pun, tak apa, asalkan matlamat mengagungkan diri sendiri dan memperlekeh orang lain walaupun sesama saudara tercapai, demi, apa lagi, kan, NAFSU-lah ... Malah, kami, masyarakat OKU ini pun, dengan perkembangan IT ini, walaupun berbekalkan "screen reader" Inggeris untuk membaca Bahasa Melayu Malaysia yang amat mudah ini, juga mampu meneroka sumber-sumber media alternative seperti yang saudara sebutkan.

    OK, sekadar berkongsi cerita: Saya turut menerima pertanyaan seorang rakan OKU yang ketiadaan akses terhadap media alternative ini mengenai "KEHEBATAN & KESEMPURNAAN 100 % UMNO/BN" yang sering dia dengar di TV3, umpamanya, di mana, terkadang, dia menjadi keliru dengan kesahihan berita itu. Lantas, saya berkongsi sedikit tip dengannya: "Mana mungkin selain Allah itu yang sempurna tanpa cacat, lebih-lebih lagi, manusia yang punya nafsu dan aqal ini?" Oleh itu, marilah kita mensyukuri ni'mat-Nya ini dengan membuat perbandingan yang wajar apabila kedapatan sesuatu berita yang meragukan, selaras apa yang dinyatakan dalam Al-Quran. Wallahu a'lam.

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Dalam perkara fakta dan tidak berkepentingan langsung kpd politik Umno pun Utusan menjadi penipu kepada rakyat.Misalnya dlm serangan Ops Daulat, Utusan melaporkan 30 pengganas maut.Sedangkan sidang media menteri pertahanan mengesahkan hanya 13 org termasuk sebelum ops daulat dijalankan.

    ReplyDelete

  4. Rakyat sudah semakin celik maklumat justeru itu kumpulan syaitan yg dikenali semakin kepanasan seperti cacing dijemur dibawah sinaran matahari yg terik.

    Syaitan tua juga semakin melalut seperti pandikutty termakan racun tikus...kesian, harap-harap sempat bertaubat dan memohon ampun kpd semua rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. BILA SAYA TERBACA LAPURAN2 DALAM UTUSAN SERING SAYA LIHAT NAMA2 MELAYU YANG MENULISNYA SAMBIL BERTANYA ADAKAH MEREKA BERIMAN? TIDAK TAKUTKAH MEREKA KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH SAW???

    DAN APABILA MELIHAT DAN MENDENGAR BERITA DI TV3 ATAU SALURAN BERITA RAIS YATIM, SERING SAYA TERFIKIR SIAPA YANG MENANGGUNG DOSA FITNAH2 YANG DISAMPAIKAN??

    BAGI PENULIS DAN PEMBACA FITNAH2 INI, ADAKAH MEREKA TERASA BERDOSA?? KESIAN TERASA HATI SAYA BILA MENGENANGKAN ANAK2 SERTA SUAMI-ISTERI MEREKA SEMUANYA TERPALIT KOTOR JASMANI DAN RUHANINYA MEMAKAN HASIL KOTOR LAGI JIJIK MEREKA MENYEBARKAN FITNAH DAN HASUTAN SABAN HARI.

    siapalah mak2 dan bapa2 mereka ini?? sanggup mereka menerima sumbangan bulanan anak2 mereka itu?? Juga kepada asal wasilah mereka seperti datuk2 dan moyang2 mereka yang sudah meninggal dunia setiap hari menyaksikan zuriat mereka menebar fitnah dan menyucuk serta menghasut tak habis2......

    Sungguh malang nasib masing2....

    ReplyDelete
  6. Setelah beberapa kali kalah dalam kes fitnah dan penyebaran berita2 palsu terhadap DSAI and para pemimpin PR yang lain, media perdana telah membuktikan tanpa sebarang keraguan lagi bahawa ianya adalah alat orang2 yang fasik dan (yang lebih penting lagi) senjata penjenayah dan pengkhianat sebenar kepada agama, negara dan bangsa. Dari diri najib hinggalah kepada Mahathir, mereka telah meyerlahkan diri sebagai munafik besar yang berselindung dibalik kuasa, bangsa melayu dan islam.

    Mereka adalah merupakan musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam kepada rakyat dan negara. Kejadian di Lahad Datu merupakan laba yang terhasil dari pengkhianatan UMNO Baru dan Mahathir ke atas rakyat dan kesannya akan dirasai, ditanggung oleh kita berdekad2 akan datang. Masihkah kita rakyat Malaysia, yang beragama dan taat setia kepada negara, ingin melantik lagi pengkhianat2 ini sebagai pemimpin? Agama telah menetapkan hukumnya, perlembagaan dan undang2 telah memperincikan hukumannya dan sejarah telah membuktikan akibatnya apabila kita mengambil mereka2 yang munafik dan khianat sebagai pemimpin (runtuhnya kerajaan Melaka). Apa nak difikir lagi? Kali inilah kita ABUkan UMNO! ABUkan sehingga tiada lagi kesan mahupun bekas!

    Nick.

    Cape Tiger

    ReplyDelete
  7. Bang,

    Gandingan Mahdeyyy-Berghaim adalah penyubur kepada keadaan yang kita alami kini.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17262-perkasa-dianggap-cuba-cetus-suasana-provokasi

    Maka naik tocanglah mamat2 dan minah2 kat Utusan dan TV 3 serta warta Rais Yatim, sorang lagi pelengkap geng jahanam negara!

    ReplyDelete
  8. Boleh tak kesemua editor kat utusan dan TV 3 serta staff2 Rais Yatim tulis sebegini???

    http://en.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/6864-hidden-agendas-and-poisoned-apples-in-sabah.html

    Tak perlu berbahasa Inggeris, cuma cuba selami semangat neutral Joanna Yap dari Borneo Post ajer.

    TAK BOLEH??

    ReplyDelete
  9. Pak aspan...dijangkakan kawasan parlimen yg hitam dan kelabu untuk bn..akan mempunyai masalah..supaya berlaku pengundian berasingan..

    Najib dengan bantuan mahadey cuba untuk mengadakan pilihanraya di kawasan atau negeri yg bn mempunyai meluang untuk menang,sebelum iktiharkan darurat...

    mahadey btelah bersuara,wawasan 2020 mgkin dpt dijayakan...selepas najib mengambil tindakan tentera atas penceroboh sulu...wawasan 2020 mahadey adalah mukriz akan menjadi pm...

    ReplyDelete
  10. Mula2 Isham kata mereka bukan penjenayah, bukan penceroboh dan bukan militan!

    Tetiba berita kata 1 Mac sudah ada yang terbunuh. Polis kita terbunuh dan jenazah di bawa balik ke Subang!

    Maka berlakulah pertempuran

    Dan jet2 pun mengebom, lagi ramai yang mati.

    Najib sampai, istihar NO gencatan senjata! DAN istihar kawasan khas keselamatan dari Kudat hingga ke Tawau.

    DAN....

    DAN....

    PAKCIK ke-tua spr da bagitau semlm, kawasan khas keselamatan boleh di istihar kawasan darurat jika keadaaannya tak pulih.

    INI BELITA YANG GUA LAPAT!

    (MEREKA SERANG TIAN CHUA SEPERTI MEREKA SERANG TGNA bab haiwan.....modus operandi dan gerak akal penipu mereka serupa sahaja! )

    Kini nama Khalid Samad sudah keluar....ketegasan kata2 Khalid Samad apa pulak mereka nak serang??

    KITA TUNGGU BELIT-te seterusnya

    ReplyDelete
  11. Bang,

    Apa agenda Mahadey dan Ibrahim Ali di Pasir Mas? Tajuk perhimpunan yang dirancang pedas!

    Mereka berdua nak goncang Kelantan pula selepas Sabah bergegar dengan usaha keluarga Kiram??

    ADA WAYANG DALAM WAYANG????

    ReplyDelete
  12. Salam Pak Aspan...

    Kalau penulisan mereka ada 'standard' mana mungkin mereka kalah di mahkamah....?
    Kerana penulisan mereka yang 'standard' lah mereka diheret ke mahkamah.

    Bayangkan bermula 1999 hingga hari ini satu sen pun saya haramkan duit kocek saya dari membeli Utusan,B.Hairan,NST dan Star.
    Bermakna kalau saya membeli surat khabar ini,maka saya juga menyumbang fitnah dan mehnah.

    ReplyDelete
  13. Akhbar utusan ada jual lagi ke? Aku ingat dah jadi kertas buat bungkus tahi.

    ReplyDelete