Apabila Negri Sembilan terpaksa
membiarkan Dewan Legislatifnya terbubar dengan sendiri itu, maka saya hendak
menyebut semula isu Persekutuan sekali lagi. Membiarkan Dewan Undangan Negeri
terbubar dengan sendiri itu merupakan petanda jelas yang negara kita seolah-olah
sedang ditadbir seperti Malayan Union yang ingin dibentuk oleh British dahulu.
Ramai yang keliru tentang isu ini
termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir
urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah ditadbir oleh
kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan Malayan Union dalam
mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara ‘unitary’.
British hampir berjaya membentuk
dan melaksanakan Malayan Union terhadap semenanjung ini. Brtitish telah
merangka semenanjung ini sebagai sebuah negara ‘unitary’ tanpa mempunyai
sempadan di antara kesemua negeri dalam semenanjung ini. Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran
Malayan Union itu. Tidak ada lagi Selangor, tidak ada lagi Negri Sembilan dan
semua negeri-negeri yang kita ada sekarang ini. Raja-Raja Melayu dirancang
untuk menjadi penasihat-penasihat kepada Malayan Union itu dalam bentuk ‘ceremonial’
sahaja.
Tetapi semuanya itu dapat ditolak
sehinggakan kita berjaya membentuk sebuah negara Persekutuan pada bulan
Februari 1948 dan kerajaan Persekutuan itu lah yang meneruskan perjuangan
kemerdekaan sehingga kemerdekaan itu tercapai pada bulan Ogos 1957. Raja-Raja
Melayu telah mendapat semula negeri-negeri jajahan baginda semua dengan
mempunyai Legisltifnya sendiri dan Ketua Eksekutif sendiri, walaupun Ketua
Eksekutif itu dilantik oleh British.
Justeru dalam pemahaman kita yang
mudah, negeri-negeri ini adalah negeri-negeri berdaulat di bawah naungan
Raja-Raja Melayu dan dalam perjanjian Persekutuan pada Februari 1948 itu.
Negeri-negeri ini bersetuju untuk bergabung dalam sebuah negara Persekutuan
yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kedaulatan negeri-negeri inilah sumber
kedaulatan negara persekutuan yang baru terbentuk itu.
Oleh itu, perhubungan Putrajaya
dengan kerajaan negeri-negeri di dalam persekutuan itu mestilah perhubungan
dengan negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Persekutuan mesti melayani
negeri-negeri dalam persekutuan itu dengan hormat seperti negara kita
menghormati kerajaan negara lain yang berdaulat itu. Tetapi ini tidak berlaku
di negara kita di mana Persekutuan telah menentukan segala-galanya dan
negeri-negeri di dalam persekutuan ini terpaksa tunduk kepada kehendak
Putrajaya seratus peratus.
Ramai merasakan terbubarnya Dewan
Undangan Negeri Sembilan dengan sendiri itu adalah disebabkan keadaan dan
masalah yang ada di peringkat persekutuan. Itu masalah persekutuan. Tetapi jika
Negri Sembilan ditadbir politiknya oleh Negri Sembilan sendiri, Mohamad Hasan
sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negri Sembilan itu dahulu sebelum DUN itu
terbubar dengan sendirinya. Biarlah Negri Sembilan mengadakan pilihanrayanya
dahulu kerana seperti yang kita dengar selalu, Menteri Besar NS
selalu berkata, “kito dah ready bilo-bilo maso untuk pilihanrayo.”
Sebagai sebuah negeri yang
berdaulat dalam persekutuan ini Negri Sembilan sepatutnya memanggil pilihanraya
DUN dahulu. Jika kita terpaksa menunggu pimpinan persekutuan untuk
menyelesaikan masalahnya di Putrajaya sebelum kita memanggil pilihanraya untuk DUN
Negeri inilah masalahnya yang timbul. Terbubarnya DUN Negri Sembilan secara
sendiri itu telah memberikan persepsi jelas yang UMNO dan BN itu sesungguhnya
sedang menghadapi masalah.
Jika benar Negri Sembilan
bertindak sebagai sebuah negeri yang berdaulat membiarkan Dewan Undangan Negeri
terbubar itu adalah satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri Besarnya
yang telah diberi kuasa untuk menentukan pembubaran itu tidak melakukannya
kerana masalah pimpinan Persekutuan yang belum bersedia itu. Putrajaya tidak menghormati nilai sebuah negara persekutuan seolah-olah kita masih terikat dengan budaya mentadbir ala Malayan Union dahulu. Tiada kebebasan barang sedikit untuk negeri-negeri di dalam persekutuan itu.
Bukannya salah untuk memahami dan
membantu masalah yang dihadapi oleh pimpinan persekutuan itu, tetapi tidaklah
sampai membiarkan Dewan Undangan Negeri yang berdaulat dan mulia itu terbubar
begitu sahaja kerana kehendak Persekutuan itu. Nampaknya Johor pun sudah
menunjukkan tanda-tanda DUN akan terbubar dengan sendiri.
Nampaknya satu demi satu DUN-DUN
negeri-negeri yang menganggotai persekutuan kita ini akan terbubar secara ‘automatic’
semata-mata kerana kelalaian dan kelemahan pimpinan Persekutuan. Mereka lebih mementingkan
politik kepartian walaupun parti yang memerintah itu sudah hampir kepada
penamat usianya.
Mungkin keadaan ini terjadi
kerana untuk memberikan kesedaran kepada semua, yang perubahan kepada negara
sudah menjadi fardhu kifayah yang sangat penting kita lakukan. Parti pemerintah
negara ini sudah terlalu uzur dan berusia untuk terus mentadbir kita.
Tengok sahajalah, Dewan Undangan
Negeri pun terbubar dengan sendirinya. Apa lagi alasan yang ada yang bagi kita
mempertahankan kerajaan yang sudah uzur ini?
Ahli umno seumur hidup .
ReplyDeleteDomokrasi acuan 1Mslaysia .
'DARI PEMIMPIN KEPADA PEMIMPIN UNTUK PEMIMPIN'
Yang kita faham demokrasi itu:-
'DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT UNTUK RAKYAT'
Inilah akibat otak pompim umno terlalu fokus idea2 sex sampai tak sempat nak fokus hujah2 yg bernas berpolitik dan memurnikan kedaulatan negara dan negeri.
ReplyDeleteyang banggang adalah pemimpin umno..walaupun bristish telah keluar..masih bertindak sebagai kerajaan bristish..meskipun umno membentuk kerajaan..konon nya parti utra melayu...
ReplyDeleteContoh 1..terdapat individu yg mengatakan dia sebagai sultan melaka (mempunyai bukti kukuh dia sebagai waris sultan melaka)..maka hendaklah ditabalkan dia sebagai sultan melaka..oleh itu melaka tidak terlepas kepada bangsa lain selalin dari bangsa melayu..
contoh 2..terdapat bukti mengatakan pulau pinang di pajak oleh sultan kedah kepada bristish...setelah bristish keluar dari malaysia...pulau pinang hendaklah diserah kembali kepada sultan kedah..
Disini nampak sialnya dan hapraknya pemimpin umno kepada bangsa melayu..bangsa melayu hendaklah sedar bahawa umno adalah pengkhianat kepada bangsa sendiri...cara pemimpin umno skrg terbukti hanya untuk mengkayakan diri sendiri sehingga malaysia di kuasai bangsa lain..sehingga tidak ada upaya bangsa melayu untuk membela nasib melayu...
terbubarnya secara automatik menunjukkan kelemahan kepimpinan peringkat negeri. sekarang ini kuasa menteri besar dalam mengaturkan pimpinan negeri akan datang terhakis sudah. pimpinan pusat bebas menentukan siapa pemimpin negeri. ns dijadikan eksperimen.
ReplyDeleteelok2 sokongan diberi, mungkin berubah. saya mahukan pemimpin negeri yang lebih berkeyakinan. mb ns mangsa pertama. kocik hati den, laporan s.khabar bekas mb ns tak terlibat bermesyuarat di putrajaya semalam. :(
Syabas Sdr Aspan. Kena terus beri pencerahan kepada rakyat tentang hakikat diri mereka sebenarnya yang selama kini cuba diselindungi oleh BN/umno
ReplyDeleteMr.Pan.
ReplyDeleteTahniah. Di dungukan rakyat msian tanpa jawapan dr PR di media arus-P. Yg dungu akhirnya ialah penyokong umno.
Mendokong dan menyokong pembangkang seolah mmenjadi ahli kongsi gelap. 1 bas/trelar Pas dikepong 30 raider pdrm. Seolah trelar pas bawa senjata api. Seolah trelar pas bawak dadah 11 tan. Atau dlm trelar Pas/dap/bas jelaja!h rakyat angkot pengganas. Digambarkan kpd penonton/ rakyat kejahatan pembangkang.
Sudah. Cukup cukup sudah. Cukup dah membodohirakyat. Yg tinggal dan masih boleh dibodohi Hanya puteri/putera umno dan wanita/jantan umno.
Polek boto mb ns ni, cakap tak samo dgn apo yg berlaku! Cakap je yakin blh monang topi dun terbubar 'beragan' .... ayo loteh den mikir kan nyo!
ReplyDeleteSetuju otak pemimpin umno otak sex, dulu masa nak jatuhkan Tengku Razaligh ada media perdana fitnah dia homosex. Akhirnya umno hancur hancai boncai.
ReplyDeleteSalam. Artikel yg sgt baik. Dizaman pemerintahan krajaan sekarang hal-hal bernegara seperti ini kurang di pahami dan di amalkan seperti yg sepatutnya.antaranya definisi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengikut perlembagaan.adakah selama ini kita ditadbir benar-benar mengikut perlembagaan.adakah hak kerajaan negeri yg berdaulat sebelum mengertai persekutuan malaysia tidak diceroboh.sbg contoh kes royalti minyak di negeri-negeri tertentu.harapan kepada keajaan baru yg bakal di bentuk dapat memberi perhatian pada perkara ini.insya allah
ReplyDelete