29 March 2013

Negara Persekutuan tetapi ditadbir ala Malayan Union

Apabila Negri Sembilan terpaksa membiarkan Dewan Legislatifnya terbubar dengan sendiri itu, maka saya hendak menyebut semula isu Persekutuan sekali lagi. Membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendiri itu merupakan petanda jelas yang negara kita seolah-olah sedang ditadbir seperti Malayan Union yang ingin dibentuk oleh British dahulu.

Ramai yang keliru tentang isu ini termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah ditadbir oleh kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan Malayan Union dalam mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara ‘unitary’.

British hampir berjaya membentuk dan melaksanakan Malayan Union terhadap semenanjung ini. Brtitish telah merangka semenanjung ini sebagai sebuah negara ‘unitary’ tanpa mempunyai sempadan di antara kesemua negeri dalam semenanjung ini. Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran Malayan Union itu. Tidak ada lagi Selangor, tidak ada lagi Negri Sembilan dan semua negeri-negeri yang kita ada sekarang ini. Raja-Raja Melayu dirancang untuk menjadi penasihat-penasihat kepada Malayan Union itu dalam bentuk ‘ceremonial’ sahaja.

Tetapi semuanya itu dapat ditolak sehinggakan kita berjaya membentuk sebuah negara Persekutuan pada bulan Februari 1948 dan kerajaan Persekutuan itu lah yang meneruskan perjuangan kemerdekaan sehingga kemerdekaan itu tercapai pada bulan Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah mendapat semula negeri-negeri jajahan baginda semua dengan mempunyai Legisltifnya sendiri dan Ketua Eksekutif sendiri, walaupun Ketua Eksekutif itu dilantik oleh British.

Justeru dalam pemahaman kita yang mudah, negeri-negeri ini adalah negeri-negeri berdaulat di bawah naungan Raja-Raja Melayu dan dalam perjanjian Persekutuan pada Februari 1948 itu. Negeri-negeri ini bersetuju untuk bergabung dalam sebuah negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kedaulatan negeri-negeri inilah sumber kedaulatan negara persekutuan yang baru terbentuk itu.

Oleh itu, perhubungan Putrajaya dengan kerajaan negeri-negeri di dalam persekutuan itu mestilah perhubungan dengan negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Persekutuan mesti melayani negeri-negeri dalam persekutuan itu dengan hormat seperti negara kita menghormati kerajaan negara lain yang berdaulat itu. Tetapi ini tidak berlaku di negara kita di mana Persekutuan telah menentukan segala-galanya dan negeri-negeri di dalam persekutuan ini terpaksa tunduk kepada kehendak Putrajaya seratus peratus.

Ramai merasakan terbubarnya Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan sendiri itu adalah disebabkan keadaan dan masalah yang ada di peringkat persekutuan. Itu masalah persekutuan. Tetapi jika Negri Sembilan ditadbir politiknya oleh Negri Sembilan sendiri, Mohamad Hasan sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negri Sembilan itu dahulu sebelum DUN itu terbubar dengan sendirinya. Biarlah Negri Sembilan mengadakan pilihanrayanya dahulu kerana seperti yang kita dengar selalu, Menteri Besar NS selalu berkata, “kito dah ready bilo-bilo maso untuk pilihanrayo.”

Sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam persekutuan ini Negri Sembilan sepatutnya memanggil pilihanraya DUN dahulu. Jika kita terpaksa menunggu pimpinan persekutuan untuk menyelesaikan masalahnya di Putrajaya sebelum kita memanggil pilihanraya untuk DUN Negeri inilah masalahnya yang timbul. Terbubarnya DUN Negri Sembilan secara sendiri itu telah memberikan persepsi jelas yang UMNO dan BN itu sesungguhnya sedang menghadapi masalah.

Jika benar Negri Sembilan bertindak sebagai sebuah negeri yang berdaulat membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar itu adalah satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri Besarnya yang telah diberi kuasa untuk menentukan pembubaran itu tidak melakukannya kerana masalah pimpinan Persekutuan yang belum bersedia itu. Putrajaya tidak menghormati nilai sebuah negara persekutuan seolah-olah kita masih terikat dengan budaya mentadbir ala Malayan Union dahulu. Tiada kebebasan barang sedikit untuk negeri-negeri di dalam persekutuan itu.

Bukannya salah untuk memahami dan membantu masalah yang dihadapi oleh pimpinan persekutuan itu, tetapi tidaklah sampai membiarkan Dewan Undangan Negeri yang berdaulat dan mulia itu terbubar begitu sahaja kerana kehendak Persekutuan itu. Nampaknya Johor pun sudah menunjukkan tanda-tanda DUN akan terbubar dengan sendiri.

Nampaknya satu demi satu DUN-DUN negeri-negeri yang menganggotai persekutuan kita ini akan terbubar secara ‘automatic’ semata-mata kerana kelalaian dan kelemahan pimpinan Persekutuan. Mereka lebih mementingkan politik kepartian walaupun parti yang memerintah itu sudah hampir kepada penamat usianya.

Mungkin keadaan ini terjadi kerana untuk memberikan kesedaran kepada semua, yang perubahan kepada negara sudah menjadi fardhu kifayah yang sangat penting kita lakukan. Parti pemerintah negara ini sudah terlalu uzur dan berusia untuk terus mentadbir kita.

Tengok sahajalah, Dewan Undangan Negeri pun terbubar dengan sendirinya. Apa lagi alasan yang ada yang bagi kita mempertahankan kerajaan yang sudah uzur ini? 

9 comments:

Anonymous said...

Ahli umno seumur hidup .

Domokrasi acuan 1Mslaysia .

'DARI PEMIMPIN KEPADA PEMIMPIN UNTUK PEMIMPIN'

Yang kita faham demokrasi itu:-

'DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT UNTUK RAKYAT'

Anonymous said...

Inilah akibat otak pompim umno terlalu fokus idea2 sex sampai tak sempat nak fokus hujah2 yg bernas berpolitik dan memurnikan kedaulatan negara dan negeri.

Anonymous said...

yang banggang adalah pemimpin umno..walaupun bristish telah keluar..masih bertindak sebagai kerajaan bristish..meskipun umno membentuk kerajaan..konon nya parti utra melayu...

Contoh 1..terdapat individu yg mengatakan dia sebagai sultan melaka (mempunyai bukti kukuh dia sebagai waris sultan melaka)..maka hendaklah ditabalkan dia sebagai sultan melaka..oleh itu melaka tidak terlepas kepada bangsa lain selalin dari bangsa melayu..

contoh 2..terdapat bukti mengatakan pulau pinang di pajak oleh sultan kedah kepada bristish...setelah bristish keluar dari malaysia...pulau pinang hendaklah diserah kembali kepada sultan kedah..

Disini nampak sialnya dan hapraknya pemimpin umno kepada bangsa melayu..bangsa melayu hendaklah sedar bahawa umno adalah pengkhianat kepada bangsa sendiri...cara pemimpin umno skrg terbukti hanya untuk mengkayakan diri sendiri sehingga malaysia di kuasai bangsa lain..sehingga tidak ada upaya bangsa melayu untuk membela nasib melayu...

Anonymous said...

terbubarnya secara automatik menunjukkan kelemahan kepimpinan peringkat negeri. sekarang ini kuasa menteri besar dalam mengaturkan pimpinan negeri akan datang terhakis sudah. pimpinan pusat bebas menentukan siapa pemimpin negeri. ns dijadikan eksperimen.
elok2 sokongan diberi, mungkin berubah. saya mahukan pemimpin negeri yang lebih berkeyakinan. mb ns mangsa pertama. kocik hati den, laporan s.khabar bekas mb ns tak terlibat bermesyuarat di putrajaya semalam. :(

Anonymous said...

Syabas Sdr Aspan. Kena terus beri pencerahan kepada rakyat tentang hakikat diri mereka sebenarnya yang selama kini cuba diselindungi oleh BN/umno

ulu legong Berlin said...

Mr.Pan.
Tahniah. Di dungukan rakyat msian tanpa jawapan dr PR di media arus-P. Yg dungu akhirnya ialah penyokong umno.
Mendokong dan menyokong pembangkang seolah mmenjadi ahli kongsi gelap. 1 bas/trelar Pas dikepong 30 raider pdrm. Seolah trelar pas bawa senjata api. Seolah trelar pas bawak dadah 11 tan. Atau dlm trelar Pas/dap/bas jelaja!h rakyat angkot pengganas. Digambarkan kpd penonton/ rakyat kejahatan pembangkang.
Sudah. Cukup cukup sudah. Cukup dah membodohirakyat. Yg tinggal dan masih boleh dibodohi Hanya puteri/putera umno dan wanita/jantan umno.

Anonymous said...

Polek boto mb ns ni, cakap tak samo dgn apo yg berlaku! Cakap je yakin blh monang topi dun terbubar 'beragan' .... ayo loteh den mikir kan nyo!

Anonymous said...

Setuju otak pemimpin umno otak sex, dulu masa nak jatuhkan Tengku Razaligh ada media perdana fitnah dia homosex. Akhirnya umno hancur hancai boncai.

Anonymous said...

Salam. Artikel yg sgt baik. Dizaman pemerintahan krajaan sekarang hal-hal bernegara seperti ini kurang di pahami dan di amalkan seperti yg sepatutnya.antaranya definisi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengikut perlembagaan.adakah selama ini kita ditadbir benar-benar mengikut perlembagaan.adakah hak kerajaan negeri yg berdaulat sebelum mengertai persekutuan malaysia tidak diceroboh.sbg contoh kes royalti minyak di negeri-negeri tertentu.harapan kepada keajaan baru yg bakal di bentuk dapat memberi perhatian pada perkara ini.insya allah